sejarah sabah terserah kepada sbbu
DESCRIPTION
Bagaimanakah negeri Sabah terserah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sebelum 1881 dan corak pentadbiran SBBU sehingga 1941.TRANSCRIPT
1
25-05-2014
Oleh Zikhri bin Jalius
Kerjasama (Mhd. Zarin, Sylvister dan Evans)
Student at UMS
Kata-kata dari Zikhri bin Jalius
Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga rakan saya atas kerjasama
yang diberikan dalam menjayakan tugasan @ assignment Sejarah Sabah
dan Sarawak. Semua hasil kerja kami ini adalah berdasarkan beberapa
rujukan sumber yang kami gunakan. Sekadar berkongsi maklumat.
Harap dapat memberi manfaat.
Jangan lupa kunjungi saya di
zikhri.blogspot.com
Bagaimanakah negeri Sabah terserah kepada Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sebelum 1881 dan corak
pentadbiran SBBU sehingga 1941.
ZIKHRI BIN JALIUS
1
1.0 PENGENALAN
Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Utara sebelum mencapai
kemerdekaan merupakan sebuah wilayah yang terletak di utara Pulau
Borneo, iaitu pulau yang ketiga terbesar di dunia. ‘Sabah” merupakan nama
yang diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada wilayah yang menjadi
sebahagian daripada jajahan kesultanan tersebut di utara Pulau Borneo pada
akhir abad ke-16. Bagi Kerajaan Brunei, Sabah atau Borneo Utara meliputi
seluruh bahagian utara pantai barat, dari Sungai Sulaman hingga ke Teluk
Marudu dan Sungai Paitan serta seluruh bahagian utara timur sejauh Sungai
Sibuku yang meliputi wilayah Paitan, Sugut, Banggaya, Labuk, Sandakan,
Kinabatangan, dan Mumiang. Termasuk juga di dalam wilayah ini ialah
kawasan Kimanis, Benoni, Teluk gaya, Teluk Sepanggar, dan Pulau Banggi.
Pulau Borneo terletak di antara 7 7’ utara hingga 4 12’ selatan garisan
lintan dan dari 108º 25’ timur garisan bujur; berukuran paling panjang
sembilan ratus batu, paling lebar tujuh ratus batu dan tiga ribu lengkongan.
Terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan
menguntungkan, tersilang dari setiap penjuru oleh sungai-sungai dalam yang
dapat dihiliri, teluk-teluk dengan pelabuhan yang selamat dan luas,
mempunyai tanah yang subur untuk memenuhi segala keperluan manusia,
dan megah dengan barangan dagangan yang sejak bertahun-tahun menarik
hati “si tamak”. Puji-pujian tentang Borneo ini telah ditulis oleh John Hunt,
seorang saudagar dan pengembara Inggeris dalam tahun 1812. Ia percaya
bahawa dengan suatu sistem pentadbiran yang jelas, pulau ini akan menjadi
suatu ruang yang membawa keuntungan kepada spekulasi dagangan Eropah
dalam masa yang singkat.
Pada abad ke-19, sebahagian besar wilayah pantai timur Sabah dari Teluk
Marudu hingga ke Sungai Sibuku diserahkan oleh Sultan Brunei, iaitu Sultan
Muhiuddin kepada sultan Sulu sebagai membalas jasa setelah Sultan Sulu
membantu baginda mengalahkan Sultan Abdul Mubin dalam peperangan
merebut taktha kesultanan Brunei. Ini menyebabkan wilayah Sabah
dibahagikan kepada dua zon pentadbiran kesultanan, iaitu di kawasan pantai
barat Sabah dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan kawasan pantai timur Sabah
2
pula dimiliki oleh Kesultanan Sulu. Setelah kedua-dua zon pentadbiran milik
Sultan Brunei dan Sultan Sulu ini diserahkan oleh kedua-dua sultan tersebut
kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
3
1.1 Sistem pentadbiran politik sebelum SBBU
Dari segi corak pentadbiran negeri Sabah sebelum Syarikat Berpiagam
Borneo Utara bertapak di Borneo Utara, dapat dikelaskan kepada tiga aspek
iaitu politik, ekonomi dan sosial. Corak pentadbiran yang pertama ialah dari
aspek politik. Sebelum Syarikat Berpiagam bertapak di Negeri Sabah, sistem
politik pribumi Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem
kesukuan, sistem politik kesultanan dan ketua bebas. Sistem politik kesukuan
terdapat di daerah-daerah pendalaman. Di daerah-daerah ini pribumi seperti
orang-orang dusun, Murut, dan Sungei tinggal dalam institusipolitik kesukuan
yang tidak melewati peringkat kempung. Mereka hidup dalam kelompok-
kelompok kecil dan dipisahkan dari kumpulan-kumpulan lain oleh faktor-
faktor alam seperti banjaran gunung, bukit-bukit, sungai dan jeram.
Susunan politik daerah pandalaman ini adalah berdasarkan ikatan
keluarga dan sanak saudara. Ketua-ketua kampung atau disebut juga Orang
Tua bertanggungjawab terhadap anak buah untuk menjaga keamanaan dan
memberi perlindungan. Ketua kampung biasanya dipilih dari kalangan orang-
orang tua yang berkaliber, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
adat dan disegani dalam masyarakatnya. Pemilihan bukanlah berdasarkan
keturunan, tetapi ada kemungkinan anak seorang ketua kampung akan
dipilih mengantikan tempat bapanya sekiranya ia mempunyai kelayakan-
kelayakan yang disebut di atas tadi. Walau bagaimanapun pemilihan
biasanya dilakukan melalui musyuarah. Selain daripada Ketua-Ketua
Kampung, wujud juga Mjlis Kampung secara tidak resmi. Majlis ini terdiri
daripada badan Orang Tua (OT) secara tidak resmi. Majlis ini terdiri daripada
badan Orang Tua (OT) yang bukan sahaja bertanggungjawab memilih ketua-
ketua kampung tetapi juga memberi nasihat kepada mereka dalam semua
perkara penting berkaitan dengan hal ehwal kampung. Ketua-ketua kampung
ini juga biasanya merupakan ahli dalam tradisi dan silasilah mengenai
kumpulan etnik mereka.
Sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai barat
dan timur sabah. Datu-datu Sulu mentadbir daerah pesisiran pantai timur
4
Sabah. Di daerah pantai barat penguasaan wilayah adalah terletak di tangan
wakil-wakil Kesultanan Brunei.
Sistem politik pribumi sabah yang ketiga ialah Ketua Bebas (Independent
Chiefdom). Sistem politik ini wujud akibat dari keberanian, keperwiraan dan
ketegasan seorang tokoh yang dapat mencabar kewibawaan sultan di
daerah-daerah pesisiran pantai. Mereka ini berasal dari ketua-ketua yang
mempunyai pertalian dengan sama ada keluarga diraja Brunei ataupun
Sulu, ataupun Arab Sharif. Penduduk-penduduk di daerah ‘bebas’ ini
kebanyakannya adalah terdiri daripada pengikut-pengikut ketua bebas.
Daripada ketua-ketua inilah mereka mengharapkan dan memperoleh
perlindungan. Contoh yang baik dalam hal ini ialah pemimpin yang dianggap
berkelibar sebagai ketua ‘lanun’ iaitu Sharif Osman yang memerintah daerah
Kota Merudu dalam tahun-tahun 1830an dan 1840.
1.2Sistem ekonomi sebelum SBBU
Ada kajian yang mengatakan etnik Murut dan Kadazandusun adalah suku
kaum yang terbesar di Sabah1. Etnik ini menjalankan kegiatan pertanian
terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama ekonomi mereka.
Lazimnya, etnik Murut menanam padi huma atau bukit kerana sebahagian
besar etnik ini mendiami kawasan berbukit ataupun di lereng-lereng bukit.
Manakala Etnik Kadazandusun lebih kepada penanaman padi sawah. Hal ini
kerana, etnik ini menetap di kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti
penanaman padi sawah, Sebagai contohnya kawasannya iaitu Ranau,
Tambunan, Papar dan tempat-tempat lain di Sabah. Namun, terdapat juga
sebahagian kecil yang mengusahakan padi bukit terutamanya mereka yeng
mendiami lereng Banjaran Crocker. Di samping itu juga, etnik ini juga
menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti jagung, ubi manis dan pisang.
Kepelbagaian jenis tanaman ini berlaku kerana kadang-kala hasil penanaman
padi tidak menjadi kerana serangan serangga dan cuaca yang tidak
menentu2.
1 Ranjit Singh. (2000). The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm 46.2 Ibid.
5
Selain daripada itu, etnik ini juga melakukan aktiviti memburu binatang
untuk dijadikan bahan makanan serta mencari hasil hutan. Masyarakat Bajau
pula lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai3. Oleh itu, etnik ini lebih kepada
kegiatan yang melibatkan air. Oleh itu telah menjadi kelaziman atau
kebiasaan mereka untuk menangkap ikan dan menjadi nelayan serta mencari
mutiara di laut dan telur penyu. Malah untuk itu, mereka cuba menyudahkan
kehidupan mereka sebagai keluarga nelayan dengan terdapat kalangan
mereka yang membina rumah di atas air sahaja.
Bagi etnik-etnik yang lain seperti Melayu-Brunei, sebahagian daripada
mereka ada yang menjalankan aktiviti perdagangan walaupun tidak dinafikan
dan ada juga yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Begitu juga dengan
etnik Bisaya, walaupun bilangan etnik ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan
dengan etnik yang lain tetapi sumbangannya dalam mewarnai adat dan
kebudayaan Sabah juga dapat dikesan. Kegiatan ekonomi suku ini lebih
kurang sama sahaja dengan etnik yang lain. Orang Sungai merupakan sub-
etnik bagi Kadazandusun tetapi mereka ini mendiami beberapa kawasan
seperti Sugut, Paitan dan Kinabatangan. Segelintir daripada mereka ini telah
memeluk Agama Islam pada abad ke-18 dan ke-19. Sub-etnik ini juga
menjalankan aktiviti pertanian dan pada abad ke-19 dan mereka mula
berurusan dengan kerajaan Sulu.
