sembelihan mengikut syara

29
SEMBELIHAN MENGIKUT SYARA’

Upload: akasisa

Post on 20-Jul-2015

494 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sembelihan Mengikut Syara

SEMBELIHAN

MENGIKUT SYARA’

Page 2: Sembelihan Mengikut Syara

Istilah Sembelihan

• Al-Zakah : Mengalirkan darah dengan memutuskan urat leher pada

haiwan sembelihan. (Ibnu ‘Arabi, 2007)

: Mengeluarkan ruh haiwan dengan cara yang disyariatkan untuk

menjadikan dagingnya halal bagi orang Islam. (M. Taqiyyu al-

Uthmani, 1997)

• Al-’Aqr : Pada haiwan yang tidak mampu dikuasai disertai dengan niat

untuk menyembelihnya dengan nama Allah. Haiwan yang

diburu, liar atau terperangkap.

Page 3: Sembelihan Mengikut Syara

Makna Sembelihan

• Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan

benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang dengan tujuan memakan

dagingnya.

• Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu

sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang (tidak perlu disembelih).

Page 4: Sembelihan Mengikut Syara

Hukum Sembelihan

• Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.

• Semua daging haiwan yang halal adalah haram dimakan kecuali dengan

penyembelihan yang mengikut syara’.

• Daging haiwan yang halal tidak disembelih mengikut syara’, ia akan menjadi

bangkai dan haram memakan bangkai haiwan. Kecuali hidupan laut dan

belalang.

Page 5: Sembelihan Mengikut Syara

Bentuk Sembelihan

1. Sembelihan idhtirariyyah (terpaksa):

Sembelihan ke atas haiwan yang tidak mampu dikuasai atau tidak mampu

disembelih di leher. Contoh: kijang liar atau lembu yang jatuh, terperangkap

dalam perigi.

2. Sembelihan ikhtiyariyyah (pilihan):

Sembelihan ke atas haiwan yang jinak atau mampu dikuasai. Terbahagi kepada

dua jenis iaitu al-Nahr dan al-Zabh.

Page 6: Sembelihan Mengikut Syara

Sembelihan idhtirariyyah

Page 7: Sembelihan Mengikut Syara

Dua Bentuk Ikhtiyariyyah

• 1) Al-Nahr :

Sembelihan dengan memotong di anggota badan bahagian paling bawah leher

haiwan berdekatan dengan dada dengan memutuskan halkum, mari’ dan

wajdain. Biasa dilakukan pada haiwan berdiri dengan satu kakinya diikat.

Contoh: Unta.

Page 8: Sembelihan Mengikut Syara

Al-Nahr

Page 9: Sembelihan Mengikut Syara

Dua Jenis Ikhtiyariyyah

• 2) Al-Zabh :

Sembelihan dengan memotong di anggota badan bahagian paling atas leher

berdekatan dengan kepala dengan memutuskan halkum, mari’ dan wajdain.

Contoh: Lembu, kambing dan ayam.

Page 10: Sembelihan Mengikut Syara

Al-Zabh

Page 11: Sembelihan Mengikut Syara

Menghalalkan daging haiwan

Page 12: Sembelihan Mengikut Syara

Jenis Sembelihan

1. Sembelihan biasa (sembelihan harian)

2. Sembelihan wajib dam (dalam ibadah haji)

3. Sembelihan wajib nazar (janji melakukan ibadah)

4. Sembelihan sunat qurban (hari tasyrik musim haji)

5. Sembelihan sunat aqiqah (kelahiran anak)

Page 13: Sembelihan Mengikut Syara

Dalil Sembelihan

نز • مت عليكم ٱلميتة وٱلدم ولحم ٱلخ بهۦ و حر ل لغير ٱلل قوذة ٱلمنخنقة وٱلمو ير وما أهيحة وما أكل ٱلسبع إ ية وٱلنط ذكيتم ال ما وٱلمترد

• Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah(yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakanbinatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”(Surah Al-Ma’idah 5:3)

Page 14: Sembelihan Mengikut Syara

Syarat-syarat Sah Sembelihan

• Penyembelih adalah orang Islam

• Hendaklah dengan niat sembelihan.

