sejarah penubuhan wilayah persekutuan
DESCRIPTION
sejarah wpTRANSCRIPT
TAHUKAH ANDA?
Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini genap 39 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 29 tahun Wilayah Persekutuan Labuan dan 12 tahun Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Berkongsi mengenai sejarah penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini, Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah di bawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya dan semua warga Wilayah Persekutuan amnya...Wilayah Persekutuan
Daripaa
Wikipedia,
ensiklopedia
bebas.
Wilayah
Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh (واليه
kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah
Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak
diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan
diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan,
iaitu Kuala Lumpur, Labuandan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur
merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan
Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
Sejarah
Wilayah Persekutuanڤرسكوتوان واليه
Bendera Wilayah Persekutuan
Negara Malaysia
WilayahKuala LumpurPutrajayaLabuan
PentadbirMenteri Wilayah PersekutuanDatuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974,
lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di
bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan
pusat perundangandan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan
yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam
Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga
dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya
menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada
penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah
memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.
Bendra Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah
mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap
wilayah masih dipakai guna.
Bendera Kuala Lumpur
Bendera Putrajaya
Bendera Labuan
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia adalah
kementerian di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia Wilayah
Persekutuan. Menterinya yang terkini adalah Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin.
[]Sejarah Penubuhan
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan
tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Pada masa itu, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN juga berfungsi sebagai
penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang
selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan
Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.
Pada tahun 1981, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN telah diturunkan statusnya
menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi
sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian
Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar
pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah
Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri
Wilayah Persekutuanyang pertama.
Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah
Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk
menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi
Menteri 1969 (pindaan terkini).
Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang
yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada
27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan
dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah
Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.
Penubuhan KWP bertujuan:-
Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.
Bertanggungjawab untuk mengawal selia :
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur .
Perbadanan Putrajaya.
Perbadanan Labuan.
Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan
diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan
melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009,
Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai KEMENTERIAN
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR.
[]Fungsi
Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan
berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang
utama.
Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa,
pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan
terkawal.
Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.
[]Visi
Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera
[]Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kepulauan Pesisir.
[]Maju
Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.
[]Sejahtera
Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai
infrastruktur yang terancang dan berkualiti.
Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat
sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat
hiburan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat.
Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat
untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.
Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan
bersikap toleransi.
Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.
[]Misi
Menerajui perancangan, pengurusan dan penyelarasan pembangunan insan, masyarakat,
ekonomi dan persekitaran bagi merealisasikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera
serta membantu dalam perancangan Lembah Klang.
[]Nilai-Nilai Teras
Mesra Amanah Jelas Unggul
[]Moto
BERSAMA MENJAYAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN"
[]Alamat Surat Menyurat
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR, Aras G-7,
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
Lagu Wilayah Persekutuan
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan
LabuanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Persekutuan Labuanالبوان ڤرسكوتوان واليه
BenderaMohor
Labuan di Malaysia
Negara Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan
Menjadi Wilayah
Persekutuan
16 April 1984
Kerajaan
- Ditadbir oleh Perbadanan Labuan
- Pengerusi Datuk Yusof Mahal
Luas
- Jumlah 35.1 batu persegi (91 km²)
Penduduk (2010)
- Jumlah 86,908 [1]
- Kepadatan 2,473.4/batu persegi (955/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
Min waktu suria UTC+06:46:40
Laman sesawang: www.pl.gov.my
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia
merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan
terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima
minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat
kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak
1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal
namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai,
menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan
yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.
Sejarah
Rencana utama: Sejarah Labuan
Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia
diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British
menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada
1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada
1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan
telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri
Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ketika
era pentadbiran British di Pulau Labuan, Victoria adalah merupakan nama lama
bagi Bandar Labuanyang merupakan pusat pemerintahan dan sosio ekonomi penduduk
pekan.
Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah
ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander
tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan
pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946.
Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah
diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan
bagi kaum Kedayan ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk
berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir
Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan
Kewangan Antarabangsa atau LOFSA).
Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman
Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban
semasa berperang dengan tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.
Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut
peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak
mengelilingi Pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari
dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus
Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.
[sunting]Politik
Rencana utama: Politik Labuan
Labuan merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia. Pulau ini ditadbir
oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar. Perbadanan Labuan yang diketuai oleh seorang Pengerusi
adalah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan
pentadbiran Labuan. Labuan mempunyai seorang perwakilan di Dewan Negara dan
seorang di Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara bagi Labuan adalah YB Senator Datuk
Yunus Kurus manakala wakil Labuan di Dewan Rakyat adalah YB Datuk Yusof Mahal.
Secara lazimnya, ahli Dewan Rakyat bagi Labuan akan dilantik sebagai Pengerusi
Perbadanan Labuan. Kampung-kampung di Labuan pula di tadbir oleh seramai 27
orang Ketua Kampung yang dilantik oleh Perbadanan Labuan. Secara tradisi, hampir
semua ketua-ketua kampung adalah berketurunan Kadayan-Brunei kecuali Ketua
Kampung Sungai Keling yang berketurunan Cina.
Berikut senarai para pentadbir di Labuan:
Gabenor
27 Nov 1847 - Nov 1852 James Brooke (b. 1803 - d. 1868)
1852 - 1856 Spenser St. John (b. 1825 - d. 1910)
Leftenan Gabenor (pemangku tugas Gabenor)
1848 - 1850 William Napier
1850 - 1856 John Scott (b. 1814 - d. 1898)
Gabenor
1856 - 1861 George Warren Edwards
1861 - 1866 Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (b. c.1830 - d. 1881)
1866 - 1867 Hugh Low (b. 1824 - d. 1905)
1867 - 1871 John Pope Hennessy (b. 1834 - d. 1891)
1871 - 1875 Henry Ernest Gascoyne Bulwer (b. 1836 - d. 1914)
9 Aug 1875 - 1879 Herbert Taylor Ussher (b. 1836 - d. 1880)
1879 - 1881 Charles Cameron Lees (b. 1837 - d. 1898)
1881 - 1888 Peter Leys
1888 - 1890 Arthur Shirley Hamilton
1890 - 1906 Gabenor Borneo Utara
1906 - 1946 Gabenor Negeri-negeri Selat
Timbalan Gabenor
1906 - 1946 Residen British di Brunei
Residen British
1907 - 19.. M.S.H. McArthur
Feb 1917 - 1918 Geoffrey Edmund Cator (b. 1884 - d. 1973)
1918 - 1934 ....
