sem 1 kesultatan melayu melaka with cover
DESCRIPTION
mnkkTRANSCRIPT
SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013
HNS 2013 - KENEGARAAN
TAJUK
KUMPULAN
GROUP EL-A06 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710 0185723444
NAMA TUTOR E-LEARNING : MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN
TARIKH SERAH : 09 NOVEMBER 2012
TUGASAN 1
BINCANGKAN SEJARAH PEMBENTUKAN
MELAYU MELAKA
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Pembentukan Kesultanan Melayu Melaka 5
2.0.1 G. Ferrand 7
2.0.2 O.W. Wolters
2.0.3 Sullatus Salatin – Karya Asal Tun Sri Lanag 8
a) Sejarah Melayu - A. Samad said
b) Sejarah Melayu Salasilah Sultan-sultan Melayu - W.G Shellabear
2.0.4 Catatan Cina 9
2.0.5 Sumber Potugis` 10
a) Tome Pires
b) Bras de Albuquerque 11
3.0 Tempoh Pemerintahan 13
4.0 Kesimpulan 14
Bibliografi 16
2
BINCANGKAN SEJARAH PEMBENTUKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
1.0 Pengenalan
Sebuah negara bermula dari jajahan yang kecil kemudiannya berkembang membentuk
daerah dan seterusnya menjadi sebuah negara. Selain itu konsep sesebuah negara yang mestilah
mempunyai sempadan yang menentu wilayah tetap dan diiktiraf. Selain itu, negara itu perlulah
mempunyai penduduk tetap, kerajaan sendiri yang merdeka dan mempunyai undang-undang
yang teratur. Negara tersebut perlulah mempunyai kedaulatan yang dimashyurkan sama ada dari
dalam dan luar negeri serta berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara.
Secara umumnya, maksud negara berasal dari Bahasa Inggeris iaitu state, Bahasa
Belanda Staat, Bahasa Perancis Etat, sebenarnya semua perkataan itu berasal dari Bahasa Latin,
Status atau Statum yang membawa maksud menempatkan dalam keadaan berdiri.
Menurut penulis blog, Semua Tentang Hukum bertajuk Pengertian Ilmu Negara telah
mengutarakan pendapat beberapa orang ahli sejarawan yang terkemuka mengenai definisi negara
itu sendiri. Berikut ialah beberpa orang tokoh yang telah mengetengahkan pendapat mengenai
negara :
John Locke dan Rousseau
Negara adalah suatu badan atau organisasi hasil daripada perjanjian masyarakat.
Max Waber
Menurut Max Waber, negara membawa maksud satu komuniti masyarakat yang mempunyai
monopoli menggunakan kekuasaan secara sah dalam satu wilayah.
3
Roger F. Soltau
Negara adalah alat (agency) atau kuasa (authority) yang menetapkan atau mengawal persoalan-
persoalan bersama atas nama masyarakat.
Mac Iverhi
Negara harus mempunyai 3 unsur penting, iaitu kerajaan, masyarakat atau rakyat dan wilayah
tertentu.
George Jellnek
Negara adalah organisasi kekuasaan yang mendiami wilayah tertentu.
Georg Wilhelm Fredrich Hegel
Negara adalah organisasi kesusilaan yang muncul sebagai sintesis dari kemerdekaan individu
dan kemerdekaan universal
Logeman
Negara adalah organisasi kemasyarakatan yang mempunyai tujuan untuk mengatur dan
memelihara masyarakat tertentu dengan kekuasaanya.
Karl Marx
Negara adalah alat kelas yang berkuasa (kaum berjuis / kapitalis) untuk menindas atau
mengeksploitasi kelas yang lain (ploretari / buruh).
