sepak minang - oranghebat.com
TRANSCRIPT
SEPAK MINANG
Hasil Karya
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
i
SEPAK MINANG Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions
No 11, Tingkat 2, Jalan Dewangsa 31000 Batu Gajah, Perak
Malaysia Penyusun : Mohammad Nizar bin Mat Nor : Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Rekabentuk Kulit : Aiman Nizar No. ISBN : 978-967-2033-00-4 Hak Cipta Terpelihara © Mohd Rauhi Mohd Isa
Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan
kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat
kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
ii
Kandungan Muka Surat
Kandungan ii Prakata Pengarang v Kenapa Sepak Minang? vii Prakata Penyusun viii Keistimewaan Silat Cekak 1 Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 6 Disebalik Falsafah Berdiri Lurus 11 Ringkas dan Mudah 16 Seni 20 Konsep Gerak 27 Falsafah 37 Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah 42
Konsep Kaedah 43 Strategi Mengajar Kaedah 43
Hormati Kebolehan Penuntut 44 Kawal Diri Semasa Pengajaran 45 Tingkatkan Mutu Pengajaran 47 Tumpuan Mata 49 Bentuk Pengajaran 50 Proses Menyampaikan Pelajaran 51 Kaedah Pengajaran 54 Fahaman Songsang 57 Kesimpulan Pelajaran Kaedah 58
Pelajaran Buah Jatuh
Fahaman Saya Pada Buah Yang Ada 65 Keputusan 68 Buah Pertama 75 Gayung Fatani / Petani 76 Sendeng Atas 80 Kilas Belakang 83 Kilas Depan 85 Kidung Kiri 87 Kuntau Jatuh 90 Kuntau Kiri 92 Kuntau Kiri Gantung 95 Kuntau Kanan Gantung 98 Buah Hentak 103 Buah Ali Patah Atas 107 Buah Ali Patah Sudah 112 Buah Selendang 117 Buah Gari 120
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
iii
Buah Paras 125 Keputusan Pasung Kemanga 150 Keputusan Terlak 155 Keputusan Lintau 140 Buah Hempok 144 Kesimpulan Buah Jatuh 149
Pelajaran Potong
Buah Potong 164 Prinsip Buah Potong 169 Mengajar Buah Potong 174 Potong Buah Pertama 177 Potong Gayung Patani 181 Potong Sendeng Atas 183 Potong Kilas Belakang / Ali Patah Atas / Ali Patah Sudah 186 Potong Kilas Depan 189 Potong Kidung Kiri 192 Potong Kuntau Jatuh 196 Potong Kuntau Kiri / Kuntau Kiri Gantung / Kuntau Kanan Gantung / Ali Patah Sudah 201 Potong Hentak 205 Potong Selendang 207 Potong Gari / Ali Patah Sudah 211 Potong Paras 212 Potong Pasung Kemanga 216 Potong Terlak dan Lintau 219 Potong Hempok 224
Penamat
Penamat 232 Menyerang 240
Pelajaran kemahiran
Kemahiran Buah Jatuh 256 Kemahiran Buah Potong 270 Latihan Serang dan Buah Umum 277 Kesimpulan Pelajaran Kemahiran 290
Pengendalian Kelas
Pengendalian Kelas Latihan 300 Mudahnya Belajar Silat Cekak 304 Istimewa Penuntut Pertama 309 Konsep Bersalam 313 Peranan Penyelia dan Jurulatih 317
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
iv
Kejurulatihan
Gelagat Kita Dalam Kelas 324 Sikap Saya Sebagai Jurulatih 329
Artikel Umum (2007-2010)
Papan Sekeping 353 Uniform Silat 357 Kebenaran Silat Cekak 364 Antara Kaedah Menyingkap Rahsia Cekak 377 Buat Jadi Hebat 382 Fahaman Apa? 394 Kesungguhan 399 Membina Keyakinan 406 Bertangguh Jawapan 411 Suasana 416
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
v
PRAKATA PENGARANG
“Ustaz, selagi bergerak dua tangan dan dua kaki, saya akan
terus berjuang dalam Silat Cekak”
Demikianlah ikrar tulus dan setia yang menjadi nadi kepada
kesungguhan diri untuk mengembangkan Silat Cekak selagi saya
terdaya. Satu ikrar tulus yang menghasilkan kreativiti dan inovasi
dalam mencari pendekatan terkini, sesuai dengan kehendak semasa,
demi memastikan segala pengalaman dan pengalamian saya
sepanjang berkecimpung dalam Silat Cekak, dapat dikongsi
bersama.
Tidak dapat dinafikan bahawa bahan bacaan ilmiah yang berkaitan
dengan Silat Cekak adalah amat terhad bilangannya. Jika ada
sekalipun, isi kandungannya lebih tertumpu kepada persoalan yang
tidak menyentuh pada maklumat yang amat diperlukan oleh para ahli
yang belajar iaitu bab persilatan itu sendiri. Akibatnya, bukan sedikit
ahli Silat Cekak yang kurang mengenali dan memahami falsafah dan
kefahaman silat yang dipelajari. Hendak dapat maklumat dari
Jurulatih, jawapan yang diterima, “Belajar dulu sampai habis”. Letih.
Blog Sepak Minang terhasil dari keinginan untuk melihat generasi
baru Silat Cekak, mempunyai satu rujukan yang bersumberkan kisah
dan pengalaman. Ia bukan cerita dongeng. Setiap yang disampaikan
adalah satu kebenaran yang pernah dialami oleh saya sendiri ketika
bersama-sama dengan Ustaz. Saya cuma mengolah kembali, segala
yang dialami melalui pendekatan penulisan kreatif yang menyentuh
persoalan persilatan dan isi kefahamannya. Saya serahkan kepada
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
vi
keterbukaan para pembaca untuk menilai, mengkaji dan menerima
setiap yang dipersembahkan.
Konsep penulisan yang saya gunakan adalah bersandarkan kepada
“IT” atau Ikut Terlintas. Oleh yang demikian saya tidak menghadkan
isi kandungan penulisan kepada sebarang tajuk. Apa sahaja yang
terlintas dalam kepala, itulah yang menjadi tajuk cerita. Melalui
pendekatan ini, saya bebas untuk menterjemahkan segala
kefahaman dan pengalaman mengikut olahan dan gaya bahasa
bersahaja. Hal yang demikian akan lebih mudah difahami pembaca.
Cuma adalah di sana sini, saya petik itu dan ini, buat seloka
penghibur hati.
Saya tidak pelik atau tidak ambil kisah jika ramai pembaca menolak
pendapat yang saya utarakan dalam Sepak Minang. Kebenaran
penulisan ini adalah hakiki buat diri saya. Inilah pengajaran dan
kefahaman yang saya terima. Inilah juga warisan yang saya
semaikan kepada pelajar-pelajar asuhan saya sejak berpuluh tahun.
Inilah juga merupakan bukti kejayaan saya menunaikan ikrar tulus
saya pada Allahyarham Ustaz Hanafi.
Selamat membaca.
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
vii
KENAPA SEPAK MINANG?
Idea untuk menggunakan “Sepak Minang” sebagai nama blog adalah
diilhamkan melalui peristiwa luar jangka yang telah merosakkan
perkembangan Silat Cekak yang disayangi. Sinonim dengan
pergerakan sepakan Sepak Minang itu sendiri, sememangnya sukar
dijangka dan seandainya tidak berhati-hati maka penyawa kita
menjadi sasaran. Sedangkan penyawa adalah “makam kejantanan”
seorang lelaki. Andai terusik penyawa@jantannya, maka bangunlah
kita melawan.
Sepak Minang juga diilhamkan agar dapat menyedarkan semua
pengamal Silat Cekak yang tulus, untuk terus mempertahan
perjuangan yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi. Segala peristiwa dan
pergolakan yang berlaku adalah seumpama satu sepakan
terhadap para pendokong Silat Cekak. Sehubungan itu adalah wajar
bagi ahli yang sayangkan ilmu tinggalan Ustaz Hanafi, bertindak
mematahkan serangan tersebut supaya perkembangan Silat Cekak
serta KEASLIANNYA dapat terus dipertahankan oleh generasi akan
datang!!!
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
viii
PRAKATA PENYUSUN
Pihak kami telah mengikuti setiap topik yang ditulis di laman Blog
Sepak Minang sejak dari keluaran yang pertama pada tahun 2006.
Dato’ Mohd Rauhi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rauhi,
telah berjaya membuka satu ruang baru dalam konteks penyebaran
keilmuan dan kefahaman Silat Cekak. Generasi terkini lebih mudah
didekati melalui laman blog. Dengan menggunakan pendekatan
penulisan santai dan bersahaja, Cikgu telah mengolah setiap
pandangan, isi hati, kefahaman dan pegangan beliau sepanjang
penglibatan dalam Silat Cekak, untuk tatapan dan bacaan umum.
Setiap tajuk yang diketengahkan banyak menyentuh isu semasa
persilatan dan pengalaman beliau dalam aktiviti persilatan dan
persatuan. Sehubungan itu para pembaca wajar meletakkan
kerelevanan masa berlakunya peristiwa tersebut dengan keseluruhan
isi tajuk perbincangan.
Menyedari akan kepentingan perlunya ada satu sumber rujukan
bertulis mengenai Seni Silat Cekak, maka satu Jawatankuasa Khas
telah ditubuhkan yang terdiri daripada anak-anak didik Cikgu Rauhi
sendiri. Proses mengumpul dan menyusun semula artikel-artikel
Sepak Minang telah bermula sebaik sahaja pihak kami mendapat
kebenaran daripada Cikgu. Dari ratusan tajuk yang disenaraikan,
tajuk yang berfokuskan kepada pelajaran dan kefahaman Silat Cekak
menurut pengalaman dan perspektif beliau, telah diberi keutamaan.
Dalam pada itu pihak kami (dengan persetujuan Cikgu) telah
memasukkan satu artikel bertajuk: Falsafah, Konsep dan Prinsip
Kaedah yang dipetik dari Blog Seni Gedang (2015) ke dalam buku ini,
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
ix
bagi memperkemaskan huraian dan penerangan berhubung
pelajaran kaedah.
Apa yang penting ialah, di sebalik pedas dan pahit manis kaedah
penyampaian, carilah dan kutiplah perkongsian ilmu yang boleh
memanfaatkan diri. Berilah ruang kepada diri untuk menilai dan
mengkaji kebenaran yang disampaikan. Berilah kesempatan untuk
diri menggaris sempadan baru kehidupan, melalui pengalaman susah
senang dan jerit perih seorang insan dalam dunia persilatan.
Insyaallah apa yang dipersembahkan akan memberi kebaikan
kepada setiap pembaca.
Di kesempatan ini, pihak kami mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Rauhi atas segala
usaha yang telah beliau lakukan. Sewajarnya pendekatan beliau ini
menjadi satu contoh harta intelek buat tatapan generasi persilatan
akan datang, yang mentintakan sejarah dan pengalaman, buat
tatapan umum zaman berzaman.
Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
sahabat dan rakan seperjuangan yang turut terlibat secara langsung
dan tidak langsung menyumbang kepada usaha pengumpulan artikel-
artikel dalam Sepak Minang. Sesungguhnya perkongsian idea,
pengorbanan masa dan curahan tenaga yang telah anda berikan,
dalam merealisasikan usaha murni membukukan “Sepak Minang”
adalah bukti yang akan menjadi nisan kepada satu perjuangan. Amin
Ya Rabbal Alamin.
Sekian
Jawatankuasa Penyusun
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
x
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
(DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT)
Sepak Minang Kandungan dan Prakata
xi
Buah Keputusan Lintau yang dilakukan oleh Ustaz Hanafi
Sepak Minang Keistimewaan Silat Cekak
1
KEISTIMEWAAN SILAT CEKAK
Sebut sahaja Silat Cekak maka tergambar betapa hebatnya
Silat Cekak yang telah dizahirkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi,
dan tentunya bukan dizahirkan oleh masyarakat. Kehebatan Silat
Cekak adalah kerana silat ini mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Sudah semestinyalah perbezaan antara sesuatu yang
biasa dengan sesuatu yang luar kebiasaan adalah kerana
keluarbiasaannya.
Keistimewaan ini adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan
dalam konteks persilatan Melayu. Oleh itu, perkara yang menjadi
keistimewaan ini perlu dijaga, disemai dan disebarkan di kalangan
ahli silat bagi menjamin kehebatan Silat Cekak terus berkekalan dan
dipandang tinggi di sisi masyarakat. Usaha-usaha ini memerlukan
sifat luar dari kebiasaan atau dikenali sebagai extra-ordinary. Hal ini
demikian, sebarang usaha yang bersifat luar biasa ini atau extra-
ordinary akan menghasilkan pencapaian yang juga bersifat extra-
ordinary.
Dari aspek fizikal silat, terlalu banyak keistimewaannya yang
merupakan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Dalam artikel yang
terdahulu, banyak aspek yang telah dibincangkan. Keistimewaan ini
termasuklah cara Silat Cekak menunggu serangan, cara Silat Cekak
dipersembahkan dan pelbagai lagi. Ahli-ahli silat perlu memahami
falsafah, konsep dan prinsip setiap satu pergerakan dalam Silat
Cekak. Penguasaan falsafah, konsep dan prinsip ini akan
memudahkan kita membicarakan erti isi dan kulit, senjata dan sarung
atau ”wali jantan dan wali betina”.
Sepak Minang Keistimewaan Silat Cekak
2
Cekak itu indah, maka kita perlu jaga dan faham akan
keindahannya. Tafsiran Cekak sendiri telah menceritakan
keistimewaannya. Keistimewaan inilah melambangkan kehebatan
dan keunikannya. Sebagai ahli silat maka semestinya menjadi
tanggungjawab kita menguasai semua tafsiran yang ada.
Termasuklah timbul satu tafsiran baru yang menghubungkan Silat
Cekak sebagai pusaka mutlak yang bersandarkan juga dengan air
mutlak. Setakat ini, inilah pendapat terkini yang lahir daripada
golongan masyarakat dalam akademi silat.
Silat itu juga indah. Maka kita juga perlulah mengetahui
keindahannya yang telah menjadi suatu keistimewaannya juga. Oleh
sebab perkataan silat itu adalah daripada bahasa kita maka dengan
megahnya kita dapat mendakwa bahawa silat adalah pergerakan
seni bela diri yang hanya terdapat dalam kalangan bangsa Melayu
sahaja. Tidak ada bangsa lain yang memiliki silat.
Silat Cekak dizahirkan oleh Ustaz Hanafi dan bukannya
masyarakat. Akan tetapi silat adalah lahir daripada masyarakat
Melayu. Oleh sebab Silat Cekak berada dalam lingkungan
masyarakat Melayu maka kita tidak boleh lari daripada kenyataan
bahawa Silat Cekak kita juga mengalami proses pembudayaan
bangsa Melayu. Apa saja budaya orang Melayu, budaya tersebut
akan meresap dalam persilatan kita. Cuma yang berbezanya adalah
bentuk dan pengisian budaya tersebut.
Dalam masyarakat Melayu, banyak peraturan yang menjadi
ikutan tapi tidak bertulis dan diturun dari satu generasi ke satu
generasi yang lain. Peraturan tidak bertulis ini juga dapat dianggap
sebagai adat dan adab yang diperturunkan atau diwarisi sejak zaman
berzaman. Semua ahli masyarakat tetap mengakui peraturan-
Sepak Minang Keistimewaan Silat Cekak
3
peraturan tersebut dan mengamalkan peraturan-peraturan tidak
bertulis itu dalam konteks harian. Kesungguhan mengamalkannya
ditunjukkan melalui kata-kata, “Biar mati anak jangan mati adat”. Tapi
amalan inilah yang cuba diketepikan oleh generasi baru yang ada
sekarang.
Jika kita berdasarkan akal, maka banyak sekali adat dan adab
kita yang dikira tidak logik dan tidak sesuai. Pastinya sesuatu yang
bertentangan dengan agama, patut kita tolak. Adat dan adab yang
lain jika cuba ditolak maka akan menghilangkan identiti silat kita
sebagai seni bela diri bangsa Melayu.
Banyak sekali adat dan adab yang berkaitan dengan bidang
persilatan dalam budaya Melayu. Misalnya adat menerima murid
silat, penamat silat dan perkara yang pentingnya ialah adat berguru.
Mandat dalam menjalankan tugas sebagai Guru juga adalah
terkandung dalam adat dan adab yang tidak bertulis. Malangnya,
berdasarkan keadaan inilah, ada antara mereka yang menggunakan
akal fikiran membuat tafsiran sendiri tentang adat dan adab tersebut.
Dalam bidang persilatan Silat Cekak, adat dan adab
memainkan peranan. Dalam tulisan ini saya kurang menyentuh
tentang adat-adat yang ada dalam silat kita. Saya lebih suka
menyentuh dan menyingkap kenangan tentang adab yang telah
diwarisi dari masa ke masa oleh ahli silat kita dalam konteks
hubungan sesama rakan dan ketika menyampaikan ilmu silat dalam
kalangan murid.
Mungkin panduan tentang peranan Jurulatih atau Penyelia
Kelas telah dikeluarkan sebagai panduan dan ikutan. Itu adalah
dokumen tentang peraturan yang perlu dipatuhi dan disahkan secara
Sepak Minang Keistimewaan Silat Cekak
4
bertulis. Namun terdapat peraturan-peraturan yang menjadi amalan
tetapi tidak bertulis, malah sangat sukar dinyatakan melalui perkataan
atau ayat. Mungkin di sini boleh kita berkongsi sedikit sebanyak
tentang adab yang tidak bertulis tapi pernah dilaksanakan. Fokus
utama saya ialah ketika berada dalam kelas latihan.
Dulu-dulu, dan pastinya sekarang, telah menjadi lumrah
sesama kita untuk bersalam ketika berjumpa. Kalau lima kali jumpa
maka lima kalilah salamnya. Ketika bersalam, mata akan bertentang
mata. Kita akan merenung mata atau muka kawan kita ketika
bersalam. Dari mata turun ke hati. Prinsip bersalam ini meliputi
amalan ketika berada dalam kelas-kelas latihan. Mustahil penuntut
yang baru sampai ke kelasnya akan terus bersilat tanpa bersalam
terlebih dahulu. Kalau dikirakan berapa kali salam, saya rasa banyak
kali.
a. Perjumpaan awal silat.
b. Perpisahan di akhir kelas silat
c. Ketika mengambil buah daripada jurulatih
d. Dan ketika jurulatih menunjukkan adab sebelum membetulkan
buah-buah yang salah di kalangan penuntutnya.
e. Apabila menerima kunjungan ahli luar
Darablah berapa ramai bilangan ahli ketika itu. Tahulah kita berapa
kali tangan kita dihulurkan untuk memberi salam.
Saya sangat menekankan adab berhubung dengan
seseorang dalam kelas latihan. Adab ini bersandarkan pada tahap
dan kedudukan seseorang. Kedudukan ini meliputi dua aspek utama
iaitu ilmu dan kekananannya. Orang-orang ini perlu diberi perhatian
dan keutamaan. Dalam aspek kekananan, orang yang terkanan
Sepak Minang Keistimewaan Silat Cekak
5
dalam satu-satu kelas biasanya adalah merupakan „wakil‟ Guru
dalam proses penyampaian ilmu.
Dulu-dulu sebelum saya mengajar di kelas-kelas silat, kami
perlu berjumpa Guru dan bersalam meminta izin dan restu bagi
menjalankan tugas. Tapi kini akibat halangan masa dan jarak, wakil
Guru dalam setiap kelas perlu berperanan seolah-olah seperti Guru
yang menjalankan tanggungjwab mereka. Itu sebabnya jika ada
pembantu sekalipun, mereka harus meminta izin daripada wakil Guru
berkenaan sebelum mengajar silat. Keadaan ini seolah-olah kita
meletakkan kedudukan atau hiraki dalam kelas kita. Tetapi
sebenarnya inilah adab yang perlu diketengahkan hingga
membolehkan kelas-kelas tersebut berada dalam suasana yang ceria
dan harmonis.
Apabila ada pelawat-pelawat Silat Cekak daripada luar yang
melawat kelas kita, mereka akan disambut dengan mesra dan
meletakkan mereka di tahap yang sepatutnya. Tambahan pula jika
mereka tersebut ada kaitan dengan ilmu dan kekananan mereka
dalam Silat Cekak.
Adab inilah yang akan menjadikan kelas-kelas latihan tersebut
berjalan dalam suasana hormat-menghormati. Apabila telah tiada
adab menghormati ilmu dan kekananan ini lagi maka berpecahlah
kelas-kelas latihan tersebut dari masa ke masa. Maka timbullah
suasana tidak selesa atau tidak seronok sesama kita. Tapi adab ini
tidak bertulis dan sukar ditulis.
Sekian setakat ini.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 6
FAHAMI PRINSIP, KONSEP DAN FALSAFAH
SILAT CEKAK
Saya sering menggunakan istilah-istilah Prinsip, Konsep dan
Falsafah. Ada yang kurang faham akan maksud penggunaannya.
Dari sudut kefahaman saya, prinsip adalah pegangan atau sifat Silat
Cekak. Konsep adalah tafsiran atau tanggapan kita tentang prinsip
silat kita. Manakala falsafahnya merujuk pada faedah dan tujuan
prinsip tersebut. Falsafah itulah merupakan kebenaran kita dalam
pengamalan pergerakan Silat Cekak.
Kalau diambil contoh berdiri lurus, kaedah tersebut
merupakan prinsip kita ketika menghadapi musuh. Cara dan bentuk
berdiri lurus itu adalah merupakan konsep. Falsafah berdiri lurus
merujuk kepada persoalan kelebihan kita berbuat demikian dan
implikasinya pada pengamal Silat Cekak. Ketiga-tiga istilah tersebut
tidak dapat dipisahkan kerana setiap pergerakan kita mengandungi
prinsip, konsep dan ada falsafahnya yang tersendiri.
Silat Cekak adalah kaya dengan prinsip, konsep dan
falsafahnya. Perkara ini diterangkan dari masa ke masa oleh Guru
Utama dan diperturunkan oleh Jurulatihnya. Kadangkala peranan
Jurulatih mungkin agak berlebihan dengan cara menokok tambah
daripada apa yang ada terutamanya berkaitan dengan Guru.
Kesetiaan terhadap Guru sangat diambil berat. Hinggakan apabila
berlaku sesuatu bala atau kemalangan terhadap penuntut, sering
dikaitkan dengan kesetiaan terhadap guru.
Dalam pantun Silat Cekak, ikatan Guru dan murid
digambarkan melalui rangkap, “Taat pada Guru membawa berkat,
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 7
sedikit belajar banyak yang dapat. Jika derhaka menjadi mudarat,
semua ilmu tiada yang lekat.” Walau bagaimanapun, kita telah
mengalami krisis kepimpinan guru setelah pemergian Ustaz Hanafi.
Walaupun terdapat banyak faktor, yang jelasnya jurang antara PA
dan Guru Utama sedia ada dengan bekas murid Ustaz Hanafi tidak
ada. Ramai ahli Silat Cekak semasa PA yang sama ketawa atau
sama berlawak ketika zaman Ustaz. Manakala di musim ini, mereka
pula menganggap bahawa merekalah yang mengajar Guru Utama di
dalam kelas. Jurang yang rapat ini menjadikan salah satu faktor krisis
kepimpinan Guru dalam Silat Cekak boleh berlaku.
Namun begitu, prinsip taatkan Guru perlu ada pada kalangan
kita. Falsafah di sebalik ketaatan ini, ada kaitan dengan
tanggungjawab yang telah ditentu dan dipilih oleh Tuhan ke atas
Guru berkenaan. Kita perlu menghormatinya. Sekurang-kurangnya
keperluan menghormati kelebihan Guru berkenaan kerana kita tidak
dilantik memegang amanah tersebut melainkan gurunya. Penuntut
Silat Cekak telah diasuh bersifat demikian. Ketaatan adalah satu
bentuk terima kasih atas ilmu yang diberi bagi mengenal dunia
persilatan. Jika sikap ini menjadi sebahagian peribadi kita, akan
memudahkan kita bersifat patuh pada perintah terutamanya perintah
Tuhan. Mungkin konsep ini telah rosak sikit dalam suasana
pembelajaran Silat Cekak. Pada mereka yang faham, konsep ini
perlu diperturunkan kepada generasi Silat Cekak yang amat berminat
dengan adat dan adabnya.
Salah satu konsep yang istimewa dalam Silat Cekak ialah
ketika Silat Cekak menyerang. Kehebatan serangan Silat Cekak ialah
jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis dimakannya.
Konsep ini bukanlah satu perkara baru dalam seni bela diri orang
Melayu. Dalam Hikayat Malim Deman, ketika Malim Deman bergaduh
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 8
dengan Raja Mambang Molek, Malim Deman telah mengeluarkan
kata-kata, “Hai Raja Mambang Molek, ingat-ingat, inilah gayung anak
piatu, jikalau disambut kena dua, jikalau tiada disambut kena satu.”
Konsep serangan tersebut umpama peluru berpandu yang pasti akan
mengena sasarannya. Begitulah keyakinan yang dilahirkan oleh
Malim Deman. Keyakinan ini ada pada pengamal Silat Cekak.
Walaupun sebutannya mudah, akan tetapi untuk menguasai
penumbuk tersebut memerlukan latihan yang berterusan dan
ketabahan.
Dalam kebanyakan kelas latihan, pelajaran menyerang ini
kurang dititikberatkan. Mungkin dalam masa semalam sahaja,
pelajaran ini diperturunkan kepada para penuntut yang tamat. Apabila
masuk pelajaran umum, kaedah menyerang dengan tepat telah
dilupakan. Pada hal, pelajaran Silat Cekak mempunyai
kesinambungannya antara satu peringkat dengan peringkat yang lain.
Menguasai kaedah akan memudahkan pelajaran asas. Penguasaan
pelajaran asas akan memudahkan pelajaran buah jatuh. Penguasaan
buah jatuh akan memudahkan pula penguasaan peringkat potong.
Jika peringkat potong telah dikuasai sepenuhnya, dengan
memberi petua penumbuk yang betul, memudahkan pengamal Silat
Cekak melakukan serangan. Untuk mengesahkan keberkesanan
penumbuk tersebut, senarai buah umum digunakan sebagai latihan
pengesahan keberkesanan penumbuk kita. Malangnya ramai yang
kurang memahaminya hingga sanggup melupakan kaedah
menyerang tersebut tapi sebaliknya menekankan penguasaan
pelajaran buah-buah silat lain dalam peringkat umum. Hal ini amat
merugikan kepada para penuntut.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 9
Begitu juga dengan konsep enam tolak enam. Jarang sangat
adanya kelas-kelas latihan yang mengaplikasikan prinsip enam tolak
enam dalam pelajaran umum. Seolah-olah dengan beberapa buah
yang diserikan maka dianggap sesama ahli tidak boleh beradu silat
atas konsep seri. Kenyataan ini tidak tepat dan amat merugikan.
Fahamilah benar-benar konsep seri dalam Silat Cekak. Prinsip seri
memerlukan latihan yang mantap hingga boleh digunakan ketika kita
menghadapi atau menyerang musuh.
Seiring dengan konsep menyerang, dikatakan juga bahawa
sambil Cekak menyerang Cekak dapat menangkap musuh sesuai
dengan falsafah iaitu Cekak menyerang, Cekak menangkap. Menurut
penyelidikan pengamal Silat Cekak, tidak ada satu silat yang lain,
sekiranya menyerang ia dapat menangkap. Sejauh mana konsep ini
masih diajar dan dikuasai oleh para penuntut. Pada zaman saya yang
lalu, pelajaran mengenai konsep ini dihuraikan dalam masa pelajaran
„Potong‟.
Pada dasarnya pelajaran Silat Cekak lebih menitikberatkan
prinsip mempertahankan diri supaya penuntut terlatih dengan
keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila
terpaksa demi keselamatan diri barulah Cekak menyerang. Ramai
yang menganggap hampir sembilan puluh sembilan peratus isi
pelajarannya adalah mempertahankan diri. Cuma satu peratus sahaja
Cekak akan menyerang. Kata-kata ini juga kadang kala
mengelirukan. Hasrat kita menyerang untuk menamatkan segera
gerak musuh amat sesuai dengan kaedah serangan berpandu.
Namun begitu bagi maksud menyerang dan bertindak balas,
pelajaran potong lebih menyatakan maksud yang tersirat. Kata-kata
Cekak menyerang dan Cekak menangkap membuktikan dalam
pelajaran „Potong‟ konsep menyerang mula ditekankan.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 10
Penuntut-penuntut juga ditanam dengan prinsip, „Bila tangan
digunakan musuh maka tangan pula balasannya. Jika musuh
menggunakan kaki, maka kakilah balasannya tanpa menggunakan
tangan menepis serangan kaki.‟ Walaupun ada kekecualian, prinsip
ini adalah merupakan prinsip asas dalam Silat Cekak. Sepak Minang
yang cuba diambil dengan kaedah tangan, amat membimbangkan.
Apa yang saya perhatikan, penggunaan kaki untuk menangkis
serangan kaki sangat kurang diperturunkan kepada penuntut. Hal ini
amat mendukacitakan.
Selama ini penuntut-penuntut Silat Cekak difahamkan bahawa
kaedah yang ada dalam Silat Cekak amat sesuai untuk menghadapi
serangan senjata-senjata pendek. Penuntut mungkin terkeliru apabila
kaedah tangan digunakan untuk menghadapi serangan tongkat yang
panjang. Kaedah A hingga D amat sukar digunakan. Melainkan
habuan sesak, ada kaedah-kaedah lain yang sering digunakan oleh
Silat Cekak. Saya kurang pasti adakah kaedah-kaedah tersebut
ditunjuk pada kalangan penuntut. Apa akan jadi jika tongkat panjang
tersebut digantikan dengan pedang samurai. Janganlah kita terlalu
taksub hingga lupa konsep asal menunggu serangan.
Apatah lagi penuntut-penuntut Silat Cekak difahamkan
dengan konsep posmen dengan surat. Untuk menyekat surat
daripada diterima maka sekat sahaja si tukang kirimnya iaitu posmen.
Falsafah ini bermaksud, untuk menghalang senjata-senjata daripada
hinggap di tubuh kita, gunakan kaedah bagi menghalang tangan yang
menghantarnya. Namun begitu kaedah tersebut hanya sesuai
digunakan untuk menghadapi senjata-senjata pendek. Konsep ini
harus diakui dan diterima oleh pengamal Silat Cekak. Janganlah
kerana bersifat ego menyebabkan kita begitu yakin untuk
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 11
menghadapi sebarang jenis senjata. Berpijaklah di bumi nyata.
Berpeganglah pada prinsip dan konsep pergerakan Silat Cekak.
Perbincangan di atas adalah antara lain yang berkaitan
dengan prinsip, konsep dan falsafah yang benar-benar perlu difahami
oleh pengamal Silat Cekak.
Di Sebalik Falsafah Berdiri Lurus
Satu ketika lalu, penulisan tentang konsep, prinsip dan
falsafah Silat Cekak banyak sekali. Penulisan ini disalurkan dalam
pelbagai penerbitan sama ada di peringkat pusat atau di peringkat
cawangan. Idea penulisan adalah berdasarkan kefahaman ahli dalam
falsafah Silat Cekak. Ramai penulis yang muncul dalam penerbitan-
penerbitan tersebut dan ini melambangkan kefahaman ahli yang jelas
mengenai konsep, prinsip dan falsafah yang ada dalam Silat Cekak.
Penulisan mereka juga melambangkan bahawa mereka faham akan
apa yang diperkatakan oleh Guru Utama. Tidak sia-sialah Guru
Utama memberi syarahan dan kefahaman kepada penuntutnya.
Pengetahuan ahli tidak terhad dalam bidang pergerakan silat sahaja.
Di samping bersilat, mereka mempunyai banyak masa untuk
membincangkan falsafah Silat Cekak seperti yang diceritakan.
Tambahan pula perhatian mereka lebih berfokus pada
perkembangan Silat Cekak. Kepentingan diri kurang menyerlah
kerana masing-masing faham akan misi Silat Cekak. Saya dapat
rasakan bahawa tak banyak politik silat ketika itu berbanding dengan
apa yang sedang berlaku sekarang. Penuntut disogok dengan
dendangan perpecahan dan strategi yang berkepentingan diri.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 12
Salah satu falsafah yang ada dalam Silat Cekak ialah LURUS.
Falsafah lurus adalah begitu luas dalam kefahaman Silat Cekak.
Perbincangan tentangnya meliputi aspek fizikal dan kefahaman.
Berdasarkan konsep kefahaman dalam Silat Cekak, istilah
lurus membawa pelbagai makna. Orang yang lurus kerap kali
dikaitkan dengan orang yang bersifat jujur. Percakapan dan tindakan
mereka lebih banyak sehala tanpa ada sebarang kepentingan dan
maksud yang tersirat. Dalam pantun Silat Cekak perkataan jujur
memainkan peranan penting bagi kita menguasai Silat Cekak dan
mendapat keberkatan hasil daripada pembelajaran Silat Cekak.
Peranannya telah dinyatakan seperti dalam rangkap pantun yang
berikut, “Silat Cekak pada lahirnya. Pengertian gerak pada batinnya.
Hendaklah mahir seluruh anggota, Hendaklah jujur pada jiwanya.”
Orang bersifat jujur kebiasaannya akan memudahkannya menguasai
gerak yang ada dalam Silat Cekak. Oleh itu, jujurlah pada diri kita,
rakan-rakan dan semestinya kepada Guru yang ada mandat. Mandat
daripada tuan punya yang sah dalam Silat Cekak.
Kita juga dianjurkan supaya memilih jalan yang lurus. Setiap
hari, dalam sembahyang kita memohon supaya ditunjukkan jalan
yang lurus. Dengan petunjuk lurus yang diperoleh akan menjadikan
diri kita tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan kepentingan diri.
Namun begitu, hal-hal dan cakap-cakap yang sebegini, biarlah Guru
kita yang mengupasnya dengan lebih lanjut.
Walau bagaimanapun dalam tulisan ini saya hanya
menitikberatkan istilah LURUS dalam prinsip, konsep dan falsafah
berdiri lurus. Konsep berdiri lurus dalam Silat Cekak adalah sebagai
satu usaha membela diri dari segi fizikal. Tulisan dalam karangan ini
juga adalah termasuk hasil pandangan ahli-ahli Silat Cekak lain yang
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 13
pelbagai tahap tapi berkaitan dengan falsafah berdiri lurus yang
diterima faham daripada Guru Utama. Setengah-setengah ayat
dalam karangan ini saya petik daripada pegangan umum ahli-ahli
Silat Cekak di satu masa yang lalu dan sering diperturunkan untuk
kefahaman penuntut. Semua pengertiannya tidak menyimpang
daripada apa yang disampaikan oleh Allayarham Ustaz Hanafi.
Berdiri lurus dalam Silat Cekak sering dikaitkan dengan
pendirian sembahyang. Walaupun kenyataan ini tidak menyenangkan
beberapa pihak yang tertentu akan tetapi dalam kalangan penuntut-
penuntut Silat Cekak kaitan antara silat dan sembahyang telah
ditegaskan dengan begitu yakin sekali. Dalam prinsip berdiri lurus ini,
tapak kaki kanan dengan tapak kaki kiri tidak terlalu renggang dan
tidak terlalu rapat. Jarak tapak adalah sederhana berdasarkan berdiri
semula jadi kita.
Pendirian yang demikian juga digunakan oleh Silat Cekak
dalam kaedah bela diri daripada serangan musuh. Akan tetapi,
dengan pendirian lurus tegak inilah maka ramai orang yang
mengatakan bahawa di situlah kelemahan Silat Cekak. Namun
begitu, jika dikaji dengan mendalam maka sebenarnya di situlah
punca kekuatan dan kelebihan silat kita iaitu Silat Cekak. Kita
berkeyakinan bahawa pendirian lurus tersebut dapat memberi
keyakinan dan membawa beberapa pengertian pada diri kita secara
lahir mahupun segi falsafahnya.
Ramai yang persoalkan bahawa berdiri lurus adalah berdiri
yang lemah. Pada mereka, berdiri yang kuat adalah berdiri secara
kuda-kuda. Sebenarnya pada kita, berdiri secara berkuda-kuda itulah
yang lemah dan boleh mendatangkan kemudaratan. Kita diyakinkan
bahawa berdiri secara berkuda-kuda itu adalah pendirian yang
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 14
bengkok. Adakah sesuatu yang bengkok itu kuat daripada yang lurus.
Jika dikiaskan, kalau misalnya kita pergi ke hutan mencari kayu,
maka sangatlah sukar kita mencari kayu-kayu yang lurus tetapi kayu
yang bengkok amatlah mudah kita peroleh. Tapi kayu yang lurus
boleh dibuat macam-macam. Kita boleh buat tiang rumah, meja,
kerusi, papan dan berbagai bentuk lagi. Kayu bengkok hanya sesuai
dibuat kayu api sahaja.
Di sini, jelaslah bahawa sesuatu yang lurus banyak
kegunaannya daripada yang bengkok. Begitu jugalah halnya dengan
berdiri yang lurus. Berdiri lurus adalah penengah atau pusat daripada
segala pergerakan sama ada pergerakan ke hadapan atau ke
belakang dan pergerakan ke kiri atau ke kanan. Oleh sebab itulah
pendirian lurus digunakan dalam Silat Cekak kerana dengan
pendirian tersebut, Cekak telah bersedia untuk menunggu pelbagai
jenis serangan dari pelbagai penjuru sama ada hadapan, kiri, kanan
mahupun dari belakang.
Berdiri lurus adalah berdiri yang normal bagi manusia.
Manusia yang bercakap tatkala berdiri adalah melambangkan
manusia yang mempunyai pendirian yang lurus atau normal dan
bukannya atas pendirian yang bengkok iaitu pendirian yang dipaksa-
paksa. Oleh itu, jika penuntut belajar silat dengan pendirian yang
lurus maka pengamalnya akan sentiasa dapat bersedia sepanjang
waktu tanpa diketahui oleh orang lain. Sebaliknya jika sedang
menghadapi musuh, pasti musuh tidak tahu akan helah kita. Hal ini
demikian kerana mereka melihat pendirian kita seperti pendirian
orang yang tidak mahu bergaduh. Jika sekiranya kita menggunakan
pendirian berkuda-kuda, musuh akan dapat mengetahui akan tipu
helah kita. Mereka akan dapat membaca mana tangan atau kaki yang
„mati‟ dan mana tangan atau kaki yang „hidup‟.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 15
Selain daripada hujah-hujah di atas, pendirian lurus adalah
kedudukan yang berada dalam posisi yang sangat rapat. Kedudukan
sebegini adalah merupakan satu kelebihan dalam seni bela diri.
Musuh dapat ditewaskan dalam masa yang cepat dan ringkas. Gerak
yang kita lakukan adalah sangat menguntungkan. Keyakinan kita
dalam posisi rapat ini kerana silat kita mempunyai kaedah yang
cukup dan sempurna untuk mengawal seluruh anggota badan. Selain
kaedah A,B,C,dan D, kaedah gelek yang bersepadu dengan pukulan
atau awasan, telah cukup untuk mengawal empat tahap anggota
badan manusia. Sebagaimana pendirian lurus diambil dari gerak geri
sembahyang, maka kaedah itu juga telah diambil daripada perbuatan
sembahyang.
Hasil kajian pengamal Silat Cekak, kelebihan-kelebihan
seperti hujah di atas adalah sesuatu yang dapat dibincangkan secara
ilmiah. Kajian telah dibuat tentang buruk dan baik segala macam
pendirian ketika menanti serangan atau ketika menyerang dalam
usaha untuk menjaga diri. Dengan penuh keyakinan, pengamal Silat
Cekak menerima hakikat bahawa pendirian lurus adalah pendirian
yang ideal bagi menjaga diri. Pendirian yang sebegini adalah
pendirian yang penuh makna di sebalik kegunaannya dalam usaha-
usaha mempertahankan diri.
Pengamal Silat Cekak mengamalkan konsep Cekak
menunggu serangan dengan berdiri lurus, tidak berkuda-kuda dan
tidak melangkah ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan
dalam gerak yang satu. Falsafah makan gerak dalam gerak adalah
merupakan satu prinsip yang lebih meyakinkan hasil daripada
kelebihan berdiri secara lurus. Sebab itulah kita berani menegaskan
bahawa Silat Cekak pada kebenaran atau hakikatnya ialah Silat
Gerak.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 16
Ringkas dan mudah
Mempelajari Silat Cekak perlu serius dan jangan ambil
mudah. Ramai yang terkeliru dengan konsep mudah yang ada dalam
pantun Silat Cekak. Mudah dalam pantun dikaitkan dengan hidayah.
Tapi ramai yang tidak mempedulikan konsep hidayah dan hanya
menegaskan semata-mata bahawa Silat Cekak itu mudah. Perkara
yang dipermudah-mudahkan menyebabkan lahir sikap tidak
mengambil berat. Fikiran dibuai dengan kehebatan Silat Cekak tanpa
merujuk pada kehebatan diri. Apabila perasaan lebih banyak
menguasai diri, usaha-usaha untuk memperlengkapkan diri dengan
prinsip dan falsafah Silat Cekak tidak diambil berat.
Mereka lebih banyak bercakap daripada mempraktikkan ilmu
yang diberi. Mereka lebih rela membiarkan masyarakat luar
menghormati kehebatan Silat Cekak tanpa merujuk diri sendiri. Lebih
malang lagi apabila sikap ini menular dalam kalangan Jurulatih yang
diberi amanah untuk menyampaikan ilmu Silat Cekak dalam kalangan
penuntut. Kerana sikap mudahlah menyebabkan usaha menjadikan
penuntut Silat Cekak hebat telah diabaikan. Mereka lebih banyak
bercakap bagi membuktikan kehebatan Silat Cekak tanpa merujuk
kebolehan para penuntut. Teringat akan pepatah yang diberi oleh
rakan saya, “If you throw peanut, you can only get monkey”. Kalau
modal seringgit adatnya mustahil akan dapat untung seratus.
Mempelajari Silat Cekak perlu bersungguh-sungguh. Kita perlu lebih
banyak membuat latihan daripada banyak bercakap.
Walau bagaimanapun pada mereka yang memahami konsep
mudah pada Silat Cekak, sesungguhnya mereka ini boleh menguasai
falsafah tersebut dengan begitu sempurna. Dalam rangkap-rangkap
pantun Silat Cekak banyak perkara yang dapat dihubungkan dengan
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 17
konsep mudah. Memahami betapa pentingnya untuk menjaga diri
sendiri maka “kita hendaklah belajar bersungguh hati. Kesungguhan
ini akan memahirkan seluruh anggotanya.” Tapi jangan lupa kepada
tuan punya silat yang telah diberi amanah dan mandat untuk
memperkembangkan Silat Cekak. “Taat kepada guru membawa
berkat, sedikit belajar banyak yang dapat. Jika derhaka menjadi
mudarat, semua ilmu tiada yang lekat”. Kebolehan kita bersilat
banyak juga bergantung pada niat kita dalam Silat Cekak. Untuk
menguasai ilmu dalam Silat Cekak amat mudah sekali tapi pada
mereka yang mengerti.
Kesimpulannya konsep mudah ini melibatkan tiga (3) perkara
utama. Kita hendaklah belajar bersungguh hati. Jangan banyak
membuang masa dengan melibatkan hal-hal persatuan yang tidak
banyak memberi sumbangan pada diri kita. Kita takut penglibatan ini
akan menyebabkan kita berasa sombong diri dan menafikan tujuan
asal kita bersilat. Di samping itu kita hendaklah memahirkan anggota
tubuh badan kita. Pergerakan dua tangan dan dua kaki biarlah
mantap dan berseni. Kaedah-kaedah dalam Silat Cekak perlu
dikuasai dengan sepenuh hati. Kaedah-kaedah ini merupakan asas
pembelajaran Silat Cekak.
Menguasai kaedah bermakna akan menguasai keseluruhan
pergerakan dalam Silat Cekak. Perkara ketiga yang paling utama
ialah sikap jangan lupa akan guru yang bertanggungjawab pada silat
ini. Jangan banyak bermain politik silat dan berkepentingan diri. Hal
yang berkaitan dengan Guru, biarlah dia sendiri yang selesaikan.
Kalau tak sesuai maka eloklah kita undurkan diri. Jangan ditanam
prasangka buruk kepada Guru yang boleh menyebabkan ilmu yang
kita peroleh tidak membawa keberkesanan.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 18
Jika ketiga-tiga aspek yang saya bincangkan di atas kita
kuasai maka secara langsung kita akan menjadi seorang penuntut
Silat Cekak yang hebat sekali. Hal ini bukannya payah sebaliknya
amat mudah. Tidak banyak belanja yang perlu dikeluarkan.
Semuanya bergantung pada kekuatan dan keikhlasan hati.
Mudah juga dapat dikaitkan dengan perkataan ringkas. Salah
satu pengertian Cekak ialah ringkas. Tapi itu dirujuk dalam bahasa
Jawa. Kebenarannya, jika kita tidak merujuk pada bahasa Jawa
sekalipun maka Silat Cekak tetap ringkas. Dalam kamus, ringkas
bermaksud tegas, pendek dan padat. Cuba kita bayang dan
gambarkan penggunaannya dalam kehidupan kita seharian. Sejak
dari bangku sekolah lagi, karangan yang panjang disuruh guru kita
membuat ringkasan karangan. Kalau dalam disiplin novel, digunakan
istilah sinopsis. Isi cerita yang beratus helai dapat diringkaskan dalam
satu muka surat sahaja. Mungkin kerana ini juga Silat Cekak boleh
diibaratkan sebagai segenggam. Pelajarannya merupakan intisari
silat dan bukannya cabang-cabang silat yang dianggap sebagai
segantang.
Dalam bidang penulisan, ayat-ayat yang panjang sukar ditulis
terutamanya ketika kita menemu bual akan sesiapa pun . Maka kita
digalakkan supaya mempunyai kebolehan menggunakan simbol-
simbol dalam penulisan yang bergelar „teringkas‟. Begitulah konsep
ringkas yang dapat kita gambarkan berdasar situasi di sekeliling kita.
Dalam konteks Silat Cekak, ringkas adalah merupakan satu
falsafah yang menunjukkan kelebihan Silat Cekak. Kelebihan ini
adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan silat-silat Melayu. Inilah
keluarbiasaan silat kita. Kita diyakinkan bahawa Silat Cekak adalah
silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab untuk menjaga diri.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 19
Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan atau silat pulut atau silat
pengantin. Hal ini demikian kerana Silat Cekak tidak ada gendang
dan tari-menari dan melangkah ke kiri atau ke kanan dengan
langkah-langkah tapak tiga atau tapak empat. Sebaliknya tapak Silat
Cekak ialah tapak dua yang begitu padat dan ringkas. Pergerakan
dan sistem Silat Cekak adalah sesuai benar dengan gerak semula
jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang
dan ternyata kesesuaiannya dengan prinsip agama.
Oleh sebab ringkasnya Silat Cekak maka silat ini boleh
dijadikan teman ketika berlaku pergaduhan. Dalam senarai
pengertian Cekak, dalam bahasa Minang, Cekak juga membawa
maksud gaduh. Tapi seperti yang saya nyatakan di atas, bukanlah
kerana adanya bahasa Minang tersebut maka disesuaikan Silat
Cekak sebagai silat yang boleh dibawa gaduh. Pelajarannya adalah
sangat sesuai untuk dijadikan teman ketika berlaku pergaduhan.
Seperti yang dinyatakan bahawa gerak langkah Silat Cekak biasa
sahaja. Sedangkan dalam kebanyakan silat lain, geraknya bercorak
sukan yang memerlukan kekuatan. Walau bagaimanapun ahli-ahli
Silat Cekak boleh memahami gerak-gerak sukan tersebut. Ini
bermakna Silat Cekak mempunyai kelebihan menangkis musuh
tanpa menghitungkan kekuatan sedangkan silat-silat lain perlu
imbangan kekuatan.
Dalam pelajaran umum terdapat pelajaran berdasarkan buah-
buah ringkas atau kadang kalanya dikenali sebagai buah-buah
hujung. Buah-buah ini berdasarkan kaedah dan buah-buah jatuh.
Untuk membuat tangkapan ketika bilangan musuh yang ramai
mungkin amat sukar dan kurang praktikal. Di sinilah peranan buah-
buah ringkas memberi makna. Tetapi penggunaannya biarlah
berpijak di bumi nyata. Kita jangan sekali-kali dibuai dengan istilah
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 20
patah, pengsan atau mati tanpa mempunyai bukti dan sokongan yang
kukuh. Ramai penonton yang mencemuh dan memerli ketika
pertunjukan menggunakan buah-buah ringkas ini dipertontonkan
dalam pertunjukan. Macam mana boleh terjadi pada musuh yang
kecundang begitu mudah dengan hanya menyentuh badan musuh
sahaja. Seninya tidak ada dan kadang kala terkeluar daripada seni
kaedah Silat Cekak.
Oleh itu, walaupun konsep ringkas dan mudah wujud dalam
pembelajaran Silat Cekak, para penuntut harus berhati-hati akan
falsafah di sebalik konsep tersebut. Berhati-hati dan berusahalah
dengan sepenuhnya untuk menguasai konsep tersebut supaya
konsep ringkas dan mudah membawa makna yang maksimum pada
diri sendiri.
Dalam tindak tanduk kita, cuba praktikkan konsep tersebut.
Permudahkan tindakan kita dalam membuat sesuatu penyelesaian.
Dalam kes perpecahan kita, permudahkan dengan cara mengadakan
mesyuarat agong dengan segera. Ingatlah akan salah satu makna
yang ada mengenai tafsiran perkataan Cekak yang diertikan
segenggam. Segenggam dihubungkan dengan istilah padu. Padu
membawa pengertian bahawa pada kalangan ahli-ahli Silat Cekak
terdapat perpaduan serta sifat tegas dan berpendirian. Pendirian ini
sudah semestinya dirujuk pada sifat tidak bertolak ansur atas unsur-
unsur yang membawa perpecahan. Syaratnya ialah jangan ada sifat
berkepentingan diri.
Seni
Dalam era perpecahan ini pastinya perbincangan banyak
ditumpukan pada strategi untuk menguatkan persatuan. Hal-hal yang
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 21
berkaitan dengan silat mungkin kurang peratus perbicaraannya.
Sudah semestilah hal ini akan merugikan penuntut-penuntut yang
sedang menuntut Silat Cekak. Sepatutnya mereka tidak perlu diheret
dalam kancah perbincangan tentang perpecahan kita. Asuhlah
mereka dengan konsep dan prinsip Silat Cekak seiring dengan
asuhan fizikal yang menjadi perdu pembelajaran Silat Cekak. Dalam
karangan ini, saya lanjutkan penulisan atas satu lagi konsep yang
ada dalam Silat Cekak.
Ketika kita mengajar Silat Cekak, satu istilah yang sering juga
kita kaitkan dengan silat kita ialah seni. Kita berkeyakinan bahawa
Silat Cekak penuh dengan seninya. Kerana seni yang ada dalam
Silat Cekak lah menjadikan pergerakan kita dalam silat begitu
tersusun dan terancang. Para penuntut diasuh dan dididik supaya
mengetahui apa yang dilakukan dengan alasan yang bersebab,
bukannya melakukan pergerakan sesuka hati atau secara hentam
kromo sahaja. Kita dapat mengatur gerakan kita bagi menghadapi
musuh. Setiap pergerakan lebih mementingkan keuntungan.
