sektor pentabiran dan kewangan (spk) piums
TRANSCRIPT
Diterbitkan oleh
PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
© Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah 2016
Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk terbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
MUKADDIMAH PIUMS
PENGENALAN
FALSAFAH, MISI DAN VISI
PETUNJUK PRESTASI UTAMA UMS (UMS-KRA)
UMS-KRA1
(Memperkukuh Tadbir Urus Dalam Pengajaran & Pembelajaran)
UMS-KRA2
(Memperkukuh Tadbir Urus Dalam Penyelidikan & Inovasi)
UMS-KRA3
(Memperkukuh Keterlihatan Dan Reputasi Antarabangsa)
UMS-KRA4
(Memperkukuh Pengurusan Sumber Manusia Dan Sistem Penyampaian)
UMS-KRA5
(Memperkukuh Sistem Kewangan)
UMS-KRA6
(Mempergiat Penglibatan Komuniti & Industri)
UMS-KRA7
(Komited Terhadap Kelestarian Alam Sekitar)
RUMUSAN
7
9
10
13
21
29
35
43
49
55
60
Penaiktarafan Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pada 20hb Januari 2015M
bersamaan dengan 29 Rabiul Awal 1436H menjadi kesinambungan dalam memartabatkan fungsi dan peranan Masjid Universiti
Malaysia Sabah bukan sahaja sebagai pusat peribadatan semata-mata bahkan menjadikannya sebagai One Stop Center yang akan
menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan fasiliti kepada para jamaah ketika berkunjung ke masjid ini.
Kami bertekad untuk memastikan halatuju dan fungsi PIUMS ini semakin berkembang bukan sahaja untuk pelajar dan kakitangan
Universiti Malaysia Sabah bahkan turut berfungsi untuk masyarakat sekitarnya. Oleh itu, bagi memastikan PIUMS berfungsi
dengan begitu cemerlang, kami telah merangka Pelan Strategik Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah bagi tempoh 2016-2020.
Pelan ini dirangka dengan berpandukan kepada Petunjuk Prestasi Utama UMS (UMS-KRA) yang membolehkan fungsi dan
matlamat PIUMS ini selari dengan apa yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan utama UMS.
Oleh itu, diharapkan dengan Pelan Strategik Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah bagi tempoh 2016-2020 ini menjadi panduan
kepada seluruh kakitangan PIUMS dalam memastikan segala program dan perancangan dapat direalisasikan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.
DR. MUHAMAD SUHAIMI TAAT
PENGARAH
PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
MUKADDIMAH PIUMS 7
PENGENALAN
Penaiktarafan Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pada 20hb Januari
2015M bersamaan dengan 29 Rabiul Awal 1436H menjadi kesinambungan dalam memartabatkan fungsi dan peranan Masjid
Universiti Malaysia Sabah bukan sahaja sebagai pusat peribadatan semata-mata bahkan menjadikannya sebagai One Stop
Center yang akan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan fasiliti kepada para jamaah ketika berkunjung ke masjid
ini. Oleh yang demikian, tanpa perancangan yang jelas dan rapi, sesebuah organisasi akan berhadapan dengan masalah
pengurusan dan pelaksanaan yang kurang cekap, tidak sistematik dan tidak teratur. Perancangan yang diperlukan termasuklah
perancangan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi tersebut. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik PIUMS ini
dirangka untuk memberi penekanan kepada aspek penyusunan dan penetapan Key Performance Indicator (KPI) serta
pelaksanaannya kepada seluruh kakitangan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah.
Selaras dengan perkembangan dan keperluan universiti, PIUMS mensasarkan penganjuran program ke peringkat yang lebih
tinggi selain daripada peringkat universiti dan negeri serta juga peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru pemahaman
dan tatacara pengurusan yang dinamik dan strategik adalah perlu bagi menjamin sesuatu program tersebut dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Pemantapan jati diri bagi setiap kakitangan PIUMS juga perlu dikukuhkan bagi menangkis pelbagai persepsi negatif terhadap
kakitangan kerajaaan akibat daripada ketidakcekapan dan kurangnya pengetahuan tentang tugasan yang dilakukan. Amanah
dalam pekerjaan adalah satu tanggungjawab sosial kepada warga PIUMS yang mendukung pengurusan organisasi berteraskan
Islam sebagai contoh model pengurusan terbaik dalam sebuah organisasi yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan
ukhrawi. Semoga kakitangan PIUMS akan menyumbang dan memberikan khidmat terbaik khasnya kepada warga UMS dan
juga masyarakat di sekeliling secara umumnya.