4
Kamus Dewan Edisi Keempat
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikn “Negara” sebagai suatu
masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, kawasan
yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala yang berkaitan dengan Negara
(masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah “negara” atau state selalunya
dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan contoh sebuah jajahan yang kecil kemudiannnya
berkembang menjadi sebuah daerah yang mempunyai sempadan dan mempunyai wilayah tetap
yang diiktiraf dan seterusnya menjadi sebuah wilayah pengaruh atau lebih dikenali sebagai
sebuah negara. Kesultanan Melayu Melaka juga mempunyi keunggulan undang-undangnya yang
teratur, kedaulatan menerusi sistem di raja, mempunyai lambang-lambang kebesarannya sendiri
dan menjadi sebuah kerajaan yang diiktiraf dan telah dimasyurkan sama ada dari dalam atau luar
negeri. Kesultanan Melayu Melaka telah membuktikan bahawa sebuah negara boleh berkembang
dengan hanya bermula dari sebuah daerah yang kecil dan ianya telah berkembang menjadi
sebuah kuasa besar yang mampu mengawal dan menentukan hal ehwal negaranya.
2.0 Pembentukan Kesultanan Melayu Melaka.
Peta 1
Kedudukan Unik Melaka
5
Sejarah Pembentukan Kesultanan Melayu Melaka telah dikatakan oleh kebanyakkan
sejarawan bermula dengan pengasas Kesultanan Melaka iaitu Parameswara, seorang Srivijaya
dari Palembang pada tahun antara 1400 hingga 1403, namun masih terdapat beberapa perbezaan
pandangan tentang penubuhan kerajaan Melayu Melaka, baik dari tarikh, pengasas dan juga
pengislaman kerajaan itu.
Secara keseluruhan dan umumnya, ( Ismail Ahmad, 1978. Ulasan Buku Sejarah Melayu.
hal:19 ) hampir kesemua sumber-sumber yang mencatatkan tentang Melaka termasuklah sumber
Portugis, Cina, Inggeris dan Melayu telah menyatakan raja Melayu yang paling awal membuka
negeri Melaka serta menjadi raja di situ adalah seorang raja Melayu yang belum lagi memeluk
agama Islam yang bernama Parameswara yang berasal dari Palembang dan berundur ke
Singapura yang dikenali sebagai Temasik kerana baginda telah diusir oleh tentera Majapahit
akibat konflik politik.
Setelah Parameswara berada di Temasik selama lima tahun sebagai pemerintah di sana,
baginda telah membunuh wakil pemerintah Siam di situ, Temagi. Setelah menyedari kejadian
itu, tentera Siam telah tiba ke Temasik untuk menangkap baginda. Sekali lagi, baginda terpaksa
melarikan diri. Baginda kemudiaanya ke Muar, Sening Ujong dan akhirnya sebuah
perkampungan nelayan yang diberi nama Melaka.
Nama Melaka telah dipilih berdasarkan beberapa sebab. Di antara sebab-sebab utama
nama Melaka dipilih ialah berdasarkan sopohon kayu tempat baginda berteduh dan baginda
sendiri tidak tahu namanya. Menurut salah seorang pengikut baginda telah memberitahu pohon
itu bernama Melaka dan baginda terus menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka.
Sebab kedua baginda memilih Melaka sebagai nama kerajaan baru baginda ialah kerana
kejadian yang menakjubkan telah berlaku semasa mereka sedang berehat di bawah pohon
Melaka. Anjing buruan baginda telah ditendang masuk ke dalam sungai oleh seekor pelanduk
putih. Kejadian ini telah memberi petanda kepada baginda yang kawasan itu amat sesuai
dibangunkan serta berpotensi untuk menjadi sebuah kerajaan yang masyur.
Walaupun demikian mengikut kebanyakkan sejarawan hari ini, Melaka hanya dibuka
awal abad ke-15 Masihi, iaitu antara 1400-1402 Masihi kerana tidak mendapat apa-apa catatan
6
yang menunjukkan kewujudannya dalam tulisan-tulisan pengembara seperti Marco Polo (1292
Masihi), Odoric of Pordenone (1323 Masihi) dan Ibn Battuta (1345-46 Masihi). Dalam catatan
Cina pada masa itu juga tidak terdapat nama Melaka begitu juga dalam Negara Kartagama yang
disusun oleh Prapanca sekitar 1365 Masihi. Namun tidak dapat dinafikan bahawa Melaka telah
wujud sebagai sebuah pelabuhan yang agak besar sekitar tahun 1403 Masihi kerana pada tahun
itu terdapat catatan Cina tentang kerajaan dan pelabuhan Melaka.