• Putus halkum (saluran pernafasan) dan urat mari’ (saluran makanan)

• Alat sembelihan terdiri daripada benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.

• Haiwan yang halal dimakan.

• Haiwan itu masih hidup.

• Haiwan mati dengan sekali sembelihan saja.

• Tujuan sembelihan kerana Allah bukan dengan tujuan yang lain.

• Tidak dalam ihram haji atau umrah bagi binatang buruan.

Page 15: Sembelihan Mengikut Syara

Rukun Sembelihan

1. Penyembelih (Islam, ahli kitab, berakal, tidak dalam ihram)

2. Haiwan yang disembelih (Haiwan darat yang halal)

3. Alat sembelihan (tajam dan boleh melukakan serta bukan daripada gigi,

tulang atau kuku)

4. Tempat yang disembelih (memutuskan halkum dan mari’, atau mana-mana

bahagian)

Page 16: Sembelihan Mengikut Syara

Sunat Sembelihan

• Membaca “Bismillah Allahu Akbar” semasa menyembelih

• Menghadapkan haiwan ke arah kiblat.

• Dibaringkan binatang itu diatas rusuk kirinya.

• Menggunakan pisau yang benar-benar tajam supaya kurang sakitnya.

• Memutuskan pembuluh darah (wajdain) di kiri dan kanan leher supaya haiwan segera mati.

• Menyembelih dengan segera, pantas dan cepat.

• Tidak sehingga terputus leher haiwan.

• Tidak dilapah kulit haiwan kecuali setelah ia benar-benar mati.

Page 17: Sembelihan Mengikut Syara

Makruh Sembelihan

• Alat sembelihan diasah di hadapan mata haiwan yang hendak disembelih

• Menyembelih sehingga terputus leher haiwan

• Membiarkan haiwan-haiwan yang telah disembelih berlumuran darah di

hadapan haiwan lain yang belum disembelih

• Menggunakan pisau yang tumpul sehingga menyakitkan haiwan

Page 18: Sembelihan Mengikut Syara

Beri Perhatian!

1. Setelah melakukan sembelihan pertama, pasti terdapat darah yang berbaki

di pisau sembelihan. Darah merupakan najis. Maka, pisau hendaklah

dibersihkan terlebih dahulu setaip kali memulakan sembelihan ke atas

haiwan lain.

2. Berada dalam jarak yang sesuai agar darah tidak terperecik pada baju.

3. Berada dalam jarak yang selamat agar pisau sembelihan tidak mencederakan

sesiapa dan haiwan yang telah disembelih dapat diletakkan di tempat yang

sesuai.

Page 19: Sembelihan Mengikut Syara

Sembelihan Ayam

Page 20: Sembelihan Mengikut Syara

Tempat Sembelihan

Page 21: Sembelihan Mengikut Syara

Tempat Sembelihan

Page 22: Sembelihan Mengikut Syara

Contoh praktikal sembelihan ayam

Page 23: Sembelihan Mengikut Syara

Contoh praktikal sembelihan ayam

Page 24: Sembelihan Mengikut Syara

Ayam yang sempurna sembelihan

Page 25: Sembelihan Mengikut Syara

Ayam yang tidak sempurna sembelihan (bangkai)

Page 26: Sembelihan Mengikut Syara

Ayam yang tidak sempurna sembelihan (bangkai)

Page 27: Sembelihan Mengikut Syara
Page 28: Sembelihan Mengikut Syara

Kesimpulan

• Amalan sembelihan merupakan salah satu bentuk ibadah dan bukti perhambaanseorang manusia kepada Allah.

• Kita hendaklah mengelokkan sembelihan agar tidak menzalimi haiwan.

• Haiwan yang halal, disembelih dengan sempurna, memenuhi sunat sembelihanmenjadikan daging haiwan halal dan baik. Itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia.

• Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang telah kami rezekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamuberiman kepada-Nya”

Page 29: Sembelihan Mengikut Syara

Sekian…

Disediakan oleh:

Hamizan bin Abdul Karim

Bandar Baru Bangi,

19 Dzulhijjah 1435H.