1934 - 1936 A.D. York (b. 1907)
1936 - 1940 ....
1940 - 3 Jan 1942 A.H.P. Humphrey (b. 1911)
Komander Jepun
3 Jan 1942 - Mar 1945 ....
Mar 1945 - 10 Jun 1945 Hichiro Okuyama
British Residents
1945 - 16 Sep 1963 ....
Pengerusi Perbadanan Labuan
2001 - 2003 Dato' Othman Mohd Rijal (b. 1945)
2003 - 2008 Dato' Suhaili Abdul Rahman (b. 1961)
2008 - 2011 Datuk Ahmad Phesal Talib
2011 - Sekarang Datuk Yusof Mahal
Geografi
Rencana utama: Geografi Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai
pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar,
manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu Pulau
Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecildan Pulau Rusukan
Besar.
Kampung
Rencana utama: Kampung di Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 28 kampung :-
Batu Arang
Batu Manikar
Layang-Layangan
Lubok Temiang
Rancha-Rancha
Nagalang
Sungai Lada
Kerupang
Lajau
Tanjung Kubong
Pantai
Membedai
Tanjung Aru
Tanjung Aru Nelayan
Durian Tunjung
Sungai Pagar
Sungai Miri
Gersik Saguking
Ganggarak
Bukit Kuda
Bukit Kalam
Sungai Bedaun
Kiamsam
Bebuloh
Pohon Batu
Patau-patau
Sungai Kaling
Kilan
Merinding
Ekonomi
Rencana utama: Ekonomi Labuan
Senarai hitam syurga cukai OECD
Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan
membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)
telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia
perbankan". Selain Malaysia, OECD juga
menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini
dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk
menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar
maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan
Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak
bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi
penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari
kemudian.[2]
Demografi
Rencana utama: Demografi Labuan
Komposisi etnik di Labuan pada 2000 ialah Melayu (60,549 or 77.92%),
Cina (12,019 or 15.47%), India (989 or 1.28%), lain lain (4,143 or
5.33%).
Budaya
Rencana utama: Kebudayaan Labuan
Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei.
Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek
Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. Dialek
Labuan mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu
standard. Berikut adalah antara perkataan yang sering digunakan
dalam perbualan seharian:
Awu=ya
ani=ini
atu=itu
kita=awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua
atau dihormati)
batah=lama
tah=lah
mun=kalau
basar=besar
damit=kecil
aing=air
karang=nanti
bisai=cantik
ia=dia
mulih=pulang
mengatil=mengacau
antah=entah
nda=tidak
mun=kalau
Antara makanan tradisi masyarakat Labuan pula ialah ambuyat,
kelupis dan makanan karing.
Darjah Kebesaran
Mulai tahun 2008, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat
Persekutuan (Wilayah Persekutuan) sempena Hari Wilayah
Persekutuan. Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah ini
mempunyai 7 pangkat iaitu:
Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran
Datuk Seri Utama
Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri
Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran
Datuk
Johan Mahkota Wilayah (JMW)
Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)
Ahli Mahkota Wilayah (AMW)
Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPMW)
Kuala LumpurDaripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Kuala Lumpur (Tulisan
Jawi: لومڤور singkatan: KL) atau ,كواال
nama penuhnya Wilayah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurلومڤور كواال ڤرسكوتوان واليه
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Menara Berkembar Petronas, Jalan Petaling, Masjid
Jamek dan kuala sungai Gombak/Klang, Tugu Negara, Masjid Negara, latar langit KL.
Tengah: Menara Kuala Lumpur
Bendera
Mohor
Nama gelaran: K.L.
Moto: Maju dan Makmur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurلومڤور كواال ڤرسكوتوان واليه
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 3°8 U′ 101°42 T′
Negara Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan
Ditubuhkan 1857
Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan
Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta
orang mengikut banci tahun 2010.[2] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan
metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang,
sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[3], dan juga kawasan metropolitan
yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[4]
Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi
cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak
tahun 1999.[5] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota
ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala
Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana
kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[6] Kuala Lumpur ditarafkan
sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut
Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[7]
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan
Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung
Malaysia.[8]
Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik
dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[9] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara
Berkembar Petronas.[10]
Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang,
iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam
negara.
Sejarah
Rencana utama: Sejarah Kuala Lumpur
Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja
Abdullah,[11] mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih
besar.[12] Mereka tiba di kuala Sungai Gombak danSungai Klang untuk membuka lombong
di Ampang.[12] Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal
untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur.
Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima
sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih
muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit,
kejadian kebakaran dan banjir.[12] Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah
Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti
pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari
sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali
ekonominya.[13] Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala
Lumpur yang jauh lebih strategik.[14]
Pembinaan semula
Kapitan Yap Ah Loy pengasas dan pemacu kota Kuala Lumpur moden.[15]
Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar,
memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di
Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina
daripada batu-bata dan jubin sahaja.[14]
Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan
menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat
tersebut kini dikenaliBrickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah
digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di
China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu
Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di
rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi.
Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk
membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang
Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan
arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh
Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar
Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula
struktur penempatan.
Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan
Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga
telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang
polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada
suatu masa. [16]Beliau juga menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota
untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan
untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan
pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun
1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai
ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu
negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat. [17]
Perang Dunia Kedua
Tentera Jepun membersihkan jalanan Kuala Lumpur ketika Perang Dunia II.
Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur.
Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur
Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India
Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini
dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.[12]
Ketika Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari
1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945,
apabila panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah
Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman
atom Hiroshima dan Nagasaki.[18] Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan
nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan
pemberontakan komunis.[14] Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari
pemerintahan British.[19] Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan
Malaysia pada 16 September 1963.
Peristiwa Mei 13 dan selepasnya
Tanggal 13 Mei 1969 menyaksikan salah satu rusuhan kaum di Malaysia yang meletus
antara kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.[20]. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang
terkorban,[20] lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk
keadilan sosial yang menyeluruh.
Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972,[21] menjadikannya
petempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai
kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan,[22]lalu
menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.[23]
Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan
memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada tahun 1998, sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Reformasi bergiat di
bandaraya ini,[24] berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, di samping mencetuskan berkali-kali perarakan bantahan sehingga
tahun 1999, yang mana para penyokong Anwar menyesakkan jalan-jalan untuk menggesa
pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan, antara lainnya.[24]
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga
pusat kerajaan persekutuan Malaysia.[25] Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman
kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih
mengekalkan fungsi perundangan,[26] dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-
Pertuan Agong.[27]
Kerajaan
Kerajaan tempatan
Tugas pentadbiran bandar raya dipikul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.[28] DBKL
bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan
sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan
kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana
bandar secara amnya. Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk
penggal tiga tahun oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk
bandar ini diamalkan sejak pilihan raya kerajaan setempat digantung pada tahun 1970.[29]
Semenjak Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974,
bandaraya ini pernah dipimpin oleh sembilan orang Datuk Bandar.[30] Datuk Bandar Kuala
Lumpur kini ialah Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang dilantik pada tahun 2008.[31]
Politik negara
Kuala Lumpur ialah tempat terletaknya Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Bandaraya ini diwakili di Dewan Rakyat oleh sebelas orang
Ahli Parlimen,[32] yang diundi untuk penggal lima tahun. Setelah sekian lama cenderung
dikuasai oleh Barisan Nasional, segalanya berubah dengan pilihan raya 8 Mac 2008 yang
menyaksikan parti pembangkang menguasai kerusi-kerusi parlimen untuk Kuala Lumpur,
iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam
Se-Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN
iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.
Geografi
Rencana utama: Geografi Kuala Lumpur
Medan pejalan kaki Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Geografi Kuala Lumpur dicirikan oleh lembah besar yang dikenali sebagai Lembah
Klang yang bersempadan dengan Banjaran Titiwangsa di timur, beberapa banjaran
kecil di utara dan selatan, dan Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur memetik namanya
daripada kuala yang menemukan Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah
ibu kota itu.[33]
Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, pernah tertakluk di
bawah pemerintahan kerajaan negeri Selangor, sehingga dipisahkan pada tahun 1974
untuk menjadi Wilayah Persekutuan pertama yang ditadbir secara terus oleh Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Lokasinya di pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih
luas tanah ratanya berbanding pantai timur, menyumbang kepada pembangunan yang
lebih pesat berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.
Pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65 km2 (94.07
batu²), dengan ketinggian tanah purata 21.95 m (72.0 ka).
Kepong
Mukim Batu
Wangsa Maju
Segambut
Setiawangsa
Bukit Bintang
Titiwangsa
Lembah Pantai
Seputeh
Cheras
Bandar Tun Razak
Iklim dan cuaca
Terlindung oleh Banjaran Titiwangsa di timur dan pulau Sumatera, Indonesia di barat, Kuala Lumpur
beriklim hutan hujan tropika (Pengelasan iklim Köppen Af) yang panas dan cerah dengan curahan hujan yang
lebat sepanjang tahun, terutamanya ketika musim monsun timur laut dari bulan Oktober hingga Mac. Suhunya
agak malar iaitu maksimumnya sekitar 31 and 33 °C (88 and 91 °F) tetapi tidak pernah melampaui 37 °C
(99 °F), sementara minimumnya sekitar 22 and 23.5 °C (72 and 74 °F) dan tidak pernah kurang daripada
19 °C (66 °F). Kuala Lumpur lazimnya menerima curahan hujan sebanyak 2,266 mm (89.2 in) setiap tahun;
bulan Jun dan Julai agak kering, namun demikian curahan hujan biasanya melebihi 125 mm (5 in) sebulan.
Ekonomi
Rencana utama: Ekonomi Kuala Lumpur
Medan Pasar.
Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri
dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia.[4] Walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan
berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu seperti Bank Negara
Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta kebanyakan kedutaan
dan misi diplomatik kekal di Kuala Lumpur.[37]
Bandaraya ini juga masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa juga pusat
kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan prasarana di kawasan-
kawasan sekeliling sepertiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, pembinaan Koridor
Raya Multimedia dan peluasan Pelabuhan Klang mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya
ini. Bursa Malaysia juga membentuk salah satu kegiatan ekonomi utama di Kuala Lumpur.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536 juta pada tahun
2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%.[38][39] KDNK per kapita untuk Kuala Lumpur pada
tahun 2008 ialah RM48,556, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 5.9%.[38][40] Jumlah tenaga kerja
di Kuala Lumpur dianggarkan sekitar 838,400 orang.[41] Sektor perkhidmatan merangkumi kewangan,
insurans, hartanah, khidmat perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel,
pengangkutan, simpanan dan komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan, membentuk
paling ramai tenaga kerjanya iaitu 83.0% daripada jumlah guna tenaga.[41] 17% yang selebihnya berada
dalam sektor perkilangan dan pembinaan.
