seminar antarabangsa sains dan teknologi alam … · masalah pengesanan dan capaian bahan...
TRANSCRIPT
SEMINAR ANTARABANGSA
SAINS DAN TEKNOLOGI
ALAM MELAYU (SALAM 2)
Anjuran :
Universitas YARSI dan Institut Alam dan Tamadun
Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
12-14 Disember 2012, Universitas Yarsi,
Jakarta, Indonesia
Pangkalan Data ATMA (PADAT) dalam
portal malaycivilization.ukm.my:
kerelevanannya dalam penyelidikan Sains
& Teknologi alam Melayu
Zawiyah Baba & Suhaini Md. Noor Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
Bertujuan menunjukkan bagaimana
Pangkalan Data ATMA atau PADAT boleh
dimanfaatkan untuk penyelidikan ins dan
teknologi (S&T)
Contoh penyelidikan dalam bidang
psikologi dan arkeologi dijalankan untuk
menunjukkan kaedah penggunaan dan
keupayaan pangkalan data.
LATARBELAKANG PADAT
Masalah pengesanan dan capaian bahan penyelidikan dalam
bidang pengajian Melayu merupakan isu dan cabaran utama.
Lokasi yang berjauhan dan peraturan akses bahan
penyelidikan menjadi kekangan kepada para penyelidik.
Pangkalan data PADAT dibina sebagai pangkalan data
bibliografi disebabkan masalah hak cipta dan harta intelek.
Disokong oleh koleksi cetak bagi setiap entri artikel untuk
rujukan penyelidik.
Diakses melalui portal malaycivilization.com (2005)
Penambaikan portal ( 2009-2011)
Peningkatan dan penambahbaikan dalam
aspek teknikal dan tambahan kandungan
dibawah projek Roll-out.
Nama portal ditukar kepada
malaycivilization.ukm.my
Akses kepada bahan koleksi PADAT
menjadi lebih mudah, cepat dan
komprehensif melalui enjin carian lanjut
(advanced search)
CARTA ALIRAN CARIAN LANJUT
. Pilih kategori carian iaitu judul, pengarang, kata kunci, no. Aksesion atau
sumber.
Pilih Pangkalan Data PADAT, seterusnya memilih ikon koleksi buku dan artikel
Klik pada carian lanjut (advanced search) di atas sebelah kanan pangkalan data.
Klik ikon pangkalan data PADAT di menu navigator kiri portal
Pengguna log in sebagai pengguna
(samb) CARTA ALIR CARIAN LANJUT
Nombor aksesion artikel dikenalpasti untuk memohon mendapatkan salinan teks penuh artikel berkenaan dari ATMA
Maklumat lanjut tentang pengesanan sesuatu teks dapat dipapar menerusi ikon details yang disediakan di tepi sebelah kanan tajuk artikel.
Jumlah artikel yang mempunyai kata kunci atau tajuk yang berkaitan dengan carian akan dinyatakan di atas sebelah kanan paparan hasil carian.
Hasil carian tepat atau tajuk artikel yang mempunyai kata kunci yang tepat akan secara automatik diwarnakan kuning.
Sebagai pangkalan data bibliografi, koleksi teks penuh setiap artikel boleh dikesan dan diperolehi di ATMA.
Untuk carian tepat bagi kata kunci tertentu, pengguna boleh memilih untuk menekan ikon exact search.
Paparan Ilustrasi Langkah Carian
Paparan Ilustrasi Langkah Carian
(samb)
Paparan Ilustrasi Langkah Carian
(samb)
Contoh Carian Lanjut : Etnobotani
KOLEKSI ARTIKEL BIDANG SAINS &
TEKNOLOGI DALAM PORTAL
Bil Sub Bidang Jumlah Artikel
(Bahasa Melayu)
Jumlah Artikel
(Bahasa Inggeris)
1. Arkeologi 88 23
2. Psikologi 18 6
3. Etnobotani 8 3
4. Botani 1 1
5. Perubatan 38 21
6. Seni bina 42 69
7. Astronomi 1 2
8. Ilmu hisab/ Matematik 23 14
KOLEKSI ARTIKEL BIDANG SAINS &
TEKNOLOGI DALAM PORTAL (samb)
Bil Sub bidang Jumlah Artikel
(Bahasa Melayu)
Jumlah Artikel
(Bahasa Inggeris)
9. Farmasi/ubat-ubatan 4 -
10. Pengangkutan 10 6
11. Fizik 11 44
12. Kimia 7 2
13. Biologi 7 11
14. Zoologi 2 2
15. Haiwan 2 36
16. Tumbuhan 2 15
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Psikologi
Satu kajian literatur bertajuk 'Penilaian Aspek
Psikologi dalam Kalangan Wanita Melayu' dijalankan
dengan bersumberkan koleksi artikel dalam
pangkalan data PADAT.
