sejarah permainan hoki di malaysia

16
PENGENALAN Permainan hoki merupakan sebuah permainan yang tidak asing lagi di Negara kita. Merupakan sukan berkumpulan. Perkataan hoki berasal dari bahasa Perancis iaitu “hocquet” yang akhirnya dialih bahasa ke bahasa Inggeris menjadi “hockey” . Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik. Tarikh dan waktu sebenar hoki diperkenalkan masih lagi tidak dapat dikenalpasti, namun begitu, sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang 1

Upload: cik-manis

Post on 25-Jun-2015

629 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

PENGENALAN

Permainan hoki merupakan sebuah permainan yang tidak asing

lagi di Negara kita. Merupakan sukan berkumpulan. Perkataan hoki

berasal dari bahasa Perancis iaitu “hocquet” yang akhirnya dialih bahasa

ke bahasa Inggeris menjadi “hockey” . Walaupun hoki tidak sepopular

seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah

lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan

demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu

sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam

Sukan Olimpik.

Tarikh dan waktu sebenar hoki diperkenalkan masih lagi tidak

dapat dikenalpasti, namun begitu, sejarah menunjukkan hoki telah

dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini

ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang

sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan

dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi

sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi

menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan

hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula

berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih

awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs

(seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan

yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw

permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan

mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak

1

Page 2: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah

seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan

bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan

mereka mengalami kecederaan yang berat.

Negara kita sememangnya terkenal dengan permainan hoki. Di

Malaysia, permainan hoki ini telah diperkenalkan sejak zaman penjajahan

Inggeris lagi. Menurut sumber yang boleg dipercayai, permainan hoki

diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris pada

tahun 1892.

walaubagaimanapun, permainan ini gagal menarik minat penduduk

tempatan dan hanya menarik minat rakyat dan kakitangan Inggeris yang

tinggal di sini.

Pada tahun 1904, perlawanan hoki yang pertama telah dijalankan

iaiatu di antara Selangor dan Singapura. Permainan hoki pada awalnya

dipelopori oleh negeri Selangor pada ketika itu dan pada tahun 1920,

permainan ini menjadi semakin popular di negari ni. Dari sehari ke sehari

bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat.

Malah ramai yang giat untuk menceburkan diri secara serius di dalam

permainan ini.

Kini, hoki merupakan sebuah acara yang antara paling diminati di

Malaysia selain dari acara bola sepak, bola jaring dan sebagainya.

Permainan ini boleh dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan. Pada

tahun 1926, hoki dimainkan oleh penduduk- penduduk di Negeri- negeri

Selat dan juga Negeri- negeri Melayu Bersekutu. Tidak lama selepas itu,

negara kita telah menubuhkan pasukan hoki sendiri rentetan dari

kedatangan pasukan India ke negara kita. India juga mempunyai latar

belakang kemasukan hoki ke negara mereka sama seperti kita, iaitu

2

Page 3: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

dibawa oleh penduduk Inggeris. Ketika itu pasukan India baru

sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah

mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Tidak lama selepas itu, pasukan hoki Macao datang melawat

negara kita. Negara kita telah melakukan perlawanan persahabatan

bersama mereka dan memenangi semua perlawanan tersebut.

Kemudian, pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke

negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Di dalam

perlawanan kali ini juga, kemenangan berpihak kepada negara kita.

Pada tahun 1946, Liga Hoki diadakan di negara kita iaitu di

Taiping, Ipoh, Singapura dan Kuala Lumpur. Persekutuan Hoki Tanah

Melayu telah ditubuhkan selaku sebagai penyelaras permainan ini di

negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai

ahligabungannya. Rentetan dari itu, ini merupakan sebuah peluang bagi

negara kita untuk menyertai permainan tersebut.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951

hingga kini. Piala Razak menjadi rebutan bagi semua pasukan hoki yang

diinsprasikan oleh nama Tun Abdul Razak selaku penyumbang piala

kejohanan.

Kini, Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan

Perak, Sultan Azlan Shah. MHF bukan sahaja menganjurkan

pertandingan di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan

tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954 dan

kemudian diikuti oleh perlawanan bersama dengan Pakistan.

3

Page 4: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

Kini, negara kita menjadi sebuah negara yang sangat dikenali dan

digeruni dalam permainan hoki standing dengan pasukan India dan juga

Pakistan. Di dalam Sukan SEA, negara kita merupakan sebuah pasukan

yang tidak mampu dikalahkan oleh pasukan negara lain. Kemunculan

wira- wira hoki yang terkenal seperti Mirnawan Nawawi, S. Kuhan, dan

lain- lain lagi merancakkkan lagi sukan ini.

4

Page 5: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

Padang Hoki

5

Page 6: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Di dalam permainan hoki, terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu

dikuasai oleh pemain iaitu ;

1. Mengelecek bola

2. Menolak bola

3. Menguis bola

4. Memukul bola

5. Menyerkap bola

6. Mengawal dan merebut bola

7. Menjaga gol

6

Page 7: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

Pengenalan Kayu Hoki

Kayu hoki Bola hoki

Di dalam permainan hoki, perlu ditegaskan bahawa dalam

permainan hoki, hanya bahagian muka rata sahaja boleh digunakan.

Menggunakan bahagian lengkung kayu untuk menahan atau memukul

bola tidak dibenarkan di sisi undangundang dan ia boleh dipersalahkan

dalam permainan.

7

Page 8: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

Asas pegangan kayu hoki

Terdapat 2 cara asas menggenggam kayu hoki iaitu :

i. Genggaman berjarak.

- Diamalkan untuk tindakan ¼ tindakan yang berikut iaitu mengelecek

bola, menolak bola, menguis bola dan menyerkap bola.

Teknik Asas Genggaman:

- Sebelah tangan menggenggam bahagian pangkal kayu dan sebelah lagi

di bahagian berhampiran dengan pertengahan kayu.

ii. Genggaman rapat

- Diamalkan apabila pemain hendak memukul bola.

Teknik Asas Genggaman:

- Kayu digenggam dengan kedua-dua belah tangan secara rapat di

bahagian berhampiran pangkalnya.

8

Page 9: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

PERATURAN PERMAINAN

Pertandingan hoki di Malaysia dijalankan mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh Rules of The Game Hockey sebagaimana yang

ditetapkan The International Hockey Board dan Peraturan Am Majlis

Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan- pertandingan hoki peringkat Majlis Sukan Sekolah

Malaysia

a. Lelaki 12 tahun dan ke bawah.

b. Lelaki 18 tahun dan ke bawah.

c. Perempuan 12 tahun dan ke bawah.

d. Perempuan 18 tahun dan ke bawah.

KELAYAKAN PEMAIN

Pemain hendaklah berumur 18 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori

masing-masing pada 1 Januari tahun pertandingan tersebut.

9

Page 10: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

PENANGGUHAN

1. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah

dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah pertandingan

keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun

ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka

perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan

ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan.

2. Keputusan Pengarah Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.

3. Jika selepas bermain separuh masa iaitu 25 minit bagi kategori B18 tahun

dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah,

permainan  diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

maka permainan itu di anggap telah tamat. Tempoh permainannya dan

kedudukan jaringan pada masa itu akan diambil kira.

4. Jika permainan diberhentikan sebelum 25 minit bagi kategori B18 tahun

dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke bawah, maka

permainan itu akan disambung dari masa ia diberhentikan dengan

kedudukan yang kekal sebelum permainan ditangguhkan, di suatu tempat

dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan

Pertandingan.

5. Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di bawah bidang

kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh

diambil semasa pertandingan dijalankan.

10

Page 11: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

TATATERTIB PEMAIN

Sistem mata ‘demerit’ yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan

tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:-

a. KAD HIJAU

- 2 MATA

b. KAD KUNING

- 4 MATA

c. KAD MERAH

- 8 MATA

11

Page 12: Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia

REFLEKSI

Tugasan yang diberikan adalah berdasarkan sukatan Gerko Hoki.

Selepas mendapat tugasan ini, Saya dan rakan-rakan sekelas telah meminta

tunjuk ajar daripada pensyarah kami iaitu Encik Zahari Bin Zainal untuk

penerangan lanjut.

Saya telah membuat rujukan dari pelbagai jenis buku, internet dan

sebagainya. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, saya dapat

memahami konsep, definisi dan ciri- ciri pergerakan asas lokomotor

mahupun bukan lokomotor. Pada lahiriahnya, permainan ini tidak rumit,

tetapi memandangkan ia memerlukan persediaan yang rapi, permainan

ini boleh juga dianggap sebagai sangat kompleks dan rumit . Kami

mendapati, sekiranya sepanjang permainan ini berlangsung tidak

mengambil kira aspek- aspek keselamatan, pelbagai kemungkinan yang

tidak diingini mungkin berlaku.

Tugasan ini amat berguna dan bermanfaat pada diri saya kerana

dengan melakukan tugasan yang diberikan, yakni saya dapat mempelajari

proses dan prosedur perlaksanaan permainan hoki. Walaupun kehendak

soalan ini nampak ringkas dan mudah, namun sebenarnya skopnya amat

luas dan subjektif. Harapan saya agar apa yang saya pelajari semasa

tugasan ini diadakan akan saya aplikasi apabila sudah menjadi guru

kelak. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

------------------------------

( Manisah Binti Muhamad Shukur)

12