9
FALSAFAH, MISI DAN VISI
FALSAFAH Menerapkan nilai-nilai Islam pada
setiap individu yang membawa
kepada kesempurnaan sahsiah diri
dalam melahirkan kecemerlangan
hidup duniawi dan ukhrawi
MISI Mewujudkan dan melaksanakan
sistem pengurusan yang sistematik
dalam pentadbiran hal ehwal
agama Islam bagi merealisasikan
penghayatan dan pembudayaan
Islam dalam kehidupan
VISI
Berperanan sebagai sebuah pusat
rujukan yang unggul disamping
melaksanakan dan menggerakkan
aktiviti yang berkaitan dengan
dakwah Islamiah dan kerohanian
dalam melahirkan warga UMS dan
masyarakat yang berakhlak mulia
10
PETUNJUK PRESTASI UTAMA UMS (UMS-KRA)
11
UMS KRA-1 : Memperkukuh tadbir urus dalam Pengajaran &
Pembelajaran
UMS KRA-2 : Memperkukuh tadbir urus dalam penyelidikan &
inovasi
UMS KRA-3 : Memperkukuh keterlihatan dan reputasi
antarabangsa
UMS KRA-4 : Memperkukuh pengurusan sumber manusia dan
sistem penyampaian
UMS KRA-5 : Memperkukuh sistem kewangan
UMS KRA-6 : Mempergiat penglibatan komuniti & industri
UMS KRA-7 : Komited terhadap kelestarian alam sekitar
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
13
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) komited dalam memastikan setiap warga UMS khususnya yang beragama Islam dibekalkan dengan ilmu-ilmu asas fadhu ain seperti solat, puasa dan lain-lain.
Selaras dengan tema plan strategik 2016-2020 ini, PIUMS memfokuskan kepada metod dan pendekatan penyampaian kuliah-kuliah agama yang lebih kontemporari selaras dengan peredaran zaman.
Pengwujudan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain sebagai sebahagian daripada core bussiness PIUMS yang dikhususkan kepada anak-anak kakitangan UMS dan masyarakat sekitarnya memerlukan kepada sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan dinamik. Justeru, kerjasama diantara PIUMS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah adalah bertepatan untuk memastikan hasrat ini tercapai.
Disamping itu, bengkel/seminar/kuliah yang lebih kepada pengajaran & pembelajaran secara praktikal akan lebih ditekankan disamping meneruskan kaedah secara teori.
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
14
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Memperkukuhkan kualiti pembelajaran keagamaan dalam
kalangan kakitangan/pelajar dan masyarakat.
2. Menyediakan pembelajaran sepanjang hayat berkaitan dengan
kefahaman Islam.
3. Menyediakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang
berteraskan Islam.
4. Meningkatkan kefahaman asas-asas fardhu ain dalam kalangan
saudara baru (muallaf).
5. Menyediakan program kerohanian dan pembangunan insaniah
khusus bagi golongan wanita.
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
15
INISIATIF UTAMA
1. Pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan seperti Kuliah Maghrib/ Kursus/ Seminar berkaitan Aqidah, Akhlak, Ibadah/ Kekeluargaan untuk meningkatan kefahaman tentang agama Islam
2. Melaksanakan Kelas Bimbingan Saudara Baru (Muallaf) secara intensif dan berkala
3. Menyediakan sesi pembelajaran secara praktikal kepada kakitangan/pelajar UMS dan masyarakat sekitar
4. Menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak warga UMS berteraskan kepada ilmu duniawi dan ukhrawi
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
16
INISIATIF UTAMA
6. Menyediakan sesi pembelajaran dan bimbingan berterusan kepada golongan muallaf
7. Menyediakan program kerohanian dan pembangunan insaniah dalam kalangan wanita.
8. Mewujudkan jalinan kerjasama dengan agensi lain untuk mengadakan aktiviti / latihan pembelajaran sepanjang hayat.
9. Menganjurkan program berbentuk latihan berterusan yang dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan dalam kalangan wanita.
