sejarah melaka tak ada sultan

2
5/7/2016 Sultan Mahmud Shah Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah 1/2 Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka Ke8 Pemerintahan Kesultanan Melaka: 14881511 Pendahulu Sultan Alauddin Riayat Shah Pengganti Sultan Ahmad Shah, Melaka Isteri Tun Kecil (Raja Wati) Tun Teja (Permaisuri Melaka) Tun Fatimah (Permaisuri Johor Pertama Permaisuri Tun Kudu) Onang Kening (puteri sulung [Sultan Mansur Syah Kelantan]) Tun Kudu [1] Kerabat diraja Kerabat Diraja Melaka Sultan Mahmud Shah Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rencana ini tentang sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Untuk kegunaan lain, sila lihat Sultan Mahmud Shah (nyahkekaburan). Sultan Mahmud Shah (memerintah 14881511) (mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke8 dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mulamula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru. Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawanpahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim. Isi kandungan 1 Keluarga 1.1 Pasangan 1.2 Anakanda 2 Kejatuhan Melaka 3 Mangkat 4 Lihat juga 5 Nota kaki 6 Pautan luar 7 Rujukan Keluarga Pasangan Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah: 1. Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang. 2. Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494. Permaisuri Melaka 3. Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir dan bekas isteri Tun Ali. [2] (Bendahara Tun Mutahir adalah anak saudara Tun Perak). Permaisuri Johor 4. Tun Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir. 5. Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan). 6. Tun Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu. Anakanda 1. Tengku Alauddin Riayat Shah II Sultan Johor pertama, mengembangkan JohorRiau sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke18 dan ke19. 2. Tengku Mudzaffar Shah mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. 3. Sultan Ahmad Shah, Melaka dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka. Kejatuhan Melaka Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orangorang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadisgadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orangorang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Sultan Ahmad Shah, Melaka. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Upload: mya-nurmieyana

Post on 10-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Melaka Tak Ada Sultan

5/7/2016 Sultan Mahmud Shah ­ Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah 1/2

Sultan Mahmud ShahSultan Melaka Ke­8

Pemerintahan Kesultanan Melaka: 1488­1511

Pendahulu Sultan Alauddin Riayat Shah

Pengganti Sultan Ahmad Shah, Melaka

Isteri Tun Kecil (Raja Wati) Tun Teja (Permaisuri Melaka) Tun Fatimah (Permaisuri JohorPertama ­ Permaisuri Tun Kudu) Onang Kening (puteri sulung[Sultan Mansur Syah Kelantan])

Tun Kudu [1]

Kerabatdiraja

Kerabat Diraja Melaka

Sultan Mahmud ShahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini tentang sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Untuk kegunaan lain, sila lihat Sultan Mahmud Shah (nyahkekaburan).

Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488­1511) (mangkat 1528) merupakan Sultan Melakake­8 dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Selepas kemangkatanayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melakayang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di AsiaTenggara. Semasa baru mula­mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali keranasikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tanganBendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak padatahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.

Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda jugadikelilingi oleh pahlawan­pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan danLaksamana Hang Nadim.

Isi kandungan

1 Keluarga1.1 Pasangan1.2 Anakanda

2 Kejatuhan Melaka3 Mangkat4 Lihat juga5 Nota kaki6 Pautan luar7 Rujukan

Keluarga

Pasangan

Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:

1. Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang.2. Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494. ­ Permaisuri Melaka3. Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir dan bekas isteri Tun Ali.[2] (Bendahara Tun Mutahir adalah anak saudara Tun Perak).­ Permaisuri Johor

4. Tun Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir.5. Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan).6. Tun Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu.

Anakanda

1. Tengku Alauddin Riayat Shah II ­ Sultan Johor pertama, mengembangkan Johor­Riau sebuah empayar yang berkuasa dan yangmencapai keunggulannya pada abad ke­18 dan ke­19.

2. Tengku Mudzaffar Shah ­ mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528.3. Sultan Ahmad Shah, Melaka ­ dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka.

Kejatuhan Melaka

Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke­16sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orangEropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang­orang Portugis membuatkacau di Melaka seperti mengusik gadis­gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkansupaya orang­orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Sultan Ahmad Shah, Melaka. Selepas mengambil balikkuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka.Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri keBertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongandaripada negara China.

Page 2: Sejarah Melaka Tak Ada Sultan

5/7/2016 Sultan Mahmud Shah ­ Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah 2/2

[singkir]

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan darikawasan­kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabunganMelayu dan berkali­kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihakPortugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan.Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Riayat Shah II tinggal danmengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke­18 dan ke­19. Seorang lagianakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Mudzaffar Shah, dijemput oleh orang­orang utara untuk menjadi sultan mereka dan bagindamengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Sultan Ahmad Shah, Melaka pula telah dihukum bunuh kerana gagal menawan kembaliMelaka.[3]

Mangkat

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kabupaten Kampar, Riau pada tahun 1528.

Lihat juga

Sultan Mahmud Menentang Penjajahan PortugisKesultanan Melayu MelakaSejarah MelakaSejarah JohorHang TuahFilem Hang TuahSultan Johor

Nota kaki1. The Malay sultanate of Malacca: a study of various aspects of Malacca in the 15th and 16th centuries in Malaysian history(http://books.google.com.my/books?id=QYMuAQAAIAAJ&q=Sultan+Mahmud+Shah+tun+kudu&dq=Sultan+Mahmud+Shah+tun+kudu&hl=en&ei=wuTKTOibHY­gvQPJtb3QDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CDMQ6AEwAg)

2. Dewan Bahasa dan Pustaka. (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tun&d=8)3. Hale, C. (2013). Massacre in Malaya: Exposing Britain's My Lai. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=l­o6AwAAQBAJ&pg=PT64&lpg=PT64&dq=sultan+Ahmad+Malacca&source=bl&ots=n2_Bx1KKcK&sig=H12IqljBPQU

Pautan luar

http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultanSejarah Melaka (http://www.melaka.gov.my/bm/aboutmelaka.asp)http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm

Rujukan

Penyandang Terdahulu Sultan Johor Pertama 1511 – 1528

Penyandang Kemudian

Tiada Sultan Alauddin Riayat Shah II

Penyandang Terdahulu Sultan Melaka ke­8 dan Terakhir 1488 – 1511

Penyandang Kemudian

Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Ahmad Shah, Melaka

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sultan_Mahmud_Shah&oldid=3679033"

Kategori: Kematian 1528 Sultan Melaka Sultan Johor

Wikipedia Malaysia Meetup yang sulung akan diadakan pada 22 Mei 2016 diJohor Bahru.

Marilah sama­sama memeriahkannya!

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 17:47, 15 Ogos 2015.Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma­terma tambahan mungkin digunakan. LihatTerma­Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.