1.3 Sistem sosial sebelum SBBU
Pada abad ke19, meskipun masyarakat Sabah dan mula beranjak secara
perlahan-lahan ke arah paradigma ekonomi, politik yang dari abad
sebelumnya, namun sistem sosial negeri tersebut masih lagi dilihat begitu
tradisional apatah lagi lokasi geografi yang jauh dari Tanah Melayu.
Walaupun telah kelihatan bayang-bayang pihak Barat yang mula mencari
ruang di celah-celah tanah Sabah atas dasar perluasan kuasa, pasaran
barang, dan sumber ekonomi yang cukup berharga di negeri ini. Namun,
kehidupan sosial masyarakat ini masih kekal diseragamkan dengan
kepercayaan dan budaya mereka yang telah diwarisi dari nenek moyang
mereka lagi.
3 Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan Suraya Haji. (1987). Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 80.
6
Di Sabah, terdiri daripada 39 buah kelompok etnik semuanya, yang
dikategorikan sebagai peribumi. Terdapat beberapa buah kaum yang menjadi
majoriti iaitu kaum Dusun, Kadazan, Iranun dan lain-lain lagi. Kaum-kaum ini
berada di daerah yang berbeza dan selalunya berkelompok mengikut suku
kaum mereka. Misalnya orang Dusun kebanyakannya berada di Ranau,
Keningau, Kundasang dan Kota Belud. Terdapat juga banyak sub-kaum lain
yang menjadi minoriti seperti kaum Sungai yang kebanyakannya berada di
sekitar Sungai Kinabatangan, Telupid, Iranun dan tembenuo di Beluran,
Kaum Tidung di Tawau dan sebagainya. Rumpun dan suku bangsa di Sabah
sememangnya amat banyak antaranya ialah Tatana, Rungus, Cocos, Baukan
dan sebagainya.
Pada ketika itu, setiap masyarakat peribumi di negeri tersebut
mempunyai organisasi sosial yang tersendiri. Pembentukan organisasi sosial
masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, interaksi
dengan dunia luar dan peredaran masa. Cara hidup dan budaya masyarakat
Sabah begitu kompleks dan ditunjangi oleh kepercayaan mereka terhadap
alam sekitar. Pada ketika itu, masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih
lagi mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada benda-
benda hidup di sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti
pokok-pokok besar, batu, gua, tangkal, sungai dan sebagainya. Mereka
percaya bahawa objek-objek itu mempunyai semangat, roh spiritual yang
mana boleh membawa nasib malang juga nasib baik. Misalnya masyarakat
Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi. Pada
ketika itu, sebenarnya telah ada sebahagian masyarakat Sabah yang
menganut agama lain.
Bahasa pertuturan di Sabah pada ketika itu ialah bahasa kaum mereka
seperti bahasa Sungai, bahasa Kadazan, Dusun dan sebagainya mengikut
bangsa mereka. Walaupun begitu, mereka tetap menggunakan bahasa
Melayu dalam urusan rasmi dan juga kerana pada ketika itu telah ada
sekolah-sekolah di sebahagian kawasan. Namun bagi masyarakat yang
tinggal di kawasan pedalaman mereka sememangnya menggunakan bahasa
ibunda mereka. Masyarakat Sabah kebanyakanya tidak mempunyai
pedidikan yang tinggi kerana anak-anak mereka diajar untuk bertani.
7
Misalnya, anak-anak di ajar bekerja di bendang, ladang, bercucuk tanam,
menjala dan sebagainya. Anak perempuan pula selalunya membantu
melakukan kerja rumah. Malah pada ketika itu anak perempuan di kahwinkan
pada usia yang masih muda.
2.0 PENYERAHAN BORNEO UTARA KEPADA SYARIKAT BERPIAGAM
BORNEO UTARA 1881.
Pada abad ke-19, Kerajaan British dan Belanda masing-masing
mempunyai hasrat yang ternyata berbeza terhadap Borneo meskipun kedua-
dua pihak menganggap Pulau Borneo merupakan jalan keluar yang khusus
dalam perdagangan dan dijangka akan menjadi lebih penting pada masa
hadapan. Bagi Belanda, mereka berminat terhadap Pulau Borneo kerana
didorong oleh tujuan politik dan perdagangan yang sering dikaitkan dengan
Pulau Jawa dan berharap dapat menjadikan Borneo sebagai sebahagian
daripada wilayah Hindia Belanda. Bagi pihak British pula, Borneo dianggap
penting dari segi perdagangan kerana kedudukannya yang strategik lantaran
terletak di pertengahan jalan laut yang penting ke negara China manakala
bahagian utara pulau itu merupakan tempat pertemuan jalan-jalan
perdagangan dan British khuatir jika ia akan jatuh ke tangan kuasa-kuasa
asing.
Dalam abad itu, satu kepercayaan mereka bahawa bahagian utara pulau
itu merupakan tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan, dan dalam apa
jua keadaan pun akan pasti jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing. Hal ini
disebabkan, semasa musim angin monsun barat daya (April- Oktober) jalan
8
biasa ke negeri China dari England atau India adalah melalui Selat Melaka
dan Laut China Selatan iaitu ke arah barat Borneo. Selat ini dipanggil ‘Laluan
Barat’. Bila angin Monsun timur laut bertiup, jalan ini tidak dapat dilalui dan
kapal-kapal yang hendak melintasi Selat Sunda atau Selat Makasar dan Laut
Sulu (dan terus ke timur Borneo) atau ‘Laluan Pitt’- selatan Sulawesi dan
utara di antara Halmahera dan barat New Guinea.4 Dalam tahun-tahun
kemudiannya, walaupun selepas kuasa wap mengambil ahli pelayaran dan
ancaman monsun tidak lagi menjadi suatu rintangan, utara Borneo masih
menjadi kawasan strategik kepada orang Inggeris. Sebabnya ialah di samping
kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan besar perkapalan antara
Singapura dan Hong Kong, ia merupakan jalan perdagangan yang baru dan
semakin penting di antara negeri China dan Australia Timur melalui Laluan
Palawan dan Laut Sulu.
Namun demikian, British lebih berminat untuk memikirkan “soal
perdagangan dan bukannya wilayah” di Borneo. Perkara ini menyebabkan
British tidak berminat untuk mengembangkan kawasan jajahannya di Borneo
Utara. Bagi Kerajaan British, selagi para pedagang mereka diberi jaminan
untuk menjalankan perniagaan dengan bebas di wilayah Borneo, selagi itulah
Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Luar Negeri British mengambil keputusan
untuk tidak perlu bersaing dengan kuasa-kuasa asing yang lain untuk
mendapatkan pulau tersebut. Namun begitu, Kerajaan British merasa
tergugat apabila kegiatan perdagangan dan perniagaan mereka terancam
oleh kegiatan pelanunan di perairan Borneo. Idea untuk menubuhkan
pangkalan perdagangan di kawasan utara Borneo telah dicetuskan oleh
Alexander Darlymple, iaitu seorang pegawai muda Syarikat Hindia Timur
Inggeris.5 Menurut Beliau dengan adanya pangkalan perdagangan yang
dibina di kawasan utara Borneo, aktiviti perdagangan British dengan China
dapat dimajukan terutamanya dalam memperdagangkan kain kapas dengan
saudagar di utara China.
4 Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 14.5 Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Perubahan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. Hlm 41.
9
Alexander Dalrymple, seorang pegawai Syarikat di Madras dan juga
seorang pengembara yang berpengalaman di kawasan Laut Timur, telah
berpendapat Borneo Utara boleh dijadikan sebagai satu pusat perdagangan
yang baik. Petempatan Inggeris di kawasan ini mengikut Dalrymple,
mempunyai dua tujuan; ia bukan sahaja berguna sebagai tempat yang sesuai
bagi penyebaran barang dagangan Inggeris dan India di kepulauan Melayu,
tetapi juga dapat menarik jong-jong dagangan Cina yang belayar ke selatan.
Mereka dapat membawa pulang barangan dagangan Inggeris terlebih dahulu
dari pedagang utara Cina iaitu yang sebilangan kecilnya sahaja yang berjaya
masuk berdagang di Canton. Mereka ini membeli barang-barang keluaran
Inggeris walaupun Hong Kong mengenakan dasar ekonomi yang ketat.
Menurut Dalrymple lagi, dengan adanya sebuah pusat perdagangan di
Borneo. Orang Inggeris akan dapat “mengembangkan penggunaan lalu lintas
perdagangan hingga ke tempat-tempat yang jarang dilalui di segenap
pelosok penjuru Asia.
Dalam bulan Jun 1760, rancangan Dalrymple telah diluluskan oleh
Gabenor dan Majlis di Madras. Ia terus belayar ke Kepulauan Borneo untuk
melaksanakannya. Pada Awal tahun 1761 , Dalrymple telah memujuk Sultan
Sulu agar menyertai ‘Artikel Persahabatan dan Perdagangan’ Sementara
dengan Inggeris.6 Selain daripada itu, Darlymple telah berusaha untuk
mendapat kebenaran mendirikan sebuah petempatan perdagangan di
Borneo. Setelah membuat penelitian terhadap kawasan itu, Darlymple
mengambil keputusan untuk menjadikan Pulau Balambangan yang
berhampiran dengan Borneo sebagai tempat yang sesuai bagi mendirikan
petempatan perdagangan. Pada 23 Januari 1783, Dalrymple telah
mengibarkan bendera British di Pulau Balambangan (Kudat) dan berjaya
mematahkan percubaan Belanda untuk mempengaruhi Sultan Sulu agar
menandatangani satu perjanjian perdagangan yang khusus. Sebaliknya
Darlymple berjaya memujuk Sultan Sulu supaya menyerahkan seluruh
kawasan timur laut Borneo dan sebahagian dari Pulau Palawan. Permintaan
itu kemudiannya diluluskan secara rasmi oleh Sultan iaitu dengan
termeterainya perjanjian antara Sulu dan Syarikat pada 8 Jun 1764.6 Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 12.