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
17
INISIATIF UTAMA
10. Mengadakan ceramah berkala/seminar khusus
berkaitan dengan kewanitaan.
11. Latihan/bengkel/praktikal bagi kursus yang dapat
meningkatkan tahap ekonomi dalam kalangan wanita.
12. Mewujudkan kumpulan usrah dalam kalangan
kakitangan dan pelajar wanita berdasarkan modul.
13. Pelaksanaan kelas al-Quran dan Kelas Pengurusan
Jenazah berkala untuk kalangan kakitangan/pelajar
wanita.
UMS-KRA 1 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
18
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Pengendalian Kelas Fardu Ain kepada mahasiswa
2. Pencapaian dalam peperiksaan UPKK, KAFA
3. Penyertaan kakitangan/pelajar/masyarakat dalam Kuliah maghrib/ Kursus/ Seminar Aqidah/Ibadah/ Kekeluargaan
4. Penilaian Kefahaman Islam bagi Muallaf secara teori dan praktikal
5. Peningkatan penyertaan kakitangan dan pelajar
6. Kekerapan latihan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar wanita
7. Keberkesanan pelaksanaan modul usrah / aktiviti / kelas / latihan
UMS-KRA 1
Memperkukuh tadbir urus dalam Pengajaran & Pembelajaran
19
SASARAN PRESTASI
1. 50% pelajar muslim tahun satu lulus dan ujian Kuliah Kefahaman Islam (Fardhu Ain)
2. 90% pelajar lulus dalam ujian UPKK, KAFA
3. 5% peningkatan penyertaan masyarakat dalam Kuliah maghrib/Kursus/Seminar Aqidah/Ibadah/Kekeluargaan
4. 80% muallaf warga UMS lulus dalam ujian Kefahaman Islam (fardhu Ain) secara teori dan praktikal
5. 5% Peningkatan penyertaan kakitangan/pelajar bagi setiap aktiviti
6. 5% Peningkatan bagi setiap latihan yang dianjurkan
7. 90% Pencapaian pelaksanaan usrah/aktiviti/kelas/latihan
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
21
Penyelidikan dan inovasi merupakan suatu elemen yang dapat memartabatkan fungsi dan peranan PIUMS. Bagi menyokong kepada dasar strategik ini, Seksyen Penerbitan dan Penyelidikan di bawah Sektor Pentadbiran dan Kewangan akan diperkukuhkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi dapat dijalankan dan mencapai objektif UMS-KRA2 ini.
Pelbagai sumber dana penyelidikan dapat diperolehi melalui agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM dan Pusat Zakat Sabah (PZS) bagi membiayai aktiviti penyelidikan ini yang mana hasil penyelidikan tersebut dapat dimanfaatkan untuk memantapkan lagi fungsian pusat ini dan seterusnya dapat menyumbang kepada umat Islam.
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
22
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Memperkukuhkan Seksyen Penerbitan dan
Penyelidikan
2. Menyelaraskan penerbitan ilmiah berimpak tinggi
3. Melaksanakan aktiviti penyelidikan yang
berkaitan dengan Pusat Islam
4. Melaksanakan inovasi yang bersesuaian
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
23
INISIATIF UTAMA
1. Mewujudkan kumpulan penyelidikan yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik dan bukan akademik
2. Menjalankan kajian berkaitan kefahaman tentang Islam dalam kalangan kakitangan dan pelajar UMS
3. Menjalinkan kerjasama dengan organisasi berkaitan bagi mendapatkan dana penyelidikan
4. Kebolehpasaran produk yang dihasilkan hasil daripada penyelidikan dan penerbitan
5. Melaksanakan inovasi berdasarkan bajet yang diperuntukan oleh pihak universiti
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
24
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Kajian Tentang Bacaan Al-fatihah
2. Kajian Tentang Kefahaman Islam
3. Penyelidikan Zakat
4. Penerbitan Buku Khutbah
5. Penerbitan Buku Panduan Dan Kompilasi Pembaca Doa
6. Penerbitan Buku Panduan Pengurusan Jenazah
7. Penerbitan Risalah
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
25
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
8. Penerbitan Modul Klinik Al-fatihah
9. Penerbitan Modul Kelas Jahitan
10. Penerbitan Modul Kuliah Maghrib
11. Penerbitan Buletin
12. Penerbitan Taqwim Solat
13. Penerbitan Aktiviti Tahunan PIUMS
14. Penerbitan Taqwim Berbuka Puasa
15. Jualan Penerbitan Pusat Islam
16. Inovasi Pembelajaran Al-fatihah Melalui Audio Visual
17. Inovasi Kitar Semula Air Daripada Bekas Wudhuk
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
26
SASARAN PRESTASI
1. Kajian Tentang Bacaan Al-fatihah Setahun Sekali
2. Kajian Tentang Kefahaman Islam Dua Tahun Sekali
3. Penyelidikan Zakat 5 Tahun Sekali
4. Penerbitan Buku Khutbah 2 Tahun Sekali
5. Penerbitan Buku Panduan Dan Kompilasi Pembaca Doa 5 Tahun Sekali
6. Penerbitan Buku Panduan Pengurusan Jenazah 5 Tahun Sekali
7. Penerbitan Risalah Sebulan Sekali
8. Penerbitan Modul Klinik Al-fatihah 5 Tahun Sekali
UMS-KRA 2 MEMPERKUKUH TADBIR URUS DALAM PENYELIDIKAN & INOVASI
27
SASARAN PRESTASI
9. Penerbitan Modul Kelas Jahitan 5 Tahun Sekali
10. Penerbitan Modul Kuliah Maghrib
11. Penerbitan Buletin Setahun Sekali
12. Penerbitan Taqwim Solat Setahun Sekali
13. Penerbitan Kalender Aktiviti Tahunan PIUMS Setahun Sekali
14. Penerbitan Taqwim Berbuka Puasa Setahun Sekali
15. 5% Kadar Kenaikan Jualan Penerbitan Pusat Pusat Islam
16. 1 Kaedah Inovasi Pembelajaran Al-fatihah Melalui Audio Visual
17. 1 Kaedah Inovasi Kitar Semula Air Wudhuk
UMS-KRA 3 MEMPERKUKUH KETERLIHATAN DAN REPUTASI ANTARABANGSA
29
Usaha memperkukuhkan keterlihatan dan reputasi PIUMS diperingkat antarabangsa, kerjasama yang erat diantara PIUMS dan Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UMS perlu diwujudkan bagi memastikan penglibatan mahasiswa antarabangsa UMS dalam program yang dianjurkan oleh PIUMS.
Aktiviti seperti penganjuran seminar peringkat antarabangsa, pelaksanaan ibadah qurban di luar negara dan sebagainya dapat membantu dalam memperkenalkan PIUMS sebagai sebuah entititi yang menguruskan hal ehwal Islam UMS di mata dunia.
UMS-KRA 3 MEMPERKUKUH KETERLIHATAN DAN REPUTASI ANTARABANGSA
30
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Memperkukuhkan pencapaian di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa
2. Menambahkan kadar penglibatan kakitangan
dan pelajar antarabangsa
3. Menjalinkan kerjasama dengan agensi dan institusi
pendidikan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
UMS-KRA 3 MEMPERKUKUH KETERLIHATAN DAN REPUTASI ANTARABANGSA
31
INISIATIF UTAMA
1. Melaksanakan aktiviti berskala besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
2. Menjalinkan kerjasama dengan pihak PHEA dalam menguruskan penglibatan pelajar antarabangsa
3. Melaksanakan aktiviti keagamaan dengan menggunakan kepelbagaian bahasa sebagai bahasa pengantar
4. Mewujudkan MoU dengan agensi dan institusi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
5. Memastikan laman web Pusat Islam dapat diakses di peringkat global
UMS-KRA 3 MEMPERKUKUH KETERLIHATAN DAN REPUTASI ANTARABANGSA
32
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Mengadakan Seminar Pelancongan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
2. Mengadakan Seminar Pengurusan Masjid Profesional Peringkat Borneo
3. Penyertaan kakitangan dan pelajar antarabangsa
4. Aktiviti khusus untuk kakitangan dan pelajar antarabangsa
5. Aktiviti ibadah qurban di luar negara
UMS-KRA 3 MEMPERKUKUH KETERLIHATAN DAN REPUTASI ANTARABANGSA
33
SASARAN PRESTASI
1. Seminar Pelancongan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dua tahun sekali
2. Seminar Pengurusan Masjid Profesional Borneo dua tahun sekali
3. 50% Penyertaan kakitangan dan pelajar antarabangsa
4. 5 Aktiviti khusus untuk kakitangan dan pelajar antarabangsa
5. 1 Aktiviti ibadah qurban di luar negara
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
35
Sumber manusia merupakan elemen terpenting dalam memacu transformasi dan hala tuju sesebuah organisasi. Dalam era globalisasi dan perubahan teknologi pengurusan sumber manusia perlu diperluaskan bagi memastikan kemahiran dapat digunakan secara maksimum dan melatih kakitangan untuk menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran.
