sejarah silat gayong

34
Sejarah Silat Gayong Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang- orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong. Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur

Upload: intansyafikaanuar

Post on 02-Oct-2015

331 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

TRANSCRIPT

Sejarah Silat GayongSilat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong.Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka.Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal mereka. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, hulubalang-hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.Pengkeras/Mas Kahwin yang dikenakan adalah sebanyak RM11.50Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Tapak/ Batu Putih/ Buyung:1. Sesisir pisang emas2. Sebiji limau nipis3. Akar sintuk4. Asam jawa5. Garam halus6. Kemenyan7. Bertih beras8. Tujuh bilah jarum9. Beras kunyit/putihMandi Perlimau Sintuk SeniPeringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk).

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni1. Sesisir pisang emas2. Sebiji limau nipis3. Akar sintuk4. Asam jawa5. Garam halus6. Kemenyan7. Bertih beras8. 21 pucuk jarum9. Tujuh jenis kuntuman bunga10. Sebatang lilin putih11. Pengkeras sebanyak RM21.00Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita: Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya Pengkeras sebanyak RM11.50Adat Membuka dan Menutup GelanggangLatihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:1. Surah Al-Fatihah (1 kali)2. Surah Al-Ikhlas (11 kali)3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)4. Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut.5. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.6. Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak 11 kali.Adab Dalam GelanggangAntara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang: 1.Tidak meludah. 2.Tidak memakai alas kaki. 3.Tidak bergurau senda 4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang. 5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan. 6.Tidak makan atau minum.

Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa menikmati juadah atau makanan.Peringkat PelajaranSecara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

Tapak GayongTerdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau, elakan dan tangkapan kunci mati (21 buah tapak kunci mati) bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.

Seni Tapak GayongLanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup (teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Juga merangkumi pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan (21 buah).

Seni KerisPelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris (Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau (Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

Seni SimbatPelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing. Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat (kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota (kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung (kunci dan permainan), Seni Parang Panjang (kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing (kunci dan permainan), Seni Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

Seni YoiPelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai (21 buah pukulan).

Seni BelianPermainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan. Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.

Seni CindaiPelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk (21 buah), Tebar (21 buah), Serkap (21 buah), Kain Tudung (21 buah), Awang Bodoh (21 buah), Pukat (21 buah), dan Kalung Puteri (21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang,Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api (jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi.

Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong:

Seni Gayong Payung PusakaNaungan Aneka Hikmat MuliaRahsia Tersimpan Di PurbakalaIlham Menyusun Zahir Semula

Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.Bengkung Kosong

Asas Gerakan 1 1. Tumbuk Pintal Tali 2. Pancung Dayung 3. Tumbuk Pintal Tali Bertapak 4. Lambung Kemudi 5. Tolak Lintang 6. Tebar Jala 7. Gulungan 10 1. Lambung Kemudi Kiri 2. Tebar Jala Kanan 3. Tolak Lintang Kiri 4. Pancung Dayung Kiri 5. Tumbuk Bertapak 6. Tolak Lintang Kiri 7. Pancung Dayung Kiri 8. Tumbuk Bertapak 9. Tolak Lintang Kiri 10. Duduk Anak HarimauAsas Elakan 1 1. Tangkis Kuak Sisi Dalam 2. Tangkis Bawah 3. Tangkis Atas / Sangga Langit 4. Kilas Dayung Tebar Jala 5. Masuk Luar Tumbuk Pintal Tali 6. Elak Dalam 7. Juring Pelipat Balas Pancung