Sektor perkhidmatan terbesar nyata terdapat pada bilangan syarikat perbankan dan insurans baik
tempatan mahupun antarabangsa yang beroperasi di bandaraya ini. Kuala Lumpur bakal menjadi pusat
kewangan Islam sedunia[42]kerana semakin banyaknya institusi kewangan yang menawarkan
perkhidmatan kewangan Islam serta kehadiran institusi kewangan dari Timur Tengah seperti Al-Rajhi
Bank [43] dan Kuwait Finance House. Bandaraya ini menempatkan banyak cawangan perniagaan syarikat
luar negara termasuk pejabat serantau atau pusat sokongan untuk pelbagai syarikat multinasional,
terutamanya kewangan dan perakaunan, dan teknologi maklumat. Kebanyakan syarikat terbesar di dunia
beribu pejabat di sini dan setakat Disember 2007, terdapat 14 buah syarikat dalam senarai Forbes
2000 (kecuali Petronas) yang bertapak di Kuala Lumpur.[44]
Kegiatan-kegiatan ekonomi penting yang lain di bandar ini termasuk perkhidmatan pendidikan dan
kesihatan. Banyak sekali institusi-institusi pendidikan utama yang menawarkan kursus-kursus beraneka
bidang dalam lingkungan sempadannya, termasuk institusi awam Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun
Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan luar negara.
Terdapat berbilang-bilang pusat kepakaran perubatan dan hospital awam dan swasta yang menawarkan
perkhidmatan kesihatan am serta rawatan dan pembedahan pakar untuk kegunaan warga tempatan
mahupun pelancong dari luar.
Semakin banyak penekanan diberikan untuk meluaskan skop ekonomi bandaraya kepada kegiatan
perkhidmatan lain seperti penyelidikan dan pembangunan yang menyokong seluruh ekonomi Malaysia.
Kuala Lumpur selama bertahun-tahun lamanya menjadi tuan rumah kepada pusat-pusat penyelidikan
terpenting seperti Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia dan Institut
Penyelidikan Perubatan [45] .
[sunting]Pelancongan
Jalan Petaling.
Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya dalam ekonomi Kuala Lumpur, bukan sahaja
menyediakan pekerjaan berpendapatan, malah meluaskan peluang perniagaan. Oleh itu, didirikan
berbilang rantaian hotel di ibu kota ini. Kuala Lumpur juga berkembang menjadi destinasi beli-belah
antarabangsa dengan beraneka pusat beli-belah yang memasarkan jenama tempatan dan antarabangsa
yang tersohor. Pelancongan persidangan, terutamanya yang melibatkan penganjuran konvensyen, turut
berkembang dewasa ini hingga menjadi komponen penting dalam industri pelancongan.
Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka, Parlimen
Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia
Putra, Tugu Negara, dan tempat-tempat ibadah sepertiMasjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah
Persekutuan.[46]; ditambah pula dengan Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains
Negara, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara, tidak lupa juga acara-acara seperti
pusat kebudayaan Melayu, perayaan kebudayaan Cina di Tokong Thean Hou dan
perarakan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman. Segitiga Emas, iaitu pusat komersil ibu kota,
merangkumi Menara Kembar Petronas dan dihidupkan oleh kelab malam, kedai arak dan pusat hiburan,
seperti Beach Club, Espanda, Hakka Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar,
Nuovo, Rum Jungle, Thai Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P.
Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.
Beraneka jenis tempat penginapan dan hotel dari yang murah hingga yang berbintang lima, tumbuh bagai
cendawan di merata bandar untuk menampung kemasukan pelancong secara besar-besaran setiap
tahun, apatah lagi banyak sekali hotel berhampiran kawasan hiburan dan perniagaan Kuala Lumpur.
[sunting]Peruncitan
Berjaya Times Square, bangunan terbesar yang dibina dalam satu fasa di dunia.
Kuala Lumpur sahaja diduduki oleh 66 pusat beli-belah, menjadikannya pusat peruncitan dan fesyen
Malaysia.[47] Sektor beli-belah di Malaysia menyumbangkan RM 7.7 bilion (USD 2.26 bilion) atau 20.8%
daripada sumbangan keseluruhan pelancongan sebanyak RM 31.9 bilion pada tahun 2006.[48]
Suria KLCC ialah salah sebuah destinasi beli-belah utama di Malaysia kerana terletak di bawah Menara
Berkembar Petronas. Selain Suria KLCC, Bukit Bintang juga menikmati tumpuan kedai beli-belah yang
tertinggi di Kuala Lumpur. Bukit Bintang yang terlingkung dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, meliputi 3
batang jalan raya, iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi and Jalan Sultan Ismail. Bukit Bintang
menempatkan pelbagai kedai kopi, kedai makan alfresco (luaran) dan kompleks beli-belah seperti Berjaya
Times Square, Plaza Bukit Bintang, Lot 10, Plaza Low Yat, Pavilion KL, Starhill Gallery dan Plaza Sungei
Wang.
Di Kuala Lumpur juga terletaknya gedung beli-belah tunggal terbesar di Malaysia, iaitu Sogo Kuala
Lumpur[49] (juga dikenali sebagai KL SOGO) yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Di kawasan Bangsar juga wujud beberapa kompleks beli-belah, termasuk Bangsar Village, Mid Valley
Megamall dan The Gardens. Kawasan Damansara di barat laut Kuala Lumpur, biarpun sebenarnya bukan
dalam lingkungan ibu kota, diduduki satu-satunya cawangan Ikea di negara ini, dan sekelompok kecil
pusat beli-belah seperti The Curve, Ikano Power Centre, NiuXehSui di Ara Damansara dan 1 Utama.
Pasar Seni yang terletak berhampiran Kompleks Dayabumi, menawarkan beraneka cenderahati seni dan kraftangan.
