sejarah squash

Upload: peiting-hia

Post on 11-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    1/6

    SEJARAH RINGKAS SQUASH MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

    Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini denganmendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di

    Sekolah Harrow. Perkataan squash adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia

    terkena raket. Pada mulanya, squash dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perangdunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.Persatuan Squash di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal

    pertandingan squash, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas

    tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai olehHashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan

    Khan.

    Permainan squash akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang

    Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan squash diperkenalkan diMalaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-

    an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih.

    Permainan squash mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua.Selepas tahun-tahun 1960-an, squash mula menjadi satu permainan yang semakin

    diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan

    permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan squash mula

    dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.

    Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain squash di sekitar Kuala

    Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkansebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Squash Malaysia (PSM)

    telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan squash

    di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan

    adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan squash negeriditubuhkan termasuk Kelab Squash Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Squash Polis

    Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala

    Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.

    Squash terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia

    khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanitadunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.

    Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara

    pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.

    Di sana sini terelibat pemain squash negara berjuang melakar kejayaan diri demi

    negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar

    kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.Kejayaan Nicol

    Ann David menjuarai kejohanan squash Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selakupemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.

    Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain squash negara memberipetanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.

  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    2/6

    Undang-undang dan Peraturan Squash

    1.

    Pertandingan akan dimainkan dengan sistem kompetisi, dengan menggunakanbola squash titik 2.

    2. Peringkat 1 dan 2 dari tabel kompetisi ditetapkan sebagai juara I dan II3. Permainan dilakukan dengan sistem skoring rally point.4. Juara ditentukan dengan sistem three winning set atau telah mencapai waktu 50

    menit

    5. Untuk sistem three winning set, pemain yang pertama kali mendapatkan skor 11akan memenangkan set.Jika terjadi posisi skor 10-10 maka permainan dilanjutkanhingga diperoleh selisih 2 point.

    6. Jika permainan dengan sistem three winning set belum selesai namun telahmelebihi 50 menit, maka pemain dalam posisi unggul akan memenangkan

    permainan.7. Pemain diwajibkan hadir 5 menit sebelum pertandingan dimulai. Panitiamemberikan toleransi 5 menit dari jadwal pertandingan. Jika melebihi bataswaktu toleransi, maka pemain tersebut dianggap kalah WO (walk out) dengannilai 11-0 sebanyak 3 set untuk pemenang.

    8. Tiap pertandingan diawali dengan pemanasan selama 5 menit. Jika diperlukan,disediakan waktu istirahat antar set selama 90 detik. Jika diberlakukan sistembatasan waktu (50 menit), maka total waktu yang tersedia untuk pertandingan

    adalah 45 menit (tanpa istirahat diantara set) atau 42 menit (dengan istirahat

    diantara set).

    9. Peserta wajib menggunakan sepatu indoor yang tidak meninggalkan noda hitampada lantai lapangan.

    http://ambassadorcup2009.wordpress.com/bahasa-indonesia/peraturan-pertandingan/peraturan-squash/http://ambassadorcup2009.wordpress.com/bahasa-indonesia/peraturan-pertandingan/peraturan-squash/
  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    3/6

    UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

    1 .Semua perlawanan melibatkan acara perseorangan sahaja.

    2. Susunan pemain adalah seperti berikut:i. Perseorangan Lelaki I

    ii. Perseorangan Lelaki II

    iii. Perseorangan Lelaki IIIiv. Perseorangan Wanita I

    v. Perseorangan Wanita II

    3 .Sekiranya terdapat penyertaan enam (6) pasukan atau lebih, pertandingan akan dibuat

    secarakumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B). Jika penyertaan kurang daripada enam (6)

    pasukan,

    pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan sahaja.

    4. Setiap pemain hanya dibenarkan sekali sahaja disetiap perlawanan.

    5 .Sekiranya pertandingan dijalankan secara kumpulan, Johan dan Naib Johan setiapkumpulan akan bermain di peringkat separuh akhir dimana Johan dan Naib Johan

    kumpulan akan bertemu dengan lawan di kumpulan lain secara menyilang.