10
Selepas sembilan tahun kemudiannya sahaja kejayaan diplomatik
Dalrymple di Borneo di manfaatkan dengan berkesan. Inggeris merasa
bimbang sekiranya rancangan mereka akan mencetuskan perkelahian
dengan Sepanyol iaitu yang mempunyai kuasa ke atas wilayah-wilayah di
kepulauan Borneo. Kesibukan Syarikat Inggeris di India, yang sedang
berdepan masalah proses kehancuran empayar Moghul merupakan sebab
utama kelewatan tersebut. Sebuah petempatan perdagangan kecil akhirnya
telah didirikan di Balambangan dalam tahun 1773. Walau bagaimanapun
dengan adanya pengurusan yang tidak cekap dan buruk, mereka gagal
memenuhi tujuan-tujuan asalnya. Petempatan itu terpaksa ditinggalkan
secara tergesa-gesa apabila ada serangan dari orang-orang Sulu pada bulan
Februari 1775. Dalam tahun 1803, satu lagi percubaan untuk mendirikan
petempatan perdagangan di Balambangan telah mengalami kegagalan
ekoran daripada angkatan tersebut mengalami kebuluran dalam tahun 1805.
Syarikat Hindia Timur sejak itu tidak memiliki satu tempat persinggahan pun
dalam laluan dagang ke timur sehinggalah terbukanya Singapura oleh Sir
Stamford Raffles empat belas tahun kemudiannya.
Pada tahun 1865, Amerika Syarikat pula membuat perjanjian dengan
Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin untuk menempatkan seorang konsulnya di
Brunei, dan Charles Le Moses dilantik memegang jawatan tersebut. Pada
bulan Julai 1865, Charles Lee Moses, yang baru dilantik menjadi Konsul
Amerika Syarikat ke Brunei, telah tiba di ibu negeri Brunei untuk memulakan
tugasnya. Tugas-tugas itu dijangkakan termasuklah hal memberi nasihat
kepada kapal-kapal saudagar Amerika yang datang melawat ke sana. Akan
tetapi Moses bukanlah orang yang tidak menghiraukan peluang-peluang
mendapatkan keuntungan diri sendiri dengan berkedudukan demikian.
Dengan menekankan bahawa ia adalah seorang wakil rasmi Kerajaan
Amerika Syarikat , Moses berjaya memujuk Sultan dan Pangeran
Temenggung Brunei supaya memperkenankan pajakan persendirian selama
sepuluh tahun kepadanya atas sebahagian besar kawasan di bahagian
Borneo, iaitu termasuk Kepulauan Banggi, Balabak dan Palawan dengan
bayaran sewa tahunan sebanyak $9,500.7
7 Ibid., hlm. 244.
11
Setelah berjaya dalam permohonannya itu, Moses pergi ke Hong Kong
dan memindahkan haknya kepada ‘American Trading Company of Borneo.
Presiden Syarikat itu ialah Joseph Torrey. Joseph Torrey telah ke Brunei
pada bulan November berikutnya untuk ditabalkan sebagai Raja Ambong dan
Marudu dan pemerintah Tertinggi bagi keseluruhan Bahagian utara Borneo.
Di bawah tunjuk ajar Torrey, sebuah ladang kecil dan petempatan
perdagangan telah ditubuhkan di pantai Teluk Kimanis, dengan kakitangan
yang terdiri daripada 10 orang bangsa Amerika dan 60 orang buruh Cina.
Perusahaan itu dijalankan dengan modal pinjaman sementara dari komuniti
Saudagar Cina di Labuan.
Torrey kemudiannya berbalah dengan Moses dan kembali ke Hong Kong,
dengan diburui oleh salah seorang si piutangnya dari Labuan. Petempatan di
Kimanis itu kemudiannya menjadi merosot, bankrap dan akhirnya terkubur
pada akhir tahun 1866. Semenjak itu, Syarikat Amerika hanya menjalankan
usaha-usaha perdagangan sekali skala sahaja di pantai Borneo. Walau
bagaimanapun Torrey dan sekutunya masih mengekalkan hak mereka ke
atas sebahagian besar bahagian utara pulau tersebut sama ada mereka itu
boleh mendapat keuntungan darinya.
Salah seorang kapten kapal dagang yang berjaya melepaskan diri dari
sekatan Sulu dalam tahun 1870-an itu ialah W.C. Cowie iaitu bangsa Scotland
yang bekerja dalam Syarikat Schomburgk di Singapura. Cowie mendapat
sokongan kuat dari Sultan Sulu, termasuklah kebenaran membina depot
perantaraan kapal untuk barang-barang dagangannya di Sandakan – sebuah
pelabuhan semula jadi yang baik di pantai timur laut Borneo. Cowie
kemudiannya berkongsi dengan Schomburgk dan Kapten Ross, seorang lagi
pedagang yang berpengalaman luas di Laut-laut Timur. Ketiga-tiga mereka
menubuhkan ‘Labuan Trading Company’, dengan tujuan utamanya
menyeludup senapang, peluru. candu, tembakau dan barang-barang lain
masuk ke Borneo.
Untuk menjualkan barang-barang yang telah dibelinya secara sistem
tukar barang di bahagian utara Borneo dan pulau-pulau berhampiran, Cowie
membuat lawatan sekali skala ke Hong Kong. Semasa dalam satu daripada
12
lawatan ini iaitu semasa sedang menguruskan penjualan barang-barang
mutiara dan rotan, dengan tidak disangka-sangka Cowie menerima tuntutan
sebanyak sepuluh peratus sebagai ‘cukai eksport’ dari Joseph Torrey, iaitu
satu-satunya ahli Syarikat ‘American Trading Company’ yang masih hidup
dan kini menjadi pengurus kilang penapis gula Hong Kong. Sebelum ini Cowie
tidak mengetahui tentang kewujudan konsesi Torrey di Borneo. Ia melihat
keuntungan yang ada padanya lalu mencadangkan kepada kedua-dua orang
rakan perkongsiannya supaya menyertainya untuk menipu orang Amerika itu
akan tetapi Ross dan Schomburgk tidak bersetuju.
Walaupun Cowie tidak mengetahuinya, namun konsesi Borneo itu sudah
pun menarik minat seorang penduduk Hong Kong yang mempunyai
kedudukan yang lebih baik daripada penjual senapang Scotland yang miskin
itu. Orang itu ialah Baron Von Overbeck, konsul Empayar Austria-Hungary di
Hong Kong iaitu pada suatu waktu menjadi pengurus firma candu Cina dan
Dent Company. Pada tahun 1874 Overbeck melawat London, dan
mengemukakan satu skim untuk mendapatkan hak konsesi Torrey kepada
duta Austria, Count Montgelas, yang kemudiannya berusaha mendapatkan
sokongan beberapa orang kapitalis tertentu di Vienna.8 Hasilnya, sebuah
kapal perang Austria dihantar ke Labuan pada bulan Mei 1875 untuk
meninjau kemungkinan perdagangan di Borneo. Akan tetapi satu kuasa
Eropah yang lain telah pun mendapat keuntungan di bahagian utara Borneo
itu.
Sekembalinya Overbeck dari Eropah ke Hong Kong pada bulan Januari
1875, ia telah membeli hak Torrey dalam ‘American Trading Company’, dan
pada bulan Jun yang berikutnya ia sendiri pergi ke Brunei untuk mempastikan
bahawa konsesi Torrey itu adalah sah ( Pajakan yang diperoleh oleh Moses
dalam tahun 1865, harus diingat hanya sah selama sepuluh tahun sahaja).
Setelah puas hati dengan apa yang dicapainya, Baron berkongsi pula dengan
Alfred Dent, seorang anak bekas majikannya. Alfred Dent bersetuju untuk
membekalkan bahagian terbesar kewangan yang diperlukan. Dua tahun
kemudian Overbeck pergi semula ke Brunei untuk merundingkan suatu
penyelesaian yang berpanjangan dengan Sultan Brunei.
8 Ibid., hlm. 250.
13
Pada 29 Disember 1877 dengan menggunakan empat surat cara
berasingan, Sultan Abdul Mumin dan Pengiran Temenggung Brunei
menyerahkan semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di
dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan
Sungai Sibuku di timur kepada Overbeck dan Alfred Dent.9 Baron Von
Overbeck dijadikan ‘Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, iaitu yang
berkuasa untuk menentukan hidup atau mati penduduk peribumi di daerah-
daerah yang diserahkan itu. Selain itu ia juga mempunyai kuasa pemilikan
mutlak ke atas semua hasil pertanian, ternakan dan galian, hak membuat
undang-undang duit syiling, membentuk tentera darat dan laut, dan
mengenakan duti dan cukai kastam dengan “semua kuasa dan hak yang lain
iaitu yang biasanya diamalkan dan dipunyai oleh pemerintah berdaulat”.
Sebagai balasan Sultan menerima $ 12,000 setahun, sementara Temenggung
pula mendapat $3,000.
Pengiran Temenggung terlibat sama dalam urus niaga ini disebabkan
oleh masalah pemegangan tanah yang rumit iaitu yang wujud di Brunei
ketika itu. Semua hasil, sama ada dari tanah atau dari cukai termasuk dalam
tiga kategori; kerajaan (pemerintah empayar), dalam hal ini, bermakna hasil
negeri yang diperoleh secara automatik oleh Sultan baru dari waris yang
terdahulu; karipan , nama yang diberikan kepada hasil yang diuntukkan
kepada seorang pegawai negeri oleh sebab jawatannya; dan tulen atau
pusaka (sesuatu yang diperoleh turun-temurun) hasil yang dipunyai sesiapa,
sama ada Sultan, orang Bangsawan, ketua kampung atau rakyat biasa yakni
dalam kedudukan peribadinya sendiri. Temenggung Brunei mempunyai hak
tulen ke atas sebahagian daripada daerah yang bersempadan dengan Teluk
Kimanis, dan hasilnya baginda dapat menikmati wang ufti yang ditawarkan
oleh ( atau diambil dari ) Baron Von Overbeck.