Sistem penyampaian maklumat PIUMS juga akan dipertingkatkan selaras dengan KPI Universiti bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
36
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Memperkukuhkan Fungsian Pusat Islam
2. Memperkasakan Pelaksanaan Bengkel Retreat/Pelan Strategik PIUMS
3. Pengembangan latihan dan kepakaran yang bersesuaian kepada kakitangan
4. Melaksanakan aktiviti sambutan perayaan berkaitan Islam di peringkat Universiti
5. Meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Islam
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
37
INISIATIF UTAMA
1. Penyelarasan Fungsian Pusat Islam
2. Pelaksanaan Bengkel Retreat/Pelan Strategik
PIUMS
3. Menyediakan latihan dan kepakaran yang
bersesuaian kepada kakitangan
4. Penggiliran portfolio kepada setiap kakitangan
Pusat Islam
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
38
INISIATIF UTAMA
5. Pengiktirafan pencapaian kepada setiap
kakitangan
6. Penglibatan dalam pertandingan pengurusan
kualiti
7. Mempromosikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA)
8. Penambahbaikan secara berterusan berkaitan
dengan laman web PIUMS
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
39
INISIATIF UTAMA
9. Inovasi dan aplikasi dalam penyampaian maklumat dan penyediaan perkhidmatan
10. Penambahbaikan secara berterusan berkaitan mutu perkhidmatan
11. Menyediakan prasarana masjid bertaraf 5 bintang
12. Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 dan MS1722:2011
13. Melaksanakan aktiviti sambutan perayaan berkaitan Islam di peringkat Universiti
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
40
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Bengkel Retreat
2. Lawatan Penanda Aras
3. Kursus Jangka Panjang
4. Kursus Jangka Pendek
5. Kedudukan Pencapaian Laman Web di Peringkat Universiti
6. Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
7. Sistem E-zakat
8. Sistem E-doa
9. Sistem E-borang (Fasiliti/Aktiviti/Peminjaman)
10. Kajian Kepuasan Pelanggan
11. Aktiviti Sambutan Perayaan Berkaitan Islam Di Peringkat Universiti
UMS-KRA 4 MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN SISTEM
PENYAMPAIAN
41
SASARAN PRESTASI
1. Bengkel Retreat setahun sekali
2. Lawatan penanda aras setahun sekali
3. Kursus jangka panjang 5 tahun sekali
4. Kursus jangka pendek setahun sekali
5. Pencapaian 100% kriteria penilaian laman web diperingkat universiti
6. Pengekalan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) setahun sekali
7. 100% aplikasi penggunaan Sistem e-zakat
8. 100% aplikasi penggunaan Sistem e-Doa
9. 100% aplikasi penggunaan Sistem e-borang (fasiliti/aktiviti/peminjaman)
10. 80% penilaian kajian kepuasan pelanggan
11. 100% aktiviti sambutan perayaan berkaitan Islam di peringkat Universiti
UMS-KRA 5 MEMPERKUKUH SISTEM KEWANGAN
43
Selaras dengan UMS-KRA 5; memperkukuh sistem kewangan, PIUMS bertekad untuk mengurangkan kebergantungan peruntukan pusat bagi menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan.
Penganjuran aktiviti-aktiviti yang berpotensi mampu menjana pendapatan sendiri akan terus dipergiatkan bagi memastikan keberlangsungan aktiviti/program yang dianjurkan sentiasa berjalan seperti yang telah dirancangkan.
