seksyen 1 dan 2
TRANSCRIPT
KERAJAAN MALAYSIA
AGENSI ANGKASA NEGARA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA: AAN036/2016/SH
TARIKH TUTUP: 31 OKTOBER 2016
SEBUT HARGA KERJA-KERJA SENGGARA & MENAIKTARAF KEROSAKAN LONGKANG PERIMETER BANGUNAN-BANGUNAN
MKO, FKM, PEJABAT AIT DAN GH03 DI PUSAT ANGKASA NEGARA, BANTING SELANGOR.
2
KERAJAAN MALAYSIA
NO SEBUT HARGA: AAN 036 / 2016 / SH
TAJUK KERJA: SEBUT HARGA KERJA-KERJA SENGGARA & MENAIKTARAF KEROSAKAN LONGKANG PERIMETER BANGUNAN-BANGUNAN MKO, FKM, PEJABAT AIT DAN GH03 DI PUSAT ANGKASA NEGARA, BANTING SELANGOR.
SENARAI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN ................................................................................................. 2
NOTIS SEBUT HARGA ................................................................................................... 5
ARAHAN KEPADA .......................................................................................................... 8
PENYEBUT HARGA ....................................................................................................... 8
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA .............................................................................. 17
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA .............................................................................. 18
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA ................................................................................. 27
RINGKASAN SEBUT HARGA ....................................................................................... 39
RINGKASAN SEBUT HARGA ....................................................................................... 40
BORANG SEBUT HARGA ...................................................................................................... 61
SURAT AKUAN PEMBIDA ...................................................................................................... 62
LAMPIRAN .................................................................................................................... 64
BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA ................................................ 65
DATA-DATA KEWANGAN PENYEBUTHARGA ..................................................................... 67
LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN .......................................................................... 68
REKOD PENGALAMAN KERJA ............................................................................................. 69
SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA .................................................................................. 70
BORANG PERJANJIAN INDEN .............................................................................................. 71
JADUAL KENYATAAN PEMATUHAN .................................................................................... 72
JADUAL A: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP ARAHAN KEPADA PENTENDER .......... 72
JADUAL B: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA ....... 73
JADUAL C: JADUAL PEMATUHAN TERHADAP SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA .......... 74
3
SENARAI SEMAKAN
(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumenYang Disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga
1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (masih sah sehingga 15 JANUARI 2017)
2. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja) dan sijil taraf bumiputera (STB) jika ada (masih sah sehingga 15 JANUARI 2017)
3. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
4. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB dan mempunyai kod bidang B04, CE21, CE30, CE32, CE36 (masih sah sehingga 15 JANUARI 2017)
5. Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani
6. Borang Akuan Pembida
7. Ringkasan Harga (termasuk jadual harga Pukal, Jadual harga Kauntiti dan Jadual Perancangan Kemajuan Pembayaran)
8. Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran 1)
9. Data-data Kewangan Penyebutharga (Lampiran 2)
10. Laporan Bank/Institusi Kewangan (Lampiran 3)
11. Rekod Pengalaman Kerja (Lampiran 4) Telah Diisi Dengan Lengkap dan Ditandatangani (termasuk salinan Surat Tawaran / Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan)
12. Senarai Kerja Kontrak Semasa (Lampiran 5)
13. Jadual A: Jadual Pematuhan terhadap Arahan Kepada Penyebutharga (Lampiran 7)
14. Jadual B: Jadual Pematuhan terhadap Syarat-syarat Sebutharga(Lampiran 8)
15. Jadual B: Jadual Pematuhan terhadap Spesifikasi dan Skop Kerja (Lampiran 9)
/
4
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda Oleh Syarikat
Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut Harga
16. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga 3) Bulan Terakhir yang disahkan (hanya bermula Julai 2016 sahaja boleh diambil kira)
17. Salinan Status pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Good Service Tax (GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika ada)
18. Surat pengesahan lantikan Applicator / Distributor dari pengeluar produk
19. Penyerahan Contoh Bahan & Katalog / Spesifikasi Produk
20. Lain-lain seperti yang diminta dalam dokumen sebutharga (Sekiranya Ada)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
5
NOTIS SEBUT HARGA
6
NOTIS SEBUT HARGA
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor tempatan yang
berdaftar di dalam negeri Selangor sahaja dan masih berkuatkuasa seperti di
bawah:-
1.1 Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
1.2 Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
1.3 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)/
Construction Industry Development Board (CIDB) – Gred G1
1.3.1 Kod Bidang – B04 (Kerja am Bangunan)*
– CE21 (Kerja Am Kejuruteraan Awam)*
– CE30 (Kerja Penstabilan Tanah, Penyaliran Bawah
Tanah)
– CE32 (Penyelenggaraan Kejuruteraan Awam)
– CE36 (Kerja Tanah)
Nota: (*) kod mandatori
1.3.2 Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
1.4 Penyebutharga perlu mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran yang masih sah laku syarikat yang telah dilantik kepada ANGKASA bagi tujuan pengesahan dan rekod.