2.0.1 G. Ferrand
G. Ferrand, sejarawan dari Perancis dalam artikelnya “Melaka. Le Melayu et Melayur”
dalam Journal Asiatique Mai-Jun el Juilet-Aout ( Jurnal Asian Mei-Jun dan Julai-Ogus ), 1918,
bahawa Melaka telah wujud sejak kurun ke-8 Masihi lagi. Beliau mengatakan Malayur (Melayu)
yang disebut oleh Marco Polo dan Ma-il-yu-eul (Mo-lo-yu) dalam catatan Cina itu adalah
sebenarnya Melaka. Namun, pandangan ini telah ditentang oleh kebanyakan sejarawan hari ini.
2.0.2 O.W. Wolters
Menurut buku yang bertajuk Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu yang ditulis oleh
pengarang berbangsa Inggeris, O.W. Wolters menyatakan raja Singapura yang ke empat iaitu
bapa kepada pengasas Melaka di mana baginda merupakan raja pertama mendapat gelaran
Melayu yang diktiraf iaitu Paduka Seri Maharaya. Mengikut ceritanya, beliau telah
bertanggungjawab ke atas kematian seorang kanak-kanak kecil yang telah menyelamatkan
Singapura daripada serangan ikan todak. Akibat daripada perbuatanya itu, Singapura telah
menerima padah apabila kalah teruk kepada kerajaan Jawa yang menyerang Singapura ketika
pemerintahan raja yang ke lima. Baginda, iaitu Raja Iskandar Syah beserta pengikutnya telah
melarikan diri ke suatu kawasan penempatan baru dan menubuhkan kerajaan di situ dengan
memberi nama Melaka.
7
2.0.3 Sullatus Salatin – Karya Asal Tun Sri Lanang
a) Sejarah Melayu - A. Samad said
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Melaka telah ditubuhkan setelah Pemerintah
Singapura lari ke Melaka akibat serangan Majapahit. Pemerintah Singapura, Iskandar Syah
dikatakan oleh Sejarah Melayu telah lari ke Muar kemudian ke Bertam dan akhirnya membuka
negeri di situ yang dinamakan Melaka (A. Samad Ahmad; 1986:70-71). Penyataan yang
diberikan oleh Sejarah Melayu ini telah dipertikaikan oleh ramai sejarawan seperti Wolters.
Beliau mempertikaikan tentang kewujudan kerajaan Singapura itu sendiri.
Sejarah Kerajaan Singapura itu mengikut Wolters sengaja diadakan-adakan oleh
pengarang / penyusun Sejarah Melayu itu sendiri untuk menyembunyikan zaman memalukan,
iaitu kejatuhan Srijiwijaya Palembang dan digantikan olek kerajaan Melayu Jambi (1990:92)
b) Sejarah Melayu Salasilah Sultan-sultan Melayu - W.G Shellabear
Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun1565, raja
Melayu yang terakhir memerintah singapura ialah Raja Iskandar Shah. Sewaktu baginda
memerintah Temasik, baginda mempunyai seorang bendahari yang di gelar Sang Rajuna Tapa.
Sang Rajuna Tapa kecewa dengan Raja Iskandar Shah kerana telah membunuh anaknya iaitu
gundik kepada baginda dengan cara memalukan berpunca daripada perbuatan fitnah. Anak Sang
Rajuna Tapa telah disula di hujung pasar di depan khalayak ramai.
Setelah kejadian itu menimpa anaknya, Sang Rajuna Tapa telah bertindak dengan
melakukan pembelotan terhadap raja Iskandar Syah dengan menyuruh Tentera Majapahit di
tanah Jawa datang menyerang Singapura. Sang Rajuna Tapa dengan beraninya mengaku tentang
pembelotannya ke atas Iskandar Syah. Setelah dikalahkan oleh Majapahit, Raja Iskandar Shah
beserta pengikut-pengikutnya terpaksa berundur meninggalkan Singapura. Raja Iskandar Shah
telah menuju ke Muar dengan mengikut Jalan Selitar. Baginda telah mencuba mendirikan sebuah
kerajaan tetapi lokasinya tidak sesuai dan sukar dibagunkan.
8
Setelah baginda meninggalkan daerah Muar, tetapi telah diganggu oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penempatan kedua baginda di Kota Buruk juga gagal kerana kubu
pertahanan yang mereka cuba dirikan runtuh dengan serta merta, baginda masih gagal membuat
penempatan di situ. Kemudian baginda telah berpindah ke Sening Ujong atau dikenali dengan
nama Sungai Ujung, baginda telah melantik seorang menteri mewakili dirinya. Kemudian Raja
Iskandar Shah berjalan kaki hingga ke Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. dan
mendirikan kerajaan kerajaan di situ yang diberi nama Melaka.
Ketika itu, orang-orang Seletah mendiami di situ dan mereka meminta Raja Iskandar
Shah menjadi raja. Baginda merasakan kedudukan tempat di situ amat baik untuk mendirikan
kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air
bersih juga mudah diperolehi. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau boleh menjadi petunjuk
kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok bakau dan api-api
boleh menjadi benteng semulajadi dan terlindung daripada tiupan angin monsun.
Semasa baginda sedang berehat di bawah pohon Melaka, ( Shellabear, W.G, 1990.
Sejarah Melayu. hal:65) Parameswara telah melihat peristiwa luar biasa di mana anjing
pemburuan baginda telah ditendang masuk oleh seekor pelanduk putih ke dalam sungai.
Peristiwa itu dianggap luar biasa oleh baginda dan memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan.
Baginda memilih nama Melaka bersempena dengan nama pohon kayu tempat baginda berteduh.
2.0.4 Catatan Cina
Gambar 1
Kedudukan Melaka yang strategik sebagai laluan pedagang-pedagang
9
Hampir kesemua catatan dari Cina menyatakan bahawa raja Melayu yang paling awal
memerintah Melaka itu ialah Pa-li-su-la atau Pa-li-mi-su-la dan telah mangkat pada awal
tahun1414. Menurut sumber Cina Pa-li-mi-su-la telah memerintah Singapura setelah lari dari
Palembang kerana kalah dengan pentempuran dengan Majapahit hingga ke Melaka selama dua
puluh lima tahun dan akhirnya baginda mangkat di Melaka. Ini terjadi kerana Palembang ingin
membebaskan diri daripada kekuasaan Majapahit. Setelah kemangkatan Patih Gajah Mada (1364
Masihi) dan Hayam Wuruk (1389 Masihi), kerajaan Majapahit mula lemah. Perang saudara dan
rebutan kuasa berlaku diantara putera dan menantu Hayam Wuruk, iaitu diantara puteranya, Wira
Bumi dan menantunya Wikrama Wardhana. Keadaan huru hara ini telah memberi peluang
kepada jajahan-jajahan takluknya untuk membebaskan diri. Kesempatan inilah yang digunakan
Palembang supaya dapat berdagang dan bernaung terus di bawah kekuasaan China. Berpandukan
kronologi berikut Notes on the opening of Relations Between China and Malacca, 1403-1405
memetik :
“ Pada mulanya Palisula telah mendirikan kerajaan di Singapura selama tiga tahun sahaja,
1389 sehingga 1392, kemudian baginda terpakasa hidup dalam pelarian di Muar selama dua
tahun, 1392 hingga 1394. Palisula akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan tetap di Melaka
selama dua puluh tahun bermula pada tahun 1394 hinggalah menjelang tahun1414 sebelum
baginda mangkat. ”
2.0.5 Sumber Portugis
a) Tome Pires
Menurut Tome Pires di dalam buku karangannya yang bertajuk “Suma Oriental”,
Parameswara ialah seorang Raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi.
Beliau diserang oleh Betara Tamarill (abang iparnya), sewaktu Parameswara menggelarkan
dirinya sebagai “Mjeura” yang bermaksud orang yang berani. Pengistiharan dirinya sebagai
“Mjeura” juga telah membangkitkan kemarahn pemerintahan Jawa (Majapahit) kerana
merasakan Parameswara telah mencabar kuasa dan kedaulatannya. Baginda kemudiannya mula
10
menyerang wilayah-wilayah Palembang dan telah menakluki Bangka. Semua penduduk pulau itu
telah dibunuh oleh tentera Majapahit.
Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Pantai Barat Semenanjung Tanah
Melayu untuk mencari perlindungan baru. Parameswara telah dikatakan singgah ke Bentan dan
baginda telah diterima baik oleh Ratu Bentan. Dengan bantuan orang Bentan, Parameswara telah
berjaya menguasai Temasik. Pada masa itu Singapura sedang dalam pemerintahan Siam dengan
wakil gabenornya yang bernama Sang Aji (Sam Agy). Setelah lapan hari berada di Singapura,
Parameswara mula merampas kuasa dengan membunuh Sang Aji. Perkara ini telah menyebabkan
kemurkaan Raja Siam dan menyerang Temasik dan menghalau baginda keluar ( A.Costesoa,
1944. hal:22 ). Baginda dapat memerintah Singapura selama lima tahun sahaja.
Dengan pengikut seramai seribu orang, Parameswara meninggalkan Singapura dan
menuju ke Muar dan membuka penempatan di sana selama enam tahun. Mereka telah
menjalankan aktiviti pertanian untuk menyara hidup selain dari merompak sampan-sampan yang
mudik di Sungai Muar. Sementara itu pengikut Parameswara yang merupakan orang laut atau
Celates telah menetap di kuala Sungai Melaka. Mereka kemudiannya menjemput Parameswara
supaya datang membuka kerajaan lebih kurang 4 kilometer ke hulu kuala Sungai Melaka yang
mereka panggil Bertam. Oleh kerana keadaan muka bumi yang sesuai, baginda bersetuju untuk
berpindah dan membuka penempatan baru di situ tetapi puteranya Xaquem Darxa ( Iskandar
Syah ) telah membuka tempat kediaman di sebuah bukit di pinggir pantai berhampiran kuala
Sungai Melaka. Kawasan ini kemudiannya dibangunkan mejadi sebuah kerajaan yang
berkembang pesat dan telah dimasyurkan dari dalam dan luar negeri.
b) Bras de Albuquerque
Catatan kedua yang diperketengahkan ialah catatan dari anak kepada Afonso de
Albuquerque, Bras de Albuquerque pada tahun 1557 menceritakan bahawa raja melayu yang
paling awal memerintah Melaka ialah Paramicura. Baginda merupakan seorang raja di
Palembang yang memperisterikan anak Betaratamurel yang berasal dari Jawa. Oleh sebab
Parameswara tidak mahu taat setia serta enggan membayar ufti kepada mertuanya, maka ia pun
11
telah dihalau keluar dari tanah Jawa. Setelah itu baginda hidup dalam buangan di Singapura dan
mendapat layanan yang baik dari ketua pemerintah Singapura yang bernama Temagi iaitu
menantu kepada raja Siam.
Setelah menetap di situ, baginda telah membunuh Temagi dan menjadi raja di Singapura
selama lima tahun. Pembunuhan Temagi telah mendatangkan kemurkaan kepada raja Siam dan
menyerang baginda. Kerajaan Paramicura telah dapat digulingkan dari takhta Singapura.
Berikutan dengan itu, Paramicura dan pengikutnya telah berundur dari Singapura kerana takut
ditangkap oleh tentera Siam. Baginda telah menuju ke suatu kawasan baru dan membuat
penempatan di sana. Tempat tersebut dinamakan Melaka. Di bawah pemerintahan Paramicura,
Melaka telah berkembang pesat dan menjadi tumpuan pedagang.
b) Gadinho de Eredia
Menurut beliau dalam tulisannya pada tahun 1613, menceritakan mengenai orang-orang
Melayu yang telah sekian lama tinggal di Patani dan Pahang sebelum Melaka didirikan. Sebelum
Melaka diwujudkan, Raja Pahang dikatakan menjadi pemerintah di Singapura dan Raja Patani
pula di bawah pemerintahan Siam. Apa yang menjadi persamaannya ialah kedua-dua kerajaan itu
dimiliki oleh orang-orang melayu. Beliau mencatat Raja Pahang yang memerintah Singapura itu
bernama Permicura yang asal usulnya ialah dari peranakan Jawa. Baginda telah membawa diri
dari Palembang dan seterusnya ke Singapura. Setelah beberapa lama di sana, Permicura telah
membunuh Xabandar atau Syahbanda Singapura walaupun mereka telah menerima kedatangan
baginda dengan baik sekali. Xabandar Singapura merupakan saudara kepada Raja Pahang. Raja
Pahang telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Singapura.