Dapat dikatakan bahawa mereka(Baron Von Overbeck dan Alfred Dent)
memperoleh kuasa yang lebih besar daripada apa yang pernah diterima oleh
Belanda dan Raja-raja di bahagian mereka di Borneo itu. Di bawah Sistem
Belanda seperti di Pantai Barat dan Pantai Timur, Walaupun tidak di Selatan,
seseorang sultan atau raja yang telah menyerahkan wilayahnya kepada
9 Ibid., hlm. 250-251.
14
Kerajaan Belanda terus mentadbir wilayah-wilayahnya tersebut sebagai raja
yang berdaulat (dengan nasihat seorang pegawai Belanda) dengan bidang
kuasanya diperluaskan kepada semua orang dalam dominan-dominannya
kecuali kepada orang Eropah, Cina, dan ‘orang-orang Timur asing’ yang lain,
dan kepada rakyatnya yang berkhidmat dengan mana-mana pertubuhan
Kerajaan. Sebaliknya, kuasa-kuasa yang mutlak telah diberikan kepada
Overbeck bagi menubuhkan sebuah negara yang bebas, bukan di dalam
dominan Sultan Brunei, tetapi sama sekali berasingan daripadanya.
Pengurniaan kuasa itu tertakluk kepada satu syarat sahaja, iaitu, sekiranya
wang ufti tidak dibayar selama tiga tahun berturut-turut, pajakan itu akan
dianggap luput. Akan tetapi tidak boleh diandaikan bahawa Sultan Brunei,
yang berkeadaan lemah dan serba kekurangan itu akan dapat mengambil
balik wilayahnya setelah diserahkan kepada pihak-pihak lain.
Malahan Overbeck tahu benar bahawa Sultan Brunei itu tidak dapat
memerintah dengan berkesan di kebanyakan wilayah yang diserahkannya.
Keseluruhan pantai timur laut Borneo telah dituntut oleh Sultan Sulu, dan
sejauh yang dirasai oleh ketua-ketua tempatan, mereka lebih mengaku
kelebihan Sultan dan menganggap Sultan itu sebagai pemerintah lebih
kepada Sultan Brunei.10 Oleh hal yang demikian, Overbeck melawat Sultan
Sulu untuk mendapatkan penyerahan kedua kalinya iaitu bagi
memperkukuhkan lagi pemberian itu tanpa menimbulkan sebarang
keraguan. Pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu memindahkan kedaulatan bagi
semua wilayah yang terletak di antara Sibuku dengan Sungai Pandasan itu
kepadanya dengan balasan wang ufti sebanyak $5,000 setahun. Sebagai
tambahan Sultan Sulu melantik Overbeck menjadi pemerintah “tertinggi
bebas” di wilayah-wilayah yang diserahkan itu dan “ sebagai Datu Bendahara
dan Raja Sandakan” iaitu dengan kuasa yang sama luasnya dengan kuasa
yang telah pun dikurniakan oleh Sultan Brunei.
Alfred Dent dan Rakan-rakan sejawatnya di London berusaha kuat untuk
mendapatkan pengiktirafan rasmi dari Kerajaan British bagi rancangan
mereka itu. Sejak dari mula lagi projek di Borneo Utara itu telah mendapat
sokongan dari mereka yang berkedudukan tinggi dan berpengaruh dalam
10 Ibid., hlm. 252.
15
masyarakat di England. Malah pandangan Pejabat Luar Negeri terhadap Dent
juga sentiasa baik. Dalam hal ini ia lebih beruntung daripada Raja Sarawak.
Rakan-rakan sekutunya termasuklah Richard Biddulph Martin, Ahli Parlimen,
seorang jurubank yang terkemuka, Laksamana Sir Henry Keppel, penakluk
lanun di Borneo, dan Sir Rutherford Alcock, seorang diplomat bersara yang
mempunyai pengalaman kerjaya yang luas dan terbilang di Timur Jauh.
Alcock berjaya mendapatkan kerjasama Sir Julian Pauncefote, Penasihat
undang-undang dan kemudian menjadi Setiausaha Rendah Tetap kepada
Pejabat Luar Negeri bagi memenuhi hasrat Dent. Pauncefote menjadi pelapor
dan pejuang yang tidak mengenal penat lelah bagi tujuan tersebut. Dengan
jawatan-jawatan yang dipegangnya, ia memastikan pandangannya
dilaksanakan.
Berdasarkan perakuan Pauncefote terutamanya pada pertengahan tahun
1880 Kerajaan British telah bersedia mengurniakan Piagam Diraja kepada
rancangan Dent itu. Semasa menerangkan keputusan ini kepada Count Van
Bylandt, setiausaha Luar Negeri, Earl Granville telah memberi jaminan
bahawa ‘pertimbangan politik’ tidak terlibat dalam persetujuan tersebut.
Dengan itu ia bermakna bahawa Great Britain tidak berhasrat untuk
menakluk ataupun mendapatkan negeri naungan di bahagian Utara Borneo
itu. Walau bagaimanapun, bagi Belanda pengurniaan Piagam Diraja itu
merupakan suatu dikri yang menunjukkan bahawa Kerajaan British telah
memberi sokongan secara rasmi kepada perusahaan tersebut iaitu yang
melibatkan ‘pertimbangan Politik’. Mereka menerangkan bahawa dokumen
seumpama itu “akan mewujudkan suatu hubungan antara Syarikat yang
menerima dengan Kerajaan yang menganugerahkannya”. Tambahan pula,
perusahaan itu sudah tentu tidak akan mengekalkan sifat persendiriannya
jika, seperti yang dicadangkan, Kerajaan British mempunyai kuasa pembatal
(veto) terhadap pemindahan wilayahnya kepada pihak yang ketiga. Akan
tetapi Belanda akan dibenarkan melihat salinan Piagam Diraja itu sebelum ia
diisytiharkan.
Pada awal tahun yang berikutnya, sebuah syarikat ‘British North Borneo
Provisional Association Limited” telah dibentuk bagi tujuan mendapatkan
16
kepentingan-kepentingan Dent.11 Syarikat ini yang ahli-ahlinya yang
terkemuka terdiri daripada Dent sendiri, Alcock, Martin, Laksamana Madya
R.C Mayne, dan W.H.M. Read, telah membuat surat rayuan kepada Ratu bagi
mendapatkan Piagam Diraja, iaitu dengan anggapan bahawa keistimewaan
ini telah dikurniakan, Syarikat akan merombak penubuhannya dan
memindahkan hartanya kepada suatu badan baru yang dikenali sebagai “
Syarikat Borneo Utara British” . Oleh kerana sebab-sebab kelambatan.
Akhirnya Syarikat Borneo Utara itu menerima Piagamnya di bawah Mohor
Besar pada 1 November 1881.
Benarlah seperti yang dijanjikan, Pejabat Luar negeri telah menghantar
suatu draf Piagam itu kepada Kerajaan Belanda untuk meminta sebarang
teguran dan cadangan dalam bulan Julai sebelumnya. Belanda terus
mengemukakan bantahannya terhadap beberapa perkara, dan mendakwa
bahawa pengesahan dokumen itu sebagaimana yang terdapat akan
mengakibatkan berlakunya “gangguan yang hebat dalam perhubungan
politik semasa di utara Pulau Borneo”. Walau bagaimanapun, British tetap
enggan mengubahsuaikan mana-mana bahagian teks itu. Apabila Piagam itu
diwartakan pada bulan November, Belanda menerima fait accompli itu. Akan
tetapi Belanda masih mempertahankan pendirian asal mereka , iaitu
berdasarkan Perjanjian 1824 yang melarang “penaklukan secara mutlak oleh
British” ke atas wilayah-wilayah yang berkenaan.
PIAGAM DIRAJA, 1881.
Alfred Dent dan rakan-rakannya di London berusaha untuk mendapat
pengiktirafan rasmi daripada kerajaan British. Rakan-rakan kongsi Dent ramai
yang berpengaruh dalam kerajaan British dan ini merupakan peluang yang
baik. Pada tahun 1880 Setiausaha Rendah Pejabat Luar Negeri, Sir Julian
Pauncefote membuat perakuan yang kerajaan British boleh memberikan
piagam diraja.
Pada awal tahun 1881 telah ditubuhkan “British North Borneo Provisional
Association Ltd”, bagi tujuan memperoleh kepentingan-kepentingan Dent di
11 Ibid., hlm. 257.
17
Sabah.12 Rakan-rakan kongsi Syarikat ini termasuklah Alfred Dent, Alcock,
Martin, R.C. Mayne dan W.H.M Read. Mereka telah membuat rayuan kepada
Ratu untuk mendapatkan piagam diraja. Syarikat ini kemudiannya ditukar
nama menjadi Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
Apabila teks Piagam Diraja diumumkan pada bulan November 1881, ia
didapati hampir seluruhnya terdiri daripadanya sekatan ke atas dasar dan
perlakuan masa depan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). sebahagian
besar daripada kandungannya memperlihatkan perjalanan yang condong
kepada kehendak Kerajaan Liberal. Yang lain-lainnya pula menunjukkan
kebimbangan kerajaan tentang kemungkinan berlakunya campur tangan
kuasa-kuasa asing. Antara isi atau perkara yang terkandung dalam Piagam
Diraja;
i. Syarikat itu haruslah kekal “bersifat dan berdomisil British” (Perkara
3).
ii. Adalah dilarang untuk memindahkan milik Kerajaan British, dan
hubungannya dengan negara-negara lain juga adalah tertakluk kepada
kawalan Kerajaan British (Perkara 4-6).
iii. Ia mestilah mengambil segala langkah yang praktik menghapuskan
perhambaan yang terdapat di dominan-dominannya, melindungi
agama dan adat resam penduduk peribumi, dan melaksanakan
keadilan dengan memberi perhatian yang sewajarnya kepada undang-
undang tempatan (Perkara 8-10).
iv. Ia hendaklah memberi kemudahan percuma kepada kapal-kapal
Tentera Laut Diraja di pelabuhannya (Perkara 12). Perlantikan wakil
utamanya di Borneo hendaklah mendapat persetujuan Kerajaan British
terlebih dahulu (Perkara 13).13
12 Mohd. Isa Othman. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Hlm 252.
13 Graham Irwin. op. Cit., hlm 265.
18
Sebagai balasannya, syarikat itu tidak menerima apa-apa pun. Piagam itu
tidak menunjukkan apa-apa pun peruntukan bantuan tentera British semasa
berlakunya perang ataupun sokongan moral dari Kerajaan British. Namun
demikian, Dent dan rakan-rakannya merasa amat puas hati. Kemuliaan
Piagam Diraja itu bukan sahaja menaikkan martabat usaha mereka di kaca
mata penduduk Borneo, tetapi juga memperbaiki lagi kedudukannya, dan
boleh dikatakan meningkatkan saham-sahamnya di bandar raya London.