Hal ini membuktikan keperluan pemikiran yang strategik
dalam menghadapi musuh. Melalui sistem yang ada menjadikan
pergerakan kita lebih bijaksana. Apatah lagi kaedah Silat Cekak
adalah hasil ciptaan manusia yang bijaksana. Kekuatan kita hanya
berdasarkan tenaga yang sedia ada. Tenaga yang sedia ada ini,
apabila disepadukan dengan kaedah-kaedah yang ada dalam Silat
Cekak boleh menjadikan kita dapat menandingi kekuatan lawan
walaupun fizikal lawan tersebut lebih daripada kita.
Dalam Silat Cekak, kekuatan lawan tidak dijadikan masalah
utama. Malah kita selalu membandingkan kekuatan seni dengan
kekuatan yang bertaraf sukan. Penuntut-penuntut diyakinkan bahawa
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 22
seni yang ada dalam Silat Cekak tidak memerlukan para penuntutnya
mengeraskan tangan atau menambahkan otot badan bagi mencapai
hasrat pahlawan. Kaedah membangkang sangat dibenci dalam
pembelajaran Silat Cekak. Kaedah itu dikatakan bertaraf sukan dan
lebih mendatangkan kemudaratan kepada kita. Kepercayaan ini
menyebabkan timbul pula pendapat yang mengatakan bahawa silat
yang ditakrifkan sebagai gerak perlu menggunakan gerak yang halus
dan bukannya gerak yang kasar. Gerak yang halus itu dinamakan
seni.
Namun begitu kita sering keliru dengan maksud seni. Ramai
yang berpendapat bahawa yang halus itu seni dan yang kasar itu
bukan seni. Oleh itu, mengajar Silat Cekak yang dianggap kasar,
ditegah dan tidak digalakkan. Maka mungkin kerana itulah agaknya,
Buah Pertama dalam Silat Cekak perlu dibuka penumbuk pemakan
dengan alasan tidak ada seni dan akan mendatangkan kemudaratan
kepada ahli.
Dalam banyak tafsiran, seni itu dianggap sebagai halus. Lebih
dikelirukan apabila ditambah pula makna kehalusannya sebagai
halus di dalam halus. Tak tahulah apa yang halus. Kalau dah halus
apa sedapnya. Tak terasapun. Hilang kenikmatan. Saya berpendapat
bahawa jika kita meletakkan sesuatu atau melakukan sesuatu
menurut aturan dan sistem yang telah ditetapkan maka itulah juga
dianggap seni. Seni mestilah sesuatu yang sedap dipandang dan
pelakuan kita tidak kekok dalam melakukan sesuatu pergerakan
tersebut. Kalau aturan kita perlu berdiri lurus dengan mendiamkan
tangan menantikan serangan musuh, maka itulah seni namanya
dalam Silat Cekak.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 23
Sistem kita tidak berkuda-kuda. Kalau penuntut berdiri secara
berkuda-kuda maka hilanglah seninya. Sebaliknya dalam
kebanyakan silat Melayu, berkuda-kuda itu dianggap penting dan itu
adalah merupakan seni pada mereka. Mereka pula menganggap silat
kita tidak berseni. Konsep seni adalah berbeza antara satu silat
dengan silat yang lain. Dakwaan seni dalam Silat Cekak adalah
bersandarkan pada silat kita sendiri. Tidak perlulah kita menegang
urat berbahas dengan silat lain bagi membuktikan seni yang ada
dalam silat kita.
Tafsiran kita tentang seni adalah berbeza dalam konteks
berlainan silat. Samalah juga dengan dakwaan kita yang mengatakan
bahawa Silat Cekak adalah berdasarkan gerak sembahyang. Cakap-
cakap yang mengaitkan sembahyang ini telah tidak menyenangkan
orang lain seolah-olah gerak kita sahaja yang benar dan sah. Maka
mereka juga berhujah dengan mengatakan bahawa gerak silat
mereka juga berdasarkan gerak sembahyang. Apatah lagi gerak silat
bertapakkan tiga. Gerak yang tidak melebihi tiga juga dianggap
berdasarkan gerak dalam sembahyang. Bertengkarlah mereka
hingga terpaksa melewatkan waktu sembahyang atau meninggalkan
waktu sembahyang. Bertengkar tentang gerak yang berasal dari
sembahyang hingga ada sembahyang yang hilang tidak dikerjakan.
Sama juga dengan ahli-ahli sekarang yang berlainan
persatuan. Bertengkar tentang siapa yang benar-benar mempusakai
ilmu Ustaz Hanafi. Tapi Ustaz Hanafi pun tak pernah ditemui. Geli
sungguh hati. Bukankah buang masa namanya apabila kita cuba
menegakkan sesuatu pada mereka yang berfaham berlainan.
Berdasarkan perbincangan dengan contoh-contoh ringkas di
atas, seni yang ada dalam silat kita perlu dilihat dalam tiga (3) aspek
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 24
atau prinsip utama iaitu penggunaan gerak dua tangan dan dua kaki,
kekuatan fizikal dan tenaga yang ada dalam diri kita. Ketiga-tiga
prinsip itu perlulah bersahaja iaitu tidak dibuat-buat dan bersepadu
dalam konteks menggunakan sesuatu yang semula jadi yang ada
pada diri kita. Penguasaan ketiga-tiga aspek atau prinsip itu akan
membolehkan kita menguasai seni dalam Silat Cekak.
Gerak dua tangan dan dua kaki, adalah perdu pergerakan
silat kita. Pelajaran Kaedah amat mustahak dan merupakan asas
seni dalam gerak Silat Cekak. Kita jangan bersifat gopoh hingga
terburu-buru untuk menyambung kaedah dengan buah asas. Amat
malang apabila ada kelas-kelas latihan yang mengumpul kaedah-
kaedah dalam pembelajaran satu malam atau dua malam latihan.
Sepatutnya setiap kaedah diajar dalam satu sesi latihan. Ketika inilah
para penuntut didedahkan tentang konsep seni yang amat berbeza
dengan konsep sukan yang berlandaskan gerak membangkang. Jika
kaedah penuntut mantap, seni yang dihasilkan dalam gerak Silat
Cekak sangat mantap. Kaedah-kaedah ini dimantapkan melalui
pembelajaran buah-buah asas.
Konsep segerak diperkenalkan bagi memantapkan seni dalam
Silat Cekak. Konsep ini berlarutan hingga ke buah jatuh. Kemantapan
seni menjadikan perlakuan gerak penuntut amat mantap, tepat dan
kita yang melihatnya berasa puas. Soal gerak yang diakhiri dengan
pukulan keras hanya lebih merupakan bunga-bunga dalam
kekemasan buah. Bukan itu yang diutamakan. Dalam pelajaran
seterusnya iaitu potong dan penamat, konsep seni disepadukan
dengan kebijaksanaan menggunakan akal. Setiap pergerakan perlu
kena pada tempatnya bagi menentukan keuntungan yang maksimum.
Aspek sebab dan musabab amat ditekankan. Apabila disesuaikan
dengan fikiran yang sihat dan strategik, kita dapat menghasilkan
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 25
pergerakan yang tepat dan menguntungkan. Di situ nampak jelas
konsep seni yang ada dalam Silat Cekak.
Penuntut yang berseni dalam melakukan pergerakan silat
akan membangkitkan rasa puas pada orang yang melihatnya. Saya
masih ingat lagi dalam satu kelas latihan silat yang diperhatikan oleh
Allahyarham Ustaz Hanafi yang berada di kelas latihan tersebut. Para
penuntut telah menguasai seni dalam Silat Cekak ketika latihan.
Ustaz berasa bersemangat dan terpanggil untuk turun ke
“gelanggang” bersama penuntut untuk memantapkan pergerakan
yang ada pada kalangan mereka. Itulah kuatnya tarikan seni jika para
penuntut dapat menguasai seni dalam pergerakannya. Malah,
mereka sendiri berasa puas setelah tamat sesi latihan. Kepuasaan itu
dapat dilihat melalui perahan baju yang dipakai. Sebaliknya kita dapat
saksikan sendiri para penuntut yang tidak berseni. Pergerakannya
tidak tentu arah. Kita yang melihat akan berasa rimas, lemah dan
mengantuk.
Untuk memantapkan seni kita dalam pergerakan, kekuatan
fizikal mesti ada. Badan mesti sehat. Berat badan mesti terkawal.
Gemukan perut jangan menghalang pandangan kita kepada wali
jantan yang ada pada kita. Hal ini demikian kerana buah-buah yang
ada dalam Silat Cekak memerlukan kekuatan lengan. Mantapkan sikit
lengan kita. Jangan mengharapkan apa yang ada sahaja. Tetapi itu
tidak bermakna kita perlu mengangkat berat bagi membenjolkan
lengan kita. Bergantunglah pada keperluan diri dan situasi mana kita
berada.
Kita akui betapa orang-orang dulu hanya bersandar pada
latihan tangan yang semula jadi tapi amat berbeza dengan kita.
Orang yang bersawah atau menoreh getah atau bekerja di kilang
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 26
yang banyak menggunakan tenaga fizikal sudah mencukupi untuk
menguatkan otot lengan atau otot badan dan sebagainya. Tak perlu
lagi mengangkat berat atau pelbagai bentuk latihan fizikal lagi.
Berbeza dengan mereka yang hanya memegang pen dan duduk
dalam pendingin hawa. Latihan fizikal perlu ada.
Samalah juga perbezaan antara sesama kita semasa mandi.
Mereka yang mandi berkain basah pasti akan memerah kain basahan
tersebut sesudah mandi. Secara langsung mereka dapat menguatkan
kekuatan fizikal terutamanya lengan. Keadaan ini semestinya
berbeza dengan mereka yang mandi secara bogel. Tak ada apa yang
boleh diperah. Ramas tak sama dengan perah. Mereka ini perlu
latihan untuk menguatkan tangan yang ada. Oleh itu jangan kita
berbahas tentang kekuatan fizikal hanya bersandarkan dengan apa
yang ada sahaja pada diri kita. Tidak sama antara seseorang dengan
seseorang yang lain. Kalaulah fizikal kita mantap maka akan
memudahkan kita melakukan gerak-gerak yang ada dalam Silat
Cekak. Keadaan ini akan menghasilkan seni yang indah dan mantap.
Jika tidak, kita menumbuk, kita yang rebah dan jika kita diserang
maka kita juga yang rebah. Mana pergi akan seninya.
Prinsip ketiga seperti yang nyatakan di atas ialah tenaga.
Istilah sekarang ialah stamina. Alangkah hebatnya jika kelas-kelas
kemahiran dapat dimulakan daripada buah jatuh, potong dan umum
yang dilakukan secara bertali arus untuk sesi pertama. Selepas lima
minit pelajaran di kelas tersebut, disambung pula dengan pelajaran-
pelajaran berupa aplikasi. Kalau pelajaran potong, maka pelajaran
akan bermula daripada kaedah dan buah jatuh sebelum masuk
pelajaran potong. Tapi itu semua dapat dilakukan jika kita ada
stamina. Kalau stamina tidak ada, para penuntut akan lesu. Keadaan
ini akan menyebabkan pembelajaran mereka merosot. Mana boleh
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 27
kita nampak akan seninya. Oleh itu latihan berjogging atau berjalan
atau sebarang maksud latihan bagi menambahkan stamina adalah
perlu. Keadaan ini perlu bagi menampakkan seni yang indah dalam
silat kita.
Seni yang indah hanya dapat dinikmati oleh mereka yang
melihat atau menontonnya. Kalaulah pergerakan kita mempunyai
seni, mereka yang melihat akan berasa puas dan terangsang untuk
menguasainya. Perbincangan saya di atas dapat dijadikan panduan
untuk menguasai seni dalam Silat Cekak. Lebih jelas kalau
diterangkan secara praktikal.
Kita mengakui kebenaran bahawa pergerakan Silat Cekak
adalah benar, bukan diada-adakan hingga kita yakin bahawa Silat
Cekak sememangnya merupakan satu seni pusaka bangsa Melayu
yang asli. Kaedah-kaedah yang ada adalah mencukupi dan tidak
perlu ditokok tambah. Silat Cekak dizahirkan dengan begitu lengkap
dan kaya dengan unsur-unsur seninya yang semula jadi.
Persoalannya, kita sebagai pengamal atau ahli Silat Cekak,
mampukah menguasai seni-seni Silat Cekak tersebut. Saya yakin
bahawa penguasaan ketiga-tiga aspek atau prinsip berkenaan akan
membantu kita menguasai seni dalam Silat Cekak.
Konsep Gerak
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, sebagai sepintas
kenangan menceritakan pengalaman, sepanjang memimpin kelas-
kelas latihan silat, saya berasa puas kerana dirasakan saya telah
dapat menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang
diamanahkan oleh Guru terutamanya dalam zaman Ustaz. Sudah
semestinya, bidang persilatan adalah merupakan bidang utama yang
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 28
perlu diperturunkan ilmunya kepada para penuntut. Hal-hal selain
daripada bidang tersebut tak pernah rasanya dicampur adukkan
terutama yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam menyampaikan
pergerakan silat, saya telah cuba berperanan dengan sebaik-baiknya
agar apa yang diterima maka itulah yang diperturunkan kembali.
Malah seboleh-bolehnya isi penerangan Ustaz tentang kaedah
mengambil setiap buah juga diperturunkan kepada penuntut
perkataan demi perkataan walaupun mustahil untuk mengingat akan
turutan perkatan-perkataan tersebut secara tertib. Yang penting apa
yang saya pelajari, perlu diberi kepada penuntut dalam kadar seratus
peratus. Itulah harapan diri saya walaupun kadang kala mustahil
dengan angka tersebut. Tapi saya yakin penyampaian saya hampir-
hampir genap peratusannya.
Pergerakan fizikal dalam Silat Cekak adalah merupakan
perkara asas dan perkara utama. Itulah yang dicari dan ingin dikuasai
oleh para penuntut. Namun seiring dengan tugas hakiki tersebut,
penuntut-penuntut juga dididik dengan ilmu, konsep dan falsafah Silat
Cekak melalui pelbagai agenda tersembunyi yang ada dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya. Hal ini demikian, semua usaha
yang dilakukan itu adalah bagi menghasilkan penuntut Silat Cekak
yang mantap, yakin akan kebolehan diri dan mempunyai pegangan
yang kukuh. Banyak istilah tentang konsep dan prinsip yang saya
nyatakan terdahulu. Keyakinan yang wujud bukan hanya bergantung
pada kebolehan fizikal semata-mata tetapi juga melibatkan kebolehan
mental dan kefahaman yang tinggi dan mantap. Itulah peranan besar
kita sesuai dengan konsep Silat Cekak adalah merupakan silat akhir
zaman. Dalam tulisan ini, saya bincang satu daripada pelbagai
konsep atau falsafah atau prinsip yang ada dalam Silat Cekak.
Konsep tersebut ialah GERAK. Banyak perkara yang kita kaitkan
dengan perkataan itu semasa kita mempelajari Silat Cekak.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 29
Konsep, “Silat itu gerak dan yang bagi gerak ialah Yang
Empunya Gerak” ditekankan dari masa ke masa. Penekanan ini
adalah sebagai salah satu usaha bagi memupuk sifat yakin diri pada
para penuntut. Hebat macam mana gerak kita sekalipun jika Tuhan
tidak mengizinkan kejadian gerak pada satu-satu masa yang
diperlukan, maka kehebatan itu hanyalah sia-sia sahaja ketika
memerlukan gerak. Itu sebabnya orang yang mempamerkan
kehebatannya dengan angkuh di depan kita, kita akan melayannya
dengan sifat endah tak endah. Kita yakin bahawa kehebatan itu tidak
mungkin berkekalan sepanjang masa. Kalau Allah tidak memberi
keizinan maka mustahil gerak hebat itu akan berlaku.
Berdasarkan konsep itu, oleh sebab gerak itu adalah
kepunyaan Yang Empunya Gerak, maka hubungan kita dengan-Nya
tidak boleh putus dan alpa. Kita perlu berada dalam satu konteks
yang tegas dan rapat. Penuntut-penuntut Silat Cekak diasuh supaya
sentiasa berada dalam track yang betul dalam hubungan tersebut
bagi menambahkan keyakinan dalam diri. Hubungan dengan Tuhan
adalah perlu. Isi dalam konsep inilah maka Ustaz sentiasa
menganjurkan tanggungjawab berselawat dan bertaubat setiap hari.
Selaras dengan itu konsep syukur amat ditekankan dalam kalangan
penuntut. Orang yang bersyukur juga adalah merupakan sebahagian
daripada usaha perhubungan rapat kita dengan Tuhan. Lebih-lebih
lagi jika hubungan ini dikaitkan dengan sembahyang. Malah ada yang
berani mengungkapkan ayat dan kata supaya jangan tinggalkan
sembahyang. “Tanpa gagal meninggalkan sembahyang, cuba tengok
akan gerakmu.” Mungkin dalam bentuk tulisan, isu ini sukar
dihuraikan. Takut timbul tafsiran yang berlainan.
Penuntut juga diasak dengan konsep bahawa, “Silat itu gerak
dan yang bergerak itu ialah dua tangan dan dua kaki”. Penuntut
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 30
ditanam dengan fahaman bahawa apa jua jenis seni
mempertahankan diri yang wujud dalam dunia ini, seni-seni tersebut
tetap menggunakan kekuatan dan kebolehan dua tangan dan dua
kaki. Dengan sebab itu, kita tidak perlu peduli apa jenis nama
pergerakan bela diri tersebut. Letaklah apa nama sekalipun.
Penuntut-penuntut Silat Cekak tidak akan ambil pusing. Malah
mereka mungkin tersenyum sinis akan nama silat tersebut. Lebih-
lebih lagi jikalau pengenalan silat itu diakhiri dengan perkataan
„berantai‟. Misalnya harimau berantai ke, singa berantai ke atau
sebagainya. Kalau dah berantai, apa yang boleh digerakkan.
Pandangan ini sangat berasas berdasarkan konsep gerak dua
tangan dan dua kaki dalam sistem pembelajaran kita. Oleh itu
penekanan dan ketelitian tentang kedua-dua jenis gerak itu sangat
diambil berat oleh setiap Jurulatih Silat Cekak. Hingga ada antara kita
yang mentafsirkan seolah-olah kaedah tangan yang kita gunakan itu
adalah merupakan buah. Boleh menepis bermakna akan jadilah
buahnya. Kalau tak jadi, memang dah ada buahpun.
Dalam Silat Cekak, konsep „Gerak‟ amat penting. Dari hari
pertama penuntut belajar dengan kita, penekanan pada gerak ini
sangat diambil berat. Kita berkehendakkan mereka memerhatikan
gerak musuh ketika menumbuk. Tumpuan kita adalah menyeluruh,
tidak tertumpu hanya pada pusat atau penyawanya sahaja yang
sering dilakukan oleh seni bela diri lain. Hinggakan ada yang
mengambil kaedah berdasarkan gerak sentuh. Lebam-lebam badan.
Tapi ada juga murid yang berasa megah dengan kelebamannya.
Ketika kita mempelajari pelajaran potong, kita juga menekankan
betapa perlunya memerhati akan gerak musuh ketika menumbuk.
Dalam pelajaran peringkat menyerang, kebolehan memahami gerak
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 31
juga amat diperlukan. Lagi cepat kita dapat menguasai dan
memahami gerak maka lagi hebatlah diri kita sebagai pesilat.
Kebolehan mereka yang dapat membelah kelapa atau
memecahkan batu bata atau atap genting, tidak menghairankan kita
sangat. Benda-benda tersebut tidak bergerak, berbeza dengan
manusia yang sentiasa bergerak. Kalau tak bergerak, memang
senang untuk melakukan apa saja. Tak boleh melawanpun. Namun
begitu, kita menghormati akan kelebihan orang tersebut yang telah
berusaha gigih bagi mencapai apa yang dihajati.
Konsep Segerak amat ditekankan ketika kita mengambil
buah. Pukulan dan kaedah perlu segerak. Kita akan mempastikan
penuntut-penuntut kita tidak melakukan perbuatan dua gerak. Gerak
tangan dan gerak kaki mesti selaras. Belum lagi kita bercakap antara
gerak fizikal dengan gerak hati. Kalau kedua-duanya selaras, gerak
kita amat cantik dan tepat. Melalui bantuan gerak hati maka kita pasti
dapat membuat jangkaan yang tepat untuk memintas gerak dan
muslihat musuh. Dalam konteks silat, mereka yang menguasai gerak
berdasarkan mata hati semakin hebat di samping penguasaan gerak
berdasarkan mata kepala. Kebolehan tersebut perlu diusahakan dan
tidak mudah untuk dimiliki. Tapi untuk menjadikan tangan kita kasar,
jauh sekali. Nanti sukar menyetimkan diri.
Kalau sampai ke tahap gerak fizikal dapat dikaitkan dengan
gerak hati maka hati sentiasa diheret dalam tabiat dan tindak tanduk
kita. Kita sentiasa berhati-hati sepanjang masa. Tidak mudah untuk
menyebelahi mana-mana pihak tanpa bersandarkan prinsip dan
pegangan yang wujud dalam Silat Cekak. Hinggakan percakapan
yang dikeluarkan daripada mulut merupakan kebenaran hakiki pada
yang empunya diri. Apa yang terpancar di mulut maka itulah
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 32
kebenaran hati. Setiap gerak tentu bersebab. Maka kita sentiasa
berhati-hati. Dengan cara itu maka tidak mudah kita dipergunakan
oleh sesiapapun terutama pada mereka yang berkepentingan diri.
Satu masa dulu ramai pendekar kita yang hebat telah dijadikan „jaga‟
oleh pihak penjajah. Sebabnya penjajah kita sangat pandai membaca
gerak hati. Disanjung dan dipuji maka habis telingkup diri.
Oleh itu, rakan-rakan sekalian, jangan dek rokok sebatang,
hilang pegangan diri. Jangan dek nasi sepinggan hilang pegangan
diri. Jangan dek air secawan maka hilang pegangan diri. Jangan dek
diangkat diri maka senang sangat jatuhnya maruah diri.
Kita yang menerima pelajaran akan mentafsir apa yang kita
dapat. Pentafsiran ini sangat bergantung pada ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang ada pada diri kita. Itu sebabnya penerimaan ilmu,
konsep, buah dan sebagainya berbeza-beza antara sesama ahli.
Masing-masing ada kelebihan dalam bidang-bidang yang tertentu.
Cuma saya ingin meneruskan bicara pengalaman saya dalam tulisan
ini berdasarkan apa yang saya dapat dan apa yang saya faham dan
apa yang saya tafsirkan setelah proses penerimaan ilmu hampir tiga
(3) dasawarsa yang lalu.
Kalau gerak fizikal kita hebat, rasanya sangat memadai pada
tahap kita sebagai orang awam. Namun jikalau kita juga dapat
menguasai gerak hati sebagaimana yang saya bicarakan sebelum ini,
maka kehebatan kita semakin terserlah. Siapakah yang menentukan
kehebatan kita tersebut. Sudah semestinya kita sendiri dapat
mentafsirkan kehebatan kita. Kita yang lebih mengenali diri kita.
Bukan takbur atau cakap besar. Sakit demam atau sehat alfiat
tentang diri kita, hanya kita yang lebih arif. Di mana sopak, kurap,
parut, panjang pendek dan sebagainya yang ada pada kita, hanya
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 33
kita yang tahu. Kalau dinding yang berwarna putih kita katakan putih
maka itu bukan mengata namanya. Itulah kenyataan.
Kalau diri dianggap pandai atas ukuran telah mendapat
ijazah, bukan bangga diri atau cakap besar atau bersikap sombong.
Itulah kenyataan namanya. Tapi orang kita ramai yang rendah diri.
Self esteemnya rendah. Sikap ini cuba dikikis daripada penuntut Silat
Cekak melalui pembelajarannya. Kita berkeyakinan dengan
penumbuk kita. Kehebatannya umpama peluru berpandu. Pasti
mengena. Elaklah ke manapun. Hingga ada yang begitu yakin
dengan meletakkan tanda di mana-mana bahagian anggota badan
„musuh‟. Orang-orang dulu menggelarnya calit kapur. Kita yakin
dengan gerak penumbuk kita. Bukannya cakap besar tapi cakap
benar. Dilepaskan penumbuk, di situlah hala tujunya dan mengena.
Dua kali dua pastinya empat. Inilah salah satu konsep yang ditanam
pada penuntut Silat Cekak supaya sentiasa cakap benar dan yakin
diri berasaskan kenyataan. Namun begitu cakap-cakap ini hanya
bermakna pada penuntut-penuntut yang dapat menguasai gerak
yang ada dalam Silat Cekak tersebut.
Acap kali gerak hati dapat menyelamatkan diri daripada
bencana dan kecelakaan. Setiap kejadian ada petandanya. Petanda
itu hanya dapat dirasakan melalui gerak hati. Itu sebabnya ada yang
berpengalaman, kerana selangkah gerak ke hadapan, telah dapat
menyelamatkan dirinya daripada ditimpa sebiji kelapa. Selangkah
gerak ke depan telah menyelamatkannya daripada ditimpa pokok
atau dilanggar kereta. Banyak lagi contoh yang lain. Bila ini berlaku
sepatutnya kita bersyukur kerana diri kita telah diselamatkan oleh
Tuhan. Ada yang tegas memberitahu bahawa itulah kebatinan yang
hakiki. Tuhan masih „sayangkan‟ kita dengan cara menyelamatkan
diri daripada ditimpa bencana. Tapi ramai yang memandang entang.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 34
Selamatnya diri itu dianggap nasib. Nasib baik. Sikap bersandar pada
nasib ini menegaskan keupayaan dan kelebihan diri semata-mata
tanpa menganggap itulah kelebihan Tuhan.
Konsep bergantung pada nasib semata-mata, saya kira cuba
dihapuskan dalam kalangan penuntut Silat Cekak. Penuntut diasuh
bahawa gerak itu datangnya daripada Empunya Gerak. Bukannya
khayalan, tetapi boleh diusahakan penguasaannya. Hebat sekali
prinsip yang ditanam pada kalangan penutut Silat Cekak. Tapi prinsip
itu hanya berkesan pada mereka yang mengetahuinya. Pada mereka
yang sombong atau benak dan buta kayu, jadilah mereka umpama
menjurus air di daun keladi. Dapatlah sikit-sikit akan air yang dijurus.
Sebabnya, itulah harga diri. Tidak cuba untuk menaikkan kualiti agar
harga diri dapat ditingkatkan.
Kita juga diperkenalkan dengan konsep „makan gerak dalam
gerak‟. Dalam konsep ini, penuntut-penuntut diasuh dan dididik akan
kebolehan mentafsir dan bertindak pantas. Kebolehan ini
memerlukan daya penglihatan, pengamatan dan petakkulan yang
hebat. Secara langsung kebolehan ini akan dapat menjadikan diri kita
licik umpama belut, jinak umpama merpati. Mereka ini dirasakan
begitu senang didekati tapi sebenarnya amat payah sekali. Kenalah
berhati-hati. Tak boleh langsung menggunakan tali utuk mencucuk
hidungnya walaupun nampak luas ternganga. Kita berasa begitu
senang untuk menguasai gerak yang ada pada ahli-ahli Silat Cekak.
Tapi pada hakikatnya bukan mudah. Penuntut Silat Cekak sepatutnya
umpama padi, makin berisi maka makin tunduk. Bukannya lalang
yang tiada pendirian dan membuat „kecoh‟ dengan cengkaman dan
sebaran akarnya yang merosakkan tanah tempat naungannya.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 35
Mereka yang tidak mengaplikasikan konsep ini jelas
memperlihatkan diri umpama kuli. Senang saja kerbau dicucuk
hidungnya. Ikut sahaja perintah tanpa ada pemikiran yang
berstrategi. Walaupun diri tidak rela tapi pembohongan tetap ada.
Jadilah mulut tak sama dengan hati walaupun peranan yang diberi
bukannya peranan hakiki.
Penuntut Silat Cekak juga diasuh untuk mengatasi gerak
secara bersaing gerak. Satu langkah musuh gerak, maka selangkah
juga kita bergerak. Apabila gerak telah dikuasai, tak sempat
selangkah gerak musuh maka langkah kita yang kita dahului. Konsep
„potong‟ amat bersesuaian dengan konsep ini. Jika konsep ini kita
kuasai maka tabiat diri akan dipengaruhi. Kita akan sentiasa
mendahului dan bergerak ke hadapan. Penuntut Silat Cekak tidak
sepatutnya merintih tetapi berusaha mengatasi rintihan tersebut. Kita
tidak akan membiarkan perkara itu berlalu tanpa ada tindakan.
Apakah bentuk strateginya. Bentuknya itu terpulanglah kepada
kebolehan dan kepakaran yang ada pada diri seseorang ahli. Niat
mesti ada. Niat adalah bersepadu dengan tindakan. Tanpa tindakan,
niat itu sebenarnya di tahap cita-cita.
Gerak dalam Silat Cekak bukanlah sesuatu yang bersahaja.
Gerak kita adalah gerak yang dirancang. Seiring dengan gerak ini
terdapat prinsip atau konsep kejutan dalam gerak. Konsep kejutan
amat penting dalam gerak Silat Cekak. Orang yang terkejut akan
cepat melatah dan akan berada dalam suasana alpa dalam beberapa
saat dan ketika. Ketika kita menyerang, kejutan pada musuh sangat
diambil kira. Kelatahannya akibat kejutan memudahkan kita
mengatasi pihak musuh. Begitu juga dengan pelajaran kaedah.
Bukannya tampar atau tepis biasa. Apatah lagi ketika gerak membuat
buah. Kejutan akan memudahkan kita mengemaskan pukulan dan
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 36
tangkapan. Lagi cepat dan mudah musuh terkejut, maka lagi cepat
dan mudah kita menyempurnakan gerak.
Kalau kita perlu membuat kejutan untuk mengejutkan gerak
musuh, kita pula perlu berada dalam keadaan tenang. Kita tidak
mahu dikejutkan pula oleh musuh kita. Kita mesti bersikap tenang
sepanjang masa. Ketenangan akan memudahkan kita berfikir dan
menyusun strategi. Kita tidak akan mudah melatah secara tak tentu
hala. Orang yang tidak tenang selalunya mudah dipengaruhi oleh
emosi dan senang dipergunakan oleh orang lain. Konsep dan prinsip
ketenangan ini sepatutnya menyelubungi diri kita. Itupun jikalau kita
benar-benar menjiwai Silat Cekak
Sebab itulah saya selalu mengaitkan diri kita dengan kiasan
mata, telinga dan mulut yang Tuhan kurniakan. Jangan cepat
melatah dan jangan cepat membuat kesimpulan. Kita boleh berbaik
dengan sesiapa sahaja. Pada mereka yang agak meragukan,
kebaikan kita adalah dalam konsep percaya boleh tapi yakin jangan.
Ingatkan kembali latihan silat kita bersama kawan dalam kelas-kelas
silat. Gerak rakan pasangan silat kita jangan mudah diyakini. Dia kata
buat slow tapi aduh! kasar dan pantas sekali. Kita suruh dia tumbuk
di bahagian dada, di bahagian lain pulak yang ditumbuknya. Percaya
boleh, yakin jangan. Misalnya, kalau kita percaya dan yakin bahawa
semasa latihan buah kilas belakang penumbuk rakan kita sepatutnya
di bahagian dada, maka kita selalunya alpa. Kalau konsep gerak,
„percaya boleh, yakin jangan‟ kita amalkan, maka kita akan sentiasa
bersedia. Kalau datang penumbuk di bahagian bawah, kita boleh
terlatah atau buat-buat latah. Dalam masa buat-buat latah, penampar
boleh bagi di mukanya kerana kita dalam keadaan sedar dan
bersedia. Cuma bagi penampar sahaja tapi hanya saja-saja.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 37
Kalau prinsip ini kita dapat kuasai, diri kita tak mudah dibeli.
Harga diri kita dalam konteks silat amat berkualiti tinggi. Tiada untung
yang kita cari. Tapi prinsip dan konsep Silat Cekak perlu
dipertahankan sepanjang masa. Pandai-pandailah bermain politik
bagi melepaskan diri. Sebabnya kita tidak mahu teramai sangat
orang yang terluka hati.
Falsafah
Falsafah yang selama ini diterima pakai bukan terhasil dari
kutipan sana sini kata-kata filosuf dan nukilan tokoh-tokoh sarjana
ulung. Saya bukan selalu berdamping dengan mereka. Cuma melalui
pengalaman mengharungi peristiwa demi peristiwa maka kisah dan
pengajaran tersebut saya jadikan sandaran untuk falsafah yang
hanya diri sendiri lebih memahami. Jadi kalau nak cerita falsafah kita
tak serupa, itu bukan saya punya masalah. Lagipun matlamat utama
penulisan ini bukan nak mencari siapa yang mempunyai falsafah
yang sama. Itu gila punya cerita.
Saya tetap berpegang bahawa Silat Cekak adalah silat yang
mempunyai kehebatan. Tetapi kenyataan ini adalah bersandarkan
kepada kemampuan untuk membuktikan kehebatan tersebut. Bukan
melalui perasaan yang perasan mampu melakukan kehebatan.
Ramai yang kagum sampai lupa kebolehan diri bila melihat
kehebatan Ustaz Hanafi bersilat. Apa yang nak dihairankan, dia Guru
Silat. Memang le sepatutnya hebat. Malangnya ialah mereka yang
masih sampai sekarang dok terlopong mengkagumi kehebatan
tersebut tanpa ada rasa nak mencuba untuk boleh melakukan
perkara yang sama. Dah le tak boleh buat, sibuk sana sini
mencanang hebat itu ini sampai generasi baru yang tak tahu apa-apa
tumpang kagum sama dengan apa yang mereka dengar.
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 38
Perkara ni dah lama dan sekarang mungkin dah kematu.
Payah nak diubah. Guru dah tak tahu nak buat apa sebab sibuk
mencari falsafah terkini bagi nak tarik minat ahli-ahli baru. Tinggallah
Jurulatih yang terkial-kial mengajar kaedah dan falsafah yang
difahamkan bagus. Berdasarkan pengalaman, hujung cerita dah
boleh dijangka. Akhir kalam pelajar pun dah boleh diteka. Tapi apa
mau cakap ma. Tengok saja ma.
Betul ke Silat Cekak ni hebat? Sekali lagi saya katakan,
berdasarkan kepada kemampuan untuk mengamalkan segala gerak
dan rahsia persilatan, memang silat ni hebat. Kita diajar untuk
membentuk kecekapan melalui latihan yang berterusan. Sakit bukan
perkara yang perlu disembangkan sebab yang dibelajar itu ialah silat.
Kita diajar untuk berani berdepan dengan situasi. Dalam masa yang
sama kita diasuh agar tahu mengunakan akal untuk merangka
strategi. Bukan berdepan lawan mengkhinzir buta. Lepas tu setiap
pergerakan mesti ada sebab musabab. Faham ini maka faham le kita
dengan gerak lawan. Ukuran saiz, kalau ditimbang katinya sama,
maka layak le bertanding secara adil. Lebih daripada itu, semuanya
tergolong dalam kategori habuan sesak je. Silibus dan kaedah dah
tak boleh diambil kira. Akal yang tenang lebih perlu untuk menguasai
suasana. Kalah menang soal nombor dua. Yang pasti Silat Cekak
paling koman pun mesti draw.
Jadi kebenaran falsafah dan pegangan dalam konteks ini,
perlu disandarkan dengan satu perkara khusus. Jika kita
membicarakan soal Silat Cekak maka sandaran kita ialah segala
yang berkaitan dengan Silat Cekak. Amat tidak adil untuk kita
bandingkan kefahaman dan falsafah yang diperolehi dalam Silat
Cekak dengan segala bentuk idealisme yang dikutip secara rawak
dari kiri kanan. Sebab itu ramai yang penyudahnya gagal untuk
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 39
memahami isi kandung dan matlamat sebenar Silat Cekak.
Disebabkan ini jugalah ramai yang akhirnya mereka-reka bentuk
kefahaman yang baru. Lebih malang lagi, berhempas pulas mereka
mengembangkan ideologi baru tersebut ke merata alam dengan
harapan ia menjadi satu teras yang kukuh. Saya tak kisah kalau ada
yang bercanggah pendapat dalam hal ini. Bukan kerja saya nak bagi
faham pada semua orang.
Ada yang cuba mengaitkan Silat Cekak dengan apa yang
dinyatakan oleh Ustaz dalam pantunnya. Inipun satu hal. Kaitan
boleh dibuat tapi kaitan tersebut perlu ada kaedah yang sesuai
digunakan. Pantun hanyalah pantun andai dibaca mengikut bunyi
pantun. Bagi saya apa yang lebih utama ialah melihat keseluruhan
pantun sebagai satu jigsaw puzzle yang sebenarnya berselerak tanpa
ada aturan yang betul. Susunlah jigsaw tersebut mengikut gambar
yang kita inginkan. Jadi janganlah selalunya baca pantun tersebut
dengan nada pantun. Cuba sekali sekala baca ikut rentak rap atau
keroncong. Olah semula kedudukan bait-bait mengikut kesesuaian
nada. Bebaskan diri dari segala konsep nahu dan tatabahasa. Silap
haribulan mungkin lebih enak bunyi di telinga.
Pelik? Apa pulak. Ahli Silat Cekak mesti sentiasa berfikir
mencari pembaharuan dalam pendekatan. Tapi taklah sampai
menggadaikan seni dan adat. Itu wajib dipertahankan. Soal orang lain
dah mencipta perubahan sampai mengoyakkan istiadat, itu bukan
tanggungjawab saya untuk memperbetulkan lagi. Dah cakap tapi nak
buat jugak. Soal orang lain buat tak haluan pada anak kawan, pun
bukan tugas saya nak cari jalan penyelesaian. Dulu lagi dah bagi
amaran tapi depa buat tak heran. Yang diutamakan sekarang ialah
usaha mesti diteruskan untuk menghidupkan tajuk persilatan. Jangan
sampai tak ada langsung topik berkaitan silat yang boleh
Sepak Minang
Fahami Prinsip, Konsep dan Falsafah Silat Cekak 40
disembangkan. Biar generasi sekarang seronok mencari ilmu silat.
Bukan ilmu ngelat. Biar anak-anak muda sekarang berhambat-
hambat mengejar kefahaman persilatan. Bukan kealpaan
berpersatuan.
Tak kisah apa orang nak kata. Saya cuma nak bagi tahu
bahawa falsafah dan kefahaman ini bukan direka. Sebaliknya inilah
tauladan dari sebahagian peristiwa yang dialami dan boleh dipelajari
sepanjang berada dalam Silat Cekak. Peristiwa yang akhirnya
menjadi satu kebenaran yang hanya mampu diterjemah dengan baik
oleh diri sendiri. Orang lain saya tak tahu. Terpulang. Tak paksa
untuk terima dan tak pulak suruh menolak.
Dato‟ Mohd Rauhi ketika mengajar Seni Silat Cekak di kelas
latihan Pasir Puteh, Ipoh - 1982
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
41
PELAJARAN
KAEDAH
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
42
FALSAFAH, KONSEP DAN PRINSIP KAEDAH
Saya berasa sangat beruntung kerana pernah berbincang
secara empat biji mata dengan Ustaz tentang falsafah, konsep dan
prinsip pelajaran Kaedah. Dalam perjalanan balik ke Kedah, Ustaz
telah singgah di rumah saya yang merupakan pusat latihan di Pasir
Puteh, Ipoh. Di situlah perbincangan berlaku. Rasa-rasanya sekitar
tahun awal lapan puluhan. Sengaja saya nyatakan perkara tersebut
sebagai catatan kenangan saya dalam sejarah penglibatan saya
dalam persilatan Silat Cekak.
Satu ketika dulu, kita hampir-hampir beradu secara rasmi
dengan sebuah pertubuhan silat Melayu iaitu Silat Lincah. Saya
katakan rasmi kerana permit beradu berkenaan telah diperoleh.
”Peraduan‟ dijangka diadakan di Kampung Pandan. Walau
bagaimanapun, permit tersebut telah ditarik balik di saat-sat akhir,
pada hari yang sama.
Saya bertanyakan Ustaz tentang bentuk atau penekanan
pada latihan ketika kita perlu berhadapan dengan silat tersebut.
Ustaz memberitahu saya bahawa gerak latihan utama yang dilatih
para ‟pejuang‟ Silat Cekak ketika itu ialah Kaedah. Ustaz telah
menghurai akan bentuk latihan Kaedah atas sifat kebenaran atau
falsafah Kaedah berserta Konsep dan Prinsipnya
.
Isi tulisan yang saya petik semula adalah berdasarkan
kefahaman saya atas perbincangan yang pernah dilakukan dengan
Ustaz. Hal yang demikian menguatkan lagi pengetahuan dan
kefahaman saya yang pernah dilatih Ustaz ketika mempelajari Silat
Cekak dulunya. Berikut, ikutilah petikan tulisan saya yang lalu itu.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
43
Konsep Kaedah.
Kaedah-kaedah menepis dalam Silat Cekak saya sifatkan
sebagai ’rumah buah’. Dalamnya lahirlah gerak-gerak fizikal yang
ada dalam Silat Cekak. Tapi, kalau nak lambangkan kaedah tersebut
sebagai tiang rumah atau dinding rumah atau rumah sembah atau
tapak sembah atau sebarang bentuk lambang yang lain maka
buatlah. Jangan buang masa dengan pertengkaran atau perbahasan.
Yang nak belajar ialah para penuntut baru di kelas kita yang bayar
yuran. Perkara yang penting dalam pemikiran kita ialah menerima
hakikat betapa pentingnya pelajaran Kaedah dalam gerak Silat
Cekak. Tanpa Kaedah yang betul maka buah-buah yang dibuat pasti
tidak kemas dan tidak berseni. Oleh itu, penekanan yang teliti perlu
diberi dalam pelajaran kaedah ini.
Strategi Mengajar Kaedah.
Sudah menjadi kebiasaan dalam sistem pelajaran kita yang
sentiasa memberi pelajaran baru dalam setiap kelas latihan silat.
Oleh itu, Kaedah yang empat (4) tersebut perlulah diajar selama
empat (4) kali latihan. Jangan gopoh dan terburu-buru untuk
meneruskan pelajaran lain selagi Kaedah-Kaedah itu tidak dikuasai
sepenuhnya. Janganlah kita sendiri berasa jemu mengajar Kaedah-
Kaedah tersebut untuk empat kali latihan. Hinggakan kita turut
menganggap penuntut juga akan berasa jemu. Oleh sebab ingin
menambat hati mereka maka Kaedah yang sepatutnya diajar empat
kali latihan telah menjadi dua atau tiga kali latihan sahaja.
Berdasarkan pengalaman, hal yang demikian amat merugikan para
penuntut kita pada masa jangka panjang.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
44
Dalam konteks kemahiran dan penguasaan Kaedah-Kaedah
tersebut, peranan Penyelia Kelas adalah sangat mustahak. Setiap
tahap prestasi penuntut dalam kelasnya perlu diberi perhatian dan
sentiasa ada dalam ‟kepalanya‟. Untuk membuat catatan tentunya
agak keterlaluan. Memadai dalam ingatan Penyelia Kelas
mengetahui kelemahan dan kekuatan setiap penuntut yang diselia.
Saya yakin bahawa hal yang demikian tidak mendatangkan masalah
kerana kebiasaannya, Penyelia Kelas itu sendiri adalah merupakan
Jurulatih yang senior dan lebih berpengalaman daripada Jurulatih
yang lain.
Mengajar kaedah perlu bersepadu dengan pengajaran cara
membuat tumbukan. Kita menekankan bahawa Silat Cekak berdiri
lurus dan menumbuk dalam keadaan berdiri tersebut. Perbandingan
antara konsep ‟lurus‟ dengan ‟kuda-kuda‟ perlu berhati-hati ketika
membuat penerangan. Hal yang demikian bagi mengelak penuntut
kita bergerak secara robot kerana takutkan kaki terbengkok umpama
berkuda-kuda. Konsep kemudahlenturan gerak perlu dimiliki oleh
mereka.
Hormati kebolehan Penuntut.
Kita juga perlu berhati-hati ketika memandu mereka membuat
tumbukan yang betul. Setiap penuntut ada gerak tumbukan semula
jadi. Jangan diusik kebolehan hakiki tersebut. Hal yang demikian
kerana tumbukan itu juga akan mempengaruhi tumbuk serang yang
bakal diperoleh di suatu masa nanti. Cuma, tugas kita ialah
membetulkan tumbukan mereka sesuai dengan kehendak persilatan
kita dalam sistem pelajaran Silat Cekak.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
45
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah mereka
yang pernah belajar silat tentunya berbeza tumbukannya dengan
mereka yang tidak pernah berpengalaman dalam silat-silat lain. Pada
mereka yang pernah belajar silat, cara tumbukan silat asalnya akan
banyak mempengaruhi gerak tumbuknya. Sukar diubah pergerakan
tumbuknya. Oleh itu, jangan dikondem cara tumbukan mereka.
Maklumlah. Tumbukan tersebut adalah amalan silatnya yang
diturunkan oleh guru silat sebelum ini yang tentunya pernah
disanjung atau masih disanjung lagi. Berfikiran positif. Pada kita,
usahanya mempelajari Silat Cekak adalah baik untuk menambahkan
khazanah ilmu bela diri orang Melayu untuk dirinya.
Berdasarkan pengalaman, jika penumbuk asalnya dikomen
habis maka akan memberi kesan berpanjangan dalam hati penuntut
berkenaan dalam dua keadaan. Pertamanya penuntut itu akan
memendam perasaan hingga ke akhir pelajaran. Hatinya mungkin
terguris berpanjangan. Keduanya, jika penuntut itu berfikiran terbuka
maka mudahlah ’mind setnya‟ ditukar ganti dengan kaedah tumbukan
yang baru. Jika tidak, faktor menolak pelajaran menumbuk yang
dianggap ‟mahal’ dalam sistem pelajaran Silat Cekak akan berlaku
dalam kotak pemikirannya.
Kawal Diri Semasa Pengajaran.
Ada dalam kalangan penuntut yang terguris hati akan
menimbulkan aksi tertentu semasa proses pembelajaran Silat Cekak
masih berlaku. Kadang kala diujinya penumbuk sedia ada padanya
semasa latihan sama ada sesama penuntut atau dengan Jurulatih
yang mengajar ketika memberi buah. Kelam kabut juga para Jurulatih
yang menyambut tumbukan mereka. Ada juga dalam kalangan
Jurulatih yang baran dan kurang senang.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
46
Saya difahamkan bahawa ramai juga Jurulatih yang menepis
tumbukan penuntut tersebut jadi gabra, lantas memarahi penuntutnya
dengan kata-kata, “Tumbuklah betul-betul.” Ada yang sambung lagi
dengan nada marah, “Bagi sebijik nanti baru tau.” Tak sedar. Bila dah
bagi sebijik maka tinggallah sebijik lagi. Badan semakin lemah.
Penuntut makin kasar dan dia semakin lembut.
Oleh itu, berhati-hatilah mengeluarkan perkataan atau ayat
ketika geram. Pada hal, apa perlunya mengingatkan penuntut.
Sebaliknya ingatilah diri sendiri supaya sentiasa bersedia dengan
segala bentuk tumbukan dari penuntutnya. Para Jurulatih perlulah
mengamalkan konsep pengamatan pada tumbukan penuntut
kita, ’Percaya boleh tapi yakin jangan.‟ Bagi penuntut yang berasa
dirinya ‟dihina‟ atas pelajaran yang ada, mungkin juga akan
mengambil keputusan meninggalkan Silat Cekak.
Saya mempunyai banyak pengalaman mengajar bekas-bekas
pesilat lain. Terdapat beberapa orang dalam ingatan saya. Seorang
bertali pinggang hitam dari seni bela diri luar negara dan seorang lagi
orang kanan salah sebuah pertubuhan silat Melayu yang ada.
Penumbuk mereka beratnya berkati-kati. Pergelangan tangan sama
besarnya dengan lengan. ‟Melayan‟ mereka perlu berhati-hati tapi
tidaklah hingga menggadai prinsip diri dan prinsip Silat Cekak. Kita
tidak boleh mengikut hati. Hal yang demikian boleh mengancam
‟kedudukan‟ diri kita sebagai Jurulatih sukarela sama ada aspek
fizikal atau aspek perasaan kita.
Walau bagaimanapun, prinsip menghormati penuntut yang
pernah belajar silat lain perlulah ada. Saya kira kesediaannya belajar
Silat Cekak boleh dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan
kita. Jangan disentuh latar belakang persilatannya. Jangan dikomen
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
47
penumbuk silat asalnya. Sebagai penuntut yang baru belajar, bina
kefahaman baru mereka dari semasa ke semasa.
Teringat pengalaman saya yang pernah mempelajari silat lain
sebelum memasuki Silat Cekak. Kata-kata ’menunggu serangan
secara berkuda-kuda dilambangkan dengan rotan bengkok di hutan’.
amat menusuk jiwa. Jika Ustaz yang mengeluarkan ayat berkenaan
pastinya boleh terima. Akan tetapi jika Jurulatih yang dianggap sama
standard dengan kita berkata demikian maka mulalah timbul
perasaan di hati untuk mencuba. Alhamdulillah. Ketika itu saya
sentiasa berfikiran rasional. Mengumpul ‟perasaan‟ dan ‟tekad‟
hingga ke akhir pelajaran supaya tidak terganggu fikiran dalam
proses mendapatkan ilmu Silat Cekak.
Tingkatkan Mutu Pengajaran.
Perhatikan gelagat penuntut sebelum melepaskan tumbukan.
Ajar mereka supaya pandang pada rakannya. Badan mengadap
rakan. Ada tabiat penuntut yang menumbuk secara badan berpusing
seratus lapan puluh darjah. Mula-mula pandang ke kanan dan bila
membuat tumbukan. mereka memandang ke kiri. Akibatnya, mereka
menumbuk tanpa lihat pada rakan. Hal yang demikian akan
menyebabkan penuntut akan ’menyimpan‟ penumbuknya.
Pasangannya tak dapat lihat penumbuk rakan. Maka dari segi
pelajaran, rugilah rakannya itu.
Di samping itu, perhatikan kaki penuntut ketika menumbuk.
Jangan biarkan mereka menumbuk secara badan yang selari tanpa
memandang rakannya dan selepas menumbukpun masih selari tanpa
mengadap muka rakannya. Jika hal itu berlaku maka tapak kaki
penuntut berkenaan akan beralih tegak pada pandangan sisi secara
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
48
gerak seratus lapan puluh darjah. Pada hal, jika kita memberatkan
penuntut berkenaan supaya mengadap muka rakannya maka tapak
kakinya pasti dalam posisi lebih kurang empat puluh lima darjah
secara berhadapan.
Langkah kaki adalah berdasarkan gerak langkah kaki semua
jadi. Umpama berjalan sehari-hari. Langkah besar akan mengundang
lutut bengkok umpama berkuda-kuda dan akan menyebabkan
penumbuk yang dihantar mungkin kaku. Perbaiki kelemahan ini dari
masa ke masa. Jika dibiarkan, apabila tamat nanti pastinya tumbuk
serang penuntut tersebut tak begitu menjadi.
Tumbukan di dada perlu ditumbuk pada dada kiri atau
sekoman-komannya pada tengah dada. Hal ini demikian untuk
mengelak sifat penumbuk yang ‟lari‟ daripada sasaran pada dada
pasangannya. Maknanya kalau tak tepis penumbuk pun maka tidak
kena pada badan. Perbuatan tersebut jangan dibiarkan. Amat
merugikan mereka dalam jangka masa panjang.
Itu sebabnya para Jurulatih kena turun padang untuk berlatih
bersama-sama dengan penuntutnya bagi mempastikan tumbukan
para penuntutnya betul. Tidak mungkin kita juga melarikan penumbuk
daripada sasaran dek lewat penuntut kita menepisnya. Kalau
penuntut tidak menepis tumbukan kita maka pastilah tumbukan kita
mengena di dada mereka. Hal yang demikian itu penting kerana
tumbukan yang betul akan mempengaruhi tumbuk serang mereka
setelah tamat. Elok penumbuknya maka akan eloklah tumbuk
serangnya.
Sebagai seorang Jurulatih yang berkesan, janganlah beri
arahan secara PJJ. Istilah itu bermaksud pengajaran jarak jauh.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
49
Turun padang. Kalau boleh, setiap penuntut merasai hantaran
penumbuk Jurulatih. Lihat gerak silat mereka. Berdasarkan
pengalaman, sekilas ikan di air maka tahu akan jantan dan betinanya.
Dengan cara kita bersilat bersama mereka, pada dasarnya kita akan
tahu antara mereka yang berpotensi hebat atau sebaliknya.
Senanglah kita membuat perancangan untuk mempastikan semua
penuntut kita yang tamat nanti akan mempunyai kebolehan yang
sama hebat dan sama tandingnya.
Tumpuan Mata
Saya selalu ditanya anak didik. Ketika menumbuk mata
memandang arah ke mana. Maka saya jawab, “Berdasarkan gerak
mata kita yang semula jadi”. Bila kita berhadapan dengan musuh
biarlah mata memandang secara keseluruhannya. Amat berguna
prinsip ini dipakai di kemudian pelajaran. Penumbuk serang umpama
peluru berpandu. Biar peluru mencari sasarannya sendiri tanpa dapat
dikesan radar. Tahulah mata berperanan, sesuai dengan pemikiran
kita yang ada. Mana boleh difokus-fokus.
Pada penuntut yang baru mula belajar menepis tumbukan
rakannya maka bolehlah diingatkan supaya memerhati lengan
pasangannya yang menumbuk. Hal ini demikian akan
memudahkannya membuat tepisan di peringkat permulaan. Tapi
prinsip itu jangan dibiarkan berpanjangan. Apabila tiba ketikanya,
tegaskan kepada mereka supaya pandangan dibuka seluas-luasnya
berdasarkan pandangan semula jadi yang berkait rapat dengan
fikiran dan hati.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
50
Bentuk Pengajaran
Ketika pembelajaran Kaedah tersebut, saya kurang
berbincang untuk menyatakan kehebatan Silat Cekak. Tarik dulu
perhatian mereka pada kita. Wujudkan suasana kemesraan bagi
memupuk sifat kepercayaan. Ketika kita memerhati gelagat anak
murid kita, mereka juga mengkaji akan perwatakan kita. Penuhkan
latihan dengan masa yang terancang. Jaga disiplin diri. Kalau kita
dapat hadir ke kelas mendahului kedatangan penuntut, maka
alangkah baiknya. Pengurusan diri perlu disesuaikan dengan masa.
Jika latihan bermula pada pukul lapan setengah maka apabila tiba
masanya, jangan ditunggu-tunggu lagi. Mulakan latihan. Mereka yang
lewat biarkan menunggu atau disuruh pembantu kita mengajar
mereka akan apa yang tertinggal. Hal yang demikian akan memaksa
mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehendak atau peraturan
masa yang kita bentuk secara tidak langsung.
Setelah selesai pelajaran kaedah maka pada hari keempat
latihan eloklah dilakukan ujian. Kalau boleh, jemputlah Jurulatih luar
untuk melakukan tumbukan. Tapi ingat. Jangan sesekali menjatuhkan
semangat penuntut kita. Kuatkan semangat pada penuntut yang
lemah. Teguhkan semangat pada mereka yang hebat.
Sesungguhnya kita mampu berbuat demikian.
Pengajaran Kaedah perlulah sekata atau sama
pemberatannya. Walau bagaimanapun, berdasarkan fahaman yang
saya terima, Kaedah A tersangat banyak gunanya. Saya juga
difahamkan Ustaz bahawa Kaedah tersebut hanya terdapat dalam
Silat Cekak. Silat-silat Melayu yang lain mungkin ada gerak tersebut
tetapi dalam keadaan yang terbalik.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
51
Mengambil Kaedah A juga agak menyukarkan. Sangat
menggerunkan apabila menggunakan Kaedah ini jika penumbuk
yang datang tersangat laju dan berat berbanding dengan
penggunaan Kaedah B. Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang susah
ada kelebihannya. Susah dapat atau susah kuasai tapi banyak
gunanya.
Setiap Kaedah ada sifat dan penekanan penggunaannya.
Bahan tulisan yang diterbitkan bolehlah dijadikan panduan. Walau
bagaimanapun, latihan Kaedah juga boleh mendatangkan kesan atau
kemudaratan pada penuntut yang tidak cerdas dan cergas. Lengan
dan bahagian atas siku memungkinkan bengkak atau menjadi biru.
Amat mudah kita mengatakan atau menegaskan kepada penuntut,
’kena atau sentuh baru ambil kaedah.‟ Atau ’jangan pukul atau hentak
tangan si penumbuk bagi kaedah B, C dan D.‟ Apatah lagi dikatakan,
”Rasa baru ambil.”
Berdasarkan pengalaman, kata-kata tersebut tersangat susah
untuk diterima oleh logik mereka. Maka timbullah persoalan dalam
kalangan mereka. Nak bertanya takut, tak tanya mengarut. Pemikiran
itu juga telah berada dalam benak saya ketika belajar dulu. Oleh itu,
berhati-hatilah menggunakan perkataan dalam ayat penerang
tersebut. Jangan cepat atau beria-ria sangat menimbulkan persoalan
dalam kalangan penuntut. Sampaikan saja pelajaran tanpa banyak
sangat membebel pada permulaan pelajaran.
Proses Menyampaikan Pelajaran
Cara kita menyampaikan Kaedah pada permulaan
pembelajaran biarlah secara berperingkat. Ketika ini kaedah berbaris
sangat popular dan dianggap sebagai satu kemestian. Walau
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
52
bagaimanapun kepelbagaian bentuk latihan mesti ada. Berbaris
kadang kala menyekat kreativiti penuntut untuk berlatih dalam bentuk
yang dikehendaki mereka. Namun begitu, berbaris dapat
mempastikan semua penuntut berlatih menurut kehendak Jurulatih.
Hal ini demikian terutamanya ketika para penuntut mula ’curi tulang’.
Kadangkala biarkan mereka berlatih bersendirian dengan
pasangan yang ada. Tugas kita ialah mengawasi mereka. Bukannya
memberi arahan dari atas bangku tanpa turun padang. Dari masa ke
masa buatlah tumbukan pada mereka yang kita pilih. Lagi ramai
penuntut yang kita libatkan maka lagi baik. Secara langsung kita akan
tahu kemampuan mereka dalam silat. Konteks peribadi dengan
penuntut dapat dijalinkan. Sekurang-kurangnya kita juga dapat
mengeluarkan peluh dan memantapkan pergerakan sendiri.
Kaedah penyampaian setiap Kaedah secara berperingkat
eloklah diteruskan. Mula-mula letak tangan. Kanan dan kiri.
Pemberatan tetap pada kanan. Namun begitu, tumbukan kiri jangan
diketepikan. Kita suruh penuntut menepis hingga kita berpuas hati
akan seni tepisannya. Kemudian kita tumbuk tanpa mengerakkan
kaki. Mula-mula perlahan dan kemudiannya bertambah laju dan
‟beratkan‟ penumbuk. Apabila mendatangkan tekanan kepada
penuntut maka kita perlahankan kembali tumbukan kita tersebut.
Seterusnya kita menumbuk beserta pergerakan kaki. Masa yang
diambil mungkin hingga beberapa minit setiap orang. Jangan begitu
gopoh untuk ‟memasukkan‟ semua pelajaran Kaedah dengan segera
pada para penuntut.
Masa saya, semua penuntut akan berasa ditumbuk oleh
Jurulatih. Kalau ada dua atau lebih Jurulatih maka bolehlah
dipecahkan mereka secara kumpulan. Itupun setelah semua penuntut
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
53
faham atas satu penerangan daripada seorang Jurulatih yang diberi
mandat menurun buah. Penerangan daripada seorang Jurulatih
sahaja dalam setiap kelas latihan adalah penting. Fikiran penuntut
tidak akan bercelaru dengan kepelbagaian maklumat jika ramai
Jurulatih yang membuat penerangan.
Jika penerangan yang diberi oleh seorang Jurulatih tidak
lengkap pada pemerhatian Jurulatih yang lain maka Jurulatih
berkenaan boleh membisikkan kepada Jurulatih yang membuat
penerangan tersebut. Biar dia sahaja yang membuat pembetulan
atau menambah maklumat. Sentiasa ingat. Jurulatih mampu
berperanan untuk menaik atau menjatuhkan semangat para
penuntutnya. Berfikirlah. Jangan gopoh atau menurut perasaan ketika
memberi pelajaran kepada para penuntut yang baru mengenali alam
persilatan Silat Cekak.
Jelaslah bahawa apa yang berlaku seterusnya dalam
pembelajaran Silat Cekak, banyak bergantung pada permulaan
pelajaran. Pemulaan pelajaran adalah Kaedah. Kalau semuanya
betul pada pemulaan pelajaran maka akhirnya pun pelajaran yang
diterima penuntut akan jadi betul juga. Kalau dari mula telah salah
maka penamatnya juga akan salah. Kehebatan penuntut akan
menjadi tak tentu hala. Kasarnya pun tak tentu hala walaupun dari
pandangan kaca mata nampak hebat. Oleh itu, ambil berat pada
pelajaran kaedah A hingga kaedah D. Berikan tumpuan pada
pembelajaran Kaedah agar para penuntut yang kita latih akan belajar
bersungguh-sungguh. Kesungguhan mereka akan menyebabkan
penguasaan mereka dalam gerak Silat Cekak menjadi hebat.
Lembutpun hebat dan kasarpun hebat.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
54
Pada peringkat permulaan pembelajaran ini juga, hal-hal
fizikal yang kita tidak gemari jangan mudah dibuat teguran. Misalnya
pada mereka yang bergelang atau bersubang atau berantai. Sudah
menjadi sifat mereka memakai alat tambahan tersebut sejak sekian
lama. Mana mungkin dalam sekelip masa kita dapat mengubah tabiat
mereka. Mungkin mereka akan menurut kehendak kita kerana
kepentingan bersilat. Tapi tidak tunduk di hati. Meninggalkan
perbuatan tersebut hanya sewaktu latihan. Mereka akan berpura-
pura. Bersabarlah akan masa perubahannya. Buat ikatan hubungan
terlebih dahulu.
Kaedah Pengajaran
Sebelum ini, pelbagai cara kita lakukan dalam kalangan
penuntut kita bagi memahamkan mereka tentang kepentingan
Kaedah dalam Silat Cekak. Satu daripada usaha tersebut adalah
melalui kefahaman yang sedia ada pada kita. Kita selalu difahamkan
tentang pertalian antara huruf, perkataan dan ayat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak. Pertaliannya adalah
bersepadu, bertali arus dan tidak boleh dipisahkan. Pelajaran kaedah
dilambangkan sebagai perbuatan mengenal huruf. Buah asas
dinggap sebagai perkataan dan apabila disambungkan menjadi ayat
maka berlambangkan buah jatuhan. Penerangannya amat logik dan
mudah diterima oleh para pendengar dalam sebarang majlis
penerangan Silat Cekak.
Masih tergambar majlis penerangan yang dibuat Ustaz. Saya
ada bersama. Disuruhnya rakan saya menumbuk dan saya menepis
berdasarkan kaedah Silat Cekak. Diterangkannya kaedah tepisan itu
adalah huruf ‟A‟. Kalau berdasarkan buah Pertama, Kaedah A
dihurufkan A. Asas buah Pertama dieja menjadi perkataan ‟Ayam‟.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
55
Sebelum saya membuat jatuhan Ustaz mengayat, “Ayam makan
padi.” Maka saya pun buat jatuhan. Demikian juga dengan buah-buah
lain berdasarkan setiap kaedah. Begitulah pertalian yang kita cuba
buktikan antara kaedah dan jatuhan.
Pada para pendengar tentunya menarik minat mereka akan
sistem yang ada dalam Silat Cekak. Bagi kita yang telah mengetahui
akan kelebihan sistem itu perlu meneguhkan fahaman kita betapa
Kaedah yang dilambangkan sebagai huruf, amat besar makna dan
peranannya. Tanpa huruf mana boleh kita membuat perkataan dan
seterusnya membuat ayat. Maknanya, tanpa Kaedah yang mantap
mana boleh kita membuat buah asas dan jatuhan yang kemas. Oleh
itu, sebagai Jurulatih kita perlu sentiasa ingat betapa perlunya kita
memantapkan penguasaan Kaedah A, B, C dan D pada diri kita.
Kalau prinsip ini dikuasai maka tidak perlu kita risaukan pelbagai
bentuk penumbuk yang tiba daripada penuntut kita.
Semasa kami berlatih di Lorong Haji Sirat ada tiang-tiang
kayu bagi memahirkan latihan Kaedah. Kami akan bersandar pada
tiang tersebut untuk menepis tumbukan rakan. Semasa saya
membuka kelas latihan di cawangan, bentuk latihan pada tiang masih
diteruskan. Tiang yang ada memaksa kita berdiri tegak tanpa dapat
menggerakkan badan. Ada juga dalam kalangan kami yang mengikat
badan bagi mengkakukan pergerakan badan.
Hal yang demikian berdasarkan Konsep badan diumpamakan
raja, manakala tangan yang menepis umpama pahlawan. Bila datang
serangan musuh, para pahlawan perlu bertindak melindungi
raja. Mana boleh raja dicederakan. Mana boleh raja melarikan diri
ketika pahlawannya ada bersama. Kalau pahlawan tak mantap maka
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
56
kedudukan raja akan goyah. Jika pahlawan tersangat mantap maka
raja yang dilindung akan bertambah hebat.
Seperti yang saya katakan, ketika kita menyahut cabaran
untuk berentap dengan satu silat yang lain pada satu ketika dulu,
penekanan pada latihan Kaedah amat diberatkan. Latihan tersebut
telah dilakukan kerap kali bagi memastikan penguasaan mantap
pada Kaedah. Kita yakin bahawa daripada Kaedah, pelbagai bentuk
pukulan atau buah dapat dihasilkan. Atas keyakinan tersebutlah kita
berani meletak syarat patah, pengsan dan mati sebagai perjanjian
utama untuk beradu dengan silat berkenaan. Kita yakin bahawa
penguasaan Kaedah yang ada dalam Silat Cekak amat memberi
manfaat pada para pengamal Silat Cekak. Jangan permudahkan
pelajaran Kaedah dalam Silat Cekak.
Oleh itu, dalam kalangan Jurulatih berfikirlah cara-cara untuk
menguasai Kaedah-Kaedah yang ada dalam Silat Cekak secara
mantap pada diri dan dalam kalangan penuntutnya. Pada akhir
pelajaran Kaedah, wujudkan kemahiran gerak menepis serangan
secara spontan tanpa berpakat menyatakan sasaran tumbukan.
Walaupun kekemasannya mungkin tidaklah seratus peratus tetapi
asasnya, perhatian para penuntut telah ditarik supaya mementingkan
Kaedah dalam proses penerimaan ilmu Silat Cekak. Latihan
berdasarkan badan bersandar pada tiang masih boleh diguna pakai.
Elok juga kalau dapat dihidupkan semula. Kalaupun kurang sesuai
digunakan untuk latihan pada para penuntut baru akan tetapi pada
para Jurulatih yang ada bolehlah guna pakai bentuk latihan tersebut.
Sekurang-kurangnya seminggu sekali latihan.
Kita berharap apabila tamat nanti, serangan-serangan yang
berlainan arah, berkemampuan disambut dengan Kaedah-Kaedah
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
57
yang telah ditentukan. Hebat Kaedah maka akan hebatlah pesilat
berkenaan dalam penguasaan Silat Cekak.
Fahaman Songsang.
Malangnya, ramai juga Jurulatih yang terkeliru dan membuat
kesimpulan sendiri tentang konsep Kaedah. Mereka tetap cuba
menghubungkan gerak Gelek dalam buah-buah keputusan dengan
Kaedah yang sedia ada. Oleh sebab buah Sendeng Atas ada unsur-
unsur Kaedah B, nak dikatakan Kaedah B tentunya tak sesuai. Maka
dianggaplah Kaedah B itu sebagai kaedah B Bangkang. Begitu juga
dengan buah Terlak dan Lintau. Nak dikatakan guna Kaedah C tak
boleh kerana berlainan caranya. Namun begitu ada unsur-unsur
Kaedah C. Maka senang bicara, dikatakanlah Kaedah C Bangkang.
Pada saya, penggunaan istilah membangkang itu adalah
sesuatu yang tidak benar dalam Silat Cekak. Jelaslah betapa
adanya dalam kalangan Jurulatih yang terkeliru dengan konsep
membangkang serangan lawan atau membangkang tumbukan lawan.
Asal saja tangan lawan ditolak sama ada dari luar atau dari dalam,
maka dianggap membangkang. Maka lahirlah istilah „B dan C
Bangkang‟ pada buah-buah jatuh yang tertentu. Sendeng Atas
dikatakan menggunakan Kaedah B Bangkang dan buah Terlak dan
Lintau dikatakan „C Bangkang‟.
Tak pernah terlintas dalam fikiran saya akan penerangan
Jurulatih yang boleh membuat kesimpulan sebegitu. Pada
saya, kesimpulan itu adalah bertentangan dengan konsep dan
falsafah Silat Cekak itu sendiri. Satu langkah penambahan istilah
yang tidak benar dalam proses penyampaian pelajaran Silat Cekak.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
58
(Untuk mendapatkan penjelasan lebih, sila rujuk Blog Lading
Emas perkara 58.11.1 atas tajuk Silat Cekak Anti Gerak
Membangkang).
Kesimpulan Pelajaran Kaedah.
Kaedah-kaedah menepis dalam Silat Cekak saya sifatkan
sebagai „rumah buah‟. Konsep rumah membawa makna segala-
galanya adalah bermula dari rumah. Kita mungkin sudah biasa
dengan slogan-slogan yang melambangkan konsep atau peranan
rumah. Misalnya, ’Rumahku syurgaku‟. Maknanya ketenangan dalam
hidup banyak terhasil dari rumah. Kita juga mungkin biasa
mendengar slogan „Keselamatan bermula dari rumah’. Maknanya,
segala sifat atau perangai kita yang sentiasa berhati-hati, tenang dan
sebagainya adalah bermula dari asuhan di rumah. Oleh itu, kalau kita
hubungkan bidang persilatan maka tidak hairanlah, segala-galanya
tentang gerak silat kita adalah bermula dari penguasaan kita pada
pelajaran Kaedah.
Kita yakin bahawa dari kaedah, pelbagai bentuk pukulan atau
buah yang amat berkesan dapat dihasilkan. Buahnya ringkas tapi
amat berkesan. Begitu juga dengan Kaedah Silat Cekak itu sendiri
yang boleh dianggap mudah dan ringkas. Tapi, tersangat besar
faedahnya. Atas keyakinan tersebutlah kita berani meletak syarat
tegas untuk berentap dengan silat lain satu ketika lalu.
Kita juga yakin bahawa penggunaan Kaedah yang ada, amat
memberi manfaat pada pengamal Silat Cekak. Gerak silat kita tidak
banyak guna kekuatan. Geraknya selamba dan semula jadi. Namun
begitu, jangan pula dipermudahkan pembelajaran Kaedah.
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
59
Sesungguhnya, Silat Cekak amat mementingkan Kaedah.
Tanpa penguasaan Kaedah yang betul, maka buah-buah yang dibuat
pasti tidak kemas dan tidak berseni. Menurut Ustaz, ketika kita
menyahut cabaran untuk berentap dengan satu silat yang lain pada
satu ketika lalu, penguasaan pada Kaedah amat penting. Persediaan
latihan lebih banyak pada latihan Kaedah bagi mempastikan
penguasaan padanya adalah mantap dan berkesan serta muktamad
untuk mematikan serangan lawan.
Saya pernah menulis bentuk latihan Kaedah tersebut. Ada
dua perkara yang dipentingkan. Pertamanya ialah kepantasan tangan
menepis sebarang bentuk serangan tangan dalam situasi yang
spontan. Keduanya ialah kemantapan badan yang tidak bergerak
atau beralih kedudukan. Ada jenis latihan yang boleh dilakukan
seperti yang diberitahu Ustaz. Saya pernah menyentuh hal yang
demikian dalam tulisan yang terdahulu.
Oleh itu, kaedah yang empat itu perlulah diajar selama empat
kali latihan. Jangan gopoh dan terburu-buru untuk meneruskan
pelajaran lain selagi Kaedah-Kaedah itu tidak dikuasai sepenuhnya.
Janganlah kita berasa jemu mengajar Kaedah-Kaedah tersebut untuk
empat kali latihan. Hinggakan kita turut menganggap penuntut pun
akan berasa jemu. Oleh sebab nak menambat hati mereka maka
pelajaran yang sepatutnya diajar empat kali latihan telah menjadi dua
atau tiga kali latihan. Amat merugikan para penuntut.
Setiap Kaedah ada sifat dan penekanan penggunaannya.
Latihan Kaedah boleh mendatangkan kemudaratan pada penuntut
yang tidak cerdas dan cergas. Lengan dan bahagian atas siku
mungkin lenguh dan menjadi biru apabila tumbukan kita ditepis
dengan menggunakan Kaedah A. Tentu ada dalam kalangan
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
60
penuntut yang bersungut. Katakan pada mereka. Hal yang demikian
adalah buat sementara waktu. Namun begitu, jika Kaedah itu terus
dilatih secara berterusan, rasa sakit atau warna biru di lengan akan
hilang. Tangan akan menjadi mangli apabila pasangan kita membuat
tepisan.
Walau bagaimanapun, sebagai Jurulatih kita perlu mempunyai
pengetahuan yang luas tentang kesan latihan Kaedah. Setelah kesan
sakit pada lengan berkurangan, rasa sakit akan beralih tempat ketika
mereka berlatih Kaedah B dan C. Kawasan antara pergelangan
tangan hingga ke siku adalah menjadi sasaran. Adatnya, tangan
pesilat akan berasa sakit ketika membuat Kaedah B. Sebaliknya,
kesakitan itu akan beralih pada pasangannya ketika membuat latihan
Kaedah C. Jika ada dalam kalangan penuntut yang bersungut, kita
tahu akan puncanya. Seterusnya, semasa mempelajari Kaedah D,
pasangan pesilat akan berasa tenang kerana tidak sakit lagi.
Itulah pengalaman yang perlu ada pada penuntut Silat Cekak.
Kaedah Silat Cekak nampak senang, tapi payah. Akhirnya tersangat
mudah. Mula-mula sakit, lama-lama hilang sakitnya. Itulah situasi
yang pasti wujud. Kalau pesilat tidak mengeluh rasa sakit, ada dua
kemungkinan. Pertamanya kerana tak cukup latihan. Pelajaran
Kaedah dilonggok dalam satu atau dua kali latihan. „Setakat ambil
Kaedah’. Keduanya kerana tumbukan layang. Tak tepis pun tak kena
sasaran. Kalau Kaedah tidak mantap maka buah-buah yang lahir
dari gerak Kaedah itu kurang berseni.
Bertanggungjawablah ketika memberi arahan. Amat mudah
kita menegaskan pada penuntut ketika membuat Kaedah. “Cecah
atau sentuh baru ambil kaedah” atau “Jangan pukul atau hentak
tangan bagi kaedah B, C dan D. Nanti sakit.”
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
61
Maknanya, kita mesti ada keupayaan membina bagi
mempastikan arahan kita itu dapat dikuasai penuntut. Bina prestasi
mereka itu dari masa ke masa. Saya tidak begitu suka menggunakan
istilah ‟Rasa‟ bagi penekanan arahan, ’Rasa baru ambil tumbukan’.
Istilah tersebut terlalu besar maknanya. Istilah itu juga boleh
melibatkan kata hati atau kata perasaan.
Mengajar Kaedah perlu bersepadu dengan pengajaran cara
membuat tumbukan. Silat Cekak berdiri lurus dan menumbuk dalam
keadaan berdiri tersebut. Banyak gelagat tumbukan para penuntut
yang perlu diperbetulkan seperti tumbukan secara sambil lewa. Oleh
itu, ambil berat sikit akan gelagat mereka tersebut. Jangan biarkan
mereka membuat tumbukan ikut suka hati. Misalnya, ada yang
menumbuk untuk Kaedah C secara merendahkan kedudukan diri.
Secara langsung, hal yang demikian akan mengundang sifat
berkuda-kuda. Amat merugikan gerak pesilat.
Ada juga dalam kalangan pesilat yang membuat tumbukan
yang sengaja menyimpang dari sasaran. Maknanya, kalau
pasangannya tidak menepis, tumbukannya pun tidak mengena.
Hasratnya ialah pelihara kawan. Sebenarnya amat merugikan kawan.
Tak rasa nikmat berlatih pelajaran Kaedah. Sekurang-kurangnya
merasai nikmat sakit.
Apapun, selalu saya tegaskan bahawa dalam pembelajaran
Silat Cekak, segala-galanya adalah bermula dari pelajaran Kaedah.
Maka ambil berat pelajaran ini. Kalau seseorang pesilat itu
mempunyai gerak Kaedah yang mantap maka akan mantaplah gerak
persilatan penuntut itu. Begitu juga sebaliknya. Kalau penguasaan
pada Kaedah tidak mantap maka keseluruhan pelajaran Silat Cekak
yang dikuasainya adalah tidak berseni seperti mana yang
Sepak Minang Falsafah, Konsep dan Prinsip Kaedah
62
dikehendaki dalam pelajaran Silat Cekak. Oleh itu, jangan ambil
mudah atau permudahkan pelajaran Kaedah tanpa memikirkan kesan
pada penguasaan gerak Silat Cekak secara keseluruhannya. Sekian
tajuk ini.
Aksi demonstrasi Seni Silat Cekak sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi PETRONAS, Perak
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
63
PELAJARAN
ASAS DAN
BUAH JATUH
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
64
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
65
FAHAMAN SAYA PADA BUAH YANG ADA
Saya telah banyak menyentuh tentang kelebihan Kaedah dan
keperluan kita mengambil berat pada pengajaran dan
pembelajarannya. Dalam tulisan ini saya ingin berkongsi pengalaman
tentang falsafah pada setiap buah yang ada dalam Silat Cekak.
Falsafah diertikan sebagai „kebenaran‟ pada seseorang. Apabila saya
membincangkan falsafah setiap buah tersebut maka bermakna saya
menyatakan pengertian atau pegangan saya pada buah-buah
berkenaan. Dengan kata lain, falsafah buah-buah dalam Silat Cekak
bermakna apa yang saya faham tentang buah-buah tersebut. Saya
tidak berminat untuk menyentuh cara membuat atau penekanan yang
perlu dibuat berdasarkan apa yang terdapat dalam buku panduan
mengajar buah-buah Silat Cekak, sama ada diterbitkan ketika ini atau
di masa-masa sebelumnya.
Jangan salah tafsiran. Sekali lagi saya tegaskan bahawa
perkara yang ditulis dalam tulisan ini adalah berdasarkan pengertian
saya pada buah-buah berkenaan. Kalau dikatakan “pada pengertian
saya” maka bermakna itulah yang saya faham dan saya „bawa‟
selama saya diamanahkan menjadi Jurulatih di Cawangan saya.
Penegasan ini difikirkan perlu kerana apa yang ditulis adalah
berdasarkan pengertian saya tanpa terikat dengan mana-mana
panduan sama ada lisan atau tulisan yang ada melainkan dengan
apa yang saya peroleh kefahamannya secara lisan dan secara
perbuatan daripada Ustaz Hanafi. Saya bertanggungjawab atas
tulisan ini semata-mata memenuhi hasrat, apa yang saya faham
diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Maka tambah lagi satu sumber
rujukan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
66
Apa pun, telah terbukti banyak generasi ahli Silat Cekak yang
saya telah lahirkan. Kalau ada fahaman sama ada fahaman baru atau
lama yang bercanggah dengan apa yang saya tulis maka fahaman itu
adalah di luar kemampuan pemikiran saya. Walaupun selepas Ustaz,
terdapat usaha-usaha pelarasan buah-buah dalam Silat Cekak, tetapi
saya berpandangan bahawa pelarasan muktamat hanya wujud di
zaman Ustaz Hanafi sahaja.
Itulah punca kuasa kita bagi meneruskan usaha-usaha
penyebaran pusaka Hanafi. Usaha-usaha penambahbaikan atau
pengurangan pelajaran adalah tidak perlu dan tidak sesuai selagi kita
ingin mendakwa bahawa pelajaran yang diterima dan diperturunkan
kepada orang lain merupakan pusaka Hanafi. Sepatutnya sebarang
bentuk pelarasan tentang Silat Cekak adalah perlu berasaskan punca
kuasa ketika Ustaz ada bersama. Saya juga berpendapat, tanpa
kehadiran Ustaz, bukan pelarasan baru yang cuba dibentuk tapi lebih
merupakan perbincangan dan peneguhan atas apa yang telah
diselaraskan terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, rasanya tak rugi kita kongsi bersama
atas pemikiran saya yang ada sejak zaman dahulu dan kala. Zaman
Ustaz dan seterusnya zaman Pak Ak dan awal zaman En Mat
sebelum saya mengurangkan aktiviti persilatan akibat kesibukan
menjalankan tugas. Peranan saya lebih banyak setakat berlisan
daripada turun ke kelas latihan. Maka kuranglah perbuatan melainkan
ada kunjungan inginkan penjelasan.
Dalam tulisan ini, saya juga ingin berkongsi pengalaman
secara menyingkap semula cara dulu-dulu saya mengendalikan
pemberian buah-buah Silat Cekak dalam kalangan penuntut. Saya
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
67
ingin berkongsi dengan para pembaca tentang aspek-aspek penting
yang saya tekankan pada setiap pelajaran buah Silat Cekak.
Ketika saya menjadi Jurulatih di pusat, setiap kali kumpulan
kami sebagai Jurulatih ditugaskan mengajar silat di pusat-pusat
latihan, pastinya kami akan berjumpa dengan Ustaz terlebih dahulu.
Perbuatan tersebut adalah untuk meminta izin secara bersalam
dengan Ustaz. Selalunya Ustaz ada di pejabat silat kerana Ustaz
menetap di sana. Kerap kali juga ketika berjumpa itu Ustaz akan
mengingatkan atau menerangkan tentang penekanan yang perlu
dibuat ketika menyampaikan satu-satu pelajaran tersebut.
Itu sebabnya dalam tulisan yang lalu betapa saya aplikasikan
konsep meminta izin itu dalam tugasan saya sebagai Jurulatih
merangkap Penyelia Kelas, ketika berada di Cawangan. Oleh sebab
saya dilantik sebagai wakil Guru secara tauliah dan bermandat, maka
pembantu saya yang akan mengajar Silat Cekak perlu bersalam
dengan saya sebagai simbolik mendapat izin daripada Guru Utama
yang mewakilkan saya. Saya percaya bahawa kesan perbuatan
tersebut maka wujudlah tautan pada rangkaian ilmu anak murid yang
menuntut Silat Cekak daripada saya hingga ke punca ilmu iaitu Guru
Utama Silat Cekak pada setiap buah dalam Silat Cekak.
Dalam melaksanakan amanah penurunan ilmu Silat Cekak,
Ustaz tidak pernah memarahi Jurulatih yang ponteng kelas. Saya
dapat rasakan betapa tanggungjawab tersebut bukan terletak pada
Jurulatih berkenaan. Hal yang demikian juga saya jadikan panduan.
Jika ada kalangan pembantu saya yang tidak dapat hadir atau
ponteng kelas mengajar, maka saya akan cuba elak daripada
memarahinya. Atas dasar tanggungjawab, ketidakhadirannya pasti
bukan berpunca daripada sikap suka ponteng tetapi kerana sebab-
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
68
sebab yang tidak boleh dielakkan. Itulah antara lain anggapan saya
betapa pemikiran positif patut ada dalam kalangan pengendali kelas
Silat Cekak selaku Jurulatih.
Zaman dulu-dulu tak ada panduan bagi menjalankan tugas. Kekuatan
diri dan daya imaginasi seseorang Jurulatih akan mempengaruhi
corak kepemimpinan kelas latihan silatnya. Corak kepemimpinan
itulah yang banyak mempengaruhi akan mutu pengajaran dan
pembelajaran serta kualiti pesilat Silat Cekak yang bakal dilahirkan.
Lebih-lebih lagi ketika konteks dengan Ustaz semakin renggang
kerana tuntutan masa dan bilangan kelas.
KEPUTUSAN
Terdapat beberapa buah dalam Silat Cekak yang dikaitkan
dengan konsep keputusan. Contohnya ialah Buah Gayung Fatani.
Maka jadilah buah itu sebagai Keputusan Gayung Fatani.
Pengenalan buah ini dengan namanya yang tersendiri telah mula
membuka minda para penuntut untuk bertanyakan soalan. Soalan
tersebut jika tidak diselesaikan akan terus menerus menjadi
persoalan pada mereka. Sepanjang pengalaman saya menuntut dan
pengalaman bersama dengan para penuntut, hal yang demikian
membolehkan mereka membuat persoalan dalam dua perkara yang
berkaitan dengan istilah dan gelaran pada buah-buah Silat Cekak
yang tersenarai.
Kalau nama buah berdasarkan bilangan, selepas Buah
Pertama sepatutnya buah kedua. Rupa-rupanya sebutan nama buah
dalam Silat Cekak yang pertama itu adalah istilah nama khas dan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
69
bukannya berdasarkan bilangan. Maka buah yang pertama kali
diperkenalkan kepada penuntut ialah buah Pertama. Itulah gelaran
khas untuk buah yang pertama kali diperkenalkan kepada penuntut.
Oleh sebab senarai nama buah tidak berdasarkan bilangan,
persoalan yang timbul ada kaitan dengan nama silat-silat Melayu
yang dikaitkan dengan buah Silat Cekak. Mungkin timbul kata-kata
dalam hati penuntut baru yang mempersoalkan keasliah buah-buah
Silat Cekak. Ada yang menganggap buah-buah Silat Cekak itu telah
diimport daripada silat Melayu yang lain. Penuntut yang inginkan
penjelasan segera, pasti akan terus bertanya. Manakala penuntut lain
yang kurang berminat dengan masalah, pasti akan memendam
persoalan yang ada hingga mereka mendapat jawapan sendiri.
Malah, masyarakat luar yang tidak berkenaan dengan kita
juga sibuk membuat ulasan tentang buah-buah kita satu ketika lalu.
Hal ini demikian kerana dalam proses awal perkembangan Silat
Cekak, nama-nama silat lain yang disentuh dalam senarai nama
buah kita telah tidak menyenangkan perguruan berkenaan. Timbul
tuntutan supaya kita menggugurkan nama silat-silat lain tersebut
dalam sistem pelajaran kita.
Pernah satu ketika yang lalu, ada usaha-usaha kita
memperkemaskan sebutan nama buah-buah dalam Silat Cekak. Kita
disarankan menyebut nama buah berdasarkan senarai angka dan
bukan dirujuk pada nama buah sebenar. Nama sebenar buah tetap
kekal, cuma tidak diwar-warkan. Namun begitu keputusan itu tidak
popular dan kita terus menggunakan nama-nama buah seperti mana
yang diajari Ustaz Hanafi. Pernah juga disarankan supaya sebutan
angka bersekali dengan nama asal buah berkenaan. Cara itu pun
tidak popular.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
70
Akhirnya kita terus menyatakan gelaran buah yang ada dalam
Silat Cekak pada nama yang sebenarnya ketika menyampaikan
pelajaran. Tambahan pula, lama-kelamaan perkembangan Silat
Cekak semakin mantap dan saingan daripada silat Melayu yang lain
semakin kurang. Maka kecaman silat lain atas penggunaan nama
buah dalam Silat Cekak yang berkaitan nama silat mereka telah
semakin hambar, basi dan kurang diutarakan.
Dalam tulisan yang terdahulu saya telah menyentuh
persoalan tentang keaslian buah-buah Silat Cekak secara panjang
lebar. Walau bagaimanapun elok juga saya ulas kembali serba sedikit
cara-cara saya menjawab persoalan tersebut dalam kalangan
penuntut saya.
Saya katakan pada mereka. Zaman dulu-dulu mana ada
persatuan silat. Rasanya guru-guru Silat Cekak sebelum Ustaz pun
menyebarkan ilmu Silat Cekak tanpa ada persatuan. Apatah lagi
dengan perguruan silat yang kita kenali sekarang. Banyak silat yang
tidak ada nama. Namun begitu, tuntutan mengadakan persatuan
memerlukan nama persatuan. Maka banyak persatuan yang
menggunakan nama buah yang ada sebagai salah satu pengenalan
nama persatuannya. Bila ada persatuan maka mulalah ditimbulkan
soal hak yang terpelihara pada gerak silat yang ada. Pada hal, silat
adalah merupakan gerak yang terdapat dalam masyarakat Melayu.
Semua bangsa Melayu mempunyai hak atas gerak-gerak
yang ada dalam masyarakatnya. Namun begitu prinsip tersebut telah
hilang. Nama-nama gerak silat dalam masyarakat kita telah mula
dijadikan hak milik terpelihara. Lebih-lebih lagi nama-nama gerak
tersebut telah dijadikan pengenalan persatuan mereka. Oleh itu
apabila kita membincangkan tentang senarai nama-nama buah kita,
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
71
eloklah jika perbincangan tersebut merujuk pada zaman dulu kala.
Bukannya dalam konteks zaman sekarang.
Terdapat satu pertubuhan silat yang menggunakan nama
buahnya pukulan Cekak. Saya pernah menuntut silat berkenaan.
Sepanjang pengalaman saya dalam Silat Cekak, tak pernah adapun
jenis gerak pukulan berkenaan dalam Silat Cekak. Kitapun tak pernah
mengatakan mereka mencedok pelajaran daripada silat kita. Ada
juga nama persatuan yang merujuk pada nama tempat.
Oleh itu, saya berpendapat dengan kajian terperinci tentang
kedudukan ini boleh kita terbitkan untuk pengetahuan ahli-ahli kita.
Saya tidak mahu menulis panjang dalam tulisan ini. Elok sangat jika
LPT kita menganjurkan majlis diskusi mengenai persoalan tersebut.
Satu lagi persoalan pada penuntut ialah makna keputusan dalam
buah-buah yang tersenarai. Kenapa ada buah keputusan dan ada
buah tidak ada istilah keputusan. Saya berpendapat, persoalan ini
perlu dikupas secara berhati-hati. Kupasan kita memerlukan daya
pemikiran yang luas. Kita tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang
boleh ditafsir sebagai berbentuk merendah-rendahkan persilatan lain
kerana tentunya terkeluar daripada ikrar kita.
Untuk perhatian bersama, menurut kamus Dewan, istilah
keputusan bermaksud kesudahan atau akhirnya atau penghabisan
pada satu-satu perkara. Apabila kita kaitkan dengan gerak maka
keputusan gerak itu merujuk pada intisari atau kesimpulan yang
melambangkan gerak berkenaan. Tentunya kita sebagai ahli Silat
Cekak berasa bangga dan bertuah memperoleh gerak-gerak itu.
Walau bagaimanapun, masyarakat silat Melayu yang lain
cukup sensitif dengan pengunaan istilah keputusan yang menyentuh
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
72
pada nama-nama buah silat mereka. Lebih-lebih lagi ada dalam
kalangan kita yang menganggap keputusan buah-buah silat
berkenaan adalah pakaian guru dan buah guru. Lagi mereka marah
apabila buah guru mereka diambil. Takut guru mereka kehilangan
buah. Apa pun, berhati-hatilah memberi jawapan.
Saya fahamkan rakan-rakan pembantu saya. Buah-buah
jatuhan yang ada dalam Silat Cekak adalah semata-mata untuk
memahirkan penggunaan kaedah A hingga D termasuk gerak-gerak
sokongan seperti gelek luar dan gelek dalam. Buah yang dipakai
telah diselaraskan oleh Ustaz. Pelarasan tersebut telah
memantapkan penggunaan gerak dalam Silat Cekak. Buah-buah
jatuh yang ada sekarang telah diputuskan Ustaz dan amat sesuai
untuk latihan memantapkan gerak Kaedah. Tidak perlu dikurang atau
ditambah.
Kita boleh membuat kesimpulan bahawa kesemua buah
jatuhan dalam Silat Cekak adalah merupakan alat bagi kita untuk
memantapkan kemahiran menggunakan kaedah. Akhirnya buah-
buah tersebut akan dipintas melalui pelajaran buah potong. Maka
hilang kehebatan pada buah jatuhan berdasarkan pada prinsip
menyerang. Kalau kita berpegang pada fahaman yang saya
bincangkan tersebut, persoalan pada buah jatuh tidak perlu diambil
berat. Hal-hal yang berkaitan dengan nama, jenis sama ada
keputusan atau tidak atau lain-lain yang berkaitan dengan buah
jatuhan adalah tidak perlu dijadikan persoalan. Itu bukan perdunya
dalam kefahaman Silat Cekak. Persoalan yang perlu ada dalam
kalangan kita ialah sejauh mana kita dapat menggunakan kaedah-
kaedah A hingga D dengan tepat, tangkas dan kemas berdasarkan
buah-buah jatuhan yang disenaraikan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
73
Kadang-kadang saya berbisik pada sahabat-sahabat saya.
Jangan beria-ria sangat nak jadikan buah jatuh cantik di mata dari
segi buahnya sahaja. Tengok kaedah yang diaplikasikan. Maka,
kalau dalam pertandingan, penggunaan kaedah yang kemas, tangkas
dan tepat perlu diberikan markah lima puluh (50%) peratus daripada
markah keseluruhannya.
BUAH PERTAMA
Menurunkan pelajaran Buah Pertama bermakna bermulalah
kita memperkenalkan buah kepada penuntut. Kalau penuntut itu
peminat silat, pastinya pengajaran buah merupakan saat yang
ditunggu-tunggunya. Semasa saya menuntut dulupun saya ternanti-
nanti saat dan ketika untuk merasai dan mengetahui kehebatan
buah-buah yang ada dalam Silat Cekak. Setelah merasai
pengalaman Buah Pertama maka rasa puas dan yakin diri terhadap
Silat Cekak mulai timbul. Tak silap memilih dan mempelajari Silat
Cekak. Sekurang-kurangnya itulah ungkapan yang wujud dalam
benak diri sendiri. Saya rasa sikap yang sama pasti wujud dalam
kalangan penuntut yang ada.
Segala-galanya bermula dengan pertama. Asyik mahsyok
pertama akan mengatasi segala-gala perbuatan berikutnya. Akan
dikenang sepanjang masa. Perkara yang pertama akan
melambangkan kehebatan untuk perkara-perkara seterusnya. Oleh
itu perbuatan kita yang pertama memberi buah perlu melambangkan
kehebatan Silat Cekak. Mana mungkin kita dapat bandingkan cinta
pertama dengan cinta kedua atau ketiga atau cinta-cinta kita
seterusnya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
74
Maka itu sebabnya, kekemasan, ketangkasan dan ketepatan
menyampaikan buah Pertama tersebut perlu ada pada Jurulatih.
Kekemasan, ketangkasan dan ketepatan akan menghasilkan kejutan.
Hal yang demikian kerana buah itu pertama kali diberi pada penuntut.
Kebetulan pulak namanya pun Buah Pertama. Dalam perjuangan
atas tilam yang empuk, kehebatan pertama itu jika diberi keutamaan
akan meninggalkan kesan jangka panjang yang berterusan. Puas
memanjang. Itulah penanda aras yang kita letakkan. Maka tidak
hairanlah sikap positif saya pada Silat Cekak telah bermula dari awal
pelajaran lagi. Pelajaran Buah Pertama.
Kejutan tepisan Kaedah A berserta dengan kehebatan
mengambil buah mesti ada. Ketika dulu, apabila saya dikenakan
pukulan hebat dirusuk dan ditunjukkan pukulan di bawah ketiak
sebagai pilihan, keyakinan saya pada Silat Cekak telah terbukti buat
diri saya sendiri. Saya rasa puas dan ingin mengetahui kehebatan
seterusnya.
Saya bernasib baik kerana Ustaz tidak membuka tangan dan
meletakkan tangannya yang terbuka di rusuk saya. Pastinya saya
berasa geli umpama urutan di Cedik Puri. Maknanya pada saya,
mereka yang mendapat Buah Pertama dengan pukulan tangan
terbuka maka amatlah malang baginya. Malang jika penuntut itu
benar-benar ingin menghayati Silat Cekak sebagai silat terhebat
dalam persilatan Melayu.
Semasa jatuhan, beberapa penekanan saya berikan.
Menampar lengan setelah dijatuhkan pelipat adalah merupakan salah
satu perbuatan terpenting. Tampar lengan perlu secara kejutan.
Pergerakan tangan akan „mati‟ akibat kejutan tamparan yang betul.
Kejutan tersebut seolah-olah menghasilkan aliran letrik. Itulah yang
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
75
saya alami ketika menuntut dulu. Maka perbuatan saya menampar
lengan semasa menurunkan buah tersebut, perlu dirasai kesannya
seperti mana yang saya alami. Hal yang demikian adalah penting
bagi menghasilkan keyakinan pada para penuntut sebagai sesuatu
yang pertama dalam gerak Buah Pertama.
Kebiasaan silat Melayu yang jatuh tidak akan berkeadaan
telentang, melainkan mengereng. Ketika itulah tangannya akan cuba
menyauk kaki. Tapi dalam konteks jatuhan kita, akibat kejutan
tamparan yang diberi, tangan pasangan kita biasanya akan menjadi
kaku atau kebas. Maka mudahlah kita melihat gerak seterusnya
sebelum kita „menganak‟ gerak kita sendiri.
Oleh itu, kita jangan terlalu gopoh membuat pukulan
sampingan sama ada dengan tangan atau kaki setelah pasangan kita
dijatuhkan. Pada hal pukulan yang amat penting ditekankan ialah
pukulan pertama di rusuk yang serentak dengan gerak kaki kita
apabila pasangan kita membuat tumbukan. Dan satu lagi ialah
pukulan secara tampar apabila pelipat pasangan kita jatuh ditekan.
Jangan lupa dua pukulan tersebut. Itulah penekanan pada
pengajaran yang sangat saya pentingkan.
Selagi penuntut kita tidak dapat menguasai kedua-dua
pukulan tersebut maka selagi itu akan saya suruh ulang dan berlatih
hingga dapat. Ketika saya tumbuk penuntut maka itulah penekanan
yang saya amat utamakan. Banyak faedahnya dalam usaha untuk
mematikan gerak lawan.
Prinsip-prinsip lain seperti gerak „curi‟ kaki kiri ke depan ketika
mengambil buah, pelipat bertemu punggung dan sebagainya maka
nyatakan seperti arahan yang diberi berdasarkan buku panduan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
76
Semuanya pada saya merupakan perkara ranting dalam Buah
Pertama. Kepentingannya tetap ada. Cuma kita jangan ambil mudah.
Itu sebabnya juga untuk asas Buah Pertama, saya lebih galakkan
Jurulatih yang menumbuk penuntut dan bukannya tumbukan dan
ambilan buah secara berpasangan antara sesama penuntut di
peringkat pemulaan pelajaran.
Kalau Jurulatih yang menumbuk dan penuntut membuat buah
maka banyak masalah dapat diselesaikan. Kita boleh selaraskan
kedudukan badan kita bagi membolehkan penuntut membuat gerak
tangan dan kaki secara serentak. Malah kita boleh rasakan sama ada
penuntut kita membuat gerak yang tepat ataupun tidak. Maka
mudahlah kita membuat pembetulan secara berterusan dalam waktu
yang sama.
Jangan terkeluar cakap. “Kalau macam ni, matilah kita nak
mengajar.” Kalau nak mati maka eloklah duduk di rumah. Jangan
„mati‟ di kelas silat. Kalau nak mengajar maka ajarlah sungguh-
sungguh.
GAYUNG FATANI/PETANI
Memperkenalkan buah kedua kepada penuntut semacam ada
pertentangan konsep antara buah itu dengan buah terdahulu iaitu
Buah Pertama. Itulah antara lain tanggapan yang wujud pada
pemikiran saya ketika menuntut dahulu. Gerak pertama lebih kasar
daripada gerak buah kedua. Umpama jantan dengan betina. Gerak
pertama dikira jantan kerana kasar manakala gerak buah kedua
dikira betina kerana kelembutan mengambilnya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
77
Mujurlah ketika itu saya tetap ingin meneruskan pengajian
untuk mendalami tentang Silat Cekak. Saya tetap ikuti pada pelajaran
yang diberi. Betina atau jantan tak jadi masalah. Saya cuba logikkan
pada satu-satu gerak yang diperkenalkan kepada kami. Masuk
jatuhan baru tahu. Hebat untuk memahirkan gerak. Kena sabar.
Rupa-rupanya ada tujuan di sebalik penyusunan buah yang
sedemikian rupa. Bijak sungguh Ustaz berbuat demikian.
Buah Gayung Fatani adalah berdasarkan gerak rasa. Ketika
mengambil buah berkenaan pun kita tidak memegang, sebaliknya
melakukan gerak sentuh sahaja berkonsepkan rasa. Maka sentuhan
pun berdasarkan rasa. Terasa kulit tangan telah bersentuh. Mata
perlu bertentang mata. Jangan dipandang benda lain. Demi
menekankan prinsip sentuhan dan rasa itu, saya sendiri sering
menumbuk para penuntut agar prinsip sentuhan dan rasa dalam
buah kedua itu dititikberatkan oleh penuntut. Penat juga menumbuk
selagi mereka tidak menguasai prinsip tersebut.
Tindak balas kita adalah bergantung pada reaksi pasangan
kita. Empat reaksi mereka yang dikira sebagai pecahan buah adalah
mantap dan merangkumi serta mencakupi segala bentuk gerak tindak
balas musuh. Berdasarkan pengalaman, saya simpulkan betapa
segala tindak balas daripada musuh dalam keadaan kita menunggu
serangan adalah tersimpul daripada tindak balas yang empat
tersebut. Saya yakin bahawa Ustaz telah mengkajinya. Pengurangan
atau sebarang penambahan dalam gerak yang ada pasti
meninggalkan kesan buruk buat jangka panjang.
Satu lagi penekanan yang saya beri ialah ketika pasangan
yang menumbuk, membuat tindak balas. Tangan kiri kita memainkan
peranan sebagai pemandu untuk kita mengikuti dan mengawasi
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
78
tindak balas gerak pasangan kita. Berlatihlah hingga kita menguasai
segala gerak tindak balas pasangan kita tanpa diberi tahu gerak
tindak balas yang ingin dibuat.
Soal gerak kaki atau tumit telah jadi persoalan. Saya beritahu
penuntut saya. Tumbuk jantan kita ialah satu. Cakap jantan adalah
satu. Benda jantan pun satu. Maka gerak kita juga adalah satu. Satu
gerak yang sama dalam kelompoknya. Aplikasi gerak dalam
kehidupan kita juga menghasilkan pendirian yang satu. Maka buatlah
ketetapan.
Kalau pakai tumit maka gerak-gerak lain yang bersamaan
dengannya eloklah menggunakan tumit. Kalau dah pilih gerakan kaki
dengan menggunakan tumit maka mana mungkin kita gunakan gerak
hujung kaki pada buah Kidung Kiri atau Kuntau Kiri atau-atau yang
lainnya. Lagi dahsyat kalau dicampur-campurkan gerak tersebut
antara hujung kaki dan tumit. Maka secara langsung penuntut itu
dilatih untuk mempunyai banyak pendirian.
Kalau perbuatan banyak maka pendirian pun jadi banyak.
Agaknya itu sebab pengamal perbuatan yang banyak mempunyai
pendirian yang pelbagai. Mula-mula sokong dan akhirnya menjilat air
yang diludah. Elok juga buat kajian tentang pendapat yang pelbagai
pada manusia ini. Terutamanya yang mengepit sesuatu untuk dibuat
sumpahan. Suruh dia bersilat dan lihat gerak kaki antara Gayung
Fatani dengan Kidung Kiri. Kalau tak sama dan bercampur aduk
maka sahlah jenis tak tetap pendirian. Boleh berubah-ubah. Kalau
gerak silat yang merupakan perdu persilatan pun boleh berubah
maka apatah lagi pendapat sampingan dalam persilatan kita. Itulah
pegangan saya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
79
Pecahan ketiga adalah sukar dilakukan oleh penuntut. Bukan
semua penuntut yang boleh menyepak rusuk. Malah Jurulatih sendiri
pun amat sukar berbuat demikian. Lebih-lebih lagi mereka yang
memiliki perut yang maju ke depan atau jenis kaki pendek. Walau
bagaimanapun, sepakan di rusuk tersebut adalah logik dan
berkemungkinan besar akan dilakukan oleh musuh kita dalam posisi
kita menunggu tindak balas musuh.
Oleh sebab kesukaran melakukan sepakan tersebut maka
tugas membuat sepakan hanya dilakukan oleh Jurulatih atau
penuntut yang mampu membuat sepakan demikian. Malah ketika
berlatihpun bagi pasangan yang gagal membuat sepakan untuk
pecahan ketiga perlu mendapatkan bantuan daripada pesilat lain
sama ada daripada Jurulatih atau rakan-rakan.
Suatu ketika yang lalu, saya difahamkan bahawa kaedah
mengambil buah pecahan tersebut ada dalam buah Sengkak. Namun
begitu buah Sengkak telah ditiadakan sejak zaman Ustaz. Kita tidak
menghadapi masalah kerana kaedahnya masih berada dalam
pecahan ketiga buah Gayung Fatani. Semasa saya menunaikan
tanggungjawab menyampaikan ilmu Silat Cekak kepada penuntut
maka ayat-ayat tersebut tetap saya gunakan. Penuntut faham. Dalam
pelajaran umum, buah Sengkak ditunjuk sahaja sebagai buah yang
tersisih kerana cara mengambilnya agak berbahaya dan telah ada
dalam pecahan ketiga Gayung Fatani. Puas hati buat penerangan.
Kesimpulannya, penekanan pada buah ini ada tiga. Di
samping prinsip sentuhan dan gerak rasa, mata perlu bertentang
mata. Peranan tangan kiri amat penting dan memberi makna bagi
memahami gerak pasangan kita.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
80
SENDENG ATAS
Semasa pembelajaran asas Sendeng Atas, buah yang ketiga
ini memulihkan semangat saya dan rakan-rakan ketika belajar dulu.
Kami berasa begitu kagum dengan buah itu. Pukulan tidak boleh
dijangka, cepat dan amat berkesan. Tergambar dalam fikiran betapa
hebatnya gerak Sendeng seperti yang sering diperkatakan orang
sebelum ini. Silat Sendeng juga terkenal sebagai silat yang berkesan
untuk menghadapi musuh. Buah yang diperoleh telah membuktikan
kata-kata tersebut.
Dalam pelajaran asas, perolehan buah Sendeng telah
mengembalikan semangat setelah dilunturkan oleh buah Gayung
Fatani. Hal ini demikian kerana buah Pertama dan buah Sendeng,
jelas akan pukulannya. Manakala pembawaan buah Gayung Fatani
lebih tenang dan tiada gerak pukulan. Kepuasaan mempelajari buah
kedua (Gayung Petani) tersebut agak lewat iaitu ketika jatuhan.
Saya rasa, ketika Jurulatih menyampaikan buah ketiga itu,
persoalan tentang gerak kaki dikira selesai. Tentunya mereka telah
buat ketetapan sama ada menggunakan hujung kaki atau tumit. Hal
yang demikian tentunya ada kaitan dengan buah yang kedua. Pada
pemerhatian dan pengetahuan saya, gerak kaki pada buah Sendeng
ini membawa empat jenis gerakan. Macam-macam ada:
a. Gelek dengan tumit dan rapat kembali dengan menggunakan
hujung kaki, atau
b. Gelek dengan hujung kaki dan rapat kembali dengan hujung kaki,
atau
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
81
c. Gelek dengan tumit kaki dan rapat kembali dengan tumit kaki,
atau
d. Gelek dengan hujung kaki dan rapat balik dengan tumit.
Buatlah ketetapan dan pilihan. Saya tak ada komen. Pastinya
penggunaan gerak-gerak kaki tersebut tetap mempengaruhi gerak
gelek kita. Namun begitu, pendirian saya adalah jelas dalam soal ini
daripada dulu hingga sekarang. Walau bagaimanapun gerak-gerak
kaki tersebut tidak perlu menjadi isu utama pada buah Sendeng Atas.
Tiada kesudahannya.
Isu utama ialah sejauh mana penuntut itu berkeupayaan
membuat pukulan, seiring dengan perbuatan gelek dan tepisan yang
berbentuk awasan. Pastinya pukulan itu disasarkan pada dagu. Saya
gunakan perkataan awasan bermaksud, tepisan pada buah ini adalah
berbentuk sentuhan. Tidak menolak tangan. Hal ini demikian berlaku
kerana kaedah gelek telah banyak membantu untuk melakukan
pukulan secara kejutan.
Walau bagaimanapun, buah Sendeng Atas akan menjadi
mantap jika penumbuk pasangan kita mensasarkan dada. Kalau
penumbuknya terkeluar dari sasaran dada maka kita amat sukar
memainkan peranan tangan kiri sebagai maksud awasan. Daripada
pemerhatian, jika tumbukan pasangan kita tersasar jauh dari dada
akan menyebabkan tangan kiri pasangannya terikut-ikut dengan hala
penumbuk tersebut. Prinsip menepis akan bertukar menjadi tolakan
tangan. Tak kena seninya.
Gelek dan pukulan mesti nampak serentak. Berilah
penekanan pada prinsip ini. Sebaik sahaja tumbukan musuh sampai
ke dada kita, ketika itu pukulan kita telah mengena dagunya. Oleh
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
82
sebab pukulan itu datangnya dari bawah, telah menyukarkan
pasangan kita membuat jangkaan. Lagi laju tumbukan pasangan kita
maka lagi lajulah pukulan yang datang dari bawah itu tiba. Terasa
hebatnya buah ini. Satu kepuasaan mendapatkannya.
Saya tidak akan berpuas hati jika pukulan penuntut jauhnya
„berbatu‟ dari dagu pasangannya. Tidak ada sebarang alasan untuk
membenarkan perbuatan tersebut. Hal ini demikian, keistimewaan
buah Sendeng Atas adalah atas kejutan pukulannya dari bawah.
Kelajuannya adalah bergantung erat dengan penumbuk yang tiba.
Lagi laju kita menumbuk maka lagi laju pukulan tiba. Kalau pukulan
jauh dari dagu maka akan hilanglah keistimewaan buah Sendeng
Atas. Umpama anak dara kehilangan daranya. Hilang
keistimewaannya. Tidak memberi makna.
Pukulan yang jauh dari dagu, difahamkan dengan pelbagai
alasan yang longgar dan hiba. Takut mudarat dijadikan alasan utama.
Tapi para penuntut tidak bertanya. Mereka hanya menurut kehendak
Jurulatih yang ada. Di suruh jauh penumbuk dari dagu maka para
penuntut akan berbuat demikian. Kalau disuruh sasarkan pukulan di
bawah dagu semasa jatuhan atau ketika pelajaran potong sahaja,
maka para penuntut juga akan berbuat demikian. Mereka menurut
sahaja.
Malangnya para Jurulatih tergamak memaksa para penuntut
menurut kehendak mereka yang tak tentu hala. Kalau diri penakut
untuk menerima pukulan maka dipaksa pula para penuntut berbuat
demikian supaya takut seperti mereka. Haprak juga namanya.
Lagi tak guna, logik menjauhkan penumbuk daripada dagu
pasangan yang ada ‟diturunkan‟ pada anak buahnya dengan alasan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
83
menjaga keselamatan diri. Kebetulan pulak tabiat merokoknya tidak
diambil kira. Kalau dikirakan keselamatan pada diri, perbuatannya
merokok adalah lebih membawa mudarat dan tak selamat
berbanding dengan perbuatan berlatih silat dengan menekankan
aspek pukulan. Tak kiralah pada buah apa. Malang sekali apabila kita
mendapat Jurulatih yang sedemikian rupa dalam konteks ingin
mendapatkan ilmu yang sebenar-benarnya tentang Silat Cekak.
Ada juga kalangan penuntut yang menimbulkan persoalan
tentang istilah „Atas‟. Kalau ada Sendeng Atas maka mana pulak
Sendeng Bawahnya. Pada saya, terlalu awal untuk menjawabnya.
Tapi saya jawab juga. “Dari atas baru turun ke bawah. Kalau terus ke
bawah maka mana ada ummnya. Tak akan merasa cakar harimau
atau cakar lang atau cakar-cakar yang lainnya”.
Sedapppnya.
KILAS BELAKANG
Mempelajari buah ini bermakna para penuntut akan
mempelajari satu lagi bentuk pukulan dengan dimulai dengan kaedah
A. Pukulan adalah pada leher pasangan yang menumbuk. Setelah
mendapat empat buah maka saya mula simpulkan bahawa kaedah
yang diambil tidak boleh dilakukan sambil lewa. Daripada kaedah
maka datangnya buah-buah tersebut. Saya dapat rasakan betapa
perbuatan mengambil buah berasaskan Kaedah A memerlukan
ketangkasan, kekemasan dan ketepatan. Hal yang demikian
menjadikan gerak kita berbentuk kejutan pada pasangan yang
menumbuk.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
84
Kejutan yang digunakan menghasilkan pukulan yang mantap
dan pergerakan yang hebat. Hal yang demikian juga menyebabkan
saya memberi penekanan, setiap kali para penuntut mengambil
buah-buah, kejutan dalam pergerakan mesti ada. Kejutan bukannya
bermaksud mengejut. Kejutan menunjukkan perbuatan automatik
yang dihasilkan kerana ketangkasan, kekemasan dan ketepatan kita
ketika membuat Kaedah. Saya pernah menulis tentang konsep
kejutan dalam Silat Cekak.
Punggung ‟bertemu‟ punggung adalah merupakan salah satu
penekanan yang diberi. Sejauh mana perbuatan bertemu punggung
ini perlu dilakukan. Susah diterangkan secara tulisan. Tetapi perkara
yang pastinya, kerana prinsip inilah maka mudah bagi kita
menjatuhkan lawan. Jatuhan yang dilakukan tidak banyak
menggunakan kekuatan seperti gerak sukan. Kita tak membanting.
Kalau membanting bermakna badan lawan akan berada atas
pinggang kita. Bayangkan kalau pasangan kita orang yang terlebih
badan. Akan terpeliut pinggang kita. Paling malang kita yang
membanting terus jatuh ditimpa badan pasangan.
Dalam silat Melayu lain yang saya pelajari, bentuk buah ini
ada diajar. Bezanya ialah cara ambil buah berdasarkan elakan.
Tangan akan berpaut pada bahu sebelah dalam dan terus
membanting. Amat sukar melakukan gerak ini pada mereka yang
berisi. Perlu ada kekuatan. Gerak sukan. Ketika menuntut dulu, Ustaz
menekankan betapa Silat Cekak juga menumpang pada kekuatan
lawan bagi menewaskan kekuatan mereka. Silat Cekak merupakan
silat yang berseni. Seni adalah sesuatu gerak yang halus dan dapat
digunakan dalam pelbagai keadaan. Kalau betul seninya, si kecil
boleh menghadapi si besar dan si kurus berupaya menghadapi si
gemuk.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
85
Bagi membuktikan kata-kata itu, ketika belajar dan mengajar
buah Kilas Belakang maka saya menukar pasangan, mencari
pasangan yang terlebih badan. Maka terbukti kehebatan seni yang
ada dapat menjatuhkan lawan yang besar daripada kita. Jatuhan
lawan yang mudah itu adalah dengan teknik jatuhan betul seperti
yang sepatutnya dalam Silat Cekak dan bukannya secara
membanting lawan. Hal yang demikian terbukti adalah kerana hasil
penekanan pembelajaran pada dua tempat seperti yang saya
bincangkan di atas.
KILAS DEPAN
Pengajarannya melibatkan pengenalan kaedah baru yang
dinamakan Kaedah C. Ketika menuntut dulu, buah itu terasa janggal.
Saya tidak dapat menerima logik musuh menumbuk di bahagian
bawah. Kalau menumbuk di bahagian bawah tanpa kuda-kuda, tak
payah tepis-tepis. Kita tumbuk balik terus ke mukanya. Hal yang
demikian kerana penumbuk kita ke muka pasangan adalah melebihi
jangkauan tumbukan bawah pasangan kita. Ketika itu tumbukan
bawah dikaitkan dengan senjata kerawit. Kaedah C berupaya
menangkis serangan bahagian bawah yang digelar penyawa itu.
Saya terus juga mengikuti pelajaran Silat Cekak.
Lama-lama baru saya faham betapa Kaedah C memberi
makna pada kita. Semasa try antara kami dengan Jurulatih Silat
Cekak, seorang sahabat membuat serangan tangan dari bawah.
Silatnya „mainan‟ bawah. Jelas betapa Kaedah C boleh memainkan
peranan bagi menangkis serangannya. Oleh itu, ketika saya
mengajar, pengetahuan tentang serangan musuh dari bawah terus
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
86
ditekankan. Saya telah menggayakan serangan tersebut bagi
memudahkan kefahaman penuntut. Sekurang-kurangnya dengan
cara kita membuat penerangan itu akan menjawab beberapa
persoalan tersembunyi yang mungkin terlintas dalam benak kalangan
penuntut kita.
Mengambil buah Kilas Depan perlu berhati-hati. Hal ini kerana
pasangan kita juga mempunyai peluang yang sama untuk memaut
tengkok. Kalau gerak kita diketahuinya maka ketika kita menepis,
pasangan kita juga boleh membuat pergerakan buah yang sama.
Ramai kalangan penuntut yang suka main-main dengan buah ini
disebabkan wujud peluang yang sama membuat buah. Pastinya
ketika Jurulatih alpa daripada mengawasi mereka. Maka pelajaran
buah ini menjadi kacau. Tak jadi belajar. Sepatutnya ketika pelajaran,
orang yang menumbuk tidak boleh membuat reaksi kerana
pelajarannya setakat jatuhan sahaja.
Sekali lagi konsep kejutan memainkan peranan ketika
mengambil buah Kilas Depan. Pergerakan pasangan kita yang
mengambil buah berkenaan perlu melambangkan prinsip kejutan.
Membuat kejutan bermakna lambang kesempurnaan gerak seperti
yang saya bincangkan. Ketika proses mengambil buah itu juga, saya
turut tekankan betapa perlunya siku kita hampir dengan badan.
Pukulan lutut pastinya di bawah dagu pasangan. Tangan
kanan kita yang memegang kepalanya akan memainkan peranan
untuk memantapkan pukulan lutut kita ke dagu atau muka. Namun
begitu ada juga Jurulatih yang menyuruh penuntut agar menjauhkan
pukulan lututnya daripada dagu pasangannya. ‟Untuk keselamatan‟
kata mereka. Nampak terkangkang. Jadi, elok juga pukulan lutut itu
dinamakan pukulan mengangkang.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
87
KIDUNG KIRI
Mempelajari pelajaran Kidung Kiri telah mendatangkan dua
persoalan besar kepada diri saya. Hendak bertanya kepada Ustaz
atau Jurulatih yang ada terasa berat. Takut-takut soalan yang ditanya
akan ditertawakan atau dianggap tidak relevan.
Persoalan pertama yang berbangkit di benak saya ialah
tentang istilah kidung. Istilah tersebut begitu asing buat diri saya.
Masuk Silat Cekak baru kenal istilah kidung. Saya buka Kamus
Dewan. Istilah kidung dirujuk pada nyanyian atau syair yang
dinyanyikan. Lagu itu pula dihubungkan dengan nyanyian oleh orang
Kristian dalam gereja. Kalau nama terbitan mengidungkan maka
maknanya ialah menyanyikan atau melagukan.
Saya cuba kait-kaitkan terjemahan istilah tersebut dengan
bidang persilatan. Sukar juga kerana tak mengena. Saya rujuk cikgu
bahasa Melayu. Jawapan yang diberi adalah sama maknanya.
Lantas dijawabnya bahawa istilah sebenar kidung mungkin berbeza
dalam pengertian bidang persilatan. Saya diam sahaja. Menurutnya
lagi, pengertian istilah itu dalam silat hanya diketahui oleh mereka
yang mencipta nama buah tersebut. Tentu ada rahsia di sebalik
pengalaman penciptanya. “Kalau nak tahu maka tanyalah orang
mahir dalam bidang silat itu dahulu.” Mudah sungguh jawapannya.
Walau bagaimanapun, saya terima jawapan beliau. Istilah
Kidung tak ada kena mengena dengan istilah hiburan. Istilah kidung
mempunyai pengertian tersendiri dalam bidang persilatan dan
merupakan nama khas. Asal usul istilah kena tanya pada perekanya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
88
Itulah kesimpulan saya. Saya simpulkan buat ketetapan hati saya.
Tak ada persoalan lagi. Tak tanya pada Ustaz pun.
Sepanjang pengalaman saya mengajar silat, amat jarang
sekali penuntut silat yang bertanyakan istilah kidung. Kalau adapun
yang bertanya maka jawapan saya istilah itu adalah nama khas.
Umpama nama manusia bergelar Mamat. Tak ada bahasa lain
seperti bahasa Arab yang boleh memberi makna. Hanya rekaan pada
pemberi nama. Nampaknya jawapan saya dapat memuaskan hati
penuntut yang bertanya.
Satu persoalan lagi adalah berkaitan dengan gerak dalam
buah tersebut. Ketika mempelajari buah Kidung Kiri, terasa celaru
juga dengan istilah kaedah. Dikatakan oleh Jurulatih bahawa Kidung
Kiri menggunakan kaedah gelek. Terfikir pula. Bila masa gelek
dijadikan kaedah. Nak bertanya, malas. Cuma buat kesimpulan
sendiri bahawa buah Kidung Kiri menggunakan kaedah A bersepadu
dengan menggelekkan badan untuk masuk gerak ke dalam. Gelek
merupakan gerak sampingan yang bersepadu.
Bukan mudah membuat buah ini. Kita memerlukan
keberanian tanpa ragu-ragu ketika gelek ke dalam. Kesepaduan
kaedah dan gelek perlu ada. Jika tidak, maka birulah dada.
Kecualilah jika penumbuk pasangan kita membuat lencongan. Tak
tepis pun tak apa. Pasti tak kena. Maka rugilah pasangan tersebut.
Mudah pembelajaran tapi kurang mendatangkan kesan.
Pada pasangan yang benar-benar ikut peraturan maka latihan
buah ini amat sukar. Walau bagaimanapun setelah menguasai
kaedah mengambil buah ini maka hebatlah pasangan pesilat
tersebut.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
89
Saya rasa, ketika pembelajaran buah Kidung Kiri, isu dan
persoalan tentang cara pergerakan kaki telah tidak timbul lagi. Para
penuntut telah jelas sama ada menggunakan tumit kaki atau hujung
kaki. Setakat ini saya difahamkan bahawa semua Jurulatih bersetuju
dengan penggunaan hujung kaki. Agaknya. Tapi pasti juga ada yang
guna tumit kaki. Dikatakan takut urat belakang kaki kanan bengkak.
Lemah tenaga batin.
Ada tiga tempat atau situasi yang sangat saya tekankan
ketika membuat buah Kidung Kiri. Pertamanya kita perlu memastikan
ketika gelek masuk, tapak kaki kanan tidak berubah dari tempat asal
melainkan pergerakan pusing. Hanya kaki kiri yang langkah masuk
dalam keadaan berani, cekal dan tanpa ragu-ragu atau tanpa
teragak-agak.
Penekanan kedua ialah perbuatan tetak tangan setelah rapat
dengan musuh. Jangan tampar nyamuk. Selalu saya pastikan,
setelah menetak maka proses menjatuhkan pasangan kita perlu ada
kesinambungan. Tangan kanan secepat kilat memegang
pergelangan tangan pasangan kita untuk membuat jatuhan. Jangan
bermalam. Kalau tak kuasai maka ulang-ulang hingga berjaya. Ketika
buat buah, janganlah hendaknya anggap siku kiri yang menepis
kaedah A boleh mematahkan tulung rusuk lawan. Tak nampak
logiknya. Gelak dek orang. Pendapat baru yang tak ada di zaman
saya.
Penekanan ketiga yang saya beri ialah ketika membuat
jatuhan. Saya akan pastikan jatuhan dibuat pada tempat yang sama
tanpa ada sebarang usaha mengubah kedudukan kaki. Maksudnya
orang yang membuat buah jangan sesekali mengubah tapak kaki
kanannya ke depan bagi memudahkan jatuhan. Jangan ambil mudah.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
90
Saya buktikan betapa menjatuhkan pasangan di tempat yang tetap,
lain sakitnya berbanding jika kaki kanan melangkah ke depan.
Mungkin ada persoalan lain. “Kalau ada kiri mana kanannya?”
Kalau ada Kidung Kiri tentu ada Kidung Kanan. Jangan banyak
melayan. Katakan. Cekap kiri dulu baru belajar kanan. Beri harapan.
Tapi mesti tunaikan. Satu masa tetap kita tunjukkan kehebatan
Kidung Kanan. Tapi tegaskan betapa tersisih pergerakan tersebut.
Pelarasan sah di zaman Ustaz. Jangan persoalkan.
KUNTAU JATUH
Buah ini cantik, kasar dan menggerunkan. Setelah membuat
jatuhan, tangan kanan kita dengan cepat memukul penyawa. Dalam
pertunjukan, buah Kuntau Jatuh menarik minat penonton. Ramai
penonton yang bersuara tanda cemas akan kesudahan buah tersebut
dalam pertunjukan. Hinggakan tanpa kuncian pada kaki setelah
jatuhan, tidak mencacatkan kehebatan buah ini pada kaca mata para
penonton.
Saya sering tegaskan, prinsip melakukan gerak kaedah B
dengan gerak kaki masuk ke dalam perlu berhati-hati. Saya pernah
menerangkan betapa dua gerak dalam satu ketika akan tetap dikira
satu gerak. Kalau cuba menjadikan dua gerak maka salah satu gerak
berkenaan akan kurang fungsinya. Berdasarkan prinsip inilah saya
sentiasa berhati-hati ketika membuat penerangan. Ketika menepis
tangan pasangan kita, gerak kaki perlu bersahaja terlebih dahulu,
sebelum gerak sebenar masuk ke dalam pelipat. Kiraannya
berdasarkan saat dan ketika. Tak nampak bezanya secara mata
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
91
kasar. Seolah-olah bersepadu dalam proses membuat buah. Mudah
diterangkan secara perbuatan daripada tulisan ini berbentuk
kenyataan.
Saya juga membuat penekanan betapa pentingnya membuat
pukulan dengan menggunakan bahagian bawah telapak tangan ke
dagu pasangan kita. Tangan kita separuh genggam. Maka dagu
pasangan kita akan menjadi sasaran. Ada juga pukulan secara
menggunakan hujung jari di leher pasangan. Hebat juga. Paling
hebat diberitakan juga wujudnya pukulan tahyat di leher pasangan
kita. Jarang sekali digunakan. Buatlah mana yang hebat. Cuma,
jangan sesekali ketika masuk, tangan kanan terus ke bahu atau ke
dada pasangan untuk membuat jatuhan. Buruk pada pandangan
rupa. Lebih-lebih lagi tangan ke dada pasangan kita yang masih dara.
Satu lagi penekanan yang saya beri, ada kaitan dengan
jatuhan. Ketika menjatuhkan pasangan kita, jangan ikut pergerakan
badannya. Jatuhan kita perlu secara bertentangan sambil membuat
kuncian pada kaki pasangan. Bila stabil, dengan segera membuat
pukulan di bahagian penyawa. Brek mesti ada. Kuncian yang tepat
dan mengena boleh juga diukur melalui suara pasangan kita. Jeritan
atau laungannya akan membolehkan kita menghentikan proses
kuncian. Tapi ada juga pasangan yang tak berasa apa-apa. Sakit tak
ada tapi geli ada. Maka itulah tanda kuncian kita tidak memberi
makna. Berlatihlah lagi hingga terkeluar suara daripada mulut
pasangan kita.
Ketika pembelajaran buah ini, ada juga yang menimbulkan
persoalan. Kalau kuntau ada jatuhnya maka mana pulak kuntau yang
tak jatuh? Rupa-rupanya ada kuntau jatuh yang dibuat secara berdiri.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
92
Kalau rajin, tunjukkan. Kalau tidak, tangguhkan semasa kelas
kemahiran. Janji mesti ditunaikan.
KUNTAU KIRI
Perkataan „kuntau‟ telah menarik perhatian saya. Sebelum ini
kami telah diperkenalkan dengan Kuntau Jatuh. Kali ini ada Kuntau
Kiri dan Kuntau Kanan. Ada yang bersuara buat lawak. “Ada pulak
kuntau berdiri. Tak ada ke pulak kuntau bawah, depan dan kuntau
belakang.” Kami ramai-ramai ketawa. Saja seronok-seronok bagi
menghilangkan stress belajar Silat Cekak yang bermula dari pukul
tiga hingga lewat petang, setiap Sabtu dan Ahad.
Saya juga cuba membuka kamus untuk melihat makna
perkataan kuntau. Maklumlah ketika itu saya menuntut sebagai
siswazah fakulti bahasa Melayu dan Sejarah.
Masa kecil dulupun saya pernah dengar tentang istilah kuntau
Cina. Bila buka kamus, sah istilah kuntau dirujuk pada silat atau
pencak cara Cina. Kuntau juga dirujuk pada orang-orang Jawa yang
terkenal dengan kuntau Jawa. Agaknya istilah kuntau adalah
bermakna silat. Kalau kuntau Cina maka maknanya ialah silat Cina.
Kalau kuntau Jawa maknanya silat Jawa. Namun begitu orang Jawa
juga adalah rumpun bangsa Melayu.
Tak mahu susah-susah memikirkan istilah kuntau, saya rujuk
pada Ustaz. Keseluruhan jawapannya menjurus kepada makna
pergerakan tangan yang menggenggam penumbuk. Kalau
pergerakan silat dilambangkan dengan tapak tangan yang terbuka
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
93
maka gerak kuntau pula dilambangkan dengan genggaman tangan.
Saya faham akan konsep tersebut dan dijadikan fahaman diri. Bila
ada penuntut yang bertanya kepada saya akan istilah kuntau maka
jawapan saya berbelit sedemikian rupa. Selalunya selepas diberikan
jawapan, penuntut saya angguk dan diam sahaja. Tanda fahamlah
maknanya. Agaknya.
Mengambil buah ini memerlukan perbuatan gelek. Sekali lagi
penekanan pada gerak kaki sangat diutamakan. Jangan beralih
tempat pada tapak kaki kanan. Penggunaan hujung kaki atau tumit
kaki pada ketika ini sudah tidak menjadi persoalan.
Penggunaan Kaedah B dan D saling berpasangan. Gerak
gelek menjadi sokongan. Tapi yang mana dulu dan yang mana
kemudian. Seperti yang saya terangkan terdahulu, jika dua atau tiga
gerak digunakan dalam satu ketika yang sama maka akan janggal
jadinya. Saya tekankan kepada penuntut saya. Dulu dan kemudian
amat sukar diukur dengan mata kepala. Tak boleh nampak
perbezaannya kerana geraknya begitu pantas tanpa nampak dulu
dan kemudiannya.
Walau bagaimanapun, penekanan utama yang saya berikan
kepada penuntut ialah tangan kanan kita jangan memegang erat
penumbuk musuh ketika asas buah ini bermula. Memadai dengan
sentuhan sahaja. Kalau penekanan itu tidak dikuasai maka akan saya
suruh mereka mengulang lagi tumbukan berkali-kali hingga gerak
sebenar telah dapat mereka kuasai. Gerak sentuhan pada tangan
secara automatik tersangat penting ketika membuat buah asas.
Kalau setakat tangan kiri bengkok, atau kaki kurang berada di
posisinya dengan tepat di belakang pelipat maka saya buat teguran
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
94
biasa sahaja. Tidaklah hingga menyebabkan mereka terpaksa
menumbuk berkali-kali.
Ketika membuat jatuhan pada buah ini, kecepatan,
kekemasan dan ketepatan perlu dikuasai. Kejutan hanya terhasil
apabila ketiga-tiga prinsip itu terbukti. Kejutan amat penting kerana
buah ini begitu selamba. Saya tekankan juga, ketika membuat
jatuhan, kaki kanan jangan sekali-kali langkah ke depan. Jatuhan
perlu pada tempat asal. Peranan tangan tangan dan tangan kiri tetap
ada bagi membuat kejutan. Tekan tangan hingga bahu pasangan kita
hampir-hampir mencecah tanah.
Berhati-hati pada mereka yang suka membuat jatuhan secara
memulas dan hirisan tangan pasangan kita. Pada silat Melayu
kealpaan di situ amat bermakna buat mereka membuat tindak balas.
Ketika mengajar, saya akan perhatikan gerak penuntut. Penekanan
saya pada mereka agar gerak jatuhan Kuntau Kiri tidak bermalam di
mana-mana. Jika bermalam maka ulang lagi berkali-kali. Kadang kala
saya sendiri akan membuat tumbukan.
Saya beri ingatan pada mereka betapa buah Kuntau Kiri tidak
ada pukulan hakiki. Senang diambil tapi biarlah bererti dan benar-
benar difahami akan kelebihan buah ini. Teringat saya pada satu
ketika bersama Ustaz Hanafi. Ustaz bertanya tentang buah-buah silat
kita yang tidak diiringi oleh pukulan. Saya senaraikan dengan lisan
secara agakan. Sukar dijawab pada soalan spontan. Meraba-raba
mencari jawapan. Ustaz menyebut tentang buah ini. Pukulannya
tersembunyi.
Ditunjukkan pada saya letak pukulan tersebut. Oleh sebab
kami hanya berdua, setelah diturunkan buah maka perlulah saya
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
95
mencuba. Ustaz menumbuk dan saya membuat buah. Ustaz tidak
ada masalah. Ikhlas menurunkan ilmu kepada saya. Tapi diri saya
terasa tak selesa. Tak ada pasangan untuk membuat buah yang
diturunkannya.
Oleh sebab pelajaran tambahan pada buah tersebut tidak
diturunkan dalam kelas maka saya juga tidak berbuat demikian pada
penuntut saya. Saya hanya menyampaikan pengetahuan tentang
Silat Cekak berdasarkan apa yang diterima semasa saya menuntut
Silat Cekak dalam kelas sahaja. Walau bagaimanapun, dalam kelas
kemahiran, pelajaran tambahan tetap saya sampaikan. Setelah
menerima dan memahami pelajaran tambahan tersebut, maka dalam
kelas kemahiran perlu dipraktikkan gerak pukulan yang diterima.
Ketika membuat buah Kuntau Kiri dalam kelas kemahiran, semua
penuntut mesti memasukkan pukulan. Ulang perbuatan hingga jadi
amalan gerak.
KUNTAU KIRI GANTUNG
Prinsip asas ketika membuat asas Kuntau Kiri Gantung
adalah sama dengan Kuntau Kiri. Prinsip gelek dan gerak kaki perlu
diberi tumpuan. Penggunaan Kaedah B dan D adalah berpasangan.
Gerak gelek menjadi sokongan. Seperti buah Kuntau Kiri, penekanan
utama ialah tangan kanan jangan memegang penumbuk pasangan,
ketika asas lagi. Memadai dengan sentuhan sahaja. Kalau
penekanan itu tidak dikuasai maka akan saya suruh mereka
mengulang lagi tumbukan berkali-kali hingga gerak sebenar telah
mereka kuasai.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
96
Perbezaan yang ada antara Kuntau Kiri dengan Kuntau Kiri
Gantung adalah berkait rapat dengan penggunaan kaki yang
diletakkan atas pelipat pasangan kita. Dalam gerak Kuntau Kiri
Gantung, peranan kaki adalah tersangat penting. Sendi kaki kiri
diletak di belakang pelipat musuh. Sekali lagi penekanan pada kaki
perlu diberi perhatian berat. Pantang saya jika kaki yang diletak itu
bermula dengan sepakan. Peranan kaki tersebut hanya berbentuk
sentuhan pada pelipat pasangan kita. Jangan dipukul pelipat atau
memberatkan badan pada pasangan kita.
Ingatkan juga pada penuntut. Kaki kita jangan mencangkuk
pelipat pasangan kita. Nampak pun buruk. Kita perlu akui bukan
senang meluruskan tapak kaki kita. Lutut kita perlu direndahkan bagi
membolehkan kaki tidak mencangkuk, hanya membuat sentuhan di
belakang pelipat. Persoalannya adalah pada bahagian mana. Kalau
ditafsir sebagai belakang pelipat, banyak tempatnya. Setiap tempat
memberi kesan yang berbeza dalam proses jatuhan. Sukar ditulis
dalam ruangan ini melainkan secara praktikal. Pada mereka yang
pernah bersama, tentu tahu akan maksud penerangan saya.
Melakukan gerak gantung kaki kita di pelipat pasangan amat
terlalu sukar pada mereka yang berbadan besar atau kaki yang
pendek atau kaki yang berisi umpama ubi gajah. Peraturan asas kita
tersebut amat menyusahkan mereka. Apakan daya. Pelajaran kita
perlu dilalui juga. Tapi kemudahlenturan sikap kita sebagai Jurulatih
mesti ada. Jangan dibebankan mereka tak tentu hala. Ingatkan juga
pada mereka. Buah asas ada sambungannya. Pergerakannya tidak
terhenti di situ sahaja. Mungkin beberapa saat sahaja singgah di
belakang pelipat. Ketika pelajaran asas, jangan diberatkan badan kita
yang besar pada pasangan. Lebih-lebih lagi pasangan yang kecil
molek berbanding dengan mereka yang besar gajah. Pada
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
97
pandangan saya, memukul pelipat ketika buah asas adalah
perbuatan gopoh yang tidak sesuai dan merugikan gerak ketika
membuat jatuhan. Malah semasa proses jatuhan juga jangan dipukul-
pukul kaki pasangan kita. Berdasarkan pemerhatian, pada jangka
masa panjang akan memberi kerugian pada penuntut ketika masuk
ke peringkat pelajaran seterusnya.
Saya tegaskan prinsip sentuhan kaki berkali-kali pada
penuntut. Kalau penekanan itu tidak dikuasai maka ulang tumbukan
berkali-kali hingga saya berpuas hati. Gerak sentuhan pada tangan
dan kaki secara automatik tersangat penting ketika membuat buah
asas. Sekali lagi saya tegaskan. Jika gagal berbuat demikian maka
ulang tumbukan berkali-kali. Biarlah beratus kali hingga gerak
sentuhan dapat disebati. Itulah ingatan Ustaz dulunya kepada saya.
Jatuhan buah Kuntau Kiri perlu dibuat berhati-hati. Bukan senang nak
bagi jadi. Betul di tangan tapi salah di kaki. Kekadang pulak semua
tak jadi.
Ada dua perkara yang saya tekankan ketika membuat
jatuhan. Pertamanya, tangan yang gelek masuk perlu menolak
penumbuk pasangan dengan daya yang ada. Hal yang demikian
tidak mendatangkan masalah. Ketika pelajaran asas, penuntut telah
dididik dan dibiasakan agar mereka tidak memegang tangan. Oleh
itu, tolakan yang dilakukan adalah „bersih‟ dari unsur-unsur pegang
tangan kerana kebiasaan yang dipupuk ketika pelajaran asas.
Perbuatan menolak tangan tersebut perlu seiring dengan hirisan kaki
ke depan hingga pelipat pasangan kita jatuh sendiri. Dua perbuatan
tersebut perlu bersepadu. Jika perbuatan gerak dulu dan gerak
kemudian berlaku dan kelihatan amat ketara maka akan saya suruh
ulang penumbuk. Misalnya tolakan tangan mendahului hirisan kaki
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
98
atau hirisan kaki mendahului tolakan tangan. Buat lagi dan lagi
hingga saya berasa puas hati.
Perbezaan ketika dalam proses gerak mesti tidak ketara.
Latihan menggunakan kaki berkali-kali tidak mendatangkan apa-apa
masalah kepada pasangan tersebut. Jangan kira nak buat barisan
cepat-cepat. Ulangan penumbuk juga tidak mendatangkan beban.
Hal yang demikian kerana penuntut telah dilatih tidak memukul atau
menyepak pelipat. Perbuatan kaki hanya menghiris sambil maju ke
depan. Pelipat tidak akan rosak. Boleh berlatih panjang.
Apabila kita berpuas hati dengan gerak tolakan tangan dan
hirisan kaki, maka barulah kita tekankan soal kuncian. Buah Kuntau
Kiri sepatutnya meninggalkan kesan sakit yang amat sangat pada
kaki pasangan yang dikunci. Mulut pasangan kita pasti berbunyi
tanda berada dalam kesakitan. Saya jelaskan pada mereka betapa
kuncian kaki tersebut perlu seiring dengan proses memaut tangan kiri
pasangan kita setelah berlaku tolakan tangan kanan. Beri penekanan
pada semua yang saya nyatakan di atas. Jatuhan buah ini ada
sambungan. Tidak sesuai ditulis dalam ruangan ini. Bukan direka tapi
hasil pengetahuan yang ditunjuk oleh Ustaz.
KUNTAU KANAN GANTUNG
Mempelajari buah Kuntau Kanan Gantung telah
memahamkan kita lagi tentang maksud gerak kuntau dalam
pembelajaran Silat Cekak. Kecuali buah Kuntau Jatuh, lain-lain buah
kuntau sama ada Kuntau Kiri dan Kuntau Kiri Gantung serta Kuntau
Kanan Gantung, kesemuanya memulakan gerak secara lembut.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
99
Kekuatan deria rasa amat mustahak sebelum bertindak dengan
hebatnya. Mungkin kita dapat sesuaikan gerak-gerak tersebut
dengan prinsip Silat Cekak. Lembut tapi keras. Tenang tapi pantas.
Orang yang berjiwa lembut rupa-rupanya ada kekuatan keras dalam
pelbagai sudut di sebalik kelembutan yang ada.
Membuat asas buah Kuntau Kanan Gantung memerlukan
pergerakan kedua-dua tangan dan kaki kanan kita. Geraknya lembut,
tidak keras dan tidak kaku. Tapi bergantung juga pada penumbuk
yang tiba. Kita perlu sedar bahawa amat mudah kita mengeluarkan
arahan supaya kedua-dua tangan penuntut yang mengambil buah
tersebut mesti lurus. Tangan kanan disuruh ke lengan dan tangan kiri
disuruh ke bahu. Kalau kita tak cukup pengetahuan dan pengalaman,
arahan tersebut akhirnya akan menyusahkan diri kita sendiri.
Kalau tangan diarahkan lurus, akan memungkinkan tangan
penuntut umpama robot, kaku dan tidak ada kemudahlenturannya.
Apatah lagi jika tangan penuntut kita pendek. Arahan meletakkan
tangan ke lengan dan bahu pasangan mereka akan benar-benar
menyusah dan menyeksa mereka. Oleh sebab arahan maka
terpaksalah mereka lakukan juga dalam keadaan diri tidak stabil.
Ketika mereka membuat buah pasti banyak kalilah Jurulatih menegur
kelemahan mereka yang tidak mudah diperbaiki. Itu sebabnya pada
penuntut jenis tangan pendek itu, sama ada saya atau Jurulatih perlu
berperanan membuat tumbukan agar penuntut itu berupaya membuat
buah asas dengan tepat dan lengkap. Hal yang demikian kerana kita
sebagai Jurulatih boleh menyesuaikan gerak kita bagi membolehkan
penuntut itu membuat buah atau menyusahkan mereka.
Buah Kuntau Kanan Gantung memerlukan peranan kaki
kanan untuk diletakkan di pelipat pasangan kita. Sekali lagi peranan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
100
kelembutan perlu diambil kira. Gerakkan kaki ke pelipat dengan
lembut. Jangan disepak pelipat pasangan kita. Letak kaki ke pelipat
seperti mana ketenangan kita meletakkan tangan di bahu dan siku.
Seperti Kuntau Kiri Gantung, kaki yang diletakkan di pelipat itu
jangan mencangkuk pelipat pasangan. Luruskan kaki dan rendahkan
lutut. Maka dalam hal ini, sekali lagi lihat bentuk tubuh badan
penuntut kita. Jika kaki mereka pendek atau badan mereka terlebih
lemak maka amat sukar bagi mereka menggunakan kaki untuk
melakukan gerak asas Kuntau Kanan Gantung. Lebih-lebih lagi jika
kita memberi arahan supaya menegakkan badan sambil bergantung
pada badan pasangan kita. Arahan menegakkan badan akan
menyeksa penuntut berkenaan. Kaki pendek pasti terpaksa
membongkokkan badan. Kalau tidak berbuat demikian amat mustahil
kaki penuntut berkenaan boleh diletakkan di belakang pelipat.
Manakala arahan supaya badannya bergantung pada badan
pasangan silatnya akan benar-benar menyeksa pasangan
berkenaan. Terpaksa menampung berat guni beras yang boleh
menyakitkan pinggang.
Oleh itu para Jurulatih perlu mempunyai budi bicara yang
amat tinggi. Jangan syok sendiri. Semua arahan pasti akan dituruti
oleh penuntutnya. Disuruh duduk, duduk dan disuruh berdiri, berdiri.
Mereka tidak akan membantah. Seksaan yang diterima, mereka
serap begitu sahaja. Semangat mereka akan luntur jika diri mereka
tidak dibina. Itu sebabnya saya selalu katakan betapa Jurulatih boleh
menaikkan semangat penuntutnya atau merudumkan semangat
mereka. Oleh itu, sekali lagi kita boleh memainkan peranan untuk
membuat tumbukan. Beri peluang kepada mereka membuat buah
asas seperti mana yang sepatutnya. Jangan biarkan mereka yang
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
101
„kurang sempurna‟ itu mengambil buah bersama rakan. Kecualilah
untuk latihan-latihan seterusnya.
Untuk maksud jatuhan, peranan kita ialah memastikan para
penuntut melurut kedua-dua tangan sambil kaki kanan menghiris
pelipat untuk membuat jatuhan. Sekali lagi beri penekanan lurutan
tangan dan hirisan kaki kanan. Jangan bertolak ansur jika penuntut
gagal membuat gerakan dengan kemas dan teratur. Biar penuntut itu
menumbuk berkali-kali. Boleh buat sebab asas letak kaki secara
sentuhan dan bukannya secara pukulan. Agaknya itu sebab saya
perhatikan buah ini dibuat secara tidak kemas kerana kurang latihan.
Macam mana hendak berlatih kalau diajar sejak asas memukul kaki.
Dua kali pukul kaki menyebabkan latihan tidak boleh diteruskan lagi.
Kaki sakit, pelipat pasangan kita sakit dan akhirnya tak cukup latihan.
Setelah jatuh maka kaki kiri perlu bertindak segera mengunci kaki
pasangan. Lagi jauh kuncian ke dalam maka lagi baik. Sedalam
mana kuncian tersebut amat bergantung pada kesediaan
pasangannya menerima kuncian. Kalau meraung umpama cakar
harimau, maka eloklah dihentikan proses kuncian.
Ketika jatuhan dan kuncian, sekali lagi peranan Jurulatih amat
penting bagi memelihara keselamatan penuntut yang kena jatuhan.
Jatuhan yang tidak betul memungkinkan jatuhan lutut pada kaki
kirinya, sama seperti kaki kanan yang dihiris. Oleh itu penuntut itu
terdedah pada kecederaan kerana tiada imbangan. Pernah terjadi di
kelas saya. Penuntut berkenaan kehilangan imbang dan rakannya
terlepas pegangan tangan. Akibatnya penuntut itu terjatuh ke
hadapan didahului dengan bahunya. Ekorannya penuntut itu
mengalami patah tebu antara bahu dan tengkok. Sukar dibaiki tulang
yang patah di bahagian berkenaan. Berhati-hatilah dengan buah
Kuntau. Tidak kira Kuntau Jatuh, Kuntau Kiri dan Kuntau Kiri Gantung
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
102
dan Kuntau Kanan Gantung. Lembut geraknya tapi kasar
kesudahannya.
Kadang kala apabila penuntut-penuntut di kelas saya amat
berminat dengan buah-buah „gantung‟ tersebut maka saya akan
memberi penerangan yang melangkaui dari pelajaran yang ada. Saya
akan tunjukkan gerak-gerak „menganak‟ setelah jatuhan dibuat. Lagi
sakit rupanya. Begitulah hebatnya pukulan kuntau dalam pelajaran
kita.
Saya juga akan tegaskan kepada mereka terutama penuntut
samasa di kelas kemahiran tentang peranan kaki kanan atau kaki kiri
yang digantung pada pelipat. Saya tunjukkan betapa penggunaan
kaki kiri atau kaki kanan pada buah-buah berkenaan walaupun
bermaksud hirisan, apabila dibuat dengan kejutan akan
menampakkan gerak pukulan.
Oleh sebab mereka telah menguasai teknik hirisan,
penekanan pada pukulan tidak mendatangkan masalah pada
pelajaran kemudiannya. Lebih-lebih lagi pada masa latihan
kemahiran. Pada masa pelajaran kemahiran, saya akan gunakan
istilah sepakan kaki secara hirisan. Sepakan hiris itu merupakan
kombinasi pukul dan hiris pada kaki pasangan berkenaan. Hirisan
adalah satu teknik kemahiran yang patut ada pada pengamal Silat
Cekak. Pelajaran Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan Gantung
adalah punca kemahirannya. Kalau tidak ada kemahiran itu maka
saya simpulkan terdapat kekurangan.
Berdasarkan pengalaman, amat jarang saya lihat para
penuntut yang dapat membuat teknik sepakan secara hirisan ini
dengan tepat dan sempurna. Sepakan jenis ini menyebabkan risiko
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
103
pelipat tidak jatuh adalah amat kurang. Pada anggapan saya,
kegagalan membuat sepakan secara hirisan terjadi kerana dari awal
lagi penuntut berkenaan disuruh pukul atau sepak pelipat
pasangannya sama ada buah Kuntau Kiri Gantung atau kuntau
Kanan Gantung. Pengajaran yang demikian adalah gopoh dan amat
merugikan penuntut pada pelajaran yang akan datang.
Pernah berlaku satu peristiwa apabila kumpulan kami
dianugerahi pelajaran menengah oleh Ustaz. Ada hamba Allah
Jurulatih yang „hebat‟ tapi gagal membuat sepakan berkenaan
dengan sempurna dan tepat. Saya masih ingat lagi kata-kata Ustaz
yang tidak senang. Ustaz memarahi beliau dengan sebab
mengabaikan pelajaran jatuh buah Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau
Kanan Gantung. “Orang suruh latih betul-betul buah-buah tu, buat
main-main.” Maknanya pelajaran buah-buah gantung berkenaan itu
amat banyak maknanya untuk mendapatkan pelajaran hebat
seterusnya.
Cubalah tanya pada mereka yang telah dapat Sijil Menengah.
Yakinkah mereka dengan pelajaran yang ada. Kalaulah tangan
dimatikan fungsinya, bolehkah keyakinan diri tetap berada bersama
mereka. Tanya aje.
BUAH HENTAK
Saya sangat suka dengan buah ini. Buah ini juga dikenali
sebagai Keputusan Silat Harimau. Di mana letak gerak harimaunya.
Saya pun tak pernah bertanya dengan sesiapapun. Tapi saya buat
kesimpulan sendiri. Mungkin kalau kita lakonkan gerak tangan kanan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
104
dan tangan kiri, termasuk gerak kaki yang diangkat ke atas, maka
rupanya pun hebat dan saya dapat hubungkan dengan gerak
harimau. Saya buat andaian sendiri. Namun begitu, hal berkenaan
bukan masalah perdu yang perlu dibahaskan.
Di mana letak harimaunya maka fikirkan sendiri. Perkara
pentingnya ialah penguasaan buahnya. Jatuhan buah ini juga amat
cantik kalau kena seni buatnya. Geraknya sangat laju dan sukar
digambarkan oleh mereka yang menonton. Buah ini ringkas dan amat
padat. Pengambilnya berkeadaan tenang menghadapi serangan. Bila
diserang, umpama kilat musuh kecundang. Pasangan silat yang
menyerang itu, tiba-tiba jatuh telentang di bumi. Para penonton sukar
mengesan punca jatuhannya. Begitulah hebatnya buah Keputusan
Silat Harimau.
Mengambil buah ini tetap memerlukan ketangkasan,
kekemasan dan ketepatan. Tidak boleh teragak-agak. Hal yang
demikian tersangat sesuai dengan makna hentak. Istilah Hentak
adalah bermaksud memijak dengan kuat. Perbuatan memijak dengan
kuat itu merupakan kejutan. Pesilat yang ambil buah ini perlu
bergerak dengan berani, yakin dan cekal. Tidak boleh teragak-agak.
Perlu membuat keputusan dan tindakan segera.
Oleh itu saya menaruh keyakinan bahawa jika kita sering
berlatih buah Hentak ini maka secara langsung sifat-sifat berani,
yakin dan cekal yang saya sebutkan itu boleh disemai dan dipupuk
dalam diri kita dari masa ke masa. Hari-hari mau. Sifat-sifat berani,
yakin dan cekal akan membolehkan kita semakin hebat dan boleh
bergaya dengan penuh keyakinan dalam Silat Cekak.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
105
Penekanan saya pada buah ini ada pada empat tempat.
Pertamanya, siku kanan kita mesti berada pada ketiak pasangan kita.
Keadaan siku itu, tersangkut pada bahagian tulang ‟lubang‟ ketiak.
Perbuatan itu perlu dipastikan tepat, dalam keadaan tangan kanan
kita terbuka kerana menolak tangan kanan pasangan. Mungkin
pesilat akan menghadapi masalah apabila pasangannya bersifat geli.
Walau bagaimanapun, Jurulatih perlu mencari jalan bagi
mengatasinya.
Keduanya tangan kiri perlu memaut bahu kiri pasangan dalam
keadaan siku tangan kiri itu rapat pada badan. Dalam konteks ini
masalah yang timbul ialah tangan pesilat itu pendek dan badannya
melebihi lemak. Siku tangan kirinya yang sepatutnya rapat ke badan
pasangan, akan menarik badan pasangannya. Hal yang demikian
akan menyebabkan jatuhan yang bakal dilakukan tidak dapat dibuat
dengan sempurna. Bantu pesilat itu.
Ketiga, kaki perlu rapat ke bahagian belakang pasangan
dengan kedudukan kaki itu tergantung pada pelipat. Perbuatan ini
akan ‟menyeksa‟ pesilat yang berkaki pendek. Akan berlaku nanti,
lutut kaki kanan pesilat itu terkeluar dari medan yang sepatutnya.
Nampak buruk dan sangat mendukacitakan. Namun begitu, sekali
lagi Jurulatih perlu mencari ikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut.
Penekanan akhir yang penting ialah jatuhan secara hentakan
yang dilakukan mesti secara serentak antara gerakan kaki, siku
kanan dan tangan kiri. Serentak hala ke bawah. Kesemua empat
gerakan yang saya tekankan itu, perlu dilakukan dalam proses yang
berterusan. Mana dulu dan mana kemudiannya. Secara mata kasar,
amat sukar dikesan. Tapi ada perbezaan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
106
Sebagai Jurulatih, kita perlu perhatikan sama ada buah
tersebut menjadi atau tidak. Jatuhan yang benar menjadikan
pasangan yang menyerang akan jatuh umpama ‟nangka busuk‟ jatuh
ke tanah. Badannya secara automatik akan rapat dengan pembuat
buah. Kalau pasangan yang membuat buah terpaksa melangkah ke
depan untuk merapatkan diri bagi tindakan berikutnya, maka
maknanya buah itu tidak menjadi. Jika lutut pasangan yang
menyerang jatuh dahulu sebelum telentang maknanya juga buah
tersebut tidak menjadi. Maka perlu diulang lagi.
Seperti yang saya nyatakan di atas, pengajaran buah ini akan
bermasalah jika pesilat itu mempunyai tubuh badan yang melebihi
had dan kaki serta tangannya pendek. Menyuruh pesilat itu ‟mencuri‟
langkah kaki kiri, pasti akan menyelesaikan masalah menurunkan
buah tersebut. Namun begitu bagi maksud penguasaan Buah
Hentak, perbuatan mencuri langkah eloklah cuba-cuba dihindarkan.
Oleh itu, sekali lagi ketika saya mengajar dulu, saya sendiri atau
Jurulatih yang lain akan membuat tumbukan. Kita boleh
menyesuaikan tumbukan kita bagi memudahkan pesilat kita membuat
buah.
Kita perlu ingat bahawa tugas kita ialah memandu mereka
bagi menguasai buah-buah asas dan jatuh. Permudahkan mereka
bagi menguasai buah tersebut berdasarkan sukatan pelajaran. Kalau
pun buah tersebut sukar dikuasai mereka bagi menentang musuh,
banyak lagi buah-buah dalam Silat Cekak yang dapat digunakan
secara berkesan. Pelajaran perlu diikuti dan dikuasai. Maka
permudahkan mereka untuk mencapai hasrat tersebut. Jurulatih juga
perlu sensitif dengan sifat-sifat semula jadi yang ada pada
penuntutnya. Sifat-sifat seperti penggeli, tangan pendek dan kaki
pendek akan mempengaruhi kekemasan buah ini. Maka bantulah
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
107
mereka agar mereka benar-benar dapat menguasai buah Keputusan
Silat Harimau.
BUAH ALI PATAH ATAS
Dua buah yang berikutnya ada kaitan dengan perkataan Ali.
Apakah maksud Ali tersebut. Nama pencipta buahkah atau boleh
dihubungkan dengan Khalifah Islam yang hebat kerana gagah dan
beraninya. Tersangat molek jika para Jurulatih ada sedikit sebanyak
pengetahuan mengenai perkara itu.
Buah Ali Patah Atas adalah tidak asing bagi saya. Dalam silat
yang dituntut terdahulu, gerak buah ini ada dipelajari. Malah babak
pertarungan dalam wayang Melayu juga selalu melakonkan gerak
buah jenis ini. Pastinya cara mengambil buah dan penyudahnya
sahaja yang berbeza. Silat Melayu yang lain amat suka
‟menganakkan‟ buah supaya kelihatan cantik dan mudah membuat
pertunjukan. Buah hiburan untuk para penonton.
Mengajar buah ini juga memerlukan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu. Pertamanya, kejutan Kaedah A berserta
pukulan di tengkok adalah merupakan satu kemestian. Kalau
kemestian maknanya mesti buat. Jangan teragak-agak daripada
melakukan pukulan tersebut. Setakat ini belum pernah ada penuntut
yang dimasukkan ke hospital gara-gara pukulan Ali Patah Atas.
Pukulan di tengkok adalah berbentuk ‟cucukan‟ jari tangan yang
terbuka.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
108
Penekanan kedua adalah pada tangan kanan yang
melakukan pukulan. Setelah membuat pukulan maka tangan kanan
bertindak berada di bahagian belakang tengkok pasangan secara
telentang. Bayangkan telentang duyung di tepi pantai. Indah. Berbeza
dengan dugong. Op! Jangan mengelamun ketika buat buah. Ingat
balik peranan tangan kanan pesilat. Peranannya juga bermaksud
awasan. Keselamatan diri perlu dijaga. Tangan kanan boleh
memainkan peranan untuk maksud tersebut.
Penekanan ketiga ada kaitan dengan pergerakan kaki kanan
pesilat. Seiring dalam proses jatuhan, kaki kanan pesilat perlu
melangkah serentak dan bersepadu. Langkahan kaki adalah
berdasarkan langkah semula jadi. Kaki pendek pasti langkahnya
pendek. Kaki panjang pasti langkahnya panjang. Jangan langkah
memaksa atau langkah yang dibuat-buat. Panjang atau pendek
adalah berdasarkan gerak semula jadi. Tapi ada panjang dan pendek
yang dijadi. Minyak lintah di Pulau Langkawi.
Setelah semua proses yang ditekankan di atas dapat
dilakukan maka pesilat itu akan berada dalam zon ‟selamat‟. Proses
jatuhan berikutnya dapat dilakukan tanpa ada kerisauan yang nyata.
Ada juga yang saya perhatikan, mengambil buah ini tanpa
pukulan. Penuntut hanya dibenarkan membuat pukulan ketika
pelajaran buah potong. Ketika itu baru mereka tahu buah ini ada
pukulan. Hal yang demikian kerana tanpa pukulan mana mungkin
dapat diturunkan pelajaran buah potong. Maknanya juga, masa
mengajar buah jatuh, lain geraknya dan semasa mengajar buah
potong maka lain pulak geraknya. Berbelit-belit, tidak tetap pendirian
dan berubah-ubah-ubah.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
109
Hal yang demikian pastinya akan memberi kesan pada
pembentukan peribadi penuntut yang kita ajar. Pada mereka, akan
terbina dengan sikap dan fikiran yang suka berubah-ubah. Orang
yang berubah-ubah akan bersifat berbelit-belit. Sifat itu selalu
dikaitkan seperti ular. Kata orang tua-tua kalau ada ular bersama
dengan manusia jenis itu maka sukar dibeza belit yang ada; antara
belit manusia dan belit ular tersebut. Itu sebabnya ketika bertindak,
ramai yang memukul manusia belit yang lebih teruk daripada belit
ular.
Setelah berlangsung pergerakan kaki dan tangan kiri, maka
penekanan seterusnya, kaki kiri yang melangkah jangan sekali-kali
diundurkan semula. Kaki kiri perlu berada pada kedudukan tempat
yang sama, hanya kaki kanan yang berperanan untuk menekan
pelipat pasangan kita. Ketika itu rapatkan badan pasangan pada
bahagian kanan kita. Kalau pesilat itu lebih tinggi daripada
pasangannya maka perbuatan tersebut lebih mudah, kemas dan
kelihatan bersahaja.
Apabila berlakunya jatuhan maka akan diiringi oleh satu
pukulan. Tangan kiri pesilat akan memainkan peranan dalam pukulan
tersebut. Cuma jangan dijadikan isu tentang jenis pukulan dan tempat
pukulan tersebut. Ketika ini pesilat itu telah berada dalam zon
„selamat‟. Buatlah apa saja. Pada saya, kedua-dua aspek itu
umpama ranting yang tak perlu dibahas ketika tangan pasangan kita
telah terkunci.
Dalam buah Ali Patah Atas ini, terdapat juga beberapa
persoalan. Persoalan tangan kiri pesilat yang menolak bahagian siku
tangan kiri pasangan, ada ditimbulkan juga. Macam-macam
persoalan ada. Ada kata tangan yang ditolak hendaklah bergerak dari
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
110
bahagian dalam depan badan pasangan. Takut cedera kata mereka.
Semuanya mereka takut. Hinggakan timbul gara-gara ambil buah
tanpa pukulan. Takut tak tentu punca.
Sepatutnya tidak ada isu yang timbul. Buatlah macam
manapun. Janji, tangan pasangan kita dapat dikunci. Ada yang kata
kedua tangan pasangan kita yang dikunci akan membentuk huruf A.
Dua tangan pasangannya menjadi tiang dan tangan kanan pesilat
menjadi penghubung antara dua tiang tersebut dan membentuk huruf
A. Daripada huruf A itulah jadinya Ali. Kalau Abu tak sedap
sebutannya. Kalau Anu lagi tak sedap. Pada saya, malas nak layan
hipotesis berkenaan. Ya pun tidak, nafi pun tidak. Buat lawak sahaja
tapi ada logiknya.
Kita juga perlu sedar bahawa bukan semua penuntut silat kita
yang berasa sakit dengan kuncian Ali Patah Atas. Ada dalam
kalangan mereka yang tidak berasa apa-apa kesakitan apabila dibuat
kuncian. Selamba sahaja. Hal yang demikian bukan salah pesilat
tetapi pada kebiasaannya kerana badan pasangan pesilat itu terlebih
anjal. Jurulatih perlu memahami keadaan tersebut.
Itu sebab agaknya dalam kelas saya dulu, kami diajar
pecahan pada jatuhan buah ini. Dalam pecahan buah ini, setelah
membuat jatuhan pada pelipat pasangan kita, lutut kanan akan
disendal pada bahagian belakang. Lutut kiri pesilat jatuh ke bawah.
Kalau tangan yang dikunci tidak sakit, pasangan kita akan merasai
sakit pada bahagian yang lain pula. Mereka akan berasa kesakitan
pada bahagian belakang. Lagi kita tegakkan kaki kanan kita maka
lagi kuatlah raungannya. Pasti berlaku. Ketika itu juga tangan kiri
pesilat boleh lagi membuat pukulan. Buatlah di mana sahaja. Malas
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
111
nak pukul maka buka saja zip atau ikatan seluarnya. Dapat juga
diperiksa akan jenis barangnya.
Di kelas saya, pecahan tersebut tetap saya tunjuk dan saya
ajar pada penuntut. Hal yang demikian kerana itulah pecahan yang
saya terima daripada kelas saya dulu kala. Apa yang saya terima
maka akan saya sampaikan kepada para penuntut. Zaman Ustaz,
zaman Pak Ak dan zaman En. Mat, perbuatan tersebut adalah
berterusan. Kalau Ustaz perturun buah sebegitu pada kami maka
tentu ada sebabnya Ustaz berbuat demikian. Kekalkan pusaka
Hanafi. Jangan buat hal dengan syok sendiri.
Pada gelaran buah ini ada perkataan atas. Maka ada yang
bertanya bawahnya. Pada kebiasaannya pada ketika ini, isu atas dan
bawah kurang timbul lagi. Hal ini kerana istilah atas dan bawah telah
menjadi perkara biasa. Cuma kita saja membuat andaian tentang
bawahnya. Di samping kedua pecahan tersebut ada juga pecahan
yang telah ditiadakan atas sebab-sebab yang tertentu agaknya.
Berdasarkan gerak pecahan tersebut, ketika kaki kanan
menekan pelipat, lutut pesilat mengampu badan pasangannya.
Tangan kiri akan mengambil alih peranan tangan kanan. Walau
bagaimanapun, dalam hal ini, oleh sebab pengetahuan mengenainya
tidak diperoleh melalui kelas ketika saya belajar dulu kala, maka
gerak itu saya sentuh sahaja ketika kelas kemahiran.
Apapun, pegangan saya ialah, “Sampaikan apa saja yang
telah orang lain sampaikan kepada kita semasa belajar dalam kelas.”
Jangan tokok-tambah atau kurang-mengurang. Tak adil bagi Ustaz
yang telah membangunkan Silat Cekak.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
112
BUAH ALI PATAH SUDAH
Istilah ‟Sudah‟ sangat menarik perhatian saya. Dari “Atas”
maka pergi pulak ke “Sudah.” Apa yang sudahnya. Ketika belajar
dulu, persoalan tersebut bermain-main di kepala. Tapi tidak sampai
merungsingkan fikiran. Satu masa saya bertekad untuk bertanya.
Tapi bila sampai masanya terasa macam tak nampak faedahnya
untuk bertanya. Maka lebih baik saya tafsir sendiri tentang konsep
‟sudah‟ pada pengertian saya. Lagi pun yang pentingnya bukanlah
istilah tetapi kebolehan kita menghasilkan gerak membuat buah.
Buah Ali Patah Sudah boleh memberi kesan jangka panjang.
Kunciannya akan menyebabkan kita sukar menelan air liur. Terasa
macam bengkak di halkum. Bila diraba tak terasa apa-apa. Itu
sebabnya setelah mengajar buah ini, saya rajin bertanya pada
penuntut yang mengambil buah daripada saya. “Macam mana. Rasa
apa.” Bila dijawab mereka betapa susahnya menelan air liur maka
hati saya berasa puas. Puas di sini bukan kerana menyakitkan
penuntut tetapi berasa puas kerana berjaya menyampaikan ilmu
seperti mana yang saya terima daripada Ustaz.
Saya rasa buah ini ada kelainan sikit. Asas dan jatuhan sama
sahaja. Saya kurang pasti bagaimana Jurulatih menyampaikan
pelajaran buah ini untuk menunjukkan perbezaan antara pelajaran
asas dan jatuhannya. Di kelas saya, perbezaannya adalah pada
kuncian akhir. Pada pelajaran asas, kuncian lebih longgar berbanding
ketika pelajaran jatuhan. Kesan tidak boleh menelan air liur adalah
ekoran daripada perbuatan jatuhan buah Ali Patah Sudah. Buah ini
mempunyai dua pecahan yang bersandarkan pada dua kaedah yang
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
113
berlainan iaitu Kaedah A dan Kaedah B. Walau bagaimanapun
kedua-dua pecahan buah ini tetap ada pukulannya.
Prinsip melakukan gerak berdasarkan Kaedah A buah Ali
Patah Sudah adalah sama dengan buah Ali Patah Atas dan buah
Kilas Belakang. Pergerakan kaedah adalah bersepadu dengan
langkah kaki kanan dan serentak dengan pukulan di leher. Nampak
serentak tanpa ketara ketikanya. Penuntut perlu menguasai
pergerakan asas pada ketiga-tiga jenis buah tersebut. Tangan kiri
yang menampar penumbuk tidak akan bermalam lama. Pergerakan
susulan tangan kiri adalah berserta dengan kejutan bagi
membolehkan tangan kanan bergerak mengawasi kepala pasangan
kita. Gerak ini berlaku setelah tangan kanan membuat satu pukulan
di leher. Hebat buah ini. Tak ada tipu-tipu gerak antara pelajaran
jatuhan dan pelajaran potong. Gerak pukulannya adalah sama.
Pemerhatian saya, gerak buah ini nampak lucunya pada
gerak mereka yang tak tentu hala. Ada yang memberi tabik hormat
pada pasangannya. Ada yang berumpama sedang takbir dan
pelbagai aksi lucu. Ketika tangan kiri mencangkuk atau melilit leher,
bahaya yang mungkin ada ialah tindak balas kepalanya. Walau
bagaimanapun keadaan ini tidak mendatangkan masalah besar
kerana tangan kanan kita telah bersedia pada kedudukannya. Tapi
ada juga penuntut yang endah tak endah akan bahaya tersebut.
Ketika kepala musuh boleh bertindak ganas, dia tetap memberi tabik
hormat. Bekas askar agaknya.
Ketika PA menjadi Guru kita, beliau pernah menyuarakan
perasaan tak puas hati pada saya tentang tindak tanduk Guru
Wawasan yang menyelaras gerak tabik pada Buah Ali Patah Sudah.
Antara lain sepanjang ingatan saya, PA pernah terkeluar kata, “Nanti
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
114
satu masa saya nak suruh dia ambil buah tu. Biar saya hentak
kepala. Baru dia tau.” Saya diam sahaja kerana tidak pernah menjadi
ahli kumpulan belit itu.
Satu lagi penekanan yang saya beri ialah ketika membuat
kuncian. Tangan yang mencangkuk atau melilit tengkok tidak perlu
mencederakan halkumnya. Halkum pasangan kita perlu berada pada
sendi tangan. Kalaulah pasangan kita terbatuk-batuk kerana tidak
dapat bernafas apabila dibuat kuncian maka itulah tandanya kuncian
kita tidak betul. Kuncian yang betul akan menyebabkan leher
pasangan sahaja yang berasa sakit kerana perbuatan himpitan.
Kesannya adalah pada masa jangka panjang. Keesokan harinya
hilang kepuasan meneguk air.
Oleh itu jika kita faham dan yakin kesannya maka kuncian
berikutnya dalam latihan tidak perlu dibuat dengan sepenuh hati. Hal
yang demikian demi menjaga keselamatan penuntut. Mudarat untuk
jangka masa panjang.
Mungkin ada dalam kalangan penuntut yang bertanya tentang
kedudukan kedua tangan kita setelah dibuat kuncian. Ada Jurulatih
yang memberi arahan supaya kedua-dua jari tangan kita genggam
silang, atau memadai letakkan kedua tangan di tengkok sahaja.
Dalam hal ini, tengoklah saiz badan pasangan kita. Jangan main
arah-arah.
Buah Ali Patah Sudah juga dihasilkan melalui Kaedah B.
Penggunaan Kaedah B dianggap oleh sesetengah penuntut lebih
senang, berbanding dengan penggunaan Kaedah A. Hal yang
demikian kerana Kaedah B mudah digunakan. Walau bagaimanapun,
ketika penuntut menggunakan Kaedah B, bermula daripada buah
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
115
Kuntau Jatuh lagi, beberapa pelakuan gerak yang menyimpang dari
kekemasan kaedah ini perlu ditegur secara spontan.
Ketika mengambil kaedah ini genggaman tangan perlu ada.
Setelah berjaya menepis penumbuk daripada kawasan dada maka
barulah genggaman tersebut boleh dibuka. Dalam proses membuat
buah, perhatikan gelagat tangan penuntut. Jangan benarkan tabiat
pesilat memegang tangan pasangan yang menumbuk dalam proses
membuat buah. Dalam proses itu, pegang-pegang tangan dilarang
sama sekali. Walaupun nampak memudahkan pergerakan, tapi tidak
sesuai pada pelajaran jatuhan. Ketika proses menepis Kaedah B,
penumbuk pasangan yang menggenggam boleh dijadikan senjata.
Buah Kuntau Jatuh menjelaskan prinsip berkenaan.
Namun begitu gerak Ali Patah Sudah lain situasinya.
Genggaman tangan kanan yang menepis tidak perlu membuat apa-
apa tindakan pukulan. Maka timbullah persoalan akan tempat
pukulan seperti yang didakwa. Dalam soal pukulan ini, saya
berpendapat gerak tangan kanan yang mencangkuk leher musuh
boleh ditafsirkan sebagai pukulan. Pukulan itu terjadi dalam proses
gerakan yang „keras‟ akibat cangkukan atau lilitan tangan pada leher
atau tengkok pasangan kita. Kawasan tangan antara pergelangan
hingga ke siku boleh dianggap senjata pukulan.
Apabila tengkok pasangan kita dapat dicangkuk, maka tangan
kanan berperanan untuk berada di belakang kepala bagi maksud
awasan. Dalam proses yang tetap berterusan, dalam kiraan saat dan
ketika, tangan kanan yang telah bersedia perlu bawa tengkok rapat
ke bahagian kanan badan pesilat. Dengan pantas tangan kiri pesilat
bergerak di celah tangan kiri pasangannya, bagi menyertai tangan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
116
kanan untuk membuat kuncian. Proses tersebut yang pantas adalah
selaras dengan pergerakan kaki kiri pesilat.
Kalau berdasarkan dua kaedah tersebut, saya berpandangan,
proses menghasilkan buah berdasarkan Kaedah B agak sukar dan
berbahaya sedikit berbanding dengan Kaedah A. Hal ini demikian
kerana penggunaan Kaedah A membolehkan pelakuan pukulan
segera di leher sebelum tangan tangan berperanan membuat
awasan. Berbeza dengan Kaedah B, pukulan yang berlaku agak
lewat sedikit dan proses tangan kanan memberi perlindungan pada
„rajanya‟ juga agak terkemudian.
Namun begitu, setelah buah Ali Patah Sudah terhasil melalui
Kaedah A atau B, buatlah kejutan pada tengkok untuk kali pertama
sahaja bagi memberi rasa kepada pasangan kita. Lihat saja
kesannya. Tapi jangan diulang selalu kerana perbuatan tersebut akan
memudaratkan mereka. Sekali lagi Jurulatih perlu berfikiran luas
sebelum memberi arahan dan dalam proses menghebatkan
penuntutnya. Tengok badan penuntutnya sama ada badannya tinggi
atau rendah, kepalanya besar atau kecil, tangannya panjang atau
pendek.
Semuanya memberi kesan kemantapan buah Ali Patah
Sudah. Sumber maklumat tersebut memberi makna kepada kita
untuk membangunkan kehebatan penuntut kita. Buatlah sikit kajian
sebelum mengeluarkan arahan yang sewenang-wenang.
Setelah mengetahui hasil pergerakan Ali Patah Sudah maka
diri sendiri boleh membuat tafsiran akan makna sudah. Tafsirlah
sendiri.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
117
BUAH SELENDANG
Apabila kami diperkenalkan dengan buah Selendang, hati
berasa semacam sahaja dengan istilah „Selendang‟ tersebut.
Selendang biasanya dikaitkan dengan sifat perempuan yang
berwatak lemah lembut dalam sebarang tindakan. Kalau diertikan
pada istilah bahasa, selendang membawa maksud kain panjang yang
digunakan untuk menutup bahagian kepala iaitu leher atau bahu.
Kalau dilihat pada hasil buah ini jelas dapat kita hubung kaitkan istilah
selendang dengan pergerakan silat kita. Tangan pasangan kita
sememangnya diletakkan atas bahu. Badan pasangan adalah
berkeadaan rapat sesama mereka.
Ketika masuk dengan Kaedah A, proses awalnya sama
seperti Kidung Kiri. Proses akhirnya sama dengan pecahan kedua
Gayung Petani. Hal yang demikian adalah meliputi gerak tangan dan
kaki. Melakukan buah ini memerlukan keberanian, keyakinan dan
kebolehan diri tanpa ragu-ragu ketika kita gelek ke dalam. Penuntut
yang ragu-ragu akan menampakkan elakan badan ketika membuat
buah. Tugas Jurulatih ialah memberi teguran. Ulang penumbuk
hingga penuntut itu mempunyai keyakinan.
Seperti Kidung Kiri, perhatikan juga gerak kaki. Kaki kanan
tetap mantap pada posisi asal. Jika beralih tempat ketika melakukan
buah, berhentikan tumbukan. Arah pesilat tersebut tumbuk semula.
Biar berkali-kali. Namun begitu, saya percaya. Buah Kidung Kiri telah
memantapkan pergerakan penuntut kita. Kalau masih kurang
mantap, bermakna penuntut kita itu dalam golongan yang perlu diberi
perhatian.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
118
Kita akui bahawa, setiap buah itu ada penekanannya yang
tersendiri. Mengambil Kaedah A pada buah selendang tidak
memerlukan tetakan pada tangan pasangan. Gerak Kaedah A pun
agak berlainan sikit. Tidak berhenti dekat dengan badan kita. Dalam
proses pergerakan tangan kiri pesilat yang menepis, tangan kanan
terus memegang pergelangan tangan. Apabila tangan pasangan
diletakkan atas bahu, tangan kiri pesilat telah berada pada badan
pasangan dengan cara tangan diluruskan.
Semua pergerakan berlangsung dalam proses yang
bersepadu dan berterusan. Tidak ada mana-mana gerak yang
„bermalam‟. Semua pergerakan dalam proses yang dinyatakan di
atas adalah merupakan gerak yang diberi penekanan utama.
Kemudian barulah lihat gerak-gerak seterusnya seperti terkandung
pada pelajaran kita.
Setelah kaki betul-betul berada di belakang pelipat, maka
buatlah jatuhan. Badan pesilat adalah tetap berada dalam keadaan
tegap dan tegak. Jangan bongkok. Tangan kiri pesilat yang mengunci
pergerakan badan pasangan, tetap berada dalam keadaan lurus dan
genggam tangan. Sejauh mana tangan kiri pesilat menekan ke
belakang badan pasangannya. Semuanya terletak pada tindak balas
atau reaksi pasangan. Lagi ke belakang maka lagi baik.
Ketika jatuhan, jangan biarkan kaki kanan pesilat kita beralih
tempat. Di mana kaki memijak maka di situlah pesilat itu membuat
jatuhan. Jatuhan Buah Selendang ini nampak mudah, akan tetapi
memberi ruang pada pasangan untuk membuat tindakan. Oleh itu,
ada masanya saya menumbuk pesilat untuk mereka buat buah
Selendang. Ketika jatuhan, tangan kiri saya akan cuba bertindak
meraba muka pesilat berkenaan. Jika tangan boleh sampai ke
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
119
mukanya maka bermakna kuncian gerak badan tidak membawa erti.
Perbaiki kuncian lagi dan lagi.
Satu lagi persoalan yang mungkin timbul ialah ketika tangan
kanan pesilat meletakkan tangan pasangan atas bahu. Perbuatan
meletakkan tangan di atas bahu memerlukan teknik yang betul.
Tangan pasangan perlu berada dalam posisi sikunya di bawah. Hal
yang demikian membolehkan kita menarik tangan tersebut ke bawah
dan memberi rasa sakit padanya. Gerak kita yang sedemikian juga
dapat menyekat pasangan daripada melilit leher kita sendiri.
Setelah jatuhan, pesilat akan diarah supaya tangan yang
memegang tangan kanan pasangan membuat gerakan melurut bagi
mendapatkan jari. Teknik membuka genggaman tangan pasangan
juga kerap kali mendatangkan masalah kepada pesilat. Bantu mereka
dengan teknik membuka genggaman yang betul.
Persoalan yang timbul ialah keperluan kita melurut tangan
bagi mendapatkan jari pasangan ketika tangan diletak atas bahu.
Perbuatan tersebut hanya terdapat pada buah Selendang, tidak
terdapat pada buah yang bersamaan dengannya dalam konteks
memegang pergelangan tangan ketika tangan pasangan berada di
bahu.
Bandingkan dengan buah Terlak. Pada hal buah Terlak juga
memerlukan pegangan tangan ketika tangan pasangan berada di
bahu kecuali pertunjukan menggunakan senjata. Mungkin ada
alasan-alasannya kenapa buah Terlak tidak memegang „hujung
tangan‟. Alasan terbaik adalah kerana sifat buah Selendang itu
sendiri yang memerlukan pegang hujung tangan hingga
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
120
mendapatkan jari pasangan. Nama pun Selendang. Jawapan mudah.
Fikirlah sendiri.
Walau bagaimanapun, pada pemerhatian saya, buah
Selendang ada bahayanya jika diambil sambil lewa. Kalaulah
pasangan kita menjatuhkan lutut kirinya semasa pesilat membuat
jatuhan maka buah Selendang kurang kemenjadiannya. Tetapi,
dengan cara hujung tangan pasangan dapat dipegang, maka
bolehlah kita jadikan hujung tangan itu umpama „gear‟ bagi
mematikan gerak balas pasangan. Dalam kelas kemahiran akan
dimahirkan gerak yang sedemikian.
BUAH GARI
Saya suka membincangkan tentang istilah yang ada dalam
buah-buah Silat Cekak. Ada antara istilah tersebut begitu asing pada
diri saya atau istilah tersebut berupa istilah biasa yang mudah dan
kurang melambangkan identiti persilatan dulu-dulu. Hal yang
demikian termasuklah dengan istilah „gari.‟
Berdasarkan kamus, gari bermaksud sepasang gelang
daripada logam yang digunakan untuk membelenggu pergelangan
tangan. Kalau dihubungkan dengan silat kita, jelaslah maksud gari
dapat dikaitkan dengan prinsip buah Gari dalam Silat Cekak. Kita
menggunakan pergelangan tangan musuh bagi mengikat pergerakan
tangannya daripada bertindak.
Buah Gari mempunyai dua pecahan berdasarkan Kaedah B.
Sifat asas kaedah ini mungkin ada persamaan ketika kita membuat
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
121
buah Kuntau Jatuh, Kuntau Kanan Gantung dan buah Ali Patah
Sudah. Ketika pelajaran buah Gari, penggunaan kaedah B tidak lagi
asing pada kita. Telah banyak buah sebelum ini yang menggunakan
kaedah B. Sepatutnya para penuntut semakin yakin dan cekap
menggunakan kaedah itu dalam melakukan gerak membuat buah-
buah tersebut.
Perbezaan antara Gari dengan buah-buah lain yang
berasaskan kaedah B ialah pukulan. Buah Gari tidak mempunyai
pukulan berdasarkan isi pelajarannya. Oleh itu, ketika menggunakan
buah ini, aspek-aspek yang selalu saya tekankan iaitu ketangkasan,
kekemasan dan ketepatan perlu diberi penekanan. Jika para
penuntut gagal menguasai ketiga-tiga aspek tersebut, pasti akan
menampakkan pergerakan yang bermalam. Pasangan akan
menunggu dan hanya memerhatikan rakannya membuat buah tanpa
apa-apa tindakan, kerana arahan. Pada hal, dalam situasi
sebenarnya, kelembapan gerak tersebut pasti akan membawa
kemudaratan.
Menggunakan Kaedah B memerlukan kesepaduan gerak
tangan dan gerak kaki kanan. Perbuatan kaki dan tangan kanan
adalah serentak. Peranan tangan kanan pesilat ialah mencapai
tangan kiri melalui celah tangan kanan pasangannya. Ketika itulah
masalah gerak pada pesilat tersebut akan berlaku. Untuk mencapai
tangan kiri tersebut bukan mudah dan memerlukan teknik yang betul.
Jika teknik tersebut tidak tercapai, akan menyebabkan pesilat itu
menggunakan tangan kirinya sendiri bagi membantu menangkap
tangan kiri pasangannya. Hal yang demikian sangat tidak digalakkan.
Oleh itu Jurulatih perlu berusaha memperbaiki teknik pesilat itu untuk
memudahkannya mencapai tangan kiri pasangan silatnya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
122
Saya perhatikan, oleh sebab perbuatan untuk mencapai
tangan kiri pasangan pesilat itu agak sukar, akan menyebabkan
gerak pesilat itu akan bermalam terlalu lama. Konsep bermalam itu
saya maksudkan dalam konteks gerak silat. Berhati-hatilah dengan
situasi itu kerana hal yang demikian amat membahayakan diri pesilat.
Kepala pasangan kita „hidup‟ dan perlu diawasi gerak kepala itu
dengan cara memberikan juga tumpuan dalam proses menangkap
buah.
Proses seterusnya ialah menarik ke arah atas tangan kiri
pasangan pesilat itu melalui ketiak kanannya. Lagi cepat proses itu
berjalan maka lagi „selamat‟lah pesilat itu daripada tindak balas
pasangannya. Tariklah ke atas tangan pasangan kita seberapa daya
yang boleh dalam gerak semula jadi, tanpa menggunakan kekuatan
yang melampau. Seperti yang dinyatakan, kepala pasangan kita,
memungkinkan gerak yang mengancam keselamatan pesilat itu. Itu
sebabnya perbuatan „secepat kilat‟ dalam proses mematikan gerak
kepala pasangan kita perlu dilakukan dengan tangkas, kemas dan
tepat. „Mematikan‟ gerak kepala pasangan pesilat itu telah melahirkan
dua pecahan dalam buah Gari. Pecahan tersebut melambangkan
fokus yang berlainan bagi mematikan gerak.
Bagi pecahan pertama, tangan kiri akan melilit leher
pasangannya sebelum memaut pada leher sendiri. Sekali lagi
peranan tangan kiri pesilat yang melilit itu perlu difahamkan
geraknya. Peranan tangan itu juga adalah mengawasi gerak kepala
pasangannya bagi memudahkan kepala kita masuk rapat. Sebaik
sahaja kepala kita masuk rapat, kuncian yang dibuat perlu
dikemaskan secara kita menegakkan kedudukan leher kita. Dalam
hal ini ketinggian pesilat akan banyak mempengaruhi kekemasan
kuncian tersebut. Kalau ketinggian tidak seimbangan antara
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
123
pasangan pesilat itu maka pelbagai kemungkinan „sakit‟ akan
berlaku. Pastinya jika pasangan pesilat itu lebih pendek maka beliau
akan menampakkan „gerak rayu‟ secara automatik supaya
melonggarkan kuncian.
Kepala pesilat itu juga tidak akan masuk rapat jika kepala
pasangannya tidak dikunci pergerakannya dengan kemas. Hal yang
demikian sangat perlu diberi perhatian oleh Jurulatih. Kadang kala
saya sendiri akan menguji kuncian yang dibuat itu. Tangan kiri saya
akan menolak muka pasangan silat yang diuji. Kalau tangan saya itu
berjaya mengena muka pasangan silat maka kuncian yang dibuat
adalah tidak kemas. Secara spontan saya arahkan bahagian-
bahagian yang perlu dikemaskan termasuk peranan siku kirinya yang
melilit tengkuk. Kerap kali ketika itulah saya akan meninggikan suara
apabila penuntut yang saya tumbuk tersebut agak lembab sikit untuk
membuat tindakan.
Jangan kira ambil mudah buah Gari ini. Nampak tersangat
hebat, tapi jika tidak dilakukan dalam fikiran „sedar‟ akan membawa
bahaya pada diri pembuatnya. Pastikan penuntut kita memahami
setiap gerak yang dilakukan atas dasar sebab dan akibat. Secara
langsung kita akan memupuk sifat waspada dan sikap berfikir dalam
kalangan penuntut yang kita didik.
Proses menendang kaki kanan pasangan silat, kerap kali
menjadi pertengkaran. Pada pandangan saya, proses gerak itu pada
buah Gari tidaklah sepenting dengan proses kita mematikan gerak
kepala. Apabila leher pasangan telah dikunci maka kita telah berada
dalam zon selamat. Proses berikutnya itu merupakan anti klimaks.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
124
Menendang atau menyepak pelipat tidak pernah ada dalam
zaman saya. Tumpuan sepakan adalah antara pelipat ke bahagian
buku lali. Semua gerak kaki yang kita lakukan adalah berdasarkan
bentuk badan dan gerak semula jadi yang ada pada pesilat itu. Hasil
anugerah Tuhan. Kalaulah pesilat itu mempunyai kaki yang panjang
jika diarah menyepak di bahagian bawah sikit daripada pelipat maka
akan menyeksa diri pesilat berkenaan. Geraknya akan menjadi gerak
tonggek kerana tindakan yang dibuat tidak sesuai dengan bentuk
semula jadi badannya yang ada. Tempat sepakan yang sesuai bagi
golongan ini adalah pada bahagian bawah antara buku lali ke atas
sejengkal.
Jatuhan yang baik akan menyebabkan pesilat akan berada
„sebaris‟ dengan kepala pasangannya. Hal yang demikian akan
memudahkan pesilat itu meletakkan lutut atas bahu pasangannya
tanpa perlu bergerak banyak. Dalam proses jatuhan, dulunya kami
dibenarkan mengampu jatuhan badan pasangan. Walau
bagaimanapun saya tidak pernah berbuat demikian ketika belajar.
Saya pula tidak melarang pasangan saya berbuat demikian.
Pecahan Gari yang kedua dikenali sebagai Gari Gunting.
Tangan kiri pesilat akan memainkan peranan untuk menekan leher
pasangan secara teknik yang betul. Teknik hirisan sukar
digambarkan melalui tulisan. Secara langsung kepala pasangan
pesilat itu akan rapat ke badan. Jika teknik itu kurang kemas maka
jatuhan yang terhasil akan menyusahkan kita dalam proses mengunci
pergerakan pasangan kita. Apabila tangan kiri dan tangan kanan kita
berada dalam keadaan yang kemas maka bolehlah kita
menyambungkan proses jatuhan. Proses ini kurang mendatangkan
masalah dan kurang menggugat kedudukan pesilat. Seperti yang
saya katakan, proses kita mendapatkan tangan kiri pasangan dan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
125
mengunci gerak kepala adalah merupakan satu peroses yang sangat
penting.
Buatlah kuncian dengan sempurna ketika leher pasangan kita
berada di kaki kiri kita. Sejauh mana kedudukan kaki kanan dan kaki
kiri tegak, maka bergantunglah pada bentuk badan pesilat dan
pasangannya dan situasi semasa yang ada. Cuma ingat satu
perkara. Buah ini perlu dilatih dengan sempurna. Kegagalan berbuat
demikian akan mengundang bahaya kepada diri kita.
BUAH PARAS
Ketika mendapat buah ini, didapati gerak asasnya begitu
mudah dan ringkas. Pada pandangan saya, kalau gerak kaedah buah
ini dibuat secara tepat, buah yang terhasil amat membahayakan
pasangan. Konsep patah, pengsan atau mati terdapat dalam buah
Paras. Namun begitu, semua kesan tersebut bergantung pada gerak
pukulan yang kita lakukan, sama ada gerak tetakan atau tepukan.
Pergerakan asasnya ada dua pecahan. Ketika jatuhan akan menjadi
tiga buah. Buah ini mempunyai kuncian yang agak kompleks,
berbanding dengan buah-buah yang lain. Masa yang lama akan
diambil bagi memastikan pesilat berjaya membuat kuncian dengan
kemas dan tepat.
Istilah „paras‟ juga merupakan istilah biasa. Tiada istimewa
namanya dalam konteks nama-nama buah dalam persilatan Melayu.
Paras boleh dikaitkan juga dengan istilah aras. Istilah-istilah itu dapat
dikaitkan dengan had sesuatu yang tidak tinggi dan juga tidak
rendah. Walau bagaimanapun, paras juga boleh dikaitkan dengan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
126
rupa. Saya berpendapat, buah-buah Paras juga dapat
menggambarkan rupa atau lambang. Misalnya pada pecahan ketiga.
Pecahan tersebut merupakan bentuk paras tulisan jawi „Ahmad‟.
Mungkinkah itu suatu kebenarannya. Tak berani cakap.
Mengambil buah ini dengan menggunakan Kaedah A,
menyerupai konsep Kaedah A dalam buah Pertama. Mungkin yang
nampak bezanya ialah peranan tangan. Pada buah Pertama, tangan
yang menepis dapat berperanan dengan sepenuhnya. Manakala
pada buah Paras, genggaman tangan itu tidak akan sepenuhnya
ketika tangan pasangan ditarik ke bawah. Jari tangan kita pula yang
akan lebih berperanan.
Kita difahamkan bahawa gerak tangan kiri dengan kaki kanan
atau kaki kiri perlu serentak. Sebagai Jurulatih, eloklah kita benar-
benar menguasai kefahaman „serentak‟ tersebut. Seperti yang
tegaskan terlebih dahulu, istilah serentak pasti merujuk pada dua
atau lebih gerak yang dikira bersepadu. Kalau kita berpandu pada
konsep Silat Cekak, gerak tidak boleh berlaku sebanyak dua atau
lebih dalam satu ketika. Istilah ketika perlu difahami dengan
sepenuhnya. Perbuatan Kaedah A dan gerak kaki ada beza pada
ketikanya. Walau bagaimanapun, berdasarkan mata kepala,
perbezaan gerak tersebut tidak dapat dikesan. Tidak nampak
langsung mana dulu dan mana kemudiannya.
Tangan yang ditepis perlu ditolak ke bawah dalam proses
yang berterusan. Kaki kiri atau kaki kanan akan melangkah ke depan
berdasarkan pecahan. Jauh atau dekat langkahan kaki pesilat itu,
banyak bergantung pada tubuh badannya. Kita perlu akui betapa
panjang badan dari pusat ke atas tidak mungkin sama dengan
panjang badan dari pusat ke bawah.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
127
Terdapat pesilat yang pendek badan tapi kaki panjang. Begitu
juga sebaliknya. Ada yang nampak tinggi tapi kakinya pendek sedikit
berbanding dengan yang panjang. Kesemua bentuk itu pastinya
banyak mempengaruhi gerak tangan dan gerak kaki.
Tangan kanan pesilat berperanan membuat pukulan. Tapi,
cara pukulan juga telah menyebabkan perselisihan. Berselisih
tentang bentuk pukulan sama ada tetakan atau gerak tepukan.
Semuanya gara-gara kekurangan ilmu. Pada pandangan saya,
persoalan tersebut tidak perlu menjadi isu utama. Pada buah
Pertama, Ustaz pernah menggunakan pukulan dengan pelbagai cara.
Sekurang-kurangnya pukulan secara genggaman penumbuk atau
secara cucukan tangan. Namun begitu dalam kalangan Jurulatih,
rata-rata menggunakan tangan yang genggam. Kaedah cucukan
tangan pada ketiak pasangan adalah tidak popular.
Walau bagaimanapun, pada buah Paras, pukulan bahagian
itu adalah merupakan bahagian yang terpenting. Sambungan gerak
seterusnya tidaklah sepenting bahagian kaedah dan pukulan.
Menetak atau menepuk membawa implikasi pada musuh dalam
konteks pukulan yang mantap dan tepat. Dalam situasi sebenar,
menetak perlu di tengkok. Tetakan di tengkok boleh membawa
kematian. Sama kesan dengan pesalah yang dijatuhi hukuman
gantung. Manakala perbuatan menepuk hendaklah di bahagian atas
sikit daripada tengkok. Kena sasarannya maka musuh akan jatuh
pengsan. Setakat itu konsep mati dan pengsan amat ketara pada
buah Paras.
Pukulan jenis pertama iaitu secara tetakan, belum pernah
saya lihat hasilnya. Tak berani pun nak lihat atau buktikan. Takut ke
penjara. Manakala pukulan secara menepuk, pernah nampak hasil
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
128
yang nyata. Ada pengalaman melihat pesilat yang jatuh tersungkur
umpama babi hutan yang menyondol ke depan. Kalau dilakukan
pada pesilat, pasti pengsan.
Berdasarkan betapa bahayanya pukulan tersebut maka kerap
kali saya lihat para Jurulatih menggalakkan pesilatnya tepuk atau
tetak di bahagian belakang badan. Tepuk tetap tepuk. Cuma yang
berbeza dengan buah Pertama, kerana takutkan kemudaratan maka
pukulan diubah dari genggam kepada buka tangan. Manakala
dengan buah Paras, gerak pukulannya tetap sama. Cuma kita alihkan
tempat bagi memenuhi keperluan membuat pukulan. Saya sangat
berharap, Jurulatih yang ada perlu faham akan arahan pukulan yang
diberikan. Tahu akan sebab dan akibatnya.
Semasa menurunkan buah ini, istilah hentakan dan henyakan
adalah istilah-istilah yang sentiasa bermain di bibir saya. Selepas
pukulan pada setiap pecahan, siku kanan akan membuat hentakan
bagi mengambil buah. Setiap buah itu dikejutkan dengan henyakan.
Mungkin sukar difaham dalam ruangan ini tanpa ditunjuk gerak
praktisnya.
Pada pecahan pertama, sebelum tangan kanan kita terlentang
untuk mengambil tangan pasangan, peranan hentakan dan henyakan
perlu ada. Kedua-dua gerak itu menghasilkan kejutan. Pastikan siku
tangan kanan kita betul pada tempatnya. Memang sejengkal dari
mata. Jika tidak betul kedudukan, ketika kita mengambil tangan
kirinya dan membuat gerak seterusnya, badan pasangan mungkin
berpusing dan hal yang demikian akan melonggarkan kuncian.
Kuncian buah tersebut tidak menjadi. Sebagai Jurulatih, perbetulkan
kuncian pasangan pesilat berkenaan tanpa perlu diarah menumbuk
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
129
sekali lagi. Setelah sempurna kuncian maka eloklah pesilat
menegakkan badan. Lagi nampak kekemasan kunciannya.
Untuk pecahan yang kedua, gerak kaki dan gerak tangan
sentiasa dalam proses yang berterusan. Tangan dan lutut akan turun
serentak. Keseluruhan badan pasangan kita akan turun setelah
dikenakan pukulan, hentakan dan henyakan. Dengan mudah kita
memasukkan tangan pasangan kita dari belakang. Kedudukan kaki
kanan hendaklah tegak, manakala kaki kiri akan berdiri atas lututnya.
Apabila tangan kiri kita masuk melalui celah leher pasangan maka
biarlah tangan itu membuat capaian pada tangan kanan kita.
Bahagian tangan yang dicari adalah berdasarkan kesesuaian dan
gerak semula jadi. Ketika kita menegakkan badan pasti akan
kedengaran raungan.
Pecahan tiga menampakkan perbezaan pada kaki pesilat.
Setelah dikenakan pukulan, hentakan dan henyakan maka tangan
kanan pasangan akan dihantar jauh ke dalam. Kedatangan tangan itu
„disambut‟ oleh kaki kiri kita. Ketika itu kaki kiri kita akan tegak,
manakala kaki kanan pula yang akan berdiri atas lutut. Setelah
kemas kuncian awal maka tangan kanan kita akan berperanan
mengemaskan kuncian sebelum kaki kiri kita pijak tangan kanan
pasangan. Apabila kita berdiri kedua kaki kita berperanan mengawal
gerak kuncian atas pasangan. Pasangan kita terkunci dan
menampakkan paras keseluruhan kuncian perkataan „Ahmad‟.
“Patutlah digelar buah Paras”, kata hati ketika melihat dan membuat
buah pecahan ini. Jika lutut pasangan dipijak, tangannya yang
terkunci pasti patah. Sempurnalah konsep mati, pengsan dan patah
seperti yang dilaung-laungkan tentang kehebatan Silat Cekak. Pada
buah Paras ternampak akan keistimewaannya itu.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
130
Semasa latihan, para Jurulatih perlu menegaskan betapa
buah Paras amat berbahaya dan perlu dilatih tanpa cuba main-main.
Jika hal yang demikian tidak diambil peduli, maka tinggikan suara.
Tindakan kita itu adalah tersangat penting bagi menjamin
keselamatan penuntut dan keselamatan kita juga daripada didakwa
dakwi, terutamanya ketika mengajar murid-murid sekolah. Hal yang
demikian kerana dalam buah Paras kesan-kesan yang serius iaitu
patah, pengsan dan mati adalah terdapat dalamnya. Kita meyakini
akan kesan-kesan yang bakal menimpa jika buah Paras digunakan
dengan sempurna.
KEPUTUSAN PASUNG KEMANGA
Buah Pasung Kemanga kurang saya minati semasa menuntut
dahulu. Melakukan gerak buah ini terdapat sedikit kesukaran.
Biasanya pergerakan kita terpaksa bermalam sebelum pasangan kita
dapat dikunci dengan sempurna. Pukulan kita pada genggaman
tangan pula mengambil masa. Memerlukan saat berbanding dengan
ketika. Buah ini tersangat popular jika diiringkan dengan senjata
pendek seperti pisau.
Namun begitu setelah dibuat kuncian, pelakuannya amat
menarik hati. Kalau dalam pertunjukan, biasanya pesilat akan
menggunakan senjata pisau. Setelah kuncian, pisau dapat digunakan
secara menyembelih leher musuh. Aksi itu sangat menyeramkan
penonton. Mungkin penonton membuat kesimpulan bahawa di
sebalik peradaban, ada kalanya kita boleh berada di tahap yang
„kejam‟ tidak ada keperimanusiaan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
131
Istilah pasung tidak asing bagi kita. Pasung dirujuk sebagai
alat daripada kayu berlubang yang dipasang pada kaki atau tangan
atau leher orang salah atau orang gila sebagai hukuman supaya tidak
lari. Kalau disesuaikan dengan gerak buah ini maka pengertian istilah
itu adalah tepat. Kedua-dua tangan musuh akan terkunci,
melambangkan tangan tersebut telah dipasung. Walau
bagaimanapun, istilah „kemanga‟ sukar dikesan. Saya berpandangan
bahawa Kemanga merupakan nama khas, khusus merujuk pada
satu-satu perkara sama ada berbentuk gerak atau objek. Hanya
pereka namanya sahaja yang lebih faham dan lebih arif tentang
pengertiannya. Pasti ada pengalamannya yang tersendiri. Pada kita,
kalau susah sangat nak faham istilah, maka lebih baik faham akan
cara-cara mengambil buah itu dengan sempurna.
Menurunkan buah ini pada para penuntut sangat tidak disukai
oleh Jurulatih yang kekurangan ilmu dan kekurangan pengalaman.
Aspek kuncian lebih mudah dilakukan berbanding dengan kaedah
memulakan gerak mengambil buah. Hal yang demikian telah
menyebabkan timbul gejala, para Jurulatih memudahkan tumbukan
pesilat bagi menyenangkan diri mereka mengambil buah. Pada
jangka masa panjang perbuatan tersebut amat merugikan dalam
konteks mengekalkan gerak asal dalam Silat Cekak.
Oleh kerana inginkan kecantikan dan kesenangan ketika
membuat buah, ada penuntut yang disuruh tumbuk lajak. Nampak
sangat haru birunya. Mana mungkin kita beza-bezakan tumbukan
penuntut yang sama pada buah-buah tertentu. Berubah-ubah dan
tidak tetap pendirian. Pada buah lain, pesilat disuruh tumbuk sebagai
pesilat Silat Cekak. Akan tetapi untuk buah Pasung Kemanga, pesilat
disuruh pulak menumbuk sebagai musuh dengan cara melajakkan
tumbukan. Satu lagi sifat membelit fikiran penuntut.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
132
Itulah gara-gara mengambil mudah pada pembelajaran Silat
Cekak. Golongan yang tidak tetap pegangan. Pasti golongan ini
adalah jenis mereka yang mencampur adukkan penggunaan tumit
dan hujung kaki. Jenis tak tetap pendirian. Agaknya.
Kaedah mengambil buah Pasung Kemanga agak pelik sedikit.
Banyak persoalan yang telah ditimbulkan oleh penuntut. Logik
mereka sememangnya ada. Dalam hal ini, pandai-pandailah Jurulatih
memberi penerangan berdasarkan prinsip Silat Cekak yang ada.
Jangan baran ketika memberi jawapan dan penerangan.