Sebanyak 18 buah artikel berbahasa Melayu dan 6
artikel berbahasa Inggeris bidang psikologi telah
dikesan.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Psikologi
Bil Artikel Huraian
1. Asmah Bee Mohd Noor.
2002. Kecemerlangan
Tokoh Ahli Psikologi
Wanita Islam Malaysia Kini
(dalam Siti Saudah Haji
Hassan et. Al. 2002.
Ketokohan Wanita Islam :
Teladan & Cabaran. Bangi :
Jabatan Arab dan Tamadun
Islam, FPI UKM 2002) :
124-133
Bidang psikologi di Malaysia yang
baru berkembang pada 1960-an
seiring dengan peradaban
kehidupan manusia dan dikenali
sains kehidupan mental (william
James 1940). Artikel ini mengupas
latar belakang tokoh wanita dalam
bidang psikologi di Malaysia
antaranya Puan Hajjah Noraini
Ahmad. Aspek psikologi yang dikaji
ialah kejujuran, ketulenan,
perkongsian, empati dan
penerimaan tanpa syarat.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT Bidang psikologi
Bil Artikel Huraian
2. James Danandjaja. 1988.
Foklor Sebagai Bahan
Penelitian Antropologi
Psikologi. Jurnal SARI 1988 :
57-73.
Mengenengahkan pendekatan kajian foklor
dalam memahamai psikologi masyarakat.
Foklor adalah bahagian budaya yang
disampaikan turun temurun sama ada
melalui lisan atau tulisan yang
menggambarkan kepercayaan rakyat,
budaya hidup. Disampaikan dalam bahasa
rakyat, ungkapan tradisional, metos,
lagenda atau nyanyian rakyat. Pendekatan
Product Analysis digunakan dalam
penelitian psikologi menerusi foklor
tentang struktur peribadi, sifat-sifat emosi.
Thematic Analysis pula adalah metodologi
proses penelitian berkenaan lagenda
berkenaan personaliti yang dimiliki
pendukungnya.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Psikologi
Bil Artikel Huraian
3. Rahimah Sulong & Norata
Bahari. 1986. Kesan
Psikologikal Wanita
Mengandung bagi Kali
Pertama : Satu Kajian
Terhadap Wanita Melayu di
Terengganu. Jurnal Psikologi
Malaysia Bil. 2 : 63-82.
Artikel ini mengupas tentang kesan
psikologikal yang dialami oleh wanita
yang pertama kali mengandung. Kajian
yang dijalankan ke atas 85 orang
wanita Melayu di negeri Terengganu ini
mengupas tentang kebimbangan yang
dialami, kesan emosi, prestasi kerja
dan mood serta kesediaan menjadi
ibu. Kajian kuantitatif ini bertujuan
melihat kesan psikologi ibu
mengandung di kawasan bandar dan
luar bandar serta di kalangan ibu yang
bekerja dan tidak bekerja.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT Bidang Psikologi
Bil Artikel Huraian
4. ________. 1989. The Legend of
Mahsuri. National Archive. 1-9
Rencana tentang lagenda wanita melayu
yang difitnah sehingga membawa kepada
kematiannya. Mahsuri mati dengan
sumpahan kepada negeri Kedah selama 7
keturunan.
5. Wan Ibrahim Wan Soloh. 1965.
Mahsuri a Kedah Tragedy.
Malaysia in History No. 10 : 1
(April 1965) 16-20.
Mahsuri yang merupakan wanita
mengandung, isteri kepada seorang rakyat
Kedah, ditinggalkan suaminya untuk
urusan dagangan. Difitnah oleh seorang
lelaki sehingga ianya dihukum sula/mati.
Kematiannya yang atas dasar penganiyaan
menyebabkan Langkawi disumpah
menjadi padang jarak padang tekukur
selama 7 keturunan.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Psikologi
Bil Artikel Huraian
6. Ibrahim Ismail. 1971. Kedah
Dari Segi Sejarah. Kedah in
History No. 5 : 1 (Ogos
1971) 23-26, 27-31.
Sejarah Kedah yang turut
menyelitkan lagenda Mahsuri. Ianya
juga mengupas jalan cerita seorang
wanita yang cekal membela nasib
dirinya akibat difitnah. Kematiannya
membewa mala petaka kepada
negerinya iaitu Kedah. Langkawi
kononya disumpah hingga tujuh
keturunan.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI PADAT
Bidang Psikologi
Cadangan penyelidikan bertajuk “Penilaian Aspek Psikologi dalam Kalangan Wanita
Melayu” adalah contoh kajian yang mampu dikupas menerusi beberapa buah artikel
yang dihuraikan di atas. Aspek psikologi yang diukur diperolehi daripada artikel
berkaitan ketokohan wanita dalam bidang psikologi, antaranya ialah kejujuran,
ketulenan, perkongsian, empati dan penerimaan tanpa syarat.
