seminar r&d 2014 · simulasi, teknologi perubatan nuklear, fizik nuklear, ... plant mutation...

5
SEMINAR R&D 2014 Bangi - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di bawah KementerianSains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Seminar R&D 2014 yang merupakan program dua tahun sekali yang telah dimulakan sejak tahun 2000. Majlis Perasmian Seminar R&D tersebut telah di sempurnakan olehYBhg.Dato’ Dr. Mohd. Azhar Bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasipada 14 Oktober 2014 di DewanTun Dr. Ismail, Agensi Nuklear Malaysia. Seminar R&D 2014 yang diadakan pada 14-16 Oktober 2014 ini merupakan platform pengkongsian ilmu dengan penglibatan ahli-ahli penyelidik dan warga kerja di Nuklear Malaysia kearah memperkukuh program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan aktiviti lain dalam kitaran R&D di agensi ini.

Upload: lythuy

Post on 10-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMINAR R&D 2014

Bangi - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di bawah KementerianSains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Seminar R&D 2014 yang

merupakan program dua tahun sekali yang telah dimulakan sejak tahun 2000.

Majlis Perasmian Seminar R&D tersebut telah di sempurnakan olehYBhg.Dato’ Dr.

Mohd. Azhar Bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasipada 14 Oktober 2014 di DewanTun Dr. Ismail, Agensi Nuklear

Malaysia.

Seminar R&D 2014 yang diadakan pada 14-16 Oktober 2014 ini merupakan platform

pengkongsian ilmu dengan penglibatan ahli-ahli penyelidik dan warga kerja di Nuklear

Malaysia kearah memperkukuh program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan

aktiviti lain dalam kitaran R&D di agensi ini.

Tema Seminar R&D 2014 ialah R&D dan pengkomersilan. Ini adalah bersempena

dengan Tahun 2014 sebagai Tahun Pengkomersilan (MCY 2014) oleh MOSTI. Proses

penyelidikan harus diteruskan sehingga menghasilkan inovasi yang boleh dikomersilkan

dan ini memerlukan kerjasama daripada, para penyelidik, usahawan technopreneur

yang berteraskan inovasi, syarikat-syarikat yang proaktif mengkomersilkan hasil R&D

dan agensi kerajaan yang mesra-inovasi. Ia memerlukan komitmen, usaha yang lebih

proaktif dengan pelbagai dasar yang lebih mesra-saintis dan mesra-inovasi.

Sebanyak 102 kertas kerja dan 40 poster dibentangkan yang melibatkan 400 kumpulan

penyelidik daripada Agensi Nuklear Malaysia. Topik yang dibentangkan melibatkan

teknologi reaktor, pengurusan alam sekitar, bioteknologi, aplikasi sinaran, Pengurusan

dan pembangunan organisasi, intrumentasi nuklear, teknologi maklumat/perisian dan

simulasi, teknologi perubatan nuklear, fizik nuklear, keselamatan sinaran dan aplikasi

sinaran.

Sempena perasmian seminar R&D ini juga, seramai tujuh orang pegawai Agensi

Nuklear Malaysia telah di beri penghargaan atas kejayaan mereka yang telah

dinobatkan sebagai penerima IAEA Superior and Outstanding Achievement Awards in

Plant Mutation Breeding pada Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA) kali ke 58. Penerima tersebut ialah Dr. Rusli Bin Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Bin

Harun, Dr. Zaiton Binti Ahmad, Cik.Affrida Binti Abu Hassan, Puan Sakinah Binti Ariffin,

Puan Sakinah Binti Salleh danEncik Suhaimi Bin Shamsudin.

YBhg.Dato’ Dr. Mohd. Azhar Bin Haji Yahya, TimbalanKetuaSetiausaha (Dasar),

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Anugerah ini merupakan tanda

pengiktirafan Agensi Tenaga Atom Antarabngsa (IAEA) kepada pasukan penyelidik

Nuklear Malaysia di atas pencapaian cemerlang di bidang biak baka mutasi tumbuhan

di Malaysia dan Asia Pasifik. Anugerah ini telah disampaian oleh Encik Aldo Malavasi,

Timbalan Pengarah Aplikasi Nuklear di IAEA kepadaY.Bhg.Datuk Seri Dr. Noorul

Ainnur Binti Mohd Nur, Ketua Setiausaha MOSTI semasa ulang tahun bersama FAO

dan IAEA Division of Nuclear Techniques in Food and Agriculture yang ke 50 di Vienna

baru-baru ini.

Penghargaan ini merupakan simbol kejayaan dan pengiktirafan badan antarabangsa

IAEA kepada Malaysia dan Nuklear Malaysia khususnya di atas sumbangan yang amat

membanggakan dalam meningkatkan keselamatan makanan menggunakan sinaran.

Sebanyak 33 variasi mutan tanaman telah dihasilkan di Malaysia melalui kolaborasi

pakar yang diketuai oleh Dr. Rusli Bin Ibrahim. Antara variasi mutan tanaman yang

dihasilkan ialah beras, pisang, kacang serta tanaman hiasan seperti bunga orkid dan

kekwa.

Selain itu, anugerah ini juga merupakan pengiktirafan kepada Nuklear Malaysia di atas

pembinaan Rumah Hijau Gamma bagi penyinaran kronik sampel pertanian yang telah

banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti selain menjadi Pusat Sehenti

Penyinaran di Peringkat Tempatan dan Antarabangsa.

Diharap program Seminar R&D 2014 ini dapat meningkatkan lagi penguasaan di dalam

bidang sains dan teknologi khususnya teknologi nuclear serta mampu menjadi

pelengkap kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran serta menyebar luas

maklumat teknikal secara berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan

perkembangan ilmu teknologi nuklear di Malaysia.