Buah Tapak Kunci Mati 1. Kilas Sawa Berendam 2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat 3. Kilas Sangga Maut/ Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung 4. Kacip Emas / Kancing Emas 5. Patah Dayung / Pasung Emas 6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting 7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas DayungBuah Tapak Kunci Hidup 1. Pentas 1 2. Tempur Bebas (1 lawan 1)Lompatan Harimau 1. Tenggiling hadapan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting ulat 2. Harimau Menghambur Mangsa berhalangan rendah (Anak Kambing 5 halangan) 3. Harimau Melompat PagarBengkung Awan PutihAsas Gerakan 2 1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi 2. Tumbuk Balas Pancung 3. Tumbuk Bertapak Balas Siku Belakang Sambil Tangkis Kuak Sisi Dan Tangkis Bawah 4. Lambung Kemudi Balas Juring 5. Tebar Jala Balas Tolak Lintang 6. Cakar Helang Balas Hentak 7. Gulungan 21 (Bersedia dalam kedudukan harimau menyimpan kuku di rusuk kiri) 11. Tumbuk Balas Pancung 12. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun 13. Cakar Helang Balas Hentak 14. Tendang Lambung Kemudi 15. Pancung Dayung Ke Hadapan 16. Padam Lampu 17. Tolak Lintang 18. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah 19. Tebar Jala 20. Sepak Rajang 21. Duduk Anak Harimau Asas Elakan 2 1. Tolak Lintang Kiri 2. Tolak Lintang Kanan 3. Tebar Jala Kanan 4. Rimbat Helang Kiri 5. Rimbat Helang Kanan 6. Jala Tebar Kanan 7. Rimbat Relang Balas Juring KiriBuah Tapak Kunci Mati 1. Kilas Sawa Berendam 2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat 3. Kilas Sangga Maut / Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung 4. Kacip Emas / Kancing Emas 5. Patah Dayung / Pasung Emas 6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting 7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung 8. Pasung Cina 9. Tali Gantung / Malaikul Maut 10. Kilas Dayung Tali Gantung 11. Selak Mati (Buaya Berendam) / Kilas Maut 12. Kilas Tali / Patah Dayung Tali Gantung / Pasak Lintang 13. Tolak Lintang (Kacip Emas) / Pasung Bumi 14. Sekapur Sirih / Selak Dayung Buaya Berendam / Selak Mati 15. Patah Layar Perahu Karam 16. Patah Julang / Patah Dayung Perahu Karam / Patah Selak Dayung 17. Patah Sangga / Selak Mati Patah Gelang Geta / Rangkam Dayung 18. Kilas Biawak / Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam 19. Sangga Kilas Patah Tebu / Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas / Umpil Maut 20. Pasak Mati / Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung / Lintang Mayat 21. Kilas Buaya Berendam / Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam

Serangan Harimau 1. Patah Dayung Nasi Hangit 2. Patah Dayung Kuda Gila 3. Tarian Kuda Gila 4. Humban Ketam Kawah Pecah 5. Kipas Gayong Selak Gayong 6. Jinjit Kuali Kawah Pecah 7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak GayongBuah Tapak Kunci Hidup 1. Pentas 1 2. Pentas 2 3. Tempur Bebas (1 Lawan 3)

Lompatan Harimau 1. Tengiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang 2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (Lenting Pacat) (1 Kali) 3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (7 Halangan) 4. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (5 Halangan) 5. Harimau Melompat Pagar Berhalang Bengkung Pelangi HijauAsas Gerakan 3 1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun 2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Pancung 3. Cakar Helang Balas Hentak Balas Lambung Kemudi 4. Tendang Sula Balas Tendang Kuda 5. Tebar Jala Balas Jala Tebar Kaki Sama 6. Tebar Jala Kanan Balas Jala Tebar Kiri 7. Gulungan 31 22. Simbar Cakar Helang Kanan 23. Simbar Cakar Helang Kiri 24. Timang Puteri 25. Tumbuk Pintal Tali Tiga Kali 26. Tendang Sula Balas Tolak Lintang 27. Pusing Roda 28. Juring Terbang, Jatuh Mengiring 29. Juring Kanan 30. Juring Kiri 31. Duduk Anak HarimauAsas Elakan 3 1. Elak Dalam Balas Pancung Kanan 2. Elak Luar Balas Pancung Kiri 3. Elak Putar Balas Pancung Kanan 4. Elak Putar Balas Pancung Kiri 5. Patah Tebu Siku 6. Elak Dalam Disusuli Serangan Tombak Todak 7. Hentak Adam Lutut Balas Sepak Penyawa

Pecahan Buah Tapak (7x21)

Serangan Harimau 1. Patah Dayung Nasi Hangit 2. Patah Dayung Kuda Gila 3. (Tarian) Kuda Gila 4. Humban Ketam Kawah Pecah 5. Kipas Gayong Selak Gayong 6. Jinjit Kuali Kawah Pecah / Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah 7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong 8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong 9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah Kelek Kawah 10. Kawah Sepit Pecah Tebu / Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah 11. Tendang Kuda Kawah Tiarap 12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah 13. Gasing Emas Tiarap Kawah 14. Panku Lutut Patah Tebu 15. Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah 16. Pecah Kawah 17. Pikul Kawah Buang Kawah 18. Lambung Kawah Kawah Sepit Patah Tebu 19. Pangku Lutut Patah Tebu 20. Pulas Tebu Buang Kawah Jejak Tebu Patah Pucuk 21. Tarian Kuda GilaBuah Tapak Kunci Hidup 1. Pentas 4 2. Pentas 5 3. Pentas 6 4. Pentas 7 5. Tempur Bebas (1 Lawan 5)

Lompatan Harimau 1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang 2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (3 Kali) 3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (9 Halangan) 4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Tinggi (5 Halangan) 5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (7 Halangan) 6. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (3 Halangan) 7. Harimau Menyusur Gelung Api (3 Halangan) 8. Pusingan Roda (3 Kali)Bengkung Pelangi MerahAsas Gerakan 4 1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah 2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah Balas Pancung 3. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah 4. Lambung Kemudi Bertapak 5. Tolak Lintang Bertapak 6. Tebar Jala Bertapak 7. Gulungan 41 32. Serangan Rajawali 33. Balas Hentak 34. Tembi Siku Kiri 35. Tembi Siku Kanan 36. Serangan Rajawali 37. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah 38. Tolak Lintang Kanan 39. Tolak Lintang Kiri 40. Duduk Anak Harimau 41. Tenggiling Ke Hadapan Dan Duduk Anak Harimau

Asas Elakan 4 1. Elak Kuak Sisi Balas Tampar Harimau Balas Padam Lampu 2. Elak Putar Diikuti Tembi Siku 3. Elak Putar Balas Pancung Balas Pecah Gendang, Cengkam Bahu Balas Alu Patah 4. Yoi Kiri Dan Alu Patah Kanan Dan Pancung 5. Elak Dalam Dan Tumbuk Pintal Tali 6. Sepak Rajang 7. Tolak Bahu Dan Bentis HadapanLompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangung Melenting Ulat + Harimau Melenting Ke Hadapan + Harimau Melenting Ke Belakang3. Harimau Membaling Angin Tanpa Halangan4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (10 - 15 Halangan)5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (7 Halangan)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menghentak Bahagian Sisi Kepala Dengan 3 Keping Genting (Wanita 2 Keping)

Seni Pisau (Pisau 1 dan Pisau 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Pisau (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1-21)Bengkung Pelangi Merah Cula 1Asas Gerakan 5 1. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Dalam Tapak 2. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Bertapak 3. Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah 4. Serangan Rajawali Balas Hentak Balas Tendang Lurus Melangkah 5. Tamparan Harimau Melangkah Balas Sepak Juring 6. Sepak Juring Bersilang Kaki 7. Golongan 51 42. Serangan Rajawali Balas Hentak 43. Lambung Kemudi 44. Simbar Cakar Helang 45. Tolak Lintang Ke Kanan 46. Tolak Lintang Ke Kiri 47. Layang Tembi Siku, Hentak Emas Sepukal Atas Telapak Tangan, Duduk Anak Harimau Dan Timang Puteri 48. Harimau Melenting Hadapan 49. Tenggiling Belakang (Atas Angin Belakang) 50. Melenting Ulat 51. Duduk Anak Harimau Asas Elakan 5 1. Masuk Luar Dan Tumbuk Kepala 2. Pancung Dayung Kanan Balas Pancung Dayung Kiri 3. Kilas Tangan Penyerang (Penyerang Tertunduk) Sambil Tarik Tapak Ke Belakang 4. Tangkap Silang Dan Rebahkan Penyerang Ke Sisi 5. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka 6. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka Balas Tolak Ke Hadapan Sambil Rimbat Kuda Gila 7. Elak Luar Dan Siku MukaLompatan Harimau 1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang 2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang 3. Harimau Membaling Angin Halangan Rendah (7 Halangan) 4. Harimau Membaling Angin Halangan Tinggi (5 Halangan) 5. Harimau Memusing Roda Dan Melenting Ke Belakang (3 Kali) Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menjurus Ke Bumi Bertatangkan 4 Keping Batu Genting (Wanita 3 Keping)