Sebagai kajian kes, tokoh wanita yang dikaji pula ialah Mahsuri, lagenda dalam foklor
rakyat Melayu yang boleh diketengahkan sebagai sumber penelitian bidang psikologi.
Menerusi tiga artikel sejarah Negeri kedah yang terdapat dalam pangkalan data
PADAT, kisah lagenda mahsuri dan jalan ceritanya dapat difahami dengan mendalam.
Emosi dan perilaku Mahsuri difahami dan dihuraikan dengan sokongan artikel yang
menghurai tentang kesan psikologi wanita Melayu mengandung di mana mengalami
situasi yang selari dengan Mahsuri, peribadi wanita yang dikaji.
Justeru, kajian kes ini adalah salah satu contoh kajian yang dijalankan dengan
bersumberkan koleksi artikel dalam pangkalan data PADAT.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI PADAT
Bidang Arkeologi Sebanyak 88 artikel berbahasa melayu dan 23 artikel
berbahasa Inggeris dalam senarai bibliografi berkaitan
arkeologi dikesan menerusi pangkalan data PADAT.
Satu kajian literatur dijalankan ke atas koleksi artikel
berkaitan penyelidikan arkeologi di rantau alam Melayu.
Berkesinambungan daripada kajian-kajian arkeologi alam
Melayu masa kini antaranya kajian bertajuk Melayu di
Madagascar oleh Zuliskandar Ramli pada 2011, satu
cadangan kajian perbandingan dapat dijalankan
bersumberkan pangkalan data ini.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Arkeologi
Bil Artikel Huraian
1. Vinson H.S, Jr., Lucas C.
And David M. 1987.
Archaeology and
Anthropology in East
Malaysia and Brunei. Journal
of Southeast Asian Studies
Vol. XVIII, No. 2.
Kajian bandingan aspek arkeologi
dan antropologi dalam kalangan
masyarakat Sabah dan Sarawak
dengan Brunei. Aspek yang
menjadi kunci bandingan kajian ini
ialah kerja-kerja arkeologi,
linguistik, urbanisasi dan
Pengkayaan budaya, Sistem
Pengendalian tanah dan
penempatan masyarakat serta
agrikultur. Kajian arkeologi
bermula di Brunei dalam tahun
1951 hingga 1976 dengan
penerbitan Brunei Museum
Journal.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Arkeologi
Bil Artikel Huraian
2. Teguh Asmar. 1975.
Tinjauan Tentang
Arkeologi-Prasejarah
Daerah Jawa Barat.
Manusia Indonesia : Majalah
Penggali Budaya 1 & 2.
Kajian arkeologi sistematik dan
terarah di Jawa Barat bermula
sejak 1970-an di mana sejarah
masyarakat neolotik di Pantai
Utara Bahagian Barat, Bandung
dan Klapadua. Pengaruh sejarah
megalitik (zaman logam) di Bogor
dan Cirebon turut dirungkai. Ia
menyimpulkan lima tahap
kronologi pra sejarah Asia
Tenggara iaitu Lithic, Lignic,
Crystallistic, Extensionistic dan
Conflicting Empire.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Arkeologi
Bil Artikel Huraian
3. Santoso Soegondho. 1980.
Penelitian Aekeologi Maluku
Utara. Indonesian Journal of
Cultural Studies Vol 8, No. 3.
Penyelidikan arkeologi di Maluku
bermula pada tahun 1978 meliputi
penelitian prasejarah dan arkeologi
Islam. Penelitian prasejerah yang
mencakup aspek budaya, alat
kehidupan dan fisik manusia dihurai
secara terperinci sehingga terakam
kependudukan masyarakat neolitik.
Manakala arkeologi Islam yang
menemukan bahan epigrafi pada batu,
logam dan kayu, naskah kuno, inskripsi,
makam kuno dan pola kota kerajaan
dihuraikan bagi memperlihat kesan
Islamologi dan dan kesusuasteraan
Islam.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI
PADAT
Bidang Psikologi
Bil Artikel Huraian
5. Mohd. Kamaruzaman A.
Rahman. 1990. Arkeologi di
Selatan Thailand. Jurnal Arkeologi
Malaysia, Vol 3.