Selain pusat beli-belah, Kuala Lumpur turut menetapkan beberapa kawasan dalam ibu kota untuk
memasarkan barangan keluaran tempatan seperti tekstil, fabrik dan kraftangan, contohnya: Jalan
Petaling yang bercirikan binaan pra-kemerdekaan yang dipengaruhi tradisi Cina Peranakan dan Eropah[50]
[51]; tidak lupa juga Pasar Seni, bekas pasar basah utama ibu kota yang kini memasarkan beraneka hasil
seni dan kraftangan, baik antik dan seni lukis mahupun pakaian dan cenderamata.
Sejak tahun 2000, Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan acara jualan mega tiga kali setahun
iaitu sekitar bulan Mac, Mei dan Disember, yang mana semua pusat beli-belah di negara digalakkan
membantu menaikkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah utama.[52]
Demografi
Rencana utama: Demografi Malaysia
Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Kuala Lumpur. Bahasa-bahasa lain
yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa
Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.[53]
Taman KLCC.
Kuala Lumpur menikmati campuran beraneka budaya termasuk Melayu, Cina, India, Serani, dan juga
suku-suku Kadazan, Iban dan pribumi lain dari Malaysia Timur dan Barat.[53][41]
Kepesatan pembangunan Kuala Lumpur turut menarik ramai buruh asing
dari Indonesia, Nepal, Burma, Thailand, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka,
dan Vietnam ke Malaysia.[54][55]
Pada akhir abad ke-18, ketika Eropah mengalami Revolusi Perindustrian, ramai pekerja Cina dari
wilayah Fujian dan Guangdong diangkut ke Tanah Melayu untuk mengusahakan industri
perlombongan timah yang bertumbuh pesat.[56]Kaum Cina di Kuala Lumpur bertutur dalam pelbagai
loghat, tetapi kebanyakannya berketurunan suku Kantonis [57] dan Hakka.[58]
Kaum India membentuk 10% daripada jumlah penduduk Kuala Lumpur (setakat tahun 2000),
Kebanyakan mereka beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil dan berbagai-bagai bahasa
India yang lain seperti bahasa Hindi,Malayalam, Punjabi, Telugu dan Pashtu. Dalam sejarah, ramai
orang India dibawa masuk ke sini ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu.[56]
Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama
lain yang diamalkan di Kuala Lumpur ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum
India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme(terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian.
[59] Justeru, nyata sekali di KL terdapat banyak tempat beribadah untuk para penduduknya yang
berbilang agama.
Statistik kependudukan
Jejantas yang menyambungkan Mid Valley Megamall dan The Gardens, menyeberangi sebatang jalan berhias.
Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2006
dianggarkan berjumlah 1.58 juta,[60] dan meningkat menjadi 1.63 juta pada 2010.[2]Ketumpatan
penduduknya adalah 6,696 inhabitants per square kilometre (17,340 /sq mi), menjadikannya
kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Malaysia. Dengan anggaran jumlah penduduk
metropolitan sebanyak 7.2 juta pada tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan
Selangor), Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat.[60] Penurunan kadar kelahiran
yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun
menjunam dari 33% pada tahun 1980 ke 27% pada tahun 2000.[41] Sebaliknya, golongan usia bekerja
15–59 tahun pula meningkat dari 63% (1980) kepada 67% (2000).[41] Golongan warga emas pula,
iaitu berusia 60 tahun ke atas juga naik dari 4% (1980) kepada 6% (2000).[41]
Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Kuala Lumpur sahaja
adalah 38% pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun 2010) manakala penduduk Cina dan
India masing-masing merangkumi 43% dan 10%.[41] Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan
kehadiran penduduk warga asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.[41]
Jenayah Kuala Lumpur menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah
yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.[61]
Pemandangan bandaraya
Latar langit Kuala Lumpur pada waktu malam.
Gambar panorama yang ditangkap dari pelantar pemandangan Menara Kuala Lumpur.
Pandangan panorama dari pusat bandar Kuala Lumpur, gambar diambil dari hotel di kawasan Changkat Bukit
Bintang.
Seni bina
Rencana utama: Seni bina di Kuala Lumpur
Menara Berkembar Petronas pada waktu senja.
Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu
Islam, seni bina moden dan pascamoden.[62] Sebagai sebuah bandar yang agak muda
berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti Bangkok,Jakarta dan Manila, kebanyakan
binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-
binaan ini memperlihatkan gaya seni bina Moor, Tudor, Neo-Gothik atau Yunani-Sepanyol.
[63] Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan
sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Sebelum Perang Dunia Kedua, di sekitar pusat bandar lama terdapat banyak rumah kedai,
kebanyakannya bertingkat dua iaitu kedai di tingkat bawah dan rumah di tingkat atas. Rumah-
rumah kedai ini diilhamkan oleh tradisi Cina Peranakan dan Eropah.[50][51] Walaupun sebilangan
daripadanya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan terbaru, namun
banyak lagi rumah kedai lama yang masih berdiri di sekitar kawasan Medan Pasar, Jalan
Petaling, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Doraisamy, Bukit Bintang dan Tengkat Tong Shin.
Pencapaian kemerdekaan disusuli pembangunan ekonomi pesat dari 1970-an hingga 1990-an,
di samping Islam sebagai agama rasmi di negara, telah menyaksikan pembinaan bangunan
yang lebih berasa tempatan dan keislaman di sekitar ibu kota, khususnya seni bina yang
diilhamkan oleh perkakas kebudayaan Melayu seperti songkok dan keris, di samping
disepadukan motif geometri Islam yang melambangkan pembatasan terhadap peniruan alam
melalui lukisan sejajar dengan nilai Islam.[64] Contoh-contoh bangunan berseni bina Islam
sedemikian ialah Menara Telekom, Menara Maybank dan Kompleks Dayabumi.[65] Sebilangan
bangunan pula dibina agar berupa tempat ibadah yang lengkap dengan kubah dan menara
masjid, seperti Muzium Kesenian Islam dan Planetarium Negara, biarpun sebenarnya berfungsi
sebagai tempat penghayatan sains dan ilmu alam. Menara Berkembar Petronas yang tingginya
452-meter (1,483 ka) direka bina untuk menyerupai motif-motif yang terdapat dalam kesenian
Islam.[66]
Pada akhir 1990-an dan awal 2000-an, semakin menjadi-jadi seni bina akhir moden dan
pascamoden. Berikutan pembangunan ekonomi, binaan-binaan lama seperti Rumah
Bok terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan baru. Binaan-binaan berangka
serba kaca tumbuh bagai cendawan di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar
Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.[67]
Taman
Taman KLCC seperti yang dilihat dari Traders Hotel.