Seni Keris (Keris 1 dan Keris 2) 1. Asas Gerakan 2. Asas Elakan 3. Kunci Mati Keris (1 - 21) 4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)Bengkung Pelangi Merah Cula 2Asas Gerakan 6

Asas Elakan 61. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kiri2. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kanan3. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kiri4. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan5. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri6. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri, Rentap Bahu Balas Alu Patah7. Elak Putar Dan Duduk Melutut Diikuti Tendangan Kuda

Lompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangun Lenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang + Harimau Membaling Angin Ke Hadapan + Harimau Membaling Angin Ke Belakang3. Harimau Memusing Roda + Harimau Melenting Ke Belakang (2 Kali ) + Harimau Membaling Angin Ke Belakang (1 Kali)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 5 Keping / Wanita 4 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menjurus Dengan Tangan Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)

Seni Simbat / Simbat Suk1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Simbat / Simbat Suk (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)Bengkung Pelangi Merah Cula 3Asas Gerakan 7

Asas Elakan 7

Seni Pemecahan

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 7 Keping / Wanita 5 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menendang Juring Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)5. Menghentak Dengan Kepala (Sisi Kepala) (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)Seni Parang (Parang 1 dan Parang 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Parang (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)Pengertian Bendera dan Warna-warna Gayong

Bendera Silat Gayong

Bendera Gayong dikibar dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong. Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong. Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu. Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.

HITAMMelambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua ahli dalam Silat Seni Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula)

PUTIHBermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Silat Seni Gayong bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam konteks Silat Seni Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.

KUNINGMelambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

MERAHTanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar kebenaran dan tuntutan agama.Motto Silat Seni GayongKata Bersahut, Gayong Bersambut

Ia menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata-kata hikmat dalam Silat Gayong. Sekiranya musuh bersilat menggunakan kata-kata, maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.

Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, berpantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu Membujur lalu Melintang patah, Daka daki Ku daki juga, Patah sayap Bertongkat paruh, Berpantang maut Sebelum ajal . Inilah juga antara kata-kata hikmat Silat Seni Gayong.

Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama, namun seni beladiri amat dititikberatkan. Rasulullah S.A.W. menyuruh belajar memanah, berenang dan menunggang kuda kepada orang Islam sebagai latihan peperangan dan pertempuran. Allah S.W.T. sendiri membenarkan tindak balas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.

Adat Menghadap BertapakAdat Menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa:1. Penerimaan penabalan2. Memohon izin bergelanggang3. Memberi hormat kepada majlis

Caranya:Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat).a) Mengikut darjat bermaksud di antara: 1. yang memberi hormat 2. yang dihormatkanb) Duduk berlutut pada ahli silat: 1. Peringkat Tapak Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur. 2. Peringkat Seni Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni KerisKeris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris.Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris: Ayam (seekor) Bunga (tujuh jenis,tujuh warna) Sirih pinang berkapur gambir Pisang emas (sesikat) Kuih-muih Melayu(tujuh jenis) Lilin (sebatang) Pulut putih/kuning (sepiring) Limau nipis/akar sintuk Rokok daun bertembakau (segulung) Pelepah pisang Sehelai daun kelapaMandi MinyakMandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga silat sering disalahtafsirkan. Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut.Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai. Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga pesilat dapat diasuh dan dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan pesilat Gayong yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Islam.