3.0 PENTADBIRAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA DI
BORNEO UTARA 1881-1941
Terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Pembaharuan yang dibuat itu akan dilihat dari tiga
aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.
3.1 Aspek politik
Sabah telah muncul sebagai satu unit politik yang tersendiri pada bulan
November tahun 1881 apabila ia dengan rasminya diperintah oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) atau British North Borneo Chartered
Company (BNBCC). Sebelum wujud sebagai satu unit sistem politik, Sabah
terletak di bawah kedaulatan dua kesultanan iaitu kesultanan Brunei dan
kesultanan Sulu. Setelah mendapat piagam diraja daripada kerajaan British
pada 1hb November 1881, Syarikat Berpiagam telah menubuhkan sebuah
pentadbiran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan British menurut lunas-lunas
yang termaktub dalam piagam diraja tersebut. Walaupun pada unggulnya
Syarikat Berpiagam mengambil Sabah kerana kecenderungan untuk
mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin, namun tidak dapat dinafikan
bahawa piagam diraja yang dikurniakan itu telah memberi sedikit sebanyak
perlindungan untuk menjaga kepentingan dan hak-hak penduduk pribumi.
Dengan demikian, kerajaan Syarikat Berpiagam telah membentuk satu rupa
sistem pentadbiran yang mendukung beberapa kepentingan. Sistem
pentadbiran itu, bukan sahaja merupakan asas pemerintahan moden, malah
juga sesuai bagi menjamin kepentingan dan kedudukan kewangan.
19
Disamping itu, sistem pentadbiran Syarikat juga bertujuan untuk menjaga
keistabilan penduduk pribumi agar proses mengeksploitasi negeri Sabah
dapat berjalan dengan lancar.14
Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah membawa banyak banyak corak
pentadbiran semasa pendudukannya di Borneo Utara. Kerajaan Syarikat
Berpiagam telah membentuk satu rupa sistem pentadbiran yang mendukung
beberapa kepentingan. Sistem pentadbiran itu, bukan sahaja merupakan
asas pentadbiran morden, malah juga sesuai untuk menjamin kepentingan
dan kedudukan kewangan Syarikat Berpiagam. Di samping itu, sistem
pentadbiran Syarikat juga bertujuan untuk menjaga keistabilan penduduk
pribumi agar proses mengeksploitasi negeri Sabah dapat berjalan dengan
lancar. Walaubagaimanapun, Syarikat Berpiagam mengalami beberapa
masalah pentadbiran akibat kedudukan kewangan mereka yang kurang
kukuh. Oleh itu, bagi mengurangkan perbelanjaan kos pentadbiran, Syarikat
Berpiagam Borneo Utara telah menjalankan sistem pentadbiran secara ‘tidak
langsung’ terhadap penduduk pribumi. Sistem pentadbiran yang demikian
dijalankan dengan cara membentuk semula institusi politik yang berkaitan
dengan hal ehwal pribumi di peringkat daerah dan kampung. Institusi pribuni
seperti Ketua Anak Negeri dan Orang Tua telah diserap sebagai jawatan
pentadbiran paling rendah ke dalam perkhidamatan kerajaan Syarikat
Berpiagam. Ketua Anak Negeri ini telah diberi kedudukan khusus dan
perhatian istimewa oleh pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
Institusi-institusi pribumi utama yang dimasukan ke dalam pentadbiran
Syarikat Berpiagam ialah institusi Ketua Anak Negeri, Orang Tua dan
Mahkamah Anak Negeri. Kedudukan kewangan yang lemah dan kekurangan
pegawai dari Eropah menyebabkan Syarikat Berpiagam terpaksa bergantung
kepada ketiga-tiga institusi pribumi bagi menjamin keistabilan pentadbiran
Syarikat Berpiagam khususnya di kawasan padalaman.
Institusi-institusi pribumi
Ketua Anak Negeri
14 Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia - Yayasan Sabah. hlm 15-16.
20
Orang Tua (Ketua Kampung)
Mahkamah Anak Negeri
Syarikat Berpiagam telah membahagikan ketua-ketua seperti Orang Tua
dan Ketua Anak Negeri kepada dua Kategori iaitu ketua-ketua yang diakui
oleh pemerintah dan yang tidak diakui oleh pemerintah untuk menjamin
kecekapan kakitangan pribumi. Pembahagian pula bergantung kepada
kelayakan ketua-ketua tradisional tersebut terutama sekali dari segi
pengaruh dan kekuatan serta ketaatsetiaan mereka kepada pemerintah
Syarikat Berpiagam. Selain itu pembahagian juga bergantung kepada besar
kecilnya kawasan di bawah pengaruh seseorang ketua, jumlah penduduk dan
kemungkinan hasil daerah masing-masing. Ketua-ketua tempatan yang
diakui oleh Sayrikat menerima gelaran Ketua Anak Negeri (Native Chiefs) dan
diserap ke dalam pentadbiran kerajaan. Ketua-ketua ini dibahagikan kepada
dua golongan iaitu golongan yang mendapat elaun atau upahan atau
golongan ketua yang tidak mendapat upahan. Ketua upahan diberi tugas
untuk menjaga keamanaan, memungut cukai dan menguruskan hal ehwal
keadilan di daerah mereka masing-masing. Pungutan cukai tersebut akan
diserahkan kepada pegawai daerah atau melalui ketua upahan. Kebanyakan
ketua upahan akan menerima elaun bulanan di antara $5.00 - $40.00.
Manakala ketua-ketua yang tidak mendapatkan upahan hanya ditugaskan
memungut cukai dan biasanya hanya menerima 1/3 daripada kutipan cukai
sekiranya mereka menyerahkan terus kepada pegawai daerah dan 1/10
sekiranya diserahkan melalui ketua upahan.15
Seterusnya, Syarikat Berpiagam juga telah memperkenalkan pentadbira
secara tidak formal kerana kedudukan kewangan yang tidak mencukupi bagi
menampung jumlah kakitangan awam. Mengikut sistem ini, sesetengah ketua
diperuntukan pengawalan kawasan yang luas. Kedudukan Ketua-Ketua Anak
Negeri telah diiktiraf pada tahun 1891 menerusi pengistiharaan Undang-
undang Pentadbiran Kampung 1891 (The Village Administration
Proclamation). Undang-undang ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan
Ketua-Ketua Anak Negeri. Undang-Undang tersebut mendefenisikan
15 Ibid., hlm. 17.
21
tanggungjawab-tanggunjawab dan kuasa-kuasa Ketua Kampung pemerintah.
Antara lain, ketua-ketua tersebut turut diberi kuasa sebagai pembantu
megistrat (minor magistrate).
Pada masa E.B.W. Birch menjadi Gabenor Sabah (1901-1904), usaha-
usah telah dibuat bagi menyusun semula sistem Ketua Anak Negeri upahan
(North Borneo Government Gazette, Sept. 1, 1903: ProcXIV). E.B.W Birch
percaya bahawa untuk membaiki pentadbiran Syarikat Berpiagam dan
menjamin agar pribumi dapat diawas dengan teratur, maka sangat penting
perlunya kerajaan menambah bilangan pegawai-pegawai putih (pegawai
terdidik dan profesional) di daerah-daerah luar bandar. E.B.W Birch
berpandangan bahawa walaupun pribumi diberi peluang mengambil
bahagian dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam, namun kusa penjajah
hendaklah mempastikan pengawasan pentadbiran yang menyeluruh. E.W.B
Birch telah menambahkan jumlah kakitangan Eropah dari 28 orang kepada
60 orang.16 Dengan berkembangnya pentadbiran dan bertambahnya bilangan
pegawai-pegawai Eropah maka kegiatan Ketua Anak Negeri semakin diawasi
bagi menghindari daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Pada tahun
1903, Gabenor E.W.B Birch telah menyusun semula Undang-undang
Pentadbiran Kampung 1891 dengan tujuan untuk membezakan diantara
Ketua Anak Negeri dan Orang Tua. Orang Tua (Ketua Kampung) tidak
diberikan gaji tetapi diberi 10% komisyen dari hasil kutipan cukai kepala.
Walaubagaimanapun masih terdapat ramai lagi ketua-ketua yang menerima
gaji $5.00 sebulan. Dalam proses pemilihan ketua-ketua, pagawai daerah
memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang itu
layak menerima gaji sebanyak $5.00 itu. Ketua-ketua yang baik biasanya
memainkan peranan penting sebagai pengadil Anak Negeri menjalankan
penyeliaan di daerah-daerah, mengawasi pungutan cukai dan berfungsi
sebagai pegawai daerah di kawasan-kawasan yang terpencil. Ketua-ketua ini
lebih mengetahui tentang penduduk di daerah terpencil daripada pegawai-
pegawai Eropah yang bertugas di situ contohnya, Pengiran Hj. Pati lebih
mengetahui tentang penduduk di daerah Labuk dan Sugut. Walaupun E.W.B
Birch melaksanakan berbagai rancangan bagi memajukan pentadbiran negeri
16 Ibid., hlm. 18.
22
namun tindakan beliau itu tidak selalunya direstui oleh Lembaga Pengarah di
London terutamanya W.C. Cowie yang menjadi pengarah dan pengerusi
Lembaga. E.W.B Birch dipanggil balik oleh Pejabat Tanah Jajahan British pada
tahun1904 kemudian kedudukan beliau sebagai Gabenor Sabah telah diambil
ahli oleh E.P Gueritz.