Taman Tasik Perdana, sebidang taman berkeluasan 92-hektar (230-ekar) berhampiran
bangunan Parlimen Malaysia, sebuah bekas tempat tinggal kepada seorang pegawai penjajah
British, kini merangkumi sebuah Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Kebun Orkid, Kebun Bunga
Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur, iaitu taman burung terbesar di Asia Tenggara.
[68] Taman-taman lain dalam ibu kota termasuklah Taman ASEAN, Taman KLCC, Taman Tasik
Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan di Kepong, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia,[69] Taman
Tasik Permaisuri, Taman Botani, Taman Ekuestrian dan Taman Lembah Barat Bukit
Kiara (Rimba Kiara)berdekatan Taman Tun Dr. Ismail, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Tasik
Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Datuk Keramat,
Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.[70]
Terdapat tiga hutan simpanan dalam lingkungan ibu kota, iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas di
pusat bandaraya, iaitu hutan simpan yang paling lama diwartakan dalam negara pada keluasan
10.52 ha/26.0 ekar, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih (7.41 ha/18.3 ekar) dan Hutan Simpan
Bukit Sungai Besi (42.11 ha/104.1 ekar). Bukit Nanas di tengah-tengah pusat bandaraya ini
merupakan salah sebuah hutan dara yang tertua dalam lingkungan bandar raya di dunia.
[71] Hutan-hutan ini merupakan tempat tinggal untuk sebilangan spesies fauna termasuk monyet,
tupai dan burung.
Pengangkutan
Stesen keretapi lama Kuala Lumpur siap dibina pada tahun 1910.
Rencana utama: Pengangkutan awam di Kuala Lumpur
Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri merupakan
kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur.[72] Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala
Lumpur menikmati rangkaian jalan raya menyeluruh yang menghubungkannya ke destinasi
lain di Semenanjung Malaysia.[73] Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres
bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang
tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch
'n Go.
Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang
iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan
terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang
utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta
api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada Laluan Ampang, Laluan Kelana
Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan
rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama
bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian KTM Antarabandar yang berkhidmat
dari Singapura di selatan, sampai Hat Yai, Thailand, di utara.[74]
Platform stesen LRT KLCC, sebuah stesen Aliran Kelana Jaya (Putra LRT) di Kuala Lumpur.
Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang
ialah RapidKL.[75] Semenjak mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL
telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan
Lembah Klang[76] demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-syarikat teksi yang
besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi kelulusan dari kerajaan berwarna
selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur merupakan salah satu kotaASEAN di mana
kebanyakan teksi mengunakan bahan bakar kenderaan gas asli (NGV).
Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan
antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan
paling sibuk di Malaysia.[77]
Kebudayaan
Rencana utama: Budaya di Kuala Lumpur
Kesenian
Kuala Lumpur ialah sebuah pusat kegiatan dan acara kebudayaan di Malaysia. Antara
tempat-tempat kebudayaan terpenting di ibu kota ialah Muzium Negara yang terletak di
Lebuhraya Mahameru, menyimpan sebuah koleksi artifak dan lukisan yang terkumpul
dari seluruh negara.[78]
Di Kuala Lumpur juga terbinanya sebuah Muzium Kesenian Islam berhampiran Masjid
Negara di Jalan Lembah Perdana, yang menempatkan lebih tujuh ribu buah artifak
Islam termasuk bahan pameran yang jarang ditemui di samping sebuah perpustakaan
buku-buku kesenian Islam.[79]Koleksi muzium ini tidak terhad kepada hasil karya
kesenian Timur Tengah, bahkan juga menekankan pusaka kesenian dari Asia,
terutama sekali China dan Asia Tenggara. Muzium ini memperlihatkan kubah yang
berhiasan menawan dan ruang pameran terbuka yang lebar sekali.
Dewan Filharmonik Petronas merupakan tempat acara seni persembahan terulung di
Malaysia yang didiami oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang terdiri daripada
ramai pemuzik dari seluruh pelusuk dunia yang mempersembahkan konsert dan
persembahan kebudayaan tradisional.[80]
Taman KLCC pada waktu malam.
Balai Seni Lukis Negara terletak di Jalan Temerloh, berhampiran Jalan Tun Razak, di
sebidang tanah seluas 5.67-hektar (14.0-ekar) yang berjiran dengan Istana Budaya dan
Perpustakaan Negara. Seni bina balai ini menerapkan unsur-unsur seni bina Melayu
lama yang disebatikan dengan seni bina moden kontemporari. Balai Seni Lukis Negara
berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dan amanah warisan seni kebangsaan.
Sebuah lagi pusat seni halus, iaitu Galeri Petronas, terletak dalam pusat beli-
belah Suria KLCC, menempatkan hasil karya seni yang berubah-ubah mengikut tema
semasa. Galeri Tangsi berdekatan Dataran Merdeka pula menempatkan karya seniman
tempatan dan antarabangsa.
Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) di Sentul West ialah salah sebuah pusat
seni persembahan tersohor di negara, khususnya untuk teater, muzik dan tayangan
filem. Di samping menjadi pusat penerbitan seni tempatan, KLPac turut mendukung
artis-artis persembahan bebas tempatan dan serantau.[81]
Persembahan harian tarian dan muzik tradisional ada terdapat di Menara Kuala
Lumpur. Persembahan ini dijalankan oleh artis-artis 'Menara Kuala Lumpur Performing
Art Groups'
Setiap tahun juga, Kuala Lumpur mengadakan pesta masakan Malaysia International
Gourmet Festival[82] dan Kuala Lumpur Fashion Week[83] yang menyaksikan hasil fesyen
oleh pereka busana tempatan dan antarabangsa.
Syarikat pengeluar barangan piuter Royal Selangor di Setapak menempatkan sebuah
Pusat Pelawat yang membolehkan rombongan diadakan di sekitar pameran, galeri dan
kilangnya, terutamanya bengkel latihan pembuatan hasil piuter, "The School of Hard
Knocks," yang mana pesertanya diajar menghasilkan pinggan piuter sendiri dengan
menggunakan perkakas dan kaedah tradisional.
[sunting]Sukan dan rekreasi
Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Kuala Lumpur juga mempunyai berbilang-bilang taman, kebun dan ruang terbuka untuk
tujuan rekreasi. Jumlah ruang terbuka untuk kegunaan kemudahan rekreasi dan sukan
di ibu kota telah meningkat sebanyak 169.6% dari 586 hektar (1,450 ekar) pada tahun
1984, kepada 1,580 hektar (3,900 ekar) pada tahun 2000.[84]
Kuala Lumpur ialah salah sebuah tuan rumah Kejohanan Dunia Formula Satu tahunan,
[9] perlumbaan kereta beroda terbuka Grand Prix A1 [85] dan Grand Prix Motosikal [86] yang
berlumba di Litar Antarabangsa Sepang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur. Acara Formula Satu banyak menyumbang kepada bilangan pelancong
dan pendapatan pelancongan di Kuala Lumpur. Walaupun mengalami Krisis Kewangan
Asia yang menyaksikan penurunan kedatangan pelancongan di bandar-bandar utama
yang lain di Asia, namun kedatangan pelancong ke Kuala Lumpur meningkat sebanyak
64.6% dari 6,210,900 pada tahun 1997 kepada 10,221,600 pada tahun 2000.[87]
KL Grand Prix CSI 5*,[88] ialah sebuah acara sukan berkuda tahunan antarabangsa
bertaraf lima bintang yang menarik penunggang-penunggang dan kuda-kuda lumba
terhandal di dunia ke Malaysia.
Antara acara-acara sukan tahunan lain yang diadakan di bandar ini termasuk KL Tower
Run,[89] KL Tower International BASE Jump Merdeka Circuit dan Maraton Antarabangsa
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga merumahkan salah satu peringkat dalam lumba
basikal Tour de Langkawi.[90]
Pertandingan badminton Super Series Terbuka Malaysia tahunan juga sering diadakan,
tetapi bukan sentiasa, di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur turut menyediakan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa
semenjak menganjurkan Sukan Komanwel 1998. Kebanyakan kemudahannya
termasuk stadium utama (dengan balapan dan padang bola sepak), stadium hoki dan
kolam renang terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, sementara sebuah
velodrom dan beberapa lagi kolam renang terletak di Bandar Tun Razak, berhampiran
Taman Tasik Permaisuri. Juga terdapat padang bola sepak, kompleks sukan setempat,
kolam renang dan gelanggang tenis di sekitar pinggir bandar. Gelanggang badminton
dan sepak takraw biasanya diterapkan dalam dewan orang ramai.
Kuala Lumpur mempunyai sebilangan padang golf dalam lingkungan sempadannya,
termasuk Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dan Kelab Golf Perkhidmatan
Awam Malaysia di Bukit Kiara, dan Berjaya Golf Course di Bukit Jalil. KL juga
menyediakan berbilang-bilang pusat kesihatan swasta besar yang dikendali oleh
rangkaian terkemuka seperti California Fitness, Fitness First, Celebrity Gym, True
Fitness dan hotel lima bintang utama.
Media
Kawasan metropolitan Kuala Lumpur merupakan pangkalan utama penerbitan akhbar
dan tabloid utama di negara seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian
Metro, Kosmo!, Harakah, Suara Keadilan (bahasa Malaysia); The Star, New Straits
Times, The Sun, The Malay Mail (bahasa Inggeris); Sin Chew Jit Poh, China
Press, Nanyang Siang Pau (bahasa Cina); Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysia
Nanban (bahasa Tamil). Kuala Lumpur juga dijadikan tapak terdirinya pusat
penyiaran RTM dan Media Prima (penyiar TV3, ntv7, 8TV dan TV9) yang menyiarkan
rancangan berbabasa Malaysia, Inggeris, Cina Tamil, lain-lain.
Menara TM ialah ibu pejabat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Malaysia.
Kuala Lumpur juga merupakan tempat bertapaknya khidmat televisyen berbayar utama
negara, iaitu Astro yang menyiarkan beraneka saluran tempatan dan antarabangsa
seperti CNN, BBC World, Star World dan HBO.[91] Rangkaian berita berbahasa Arab
terkemuka iaitu Al-Jazeera yang bertapak di Doha, mengendali sebuah saluran berita
berbahasa Inggeris iaitu Al-Jazeera English untuk menyampaikan maklumat kepada
seluruh dunia, dengan salah sebuah pusat penyiaran beritanya di Kuala Lumpur.
[92]Saluran muzik Channel [V] International turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai
tempat unit penerbitan dengan melantik syarikat tempatan Double Vision Sdn Bhd.
[93] Pada bulan Mac 2008, Time Out, majalah acara antarabangsa, dilancarkan di Kuala
Lumpur selaku bandar sejagat yang ke-24.
