seloka mat jenin

Upload: mohamad-firdaus

Post on 19-Oct-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SELOKA

TRANSCRIPT

SELOKA MAT JENINMat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana ingin menjadi kaya dengan cepat.Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam untuk membeli itik bagi menjadi kaya raya.Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing. Setelah itu menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ada beribu-ribu.Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di Luar Negeri. Tujuannya untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan Anak Raja. Angan-angan tersebut akhirnya menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok. Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin menggadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok. Inilah kesan kepada orang yang suka berangan-angan sehingga lupa diri dan tergadai nyawa sendiri.SELOKA SIFAT PAK PANDIRSeloka ini menggambarkan sifat Pak Pandir. Pak Pandir seorang yang mudah percaya dan mudah terpedaya oleh pandangan mata. Bagi Pak Pandir, apabila melihat orang yang berpakaian kemas dan menarik, dia menganggap orang itu tentulah orang kaya. Apabila melihat seseuatu batu yang berkilat, dia percaya itu ialah intan berlian. Apabila terjumpa dengan batu buntat (batu hempedu dalam tumbuhan) dia percaya batu berkenaan ada kuasa luar biasa dan memberikan tuah. Apabila bertemu dengan seseuatu yang berbungkal, dia percaya benda itu ialah emas. Sifat tidak berfikir dengan teliti dan mudah mempercayai orang lain menyebabkan dirinya mudah ditipu oleh orang. Akibatnya, dia sering mendapat kesusahan dan kerugian kerana kebebalannya sendiri. Dia sering menyesal, namun tiada sesiapa yang peduli.SELOKA PAK KADUKPak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam Raja. Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan setelah membunuh isterinya (kerana sikap panas baran). Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup. Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah.