seorang ahli akademik

2
Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyk lagi potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung kepada modal insannya.

Upload: sitiharijah

Post on 20-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

chill

TRANSCRIPT

  • Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyk lagi potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung kepada modal insannya.

  • Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.