Permicura telah melarikan diri ke suatu tempat baru untuk menyelamatkan diri.
Tempat itu dikenali sebagai Melaka. Baginda terus membangunkannya sehingga menjadi sebuah
kerajaan dan pelabuhan yang pesat membangun.
12
3.0 Tempoh Pemerintahan
Kronologi pemerintahan Parameswara dapat disusun seperti berikut :-
Gambar 2
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka: Parameswara
Baginda merupakan Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka dari 1400-1414 Masihi.
Baginda dilahirkan pada tahun 1344 Masihi dan mangkat pada tahun 1414 Masihi.
Tahun Lama memerintah
1389-1390 - 1391-3192 Tiga tahun memerintah di Palembang
1392-1393 - 1379-1398 Enam tahun memerintah di Singapura / Temasik
1398-1399 - 1399-1400 Dalam perjalanan ke Melaka
1400-1401 - 1414-1414 Empat belas tahun memerintah Melaka, mangkat dalam tahun
pemerintahannya yang kedua puluh lima
Jadual 1
Kronologi pemerintahan Parameswara
13
Pemerintahan baginda diteruskan dengan anakandanya Sultan Megat Iskandar Shah dan
diperjelaskan menerusi Jadual 2 di bawah.
Sultan Melaka Tempoh pemerintahan
Parameswara / Raja Iskandar Shah 1400 - 1414
Sultan Iskandar Megat Shah 1414 - 1424
Sultan Muhammad Shah 1424 - 1444
Sultan Abu Syahid 1444 - 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 - 1456
Sultan Mansur Shah 1456 - 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 - 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Jadual 2
4.0 Kesimpulan
Parameswara merupakan seorang raja yang bijak dan sangat istimewa. Kebijaksanaan
bagindalah yang menyumbang kepada perkembangan pesat Melaka hingga dapat diiktiraf
sebagai kuasa besar yang mempunyai jajahan takluknya sendiri selain daripada menjadi pusat
perdagangan antarabangsa serta menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu
pada abad ke-15 dan ke-16. Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dan berfungsi
sebagai pintu masuk kepada negeri-negeri rempah yang lain untuk memasarkan rempah mereka.
Duarete Barbosa berkata: “sesiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia akan dapat
menguasai perdagangan dunia”.
14
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pembagunan pesat Melaka ialah
pelabuhannya yang terlindung daripada ancaman Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun
Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di
Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka meneruskan pelayaran. Semasa
pemerintahan baginda, ramai orang Cina menetap di Melaka berdekatan Bukit Cina yang
dikatakan mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai
Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai dari Indonesia. Pada tahun
1409 itu juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan untuk
meneroka dunia. Parameswara telah membuat pelayaran melawat Negara China dengan
rombongan sebayak 540 orang untuk bertemu dengan Maharaja Ming Yung Lo untuk mendapat
pengiktirafan sebagai raja Melaka.
Tidak kiralah pelbagai nama atau gelaran yang dikemukan oleh para sejarawan, ianya
tetap merujuk kepada seorang yang sama iaitu Parameswara dan bertukar kepada Raja Iskandar
Syah setelah memeluk Islam, bagindalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan kerajaan
Melaka tetapi tarikh khusus penubuhan Melaka tidak dapat dipastikan kerana masing-masing
telah mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza mengikut hasil kajian mereka.
Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414 dan legasinya diteruskan oleh anakandanya
Sultan Megat Iskandar Syah.
15
Bibliografi
A. Samad said (Penyelenggara) (1986). Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan
Publishing & Distributers Sdn. Bhd.
Armando (Penyunting dan Penterjemah) 1944. The Suma Oriental of Tome Pires An Accont of
the East, From Red Sea to China. New Delhi. AES Publication Pvt. Ltd.
Cheah Boon Kheng (Penyusun) (1998). Sejarah Melayu, The Malay Annals, MS.Raffels no.18.
The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Namura Tooru (1989). Sejarah Melaka dilihat dari Sumber-sumber Cina. Kuala Lumpur.
Universiti Malaya.
O.W. Wolters (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahsa
dan Pustaka.
W.G Shellabear (Pengusaha) (1990). Sejarah Melayu. Petaling Jaya. Fajar Bakti.
16