1.5 Pendaftaran dengan CIDB adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:
1.5.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi
kesalahan pertama; 1.5.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan
kedua; dan 1.5.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.
1.6 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan
dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.
1.7 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama
pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan
7
2. Sebut harga untuk kerja yang disenaraikan adalah tertakluk kepada syarat-
syarat yang ditetapkan :
2.6 Syarat penyerahan/penyempurnaan: Sila Rujuk Syarat-Syarat Sebut
Harga
2.7 Tempoh siap kerja: ENAM (6) MINGGU (45 hari) atau lebih awal
2.8 Arahan Pengiriman : Agensi Angkasa Negara, Bahagian Khidmat
Pengurusan, Jalan Turi, Sg. Lang, 42700 Banting Selangor.
2.9 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri
dan bertanda No. Sebut harga: AAN 036 / 2016 / SH
2.10 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang
berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada
31 OKTOBER 2016 (ISNIN), dan
2.11 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
8
SEKSYEN 1
ARAHAN KEPADA
PENYEBUT HARGA
9
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. KERAHSIAAN
2.1 Kerajaan menyifatkan perolehan sebutharga ini sebagai sulit. Penyebut Harga
adalah DILARANG membuat penerbitan iklan dalam mana-mana sumber
penerbitan berkenaan dengan perolehan sebutharga ini.
2.2 Dokumen sebutharga ini adalah hak milik Kerajaan dan tidak boleh diterbitkan
semula, disalin atau dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan.
3. JAMINAN ATAS SEBUTHARGA
3.1 Sekiranya Petender-Petender menarik balik tawaran sebelum tender
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah surat setuju terima dikeluarkan,
ANGKASA berhak untuk menyenarai hitamkan Petender berkenaan berdasarkan
1PP : P.K 8 – Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan dan melaporkan
kepada CIDB untuk tindakan seperti yang dinyatakan pada klausa 1.5 (Notis
sebutharga).
4. PINDAAN DOKUMEN SEBUTHARGA
4.1 Pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir penyerahan Tawaran sebutharga
seperti mana yang dinyatakan dalam klausa 3.1, (JAMINAN ATAS
SEBUTHARGA), Kerajaan boleh, atas apa-apa sebab, sama ada atas inisiatif
sendiri atau sebagai maklum balas kepada penjelasan yang diminta oleh
Penyebut Harga, meminda Dokumen sebutharga ini.
4.2 Sekiranya Kerajaan bercadang untuk membuat pindaan pada Dokumen
sebutharga, ia boleh berbuat demikian dengan mengeluarkan Addendum
sebutharga kepada semua Penyebut Harga sebelum tarikh tutup sebutharga
seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3 (JAMINAN ATAS SEBUTHARGA).
Kerajaan akan memastikan tempoh masa yang munasabah disediakan kepada
Penyebut Harga yang meminda sebutharga.
4.3 Sebarang pindaan pada Dokumen sebutharga akan dikemukakan secara bertulis
melalui e-mel kepada semua Penyebut Harga yang menghadiri taklimat dan
lawatan tapak. Penyebut Harga dikehendaki mengembalikan borang akuan
10
penerimaan pindaan kepada Kerajaan dan dianggap telah memahami serta
mengambil kira kandungan maklumat dalam penyediaan Tawaran sebutharga.
4.4 Setiap addenda dikeluarkan akan menjadi sebahagian daripada Dokumen
sebutharga. Sekira wujudnya pencanggahan maklumat di antara addenda yang
telah dikeluarkan, addenda terkini akan diguna pakai. Setiap addenda yang
dibuat oleh kerajaan haruslah diakui oleh Penyebut Harga.
5. HARGA TAWARAN SEBUTHARGA
5.1 Melainkan dinyatakan dalam SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA, Penyebut Harga
dikehendaki menawarkan harga bagi keseluruhan Perkhidmatan/kerja yang
terkandung dalam Dokumen sebutharga ini dengan satu asas "tanggungjawab
tunggal" bahawa jumlah harga tawaran sebutharga meliputi semua aspek
kewajipan Penyebut Harga dalam melaksanakan Kerja tersebut. Hal ini termasuk
semua keperluan dan tanggungjawab Penyebut Harga bagi melaksanakan Kerja
tersebut seperti permit, kelulusan & lesen, operasi, penyelenggaraan, latihan dan
lain-lain yang dinyatakan dalam Dokumen sebutharga selaras dengan keperluan
Syarat-Syarat Sebutharga. Item yang tiada diletakkan harga TIDAK akan
dibayar oleh Kerajaan dan ianya dianggap telah termasuk dalam mana-mana
item yang mempunyai harga. Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah
berasaskan kepada jumlah keseluruhan.
5.2 Harga tawaran yang dikemukakan hendaklah di dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
tidak melebihi dua angka perpuluhan. Penilaian harga antara Penyebut Harga
adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan.
5.3 Harga yang ditawarkan oleh Penyebut Harga hendaklah ditetapkan semasa
pelaksanaan kontrak dan tidak tertakluk kepada perubahan pada mana-mana
akaun. Tawaran sebutharga yang diserahkan dengan harga boleh ubah atau
harga bersyarat akan dianggap sebagai tidak layak dan akan ditolak. Harga yang
ditawarkan oleh Penyebut Harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang
masa kontrak berjalan dan sebarang perubahan harga adalah tidak
dibenarkan.
5.4 Jika sebutharga ini ditawarkan dengan melibatkan pembayaran melalui sistem e-
Perolehan dan tertakluk kepada kadar fi perkhidmatan seperti yang dinyatakan
dalam perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013. Penyebut Harga hendaklah
mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga.
5.5 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan pecahan harga kerja /
Perkhidmatan secara terperinci dalam jadual harga termasuklah sebarang
diskaun yang diberi. Harga yang dikemukakan hendaklah mengikut format jadual
berkaitan yang terdapat di KADAR HARGA; BORANG TAWARAN
SEBUTHARGA.
11
6. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA 6.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan jelas segala maklumat berikut dengan sepenuhnya dan menurunkan cop syarikat pada setiap halaman di jadual kadar harga:-
(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga; (b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga; (c) Rekod Pengalaman Kerja dan Senarai Kerja Kontrak Semasa; (d) Jadual Kadar Harga; dan (e) Jadual Pematuhan Spesifikasi
Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.
6.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang bercatatkan dengan No. sebut harga AAN036/2016/SH serta tajuk sebut harga, hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut
Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
(c) Sebut Harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit
dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 6.3 Penilaian Sebut Harga Untuk tujuan penilaian sebut harga, kontraktor-kontraktor diwajibkan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(a) Salinan sijil SSM, Lesen PKK (Sijil Taraf Bumiputera) jika ada, CIDB, SPKK atau lain-lain lesen yang berkaitan dengan projek dan perlu disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga.
(b) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Syarikat bagi Tiga (3) Bulan
Terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga yang telah disahkan oleh pihak Bank / Institusi Kewangan (hanya bermula Julai 2016 sahaja boleh diambil kira).
12
(c) Senarai Kerja Kontrak Semasa;
(d) Rekod pengalaman kerja dengan ANGKASA (sekiranya ada)/ lain-lain Jabatan Kerajaan / Swasta. Rekod pengalaman kerja tersebut perlu disertakan dengan Salinan Tawaran Kerja / Inden Kerja / Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion (CPC)).
(e) CV kakitangan teknikal (f) Surat Lantikan applicator daripada pembekal atau cadangan lantikan
syarikat lain sebagai sub-kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pakar bagi injection PU foam berstatus applicator yang sah.
(g) Sijil pendaftaran dengan Jabatan Pertanian yang masih sah bersama
salinan kad perakaun PAL atau APAL bagi kerja pengawalan dan pembasmian anai-anai atau melantik syarikat lain sebagai sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja penyemburan racun kawalan anai-anai dan boleh mengeluarkan jaminan tidak kurang 5 tahun.
Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan diatas, sebutharga kontraktor akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
6.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
6.5 Dasar Kenaan GST
(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) telah
dikuatkuasakan mulai 1 April 2015. Oleh yang demikian, GST yang dikenakan akan dibayar kepada Petender / Penyebut Harga yang berdaftar GST.
(b) Bagi tujuan tender/sebutharga ini, Petender hendaklah menawarkan
Harga Tender / Sebutharga yang tidak ditambah nilai kenaan GST. Walaubagaimanapun, Petender / Penyebut Harga hendaklah mengambil kira dalam Harga Tender / Sebutharga apa-apa kos yang perlu dibayar kepada pembekal, subkontraktor dan pemberi khidmat apa-apa kos berkaitan dengan kenaan GST yang perlu dibayar oleh Petender / Penyebut Harga kepada pihak-pihak yang membekalkan khidmat kepadanya.
(c) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST, Surat Setuju
Terima / Inden Kerja berdasarkan harga tawaran dengan tambahan nilai kenaan GST akan dikeluarkan kepada Petender / Penyebut Harga yang berjaya.
(d) Sekiranya Petender / Penyebut Harga tidak berdaftar GST, tiada
tambahan nilai kenaan GST akan dimasukkan.
13
(e) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST semasa kerja sedang berjalan, kontraktor hendaklah memaklumkan status pendaftaran dan memohon pelarasan bagi tambahan kenaaan GST dan menuntut kenaan GST dengan syarat kerja semasa masih berkuatkuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan.
(Rujukan: Surat Arahan KPKR Bil 19/2015 bertarikh 7.10.2015)
7. SURAT NIAT
7.1 Penyebut Harga yang berjaya boleh dimaklumkan dengan Surat Niat oleh
Kerajaan untuk mempelawa Penyebut Harga bagi rundingan kontrak. Surat Niat
ini tidak akan ditafsirkan sebagai pesanan Kerajaan atau kontrak yang mengikat
Penyebut Harga kepada Kerajaan.
8. SURAT SETUJU TERIMA
8.1 Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Penyebut Harga
yang berjaya. Surat Setuju Terima ini juga merupakan jemputan rasmi kepada
Penyebut Harga yang berjaya untuk berunding dengan Kerajaan berkenaan
kontrak sebutharga. Surat Setuju Terima ini tidak boleh ditafsirkan sebagai
pesanan pembelian atau kontrak sebutharga. Pengumuman Penyebut Harga
yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web ANGKASA,
MyProcurement Portal dan Laman Web e-Perolehan. Penyebut Harga yang
berjaya juga akan dimaklumkan melalui Surat Setuju Terima (SST). Penyebut
Harga yang berjaya adalah terikat dengan tempoh dan skop kerja yang telah
ditetapkan di dalam Surat Setuju Terima yang akan ditandatangani dan
dipersetujui sehinggalah tarikh tamat obligasi yang terakhir.
8.2 Penyebut Harga yang berjaya mestilah memulakan dan menyempurnakan kerja
mengikut tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan di dalam SST yang
ditandatangani.
8.3 Penyerahan semula SST yang telah ditandatangani oleh Penyebut Harga
adalah tidak melebihi tujuh (7) hari kalender selepas penerimaan SST oleh
Penyebut Harga. Kegagalan Penyebut Harga menyerah kembali SST yang
telah ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan
pembatalan SST oleh Kerajaan.
8.4 Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima sebutharga itu
akan menjadi sebahagian daripada Kontrak yang mengikat di antara Kerajaan
dan Penyebut Harga. Contoh Surat Setuju Terima/INDEN adalah seperti di
SENARAI LAMPIRAN.
14
9. BAHAN, BURUH DAN KEMUDAHAN
Tiada bahan, buruh atau kemudahan yang akan disediakan oleh Kerajaan.
10. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh ENAM (6) minggu (45hari) atau lebih awal dimana ianya hanya tertakluk sehingga Disember 2016 sahaja. Satu Deraf Jadual Perancangan Program kerja secara garis kasar perlu disertakan dan dimasukkan bersama-sama dokumen sebutharga pada tarikh tutup tawaran yang perlu mengandungi;
10.1 Satu program di mana penyebutharga mencadangkan susunan proses aktiviti
kerja membina dan menyiapkan kerja dalam tempoh siap kerja.
10.2 Tatacara kerja secara kasar di mana penyebutharga menyenaraikan akitiviti dan kaedah kerja membina serta penggunaan sumber ke arah menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang diprogramkan.
10.3 Ramalan jumlah pekerja (mahir dan kurang mahir) & Jentera/Peralatan untuk
setiap bahagian. Kontraktor adalah diminta untuk menyerahkan satu perancangan kerja yang menyeluruh (termasuk tetapi tidak terhad kepada tenaga kerja, jentera/peralatan, deskripsi kerja dan tarikh pelaksanaan, pelan implementasi dalam bentuk carta gantt dan lain-lain yang berkaitan) dalam tempoh tujuh (7) hari untuk kelulusan Pegawai Inden selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
11. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.
12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
13. TINDAKAN TATATERTIB
13.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan komuniti perniagaan yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti serta mengamalkan tadbir urus
korporat yang baik semasa berurusan dengan Kerajaan, maka Kerajaan telah
menggubal satu pekeliling dan Akta bagi mencapai maksud di atas.
13.2 1 Pekeliling Perbendaharaan PK.8/2013 – TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS
SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING YANG BERDAFTAR DENGAN
KEMENTERIAN KEWANGAN; telah menyatakan dengan jelas akan kesalahan-
15
kesalahan dan juga tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas syarikat dan
firma perunding yang telah melakukan kesalahan tersebut.
13.2.1 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad
kepada kesalahan-kesalahan berikut:-
a. Kesalahan kerana melanggar syarat pendaftaran
b. Kesalahan kerana melanggar syarat sebutharga/ kontrak
c. Kesalahan jenayah dan tanggungan sivil
13.2.2 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib boleh
diambil sekiranya didapati pihak syarikat atau firma perunding yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan terlibat dengan mana-mana
kesalahan di bawah pekeliling ini.
13.3 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
(Akta 520) – TINDAKAN PENALTI KE ATAS KONTRAKTOR YANG
BERDAFTAR DENGAN LPIPM (CIDB); telah menyatakan dengan jelas akan
kesalahan-kesalahan dan juga tindakan tatatertib/Penalti yang boleh diambil ke
atas syarikat yang telah melakukan kesalahan tersebut.
13.3.1 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad
kepada kesalahan-kesalahan berikut:-
a. Seksyen 28 - Penalti kerana tidak mematuhi notis
b. Seksyen 29 – Penalti kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa
didaftarkan.
c. Seksyen 32 – Akreditasi dan pemerakaun
d. Seksyen 34 – Pengenaan levi
e. Seksyen 39 – Penalti Am
14. KEPUTUSAN KERAJAAN
14.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran. Kerajaan
boleh menawar sebahagian atau sepenuhnya tawaran kepada Penyebut Harga
yang berjaya. Di samping itu, Kerajaan juga boleh menolak semua tawaran yang
dibuat atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah oleh Kerajaan. Segala
keputusan Kerajaan adalah muktamad.
16
15. PERTANYAAN
15.1 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan syarat dan spesifikasi teknikal sebut
harga boleh menghubungi pegawai berikut :
i. Spesifikasi Am
En. Ahmad Ammar Bin Ahmad Termizi
Tel : 03-3182 4000
e-mel : [email protected]
ii. Spesifikasi Teknikal
En. Norizam bin Shuib
Tel : 03-3182 4000
e-mel : [email protected]
iii. Urusetia Sebut Harga
En. Muhammad Zahir Shah bin Hj. Mohd Isa
Tel : 03-3182 4020
e-mel: [email protected]
15.2 Sistem e-Perolehan: Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah
pengendalian sistem ePerolehan hendaklah menghubungi alamat dibawah ini:-
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
2nd Floor, Bangunan Amtek
15 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7985 7777 (Khidmat Pelanggan)
Faks : 03-7985 7800
Email : [email protected]
Waktu Pejabat: 9:00 pagi–5:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
17
SEKSYEN 2
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
18
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk
dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi
menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan
hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar
jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebut
harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor
mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
Sesi Taklimat & lawatan tapak akan diadakan pada 25 OKTOBER 2016 (SELASA),
jam 10.00 pagi bertempat di Lecture Theatre, Bangunan Fasiliti Kawalan Misi,
Pusat Angkasa Negara.
Kehadiran Penyebut harga untuk sesi taklimat dan lawatan tapak adalah WAJIB
TANPA GAGAL. Kegagalan Penyebut harga untuk menghadiri sesi taklimat dan
lawatan tapak ini, atas apa pun alasan, akan mengakibatkan kelayakan Penyebut
harga untuk memasuki sebut harga ini terbatal dan Tawaran sebut harga yang
dikemukakan akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
Hanya penama dalam pendaftaran syarikat sahaja layak hadir samasa sesi
lawatan tapak, dan layak menyertai sebutharga ini.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor,
mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya
dinyatakan di dalam Butir-Butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh
pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor
Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi
insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di
atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan
kerja sahaja, nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah
mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi
insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab
yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di
bawah fasal 9(d) Seksyen 2.
19
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-
pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat
yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden
atau Wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik & mekanikal yang dilaksanakan disamping mematuhi
kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua
peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang
diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
3.3 Kerja-kerja yang melibatkan sistem elektrik dan sistem mekanikal hendaklah
sentiasa berada dalam seliaan dan dikendalikan oleh pihak yang mempunyai
kepakaran, kemahiran dan kompeten serta mendapat pengiktirafan oleh
pihak CIDB.
3.4 Selaras dengan penguatkuasaan AKTA 520 CIDB pada 1 Jun 2016, Semua
kontraktor perlulah akur sepenuhnya sepanjang pelaksanaan kerja ditapak
bina berdasarkan peraturan dan kepatuhan yang diperlukan termasuk
melaporkan semua jenis kerja yang pernah ditawarkan dalam sistem CIDB.
3.5 Salinan kad Personal Binaan dan senarai personal teknikal yang masih sah
perlu dikemukakan dalam tempoh 7 hari daripada surat lantikan bersama-
sama borang permit kerja yang lengkap diisi sebelum kerja-kerja ditapak
dimulakan.
3.6 Semua pekerja yang melaksanakan kerja di dalam kawasan yang
diisitharkan sasaran penting perlu melengkapkan borang dan daftar rekod
dalam sistem eVETTING untuk tujuan tapisan keselamatan.
3.7 Kerja melibatkan tanaman dan senggara landskap, Garis Panduan Jabatan
Landskap Negara adalah digunapakai bagi pelaksanaan sebutharga ini.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden / Surat Setuju Terima, tanpa sebab-
20
sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan
tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan keseluruhan kerja kepada kontraktor-
kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden
ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH
PEGAWAI INDEN
6.1 Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil
kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti yang diperihalkan dalam
spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden,
memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang
untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi
Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti
dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh
Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri
menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah
ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima,
dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara
bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang
Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira
semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain
yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya (Harga
tawaran tanpa kenaan GST).
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan,
sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
21
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh
Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada
Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu
dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan
Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut
perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam
Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden
Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan
amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga
pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap dan tidak berubah.
7.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran
semula hendaklah dibuat sebelum memulakan kerja dan harga sebut harga
diselaraskan dengan persetujuan Pegawai Inden terlebih terdahulu.
Kegagalan pematuhan kepada syarat ini boleh menyebabkan sebarang
tuntutan tambahan tidak akan dipertimbangkan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara
satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk
melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan
dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama
ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara
khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan
dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut
Harga, Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk
mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN
PERLANTIKAN KONTRAKTOR
9.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada
dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada
Pegawai Inden:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan;
22
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang
munasabah;
(c) Pergantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa
apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9.2 Pegawai Inden berhak mengeluarkan notis stop work order seperi yang
diterangkan pada klausa 21 dan klausa 23 di Seksyen 3, sekiranya
Kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan gagal
menunjukkan komitmen untuk menyiapkan kerja (penambahan kepada
peralatan /mesin /pekerja /waktu bekerja) serta tiada tindakan penambahbaik
kepada program aktiviti diperkemaskan, Pegawai Inden berhak melantik
pihak ke tiga (3rd party) untuk mengambil alih kerja-kerja yang tertangguh
dengan memotong kos pengurusan dan penyiapkan kerja dari baki wang
yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada atau tidak
mencukupi. Pegagai inden turut akan surat pengesyoran kepada Pusat
Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan
menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya
Negeri/Ketua jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian
Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-
kerja elektrikal/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada
Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal
10. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
11. KERJA PERUBAHAN
11.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan
yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang
disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
11.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai
Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang
23
kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai
Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
11.3 Kerja dibenarkan sekiranya perlu tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
11.3.1 Peruntukan mencukupi.
11.3.2 Kelulusan Jawatankuasa Sebut harga diperolehi terlebih dahulu
sebelum perubahan kerja dilaksanakan. Seorang daripada ahli
Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah terdiri daripada Pegawai
Teknikal; dan
11.3.3 Jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi
20% daripada nilai kontrak atau tidak melebihi RM100,000 mengikut
mana yang terendah. Cadangan perubahan kerja terkumpul melebihi
20% daripada nilai kontrak atau RM100,000 hendaklah dirujuk untuk
kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.