Jika kita cuba hubungkan cara mengambilnya dengan kaedah
kita yang empat, agak mencelarukan. Tiada kaedah tepat yang boleh
kita kaitkan dengan buah ini. Kalau dikatakan untuk mengambil buah
ini perlu menggunakan kaedah gelek, juga akan mencelarukan
ketetapan fikiran penuntut kita selama ini. Pesilat telah difahamkan
bahawa gelek bukanlah satu kaedah utama, melainkan gerak
sokongan pada kaedah-kaedah kita yang sebanyak empat tersebut.
Walau bagaimanapun, agak sukar juga untuk menerangkan
prinsip mengambil buah ini pada mereka yang mementingkan
ketepatan istilah. Namun begitu, pembelajaran buah Pasung
Kemanga setakat ini tidak menimbulkan isu yang besar. Malah
rujukan kaedah ketika mengambil buah Pasung Kemanga tidak
menimbulkan isu yang besar. Ikut saja arahan Jurulatih.
Buah Pasung Kemanga diambil dengan cara kita gelek.
Gelekan tersebut perlu dibantu oleh gerak kaki kanan. Kaki kiri tetap
statik pada tempatnya. Peranan kaki kanan ialah berpusing dengan
menggunakan hujung kaki. Cuma peminat tumit kaki masih tetap
dengan minat penggunaan tumit pada buah ini, agaknya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
133
Kadar pusing kaki kanan nampaknya menimbulkan beberapa
pendapat. Dalam tulisan ini, saya akan menerangkan gerak pusing
tersebut berdasarkan apa yang saya dapat dan saya ajar dari zaman
dulu-dulu hingga sekarang. Ketika gelek, tangan kiri kita tidak
menampar dengan Kaedah A. Melainkan kita sambut penumbuk
yang tiba pada bahagian siku pasangan sambil kaki kanan kita
bergerak pusing. Tangan kiri yang menyambut, jangan cuba menyiku
rusuk pasangan untuk mematahkan tulang rusuk. Nyahkan mimpi
berkenaan.
Kaki yang berpusing perlu lurus semula dengan kaki kiri.
Sama seperti ketika menunggu pasangan. Kalau dikirakan darjah
adalah seratus lapan puluh darjah. Di sinilah lahirnya perbezaan
pendapat. Perbezaan pendapat ini, saya kira ada kaitan dengan
latihan papan sekeping.
Bagi menyesuaikan kehendak papan sekeping maka ada
yang menegaskan supaya kaki dipusing hingga tiga suku darjah
daripada keseluruhan tiga ratus enam puluh darjah. Maknanya kaki
pesilat berpusing hingga berada dalam kedudukan selari dengan
pasangannya. Maknanya juga, perbuatan tersebut akan
membelakangkan badan belakang kita dengan badan belakang
pasangan yang membuat tumbukan. Pastinya kehendak mereka
ialah punggung bertemu punggung. Hai ya! Cukuplah sekali
punggung bertemu punggung pada buah Kilas Belakang. Itu pun
bukan keseluruhan punggung. Hanya sebelah sahaja dalam keadaan
gerak pasangan terkunci dan kita masih boleh memandang pasangan
kita.
Mana boleh nak bertemu punggung memanjang. Gerak
belakang itu sangat menyimpang daripada kefahaman Silat Cekak.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
134
Janganlah kita membelakangkan pasangan dengan belakang kita.
Konsep kita ialah berada di bahagian belakang. Berada di bahagian
belakang bermakna kita nampak belakang pasangan kita.
Ketika gelek, tangan kanan kita akan menampar penumbuk
pasangan. Tekankan konsep tampar yang amat berbeza dengan
konsep tepuk. Tamparan yang kemas dan padat akan menyebabkan
terasa semacam ada aliran letrik pada tangan pasangan. Itu
sebabnya buah ini amat sesuai disertakan senjata. Apabila ditampar
pada pemegang senjata tersebut, secara automatik genggamannya
akan terbuka.
Proses gerak tetap berterusan. Jangan bermalam di mana-
mana. Ketika proses tamparan, tangan kiri bersegera mencengkam
atas bahu atau lengan kanan pasangan. Bahagian pelipat kaki kanan
pasangan kita akan dipijak dengan menggunakan kaki kiri. Apabila
dapat kuncian maka badan pasangan kita akan dirapatkan ke badan.
Sejauh mana kita dapat „sakitkan‟ pasangan, banyak bergantung
pada kekemasan tangan dan kaki kiri kita semasa membuat kuncian.
Ketika-ketika tertentu, saya akan menumbuk para penuntut.
Semasa menumbuk, saya akan memerhatikan jangka masa mereka
membuat pukulan dan tangkapan. Jika masa yang diambil „tersangat
lama‟ dalam konteks persilatan, maka saya akan tumbuk sekali lagi.
Sakit juga tangan saya yang ditampar kerana menumbuk berulang
kali.
Kuncian pesilat akan saya uji dengan menggunakan tangan
kiri. Kalau tangan kiri boleh membuat cengkaman pada badan pesilat
maka kuncian tersebut kurang ada erti. Kemaskan kuncian. Dalam
kelas kemahiran, ketangkasan, ketepatan dan kekemasan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
135
mengambil buah akan saya titik beratkan. Gelekan, pukulan, kuncian
tangan kiri pasangan dan perbuatan tekan pelipat perlu ada
kesinambungan dalam kiraan ketika. Itulah resepi yang saya terima
tentang buah Pasung Kemanga dari dulu hingga sekarang. Selamat
mencuba.
KEPUTUSAN TERLAK
Silat Terlak adalah merupakan salah satu silat Melayu yang
dikatakan asli. Perkataan Terlak kadang kala dieja sebagai Teralak.
Dalam kamus, terlak juga dimaksudkan sebagai silat atau pencak.
Oleh itu, silat Terlak bermaksud juga silat pencak. Sebut saja pencak,
maka tergambar gerak-gerak bunga yang begitu indah dan lembut.
Saya kurang pengetahuan tentang jenis silat ini berbanding dengan
sedikit pengetahuan yang ada tentang silat Lintau. Saya ada
pengalaman dalam persilatan Lintau.
Semasa menuntut dahulu, ketika diperkenalkan buah Terlak,
kami nampak ada sedikit kejanggalan. Setelah sekian lama
mengalami pemberian buah Kilas Depan, maka baharulah jenis
tumbukan yang sama digunakan kembali. Kami diarah supaya
membuat tumbukan di bahagian bawah. Kali ini kami difahamkan
bahawa serangan Terlak lebih berbentuk serangan kerambit.
Walau bagaimanapun, apabila kami ingin membuat tumbukan
secara kerambit, kami dilarang berbuat demikian. Pada kami, kalau
dikatakan hanya untuk serangan kerambit maka buatlah tumbukan
cara kerambit. Kalau suruh tumbuk bawah maka arahkan saja
tumbukan di bawah. Jangan kait-kait dengan benda lain umpamanya
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
136
kerambit. Semasa kelas, Ustaz pun tak cakap. Cuma penerangan
dari Jurulatih yang cuba melogikkan penuntut tentang tumbukan
tersebut. Namun begitu kami akur atas arahan yang diberi walaupun
timbul beberapa persoalan dalam hati.
Asas buah Terlak tersangat mudah dan ringkas sekali. Gerak
asasnya tidak menampakkan kasar atau keras. Asas buah Terlak
lebih senang berbanding dengan jatuhannya. Setelah diri dibiasakan
dengan pukulan yang mengiringi kaedah, pelajaran buah ini begitu
hambar sekali. Kehebatannya belum diketahui kalau setakat
pelajaran asasnya.
Ketika pelajaran jatuh, buah Terlak boleh digolongkan dalam
kategori buah yang susah dibuat. Asasnya mudah tapi
sambungannya agak payah. Oleh itu, untuk membuat jatuhan buah
Terlak pesilat perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan
melalui latihan yang bersungguh-sungguh. Buahnya agak „berbelit‟
dan memerlukan kefahaman yang kuat.
Kaedah C yang digunakan perlu diterangkan dengan berhati-
hati dan jelas. Hal yang demikian bagi mengelak fahaman pesilat
yang menganggap kaedah C tersebut sebagai membangkang. Jika
membangkang selalunya kita akan hubungkan sebagai gerak sukan.
Kita tetap berpegang dengan konsep bahawa setiap gerak yang
terdapat dalam Silat Cekak, tidak menggunakan gerak
membangkang. Oleh itu, kita tegaskan kepada pesilat. Kaedah yang
disertai dengan gelek maka kita tafsirkan bukan gerak
membangkang. Bererti juga bahawa Silat Cekak bukannya silat
sukan seperti mana yang dianggap pada silat olahraga. Buah-buah
yang bersifat gelek berserta kaedah terdapat juga pada buah
Sendeng Atas dan Lintau.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
137
Membuat buah ini pada pelajaran asas memerlukan
pergerakan yang bersepadu antara tangan kiri dan tangan kanan
berserta gerak kaki kiri. Bentuk badan pesilat perlu mengereng sedikit
sesuai dengan konsep gelek silat ketika mengambil kaedah. Kaki kiri
hendaklah masuk lurus ke pelipat pasangan silatnya. Tangan kanan
pesilat mengawasi bahagian bahu kiri pasangan dalam keadaan
tangan kita lurus, sesuai dengan gerak lurus semula jadi. Badan
pesilat berada dalam posisi yang tegap.
Kita perlu mengingatkan pesilat bahawa tangan kanan pesilat
bukannya semata-mata berperanan untuk „memakan‟ bahu kiri
pasangan. Lebih-lebih lagi jika badan pasangan itu berada dalam
keadaan mengereng semasa membuat tumbukan. Hal ini ditegaskan
kerana terdapat dalam kalangan Jurulatih yang menyuruh pesilatnya
menumbuk dalam keadaan memberi badan supaya pasangannya
mudah membuat pukulan di bahu pasangan. Lucu pun ada. Boleh
arah-arah pasangan menumbuk ikut arahan pesilat. Masa Pasung
Kemanga, diarahkan tumbuk lajak. Masa Terlak diarah tumbuk
secara beri badan. Semuanya gara-gara nak menyenangkan diri.
Golongan ini apabila berada dalam situasi pergaduhan akan
menyuruh musuhnya menumbuk mengikut arahan. Aparahh.
Pada hal peranan tangan kanan pesilat itu adalah bermaksud
awasan dan tetap dalam proses yang berterusan bagi menolak bahu
pasangannya bagi membuat kuncian. Kerap kali ketika saya
menumbuk sebagai ujian, tangan kiri saya akan menyusul untuk
membuat pukulan. Akan tetapi, pada pesilat yang mengikut arahan,
tentunya perbuatan saya itu tidak mendatangkan kesan. Tangan
kanan pesilat tersebut telah bersedia memberi pelindungan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
138
Tolakan bahu kiri pasangan adalah secara kejutan. Kerap kali
nampak seolah-olah pukulan. Tapi ada Jurulatih yang mengatakan,
pukulan di bahu untuk mencederakan bahu pasangan. Dikatakan
bahawa kecederaan itu memungkinkan terkeluar bahu pasangan,
agaknya. Kalau bahu pasangan atau musuh cedera teruk, nak
tangkap apa lagi. Ludahkan muka dan terus pergi. Tak susah-susah
tangan perlu dikunci. Nak kunci apa lagi kalau tangan kiri telah teruk
dicederakan.
Tangan kiri pesilat berperanan menyambut tangan kiri
pasangannya untuk membuat kuncian. Itupun kalau masih ada bahu
lagi. Tidak tertanggal akibat pukulan. Kuncian pada tangan kiri
tersebut adalah secara mengendung tangan pasangan. Dalam
proses yang berterusan ini kaki kiri yang melangkah akan memainkan
peranan untuk menemukan bahagian lutut dengan pelipat pasangan
kita. Teknik yang diterangkan selama ini tidak ada percanggahan
pendapat. Maka teruskan membuat buah dengan gambaran buah
berkenaan.
Setelah kuncian dapat dilakukan maka pesilat akan berada
dalam situasi yang lebih selamat. Ekorannya, pesilat akan teruskan
sambungan dengan perbuatan jatuhan. Maka teknik jatuhan adalah
sama dengan buah-buah jatuhan yang sedemikian rupa. Perkara
utama semasa membuat buah ini, pastikan pergerakan pesilat dalam
proses yang berterusan dan jangan sekali-kali suka bermalam.
Semasa jatuhan, kaki kanan pesilat tetap tidak ke mana-mana,
melainkan membuat jatuhan di tempat yang sama. Akan terasa
sakitnya pada pasangan kita.
Semasa kuncian, tangan kiri pesilat yang mengampu tangan
kiri pasangan akan berperanan untuk mempastikan pasangannya
„merana‟. Lagi tinggi tangan kiri pesilat diangkat maka lagi sakit
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
139
pasangannya. Pendek kata, kalau tangan kanan pasangan melilit
tengkok pesilat, tidak akan mendatangkan kemudaratan. Kuncian
kemas pada tangan kiri akan melonggarkan lilitan tersebut.
Namun begitu, ketika membuat kuncian, tangan kanan pesilat
akan memegang tangan kanan pasangannya dan diletakkan atas
bahu pesilat. Sama seperti buah Selendang. Cuma, jangan ada
lurutan tangan seperti mana buah Selendang. Tak ada dalam
pelajaran yang saya tuntut. Mungkin kita terkeliru dengan pertunjukan
Terlak yang menggunakan senjata. Perlu lurutan untuk mendapatkan
senjata bagi ditikam di dada atau di mana-mana. Kalau ditikam mana
perlu dipegang hujung jari lagi. Musuh telah kecundang.
Buah Terlak kerap kali digunakan dalam pertunjukan pisau.
Biasanya pesilat akan menggunakan dua bilah pisau untuk
menyerang. Satu pisau di tangan kanan dan satu pisau lagi di tangan
kiri. Ketika menikam, pesilat berkenaan akan menampakkan tikaman
secara susunan. Mulakan tikaman kanan. Kemudian susuli pula
tikaman tangan kiri. Nampakkan turutan. Apabila pesilat „ditangkap‟
melalui buah Terlak, jatuhannya amat cantik dengan kedudukan
pisau di hujung tangan dan sebilah lagi di celah badan. Pisau di
tangan kanan akan diambil dengan teknik yang betul, diikuti dengan
tusukan di bahagian dada pasangan. Sungguh mengerikan pada
para penonton tapi tetap menghiburkan.
Teringat pertunjukan pisau maka akan teringat pasangan Tombei dan
Nordin. Amat hebat dalam pertunjukan berkenaan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
140
KEPUTUSAN LINTAU
Semasa menuntut, buah Lintau adalah antara buah yang
dianggap hebat dan diri setiap penuntut akan berasa puas setiap kali
berlatih menggunakan buah itu. Semasa belajar dulu pun, hati saya
berasa yakin setelah memperoleh buah Lintau. Penuntut-penuntut
lain pun rata-ratanya berperasaan begitu. Kami berlatih berkali-kali
bagi mempastikan ketepatan, ketangkasan dan kekemasan pada
gerak kami. Latihan boleh dilakukan berkali-kali. Hal ini adalah
kerana buah Lintau tidak mempunyai tangkapan yang boleh
menyulitkan kita. Tambahan pula ketika berlatih buah Lintau, sakitnya
kurang kerana ada awasan daripada tangan kiri kita. Namun begitu
sakit yang diterima tidak memudaratkan anggota badan.
Buah Lintau tidak mempunyai tangkapan. Geraknya pantas
dan boleh dibuat secara kasar. Kalau dibuat secara perlahan, buah
Lintau kurang menjadi. Saya sangat suka gerak-gerak yang sebegitu.
Namun begitu, terfikir juga dalam fikiran, ketika berbincang sesama
kami. Kalau tumbukan dilakukan pada bahagian dada, adakah buah
Lintau boleh diaplikasikan. Minat kami pada buah Lintau terbawa-
bawa dengan harapan buah ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis
tumbukan. Geraknya yang ringkas amat sesuai dengan pembawaan
gerak Silat Cekak yang ringkas.
Serangan yang dibuat dari bawah, nampak jelas betapa buah
Lintau dapat digunakan dengan berkesan. Namun begitu amat jarang
bagi mereka yang menyerang lawannya dengan membuat tumbukan
pada bahagian bawah. Kalau pun serangan menggunakan senjata
kerambit senang ditangkis melalui buah ini tapi penggunaan senjata
itu sangat terhad. Membawa senjata kerambit adalah satu kesalahan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
141
undang-undang. Kalau ada pun yang membawanya, cara
penggunaan, banyak yang menyimpang. Pasti serangan kerambit
akan dijadikan serangan di bahagian atas. Serangan bawah hanya
ketika menyerang anu yang lain, tak sama dengan yang dia ada.
Jadi, serangan menggunakan tangan lebih kerap dilakukan. Pasti di
bahagian dada atau muka.
Maka mencuba-cubalah kami membuat buah ini berdasarkan
tumbukan di bahagian dada. Ketika tumbukan datang ke bahagian
dada, penggunaan Kaedah C nampak sangat tidak sesuai. Ada yang
cuba menggunakan kaedah B, seperti Sendeng Atas dengan gelek
masuk ke dalam bagi membuat pukulan. Nampak juga janggalnya.
Pukulan menjadi lambat dan tangan kiri yang menepis akan
mengambil masa yang panjang untuk sampai ke bahagian pinggang.
Begitulah hebatnya buah ini. Ramai yang berharap dapat
menggunakan buah ini dalam pelbagai bentuk dan jenis tumbukan.
Tidak kira tumbukan tersebut datangnya dari atas atau bawah.
Namun begitu perbincangan tersebut tidak memakan masa yang
lama. Banyak masalah dan susahnya untuk menyesuaikan kaedah
mengambil buah Lintau dengan corak tumbukan yang lain. Kehendak
sukatan pelajaran perlu dituruti bersama. Tidak boleh dibahas-bahas
lagi. Ikut sahaja. Tumbukan bawah yang diarah maka bawahlah
empunya buah tersebut.
Gerak asas buah ini sama seperti terlak. Tangan kanan
berperanan sebagai maksud awasan. Tiada pukulan oleh tangan
kanan tersebut. Kurang isu berbanding dengan buah Terlak.
Manakala, kaki kanan masuk ke pelipat musuh. Secepat mungkin,
tangan kiri kita akan menampar bahagian pinggang pasangan
dengan kuat, diikuti dengan pukulan-pukulan yang lainnya.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
142
Pukulan pertama dalam buah Lintau memberi kenangan
kepada saya. Saya adalah penerima pertama dalam setiap buah
yang diperturunkan Ustaz dalam kelas kami. Kesan pukulan secara
menampar pada bahagian pinggang adalah amat mengejutkan.
Akibat pukulan, saya dapat rasakan betapa bintang berkerlipan pada
pandangan. Pukulan juga menimbulkan rasa umpama wujud aliran
letrik di badan.
Begitulah hebatnya pukulan Lintau yang membawa kesan
yang hebat pada pasangan. Tamparan yang pertama itu adalah
tersangat mustahak. Kuasainya secara bersungguh-sungguh.
Pastikan pukulan hanya dibuat di bahagian pinggang. Tempat
tersebut tersangat lembut dan tidak ada penahan tulang.
Semasa beri buah Lintau, saya akan membuat pukulan keras
di bahagian berkenaan. Bagi penuntut merasa. Tapi tidaklah hingga
menyebabkan kecederaan pada mereka. Walau bagaimanapun
pukulan itu tidak boleh berulang sentiasa. Saya akan suruh pasangan
yang kena pukulan supaya telentangkan tangan kiri di bahagian
berkenaan. Maka bolehlah pesilat membuat tamparan keras
mengikut kehendaknya. Hal yang demikian bagi mengelakkan
kecederaan. Boleh berlatih berkali-kali.
Ketika ini, berdasarkan pemerhatian, tempat pukulan sudah
merata-rata. Ada tampar di bahagian belakang. Kumpulan yang suka
akan belakang. Ada yang menampar betul-betul membelakang perut.
Diikuti dengan pukulan tangan kanan di bahagian perut. Tangan kiri
menampar belakang perut, tangan kanan pesilat menampar pada
bahagian depan perut. Maka bernamalah pukulan Lintau sebagai
pukulan perut.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
143
Ustaz pernah memberitahu saya, pada awal pelajaran buah
Lintau yang diperoleh Ustaz daripada Pak Ya, pukulan buah ini hanya
setakat di bahagian pinggang sahaja. Setelah „dicungkil‟ Ustaz,
barulah Pak Ya membenarkan wujudnya kesinambungan dengan
pukulan-pukulan yang berikutnya.
Hal yang demikian membuktikan betapa pukulan pertama
dalam buah Lintau adalah amat mustahak dan perlu dibuat dengan
penuh yakin, tepat dan kemas. Proses berikutnya merupakan proses
iringan bagi mematikan pergerakan pasangan kita. Pukullah seperti
mana yang diarahkan Jurulatih. Diikuti pula dengan pukulan dengan
menggunakan tangan kiri. Pukulan tangan kiri itu tidak perlu dibuat
dengan sebenarnya. Memadai pukulan angin. Hal yang demikian
bagi mengelakkan kecederaan pada pasangan. Tentunya pukulan
tangan kiri kita amat bahaya jika terkena bahagian muka.
Ketika pasangan kita jatuh, maka kaki kiri akan setapak ke
depan. Langkah kaki kiri itu perlu dilakukan kerana jatuhan pasangan
kita secara automatik akan berada jauh sikit daripada kita. Hal yang
demikian amat berbeza dengan jatuhan buah Hentak dan buah Gari
pertama. Kedua-dua buah itu menjadikan pasangan kita datang
merapatkan badan ke arah kita secara automatik. Maka mudahlah
kita membuat kuncian atau pukulan.
Setelah pasangan jatuh dan kaki pesilat rapat ke badan,
pergerakan kita cukup setakat itu. Pergerakan tersebut sama dengan
gerakan buah Pertama. Perhatikan tindak balas berikutnya daripada
pesilat. Ketika pelajaran buah jatuh, sifat kita jangan gopoh. Jangan
inginkan aksi yang hebat. Tugas pesilat ialah menguasai
pelajarannya. Tenangkan diri untuk mendapatkan pelajaran.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
144
Walau bagaimanapun, dalam pertunjukan, pasti aksi
menunggu akan kurang menyakinkan penonton. Sebaliknya, setelah
pasangan dikenakan pukulan dan ketika pasangan tersebut jatuh,
pesilat akan terus melakukan pukulan. Tangan kanannya akan
membuat tumbukan. Jarang sangat yang saya lihat pesilat berkenaan
membuat hentakan kaki. Namun begitu, pukulan tangan
menampakkan kehebatan dalam pertunjukan. Ramai penonton yang
memberikan tepukan. Rasa puas di hati pesilat berkenaan.
Buah Lintau adalah kaya dengan pukulan. Itu sebabnya ketika
mengajar buah Lintau, para Jurulatih perlu mewujudkan bentuk
awasan. Jaga keselamatan penuntut terutamanya murid sekolah.
Seperti yang saya tegaskan, anjurkan pasangan silat supaya
melindung bahagian yang akan ditampar dengan tangan kirinya.
Telentangkan tangan. Tapi jangan bayangkan hal yang bukan-bukan.
Dengan adanya alas tangan maka hal yang demikian membolehkan
pesilat membuat pukulan dengan sepenuhnya tanpa mendatangkan
kemudaratan jangka panjang kepada pasangannya. Pukulan kedua
dan ketiga juga perlu berhati-hati. Silap tampar akan menyenakkan
badan. Oleh sebab buah Lintau adalah dalam proses yang
berterusan dan amat pantas, sesudah membuat buah baru kita tahu
akan kecederaan yang diterima. Itu sebab kita perlu berhati-hati
ketika berlatih dengan buah Lintau.
BUAH HEMPUK
Buah Hempuk adalah merupakan buah terakhir dalam senarai
yang diajar kepada kami. Buah ini juga sangat popular dan mendapat
tepukan dalam pertunjukan. Perbuatan menumbuk bahagian
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
145
penyawa setelah jatuhan amat mencemaskan penonton. Pandai
pulak pasangan silat yang kena tumbukan melakonkan diri. Nampak
macam kena betul-betul.
Pada zaman saya, setiap kali pertunjukan pisau dan tongkat
maka perlu dilibatkan buah Hempuk. Buah Hempuk sangat sesuai
digunakan ketika musuh menyerang dari bahagian atas dengan
menggunakan senjata pendek terutamanya pisau dan tongkat.
Berdasarkan istilah, hempuk dikaitkan dengan istilah
menghempuk yang membawa makna membantingkan atau
menghempaskan sesuatu. Kerap kali perkataan hempuk dikaitkan
dengan perasaan panas baran. Hal yang demikian dapat
digambarkan dengan kata-kata, “Jangan kacau aku. Nanti aku
hempuk kepala kau, baru tahu.” Dalam konteks buah Hempuk, dalam
silat kita masih boleh dikaitkan antara perbuatan melakukan buah ini
dengan makna istilah. Buah yang bermula dari atas hingga berakhir
ke bahagian bawah, boleh dikaitkan dengan kaedah „hempuk‟.
Namun begitu, cubalah kait-kaitkan sendiri.
Buah Hempuk menggunakan Kaedah D. Buah inilah satu-
satunya buah yang menggunakan kaedah D apabila kita diserang di
bahagian atas. Ketika mengambil buah ini, tangan kiri dan tangan
kanan serta kaki kiri kita akan bergerak secara serentak dan
bersepadu dalam satu proses. Seperti yang selalu saya tegaskan,
mana dulu dan mana kemudiannya amat sukar dikesan melalui mata
kepala. Perbezaannya adalah ketika. Saya selalu ulang-ulangkan
kenyataan ini agar para pesilat dan Jurulatih khasnya, benar-benar
memahami dan menghayati konsep itu. Pengulangan ayat-ayat
tersebut samalah dengan apa yang diulang dengar pada saya dulu.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
146
Tangan kiri pesilat mestilah menolak siku kanan pasangan,
manakala tangan kanan akan memegang bahagian kaki kanan
pasangan kita. Kaki kiri pesilat yang mara ke depan akan memasak
kaki kiri pasangan. Pasakan pada kaki pasangan kita tersebut adalah
tersangat banyak faedahnya. Saya akan buat penjelasan dalam
bahagian akhir tulisan ini.
Buah ini juga tidak ada pukulan pada pelajaran asas
melainkan pada jatuhannya. Pukulan pada jatuhannya amat
berbahaya di bahagian penyawa. Selalunya acah sahaja dengan satu
pukulan yang genggam tangan. Tangan tidak dibuka. Nanti orang
kata pukulan meraba. Mungkin enak juga rasanya pada geng yang
suka membelakangkan badan. Pernah berlaku, buah ini dipecahkan
menjadi dua, gara-gara angka dua puluh satu. Buah Hempuk menjadi
buah yang kedua puluh dan pecahannya menjadi buah dua puluh
satu. Hal yang demikian kerana buah Kuntau Kiri Gantung dijadikan
buah yang kesembilan.
Bagi pecahan kedua Hempuk, jatuhannya adalah berbeza
sekali. Kaedah D yang digunakan itu, disertai dengan perbuatan
pesilat menolak dan menangkap siku kanan pasangannya. Ketika
berlaku perbuatan menolak siku, tangan kanan akan mengenakan
pukulan di bahagian rusuk pasangan. Proses seterusnya, pesilat
akan membuat jatuhan seperti buah Kuntau Kiri. Nampaknya
pelajaran pecahan itu tidak kekal lama. Akhirnya, pecahan kedua
dimansuhkan. Semuanya gara-gara dua puluh satu.
Setelah itu diganti pula dengan senarai baru buah Silat
Cekak. Jelas menunjukkan bahawa prinsip mengekalkan angka dua
puluh satu telah menjadi satu ketetapan. Maka dimasukkan buah
Luncur dan Siku Potong. Saya kurang pasti tentang kemasukan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
147
buah-buah tersebut, hasil cadangan siapa dan sejak bila serta di
zaman mana. Setahu saya ketika masih berada di pusat, perubahan
buah tidak ada. Saya hanya ketahui adanya penambahan buah
apabila datangnya pesilat luar meneruskan pelajaran Silat Cekak di
Cawangan saya. Terperanjat juga. Tidak pernah berbincang, tiba-tiba
telah ada. Mana punca kuasanya. Malas nak tanya. Tapi bila disebut
istilah luncur maka tergambar perbuatan luncur di samudera luas.
Ramai yang meluncur ketika berselerak duyung dan dugong.
Dalam tulisan ini saya tidak memasukkan perbincangan
tentang kedua-dua buah baru tersebut. Buah Luncur dan buah Siku
Potong. Hal itu kerana semasa saya belajar dulu, kami tidak diajar
buah-buah berkenaan sebagai mata pelajaran asas dan jatuhan.
Malah ada Jurulatih ketika itu yang berkata betapa buah Luncur telah
diketepikan kerana kurang praktikal. Buah Siku Potong ada juga
kepentingannya. Tapi dikatakan sebagai asas untuk pelajaran lading.
Tidak sesuai dimasukkan dalam senarai buah jatuh. Sabar sahaja.
Sampai masa maka buah Siku Potong akan diajar pada pesilat.
Saya sendiri pernah bertanya Ustaz tentang buah-buah yang
telah diprosesnya hingga terkeluar daripada senarai pelajaran.
Banyak yang saya faham. Ketika memimpin kelas latihan,
terutamanya pada masa kelas kemahiran, baru disentuh buah-buah
yang terkeluar buat pengetahuan. Buah Luncur dan buah Rasa, saya
jadikan latihan kemahiran. Tarafnya sama dengan Gayung Petani
iaitu menanti gerak lawan. Walau bagaimanapun gerak lawan pada
Gayung Petani telah diaturkan. Tapi akhirnya ada pulak pecahan
yang dibuang. Namun begitu, tindak balas pada buah Luncur dan
buah Rasa, ada sikit kebebasan. Pasangan bebas membuat gerakan.
Perkara pentingnya ialah para pesilat berupaya mematikan gerak
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
148
tindakan pasangannya berdasarkan asas buah-buah berkenaan. Ada
fokus pelajaran.
Begitupun, semasa latihan buah-buah Silat Cekak
berdasarkan sukatan pelajaran, buah Luncur tetap diketepikan. Buah
Luncur yang ada sekarang ini, fokusnya pun saya tak faham.
Perbuatannya, setakat masuk memegang pasangan tanpa ada apa-
apa reaksi gerak dari pasangan. Kalau begitu kaedahnya maka buah
Luncur amat sesuai untuk mereka yang sedang bercinta. Rapat
badan dan rapat muka. Tak payah buat apa-apa. Tapi tangan kanan
elok juga dialihkan ke dada. Barulah nampak bahagia dan ada
tujuannya. Potong pun tak guna. Sedap rasanya. Cadangan sahaja.
Dalam tulisan ini rasanya tak perlulah saya beri penekanan
utama tentang buah-buah tersebut. Mungkin saya hanya akan sentuh
ketika membincangkan buah-buah yang telah kita ketepikan
termasuk buah Rasa dan buah Sengkak dalam satu tajuk yang
khusus. Itupun masih terikat dengan kaedah IT.
Berbalik semula pada buah Hempuk. Ketika kaki kiri pesilat
membuat jatuhan dengan mengenakan lutut pada pelipat, pasak
yang dibuat jangan dibuka dengan sewenang-wenangnya. Biarkan
pasak tersebut hingga kita membuat jatuhan. Perbuatan memasak
kaki pasangan kita ada gunanya. Tidak mungkin kita diajar dengan
begitu sahaja tanpa ditunjukkan gunanya. Saya sendiri akan
menunjukkan tindak balas musuh apabila ditanya. Saya buktikan
betapa pasakan tersebut sangat bermakna kerana pasakan itu akan
memelihara kesejahteraan dan keselamatan kita semasa membuat
buah Hampuk jika berhadapan dengan musuh.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
149
Tapi ada juga antara Jurulatih yang telah lupa kaedah
memasak. Maklumlah. Pasak memasak kerja orang jantan. Silat kita
pun silat jantan. Penumbuk silat kita pun penumbuk jantan. Kalau
hilang atau lemah sifat jantan, mana bisa buat pasakan. Hanya
mampu buat himpitan. Tapi tidak ada kesudahan. Sedapnya kurang.
Ketika membuktikan kehebatan buah-buah Silat Cekak,
Jurulatih perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas.
Pembuktian tersebut perlulah secara praktikal. Seperti yang saya
katakan terdahulu, gerak persilatan Melayu sangat suka mengereng
atau menggelek. Ketika itulah mereka akan bertindak. Tindakan
mereka adalah dari pelbagai sudut bagi maksud melepaskan diri.
Buah Hempuk yang kita lakukan masih boleh diberi tindak balas oleh
pesilat-pesilat yang lain. Saya pernah mengalaminya. Nasib baik kita
ada perbuatan memasak kaki. Tindak balas lawan sangat mudah
diatasi. Ketika itu tergambar betapa hebatnya Ustaz Hanafi. Pelajaran
yang disusunnya ada tujuan dan bukannya dibuat sesuka hati. Gerak
mencuba mereka itu, senang disekat.
Jelas sekali betapa hebat pasak yang kita lakukan. Jangan
diabaikan prinsip ini ketika membuat buah Hempuk. Itupun pada
mereka yang mengerti.
KESIMPULAN BUAH JATUH
Saya telah menyentuh konsep buah jatuh seperti yang saya
faham sejak menerimanya daripada Ustaz dan menurunkannya pada
mereka yang menuntut daripada saya dari dulu hingga sekarang.
Jadikan panduan dan rujukan yang sepatutnya. Umur saya telah
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
150
hampir enam puluh tahun. Lebih tiga puluh tahun bergelumang
dengan Silat Cekak. Semuanya dalam fikiran. Tiba masanya saya
tulis untuk dijadikan bahan rujukan.
Kalau kurang berguna sekarang, pasti berguna pada puluh
tahun yang akan datang atau tahun-tahun yang mendatang sebagai
salah satu bahan rujukan. Perlu ditegaskan juga, penulisan saya
adalah berdasarkan tanggapan saya. Tanggapan yang diasaskan
melalui pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dari Ustaz.
Biar pembaca benar-benar faham. Malangnya saya tiada dokumen
untuk membuktikan kenyataan saya tersebut pada mereka yang
inginkan dokumen sebagai pembuktian. Tapi apa perlunya
pembuktian. Tak setuju maka tak perlu pakai. Apapun, sekurang-
kurangnya ada bahan tulisan tambahan untuk dijadikan rujukan dan
perbincangan secara sihat terutamanya pada mereka yang pernah
bersama saya. Kesediaan saya menulis ada juga kaitannya dengan
pelajaran sekarang yang tidak sama dengan pelajaran yang saya
terima. Tapi mendakwa Pusaka Hanafi. Namun begitu ada pelajaran
yang sama dan ada pelajaran yang tidak sama. Mana boleh main
sekerat-kerat. Mana sedapnya.
Janganlah kita bercakap tentang SCM yang telah diterajui
oleh kepemimpinan yang tak tentu punca. Kalau pemimpinnya pun
tak pasti punca, pastinya isi pelajaran pun akan jadi tak tentu hala.
Bagaimana pula dengan isi pelajaran dalam persilatan kita yang ada,
tapi berpecah dua. Tidak kira di sebelah mana. Masing-masing juga
mendakwa Pusaka Hanafi. Nampak juga macam-macam cara
pelajaran yang ada. Kalau pelajaran dari satu punca, mana mungkin
ada beza-beza sesama mereka. Oleh itu, ramai juga yang tertanya-
tanya tentang asal usul pelajaran yang diterima. Nak dirujuk pada
siapa. Hak guru jangan cuba kita persoalkan. Tapi, kita juga teringin
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
151
sangat nak tahu puncanya. Sekurang-kurangnya ada tulisan buat
pengetahuan atau tuntutan ilmiah yang lahir dari hati kecil dalam
sunabari kita.
Dengan ilmu yang ada bersama Ustaz, maka saya ingin
melibatkan diri dalam perbincangan tentang persoalan yang ada.
Pastinya tafsiran saya adalah berdasarkan pengalaman dan
pengalamian saya sepanjang berkecimpung dalam Silat Cekak. Rugi
rasanya kalau saya tidak mengeluarkan pandangan. Lebih-lebih lagi
ketika usia yang ada. Ingin meluahkan isi hati yang terbuku di dada.
Bukannya isi perut yang sentiasa diluahkan setiap masa.
Kesimpulan pandangan saya, jangan diubah-ubah pelajaran
yang telah ada. Kebolehan dan kehandalan kita, malah kebolehan
dan kehandalan ahli-ahli silat yang ada tentunya hasil sistem
pelajaran yang telah dirangka oleh Ustaz Hanafi pada ketika dulunya.
Kalau kita sendiri cuba mengubahnya bermakna kita tidak berpuas
hati dengan kebolehan dan kehandalan kita yang sedia ada.
Perubahan yang berlaku dalam sistem pembelajaran akan memberi
kesan jangka masa panjang pada penuntut kita yang berikutnya.
Ketika itu para pengubah sistem pelajaran yang ada, akan tak tentu
adanya. Penguasa yang ada ketika itu pasti akan buat perubahan lagi
dan lagi.
Maka mana rujukan asalnya. Kalau kita banggakan dengan
Pusaka Hanafi maka pertahankan keaslian yang diturunkan oleh
Ustaz Hanafi. Malangnya ketika ini para pendokong Silat Cekak pada
suatu masa yang lalu, asyik sibuk dengan perjuangan peribadinya.
Soal persatuan lebih banyak keutamaan berbanding dengan soal
persilatan. Kita bergaduh kerana persatuan. Kita berpolimik kerana
persatuan. Bila persatuan inginkan mantap maka bidang persilatan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
152
akan menjadi kucar-kacir. Soal silat telah menjadi isu peribadi dan
terpencil.
Mendidik para penuntut dalam silat bukannya mudah. Kita
mengajar silat yang menggunakan pergerakan dua tangan dan dua
kaki. Bukannya mengajar tarian yang lembut serta mengasyikkan.
Pencapaian penuntut kita perlu diberi keutamaan. Kehebatan mereka
melambangkan juga kehebatan kita. Oleh itu, pastikan para penuntut
kita benar-benar dapat menguasai semua pelajaran Silat Cekak yang
diturunkan kepada mereka seperti mana yang pernah kita terima.
Maka janganlah kita menokok atau mengurangkan pelajaran asal
yang ada. Hormatilah Ustaz kita dengan mengekalkan isi pelajaran
yang telah disampaikannya.
Sepanjang pengalaman saya dalam Silat Cekak, saya
mempunyai pendapat tersendiri tentang falsafah, konsep dan prinsip
buah jatuh. Ketiga-tiga aspek tersebut adalah hasil kesimpulan sejak
penglibatan bersama Ustaz. Mungkin Ustaz tidak menyentuh perkara
yang dibincangkan dalam tajuk-tajuk berkenaan. Namun begitu
penerangan secara lisan atau secara praktisnya dapat saya buat
kesimpulan untuk diri saya sendiri dan untuk mereka yang saya
pimpin. Dalam tulisan ini kita syer bersama.
Buah-buah jatuh adalah bermula dari Kaedah. Jadi kaedah,
maka jadilah buah. Tak jadi kaedah maka tak jadilah buah. Itulah
falsafah yang saya pegang tentang buah jatuh. Buah-buah jatuh yang
kita latih adalah untuk memahirkan kaedah. Satu masa yang lalu,
setelah saya berpindah ke rumah di kampung, Ustaz pernah singgah.
Di situlah Ustaz pernah berpesan lagi kepada saya supaya ambil
berat pada Kaedah. Ditunjuk kepada saya cara melatih Kaedah
hingga gerak menepis dapat dilakukan tanpa perlu mengetahui arah
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
153
tumbukan yang datang. Datanglah tumbukan dari sudut mana.
Kaedah kita masih berupaya. Secara spontan Kaedah kita akan
menyambutnya dengan Kaedah yang betul pada arah yang ada.
Malah menurut Ustaz, ketika kita menyambut cabaran dari silat lain
beradu kehandalan, latihan Kaedah dijadikan keutamaan. Jelas
kepada kita betapa buah jatuh yang ada banyak bergantung pada
Kaedah yang ada.
Pengajaran Buah Jatuh berkonsepkan „memandu‟ dan
bukannya mengajar. Gerak-gerak dalam Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak semula jadi. Semua pesilat mempunyai gerak
yang sedemikian. Tugas kita, dengan gerak yang mereka ada kita
pandu mereka untuk melakukan gerak semula jadi yang bersesuaian
dengan prinsip silat kita.
Buah Jatuh mempunyai prinsip yang tersendiri. Prinsip dapat
dikaitkan dengan ciri-ciri yang melambangkan sifat pergerakannya.
Prinsip utamanya ialah jangan mengelak badan. Saya pernah
tegaskan bagaimana badan kita umpama raja. Tangan dan kaki
umpama askar atau soldadunya. Askar akan pertahan rajanya agar
raja tidak bergerak kerana takutkan musuh. Oleh itu, setiap buah
jatuh yang kita lakukan, jangan elak badan. Gunakan kaedah yang
empat. Kaedah-kaedah itu adalah lengkap bagi menghadapi
sebarang jenis tumbukan dari sebarang sudut tumbukan. Para pesilat
perlu kita didik supaya sekurang-kurangnya mempunyai sifat yakin
diri dan jangan teragak-agak ketika membuat jatuhan. Bergeraklah
dengan penuh yakin.
Prinsip buah jatuh yang lain dapat digambarkan dengan satu
perkataan iaitu „serentak‟. Perbuatan serentak melibatkan pergerakan
kaki dan tangan untuk membuat jatuhan. Pesilat tidak boleh
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
154
memisahkan gerak tangan dan kaki dengan begitu lama, hingga
nampak jaraknya dengan mata kepala. Walaupun beberapa gerak
serentak dalam satu ketika dianggap satu gerak akan tetapi
perpisahan gerak-gerak tersebut tidak dapat dikesan dengan mata
kepala. Serentak juga melambangkan tidak boleh wujud gerak
bermalam.
Prinsip ketiga, secara keseluruhannya buah-buah jatuh
berkehendakkan kita berada di belakang pasangan. Mata kita
sentiasa memerhatikan gerak pasangan. Setiap gerak pasangan kita
yang menyimpang, akan kita buat tindakan. Prinsip berada di
belakang tidak sama dengan prinsip membelakangkan pasangan.
Ketika kita berada di belakang, pasangan kita akan tenggelam punca.
Pergerakan kita akan berada di luar dari kawalan pasangan kita.
Tapi, belakang dengan belakang, nak nampak apa.
Prinsip keempat ialah buah jatuh mementingkan pukulan.
Walaupun ada kekecualian, namun pukulan adalah prinsip buah jatuh
secara keseluruhan. Jangan abaikan prinsip ini semata-mata
menjaga hati. Ikut kata hati maka mati. Yang mati ialah kehebatan
kita nanti.
Seterusnya prinsip yang lain, membuat buah jatuh jangan
sekali-kali bermalam. Perbuatan bermalam akan mengundang padah
pada diri pesilat. Latih diri supaya pergerakan yang dilakukan
sentiasa dalam proses yang berterusan. Dalam latihan, perbuatan
lambat boleh dicepatkan. Masih dalam proses membuat jatuhan. Tapi
jika bermalam, nampak terhenti pergerakan.
Melakukan pergerakan buah jatuh perlu berhati-hati bagi
menjaga keselamatan. Itu merupakan salah satu prinsip Silat Cekak.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
155
Perbuatan kita ada hadnya. Tidak melepaskan pukulan sesuka hati.
Dengan cara itu Silat Cekak dapat dilatih berkali-kali. Saya telah
sentuh hal yang demikian semasa membicarakan beberapa buah
jatuhan. Misalnya buah-buah Kuntau yang menggunakan kaki.
Berdasarkan falsafah, konsep dan prinsip buah jatuh, kita
perlu sentiasa ingatkan Jurulatih. Jadikan pegangan untuk mendidik
para penuntut supaya pengajaran Jurulatih ada hala tujunya. Jangan
buat suka hati. Banyak wang, masa dan tenaga yang mereka
korbankan. Tugas Jurulatih ialah memberi pulangan yang setimpal.
Maka sentiasalah ingatkan pada Jurulatih kita. Para Jurulatih atau
Penyelia Kelas yang ada perlu diingatkan dari masa ke masa supaya
sentiasa mewujudkan sistem pelajaran yang berkesan. Jika
menghadapi masalah dalam sistem penyampaian, pihak penguasa
perlu bantu mereka. Jangan layan kerenah Jurulatih, gara-gara gagal
menyampaikan pelajaran yang ada. Jangan diubah pelajaran yang
ada dek kerana ingin menyesuaikan pelajaran dengan kelemahan
Jurulatih kita.
Sesetengah perubahan yang ada telah juga menyusahkan
Jurulatih-Jurulatih lama yang telah terlepas cakap. Misalnya, dulu
dikatakan buah Sengkak telah diketepikan kerana prinsipnya telah
ada dalam pecahan ketiga Gayung Fatani. Buah tersebut juga
dikatakan berbahaya pada diri si pelaku. Namun, kita katakan,
mengenepikan buah Sengkak tidak akan mendatangkan kerugian
apa-apa. Gayung Petani pecahan ketiga tetap ada. Tapi sekarang,
cakap-cakap itu tidak relevan lagi. Pecahan ketiga telah tiada.
Agaknya, elok pencen saja Jurulatih yang telah terlepas cakap
dengan contoh yang dah tak kena lagi. Ketinggalan zamankah
mereka.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
156
Ada yang menganjurkan pengajaran Silat Cekak secara
berperingkat. Setiap peringkat mengandungi beberapa buah yang
tertentu. Penuntut akan diajar asas bersekali dengan jatuh dalam
satu-satu peringkat. Semua perubahan tersebut adalah disesuaikan
dengan kehendak atau bagi memudahkan penuntut. Nampaknya, kita
banyak memikirkan kemudahan bagi para penuntut. Bukannya
penuntut yang harus berfikir bagi menyesuaikan diri dengan pelajaran
yang ada dalam Silat Cekak. “Dulu kita buka silat ikut suka hati. Rasa
sesuai, kita buka kelas latihan. Sekarang penuntut belajar silat ikut
suka hati. Malangnya sekarang ini kita mesti ikut suka hati penuntut.”
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dulu dan
sekarang, saya berpendapat bahawa konsep memandu banyak
maknanya. Pandulah para penuntut supaya mereka benar-benar
menguasai Silat Cekak. Hal yang demikian akan memberi impak
yang besar pada gelagat Jurulatih yang mengajar silat. Mereka
perlulah benar-benar bertanggungjawab, berinovasi dan berkreatif
dalam pengendalian kelas.
Dari segi gerak silat, sebarang kesilapan akan mengundang
faedah yang tidak baik pada diri Jurulatih. Silap tumbuk, kena, silap
buat buah pun ada kesannya pada mereka. Hal yang demikian
menjadikan Jurulatih berada dalam keadaan yang perlu bersikap
awas sentiasa semasa mengajar pergerakan dua tangan dan dua
kaki. Pengajaran perlu bersistem. Sistem-sistem ini termasuk sistem
kelas secara keseluruhan. Sistem memberi buah sama ada buah
semasa atau buah yang lepas, sistem pemantauan pelajaran dan
sistem latih tubi. Pengkayaan ilmu dalam kalangan Jurulatih perlu
dititikberatkan. Ilmu-ilmu tersebut meliputi ilmu persilatan dan ilmu
pengurusan persatuan. Dengan cara itu, secara langsung
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
157
pengurusan kelas Silat Cekak berkenaan semakin mantap di
samping kemantapan dalam penyampaian ilmu persilatan.
Pengajaran kita adalah berfokuskan pada pesilat. Perwatakan
pesilat perlu diambil perhatian. Perwatakan ini meliputi watak luar dan
watak dalam. Perwatakan luar boleh dirujuk pada bentuk fizikal
mereka. Tinggi atau rendah, kurus atau gemuk, tangan panjang atau
tangan pendek, kaki panjang atau kaki pendek, tengkok panjang atau
tengkok pendek dan sebagainya. Semuanya pasti akan memberi
kesan pada pergerakan silat mereka. Hal yang demikian perlu diberi
perhatian oleh Jurulatih.
Setiap arahan yang diberi berkaitan dengan silat, perlu
dikaitkan dengan watak luaran mereka. Dengan cara itu sama ada
pengharapan kita pada mereka boleh diberi sepenuhnya atau tidak
adalah bergantung erat pada perwatakan tersebut. kita akan lebih
tenang dan sentiasa bersikap positif. “Kalau tak boleh tenang dan
asyik baran, nak buat macam mana.”
Zaman Ustaz, penuntut-penuntut OKU tetap diberi
keutamaan. Kalau kaki pendek maka diberi peluang curi tapak. Tapi
pada mereka yang kaki panjang jangan biarkan mereka curi peluang.
Akan merugikan mereka sendiri. Begitu juga dengan gerak-gerak lain
yang diberi kekecualian pada golongan OKU tersebut.
Semasa kita „memandu‟ penuntut kita, pupuk pemberatan
pada pelajaran kaedah. Daripada kaedah maka akan datangnya
buah. Kaedah boleh dikuasai dengan latihan yang bersungguh-
sungguh. Jangan bersikap gopoh semasa menyampaikan pelajaran.
Kegopohan itu termasuklah keinginan menghabiskan pelajaran dalam
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
158
waktu yang singkat. Sesungguhnya perbuatan yang tersebut amat
merugikan penuntut pada masa jangka panjang.
Kita juga perlu sedar, dalam senarai buah yang sebanyak
sembilan belas itu, berdasarkan versi lama ketika saya belajar, bukan
kesemuanya boleh dikuasai oleh para penuntut secara sepenuhnya.
Ada dalam kalangan buah-buah tersebut yang tidak sesuai dengan
perwatakan penuntut dari segi fizikalnya. Namun begitu, pasti akan
terjadi, pada diri setiap penuntut itu ada buah „favourite‟nya. Sebagai
Jurulatih, peranan kita perlu juga mengembangkan potensi mereka
pada buah-buah yang mereka minati.
Kita juga perlu menekankan pada penuntut betapa setiap
buah yang ada itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Tunjukkan kelebihan buah dengan cara pembuktian. Setiap buah
yang diturunkan perlu dibuat dengan sebenarnya. Mana yang perlu
dipukul maka pukullah. Mana yang perlu dikunci maka kuncilah.
Perkara yang penting, setiap pukulan dan kuncian itu perlu dibuat
dengan sepenuh hati. Kecualilah jika akibatnya membawa pengsan
atau maut. Tidaklah perlu bagi kita membuktikan kesan-kesan
tersebut. Akan menyusahkan kita sendiri.
Terdapat perbuatan dalam buah-buah asas atau jatuh yang
berkait rapat dengan pelajaran rahsia Silat Cekak. Hanya masa dan
habuan yang akan menentukan pembelajarannya. Misalnya pada
buah Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan Gantung. Pelajarilah
buah-buah itu dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
Kedua-dua buah tersebut menjadi punca utama untuk pelajaran
rahsia Silat Cekak seterusnya. Oleh itu, pada Jurulatih, ajari para
penuntut dengan sempurna dan betul. Manakala pada para penuntut,
belajar bersungguh-sungguh tanpa banyak persoalan.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
159
Ada dalam kalangan Jurulatih yang cuba membuat inovasi
atau pembaharuan dalam kelas-kelas latihan buah jatuh. Salah satu
pembaharuan tersebut ialah mengumpul buah dalam satu kumpulan
berdasarkan kaedah. Latihan secara latih tubi hanya berkisar dalam
kumpulan berkenaan dan beralih dari satu kumpulan kepada
kumpulan yang lain. Maknanya berlatih Kaedah A akan melibatkan
buah Pertama, Kilas Depan, Kidung Kiri dan seterusnya. Kalau sudah
A maka akan A semuanya. Kalau buah berdasarkan gelek maka
dikumpulkan pulak buah-buah berkenaan dalam satu kumpulan dan
dibuat latihan.
Pada saya, hal yang demikian tidak mendatangkan masalah.
Pelbagai bentuk latihan boleh diwujudkan bagi merangsang
pembelajaran para penuntut. Itulah kreativiti dan inovasi dalam
sistem pembelajaran. Walau bagaimanapun, jangan ada usaha-
usaha untuk menyusun kedudukan buah-buah dalam Silat Cekak
berdasarkan kaedah dan dijadikan sukatan pelajaran secara tetap
dan menjadi dasar. Tiada asalnya jika mendakwa Pusaka Hanafi.
Setiap perubahan yang ingin dijadikan satu ketetapan,
haruslah ditolak. Saya selalu tegaskan. Hormati Ustaz dengan cara
memelihara pusakanya. Pelajaran yang kita dapat adalah diperoleh
sebagaimana pelajaran di zaman Ustaz. Mustahil kita boleh
mengubahnya dalam konteks menghormati pemimpin agung yang
kita banggakan.
Kita tetap yakin bahawa susunan yang dibuat Ustaz pasti ada
kaitannya dengan sesuatu yang ingin dicapainya bagi maksud
memahirkan pemikiran penuntut. Fikiran penuntut tidak terikat
dengan satu struktur atau satu pola yang tersusun dalam
penguasaan buah Silat Cekak. Kedudukan buah berdasarkan
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
160
Kaedah yang pelbagai tanpa disusun mengikut kaedah akan
menjadikan fikiran penuntut kita berfikir dalam keadaan semula jadi.
Tanpa dipolakan pemikiran mereka. Secara langsung juga, Silat
Cekak menggalakkan supaya ahlinya sentiasa berfikir sebelum
menerima sesuatu yang diberi.
Saya sering tegaskan betapa kelas-kelas Silat Cekak yang
dikendalikan oleh para Jurulatih perlu berkonsepkan situasi “menang-
menang.” Lagi lama Jurulatih berkecimpung dalam Silat Cekak maka
lagi banyaklah kelas dan penuntut Silat Cekak yang dilahirkannya.
Bersepadu dengan kejayaan-kejayaan itu maka lagi hebatlah
Jurulatih itu dari segi pengetahuan, pengalaman, ketangkasan,
kekemasan dan ketepatannya mengambil buah-buah yang ada
dalam Silat Cekak. Semestinya daya tahan dan staminanya
bertambah dan dapat dipertingkatkan.
Peranan Jurulatih bukannya umpama lilin yang membakar diri
bagi menerangi suasana sekitarnya. Peranannya umpama Matahari
yang sentiasa bersinar sepanjang zaman. Berehat di malam hari
dengan membiarkan bulan sebagai pengantaranya. Amat malang
pada Jurulatih yang banyak melahirkan penuntut serta berkecimpung
dengan begitu lama dalam Silat Cekak tetapi hanya berada di tahap
yang sama dalam aspek-aspek yang saya nyatakan di atas.
Golongan ini sah umpama lilin. Membakar diri yang tak rentung-
rentung. Buat tak kisah sahaja.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran banyak
dipengaruhi oleh para Jurulatih yang ada di kelas-kelas berkenaan.
Apa pun, tumpuan kita tetap pada pencapaian yang hebat dalam
kalangan penuntut kita. Di samping kehebatan kita bersilat, saya
selalu tekankan betapa Jurulatih itu perlu mempunyai kemahiran
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
161
asas dari segi keberkesanan komunikasi, kebolehan menyelesaikan
masalah, kemahiran memberi motivasi dan kemahiran berhubung
dengan manusia iaitu para penuntutnya sendiri. Jika kebolehan-
kebolehan itu dapat dikuasai maka para Jurulatih tersebut boleh
membangunkan keperibadian yang tinggi dalam kalangan
penuntutnya dalam konteks Silat Cekak. Berusahalah mencapai
makam yang tertinggi dalam Silat Cekak.
Pasukan Demonstrasi Seni Silat Cekak Negeri Perak sewaktu membuat
persembahan di Program Kemasyarakatan dan Kerja Amal di Ipoh
Parade pada 7hb April 2002.
Sepak Minang Pelajaran Asas dan Buah Jatuh
162
Gambar-gambar yang diambil dari Artikel bertajuk “Keaslian Silat Cekak
Usah Diragukan” oleh Ustaz Hanafi Haji Ahmad yang diterbitkan oleh
Dewan Masyarakat, 1973.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
163
PELAJARAN
BUAH POTONG
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
164
BUAH POTONG
Setelah habis pelajaran jatuh maka para penuntut berpeluang
mengikuti pelajaran ke peringkat lain iaitu pelajaran buah potong.
Ketika inilah para penuntut telah diiktiraf sebagai ahli silat.
Pengiktirafan sebagai ahli silat mempunyai syarat-syaratnya yang
tersendiri. Terlebih dahulu mereka perlu diijazah mandi silat. Tak
payah kain putih. Tapi perlu memberi dan menerima „isyarat.‟ Ketika
melangkah ke pelajaran potong, sepatutnya hati dan perasaan
penuntut mula terpaut pada Silat Cekak. Mereka yang tidak selari
atau tidak dapat menerima Silat Cekak pastinya telah „melarikan diri‟
ketika pelajaran asas atau jatuh lagi. Kini, mereka yang berada dalam
kelas potong adalah merupakan pesilat yang telah teruji ketahanan
mental dan fizikalnya.
Sebelum mempelajari buah potong, para penuntut
diperkenalkan dengan pelajaran pisau yang dikenali sebagai pelari
pisau. Itu adalah tanda isyarat betapa pelajaran pisau boleh dan perlu
diperkenalkan ketika masuk pelajaran potong. Walau bagaimanapun,
kita hanya memberatkan latihan pada beberapa buah sahaja. Buah
yang popular ialah Gayung Petani. Saya tidak menyentuh secara teliti
tentang pelari pisau berdasarkan buah Gayung Petani tersebut.
Semasa membicarakan tentang buah jatuh Gayung Petani,
saya kurang menyentuh tentang asal usul perkataan Gayung Petani.
Pada setiap nama buah, saya cuba hubungkan antara pengertian
istilah buah dengan bentuk pergerakannya. Saya berpendapat,
sebagai Jurulatih kita perlu tahu asal usul nama buah-buah
berkenaan dengan sedaya upaya yang boleh. Nama kerap kali akan
melambangkan sifat.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
165
Sengaja saya tidak membincangkan asal usul nama Gayung
Petani ketika menulis tentang jatuhannya. Sebabnya saya sendiri
akan ke Patani. Telah pergi pun. Sekurang-kurangnya akan ada
maklumat yang boleh ditulis dalam ruangan seterusnya.
Kebenarannya kena kaji sendiri.
Sebelum ini saya anggap istilah „Petani‟ ada kaitan dengan
sawah. Rupa-rupanya, anggapan tersebut adalah tidak tepat. Namun
begitu, perkara pastinya, Gayung Petani adalah berasal dari tempat
yang bernama Pattani. Di daerah itulah pada satu masa dahulu
terdirinya kerajaan Melayu tua yang bergelar kerajaan Langkasuka.
Kawasannya berdekatan dengan laut. Aktiviti bersawah bukannya
menjadi kegiatan utama.
Dalam lawatan saya ke tempat tersebut, terdapat sebuah
perigi yang dinyatakan pada satu papan kenyataan sebagai „Perigi
Hang Tuah‟. Saya difahamkan bahawa keberadaan Hang Tuah di
Pattani adalah sangat pasti dalam kalangan penduduk yang saya
temui.
Petani adalah dieja dengan nama Pattani. Menurut penduduk
yang saya temui, terdapat dua versi tentang asal usul perkataan
Pattani. Versi pertama, Pattani dihubungkan dengan nama orang
yang bergelar Pak Tani. Beliau adalah seorang nelayan yang
menangkap ikan di laut. Kelebihan yang ada pada orangnya telah
menjadikan tempat tersebut mengikut namanya iaitu Pak Tani.
Akhirnya bergelarlah tempat itu sebagai Pattani.
Versi kedua ada kaitan dengan mitos pelanduk putih yang
terdapat di pantai pada kawasan tersebut. Kemunculan pelanduk
tersebut membawa petanda kelebihan yang ada pada tempat itu.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
166
Maka hebohlah kemunculan pelanduk itu “di pantai ini.” Akhirnya
terkenallah tempat itu sebagai Pattani.
Kita harus faham tentang konsep kerajaan di zaman dahulu.
Tempat sultan yang bergelar istana adalah merupakan pusat
kerajaannya. Tempat-tempat lain dinamakan sebagai jajahan
takluknya. Begitu juga dengan konsep kampung. Pada zaman
dahulu, konsep kampung merujuk pada kawasan masyarakat yang
mempunyai pertalian darah. Itu sebabnya kita berasa bangga apabila
disuruh balik ke kampung. Akan tetapi istilah itu begitu sensitif
sekarang. Bila disuruh balik kampung maka diri kita berasa terhina
kerana konsep kampung sekarang ini adalah merujuk pada
sempadan.
Istilah Gayung juga adalah bermaksud pukulan, tetakan atau
tikaman. Petani adalah merujuk pada kawasan Pattani. Maka pada
pandangan saya, eloklah jika Petani dieja sebagai Patani. Walaupun
ada yang kata remeh tapi berguna juga untuk maksud kefahaman.
Kaedah mengambil buah pisau Gayung Petani semestinya
seperti asas pelajaran Gayung Petani. Cuma bezakan antara tangan
kosong dengan pisau. Ketepatan, ketangkasan dan kekemasan perlu
ada ketika mempelajari senjata pisau. Tekankan seni-seni mengambil
pisau antara pangkal ibu jari dan pangkal telunjuk tangan pasangan
kita. Semasa tusukan balik pisau pada pasangan, pastikan siku
tangan kanan pasangan kita diangkat bagi memberi ruang pada
hujung tangan yang memegang pisau, membuat tusukan pada badan
pasangan itu sendiri. Payah dicerita dalam ruangan tulisan ini.
Pelajaran potong boleh dianggap asas untuk menyerang.
Tumbukan yang kita lepaskan perlu mendatangkan hasil. Jika ada
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
167
halangan maka halangan tersebut akan diatasi secara spontan.
Untuk mengatasi rintangan ketika menyerang, Silat Cekak
mempunyai pelbagai kaedah yang tertentu. Istilah „spring‟ selalu
dikaitkan dengan pembelajaran buah potong. Spring bermakna
melangkah satu tapak lagi ke hadapan. Jangan ikut fikiran sendiri
dengan mengaitkan konsep spring dengan gelek. Konsep spring tidak
sama dengan konsep gelek. Spring adalah spring. Gelek adalah
gelek. Dua gerak yang berlainan.
Dalam perbualan, Ustaz pernah mengaitkan konsep ijazah
dalam Silat Cekak dengan „pinang‟ tapak. Ijazah pertama
menandakan kita mempelajari satu tapak, ijazah kedua kita belajar
satu tapak lagi yang dikenali sebagai spring dan ijazah ketiga, kita
„meminang‟ satu tapak lagi yang membolehkan pelajaran enam tolak
enam diperoleh. Hinggakan ada dalam kalangan kita menganggap
bahawa mandi ijazah ialah mandi tapak.
Mempelajari buah potong bermakna kita mempelajari rahsia
Silat Cekak. Kita telah diakui sebagai ahli silat. Sebaliknya, sebagai
ahli persatuan memang terbukti melalui yuran pendaftaran dan
borang yang perlu diisi.
Zaman dulu-dulu, kami tersangat sensitif dengan pelajaran
potong. Semasa latihan, jika ada orang luar atau ahli yang belum
tamat hadir bersama maka kami akan menghentikan latihan. Malah
jika sesama kami pun, perasaan cemburu tentang pelajaran ini tetap
ada. Jika ada antara kami yang belum mengambil buah potong pada
satu-satu buah yang tertentu maka kami akan pastikan latihan buah
tersebut tidak berlaku. Sehinggalah penuntut itu ditunjukkan cara
potong buah daripada Jurulatih maka barulah kami berlatih kaedah
potong. Apatah lagi jika orang yang bukan ahli, hadir melihat latihan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
168
kami. Lagi kami berasa cemburu. Begitulah betapa rahsia dan
cemburunya kami pada pelajaran potong.
Pelajaran potong ada falsafahnya. Ada antara pesilat kita
yang menimbulkan persoalan. Pelajaran asas dan jatuhan yang
dipelajari dengan bersungguh-sungguh hingga melibatkan masa yang
banyak, akhirnya dipotong begitu saja dengan mudahnya. Pada saya
jelas terbukti bahawa kita tidak bergantung pada buah jatuhan. Buah
yang kita pakai berkemungkinan tidak akan dipakai akhirnya. Lahirlah
falsafah, “pakai tak pakai, tak pakai, pakai”. Itu sebabnya mereka
yang meninggalkan Silat Cekak ketika pelajaran jatuh, tidak memberi
makna pada kita. Rahsia kita belum mereka peroleh. Mereka pun
belum mandi untuk disahkan sebagai ahli Silat Cekak.
Saya selalu tegaskan pada para pesilat tentang konsep
pelajaran potong. Pelakuan yang kita potong ialah pada kaedah
dalam proses pesilat itu membuat buah. Kita tidak membuat potong
setelah pesilat selesai membuat buah. Itulah bermalam juga
namanya. Kebanyakan silat Melayu membuat tindakan apabila
kuncian telah dilakukan. Silat-silat itu mempunyai teknik melepaskan
kuncian. Hal yang demikian amat berbeza dengan Silat Cekak. Kita
tidak rela diri dikunci. Jika terkunci maka akan mendatangkan sedikit
masalah. Itu sebabnya, apabila ada soalan, “Kalau kita dikunci, nak
buat macam mana” Maka kita jawab “Jangan bagi kunci. Sentuh aje,
makan.” Senangnya.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
169
Prinsip Buah Potong
Dalam Silat Cekak, kaedah adalah merupakan pelajaran
utama. Buah-buah yang ada adalah sebagai „alat‟ untuk memahirkan
kaedah yang empat itu. Penguasaan pada Kaedah Silat Cekak akan
membolehkan pesilat itu menghadapi pelbagai jenis tumbukan dari
segenap penjuru. Jika Kaedah „menjadi‟ maka buah Silat Cekak yang
menyusul tidak mendatangkan bebanan bagi menguasainya.
Misalnya, jika Kaedah A „menjadi‟ maka banyak buah yang boleh
digunakan berdasarkan Kaedah tersebut. Sesuaikan dengan minat
dan perwatakan diri pesilat itu sendiri.
Pelajaran potong ada prinsipnya. Pada tanggapan saya,
prinsip potong dikaitkan dengan pelakuan „memintas‟. Kita akan
memintas gerak pasangan dengan menggunakan prinsip-prinsip
yang telah ditentukan. Prinsip-prinsip tersebut dapat kita bincangkan
dalam penulisan seterusnya.
Prinsip utama ialah memintas Kaedah dalam proses
pasangan kita membuat buah. Kehebatan Silat Cekak adalah berkait
erat dengan Kaedah. Dari Kaedah menjadi buah. Ramai juga dalam
kalangan kita yang mengajar para penuntut supaya memotong buah.
Penegasan itu juga tidak tepat dan mengelirukan penuntut. Bila
pasangan berjaya buat buah maka barulah usaha memintas gerak
dilakukan. Perbuatan tersebut adalah sangat lambat dan kurang
menyakinkan keselamatan diri.
Dalam pelajaran potong, pesilat yang menumbuk tidak perlu
mengetahui jenis buah yang akan dibuat oleh pasangannya.
Tumpuan dan fokus kita ialah pada Kaedah yang akan digunakan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
170
oleh pasangan kita. Kaedah itu perlu „dibunuh‟ oleh pengamal Silat
Cekak. Tapi ingat. Proses memintas Kaedah itu adalah dalam proses
pasangan kita membuat buah. Seperti yang saya tegaskan, Kaedah
dan buah jatuh adalah umpama irama dan lagu. Tidak boleh dipisah-
pisahkan. Setiap kaedah perlu diiringi dengan buah.
Pada pandangan saya, dalam aspek ini telah timbul beberapa
kekeliruan. Penuntut disuruh memotong Kaedah tanpa perlu
membuat buah. Maka terhentilah pergerakan penuntut di tahap
Kaedah. Jurulatih mengarahkan potong Kaedah itu. Kalau pesilat
yang loyar buruk, maka dia akan mengeraskan tangan ketika
membuat Kaedah. Maka „matilah‟ pesilat yang menumbuk untuk
membuat buah potong. Payahnya banyak. Akhirnya memungkinkan
pesilat itu kehilangan keyakinan. Kalau kita hanya mementingkan
potong pada Kaedah maka eloklah selepas habis pelajaran Kaedah,
teruskan saja pelajaran potong. Tak payah ajar buah-buah jatuh.
Selepas empat hari belajar Kaedah maka ijazahlah untuk mandi
potong. Potong Kaedah.
Oleh itu, bagi mempelajari buah potong maka perbetulkan
falsafah dan konsepnya. Potong Kaedah sahaja tidak tepat dan
potong buah juga tidak tepat. Konsepnya ialah memotong Kaedah
dalam proses pesilat membuat buah.
Prinsip kedua yang perlu ditekankan ialah betapa pesilat akan
bertindak apabila tangan yang menghantar penumbuk telah disentuh
di mana-mana bahagian. Tangan kita pantang disentuh ketika
menyerang. Tentunya prinsip ini berbeza dengan perbuatan
menyerang bila disentuh. Dalam konsep yang berlainan ini, bahagian
lain yang main peranan. Sebaliknya dalam prinsip Silat Cekak, ketika
tangan kita disentuh, pesilat itu akan bertindak balas untuk membuat
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
171
pintasan pada buah jatuhan yang bakal dibuat oleh pesilat
berkenaan. Sentuh aje „kena‟. Aplikasikannya bersama isteri kita.
Isteri sahaja.
Prinsip ketiga yang ditekankan ialah satu langkah maju ke
depan. Langkahan tersebutlah telah digelar sebagai langkah spring.
Gerak spring hanya dikaitkan dengan pelajaran potong. Langkah ini
besar ertinya pada kita. Satu langkah ke hadapan membolehkan kita
berada dalam situasi yang selamat.
Langkahan tersebut menjadikan pesilat berada di belakang
pasangannya. Ketika itu pesilat dapat memerhatikan sepenuhnya
pergerakan pasangan, berbanding dengan pasangannya yang tidak
dapat melihat sesuatu yang berada di belakang. Sebabnya, mata
pasangan berada di muka depan kepalanya. Tak ada mata di
bahagian belakang.
Oleh itu prinsip belakang mengadap belakang bukanlah
prinsip amalan kita. Hal yang demikian telah saya timbulkan ketika
berbincang tentang Pasung Kemanga. Kalau pesilat
membelakangkan pasangannya maka hilanglah pandangan mata
kepalanya. Tapi nak buat macam mana. Ketika ini ramai Jurulatih
yang memandang ikut mata hati. Hinggakan hadiahpun telah bergelar
cenderahati. Segala-galanya menggunakan hati. Sama tarafnya
dengan orang buta yang berpandukan hati.
Prinsip keempat ada kaitan dengan soal langkahan. Dalam
hal-hal yang tertentu, terdapat kekecualian daripada langkah spring.
Potong boleh dilakukan dalam keadaan tidak perlu melangkah. Kita
bertindak berdasarkan sentuhan yang ada pada tangan kita. Buah-
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
172
buah yang rapat dengan badan, perlu tindakan segera. Melangkah
akan mencuri masa.
Walau bagaimanapun, semua buah Silat Cekak boleh
diaplikasikan dengan kedua-dua jenis kaedah potong tersebut, sama
ada melangkah atau tidak melangkah. Hal yang demikian akan
diterangkan semasa pelajaran kemahiran. Misalnya, buah Pertama.
Untuk memotong, tanpa melangkah pun kita masih boleh membuat
potong. Maknanya, bagi menentukan kesesuaian sama ada
melangkah atau tidak melangkah, kita lebih berfokus pada
kesesuaian buah tersebut pada situasi yang ada.
Prinsip kelima, dalam situasi boleh melakukan potong pada
pelbagai tempat atau kaedah, kita akan memberi keutamaan pada
gerak yang lebih membahayakan kita. Misalnya pada buah Kuntau
Kiri. Antara sentuhan kaedah D dan sentuhan pada tangan, kita
utamakan potong hujung tangan, menandakan bahayanya lebih,
berbanding dengan sentuhan Kaedah D. Begitu juga dengan buah
Gayung Petani. Antara sentuhan hujung tangan dengan sentuhan
rasa Kaedah A, maka keutamaan kita ialah memotong sentuhan di
hujung tangan yang lebih membahayakan diri kita.
Prinsip seterusnya, ketika pasangan membuat buah, apabila
dipotong kaedahnya maka buah yang ingin dibuat akan „terbatal‟
dengan sendirinya. Kita tidak mempedulikan apa jenis buah yang
ingin dibuatnya. Proses membuat buah pada pasangan tetap ada.
Akan tetapi bagi kita, fokus yang diberi adalah pada Kaedah yang
digunakan pasangan. Jika disentuh maka bertindaklah kita. Walau
bagaimanapun buah-buah yang terbatal itu akan digunakan semula
oleh pesilat untuk menyambung gerak pada pasangannya. Tindakan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
173
kita ialah meneruskan proses gerak kaedah potong yang dibuat.
Buah jatuh digunakan semula.
Prinsip yang ketujuh adalah terletak pada pergerakan fizikal
pesilat. Genggaman penumbuk mulai kuat. Secara langsung akan
menjadikan tangan pesilat ada sikit keras. Tangan aje. Hal yang
demikian tentunya tidak memudaratkan pasangan. Ketika itu
pasangan silat itupun telah menguasai kaedah dengan lebih tepat,
tangkas dan kemas. Oleh itu, mengeraskan penumbuk tidak
mendatangkan masalah. Sikit-sikit penumbuk terlepas di dada, tidak
menjadi masalah utama. Masih boleh tahan. Langkahan kaki perlu
keseimbangan antara kaki kanan dan kaki kiri. Jangan diberatkan
pada mana-mana kaki. Keseimbangan berat itu akan memudahkan
pergerakan seterusnya.
Mempelajari pelajaran potong memerlukan kesungguhan
seperti mana pelajaran buah jatuh. Jangan gopoh untuk menguasi
buah-buah pelajaran. Fahami prinsip setiap buah yang diberi.
Dapatkan dan fahamkan seni buah potong pada setiap buah terlebih
dahulu sebelum berlatih secara „kasar‟ atau secara „keras‟. Pelajaran
potong adalah penting kerana pelajaran itu menjadi asas yang
mustahak bagi menghebatkan aspek serangan. Kalau pelajaran
potong menjadi, maka besar gunanya apabila pesilat itu memasuki
pelajaran seterusnya iaitu serangan yang satu.
Penuntut yang menguasai pelajaran jatuh dan potong maka
secara langsung akan bermulalah penguasaan penuntut pada
pelajaran pertahanan diri dan pelajaran menyerang. Maka lengkaplah
keperluannya sebagai pesilat dalam Silat Cekak.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
174
MENGAJAR BUAH POTONG
Saya terkenang akan pengalaman semasa belajar Silat
Cekak. Setelah mandi silat, kami sangat berminat untuk mengetahui
tentang rahsia Silat Cekak. Sebelum itu, kami telah diyakinkan pada
pemulaan pelajaran betapa rahsia Silat Cekak akan disingkap setelah
para penuntut mengalami proses mandi. Mandi Silat Cekak itu sendiri
telah menampakkan kelainan. Kelainan itu menarik minat kami
dengan lebih mendalam untuk mengetahui hal yang berikutnya.
Mandi silat pun telah berbeza. Semasa menuntut silat lain, mandi
adalah merupakan syarat mula. Berbeza dengan Silat Cekak yang
mengadakan acara mandi di pertengahan pelajaran. Maka tentulah
ada keistimewaannya.
Mengajar buah potong seperti mana yang saya terima dan
perturunkan pada penuntut berikutnya, adalah melibatkan
penglibatan Jurulatih dengan lebih serius. Saya berpendapat, pada
setiap buah, peranan Jurulatih memberi peluang para penuntut silat
menumbuk mereka dan Jurulatih sendiri membuat buah jatuh adalah
merupakan kunci utama untuk menyampaikan pelajaran potong
tersebut dengan jayanya. Jika Jurulatih yang membuat buah jatuhan
maka mudahlah pesilat mendapatkan pelajaran kerana proses
memotong buah menjadi lebih lancar, ekoran buah jatuh yang
dilakukan Jurulatih adalah dalam keadaan sempurna.
Namun begitu, sebelum pelajaran dimulakan maka jelaskan
kepada pesilat tentang pentingnya membuat buah jatuh. Suruh
mereka buat buah dengan bersungguh hati tanpa terhenti-henti
pergerakan di mana-mana tempat dan ketika. Tumpukan perhatian
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
175
bagi menghabiskan jatuhan tanpa ada perasaan „belas dan simpati,‟
ketika Jurulatih menurunkan pelajaran potong.
Pada Jurulatih, kita yakin bahawa arahan yang sedemikian
tidak akan mendatangkan masalah kepada diri mereka sendiri. Kita
juga yakin, ketika proses penurunan ilmu potong dilakukan, kaedah
potong yang kita miliki mampu mengatasi gerak jatuhan yang cuba
dilakukan oleh pesilat. Tidak kiralah sama ada jatuhan yang
dilakukan itu dibuat dengan sepenuh hati atau dilakukan dengan
penuh kasar. Kita tetap yakin bahawa pukulan-pukulan itu boleh
diatasi dengan senangnya.
Pada Jurulatih, itulah masanya untuk melihat sejauh mana
kemampuan diri mereka menguasai Silat Cekak. Jangan sesekali
takut gagal ketika menumbuk bagi membuat potong. Jelaslah betapa
memotong buah-buah Silat Cekak perlu ada keyakinan dengan
sepenuh hati dalam kalangan Jurulatih. Hal yang demikian mudahlah
bagi Jurulatih tersebut menanam semula sifat keyakinan dalam
kalangan penuntutnya.
Apabila kita menumbuk pesilat maka suruh mereka buat
buah. Sama ada jadi atau tak jadi, tugas Jurulatih yang menumbuk
perlu memotong buah berkenaan. Kemudian tukar dengan pesilat
yang lain. Jangan diulang-ulang tumbukan atau berulang kali
menyuruh pesilat yang sama membuat buah jatuh supaya Jurulatih
berkenaan senang membuat potong. Sekali Jurulatih tumbuk maka
sekali mereka potong. Kalau tak jadi maka itu saja tumbuk yang ada.
Kalau berkali-kali tumbukan, perbuatan tersebut melambangkan
kekurangan keyakinan pada Jurulatih berkenaan.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
176
Sebenarnya, mengajar buah potong pada penuntut
sepatutnya tidak mendatangkan masalah. Kita sudah tahu buah
jatuhan apa yang bakal dilakukan oleh pesilat. Jurulatih boleh
bersedia kerana dapat membuat jangkaan. Tunjukkan sifat yakin.
Perbuatan Jurulatih menunggu serangan bagi memberi ruang
kepada pesilat membuat potong adalah merupakan satu bentuk
penyampaian yang sangat-sangat saya sukai. Banyak kelebihan jika
kita praktikkan perbuatan demikian. Sekurang-kurang dengan cara itu
akan merangsang Jurulatih supaya sentiasa bersedia. Secara
langsung Jurulatih dapat memantapkan kebolehan menunggu
serangan. Mungkin akan berlaku kelemahan di mana-mana.
Misalnya, mungkin juga ada ketikanya Jurulatih gagal membuat buah
jatuh ketika pesilat membuat tumbukan.
Hal yang demikian sepatutnya tidak mendatangkan sebarang
masalah. Ingat dan yakinlah. Ular menyusur akar tak akan hilang
bisanya. Mereka tidak perlu berasa rendah diri atau malu ketika gagal
membuat buah jatuh dengan sempurna. Bukannya kita hendak
bergaduh, melainkan ingin menyampaikan pelajaran.
Jika Jurulatih sendiri yang membuat buah jatuh maka hal
yang demikian akan memudahkan proses penurunan buah potong
dilakukan. Kalau diharapkan pasangan pesilat membuat jatuhan,
pada kebiasaannya amat sukar. Hal yang demikian terjadi kerana
pesilat tersebut akan gopoh untuk membuat potong. Oleh itu
pasangannya tidak mungkin membuat buah jatuh dengan tepat.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pelajaran potong tidak
dapat dipelajari dengan sempurna.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
177
Sebaliknya jika Jurulatih yang membuat buah jatuh, biasanya
dalam lima kali tumbukan, empat kali Jurulatih berkenaan dapat
membuat buah jatuhan dengan sempurna. Dengan itu dapatlah
pesilat juga membuat potong dengan lebih sempurna.
Setelah semua pesilat dapat membuat buah potong
berdasarkan tumbukan Jurulatih maka barulah mereka dibenarkan
berpecah berdasarkan latihan mengikut pasangan. Jurulatih akan
terus beredar dari satu pasangan kepada pasangan yang lain bagi
membuat pemeriksaan. Mana-mana pesilat yang tidak dapat
membuat gerak dengan mantap maka berilah teguran dengan ikhlas
dalam konteks membangunkan kebolehan mereka. Jangan baran-
baran. Tulisan seterusnya akan menyentuh pelajaran potong untuk
rujukan bersama.
BUAH POTONG PERTAMA
Biasanya ketika pelajaran buah potong Pertama ingin
disampaikan dalam kalangan penuntut, kita berkehendakkan mereka
supaya mengeraskan tangan ketika menumbuk. Mungkin timbul
persoalan tentang hal yang berkaitan dengan keras mengeras
tersebut.
Saya berpendapat, perbuatan tersebut adalah perlu. Selama
ini pesilat yang menunggu, diarah supaya dapat membuat buah jatuh
dengan sempurna. Tumpuan pelajaran adalah pada pesilat yang
menunggu. Sebaliknya, dalam pelajaran potong, keupayaan pesilat
membuat buah jatuh perlu dikurangkan oleh pesilat yang menumbuk.
Pesilat yang menumbuk tidak lagi membiarkan dirinya „dijatuhkan‟
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
178
dalam pelajaran potong. Maka saya berpendapat satu kaedah
pernyataan perlu dibuat untuk menegaskan betapa jangan
memudahkan pasangan silat membuat jatuhan. Caranya adalah
mengeraskan tangan pesilat yang membuat tumbukan. Maknanya,
pesilat yang menumbuk tidak memberi ruang kepada pasangannya
dengan mudah membuat buah jatuh.
Konsep mengeraskan tumbukan tangan dalam konteks
pelajaran potong menekankan dua perkara penting. Pertamanya,
pesilat yang menunggu mesti sedaya upaya membuat buah jatuh
dalam apa keadaan sekali pun. Sama ada penumbuk yang datang
ringan atau berat, pesilat tidak boleh jadikan sebarang alasan atas
kelemahannya dalam proses membuat jatuhan. Manakala pesilat
yang menumbuk perlu mempastikan pasangannya tidak mudah
membuat jatuhan. Malah pesilat itu sendiri akan mempastikan
jatuhan yang akan dibuat oleh pasangannya tetap tidak menjadi
ketika dia membuat tumbukan untuk memotong. Jika suasana itu
terjadi maka barulah ada makna dan kaitannya dengan konsep keras
tangan ketika penumbuk. Maka pembelajaran potong akan menjadi
hebat. Hebat pembelajaran bermakna hebatlah para penuntut Silat
Cekak yang akan tamat nanti.
Memotong buah Pertama memerlukan tumpuan sepenuhnya
pada gerak pasangan. Tatkala menghulurkan penumbuk, perhatikan
gerak pasangan secara keseluruhan. Ada kalanya buah pesilat tidak
menjadi kerana gagal menampar Kaedah A pada tangan Jurulatih.
Namun begitu peranan Jurulatih tetap „membunuh‟ gerak pesilat
berkenaan. Kalau tidak ada pukulan yang boleh dipotongkan maka
Jurulatih berkenaan akan mengenakan satu gerak tindakan pada
pesilat. Saya terangkan kepada mereka betapa membuat buah
potong perlu yakin dan jangan silap. Kesilapan mungkin berlaku
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
179
ketika memotong pukulan pasangan. Namun begitu langkah spring
amat berguna bagi menjaga keselamatan. Maka secara langsung,
para penuntut akan benar-benar memberi tumpuan bagi membuat
buah potong dengan sepenuh hati.
Apabila pesilat menghantar penumbuk, tamparan Kaedah A
oleh pasangannya telah memberi isyarat pada pesilat tentang bakal
pukulan yang akan tiba di rusuknya. Perhatikan kedatangan pukulan
tersebut supaya pesilat tidak terpotong angin. Maknanya ialah pesilat
jangan cepat sangat nak potong. Terangkan juga prinsip berkenaan
kepada pesilat. Jangan gopoh.
Memotong dengan menggunakan Kaedah A adalah
bersepadu dengan pergerakan kaki dan tangan yang mesti serentak
dalam satu proses gerak yang berterusan. Fahami betul-betul konsep
serentak dalam proses wujud beberapa gerak dalamnya. Konsep
serentak tersebut adalah berdasarkan pandangan mata kepala.
Namun begitu dalam proses gerak-gerak berkenaan masih terdapat
susunan berdasarkan gerak yang sukar dikesan dengan mata kepala.
Ketika memotong, pastikan kaki kanan tidak berundur atau
ditarik ke belakang. Manakala kaki kiri mesti terus masuk habis di
bahagian pelipat tanpa bermalam di mana-mana. Sama seperti
Kidung Kiri. Jika proses itu telah menjadi maka pada asasnya kita
dikira telah „selamat‟.
Dalam proses gerak menampar A yang berterusan, maka kita
tersangat perlu membuat tetakan pada tangan kanan pasangan
ketika kaki kiri kita telah stabil masuk di belakang pelipat. Bila tampar
sahaja Kaedah A, dengan sekelip mata tangan kanan kita membuat
tetakan dan diikuti perbuatan memegang hujung tangan kanan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
180
pasangan. Tangan kiri kita berlambang gerak D bagi kita membuat
jatuhan.
Maka lakukanlah jatuhan seperti mana buah-buah jatuh yang
bersamaan dengannya. Perlu ditegaskan, apabila jatuh maka
iringkan dengan satu pukulan secara tetakan. Pastinya di bahagian
tengkok. Namun begitu, perbuatan menetak di bahagian tengkok
amat bahaya kepada para pesilat. Lebih-lebih lagi pada mereka yang
masih menuntut di bangku persekolahan. Buatlah tetakan atau
tamparan di bahagian bawah tengkok dengan memberi alasan yang
jelas pada para penuntut.
Apabila kita membuat pukulan, buatlah pukulan dengan betul.
Jangan main acah-acah. Perbuatan itu akan menjadi kebiasaan jika
kita ulang-ulangkan. Perbuatan mengacah adalah tidak sesuai dan
tidak memberi manfaat jika kita ingin memupuk kehebatan kita dalam
dunia persilatan.
Ketika pelajaran potong, sepatutnya para Jurulatih telah
mengetahui tentang kebolehan pada setiap penuntut. Mana satu
penuntut yang kasar dan mana satu penuntut yang lembut. Oleh itu,
sesuaikan hantaran penumbuk Jurulatih dengan kebolehan mereka.
Hal yang demikian bagi mempastikan semua pesilat boleh membuat
buah bagi memudahkan pelajaran potong. Para pesilat lain dapat
memerhati cara-cara buah potong itu dilakukan.
Pembelajaran secara pemerhatian adalah asas pada para
pesilat untuk menguasai pelajaran Silat Cekak seterusnya. Bagi
mempastikan para pesilat boleh melakukan potong seperti mana
yang Jurulatih lakukan maka para Jurulatih sendiri perlu sangat
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
181
membuat buah jatuh. Itulah yang saya lakukan ketika menjadi
Jurulatih mengendalikan kelas latihan.
POTONG GAYUNG PATANI
Membincangkan atau menerangkan kaedah Potong dalam
tulisan seterusnya tidak banyak mendatangkan masalah. Buah-buah
penyambung setelah berjaya potong, adalah berdasarkan buah-buah
jatuh yang ada dalam pelajaran kita. Kesemua buah jatuh berkenaan
telah saya terangkan dalam tulisan terdahulu.
Dalam tulisan ini, saya lebih menumpukan kaedah potong
sahaja dan proses menyambung buah berdasarkan buah jatuh.
Berlatihlah secara tenang dan jangan gopoh.
Potong Gayung Patani adalah menggunakan kaedah
merentap tangan ke bawah. Seiring dengan itu, kaki kiri akan spring
ke hadapan dan masuk ke pelipat. Tangan kiri berperanan dengan
menggunakan Kaedah D pada tangan kanan yang direntap.
Kedudukan tangan adalah di aras bahagian badan. Jika pergerakan
itu dapat dilakukan maka kedudukan pesilat itu adalah sama dengan
buah Kuntau Kiri. Buatlah jatuhan seperti mana buah Kuntau Kiri
tersebut.
Cuba kita ingat kembali tentang situasi Gayung Patani.
Falsafah buah Gayung Patani ialah menunggu gerak. Pesilat yang
mengambil Gayung Patani hanya akan bertindak berdasarkan gerak
pasangannya. Manakala falsafah potong ialah mematikan sentuhan
dalam masa pasangan kita membuat buah atau membuat gerakan.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
182
Kalau dua-dua pasangan silat berkenaan masing-masing asyik
menunggu gerak maka sampai ke pagi pun kedua-duanya
berkeadaan sama.
Biasanya, apabila pasangan yang mengambil buah itu
menunggu gerak pesilat maka di situlah kita akan dapat saksikan
gerak bermalam dalam kalangan kedua-dua pasangan silat
berkenaan. Pasangan yang mengambil buah jatuhan akan
menunggu, manakala pasangan yang menumbuk akan mengambil
masa untuk memotong buah. Lebih memburukkan keadaan, apabila
pasangan silat akan mengeraskan tangan tanpa bertindak apa-apa.
Hal yang demikian akan menyukarkan pesilat untuk membuat
buah potong. Pelajaran tak menjadi dan mungkin akan hilang
keyakinan diri. Memotong tangan kanan pasangan sahaja, pasti akan
membebankan kerana tangan pasangan yang „berat‟. Macam-
macamlah alasan yang diberi. “Badan besar tapi isi kurang.” Dan
macam-macam lagi. Sakitnya hati.
Situasi bergaduh mana ada tunggu-tunggu. Ketika pesilat
membuat tumbukan, pasangan yang mengambil Gayung Petani pasti
bersedia dengan pemakan atau membuat jatuhan setelah Kaedah
didahulukan. Ada tiga pecahan buah yang boleh dilakukan. Pecahan
ketiga tidak mungkin berlaku kerana penumbuknya ahli Silat Cekak.
Pesilat Silat Cekak tidak akan membuat sepakan. Ketika membuat
gerak jatuhan pada tiga pecahan pilihan, masa itulah pesilat
membuat gerak potong. Maka ternampaklah pelajaran potong dalam
pembelajaran. Namapun belajar. Bukannya bergaduh.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
183
POTONG SENDENG ATAS
Ketika pelajaran ini diturunkan, kelas-kelas yang dipimpin oleh
Jurulatih yang tidak tetap pendirian dari segi konsep dan prinsip
pukulan sebagai satu bentuk „pemakan‟ akan menghadapi persoalan.
Kalau dulunya semasa pelajaran asas dan jatuhan, pukulan disuruh
berbatu dari dagu maka sekarang, ketika pelajaran potong, disuruh
pula pukulan berada di bawah dagu.
Sikit punya haru. Arahan membuat pukulan yang tidak
menentu. Penuntut silat termangu-mangu. Sikap Jurulatih yang suka
hati, pukulan sebenar telah lari. Ketika potong baru pukulan dicari
dan diamali. Macam cari bini yang cabut lari. Baru sedar kefahaman
diri. Selama ini tak sedar diri. Masa pelajaran potong baru penuntut
diterangkan pelajaran hakiki. Aspek pukulan baru diajari. Baru puas
hati. Umpama berwirid haji.
Pada kelas-kelas yang tetap menganjurkan pukulan di bawah
dagu sejak buah asas dan jatuh, pelajaran potong tidak
mendatangkan masalah. Proses dan kesinambungan buah adalah
berterusan. Para penuntut tidak perlu mempelajari dua kemahiran
dalam satu pelajaran pada hari latihan. Kemahiran itu ialah
kemahiran membuat pukulan di bawah dagu dan kemahiran
memotong pukulan di bawah dagu tersebut.
Pada pendapat saya, penekanan pada penggunaan pukulan
buah Sendeng Atas yang berbeza sewaktu pelajaran asas atau jatuh
dengan pelajaran potong, tentunya akan merugikan penuntut silat.
Masa pelajaran asas, bentuk pukulan adalah lain dan masa pelajaran
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
184
potong pukulannya juga lain. Hal yang demikian akan mengganggu
tumpuan pesilat pada pelajaran.
Ketika mempelajari buah potong, pesilat diperkenalkan
dengan cara pukulan baru. Pukulan di bawah dagu dan bukannya
pukulan yang jauh berbatu-batu. Maka terpaksalah mereka berlatih
pukulan di bawah dagu, ketika pelajaran baru tentang cara potong
diperkenalkan. Pada hal, kemahiran pukulan di bawah dagu
sepatutnya telah dipupuk sejak zaman asas lagi.
Tentunya semasa pelajaran potong, kemahiran tersebut telah
mantap dan kemas. Kelainan pelajaran pukulan tersebut pastinya
telah menimbulkan persoalan dalam kalangan para penuntut. Walau
apa pun alasannya, saya berharap jangan ada terkeluar istilah „tipu‟
dalam pemikiran mereka.
Berdasarkan pelajaran, memotong buah Sendeng Atas agak
sukar berbanding dengan jatuhannya. Sekali lagi gerak berani dan
yakin perlu ada dalam kalangan penuntut. Jangan lupa aspek
kekemasan, ketangkasan dan ketepatan. Jangan sesekali bersifat
gopoh dengan pelakuan hendak potong sahaja tanpa ada sifat
awasan pada keselamatan diri.
Pesilat yang memotong akan memintas pukulan dengan
menggunakan kaedah D pada tangan kiri. Ketika itu juga tangan
kanan pasangan akan ditolak ke depan, serentak dengan langkahan
kaki kiri yang terus menuju ke bahagian pelipat. Jangan lupa
pasakan. Perbuatan itu sangat memberi makna. Penerangan jelas
telah diterangkan semasa saya membincangkan jatuhan Hempuk.
Ingat sifat jantan. Perbuatan pasak kita punya. Jangan lupa. Maka
jadilah buah Hempuk. Lambang sifat jantan.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
185
Pada pandangan saya, membuat buah Hempok berdasarkan
potong, adalah tidak semudah membuat buat Hempuk dalam
pelajaran jatuh. Hal yang demikian akan memungkinkan tiga keadaan
yang perlu diberi keutamaan oleh para Jurulatih terutamanya apabila
pesilat gagal menguasai aspek ketangkasan dan pemberatan badan.
a. Potong Hempuk ketika potong akan mengambil masa yang lebih
panjang dalam konteks saat dan ketika, berbanding dengan buah
Hempok dalam pelajaran jatuhan.
b. Dalam proses memotong, kaki yang cuba diambil oleh tangan
kanan ketika membuat buah Hempuk berkemungkinan tersangkut
pada kaki kanan pesilat.
c. Tangan yang ditolak dengan Kaedah D, berkemungkinan juga
tersangkut pada leher pesilat.
Berdasarkan pengalaman, hal-hal yang disebut ada kaitan
dengan faktor pemberatan badan yang tidak seimbang di kaki kiri dan
kaki kanan. Pesilat lebih banyak memberatkan badan pada kaki
kanan. Sifat gopoh menguasai pesilat. Oleh itu, Jurulatih perlu sensitif
dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku tersebut
ketika pesilat membuat potong. Bantulah pesilat-pesilat yang
menghadapi masalah. Tunjuk dan pandu para pesilat dengan gerak
potong yang sebenarnya, berdasarkan sukatan pelajaran buah
potong. Jangan diubah-ubah atau ditambah-tambah.
Walau bagaimanapun, kalau berdasarkan kelas kemahiran,
masalah yang wujud berdasarkan tiga keadaan di atas tidak akan
menjadi masalah besar. Silat Cekak mempunyai kaedah yang dapat
kita diaplikasikan bagi mengatasi kemungkinan-kemungkinan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
186
tersebut. Para penuntut akan bertindak berdasarkan tindak balas
pasangannya. Namun begitu, dalam pelajaran potong, kita perlu
mengikut sukatan pelajaran. Kaedah jatuhan Hempok berdasarkan
pelajaran potong adalah perlu dipatuhi. Jangan diubah-ubah atau
cuba-cuba membuat penyesuaian sendiri. “Kalau dah mahir, tangan
yang memegang stering, boleh diganti dengan kaki”. Begitulah
hebatnya Pusaka Hanafi.
POTONG KILAS BELAKANG / ALI PATAH
ATAS / ALI PATAH SUDAH
Dalam penulisan tajuk ini, saya kumpulkan tiga kaedah
potong buah jatuh dalam satu ulasan. Pergerakannya hampir sama.
Sambungan buah setelah dipotong pun adalah sama. Geraknya
seiras dengan potong Pertama. Namun begitu, memotong Kaedah A
pada buah Pertama dikira agak mudah berbanding dengan potong
Kaedah A pada buah-buah yang dinyatakan di atas. Aras potong
buah Pertama adalah di pinggang, berbanding dengan buah-buah di
atas pada aras leher. Dari segi saat dan ketika, memotong kaedah A
buah Pertama lebih cepat kerana jaraknya lebih dekat.
Sekali lagi pada kelas-kelas yang tidak tetap pendirian
tentang konsep dan prinsip pukulan, akan menghadapi masalah
ketika mengajar buah-buah potong berkenaan. „Nak potong apa
kalau barangnya tiada‟. Maka terpaksalah para penuntut diajar
dengan pukulan sebenar yang telah ditiadakan semasa pelajaran
asas atau jatuh.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
187
Hal yang demikian terjadi kerana ketika pelajaran asas atau
jatuh, pukulan tidak langsung diambil berat. Jurulatih jenis tersebut
telah rela menafikan kepentingan pukulan dalam Silat Cekak. Buat
pandai sendiri dan reka sendiri kerana sepanjang saya berada di
pusat, keadaan tersebut tidak pernah berlaku. Pukulan masih tetap
diberatkan. Ketika saya berada di cawangan, baru terdengar betapa
pukulan pada buah-buah berkenaan telah ditiadakan.
Peliknya, apabila masuk pelajaran potong yang memerlukan
potong pada pukulan, maka barulah bentuk pukulan diperkenalkan
kepada para pesilat. Maknanya, pukulan pada buah-buah berkenaan
tetap ada tapi telah disembunyikan. Itulah agaknya yang dikatakan
menyembunyikan pelajaran Silat Cekak. Saya rasa perbuatan
tersebut berupa pengkhianatan pada para pesilat dan amat
merugikan mereka dari segi masa dan kemahiran untuk menguasai
pukulan yang saya anggap sebagai satu lambang atau sifat Silat
Cekak. Sifat jantan adalah terletak pada anunya. Sifat Silat Cekak
adalah juga terletak pada pukulannya. Hilang anu maka hilanglah
kehebatan jantan. Hilang pukulan maka hilang juga kehebatan Silat
Cekak.
Pada kelas yang tidak mementingkan pukulan, ketika potong
barulah pukulan pada tengkok diperkenalkan. Buat kerja berulang
kali. Kita buat bandingan dengan contoh yang lebih mudah. Malas
nak payah-payah. Kalau dibandingkan laki dan bini, kaedah itu
adalah laki dan pukulan itu adalah bini. Sebab bini yang selalu
„dipukul‟. Pelajaran mereka hanya berlaki tapi tak ada bini.
Pentingkan kaedah tapi tak ada tempat pukulan. Macam lelaki
Bangladesh yang datang tanpa bini. Masa potong baru dicari
pasangan laki iaitu bini. Bila baru dapat bini maka dilatihlah
menggunakan bini berkali-kali. Hilang fokus untuk memintas bini
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
188
berkenaan. Baru tahu guna bini. Maka diguna berkali-kali. Agaknya
kiasan saya tersebut mungkin boleh dipakai pada mereka yang tak
reti-reti.
Seperti yang dinyatakan, pada kelas-kelas latihan yang
mementingkan pukulan, memotong buah Kilas Belakang tidak akan
mendatangkan masalah. Perbuatan pukulan pada leher
sememangnya telah ada. Maka kesinambungan pelajaran dapat
dijalankan secara berterusan dalam satu proses. Jurulatih tak perlu
lagi memperkenalkan pukulan. Hal yang demikian adalah tersangat
penting kerana dapat menyuburkan kebolehan penuntut dalam satu
proses yang berterusan. Berdasarkan adat belajar, para penuntut
kelas berkenaan akan menjadi hebat yang tetap berkekalan.
Mempelajari pelajaran potong Kilas Belakang tidak akan
mendatangkan masalah kepada penuntut. Kaedah A dapat
digunakan untuk membuat potong. Cuma para penuntut perlu ubah
suai Kaedah A supaya menepis ke atas sedikit daripada bahagian
dada. Pastinya kesampaian potong A pada tangan kanan pasangan
agak lewat sedikit dalam kiraan ketika, berbanding dengan buah
Pertama. Namun begitu pelajaran potong buah Pertama boleh
dijadikan panduan untuk merapatkan diri dengan pasangan.
Setelah pukulan tangan kanan pasangan dapat dipintas maka
bermulalah pelajaran potong. Pergerakan tangan kiri dan kaki kiri
pesilat adalah serentak pada kaca mata kita. Tetakan tangan kanan
pesilat pada tangan kiri pasangan adalah perlu dibuat secara pantas
dan berterusan. Dalam proses yang berterusan, tangan kanan pesilat
akan memegang hujung tangan kanan pasangan. Ketika itu, corak
pembelajaran dapat dikaitkan dengan bentuk dan ragam buah jatuh
Kidung Kiri. Gunakan pengetahuan tentang buah jatuhan Kidung Kiri
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
189
bagi maksud sambungan potong Kilas Belakang, Ali Patah Atas dan
Ali Patah Sudah.
Selalu ingatkan para penuntut. Jangan lupa perbuatan
pukulan di lengan kanan pasangan setelah memotong pukulan
pasangan. Latih diri dengan tepat, kemas dan pantas antara tetakan
dengan pegangan tangan kanan pasangan kita. Ulangkan berkali-kali
bagi mempastikan gerak ketika dapat kita kuasai. Ulangkan sehingga
Jurulatih berpuas hati akan kepantasan dan kekemasan yang
ditunjukkan.
