sentral n15 grand saga, pibg derma pendingin hawa · 2014-01-20 · ma kasih kepada grand saga dan...
TRANSCRIPT
Oleh Sarah [email protected]
HULU LANGAT: Sekolah Ke bangsaan (SK) Bukit Raya mene
rima bantuan tiga pendingin hawa bernilai RM4,500 untuk kelas kabin sekolah itu di sini, barubaru ini.
Projek Bantuan Persekolahan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) memberi bantuan dua pendingin hawa, manakala satu oleh Per satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bunga Raya.
Bantuan pendingin hawa itu dapat memberi keselesaan kepada 50 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah berkenaan.
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Hal Ehwal Korporat Grand Saga, Mustapha Kamal Kamaruddin, berkata aktiviti tang gungjawab sosial kepada sekolah terpilih di sekitar kawasan konsesi Lebuhraya Grand Saga itu bermula sejak 2009.
“Kita berharap dengan sumbangan pendingin hawa ini, suasana bilik darjah kabin akan menjadi
lebih selesa kepada pelajar integrasi khas terutama ketika cuaca panas,” katanya ketika majlis penyerahan bantuan berkenaan di SK Bunga Raya, barubaru ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DUN Dusun Tua, Ismail Sani dan Guru Besar SK Bunga Raya, Khadijah Nawawi.
Khadijah berkata, cuaca panas
dan kering menyebabkan kabin men jadi panas sehingga menyebab kan ada pelajar mengalami mas alah kegatalan dan alahan ku lit sekali gus menyebabkan hi lang fokus
un tuk belajar.“Sumbangan pendingin hawa ini
memang kita nantikan dan berterima kasih kepada Grand Saga dan PIBG SK Bunga Raya kerana prihatin kepada masalah yang dihadapi pelajar,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada pelajar khas integrasi, Sapartan Bibi Sowlef Ali, 40, berkata beliau berharap selepas ini prestasi pembelajaran anaknya, Ahmad Zahid Ahmad Zain, 13, akan meningkat selari dengan keselesaan kemudahan yang disediakan.
N15Selasa29 Mei 2012 SENTRAL
Komuniti
Grand Saga, PIBG derma pendingin hawaSK Bukit Raya terima tiga kemudahan beri keselesaan kepada 50 pelajar Program Pendidikan Khas Integriti
Kita berharap dengan sumbangan pendingin hawa ini, suasana bilik kabin akan menjadi lebih selesa kepada pelajar integrasi khas terutama ketika cuaca panas
Mustapha Kamal Kamaruddin
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Hal
Ehwal Korporat Grand Saga
SAIRIEN NAFIS | BERITA HARIAN
MUSTAPHA (kanan) menyampaikan alat pendingin hawa kepada Khadijah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Ismail di SK Bukit Raya, Hulu Langat.
Visit these myNEWS.com and get yourmystery gift when you purchase any
of NSTP publications
Promotion period:
29 May 2012 until 13 June 2012
myNEWS.com Midvalley 1 myNEWS.com Bangsar Shopping Centre myNEWS.com
Resco Mutiara Damansara myNEWS.com Giant Batu Caves myNEWS.com Carrefour Subang
myNEWS.com KLCC Magbit Jaya Jusco Maluri myNEWS.com Teco Ampang myNEWS.com
Pavilion myNEWS.com Sunway Pyramid Newsplus Giant Kota Damansara myNEWS.com Jaya
Jusco Alpha Angel myNEWS.com Skypark Subang Airport myNEWS.com KL Sentral
myNEWS.com Institut Jantung Negara myNEWS.com 1Utama (Level 2)
??