12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji
adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis
dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama
daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan.
12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang
mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu
hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh
Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah
membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai
Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar
kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada atau tidak mencukupi,
mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk
menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan
surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua jabatan, Bahagian
Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrikal/mekanikal,
salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja
Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
24
13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor dapat menyiapkan kerja
dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah
mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja
JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai
Inden atau sekiranya menggunakan borang Pesanan Tempatan kontraktor perlu
mengembalikan borang PT tersebut bersama-sama invois dan salinan penyata bank.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja
disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya
Tempoh Tanggungan Kecacatan.
15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik
sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau
apa-apa jua kerosakan lain.
16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan
Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor
tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya
dengan syarat-syarat ini.
17. PERBUATAN RASUAH
Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh
mempengaruhi kedudukan penyebutharga boleh menyebabkan sebutharga tersebut
ditolak dengan serta-merta.
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH a. Sebarang Perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997;
b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota Pentadbiran Awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat
25
Badan Pencegah Rasuah atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;
c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota Perkhidmatan Awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997; dan
d. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota Perkhidmatan Awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
18. SPESIFIKASI KERJA.
18.1 Tatacara kerja dan mutu / kualiti adalah tertakluk kepada Spesifikasi Piawai JKR dan CIS yang dikeluarkan CIDB serta garis panduan Jabatan Landskap Negara/ Jabatan Pertanian Malaysia serta keperluan yang
dinyatakan dalam mana-masa seksyen dan dokumen sebutharga ini. 18.2 Ke arah menggalakan penggunaan teknologi dalam pembinaan, Kontraktor
boleh mencadangkan spesifikasi bersama-sama perincian method of statement ke atas proses kerja sekiranya terdapat kaedah lain yang lebih baik dan dapat menjamin kualiti dan mutu hasil kerja berdasarkan penggunaan sistem IBS atau teknologi binaan baharu, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan pegawai inden/wakilnya.
19. LAD (GANTIRUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN).
19.1 Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) adalah satu kadar denda yang akan dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya gagal menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan atau tempoh Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) telah berakhir. Walau bagaimana pun, LAD hanya boleh dilaksanakan terhadap kontraktor sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan.
Untuk mengira LAD formulanya adalah seperti berikut:
Prime Rate (PR) 365 hari
Kadar PR adalah bergantung kepada BLR atau Kadar Pinjaman Asas yang dikeluarkan oleh bank-bank perdagangan tempatan dalam daerah tersebut seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi.
26
20. PENALTI.
20.1 Penalti sebanyak 1 % daripada kos projek dikenakan ke atas kontraktor jika didapati pengurusan rekod tapak tidak dikemaskini.
20.2 Penalti sebanyak 1% daripada kos projek dikenakan sekiranya penjadualan
program kerja tidak teratur dan tidak memuaskan serta mengambil masa yang lama untuk dikemukakan melebihi daripada tarikh yang diberikan.
20.3 Penalti sebanyak 1% daripada kos projek dikenakan sekiranya pelaksanaan
kerja ditapak tidak mengikut jadual perancangan yang diprogramkan. 20.4 Penalti sebanyak 1% daripada kos projek turut dikenakan sekiranya
kemajuan kerja ditapak terlalu perlahan dan melebihi -10% daripada program penjadualan asal atau sepanjang tempoh 1 minggu tiada aktiviti kerja tapak dijalankan tanpa alasan yang munasabah.
20.5 Penalti sebanyak 2% daripada kos projek turut dikenakan sekiranya
kontraktor gagal menyediakan sebarang peralatan untuk mengadakan pengujian dan pemeriksaan bagi tempoh tidak lebih 3 hari apabila diminta pengawai inden/wakilnya untuk kegunaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja termasuk tempoh tangunggan kecacatan.