Kajian arkeologi di tapak-tapak yang
dilawati menjumpai penempatan
masyarakat paleolitik dan neolitik.
Jumpaan manik di Bukit Manik atau
Klong Thom menjawab hipotesis ianya
adalah tapak entrepot purba atau pusat
membuat manik pada zaman neolitik
akhir.
UJIAN KEUPAYAAN KOLEKSI PADAT
Bidang Arkeologi
Berdasarkan contoh huraian artikel arkeologi yang terdapat dalam
pangkalan data bibliografi PADAT, dapat dicadangkan kajian perbandingan
penyelidikan arkeologi di alam Melayu.
Sebagai contoh, kajian arkeologi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand
dan Filipina dapat dibandingkan menerusi aspek penempatan, teknologi
pemburuan, penangkapan ikan, pengangkutan maritim dan lain-lain.
Hubungkait hubungan perdagangan yang berlangsung seawal hujung zaman
neolitik yang dikesan di Filipina, Thailand dan Indonesia seharusnya dikaji
dengan lebih mendalam bersumberkan artikel berkaitan yang boleh
diakses menerusi pangkalan data PADAT.
ISU & MASALAH
•Tambahan bahan penyelidikan perlu berterusan dan
khidmat pembantu penyelidikan diperlukan;
•Ketersediaan teks penuh bahan koleksi PADAT
dalam bentuk digital menghadapi kekangan hak cipta
dan harta intelek;
•Penyenggaraan koleksi bercetak PADAT yang
semakin bertambah dan kini melebihi 50,000 artikel
tidak mampu diurus oleh penyelidik ATMA
• Pegawai IT diperlukan bagi menangani masalah
teknikal portal malaycivilization.ukm.my yang timbul
dari masa kesemasa.
SYOR
Kandungan S&T PADAT dalam bentuk digital ditambah secara
berterusan dengan memudahkan penyelidik menyumbang hasil
penulisan mereka khususnya ATMA, UKM serta institusi dalam dan
luar negara.
ATMA bergabung usaha dengan perpustakaan dan institusi
penyelidikan yang mempunyai kepentingan dalam pengajian Melayu
dibuat untuk mengatasi masalah dan kekangan undang-undang hak
cipta dan harta intelek agar capaian kepada bahan pengajian Melayu
lebih mudah dan cepat.
Koleksi bercetak PADAT diserahkan kepada Perpustakaan ATMA
dan UKM untuk pengurusan penyelenggaraan dan perkhidmatan
rujukan dan salinan oleh penyelidik.
RUJUKAN
________. 1989. The Legend of Mahsuri. National Archieve. 1-9
Asmah Bee Mohd Noor. 2002. Kecemerlangan Tokoh Ahli Psikologi Wanita
Islam Malaysia Kini (dalam Siti Saudah Haji Hassan et. Al. 2002.
Ketokohan Wanita Islam : Teladan & Cabaran. Bangi : Jabatan Arab
dan Tamadun Islam, FPI UKM 2002) : 124-133
Elisabeth A. Bacus. 2004. The Archeology of The Philippine Archipelago. Ian
Glover & Peter Bellwood. Southeast Asia : From Prehistory to history.
Abingdon : Routledge – Curzon.
Ibrahim Ismail. 1971. Kedah Dari Segi Sejarah. Kedah in History No. 5 : 1
(Ogos 1971) 23-26, 27-31.
James Danandjaja. 1988. Foklor Sebagai Bahan Penelitian Antropologi
Psikologi. Jurnal SARI 1988 : 57-73.
Mohd. Kamaruzaman A. Rahman. 1990. Arkeologi di Selatan Thailand. Jurnal
Arkeologi Malaysia, Vol 3.
RUJUKAN
Rahimah Sulong & Norata Bahari. 1986. Kesan Psikologikal Wanita
Mengandung bagi Kali Pertama : Satu Kajian Terhadap Wanita Melayu
di Terengganu. Jurnal Psikologi Malaysia Bil. 2 : 63-82.
Santoso Soegondho. 1980. Penelitian Aekeologi Maluku Utara. Indonesian
Journal of Cultural Studies Vol 8, No. 3.
Teguh Asmar. 1975. Tinjauan Tentang Arkeologi-Prasejarah Daerah Jawa
Barat. Manusia Indonesia : Majalah Penggali Budaya 1 & 2.
Vinson H.S, Jr., Lucas C. And David M. 1987. Archaeology and
Anthropology in East Malaysia and Brunei. Journal of Southeast Asian
Studies Vol. XVIII, No. 2.
Wan Ibrahim Wan Soloh. 1965. Mahsuri a Kedah Tragedy. Malaysia in
History No. 10 : 1 (April 1965) 16-20.