UMS-KRA 5 MEMPERKUKUH SISTEM KEWANGAN
44
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Meningkatkan sumber penjanaan pendapatan
Pusat Islam
2. Mewujudkan aktiviti yang menjana pendapatan
sendiri (survival activities)
3. Mengurangkan kadar perbelanjaan mengurus
UMS-KRA 5 MEMPERKUKUH SISTEM KEWANGAN
45
INISIATIF UTAMA
1. Perbelanjaan Berdasarkan Garis Panduan Yang Telah Ditetapkan Oleh Pihak Universiti
2. Mengoptimumkan Aktiviti Penjanaan Pendapatan
3. Mempelbagaikan Sumber Penjanaan Pendapatan
4. Mengukuhkan Peranan Seksyen Yang Berkaitan Dalam Aktiviti Penjanaan Pendapatan
5. Pengurusan Kewangan Yang Efektif
6. Meningkatkan Potensi Pembangunan Eko-pelancongan Masjid
7. Melaksanakan dan menyokong dasar penjimatan universiti
UMS-KRA 5 MEMPERKUKUH SISTEM KEWANGAN
46
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Mewujudkan Tabung Sedekah Jariah
2. Penyewaan Ruang
3. Menjadi Amil Kutipan Zakat Dalam Kalangan Kakitangan UMS
4. Pelaksanaan Aktiviti Berbayar Berskala Besar
5. Bayaran Perkhidmatan Peminjaman Peralatan Pusat Islam
6. Mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Center)
7. Mewujudkan Koperasi Pusat Islam
8. Mewujudkan Galeri Pusat Islam
9. Karnival Pusat Islam
UMS-KRA 5 MEMPERKUKUH SISTEM KEWANGAN
47
SASARAN PRESTASI
1. 5% Peningkatan Sumbangan Tabung Sedekah Jariah Melalui Potongan Gaji Kakitangan
2. 5% Peningkatan Kadar Penyewaan Ruang Setiap Tahun
3. 30%-50% Pulangan Amil Bagi Kutipan Zakat
4. 2 Pelaksanaan Aktiviti Berbayar Berskala Besar Setiap Tahun
5. 5% Peningkatan Kadar Bayaran Perkhidmatan Peminjaman Peralatan Pusat Islam
6. 10% Peningkatan Penjanaan Pendapatan Hasil Sewaan Pusat Sehenti (One Stop Center)
7. 3% Peningkatan Keahlian Koperasi Pusat Islam
8. 3% Peningkatan Pelancong Ke Galeri Pusat Islam
9. 1 Kali Pelaksanaan Karnival Pusat Islam Dalam Tempoh 2 Tahun
UMS-KRA 6 MEMPERGIAT PENGLIBATAN KOMUNITI & INDUSTRI
49
Penglibatan PIUMS dengan komuniti dan industri telah lama terjalin melalui hubungan baik dengan agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat. Program Corporate Social Responsibility (CSR) yang diwujudkan seperti penganjuran ibadah qurban di luar kampus, kursus pra-perkahwinan, kursus pengurusan jenazah dan sebagainya dapat membantu PIUMS dalam melaksanakan tanggungjawab khidmat sosialnya khususnya kepada seluruh warga UMS dan masyarakat sekitar amnya .
Pengukuhan penglibatan industri dapat dilaksanakan dengan penempatan dan penerimaan pelajar praktikal dalam menjalani latihan industri berkaitan bidang mereka di PIUMS.