Kuala Lumpur turut dipaparkan dalam segala bentuk budaya popular seperti filem,
televisyen, muzik dan buku. Antara filem-filem yang berlatarkan Kuala Lumpur
termasuk Entrapment, dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones,
dan Children of Men, (dibintangi Clive Owen) yang memaparkan adegan Menara
Berkembar Petronas terbakar selama beberapa saat.[94] Buku-buku yang berlatarkan
Kuala Lumpur termasuk KL 24/7 oleh Ida M Rahim, Shireen Zainudin dan Rizal
Zainudin,[95] My Life As a Fakeoleh Peter Carey, dan Democracy oleh Joan Didion.
[96] Kuala Lumpur juga disebut dalam lagu dendangan tempatan seperti "Keroncong
Kuala Lumpur" oleh P. Ramlee,[97] "Kuala Lumpur, Ibu Kota" oleh Saloma, "Chow Kit
Road" oleh Sudirman Arshad, "Senyumlah Kuala Lumpur" oleh Alleycats, "Streets of
Kuala Lumpur" oleh Murkyway, "K.L." oleh Vandal, "Kuala Lumpur" oleh Poetic Ammo,
"Anak Dara" oleh Azmyl Yunor dan "KL" oleh Too Phat. Kuala Lumpur juga merupakan
destinasi yang dilalui oleh rancangan realiti The Amazing Race Asia dan The Amazing
Race.[98] Ibu negara Malaysia ini juga kelihatan dalam permainan video, termasuk tiga
peringkat dalam Hitman 2: Silent Assassin dan dua peringkat dalam Burnout.
Pendidikan
Menurut perangkaan kerajaan, Kuala Lumpur mencapai kadar celik huruf sebanyak
97.5% pada tahun 2000, iaitu yang tertinggi di kalangan semua negeri dan wilayah di
Malaysia.[99]
Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 13 insititusi pendidikan tinggi, 79 sekolah menengah,
155 sekolah rendah dan 136 tadika.[100]
Terdapat beberapa buah institusi terkemuka di ibu kota yang sudah wujud sejak
seabad lebih, seperti SMK Victoria (1893); Methodist Girls' School (1896); Methodist
Boys' School (1897); Convent Bukit Nanas (1899) dan Institusi St. John (1904).
Di Kuala Lumpur juga bertempatnya Universiti Malaya selaku universiti tertua di
Malaysia semenjak kemerdekaan negara, iaitu pada tahun 1962.[101] Antara universiti-
universiti lain yang terletak di Kuala Lumpur termasuk Universiti UCSI, Universiti
Perubatan Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Kuala
Lumpur, Universiti Terbuka Wawasan dan kampus cawangan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terletak di Pangkalan Tentera Sungai Besi, di
bahagian selatan Kuala Lumpur, ditubuhkan sebagai pusat pengajian ketenteraan dan
teknologi pertahanan utama di negara.[102]
[sunting]Bandar raya kembar
Kuala Lumpur telah menjalin hubungan persaudaraan rasmi dan perkongsian
diplomatik dengan beberapa bandaraya di seluruh dunia.
Galeri
Menara Berkembar Petronas
Menara KL di Bukit Nanas
Muzium Negara
Bangunan Sultan Abdul Samad ketika malam
Pemandangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman
Tiang bendera di Dataran Merdeka
Stesen KL Monorel Bukit
Nanas
PutrajayaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Persekutuan Putrajayaجاي ڤوترا ڤرسكوتوان واليه
Prang Besar
BenderaMohor
Moto: Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari
Koordinat: 2°55 00″U′ 101°40 00″T′
Negara Malaysia
Wilayah Wilayah Persekutuan
Pembentukan 19 Oktober 1995
Disatukan ke dalam Wilayah Persekutan
1 Februari 2001
Kerajaan
- Ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya
- Pengerusi Samsudin Osman
Kepadatan (2010)
- Total 72,413 [1]
Zon masa MST (UTC+8)
Min waktu suria
UTC+06:46:40
Laman web: http://www.ppj.gov.my/
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya,
bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan
sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak
membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala
Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri
dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat
(IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan
Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen
dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai
dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam
membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan
penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931
hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan
keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya.
Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar
baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Sejarah
Rencana utama: Sejarah Putrajaya
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan
pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional
Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional
Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah
Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan
Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan
dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan
rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai
RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi
kejayaan Malaysia.
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini
bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah
berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia
seakan-akan Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia,
dan Brasilia di Brazil.
Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi
Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Politik
Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang
akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada
kerajaan Malaysia.
Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor juga seorang Setiausaha Agung UMNO.
Pengangkutan
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem
pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini.
Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi
dan udara
untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk
menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan
keadaan pada masa hadapan.
untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus
mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk
meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan
pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
Sistem pengangkutan
Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan
LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala
Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa
hadapan (Cth : pembesaran jalan)
Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di
dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam.
Lebuh raya berhubungan
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan
pusat Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan
Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama
berdekatan termasuk:
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuhraya Damansara-Puchong
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
Lebuharaya Kuala Lumpur-Putrajaya
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk,
membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan
Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari
Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju
selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai.
ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi
mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang
8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.
Pelancongan
Tasik di Putrajaya.
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan
keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar
Putrajaya adalah :
Perdana Putra
Masjid Putra
Jambatan Putra
Masjid Besi
Dataran Putrajaya
Tugu Millennium
Istana Kehakiman
Seri Perdana
Jambatan Seri Perdana
Putrajaya Landmark
Taman Wetland Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Taman Selatan
Yayasan Kepimpinan Perdana
Istana Melawati
Dataran Warisan
Kementerian Kewangan
Wisma Putra
Istana Darul Ehsan
Tasik Putrajaya
Taman Wawasan
Taman Botani
Tahukah Anda
LATAR BELAKANG BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.
Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya