sejarah kemunculan air zamzam dan untuk apa ia diminum

6

Click here to load reader

Upload: hafiz-al-burhani-al-jauhari

Post on 05-Jul-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 1/6

SEJARAH KEMUNCULAN AIR ZAMZAM DAN

UNTUK APA IA DIMINUM??? (Bahagian

pertama)2 August 2013 at 22:43

SEJARAH KEMUNCULAN AIR ZAMZAM DAN UNTUK APA IA DIMINUM???

(Bahagian pertama)

 

Nabi Ibrahim Alaihissalam Membawa Isteri Dan Anaknya Ke Makkah:

 

Peristiwa kemunculan awal air Zamzam dan telaganya di Kota Makkah berkait rapatdengan Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim alaihissalam dan anakanda mereka iaitu Nabi

Ismailalaihissalam bin Nabi Ibrahim alaihissalam.

Kaitan peristiwanya bermula apabila isteri pertama Nabi Ibrahim alaihissalam yang

bernama Sarah cemburu kepada isteri keduanya iaitu Hajar. Antara sebabnya kerana

dia belum beroleh anak, sedangkan Hajar sebaliknya. Sarah bersumpah tidak akan

mahu tinggal bersama Hajar di dalam satu negeri dan meminta Nabi

Ibrahim alaihissalam menjauhkan Hajar daripadanya.[1]

 

Maka Allah taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membawa isteri keduanyaHajar dan Nabi Ismail alaihissalam yang masih menyusu dari negeri Syam ke Kota

Makkah yang terletak di kawasan negeri Jazirah Arab.[2]

 

Kota Makkah ketika itu merupakan tanah gersang, tidak berpenghuni dan tidak ada

sungai atau telaga air. Apabila tiba di Makkah, isterinya Hajar bersama Nabi

Ismailalaihissalamditempatkan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam di bawah sebatang

pokok dauhah yang besar.[3] Kemudian Nabi Ibrahim alaihissalam berhasrat

meninggalkan mereka berdua di situ dan kembali semula ke negeri Syam.

 

Sebelum berangkat, Nabi Ibrahim alaihissalam meninggalkan bekalan sedikit makanan

tamar dan sedikit air minum untuk mereka berdua. Apabila Nabi

Ibrahim alaihissalamberjalan untuk menunaikan hasratnya pergi balik ke negeri Syam,

Hajar mengikutinya dari belakang sambil bertanya:“Wahai Ibrahim, ke mana engkau

mahu pergi dan engkau tinggalkan kami di tempat sunyi yang tidak berpenghuni

Page 2: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 2/6

ini? Oleh kerana jawapan Nabi Ibrahim alaihissalambelum kedengaran dan tidak

mahu menoleh ke arahnya, Hajar mengulang-ulang pertanyaannya dan akhirnya

bertanya:“Adakah Allah taala yang mengarahkanmu melakukan ini?” Nabi Ibrahim

menjawab dengan ringkas:“Ya”.Mendengar jawapan ini, Hajar berkata:“Jika

demikian, maka Allah tidak akan mensia-siakan kami”. Hajar pun berhenti mengikutiNabi Ibrahim dan kembali semula ke tempat Nabi Ismailalaihissalam yang berada di

bawah pokok dauhah.

 

Adapun Nabi Ibrahim alaihissalam terus melangkah ke hadapan menuju negeri Syam.

Tetapi sebelum jauh dan tidak dapat dilihat oleh Hajar lagi, Nabi

Ibrahim alaihissalamberhenti dan menoleh ke belakang menghadap arah kabah yang

akan dibinanya kelak dengan mengangkat kedua belah tangannya lalu berdoa

sebagaimana doa yang dirakamkan al-Quran:

 يه)) ل إ ى و ه ت اس ن ل م ة د ئ ف أ ع ج ا ف ة صل و لي !ي #"نا $ 

%&  ل (ند "ي )' *+ #, -. % /ي  0+و" 1(2#.  م 3  ن أ 45 إ 16  #"ن 7

 89%  4 :2  ه  لع ; < 

= ل م ه >, # 9 )). ] :ي?%" إ 5 37و #ة [

 

Maksudnya:

((Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada

 zuriat keturunanku di sebuah lembah [Tanah Suci Makkah] yang tidak ada tanaman

 padanya, di sisi rumah-Mu [Baitullah] yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan

kami, [mereka ditempatkan di situ] supaya mereka mendirikan sembahyang [dan

memakmurkannya dengan ibadat]. Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripadamanusia tertarik gemar kepada mereka, [supaya datang beramai-ramai ke situ] dan

kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil

tanaman, semoga mereka bersyukur)).[Surah Ibrahim: 37]

 

Selepas berdoa, Nabi Ibrahim meneruskan perjalanannya ke negeri Syam. Manakala

Hajar sekembalinya ke bawah pokok itu terus menyusukan anaknya dan apabila lapar

dan dahaga, dia memakan tamar dan meminum air yang sedikit yang ditinggalkan oleh

Nabi Ibrahim alaihissalam.

 

Hari demi hari makanan dan minuman yang ditinggalkan oleh Nabi

Ibrahim alaihissalamitupun habis dimakan dan diminum,. Hajar sudah mula merasakan

lapar dan dahaga. Tanpa meminum air, Nabi Ismailalaihissalam sudah kekurangan air

susu untuk dihisap.

 

Page 3: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 3/6

Oleh sebab takut terjadi sesuatu kepada anaknya yang sedang dahaga, Hajar pergi

mencari air. Dia naik ke atas bukit Shafa dan dari situ dia melihat ke lembah dan

seluruh kawasan yang dapat dijangkau pemandangan, namun tidak melihat sesiapa

mahupun sumber air. Dia pun turun dari bukit itu, kemudian berlari-lari anak sehingga

penghujung kawasan lembah, seterusnya naik ke bukit Marwah dan dari situ dia melihatpula ke seluruh kawasan yang dapat dijangkau pemandangan, namun tidak juga

melihat sesiapa mahupun sumber air. Dia pun turun dari bukit Marwah dan berlari-lari

anak di kawasan lembah untuk kembali semula ke bukit Shafa. Oleh kerana sangat

memerlukan air, Hajar berulang alik dari bukit Shafa ke bukit Marwah dengan cara yang

sama sebanyak 7 kali.[4]

 

Berdasarkan nas, apa yang dilakukan oleh Hajar ini menjadi sebab disyariatkan sai 7

kali [berjalan pergi dan balik] antara Shafa dan Marwah ketika melakukan umrah dan

haji. 

Ibnu Abbasradiyallahuanhuma berkata, Nabi Muhammadsallallahualaihi

wasallambersabda:

 

"ه لناس "ين 1  5ع ف @ل '

 

Maksudnya:

“Maka yang demikian itulah sai orang ramai kemudian di antara keduanya [Shafa dan

Marwah ketika umrah dan haji]”. [5] 

Pada kali ke-7, apabila Hajar tiba di bukit Marwah, dia mendengar satu suara. Untuk

menumpukan perhatian, dia berkata kepada dirinya sendiri:“Diam”. Kemudian dia

mendengar suara itu lagi. Lalu dia berkata yang ditujukan pada punca suara

itu:“Hulurkanlah bantuan jika ada padamu kebajikan”.

 

Sambil berjalan menuju ke tempat anaknya Ismailalaihissalam, Hajar melihat

seseorang. Rupa-rupanya suara itu berpunca daripada Jibrilalaihissalam yang muncul

di tempat air Zamzam memancar.

 

Mengikut riwayat, air Zamzam memancar berkat pijakan, pukulan atau hentakan

malaikat Jibrilalaihissalam terhadap tanah yang berhampiran kaki mulia Nabi

Page 4: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 4/6

Ismailalaihissalam.Mengikut riwayat lagi, inilah kali kedua

Jibrilalaihissalam memancarkan air Zamzam. Kali pertama ia memancarkan air untuk

Nabi Adam alaihissalam, tetapi telah tertimbus dan terputus semasa taufan zaman

Nabi Nuhalaihissalam.[6]

 Setelah air memancar, Hajar pun cepat-cepat membentuk bulatan tanah sebagai

penghadang air daripada melimpah. Inilah yang disebutkan oleh Nabisallallahualaihi

wasallam:

 

ن" ي ع م ا ن ي ) $ A م, ل 4ا 36 3;B) أ 6ها C و ل ي )ا5 إ أ $ D  E# ".

 

Maksudnya:

“Semoga Allah merahmati bonda Ismail, jikalau dia tidak bersegera

 [mengumpulkannya], nescaya air Zamzam akan menjadi mata air yang mengalir di permukaan bumi”. [7]

 

Hajar sangat gembira menerima air Zamzam yang berfungsi sebagai minuman dan

makanan yang dihidangkan oleh Allah taala itu. Lalu meminumnya yang menyebabkan

air susunya banyak dan kemudian menyusukan anaknya Nabi Ismailalaihissalam.

 

Malaikat itu berkata:“Jangan takut akan diabaikan kerana di sinilah Baitullah akandibina oleh anak ini bersama bapanya dan Allah tidak akan mengabaikan

 penduduknya”. Dalam satu riwayat disebutkan malaikat itu berkata:“Engkau jangan

takut air ini habis”.[8]

 

Air Zamzam itulah seterusnya menjadi bekalan mereka berdua sehinggalah datang

suku Jurhum dari Yaman berkongsi menggunakannya.

 

Ketibaan Suku Jurhum Di Makkah:

 

Suku Jurhum ialah salah satu daripada keturunan Qahthan bin Abir bin Syalikh yang

mendiami bumi Yaman.[9] Ketika suku ini mengetahui kemunculan air di kawasan

tempat Hajar anaknya Nabi Ismailalaihissalam, mereka pun datang ke tempat itu dan

meminta supaya Hajar membenarkan mereka tinggal di kawasan itu dan berkongsi

Page 5: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 5/6

menggunakan airnya. Hajar yang memerlukan jiran penghibur dengan gembira member

mereka kebenaran tinggal dan menggunakan airnya, tetapi hak dan pengendalian air

Zamzam tetap hanya dimiliki oleh Hajar dan anakandanya Nabi

Ismailalaihissalam. Apabila Nabi Ismailalaihissalam telah dewasa dan bondanya

Hajar meninggal, baginda pun berkahwin dengan puteri daripada suku Jurhum. 

Setelah Hajar meninggal dunia dan Nabi Ismailalaihissalamberkahwin, Nabi

Ibrahimalaihissalam datang lagi ke Makkah dari negeri Syam. Tetapi sebelum

meninggalkan Makkah untuk kembali semula ke negeri Syam, baginda tidak sempat

berjumpa dengan anakandanya Nabi Ismailalaihissalam kerana pada masa itu

anakandanya sedang berada di luar Makkah. Setelah ketibaan pertama itu, Nabi

Ibrahim alaihissalam datang lagi semula ke Makkah.

 

[1] Ibnu al-Jauzi al-Hanbali (1995),al-Muntazham, Beirut: Dar al-Fikr, 1:54 danJamaluddin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin (1938),al-Jami al-Lathif fi

Fadhl Makkah wa Ahliha wa Bina’ al-Bait asy-Syarif, Mesir: Mathbaah Isa al-Babi al-

Halabi, h. 254 (hasyiah).

 

[2] Disebutkan bahawa Nabi Ibrahim alaihissalam, Hajar dan anakandanya Nabi

Ismailalaihissalam berangkat dari negeri Syam dengan menunggang Buraq dan

sampai di Makkah pada hari yang sama. (Ibnu adh-Dhiya’, Tarikh Makkah al-

Musyarrafah wa al-Masjid al-Haram, 1:61).

 [3] Al-Fasi menyimpulkan tiga riwayat tentang tempat di mana Hajar dan Ismail

ditempatkan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam, iaitu (1) di tapak tempat Hajar Aswad,

atau (2) di atas tempat air Zamzam memancar atau (3) di tapak pembinaan Baitullah.

(Al-Fasi, Syifa’ al-Ghuram, 2:5).

 

[4] Sahih Bukhari, Kitab al-Anbiya’, Bab Yuzaffun, 6: 396-388.

 

[5] Al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, 1: 2987

 

[6] Al-Aini, Umdah al-Qari, 15: 63.

 

[7] Hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Said bin Jubair.

 

[8] Ibnu Hajar, Fath al-Bari, 6: 402.

Page 6: Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

8/16/2019 Sejarah Kemunculan Air Zamzam Dan Untuk Apa Ia Diminum

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-air-zamzam-dan-untuk-apa-ia-diminum 6/6

 

[9] As-Suwaidi, Muhammad bin Amin, Saba’ik adz-Dzahab fi Marifah Qaba’il al-Arab,

h. 45