    6. Pasukan yeng bertanding hendaklah berada di gelanggang perlawanan sepuluh (10)

    minit

    sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan

    yangmenunggu sekiranya pihak lawan tidak berada di gelanggang selepas lima (5) minit masa

    perlawanan yang ditetapkan.

    7 .Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain akan diberi masa lima (5) minituntuk

    mendapatkan rawatan.Jika pemain tidak dapat meneruskan perlawanan, kemenangan

    akandiberikan kepada pihak lawan.

    8 .Jenis dan tahap bola yang digunakan akan ditetapkan oleh pihak penganjur

    pertandingan.

    9. Pertandingan ini adalah tertakluk di bawah undang-undang pertandingan Persatuan

    Squash Antarabangsa.

  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    4/6

    PERALATAN

    Raket squash dan bola squash

    1. Bola yang digunakan : Pro XXdua titik kuning pada bola hitamperlahanpermainan

    professional dan berpasukan.

    Pertandingan XTsatu titik kuning pada titik hitamperlahan pemainamatur

    Max Progressbola hitam 6% besar dari standardsederhanapemainyang sedang meningkat naik.

    Maxbola biru, 12% besar dari standardlajuuntuk pemain baru.2. Raket mengikut spesifikasi PSA dan WISPA (standard)

    3. Setiap pemain diwajibkan memakai pelindung mata EYE-MASK semasa berada didalam gelanggang ketika bermain

    PAKAIAN

    1. penganjur akan menentukan segala pakaian pemain.2. pakaian berwarna gelap / hitam tidak semestinya automatic dibatalkan

    penyertaannya.

    3. dalam situasi tertentu, terutamanya kejohanan yang dianjurkan oleh SRAM danMSSM, penggunaan iklan di baju adakalanya dilarang.

  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    5/6

    Ukuran gelanggang

    1.1 Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari

    permukaan

    lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).(Measured 13.4x6.1m and free from any obstructions)1.2. Garisan Gelanggang

    Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-

    dalam daripenjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-

    kurangnya 3.0m

    dari sebarang halangan.

    1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang

    sama

    besar.1.4. Garisan Suku Bulatan

    Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan

    suku

    bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9mdiukur dan

    dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.

    1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan

    gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang,

    4.25m

    dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m inihendaklah

    diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

  • 7/22/2019 Sejarah Squash

    6/6

    Keselamatan dan Peraturan Squash

    Gelanggang squash

    Dilarang minum dan makan di dalam gelanggang squash Tapak kasut hitam dilarang pakai masuk semasa latihan Sapukan gelanggang sebelum dan selepas latihan Dilarang meletakkan alat-alat seperti telefon bimbit, dompet dan kunci di atas

    lantai gelanggang squash

    Dilarang menggantung atau menyidai tuala, sapu tangan dan sebagainya di ataskaca gelanggang squash

    Pemain

    Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang bertapak cerah semasa datang untuklatihan

    Dilarang memakai pakaian seragam sekolah (kecuali seluar sekolah) semasalatihan

    Puteri sila mengikut peraturan Kelab Puteri Melaporkan diri kepada AJK yang bertugas semasa datang untuk latihan ( kalau

    tidak hadir, kehadiran tidak akan diambil kira)

    Setiap aktiviti dan latihan diwajib hadir Tidak boleh membawa orang luar masuk ke dalam bilik skuasy tanpa kebenaran

    AJk atau cikgu

    Selalu menjaga kebersihan gelanggang dan bilik squash Melaporkan diri 10 minit sebelum sebelum latihan untuk menjalankan tugas

    pembersihan Ahli-ahli diminta untuk memeriksa keadaan raket squash sebelum

    menggunakannya . Sekiranya terdapat apa-apa kerosakan sila laporkan kepadaAJK yang bertugas pada hari tersebut.