Pada era kepimpinan E.P Gueritz, pelaksanaan beliau hanya terhada
kepada kedudukan ekonomi Syarikat dan ini menyebabkan sedikit sekali
rancangan pembangunan yang dapat dijalankan. W.C Cowie telah meninggal
dunia pada tahun 1910 dan beliau digantikan oleh Sir West Ridgeway sebagai
Lembaga Pengarah di London. Pada tahun 1912 Ridgeway telah menyusun
semula pentadbiran negeri Sabah, mengatur balik institusi Ketua Anak Negeri
dan Majlis penasihat. Beliau juga telah mengubal undang-undang berkaitan
dengan Ketua Anak Negeri pada tahun1912 yang bertujuan untuk
mendapatkan perkhidmatan yang khusus dan cekap. Dalam undang-undang
ini, Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada dua katogeri berasaskan
pengaruh, lama masanya berkhidmat dan rekod perkhidmatannya yang lalu.
Pada peringkat ini kepentingan mengenal huruf merupakan satu ciri-ciri
penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan Ketua Anak Negeri.
Pada masa W. Ridgeway menjadi Pengerusi Syarikat Berpiagam, beliau telah
membahagikan Ketua Anak Negeri kepada dua gred iaitu Ketua Anak Negeri
Gred I ditauliahkan menjadi Ketua Daerah manakala Ketua Anak Negeri Gred
II datauliahkan menjadi Ketua Daerah Kecil. Namun pada tahun 1916 Sir West
Ridgeway mewujudkan satu lagi gred Ketua Anak Negeri iaitu Gred III.17
Disamping itu, beliau juga telah menggantikan Majlis Penasihat dengan Majlis
Perundangan. Majlis Perundangan ini mengandungi tujuh orang ahli resmi,
empat orang ahli tidak resmi yang mewakili kaum Cina dan Asia, peladang-
pelandang di pantai barat dan timur dan kaum peniaga. Majlis yang
diperkenalkan ini tidak terdapatnya seorang pun ahli pribumi.
Penduduk pribumi hanya diwakili dalam Majlis Penasihat Hal Ehwal
Pribumi yang ditubuhkan pada tahun 1887 namun hanya wujud pada nama
sahaja kerana secara amalinya ia tidak benar-benar berfungsi. Majlis
17 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 19.
23
Penasihat Hal Ehwal Pribumi dihidupkan semula dengan nama barunya Majlis
Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri (The Native Chiefs’ Advisory Council-
(NCAC) apabila C.W.C Parr menjadi Gabenor negeri Sabah pada tahun 1915.
Majlis ini diwujudkan untuk meninggikan mutu kecekapan Ketua-ketua Anak
Negeri. Majlis ini mengandungi kesemua Ketua Anak Negeri Gred I yang
dilantik oleh Gabenor dan diberi gelaran Orang Kaya-kaya (OKK) berdasarkan
perlantikan mereka di dalam Majlis Penasihat tersebut. Dari jumlah sembilan
orang ketua yang dilantik itu, lapan orang daripadnya adalah terdiri daripada
orang-orang Melayu - Muslim yang mewakili masyarakat Melayu - Muslim dan
seorang Dusun yang mewakili kepentingannya masyarakatnya. Dalam tahun
1916, wakil orang Dusun telah ditambah seorang lagi. Ketua Anak Negeri
gred II dan III tidak berhak menjadi ahli majlis NCAC. Ahli-ahli yang terkenal
dalam Majlis Penasihat di antara tahun 1915-1917 ialah OKK Pengiran Mohd.
Abas dan OKK Pengiran Hj. Omar. OKK Pengiran Mhd. Abas merupakan
seorang yang mahir dalam undang-undang pribumi (Muslim dan bukan
Muslim). Keangotaan pribumi dalam Majlis Penasihat adalah tetap melainkan
dalam kes-kes perlatakan jawatan atau pembatalan keangotaan oleh
Gabenor. Di samping Ketua-ketua Anak Negeri, Majlis Penasihat juga terdiri
daripada Gabenor sebagao presiden, setiausaha kerajaan dan residen-
residen pantai barat dan pantai timur. Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat
hanya berfungsi sebagai penasihat dan tidak mempunyai kuasa
perundangan. Namun begitu Ketua-ketua Anak Negeri itu berhak mengundi
dan biasanya ketepatan-ketepatan diluluskan dengan suara terbanyak atau
sebulat suara. Manakala ahli-ahli Eropah tidak berhak mengundi dan hanya
mengambil bahagian dalam sidang-sidang sahaja.
Majlis penasihat diwujudkan untuk meningkatkan mertabat Ketua-
ketua Anak Negeri dan menambahkan kecekapan mereka sebagai agen
kerajaan. Selain itu penyertaan Ketua-ketua Anak Negeri itu dapat menjamin
kestabilan daerah, memberi sedikit rasa tanggungjawab dan keterlibatan
dalam pentadbiran daerah. Namun demikian penyertaan mereka dalam
pentadbiran adalah terbatas. Bagi pihak kerajaan pula, Majlis dibentuk
sebagai badan yang berkesan untuk menerangkan dasar dan mesej kerajaan
24
kepada rakyat menerusi Ketua-ketua Anak Negeri.18 Dalam menyoroti dan
menonjolkan fungsi Majlis Penasihat, Gabenor Pearson menegaskan, Apart
from the fact that useful suggestion are often forthcoming during the
discussions, the public recognition of the chiefs gives them increased prestige
with their followers, and inspires the chiefs themselves with confidence.19
Selain daripada Majlis Penasihat bagi Ketua-ketua Anak Negeri, Kerajaan
juga telah menubuhkan Majlis Daerah dengan tujuan untuk meninggikan
taraf dan darjat Ketua-ketua Anak Negeri. Dengan demikian, kerajaan
berharap akan dapat melantik ketua-ketua yang cekap bagi mengangotai
Majlis Daerah. Namun begitu harapan hanya tinggal harapan sahaja kerana
Majlis Daerah yang sepatutnya dipengerusikan oleh Pegawai Daerah itu gagal
dikembangkan. Kegagalan ini disebabkan oleh sikap tidak acuh orang-orang
yang berkaitan dan pegawai-pegawai kerajaan serta kerajaan sendiri tidak
menginginkan untuk menjayakan rancangan tersebut.
Dalam pentadbiran pribumi ini, ketua-ketua pribumi mengambil bahagian
dalam pentadbiran berdasarkan konsep kerajaan penjajah dan berkhidmat
kepada tuan-tuan penjajah. Sesetengah pegawai penjajah seperti
W.Pretyman dan W.Pryer menggunakan dengan bijak konsep politik dan
unsur-unsur tradisional demi menegakkan pentadbiran mereka tanpa
perbelanjaan yang banyak. Misalnya dalam kes perubahan sosial iaitu
menghapuskan perhambaan. W.Pryer Residen Sandakan yang
berpengalaman memberi pendapat bahawa untuk mengelakkan daripada
berlakunya tentangan secara besar-besaran, pembasmian hendaklah
dilakukan secara beransur-ansur.
Semanjak dari permulaan pentadbiran Syarikat, ketua-ketua pribumi
terpaksa melaksanakan tugas-tugas berdasarkan arahan-arahan pegawai
Syarikat sepertimana yang tercatat dalam Undang-undang 1891 dan selapas
itu Undang-undang Pentadbiran kampunng tahun 1913. Undang-undang
1913 ini mengariskan tugas-tugas Ketua-ketua Anak Negeri iaitu membantu
semua pegawai-pegawai kerajaan dalam mengandalikan pentadbiran
18 Ibid., hlm. 24.19 Ibid.
25
mereka, menolong memungut cukai untuk kerajaan. Ketua-ketua Anak Negeri
juga ditugaskan sebagai agen tanah kerajaan dengan kuasa untuk
memperkukuhkan tanah yang belum diduduki bagi pembinaan rumah atau
pertanian, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh
Pegawai Daerah dan kelulusan daripada Residen.20
Satu lagi jawatan yang diperkenalakan oleh Syarikat Berpiagam iaitu
memperkenalkan Pembantu Penolong Pagawai Daerah atau Deputy Assistant
District Officer (DADO). Setakat ini penyertaan anak negeri dalam
pentadbiran pribumi Sabah dapat dilihat dalam jawatan Ketua Anak Negeri
dan Orang Tua (Ketua Kampung). Tetapi mulai tahun 1915 Kerajaan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara telah memperkenalkan satu jawatan yang lebih
tinggi darjatnya iaitu jawatan DADO untuk dipegang oleh anak negeri.
Jawatan ini pada asalnya dikenali sebagai pembantu-pembantu pegawai
bukan keturunan Eropah. Ketua-ketua Anak Negeri yang dilantik sebagai
DADO ialah Pengiran Haji Omar yang bertanggungjawab kepada daerah
Putatan. Ini diikuti oleh Orang Kaya-Kaya (OKK) Arshad yang
bertanggungjawab kepada daerah Tempasuk. Kemudian pada tahun 1925
Pengiran Osman, anak Pengiran Omar, dilantik menjadi DADO Labuk dan
Sugut.21
DADO diberi kuasa sebagai megistret kelas III dan dikehendaki
mengendalikan tugas-tugas yang sama yang dilakukan oleh DADO Eropah.
Jawatan DADO sebenarnya diwujudkan selepas Perang Dunia I bagi
mengatasi masalah-masalah kekurangan pegawai-pegawai Eropah dan
kemudiannya diteruskan untuk menjamin kestabilan ekonomi sepertimana
dicadangkan oleh Pengarah Urusan Syarikat Berpiagam Elphinstone pada
tahun 1925. Dalam perdebatan mengenai pengurangan kakitangan Eropah
dan penggantian kepada DADO peribumi beberapa bantahan telah
disuarakan oleh pegawai-pegawai Syarikat di Sabah seperti D.R Maxwell
pemangku Residen Sandakan dan J. Maxwell Hall Residen Pantai Timur.
Namun begitu, ada juga pegawai-pegawai yang menyokong kewujudan lebih
20 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 27.
