sejarah pendidikan al bukhari

2

Click here to load reader

Upload: faizal-jailani

Post on 29-May-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pendidikan Al Bukhari

8/8/2019 Sejarah Pendidikan Al Bukhari

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-pendidikan-al-bukhari 1/2

 Detik-Detik Awal Pendidikan Imam al Bukahri 

Pada satu hari, Muhammad bin Abu Hatim telah bertanya kepada Imm al-Bukhri,

  bagaimanakah permulaan hal kamu? lalu Imm al-Bukhri berkata : ³Aku telah diberikan

ilham untuk menghafaz hadith ketika aku sedang berada di kuttab1

³. Lalu Muhammad bin

Abu Hatim pun bertanya lagi ³ Berapakah umur kamu ketika itu?´. Imm al-Bukhri pun

menjawab bahawa umur beliau pada ketika itu ialah 10 tahun ataupun kurang daripada itu.

Selepas berumur 10 tahun, beliau pun keluar daripada kuttab tersebut dan pernah

  berselisih pandangan dengan al- Dakhiliy dan orang lain. Pada suatu hari al-Dakhiliy telah

  berkata di hadapan orang ramai ³Sufyan, daripada Abi al-Zubayr, daripada Ibrhim lalu

  beliau pun berkata kepadanya bahawa al-Zubayr tidak pernah meriwayatkan daripada

Ibrhim lantas al-Dakhiliy pun mengherdik beliau. Lalu al-Bukhri pun berkata kepada

 beliau´ Rujuklah kepada yang asal  .

Beliau pun masuk dan merujuk kepada yang asal dan kemudian beliau keluar lalu

  berkata kepada al-Bukhri ³  Bagaimanakah yang sepatutnya wahaibudak kecil? . Al-Bukhri

  pun berkata bahawa al-Zubayr bin µAdiy lah yang telah meriwayatkan daripada Ibrhim

lantas beliau pun mengambil pena daripada al-Bukhri dan membetulkan kitbnya sambil

 berkata ³ Kamu benar 2.

1Kuttab ialah tempat belajar secara tradisi yang kecil yang mengajarkan kanak-kanak membaca,

menulis dan menghafaz Al-Qur¶n. Lihat Al-Mu¶jam al-µArabiyy al-Asasiyy li al-Natiqin bi al-µArabiyyahWa Muta¶allimiha, hlm. 1028

2Al-Dhahabi (1990 ), op.cit., hlm. 393, lihat juga al-Subki ( 1976), op.cit., hlm. 216, lihat juga al-Mizzi

( 1992), op.cit. hlm. 439, lihat juga al-Qanuhi (1985), op.cit. hlm. 238

Page 2: Sejarah Pendidikan Al Bukhari

8/8/2019 Sejarah Pendidikan Al Bukhari

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-pendidikan-al-bukhari 2/2

Ditanya pula kepada al-Bukhri ³berapakah umur kamu ketika kamu disanggah?³. Al-

Bukhri menjawab bahawa pada ketika itu beliau baru berusia 11 tahun.

Adapun tatkala al-Bukhri telah mencecah usia 16 tahun, beliau telah menghafaz

kitb-kitb yang dikarang oleh Ibn Mubarak dan Waki¶ sehinggalah beliau dapat memahami

apakah maksud yang ingin disampaikan oleh mereka3.

Kemudian beliau pergi bersama ibu dan abang beliau iaitu Ahmad ke Makkah untuk 

menunaikan ibadah haji. Setelah selesai menunaikan haji, abang beliau kembali semula ke

Bukhara bersama ibunya akan tetapi al-Bukhri tidak ikut kerana beliau ingin menimba ilmu

hadith4.

Pengembaraan beliau bersama saudara dan ibunya adalah pada tahun 210 H. iaitu

selepas beliau selesai mendengar semua riwayat-riwayat yang diambil daripada µulama¶-

¶ulam¶ di negeri beliau5. Detik pertama beliau mendengar hadith ialah pada tahun 205 H.

dan kecenderungannya menuntut ilmu telah terpahat dihatinya semenjak beliau masih kecil.

3Al-Subki (1976), op.cit., hlm. 216, lihat juga al-Mizzi (1992), op.cit. hlm. 439, lihat juga al-Qanuhi

(1985), op.cit. hlm. 2384

Al-Dhahabi (1990), op.cit., hlm. 393, lihat juga al-Salihi (1996), op.cit., hlm. 2165

Al-Salihi (1996), op.cit., hlm. 2446

Al-Subki (1976), op.cit., hlm. 213, lihat juga al-Salihi ( 1996), op.cit., hlm. 244