UMS-KRA 6 MEMPERGIAT PENGLIBATAN KOMUNITI & INDUSTRI
50
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Mengukuhkan hubungan Pusat Islam dengan
industri
2. Mengukuhkan hubungan Pusat Islam dengan
komuniti
UMS-KRA 6 MEMPERGIAT PENGLIBATAN KOMUNITI & INDUSTRI
51
INISIATIF UTAMA
1. Menggalakkan Kerjasama Strategik Dengan
Industri Untuk Membantu Meningkatkan Aktiviti,
Agama, Pengajaran dan Pembelajaran,
Penyelidikan Dan Pembangunan Universiti
2. Menjalin Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan,
Swasta, NGO Dan Komuniti
UMS-KRA 6 MEMPERGIAT PENGLIBATAN KOMUNITI & INDUSTRI
52
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Penganjuran Kursus/Bengkel Dengan Agensi Kerajaan,
Swasta, Dan NGO
2. Penganjuran Kelas KAFA/Kursus/Bengkel/Seminar
IPTA/IPTS
3. Penganjuran Corporate Social Responsibility (CSR)
4. Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh Pusat Islam
5. Penyeliaan Pelajar Praktikal
UMS-KRA 6 MEMPERGIAT PENGLIBATAN KOMUNITI & INDUSTRI
53
SASARAN PRESTASI
1. 2 Kali Setahun Penganjuran Kursus/Bengkel/Dengan Agensi Kerajaan, Swasta, Dan NGO
2. 2 Kali Setahun Penganjuran Kursus/Bengkel/Seminar IPTA/IPTS
3. 2 Kali Setahun Penganjuran Corporate Social Responsibility (CSR)
4. 2 Kali Setahun Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Kemasyarakatan Yang Dianjurkan Oleh Pusat Islam
5. Sekali Penyeliaan Pelajar Praktikal Pada Setiap Tahun Semester
UMS-KRA 7 KOMITED TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
55
Selaras dengan dasar eco-campus UMS, PIUMS
komited untuk memastikan setiap aktiviti yang
diselaraskan menitik beratkan hal-hal yang berkaitan
dengan persekitaran yang hijau dan mesra
pengguna.
Dasar penjimatan utiliti, program kitar semula dan
melestarikan alam sekitar membantu merealisasikan
matlamat UMS-KRA 7.
UMS-KRA 7 KOMITED TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
56
OBJEKTIF STRATEGIK
1. Memupuk Kesedaran Dan Semangat Cintakan
Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Dan
Kakitangan Universiti
2. Mempromosikan Eko Kampus UMS
UMS-KRA 7 KOMITED TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
57
INISIATIF UTAMA
1. Mewujudkan Jawatankuasa Eko Kampus Di
Peringkat PIUMS
2. Melaksanakan Pelan Eko Kampus Universiti Secara
Berperingkat
3. Menggalakkan Dasar Penjimatan Penggunaan
Elektrik, Air Dan Kertas
4. Mengadakan Aktiviti Kesedaran Yang Berkaitan
Eko Kampus
UMS-KRA 7 KOMITED TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
58
PETUNJUK UTAMA PRESTASI
1. Keanggotaan Jawatankuasa Eko Kampus
2. Pengiktirafan Perlaksanaan Eko Kampus
3. Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik
4. Pengurangan Penggunaan Air
5. Pengurangan Pengunaan Kertas
6. Aktiviti Kesedaran Berkaitan Eko Kampus
7. Inovasi Kitar Semula Air Daripada Bekas Wudhuk
8. Penggunaan Sensor Bagi Pili Air Dan Lampu
UMS-KRA 7 KOMITED TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
59
SASARAN PRESTASI
1. 90% Keanggotaan Jawatankuasa Eko Kampus Dalam kalangan Kakitangan PIUMS
2. 1 Pencapaian Pengiktirafan Perlaksanaan Eko Kampus Di Peringkat Universiti
3. 5% Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik
4. 5% Pengurangan Penggunaan Air
5. 5% Pengurangan Pengunaan Kertas
6. 1 Aktiviti Kesedaran Berkaitan Eko Kampus Setahun Sekali
7. 1 Inovasi Kitar Semula Air Bekas Wudhuk
8. Pelaksanaan Secara Berperingkat Penggunaan Sensor Bagi Pili Air Dan Lampu
RUMUSAN
Pelan strategik ini dirangka bertujuan untuk menjadi panduan khususnya
kepada kakitangan Pusat Islam UMS (PIUMS) dalam melaksanakan segala
program yang telah dijadualkan berjalan dengan lancar bersesuaian dengan
penetapan Key Performance Indicator (KPI) kepada setiap kakitangan.
Dalam menjadikan sistem pengurusan PIUMS selari dengan peredaran masa
dan zaman, maka menjadi tanggungjawab kepada seluruh kakitangan agar
memastikan setiap program yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta memberikan kesan impak yang positif kepada setiap
kumpulan sasar.
Wallahu Taala A’lam
60
61