21 Ibid., hlm. 24.
26
banyak DADO-DADO peribumi dengan syarat pegawai-pegawai DADO
tersebut diawasi oleh pegawai Eropah yang berpengalaman, penempatan
DADO tidak digalakkan. Pada kebiasannya DADO peribumi ditugaskan di
daerah-daerah peribumi saja seperti di Labuk dan Sugut. Pada tahun 1923
dua lagi kawasan pribumi ditadbirkan oleh DADO peribumi iaitu di
Kinabatangan dan Pensiangan. Selain daripada sebab kekurangan pegawai
Eropah, pengambilan tenaga pribumi sebagai DADO adalah juga kerana
kekuatan pengaruh-pengaruh ketua-ketua peribumi yang dilantik menjadi
DADO di kawasan-kawasan mereka. Pada pandangan Francis pegawai-
pegawai peribumi walaubagaimanapun cekap dan setia pun tidak akan sama
taraf kecekapan mereka dengan pegawai-pegawai Eropah. Namun begitu
beliau akui tentang adanya pegawai-pegawai yang dapat membuktikan
kebolehan dan keberkesananpentadbiran mereka di daerah-daerah mereka
sendiri. Dengan adanya prasangka yang buruk terhadap kebolehan mereka
maka peranan yang diberikan kepada mereka adalah terbetas. Tugas-tugas
mereka adalah terhad kepada menjadi Pembantu Pegawai Daerah di daerah-
daerah tertentu tanpa jaminan kenaikan pangkat. DADO diberi tugas
mengawal daerah pendalaman yang tidak dijejaki oleh pegawai-pegawai
Eropah dan dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada Penolong
Pegawai Daerah atau terus kepada Residen.22
Semasa D.J Jardine menjadi gabenor Sabah pada tahun 1934-1937, beliau
telah membuat beberapa perubahan pentadbiran dari segi politik. Pada masa
pentadbiran Syarikat Berpiagam, Mahkamah-mahkamah Anak Negeri telah
dibentuk sebagai komponen asas hirarki kehakiman. Pegawai-pegawai
peribumi dilantik oleh Syarikat Berpiagam bagi menjalankan tugas
penghakiman yang lebih luas sungguhpun mahkamah ala Barat ditubuhkan
berdasarkan model India, namun Mahkamah Anak Negeri tetap dikekalkan
membicarakan kes-kes pribumi. Rayuan-rayuan dari Mahkamah Anak Negeri
boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu dari mahkamah megistret
hinggalah ke mahkamah seksyen dan mahkamah tinggi.23
22 Sabihah Osman. Op. Cit., hlm 29-30.
23 Ibid., hlm 31.
27
Pada awal pemerintahan Syarikat Berpiagam tiga orang perintis pentadbir
mereka terutamanya W.Pryer menggunakan Ketua Anak Negeri dan Ketua
Kampung bagi mentadbir negeri secara berkesan. Dasar ini telah diteruskan
apabila Syarikat Berpiagam menyerap kebanyakan Ketua-ketua Anak Negeri
dalam perkhidmatan kerajaan. Krtua-ketua Anak Negeri ini berkhidmat di
peringkat negeri menerusi Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri (NCAC).
Namun begitu tugas mereka yang utama ialah berkhidmat di peringkat
tempatan menerusi institusi tradisional peribumi seperti Mahkamah Anak
Negeri, Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung. Dengan menggiatkan NCAC,
kerajaan Syarikat Berpiagam telah menyediakan asas latihan kepada Ketua-
ketua Anak Negeri untuk membaiki pendidikan politik mereka. Penambahan
pengetahuan politik moden diperolehi mereka menerusi penyertaan dalam
menyuarakan pendapat-pendapat mereka, serta bertukar-tukar fikiran dalam
perbincangan mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan masyarakat
pribumi dalam mesyuarat-mesyuarat NCAC.
3.2Aspek ekonomi
Pengeksploitasian sumber-sumber perdagangan yang berasaskan
perdagangan tradisional membantu pembiayaan kos pentadbiran di Sabah
sebelum sektor ekonomi moden seperti perladangan dan lain-lain lagi dapat
dijalankan dan mendatangkan hasil yang diharapkan24. SBBU juga memperoleh
bayaran tahunan melalui kutipan cukai ke atas para pengusaha sarang burung
dan cukai eksport semua hasil hutan tersebut. Pihak pentadbir SBBU juga
menyedari adanya kegiatan tamu sekali-sekala periodic market yang biasa
dijalankan oleh penduduk peribumi. Pentadbir SBBU telah memanipulasi kegiatan
ini untuk mengembangkan perdagangan dalam negeri. Kesannya, lebih banyak
tamu wujud di Sabah khususnya di kawasan pantai timur Sabah dan di
pedalaman. Di kawasan pantai barat, tamu lebih banyak diadakan di kawasan
persisiran pantai.
24 Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm 74.
28
Perkara ini merupakan satu perubahan yang dibuat oleh SBBU terhadap
kegiatan tamu yang sebelumnya merupakan “tamu darat”, iaitu aktiviti
perdagangan yang dijalankan di kawasan tanah datar di pantai barat. Selain
memajukan sektor perdagangan secara tradisional melalui eksport hasil-hasil
hutan, SBBU juga berusaha untuk memajukan penanaman tembakau di Sabah.
Penanaman tembakau sebenarnya sudah lama diusahakan oleh penduduk
peribumi secara kecil-kecilan khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan
perbukitan untuk keperluan rokok tempatan. SBBU telah memperkenalkan
tanaman tembakau sebagai tanaman eksperimen kerajaan. Ia dijalankan di
Silam, Lahad Datu dan tiga tahun selepas itu hasilnya yang pertama telah
dihantar ke United Kingdom. Penanaman tembakau seterusnya diusahakan di
Sandakan pada tahun 1884 dan hasilnya telah dikirim ke Holland. Oleh kerana
tembakau yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik maka pada tahun 1886
perladangan tembakau diusahakan secara besar-besaran khususnya di kawasan
pantai timur.
Pada tahun 1890, terdapat sebanyak 61 buah estet milik pengusaha
Eropah yang meliputi di beberapa kawasan dari Pulau Banggi hingga ke
Tawau. Keluasan tanah yang dibuka untuk penanaman tembakau ini meliputi
kira-kira 350,000 ekar. Kebanyakan estet tersebut diurus dan diusahakan oleh
peladang dari Belanda kerana mereka lebih mahir dalam perusahaan
tembakau25. Walaupun tembakau menjadi industri yang penting di Sabah namun
begitu SBBU menghadapi pelbagai masalah dalam perusahaan ini apabila wujud
persaingan dengan industri tembakau di Amerika. Selain itu, SBBU turut
mengalami masalah kekurangan buruh. Selain tanaman tembakau, SBBU
menggalakkan penduduk peribumi Sabah menanam tanaman seperti kopi,
abaka, padi dan menternak binatang seperti kerbau, lembu, ayam dan
sebagainya. Namun begitu, usaha ini tidak berjaya kerana penduduk peribumi
tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mengusahakan pertanian di
kawasan tanah yang berkeluasan besar dan juga tidak mengetahui cara-cara
atau kaedah untuk mengadakan sistem pengairan di sawah padi. Kebanyakan
penduduk peribumi lebih tertumpu kepada aktiviti mengumpul hasil hutan.
Bagi mengatasi masalah dalam pertanian moden ini, SBBU telah
membawa masuk petani atau buruh-buruh dari negara China yang
25Ibid.,hlm. 74.
29
berpengalaman bagi tujuan memajukan kegiatan pertanian ladang di Sabah. Sir
Walter Medhurst, iaitu seorang bekas konsul British di Shanghai, China telah
ditugaskan untuk menguruskan skim penghijrahan pekerja bangsa Cina dari
Hong Kong. Walau bagaimanapun, skim penghijrahan ini tidak berjaya kerana
kebanyakan buruh berkenaan kembali ke Hong Kong lantaran tidak berminat
untuk bekerja di Sabah. Hanya satu skim penghijrahan yang berjaya, iaitu skim
yang dilaksanakan pada tahun 1883 yang membawa masuk sekumpulan orang
Hakka beragama Kristian datang ke Kudat dan menyebarkan agama Kristian di
sana. Di Kudat, kelompok Hakka ini menjalankan aktiviti pertanian seperti
menanam jagung, padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan kopi. Selain itu, mereka
juga menjadi buruh-buruh di estet dan kem balak26. Kerajaan SBBU terus
berusaha menarik minat orang-orang Cina untk berhijrah ke Sabah bagi mengisi
kekosongan tenaga buruh di sektor perladangan.
Oleh itu, SBBU membiayai perjalanan mereka ke Sabah dan mengadakan
syarat-syarat imigresen yang mudah untuk membawa mereka masuk ke negeri
ini. Orang-orang Cina tersebut kebanyakannya datang dari Labuan dan
Singapura. Oleh kerana kaum Cina terlibat dengan sektor perladangan,
pembalakan, perniagaan serta tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar,
maka mereka lebih mudah terdedah kepada arus pemodenan berbanding
majoriti suku kaum peribumi yg bergiat ekonomi sara diri.
Pada tahun 1882, kerajaan mula kenalkan tanaman getah dan buat
permulaan getah di tanam di Sandakan tetapi hanya sebagai percubaan untuk
tujuan komersial. Namun demikian, disebabkan permintaan yang semakin
meningkat utk keperluan industri pembuatan tayar kereta dan industri
pembuatan barangan getah di Britain menyebabkan semakin banyak kawasan
dibuka untuk penanaman getah. Selain itu, para peladang asing seperti peladang
Eropah dan Cina juga diberikan konsesi tanah yang terletak berdekatan dengan
jalan kereta api untuk 1 tempoh yang panjang iaitu selama 999 tahun.
Semasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mula mentadbir Sabah,
keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang masih mundur sama seperti
keadaan politik dan pentadbirannya yang turut mundur. Akibatnya, hasil
komoditinya amat sedikit yang dapat dihasilkan untuk tujuan eksport. Tambahan
pula, majoriti penduduk khasnya kaum peribumi Sabah pada masa itu hanya 26 Whelan F.G. (1970). A History of Sabah, London: Macmillan. hlm. 154
30
mengamalkan kegiatan ekonomi pertanian sara diri, iaitu sebagai petani dan
nelayan. Sememangnya penduduk kaum peribumi Sabah sebelum SBBU mula
mentadbir, mereka menjalankan kegiatan pertanian mencari hasil hutan dan
hasil laut. Kegiatan mereka ini hanya sekadar untuk menampung sumber
makanan harian mereka bukan untuk tujuan perdagangan. Pada peringkat awal
penguasaan SBBU di Sabah, para pentadbirnya berusaha untuk memajukan
sektor perdagangan yang pada awalnya dijalankan secara tradisional berasaskan
perdagangan hasil-hasil hutan yang telah diamalkan oleh penduduk negeri ini
sebelum kedatangan SBBU.
Residen Sandakan iaitu William Pryer telah menggalakkan penduduk
tempatan di Sandakan untuk membawa dan mencari hasil-hasil hutan seperti
sarang burung, rotan, damar, getah perca, kapur barus dan sebagainya untuk
dijual kepada peraih-peraih Cina yang akan membawa barangan tersebut ke
Singapura dan seterusnya akan dipasarkan sebagai eksport kepasaran dunia27.
Kegiatan ini menyebabkan hasil-hasil hutan menjadi salah satu sumber
pendapatan utama pada zaman awal pemerintahan SBBU di Sabah. Pada tahun
1885, eksport rotan, getah perca dan sarang burung sahaja yang berjumlah
$129,800.00, menduduki tempat ketiga dalam keseluruhan eksport yang
berjumlah $401,600.00.
3.3 Aspek sosial
Kerajaan SBUB telah memulakan usaha untuk memajukan bidang
prasarana komunikasi di sabah. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti
penduduk di Sabah di samping untuk kepentingan mereka sendiri. Jalan
kereta api dari Jesselton ke Beaufort, dari Beaufort ke Tenom dan dari Tenom
ke Melalap telah mula dibina sejak tahun 1896. Selain daripada bertujuan
untuk menyediakan pengangkutan kepada penduduk dan pengangkutan
hasil-hasil pertanian, jalan-jalan kereta api ini juga telah memudahkan
perhubungan dari kota Kinabalu ke kawasan pendalaman. Pembinaan jalan
raya juga telah dilaksanakan pada tahun 1897. Selain itu juga, perkhidmatan
pos dan telegraf juga telah diadakan untuk memudahkan perhubungan di
setiap daerah. Antara pejabat pos yang telah dibina oleh SBUB adalah seperti
di Jesselton, tenom dan sebagainya. Kesemua bentuk kemudahan yang telah
27 Tregonning K.G. (1965). A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 81.
31
dibina ini telah membawa pelbagai faedah kepada penduduk pribumi. Hal ini
kerana penduduk pribumi dapat melicinkan dan memudahkan urusan serta
perhubungan mereka dari sebuah daerah ke daerah yang lain28.
Kerajaan SBUB turut memulakan sistem persekolahan secara formal di
Sabah selaras dengan peruntukan pendidikan bagi penduduk peribumi Sabah
yang terkandung dalam piagam syarikat berkenaan. SBUB sebenarnya ingin
mencapai dua objektif iaitu bagi meningkatkan tahap pengetahuan di
kalangan pelajar tentang kemahiran asas membaca,meulis dan mengira,
disamping untuk memberikan latihan teknikal kepada pelajar bagi
menghadapi alam pekerjaan kelak. Objektif kedua pula adalah untuk
menyediakan pelajaran kepada anak-anak ketua kampung bagi
mendedahkan mereka kepada asas pentadbiran kelak.
Sistem persekolahan agama islam telah telah lama ditubuhkan oleh
orang-orang islam melalui pelajaran membaca al-Quran. Oleh itu Gabenor
Treacher telah menubuhkan sekolah agama islam di Sandakan. Namun
begitu, usaha Treacher ini tidak Berjaya dan sekolah tersebut gagal menarik
perhatian penduduk tempatan kerana mereka curiga dengan niat gabenor
yang beragama kristian. William Pryer pula telah meninjau pendapat Cina
dan Islam di Sandakan dalam tahun 1886. Oleh itu sebuah bilik di pejabat
gabenor telah dijadikan sekolah. Pada tahun 1886, sebuah sekolah telah
ditubuhkan dengan bilangan pelajar seramai sembilan orang tetapi terpaksa
ditutup kerana sambutan yang begitu dingin daripada masyarakat
berkenaan. Oleh itu usaha awal untuk mengadakan sistem persekolahan
secara formal menemui jalan kegagalan sehinggalah kedatangan para
mubaligh kristian. Pada tahun 1887, father Bryon daripada mazhab Roman
Khatolik telah membuka sekolah di Sandakan yang dikenali sebagai St.Mary.
usaha beliau diikuti pada tahun berikutnya oleh father Elton daripada mazhab
Anglikan yang membuka Sekolah St.Micheal di daerah Sandakan. Sistem
persekolahan ini telah memberi peluang kepada anak-anak peribumi bagi
mendapatkan pendidikan secara formal dan mengatasi maslah buta huruf.
28 Siti Aidah Hj. Op. Cit., hlm 79.
32
Meskipun begitu, hanya penduduk peribumi yang tinggal di Bandar
berpeluang mendapat pendidikan disekolah rendah kerajaan manakala bagi
anak-anak peribumi yang tinggal di pedalaman, mereka masih jauh
ketinggalan dalam pelajaran.29
Dalam bidang kesihatan, sebelum tahun 1881 tidak terdapat satu sistem
pengurusan kesihatan yang teratur dan bercorak moden di Sabah. Penyakit-
penyakit seperti malaria,beri-beri,puru, radang paru-paru dan sebagainya
merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat peribumi Sabah
dan mudah merebak di kalangan mereka sehinggalah membawa kepada
kematian. Bagi mengelak penyakit itu merebak maka SBUB telah
mengadakan kemudahan kesihatan. Hospital didirikan di bandar-bandar
seperti Sandakan, Jesselton dan sebagainya. Namun, perkhidmatan hospital
yang didirikan kurang berkesan kerana kedudukannya di kawasan bandar
menyebabkan kemudahan ini tidak dapat dinikmati oleh penduduk luar
bandar. Tambahan pula, kebanyakan penduduk khususnya di kawasan
pedalaman tidak menyakini sistem perubatan moden kerana masih
berpegang teguh kepada keperecayaan tehadap para dukun dan bomoh.
Kerajaan SBUB mengadakan dipensari dikawasan luar bandar untuk
mendedahkan sistem perubatan moden kepada masyarakat berkenaan.
Usaha SBUB meningkatkan taraf kesihatan di Sabah juga telah membuka
ruang kepada penduduk Sabah, khususnya masyarakat peribumi untuk
mengetahui asas-asas penjagaan kebersihan dan langkah-langkah bagi
mengelakkan penyakit berjangkit seperti malaria, taun dan sebagainya.
29 Ibid., hlm. 85.
33
4.0KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa pada asalnya Pulau Borneo
telah lama menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa asing yang berminat akan
potensi Borneo kepada kepentingan masing-masing. Antara kuasa yang
pernah dan berminat ke atas Pulau Borneo adalah seperti Protugis, Amerika
Syarikat, Itali, dan Belanda. Selain daripada kuasa-kuasa ini, terdapat kuasa
barat yang lain seperti British yang pada asalnya tidak menaruh minat
terhadap meluaskan pengaruh di kawasan Kepulauan Borneo akhirnya
terpaksa mengakui bahawa Kepulauan Borneo mempunyai potensi yang
besar dalam bidang ekonomi. Berbeza dengan Kerajaan British, Belanda
mempunyai kepentingan politik dalam menguasai Kepulauan Borneo dengan
usaha menjadikan Borneo sebahagian daripada Hindia Belanda. Namun
begitu, pada akhirnya Kerajaan British telah menyedari bahawa Kepulauan
Borneo mempunyai kelebihan yang perlu dikuasai kerana kedudukannya
Kepulauan Borneo di pertengahan jalan laut yang penting ke negeri China
serta satu kepercayaan mereka bahawa bahagian utara pulau itu merupakan
tempat pertemuan jalan-jalan perdagangan yang boleh membawa kepada
keuntungan serta dapat menjaga keselamatan perniagaan dan perdagangan
mereka di Kepulauan Borneo. Penyerahan Borneo Utara kepada SBBU bukan
sahaja di sebabkan oleh sistem pentadbiran Kesultanan Brunei da kesultanan
sulu yang lemah, tetapi juga disebabkan oleh usaha yang dilakukan oleh
orang persendirian iaitu pengembara dan wakil-wakil syarikat seperti
Darlymple, Charles Lee Moses, Joseph Torrey dan sebagainya. Di mana
mereka melihat Kepulauan Borneo dapat memberikan manfaat yang baik
kepada mereka. Proses penyerahan atau bagaimana terserahnya Borneo
Utara kepada SBBU adalah bermula dengan sambutan baik yang dilakukan
oleh Sultan Brunei yang pada alasannya dapat mengelak dari dasar
perluasan kuasa yang ingin dilakukan oleh Brooke dan Belanda. Selepas
terserahnya Borneo Utara kepada SBBU, corak pentadbiran juga turut
berubah daripada corak pentadbiran yang sedia ada, diubahsuai atau
diperbaharuhi oleh sistem pemerintahan SBBU sama ada dari aspek politik,
ekonomi, dan dari aspek sosial. Pembaharuan yang dilakukan bukan semata-
mata untuk menjaga kebajikan penduduk peribumi, tetapi lebih kepada
34
menjaga kepentingan SBBU di Borneo Utara iaitu untuk mengaut keuntungan
hasil bumi Borneo dan juga ingin menguasai kegiatan perdagangan di
kawasan perairan Pulau Borneo.
35
5.0SUMBER RUJUKAN
Graham Irwin. (1986). Borneo Abad kesembilan Belas, Kajian Mengenai Persaingan Diplomatik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ranjit Singh. (2000). The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Mohd. Isa Othman. (2003). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia - Yayasan Sabah.
Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan…etc. (1987). Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tregonning K.G. (1965). A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Whelan F.G. (1970). A History of Sabah, London: Macmillan.