Kemudian barulah jatuhan seperti mana Kidung Kiri boleh
dilakukan pada tempat yang sama. Jangan diubah-ubah kedudukan
kita. Jangan lupa pada tangan yang kita pulas untuk diletakkan di
atas peha kanan kita. Setelah dipulas maka pusingkan semula
seperti sedia kala. Banyak gunanya. Masa pelajaran kemahiran pasti
akan ditunjuk dan diguna. Selamat mencuba.
POTONG KILAS DEPAN
Ada yang inginkan penjelasan lebih lanjut tentang
pengumpulan buah potong seperti yang disiarkan alam tulisan lalu.
Sebenarnya tidak perlu bagi saya membuat banyak ulasan kerana
tidak banyak perkara yang boleh saya jelaskan. Saya cuba membuat
kupasan tentang buah-buah potong yang ada dalam senarai
pembelajaran berdasarkan bentuk potong yang hampir-hampir sama.
Sifat potong buah Pertama adalah tidak sama dengan potong Kilas
Belakang walaupun menggunakan kaedah yang sama. Apa tah lagi
sifat potong Kilas Depan yang jauh berbeza dengan Kilas Belakang
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
190
walaupun menggunakan kaedah A yang hampir sama semasa
potong.
Perbezaan sifat dan bentuk potong pada buah-buah
berkenaan adalah dirujuk pada jarak, saat dan ketika membuat
potong, penyudah yang berlainan dan sifat yang perlu ada pada
pesilat ketika membuat gerak potong. Lain buah maka lain sifat dan
bentuk potongnya kecuali buah-buah yang saya kumpulkan dalam
satu ulasan. Walau bagaimanapun, kalau pesilat tersebut lelaki maka
sifat buahnya adalah hampir-hampir sama dalam kalangan mereka.
Berdasarkan pemerhatian, biasanya ketika mengajar buah Kilas
Depan, para Jurulatih akan sebuk mengingatkan para pesilat supaya
mengeraskan tangan ketika menumbuk. Peringatan mereka itu
mungkin ada logiknya. Melakukan gerak potong pada buah Kilas
Depan memerlukan sedikit tenaga. Kebolehan pasangan untuk
membuat buah jatuh Kilas Depan perlu „disusah dan dilambatkan‟.
Mengeraskan tangan adalah salah satu cara atau kaedah yang
sesuai bagi mencapai hasrat tersebut.
Namun begitu, saya berpendapat permintaan mereka tersebut
ada kaitan dengan strategi pengajaran mereka sendiri. Kalau
mengeras tangan ketika buah Pertama, tentu akan mendatangkan
masalah pada pasangan silat untuk membuat buah jatuh. Kalau tidak
jadi buah jatuh maka mana mungkin boleh buat buah potong.
Tentunya proses mempelajari buah potong akan terganggu. Namun
begitu hal yang demikian tidak mendatangkan masalah pada kelas
saya. Di kelas-kelas yang saya awasi, para Jurulatih sendiri yang
akan membuat buah jatuh. Oleh itu, sejak buah pertama lagi para
pesilat dianjurkan supaya mengeraskan tangan ketika membuat
tumbukan. Sebagai Jurulatih maka tidak ada sebab mengapa mereka
gagal membuat buah jatuh walaupun tumbukan pesilat umpama batu.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
191
Walau apapun alasan, yang pastinya setelah empat buah
jatuh berjaya ditunjukkan gerak potong, maka penumbuk pesilat
untuk memotong buah Kilas Depan adalah wajar dikeraskan tangan.
Tidak ada lagi sifat tolak ansur tentang soal-soal keras. Maka
bermula dari Kilas Depan, semua tumbukan pesilat akan terus
dilakukan secara mengeraskan tangan. Hanya tangan sahaja. Benda
lain tak payah nak keras-keraskan. Perbuatan memotong buah Kilas
Depan ada sedikit payah. Lebih-lebih lagi jika pesilat ingin memotong
Kaedah dan pasangannya terhenti gerak setakat Kaedah C sahaja.
Secara semula jadi tangan kanan yang menepis tangan kanan pesilat
akan menjadi keras. Bukannya dibuat-buat. Jika hal yang demikian
berlaku maka pesilat yang menumbuk akan menghadapi kesukaran
untuk membuat potong dengan sempurna. Lebih-lebih lagi jika pesilat
itu teragak-agak dan tidak membuat potong secara „tegas‟ dan
secara yakin.
Kalau memotong A secara gerak ke atas pada buah Kilas
Belakang maka potong A pada Kilas Depan adalah secara agak
membawah. Rupa-rupanya hal-hal bawah adalah lebih susah
berbanding dengan atas. Mesti bekerja keras dan mesti juga keras.
Berdasarkan prinsip itu, nampaknya, memotong Kaedah A di bawah
lebih susah, berbanding dengan potong A di bahagian atas. Tapi nak
buat macam mana. Kandungan pelajaran potong perlu diturutkan.
Pelajaran, tetap pelajaran. Boleh atau tak boleh buat maka perlu juga
dibolehkan buat.
Kepayahan kedua yang berlaku ialah ketika kaki kiri pesilat
melangkah masuk ke belakang pelipat kaki kanan pasangan.
Jaraknya jauh dan mengambil masa untuk berbuat demikian. Hal
yang demikian berlaku kerana langkah kaki buah Kilas Depan adalah
pada kaki kiri. Kaki kanan tinggal di belakang. Sifat Kilas Depan, kaki
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
192
belakang pulak yang dijadikan tumpuan. Kesusahan yang lebih tentu
dirasai oleh mereka yang mempunyai kaki yang kurang panjang.
Kerana pelajaran, perbuatan memotong sedemikian rupa perlu dibuat
juga. Tidak ada tolak ansur kecuali pada mereka yang uzur atau
golongan OKU.
Walau bagaimanapun, kaedah mengeraskan tangan ketika
membuat tumbukan akan dapat mengurangkan kesusahan untuk
membuat potong Kilas Depan. Di samping kekerapan latihan, dengan
iringan latihan yang bersungguh dan penuh keyakinan maka masalah
yang ada pasti dapat dikurangkan. Ramai juga yang bertanya-tanya
jika ada cara lain bagi memudahkan pembelajaran potong Kilas
Depan. Semua persoalan memang ada jawapannya dalam Silat
Cekak. Ketika pelajaran kemahiran, persoalan tersebut mudah
dilayan. Sabar dan beri pengharapan. Keyakinan penuntut perlu
dibangunkan sentiasa. Maka saya selalu beri jaminan betapa
pelajaran kemahiran tetap ada. Janji tetap ditunaikan. Sabar dan
tabah sentiasa. Sekian setakat ini.
POTONG KIDUNG KIRI
Buah Kidung Kiri mempunyai sifat yang menunjukkan
pergerakannya begitu rapat dengan badan kita. Tangan kanan
pasangan yang menetak lengan pesilat yang membuat tumbukan,
boleh dianggap pergerakan yang bahaya dan boleh memudaratkan
pesilat. Kaki pesilat boleh menjadi lemah dan memberi impak yang
tidak begitu baik. Tindakan segera bagi menghalang pukulan yang
sedemikian perlu dilakukan segera. Malah, jadikan prinsip bagi kita.
Apabila pasangan berada begitu rapat dengan kita maka perlulah
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
193
bertindak segera tanpa membuang masa bagi mempastikan tidak
ada pukulan yang mengena di badan kita.
Sebelum pelajaran Kidung Kiri, kita telah diperkenalkan
dengan lima pelajaran buah potong. Corak potong yang diajar pada
kita tersebut mempunyai persamaan yang besar walaupun ada sikit-
sikit perbezaan. Rata-rata kesemua buah berkenaan memerlukan
gerak melangkah ke depan. Tangan Kiri memainkan peranan untuk
mematikan gerak pukulan pasangan, kecuali Gayung Patani. Pada
buah tersebut, tangan kiri pesilat berperanan sebagai penyambung
gerakan, menggunakan Kaedah D bagi membuat buah jatuhan.
Nampaknya, masuk buah keenam, pelajaran Silat Cekak mula
menunjukkan kelainan. Peranan kaki jelas sangat bezanya. Tidak
banyak pergerakan kaki. Konsep spring iaitu langkah setapak ke
depan tidak lagi berperanan utama. Prinsip langkahan kaki mula
berubah. Kali ini kita tidak perlu melangkah setapak.
Mungkin perbuatan melangkah satu tapak ke depan akan
melambatkan tindakan pesilat untuk membuat tindak balas. Gerak
tindak balas tersebut adalah dalam kiraan saat dan ketika dalam
konteks pasangan begitu rapat dengan badan pesilat. Nampaknya
hal yang berkaitan dengan rapat-rapat, jangan buang masa. Rapat
saja, maknanya kena. Kita pun dah biasa. Apa yang „kena‟ maka
perlu tengok bentuk rapatnya. Langkahan memungkinkan kita
„mengambil masa‟. Tanpa perlu membuang masa dalam konsep saat
dan ketika maka perlulah pesilat yang menumbuk bertindak tanpa
perlu langkah spring.
Memotong Buah Kidung Kiri adalah pada tangan kiri
pasangan yang menampar A pada siku pesilat. Ketika pasangan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
194
ingin menetak lengan pesilat yang menumbuk maka pada ketika
itulah potong tangan kirinya perlu dibuat segera. Kalau terkena
tetakan baru dibuat potong maka gerak yang sedemikian dikira tak
tepat kerana tidak memberi makna. Kepantasan memotong Kidung
Kiri perlu dibuat sebelum pasangan membuat tetakan. Walaupun
gerak potong pada tangan kiri pasangan berjaya dilakukan, namun
begitu awasi juga tangan kanan pasangan kita. Tangan pesilat yang
menumbuk perlu diberi tugas untuk membuat pengawasan pada
tangan yang bakal membuat tetakan.
Memotong tangan kiri pasangan pada buah Kidung Kiri,
memerlukan teknik yang betul, kemas, tepat dan pantas. Di sinilah
satu kemahiran memintas tangan atau menyisip tangan pasangan
yang membuat gerak kaedah tersebut patut ada pada para penuntut
Silat Cekak. Ajari penuntut silat kita tentang kemahiran itu.
Biasanya, tangan kiri pasangan yang menampar Kaedah A
akan mencengkam lengan pesilat. Dengan pantas dalam kiraan
ketika, apabila membuat jatuhan Kidung Kiri, perhatikan cengkaman
tersebut. Pada peringkat awal, keseluruhan tapak tangan pasangan
termasuk kesemua jari digunakan untuk memegang atau
mencengkam lengan pesilat. Bila buah Kidung Kiri menjadi,
jengkaman jari adalah tidak sepenuhnya. Jari ibu dan telunjuk jari
sahaja yang masih berfungsi dengan jelas. Namun begitu jari hantu
juga masih memainkan peranan untuk membantu pasangan
membuat cengkaman.
Di sinilah lahirnya satu pertua untuk memintas atau menyisip
gerak kaedah yang digunakan. Gerakkan pergerakan yang dipotong
pada jari yang kurang. Gerakan tersebut adalah pada pergerakan
anak-anak jari dan bukannya pergerakan ke arah ibu jari. Petua
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
195
gerak ini juga amat bermakna ketika kita mempelajari buah-buah
enam tolak enam. Kalau tak faham maka eloklah tak faham. Petua
adalah benda rahsia.
Ketika memotong atau menyisip tangan kiri pasangan, siku
pesilat perlu memainkan peranan. Muka pasangan dijadikan sasaran.
Prosesnya berterusan tanpa bermalam di mana-mana gerakan.
Namun begitu, peranan siku pesilat tersebut adalah secara acahan.
Jika buat betul-betul pasti akan menyebabkan kecederaan.
Bahagian depan tangan pesilat, jangan lupa jadikan awasan
pada pukulan pasangan. Jangan biarkan tangan kanan pasangan
membuat tetakan. Pastikan gerak tetakan pasangan telah „dimatikan.‟
Jika gerak yang demikian dapat „dijadikan‟ maka kita akan berada
dalam zon yang selamat. Sebabnya, kalau dah rapat-rapat, bukan
mudah nak selamat. Pasanganlah korban utama. Silap-silap, hanyut
dibuatnya. Puas seketika.
Setelah sisipan berjaya dilakukan maka mulalah gerak
sapuan pada kaki kiri pasangan. Tumit kaki kanan pesilat boleh
digunakan. Baru berguna tumit kaki. Ketika inilah elakkan hujung kaki
berperanan membuat „sapuan‟. Menongkah arus. Tak tahu
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malas nak komen. Namun
begitu, dalam proses yang berterusan, siku tangan kiri pesilat
disendal atau dialaskan pada lutut kiri pesilat . Berilah satu pukulan
siku di badan pasangan.
Cukup setakat itu. Jangan ditambah-tambah lagi pukulan.
Ketika itu nampak sangat kaki kita berkuda-kuda. Bolehkah kita
berkuda-kuda? Jawab sendiri.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
196
POTONG KUNTAU JATUH
Setelah para penuntut silat mempelajari buah-buah potong
sehingga buah Kidung Kiri, mereka sebenarnya telah diperkenalkan
dengan dua bentuk gerak potong. Satu bentuk potong adalah
menggunakan spring manakala satu lagi gerak potong adalah tidak
melangkah atau tidak menggunakan spring. Secara langsung, para
penuntut Silat Cekak disedarkan bahawa terdapatnya kepelbagaian
dalam gerak potong dalam Silat Cekak.
Saya berpendapat, kesedaran tersebut sengaja diadakan
dalam kalangan penuntut Silat Cekak kerana buah berikutnya iaitu
Kuntau Jatuh adalah menggunakan kaedah gerak potong yang
menggunakan prinsip spring dan tidak spring. Alangkah cantik dan
indahnya susunan buah yang ada dalam Silat Cekak. Setiap sesuatu
gerak yang Ustaz rancangkan, nampaknya mempunyai sebab-sebab
yang tertentu dan amat bermakna. Malang sekali apabila wujudnya
manusia yang suka mengubah-ubah sesuatu yang telah ditetapkan
oleh Ustaz. Kurang cerdiknya.
Seperti yang saya katakan, pelajaran potong Kuntau Jatuh
berdasarkan pelajaran yang saya terima, mempunyai kandungan
pelajaran yang memasukkan kedua-dua kaedah potong. Satu kaedah
potong ialah gerak melangkah dan satu lagi potong ialah
menggunakan kaedah tidak melangkah. Buah Kidung Kiri merupakan
persiapan psikologi bagi para penuntut untuk menerima perubahan
dalam kaedah gerak potong dalam Silat Cekak.
Ketika saya belajar dulu, kedua-dua kaedah tersebut telah
diajar dan diperkenalkan dalam kalangan kami sebagai penuntut Silat
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
197
Cekak. Oleh itu, seperti yang saya nyatakan, apa yang saya terima
dari kelas yang saya belajar dulu maka akan saya kongsikan
bersama dengan para pembaca Silat Cekak sekalian. Nak pakai
maka pakai kalau tak nak pakai maka eloklah pakai. Kalau masih lagi
banggakan konsep Pusaka Hanafi, jangan banyak songehnya. Saya
telah kupas tentang keperluannya.
Kaedah potong yang bertama adalah menggunakan kaedah
merentap balik tangan kanan yang menepis. Dalam gerak kaedah ini,
pesilat bertindak dengan secepat kilat menyentap balik tangan kanan
pasangan yang menepis kaedah B. Dalam proses yang berterusan
itu gerak pesilat disertai dengan pergerakan kaki kiri pesilat yang
akan melangkah atau gerak sring ke belakang pelipat pasangan
menjadikan perbuatan gerak umpama jatuh Kuntau Kiri. Maka
buatlah jatuhan seperti yang selalu saya sarankan. Jangan lupa
konsep kejutan untuk membuat jatuhan.
Ketika belajar dulu, kami juga diperkenalkan dengan satu lagi
bentuk gerak potong pada buah Kuntau Jatuh. Berdasarkan kaedah
kedua ini, dalam proses pesilat membuat tumbukan serang, tangan
kanan yang menyentap diperlukan untuk membuat satu pukulan di
bahagian leher. Berbeza dengan potong pertama yang merentap
semata-mata. Dalam hal pukulan ini, terdapat dua bentuk pukulan
yang popular. Satu bentuk pukulan ialah menggunakan bahagian
bawah tangan yang terbuka, dihentak ke dagu pasangan pesilat.
Satu bentuk pukulan lagi ialah menggunakan „pukulan tahyat‟ di leher
pasangan.
Kaedah potong kedua ini tidak memerlukan gerak melangkah
atau gerak spring pada kaki kiri pesilat. Pesilat perlu menggunakan
kaki kanannya untuk berada seperti mana buah jatuh Kuntau Jatuh.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
198
Hal yang demikian itu adalah amat sesuai digunakan ketika kaki
kanan pasangan kita yang ingin membuat buah jatuh telah masuk
jauh pada pelipat kaki kanan pesilat. Maka tidaklah perlu lagi bagi
pesilat untuk melangkah kaki kanannya ke bahagian pelipat
pasangan, disebabkan pasangannya telah menyediakan kedudukan
gerak yang sedemikian.
Maka amat mudahlah tangan kanan pesilat yang berada di
bahagian dagu atau leher pasangan membuat tolakan bersepadu
dengan gerak kaki kanan pesilat. Pesilat mudah membuat jatuhan
setelah mengepit kaki kanan pasangan yang sedia ada di pelipat
pesilat. Jatuhan yang dilakukan umpama makan balik dengan buah
yang sama seperti mana yang dihajatkan oleh pasangan iaitu buah
Kuntau Jatuh.
Perbuatan potong gerak kedua tersebut amat sesuai
dilakukan ketika kaki kanan pesilat telah disekat oleh kaki kanan
pasangan untuk membuat jatuhan. Kalau cuba direntap juga sambil
pesilat melangkah, adatnya pesilat berkenaan akan jatuh dan gagal
untuk membuat gerak potong. Apa yang saya perhatikan, pesilat
tetap diarah untuk menyentap tangan pasangan dan melangkah kaki
kiri ke hadapan seperti kaedah potong yang pertama. Geraknya
menjadi gerak berpakat. Logiknya tidak ada. Pasangan silat
membiarkan sahaja dan memberi kerjasama sepenuhnya bagi
membolehkan pesilat membuat buah jatuh Kuntau Kiri.
Berdasarkan pengalaman, kaedah potong yang pertama
hanya sesuai jika kaki kanan pasangan tidak berada jauh dalam
pelipat kaki kanan pesilat yang membuat tumbukan. Ketika kaki
pasangan bergerak masuk ke belakang pelipat pesilat, ketika itulah
buah potong yang pertama boleh dilakukan dengan mudah.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
199
Sebaliknya jika kaki pasangan telah bertapak jauh di belakang pelipat
pesilat, memotong cara pertama adalah amat membahayakan
pesilat. Pergerakan pesilat tidak stabil dan tidak logik untuk spring
atau melangkah ke depan.
Rupa-rupanya kaedah „makan balik‟ buah Kuntau Jatuh
berdasarkan gerak potong yang kedua adalah menepati konsep yang
selalu dikaitkan dalam tulisan kita iaitu, “salah satu keistimewaan
Silat Cekak ialah sambil menyerang sambil Silat Cekak dapat
menangkap.” Kata-kata tersebut amat tepat dan dapat dihubungan
dengan buah Kuntau Jatuh. Namun begitu, falsafah itu hanya sesuai
pada mereka yang mengerti.
Saya difahamkan bahawa potong cara kedua tidak pernah
diajar lagi pada para penuntut Silat Cekak. Saya pun tak pasti sebab-
sebabnya. Walau bagaimanapun, di Cawangan saya pelajaran
berkenaan tetap diajar pada pesilat yang menuntut dari dulu hingga
sekarang. Seperti yang saya katakan, apa yang diajar pada saya
maka itulah pula yang saya ajar pada mereka yang ingin belajar dari
saya.
Dalam kaedah potong cara kedua, pasangan kita akan dikunci
dengan Kuntau Jatuh seperti mana hajat pasangan untuk mengambil
buah Kuntau Jatuh pada pesilat yang menumbuk. Niat „buruk‟ yang
dihajat maka niat itu yang musuh kita dapat balik. Niatnya untuk
mengalahkan pesilat dengan Kuntau Jatuh maka akhirnya dia sendiri
yang terkunci dengan Kuntau Jatuh. Konsep itu juga amat sesuai
dengan konsep ilmu Bisik Semak. Agaknya juga, mereka yang ada
kaedah potong cara kedua tentunya berada di makam yang tertinggi
berbanding dengan mereka yang memperoleh satu kaedah sahaja
untuk memotong kuntau Jatuh. Agakan sahaja.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
200
Dalam kuncian semula buah potong Kuntau Jatuh, bezakan
dengan buah jatuh Kuntau Jatuh. Dalam kaedah potong balik buah
Kuntau Jatuh, galakkan pasangan kita membuat tindak balas. Kalau
pasangan boleh tumbuk, biarkan dia buat tumbukan. Kalau pasangan
kita boleh sepak maka biarkan dia buat sepakan. Beri kebebasan
kepada pasangan kita membuat gerak tindak balas setelah dibuat
kuncian. Setiap gerak tersebut ada cara pemakannya. Perkara
penting ialah bagaimana kita sebagai pesilat yang membuat jatuhan
dalam kaedah gerak potong dapat makan balik dengan memberi
reaksi pada gerak pasangan kita. Semua gerak makan tumbukan
atau sepakan dari pasangan perlu dimatikan dengan satu tindak
balas yang tidak ada „belas kasihan.‟ Itu juga salah satu kesenian
Silat Cekak.
Cuma nampaknya ada juga dalam kalangan kita yang
bercelaru antara gerak jatuh dengan gerak potong berdasarkan
Kaedah B. Ramai yang membuat jatuhan buah kuntau Jatuh secara
merentap tangan sebelum tangan menolak dagu bagi menjatuhkan
pasangan. Dalam pelajaran yang saya terima, ketika membuat
jatuhan Kuntau Jatuh, pastikan pesilat tidak merentap tangan
pasangannya. Jika pesilat berbuat demikian, maka tegahkan
perbuatan tersebut dengan serius. Banyak rugi dari baiknya. Maka
itulah satu asuhan bagi mempastikan gerak kita adalah gerak serius
yang tidak boleh bertolak ansur. Latih diri kita bersifat demikian rupa.
Jika ada yang berniat jahat pada kita maka pulangkan balik niat jahat
itu kepada mereka. Aplikasikan dalam kehidupan kita. Insyaallah
akan menjadikan kita seorang pesilat Silat Cekak yang cekal, berani
dan bersifat yakin.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
201
POTONG KUNTAU KIRI / KUNTAU KIRI
GANTUNG / KUNTAU KANAN GANTUNG / ALI
PATAH SUDAH
Buah-buah Kuntau yang terkandung dalam sukatan pelajaran,
pada dasarnya mempunyai cara potong yang sama kecuali buah
Kuntau Jatuh. Kuntau Jatuh mempunyai dua kaedah potong
berdasarkan langkah atau tidak melangkah. Hal yang demikian juga
adalah bergantung sejauh mana kaki pasangan berada pada pelipat
pesilat.
Dalam tulisan ini kesemua buah-buah Kuntau selain Kuntau
Jatuh, saya rangkumkan bersekali dalam satu bentuk penerangan.
Cara potong buah-buah tersebut adalah hampir sama. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa bentuk perbezaan ketika pesilat
memotong buah. Perbezaan tersebut perlu difahami berdasarkan
prinsip yang berikut.
a) Cara pasangan silat menunggu mungkin berbeza antara
Kuntau Kiri dengan Kuntau Kanan. Pada buah Kuntau Kiri,
pasangan yang membuat buah akan mengereng, manakala
pada buah Kuntau Kanan Gantung, pasangan akan lebih
banyak berhadapan dengan pesilat.
b) Buah Kuntau Kiri dan Kuntau Kiri Gantung berkehendakkan
pasangan rapat ke badan pesilat sama ada dengan cara kaki
kiri melangkah di belakang pelipat atau meletakkan kaki kiri di
atas pelipat. Hal yang demikian berbeza dengan Kuntau Kanan
yang memerlukan pasangan meletakkan kaki kanan di
bahagian pelipat pesilat. Tiada „gerak masuk.‟
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
202
Walau bagaimanapun kedua-duanya buah itu berkehendakkan
pasangan silat berada di belakang pesilat. Buah Kuntau Kiri dan
Kuntau Kiri gantung lebih rapat kedudukan pasangan pada badan
pesilat, berbanding dengan buah Kuntau Kanan Gantung. Sifat buah-
buah berkenaan menunjukkan jarak yang berbeza antara pesilat dan
pasangannya. Jarak akan mempengaruhi gerak dalam kiraan saat
dan ketika.
Oleh itu perbuatan memotong buah Kuntau Kiri dan Kuntau Kiri
Gantung perlu dilakukan dengan lebih cepat dan tepat, bersepadu
dalam satu proses dengan langkah atau spring yang lebih mantap.
Tangan Kanan pasangan yang menunggu ketika membuat buah
adalah lebih bahaya berbanding dengan tangan kiri pasangan yang
membuat Kaedah D. Hal yang demikian menyebabkan tangan kanan
pasangan perlu dipintas terlebih dahulu. Perbuatan itu merupakan
salah satu prinsip memotong buah. Oleh itu, tangan kanan pasangan
yang menepis perlu direntap dengan kuat dan dengan cepat.
Perbuatan rentap dengan kuat dan cepat perlu dilakukan
kerana beberapa faktor yang mesti diambil kira. Pertamanya, jatuhan
yang akan dilakukan pada Kuntau Kiri adalah dalam keadaan
pasangan tidak mengarah pukulannya kepada kita. Hal yang
demikian agak berbeza dengan kaedah yang hampir sama pada
Gayung Patani. Pukulan pada jatuhan Gayung Patani adalah
mengarah kepada pesilat. Hal yang demikian berlaku apabila tangan
kanan pasangan yang mengambil buah akan „memakan‟ leher
pesilat. Maka menyentap tangan pada buah Gayung Patani dikira
mudah berbanding dengan buah Kuntau Kiri.
Faktor kedua ada kaitan dengan pergerakan buah Kuntau Kiri
Gantung. Sentuhan pada tangan kanan pesilat berada tidak lama.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
203
Sentuhan yang dilakukan adalah bertujuan untuk membuat tolakan.
Oleh itu, dalam masa saat dan ketika sentuhan tersebutlah potong
perlu dilakukan segera. Kegagalan berbuat demikian akan
menimbulkan masalah kepada pesilat yang membuat serangan
tumbukan.
Berdasarkan dua faktor dalam perbincangan di atas telah
memerlukan pesilat membuat gerakan yang pantas dan bertenaga.
Setelah tangan berjaya disentap, pergerakan kaki kiri pesilat adalah
secara bersepadu dalam satu proses. Akhirnya Kuntau Kiri akan
„dimakan‟ kembali dengan Kuntau Kiri. Niat yang sama akan diterima
oleh musuh yang berniat jahat pada pengamal Silat Cekak.
Memotong Kuntau Kanan Gantung tidak „susah‟ jika
dibandingkan dengan Kuntau Kiri atau Kuntau Kiri Gantung,
walaupun pesilat menggunakan kaedah potong yang sama. Seperti
yang saya tegaskan terdahulu, sifat Kuntau Kanan adalah lebih dekat
dan agak berhadapan dengan pesilat. Sifat ini tentunya berbeza
dengan sifat Kuntau Kiri yang jaraknya agak jauh sedikit dari pesilat.
Dalam gerak jatuh buah Kuntau Kanan Gantung, penggunaan
Kaedah B oleh pasangan adalah dalam satu proses yang berterusan.
Ketika pasangan ingin membuat jatuhan, beliau akan mengarah
tangan kanan kepada pesilat. Tangan kanan tersebut akan melurut
tangan kanan pesilat bagi memudahkannya membuat buah jatuhan.
Tiada gerak pukulan. Maka risiko pesilat mengambil potong
berdasarkan sentuhan tangan kanan pasangan tidaklah banyak dan
lebih mudah. Hal yang demikian tentunya berbeza, berbanding
dengan potong buah Kuntau Kiri yang banyak risikonya.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
204
Saya telah tegaskan sebelum ini betapa buah-buah Silat Cekak
yang rapat dengan badan memerlukan kita mengambil tindakan yang
tangkas tapi kemas. Hal yang demikian akan membolehkan kita
mematikan gerak pasangan atau memintas sebarang gerak dari
pasangan pesilat tersebut. Walaupun Kaedah D pada buah Kuntau
Kiri dan Kuntau Kiri Gantung adalah lebih rapat dengan kita, akan
tetapi memotong Kaedah D tersebut adalah kurang berkesan. Hal
yang demikian tentunya berasas, berbanding dengan tangan kanan
pasangan yang menyentuh tangan kita untuk membuat jatuhan. Pada
pandangan saya, tangan kanan pesilat adalah lebih „hidup‟ dan
berbahaya serta boleh membuat tindak balas yang menyusahkan
pesilat. Sekurang-kurangnya peranan tangan kanan tersebut boleh
mencucuk leher pesilat sebagai pukulan. Hal yang demikian akan
menyebabkan gerak pesilat hilang pedoman.
Saya difahamkan ada kelas-kelas yang menganjurkan supaya
potong pada Kaedah D kerana tangan kiri yang melakukan Kaedah D
adalah lebih rapat di badan pesilat. Pada anggapan saya, hal yang
demikian adalah tersangat salah dan tidak ada asal dalam konteks
pelajaran Silat Cekak di zaman Ustaz. Janganlah kita mengorbankan
prinsip memotong buah Kuntau Kiri dan Kuntau Kanan dengan hasrat
untuk menyenangkan Jurulatih menghabiskan pelajaran. Ikutlah
arahan sukatan pelajaran. Lainlah kalau latihan merentap kaedah D
tersebut dilakukan dalam kelas kemahiran. Kelas kemahiran
mengajar kita membuat pergerakan berdasarkan kebolehan semula
jadi.
Berbalik semula kepada gerak potong pada buah-buah Kuntau
yang berkenaan. Setelah tangan pasangan direntap bagi membuat
potong, bersedialah dengan gerak jatuh Kuntau Kiri. Tanpa bermalam
di mana-mana, jatuhkan segera buah potong berkenaan dengan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
205
jatuhan Kuntau Kiri. Setiap jatuhan buah Kuntau memerlukan satu
pukulan di bahagian tengkok. Pukullah seadanya tanpa
mencederakan pasangan silat kita. Ketika membuat pukulan,
pastikan gerak kita tersangat pantas kerana kita tidak boleh
membuang masa dan jangan diacah-acah untuk mencantikkan buah.
Selalu saya ingatkan pesilat yang menuntut di bawah asuhan
saya. Setiap kali setelah membuat jatuhan maka buatlah awasan.
Tekan bahu pasangan ke bahagian bawah seperti mana buah jatuh
Kuntau Kiri. Kalau dalam kemahiran, jatuhan itu perlu diiringi dengan
„pukulan balik‟ secara tegas di bahagian badan. Biar pasangan
berada dalam posisi telentang. Tapi telentangnya tetap dikunci pada
kaki kanan.
Ada juga dalam kalangan penuntut saya yang ingin tahu sama
ada buah Kuntau Kiri, Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan
Gantung boleh ditangkap kembali ketika pesilat membuat tumbukan.
Kami tidak diajar berbuat demikian. Namun begitu, pada pandangan
saya, sifat Kuntau Jatuh tidak sama dengan buah-buah Kuntau yang
lain. Gerak Kuntau Jatuh memberi ruang kepada pasangan
memasukkan kaki sebanyak mungkin pada pelipat pesilat. Hal yang
demikian akan memudahkan pesilat menangkap semula buah seperti
mana yang dihajatkan oleh pasangan. Namun begitu adalah tidak
salah kita berlatih „menangkap semula‟ pada kelas-kelas kemahiran.
POTONG HENTAK
Pelajaran potong buah Hentak adalah menggunakan kaedah
A. Walau bagaimanapun penggunaan kaedah A tersebut adalah
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
206
berbeza sangat dengan teknik dan taktik potong A pada buah-buah
lain yang memerlukan cara potong yang sama dan langkah spring
yang sama. Hal yang demikianlah menyebabkan saya
membincangkan potong buah Hentak dalam satu tulisan yang
tersendiri. Gerak tujuan potong buah ini sangat berbeza berbanding
dengan buah Pertama, Kilas depan dan dalam himpunan buah-buah
Kilas Belakang seperti yang dibincangkan terdahulu. Namun begitu
jatuhan dalam proses sambung buah adalah sama.
Memotong A agak lewat gerakannya dalam kiraan saat dan
ketika. Pesilat memerlukan pemerhatian pada gerak pasangan
sebelum membuat gerak potong. Hal yang demikian memungkinkan
dua (2) keadaan.
Pertamanya, pada buah Hentak, tepisan dilakukan pada
gerak yang kedua. Setelah pasangan membuat tepisan dan dalam
proses pasangan tersebut membuat gerak yang kedua melalui
tangan kanannya, maka barulah gerak potong boleh dilakukan.
Terasa pada kita kelewatan bagi melakukan gerak potong tersebut.
Tambahan pula gerak potong yang hendak dilakukan itu memerlukan
gerak yang agak ke atas daripada paras pinggang atau dada. Gerak
yang agak jauh dari paras pinggang akan menyebabkan pergerakan
menjadi lambat. Namun begitu, jarak yang jauh tersebut boleh
mengurangkan pesilat daripada membuat kesilapan memotong yang
tersasar daripada sasaran tepisan.
Keduanya, gerak kedua yang menolak siku pesilat tidak
berbentuk pukulan. Jika pesilat melangkah setapak maka pesilat itu
telah berada dalam zon selamat. Gerak pasangan yang pertama
ialah sentuhan Kaedah A bagi menepis tumbukan pesilat. Oleh sebab
tepisan itu merupakan sentuhan yang pertama maka gerak kedua
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
207
pesilat menjadi agak lama. Hal yang demikian memungkinkan para
pesilat akan bertindak memotong gerak kali pertama tersebut. Hal ini
agak berbeza dengan buah Pertama atau buah Kilas Belakang atau
Ali Patah Atas atau Ali Patah Sudah. Pukulan yang tiba lebih cepat
dan memerlukan tindakan segera daripada pesilat.
Dalam kelas kemahiran, latihan gerak berdasarkan kebolehan
semula jadi penuntut adalah amat ditekankan. Kebolehan itu
semestinya berdasarkan sukatan pelajaran Silat Cekak. Kita tidak
boleh menyekat bentuk-bentuk tindak balas semula jadi asalkan tidak
bercanggah dengan pelajaran kita. Gerak potong pada kaedah A ada
juga digunakan oleh pesilat. Namun begitu, gerak potong ini akan
mengundang bahaya apabila tangan kanan pasangan yang cuba
menolak tangan kanan pesilat boleh hidup dan menjadi pukulan.
Maka perhatikan gerak tangan kanan tersebut dan buat awasan jika
tidak ingin memotong secara membuat spring.
POTONG SELENDANG
Walau pun kaedah mengambil buah jatuh Selendang dan
Kidung Kiri, hampir sama tetapi proses jatuhan dan akhirannya
adalah berbeza. Proses jatuhan yang ada sikit perbezaan, telah
menyebabkan gerak potong buah Selendang terdapat perbezaan jika
dibandingkan dengan buah Kidung Kiri. Perbezaan ini telah
mempengaruhi cara pesilat membuat potong.
Sifat Kidung Kiri menyebabkan tangan kanan pesilat akan
terus menerus dipegang setelah ditepis dengan Kaedah A. Setelah
tangan kanan pesilat itu ditetak maka barulah dibuat jatuhan. Banyak
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
208
masa dapat digunakan pesilat untuk membuat potong secara sisipan
pada tangan kiri pasangan. Walau bagaimanapun, belum sempat
pesilat menerima tetakan maka gerak potong masih berjaya
dilakukan.
Sifat buah Selendang agak berbeza. Walaupun Kaedah
menepis adalah sama dengan kidung Kiri, namun begitu tangan kiri
pasangan adalah tidak lama berada pada siku tangan pesilat yang
ditepis. Tangan kiri tersebut mempunyai tugasan lain bagi
menghalang badan pesilat ketika berlakunya jatuhan. Hal yang
demikian menunjukkan terdapatnya proses lain yang berturutan bagi
membuat jatuhan.
Tangan kanan pesilat yang membuat tumbukan akan disudahi
dengan pegangan hujung tangan pesilat. Tangan pesilat yang
dipusingkan akan menyulitkan pesilat itu membuat gerak potong jika
gerak pertama ketika tepisan kaedah A telah gagal dipintas sebagai
maksud gerak potong.
Oleh sebab itu, potong kaedah A ketika pasangan membuat
jatuhan adalah perlu dilakukan dengan pantas ketika proses jatuhan
buah Selendang sedang dilakukan oleh pasangan itu. Walaupun
kaedah potong dengan kidung Kiri adalah seakan-akan sama, namun
tindak balas yang berbeza pada jatuhan Selendang telah
menyebabkan gerak potong buah Selendang terdapat sedikit
perbezaan pada geraknya.
Potong pada buah Selendang agak menyulitkan pesilat untuk
melakukannya jika tidak bersungguh-sungguh. Tepisan Kaedah A
buah Selendang adalah berterusan dalam proses meletakkan tangan
di atas bahu pesilat. Cengkaman tangan pasangan semula jadi akan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
209
menjadi keras dan padat. Hal yang demikian boleh mewujudkan dua
keadaan yang boleh menyusahkan pesilat untuk membuat gerak
potong.
Pertamanya tangan pasangan yang mencengkam tangan
kanan pesilat adalah begitu kuat kerana berlakunya proses
„memusing‟ sikit tangan pesilat bagi diletakkan atas bahu pasangan.
Cengkaman yang kuat ini amat menyusahkan pesilat untuk membuat
lurutan bagi tujuan potong. Ramai yang „tidak menjadi‟ membuat
potong buah Selendang. Hinggakan tangan kanan pesilat berjaya
ditangkap di hujung tangan dan hal yang berkenaan telah
menyebabkan pesilat berkenaan terus dikenakan jatuhan. Buah
pesilat dan pasangan akan menjadi kelam kabut. Dalam keadaan
sesak maka terpaksalah pesilat membuat gerak potong pada hujung
tangan kanan yang dipegang pasangan.
Keduanya jatuhan Selendang menyebabkan tangan pesilat
diangkat melebihi aras dada. Hal yang demikian boleh menyusahkan
pesilat untuk membuat gerak potong kerana jarak tangan pasangan
yang jauh daripada paras dadanya. Hal yang demikian juga tentunya
berbeza dengan gerak potong Kidung Kiri yang berada pada paras
dada.
Berdasarkan dua keadaan tersebut, para Jurulatih perlu
memastikan teknik menumbuk bagi maksud potong dilakukan dengan
kemas, yakin dan bersungguh-sungguh. Tumbuhan pesilat yang
keras pasti akan menyulitkan pasangannya untuk membuat buah
jatuh. Dalam keadaan gerak pasangan yang dilewatkan maka pesilat
perlu segera membuat potong. Kecepatan memotong akan banyak
membantu pesilat bagi mendapatkan gerak yang sepatutnya bagi
menyelamatkan diri dan berada dalam zon selamat.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
210
Setelah tangan pasangan dapat dibuat tangkapan secara
sisipan, maka proses potong adalah sama dengan buah Kidung Kiri.
Tumit kaki kanan pesilat mula digunakan. Baru berguna tumit kaki.
Seperti dikata, ada juga puak-puak yang suka pulak hujung kaki.
Hujung kaki pulak yang digunakan untuk membuat sapuan.
Menongkah arus dalam gerakan. Tak tahu meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Namun begitu, dalam proses yang berterusan, siku tangan
kanan pesilat perlu membuat pukulan pada muka pasangan. Payah
digambarkan secara tulisan. Walau bagaimanapun, tangan kiri
pasangan yang berjaya ditangkap secara sisipan akan disendal atau
dialaskan pada lutut kanan pesilat. Ketika itu, berilah satu pukulan
siku di badan pasangan. Cukup setakat itu. Jangan ditambah-tambah
lagi pukulan. Ada yang saya perhatikan lutut kiri pesilat digunakan
untuk membuat pukulan pada badan pasangan. Hal yang demikian
mungkin sesuai semasa pertunjukan.
Ketika membuat gerak menyendal tangan pasangan pada
lutut pesilat, nampak sangat kaki pesilat berkuda-kuda. Ada yang
kata tidak boleh berkuda-kuda. Maka berdirilah mereka umpama
robot yang tak tentu hala. Walau bagaimanapun, sebagai pesilat dan
pengamal Silat Cekak, lakukan gerak potong dalam Silat Cekak
dengan bersungguh-sungguh bagi mempastikan ketepatan dan
kekemasan buah potong terutamanya buah Selendang dapat
dilakukan dengan sesempurna mungkin.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
211
POTONG GARI / ALI PATAH SUDAH
Buah Gari dan Ali Patah Sudah pecahan B pada dasarnya
mempunyai persamaan dalam gerak potong. Walaupun pelajaran
buah jatuh yang bersambung berakhir dengan sifat yang berlainan,
namun proses awal menggunakan Kaedah B ketika mengambil buah
jatuh adalah agak sama. Persamaan ini menyebabkan saya
golongkan buah-buah tersebut dalam satu penjelasan yang sama
dalam proses membuat potong.
Setelah para penuntut Silat Cekak diperkenalkan dengan
potong kedua pada buah Kuntau Jatuh, minat para penuntut untuk
mempraktikkan pelajaran tersebut secara „makan balik buah‟,
sentiasa ada. Ketika mengambil potong buah Gari dan Ali Patah
Sudah B, perbuatan makan balik tersebut dengan menggunakan
buah jatuh yang sama cuba dipraktikkan oleh mereka.
Pada dasarnya perbuatan tersebut adalah tidak digalakkan.
Sifat potong kedua buah Kuntau Jatuh agak berlainan. Kita perlu
melakukan jenis potong yang berkenaan adalah kerana kaki kanan
pesilat telah diblok oleh pasangan yang memasukkan keseluruhan
kaki kanannya pada pelipat pesilat. Tambahan pula, kaedah makan
balik pada buah Gari dan Ali Patah Sudah pecahan B tidak pernah
diajar dalam kelas latihan.
Sebelum kita membuat gerak potong, saya rasa elok juga jika
kita mengetahui tentang sifat buah-buah berkenaan. Mengambil
Kaedah B pada buah Ali Patah Sudah adalah bertujuan untuk
menangkap leher pesilat yang menumbuk. Gerak tangan kanan yang
menepis akan menjurus arah ke bawah sebelum gerak tangan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
212
tersebut meluru ke leher bagi membuat tangkapan. Ketika pasangan
membuat tepisan, pesilat bertindak segera untuk memotong gerak
buah berkenaan. Setelah kaki kiri melangkah setapak ke belakang
pelipat maka pesilat telah berada dalam zon selamat. Setelah itu
proses jatuhan seperti mana buah kuntau kiri dapat dilakukan.
Mengambil kaedah B pada buah Gari adalah bertujuan untuk
mengunci pergerakan tangan kiri pesilat yang menumbuk. Tangan
kanan yang ditepis akan menjurus arah ke bawah dan tangan
pasangan akan diluncur ke bahagian belakang. Ketika tepisan
kaedah B tersebut maka pesilat akan membuat gerak potong pada
buah berkenaan. Sama seperti potong Ali Patah Sudah, tangan
kanan pasangan yang menepis akan direntap bagi membuat gerak
potong. Peranan kaki kiri dan tangan kiri pesilat adalah sama ketika
potong Ali Patah Sudah. Setelah berada dalam zon selamat maka
bolehlah pesilat membuat buah sambungan berupa buah jatuh
Kuntau Kiri.
Saya selalu ingatkan pesilat betapa kaedah B yang digunakan
pada kedua-dua buah berkenaan adalah dalam proses yang
berterusan. Oleh itu, gerak potong yang dilakukan perlu pantas,
kemas dan berketepatan.
POTONG PARAS
Buah jatuh Paras tersangat mudah asasnya tapi payah sikit
pada jatuhannya. Namun begitu, memotong buah Paras juga boleh
dikatakan juga susah berdasarkan kaedah pembelajaran potong yang
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
213
ada. Pergerakan pesilat perlu tangkas, tepat dan kemas di samping
perbuatan yang bersungguh dan yakin pada gerak potong.
Sifat buah Paras adalah lebih banyak mengadap secara
berhadapan. Hal yang demikian agak berbeza dengan jatuh Kidung
Kiri atau buah-buah lain yang menggunakan gerak kaedah yang
sama. Ketika pasangan menarik atau merentap tangan kanan pesilat
ke bawah, genggaman atau cengkaman tangannya adalah kuat. Hal
yang demikian akan mengganggu atau menyusahkan pesilat untuk
membuat gerak potong. Namun begitu, dengan teknik yang betul,
masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah dan berkesan.
Setiap pecahan pada buah Paras mempunyai cara potong
yang tersendiri. Pecahan pertama buah Paras mempunyai dua cara
potong. Potong pertama hampir sama dengan buah Kidung Kiri.
Namun perbezaan yang nyata, potong buah Paras perlu lebih
bersungguh dan berhati-hati. Hal yang demikian kerana belakang
badan pasangan pesilat adalah berada di hadapan dan bukannya
selari di sisi pesilat seperti mana yang terdapat pada Kidung Kiri.
Tambahan pula langkahan kaki kanannya menyebabkan kaki
kiri pasangan ketinggalan di belakang. Kita diarah membuat sapuan
pada kaki kiri yang „tertinggal‟ di belakang dan berada jauh daripada
posisi kita. Di situlah datangnya masalah kepada pesilat kerana gerak
potong memakan masa dan tidak mudah dilakukan segera dalam
kiraan saat dan ketika.
Walau bagaimanapun, masalah tersebut boleh diatasi dengan
teknik potong yang betul. Ketika proses menyisip tangan kiri
pasangan, tiga perkara perlu diberi perhatian. Pertamanya, sisipan
tersebut perlu dilakukan dengan pantas. Jika terlewat, genggaman
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
214
atau cengkaman tangan pasangan menjadi kuat dan ini menyulitkan
pesilat membuat sisipan bagi memintas potong buah Paras pecahan
pertama.
Keduanya, ketika menyisip tangan pasangan, badan kita perlu
gelek sedikit dalam posisi selaras dengan pasangan yang mengadap
ke hadapan. Siku tangan kanan pesilat boleh mengenakan pukulan
ke bahagian muka pasangan ketika sisipan tangan kiri pasangan
berjaya dilakukan. Cara ini menjadikan diri pesilat dalam keadaan
selamat.
Perkara ketiga yang perlu diberi perhatian ialah sapuan atau
seretan adalah perlu dibuat ke arah luar. Jika sapuan cuba dibuat ke
arah dalam maka akan menyulitkan pesilat untuk menggerakkan kaki
kiri pasangan kita.
Penyudah potong Paras cara pertama tersebut adalah sama
seperti Kidung Kiri atau buah-buah yang bersamaan dengannya.
Setelah dibuat satu pukulan di badan, memadailah gerak jatuhan
potong berkenaan. Jangan ditambah dengan pukulan lutut kiri pesilat.
Kita ingin belajar dan bukannya bergaduh.
Satu lagi cara membuat potong pada pecahan pertama ini
ialah menumpukan perhatian pada kaki kanan pasangan yang
melangkah ke depan. Kaki kanan pesilat akan membuat sapuan pada
kaki kanan pasangan yang berada di depan. Gerak sapuan
dilakukan, setelah proses sisipan tangan berjaya dilakukan beserta
gerak pukulan siku kanan pesilat pada bahagian muka pasangan.
Gerak pukulan tersebut secara acahan kerana mengenakan pukulan
akan memudaratkan pasangan. Jarak masa setiap turutan dalam
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
215
proses membuat gerak potong adalah begitu rapat sekali. Pasangan
akan jatuh telentang kerana sapuan yang dilakukan pesilat.
Cara kedua ini kurang popular di satu ketika. Saya
difahamkan bahawa pelajaran potong kedua itu pernah ditiadakan
pada satu ketika yang lalu. Namun begitu saya difahamkan juga
bahawa gerak potong cara kedua itu telah digunakan semula oleh
Jurulatih yang ada. Di cawangan pimpinan saya, pelajaran tersebut
sentiasa ada dan diturunkan kepada para pesilat yang menuntut di
cawangan saya. Hal yang demikian kerana itulah pelajaran yang
diterima ketika belajar dengan Ustaz tempoh hari.
Untuk pecahan kedua Paras, cara potong hanya satu cara
sahaja. Proses jatuhan pecahan kedua ini memerlukan pasangan
melangkah kaki kiri ke hadapan sambil tangan kanan pesilat direntap
ke bawah. Bentuk buah Paras pecahan kedua lebih mudah dipotong
oleh pesilat. Maka hal yang demikian lebih menyenangkan pesilat
membuat gerak potong kerana kaki kiri pasangan berada di hadapan
manakala kaki kanannya ketinggalan di belakang. Kita diarah
menumpukan gerak potong pada kaki kiri pasangan.
Walaupun jarak kaki kiri pasangan agak jauh dari pesilat,
namun kaedah potong masih senang dilakukan. Tangan kiri pesilat
akan menyisip tangan kiri pasangan. Pesilat lebih nampak yakin dan
kurang „bekerja‟ bagi membuat potong, berbanding pada buah
pecahan pertama. Kaki kanan pesilat mudah membuat sapuan pada
kaki kanan pasangan kerana kaki berkenaan berada di hadapan.
Jaraknya lebih rapat, berbanding dengan pecahan Paras pecahan
pertama. Manakala tangan kiri yang disisip akan disendalkan sikunya
pada lutut kiri pasangan.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
216
Walau bagaimanapun, waktu kelas kemahiran, Jurulatih akan
memudahkan pergerakan pesilat membuat potong dengan lebih
kemas, pantas dan tepat. Hal yang demikian adalah merupakan
usaha yang bersesuaian dengan gerak semula jadi pesilat ketika itu,
dengan awasan keselamatan pesilat.
POTONG PASUNG KEMANGA.
Seperti yang nyatakan dalam tulisan terdahulu, jatuhan buah
Pasung Kemanga lebih susah dilakukan berbanding dengan
asasnya. Buahnya cantik dan sering kali ditunjukkan dalam
pertunjukan senjata pisau. Oleh kerana asas yang agak susahlah
telah menyebabkan ada puak-puak tertentu yang telah mengubah
suai cara tumbukan bagi menyenangkan diri mereka untuk membuat
jatuhan. Agaknya mereka lebih pentingkan kesenangan diri dengan
cara menafikan kebenaran.
Rupa-rupanya, dalam pelajaran potong, gerak potong buah
Pasung Kemanga juga dapat dikatakan susah. Pesilat perlu
bersungguh-sungguh untuk membuat gerak potong. Sifat pesilat
perlu tegas, yakin dan jangan teragak-agak ketika melakukan gerak
potong Pasung Kemanga agar pergerakannya mantap, kemas dan
tepat.
Ada pesilat yang menganggap potong cara pertama pada
pecahan pertama buah Paras adalah susah hingga ada yang
mengetepikan cara potong berkenaan. Namun begitu, saya
beranggapan bahawa gerak potong buah Pasung Kemanga dapat
dikatakan lagi susah. Apatah lagi jika badan pasangan kita memberat
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
217
ke arah kaki kirinya ketika membuat gerak tampar pada penghujung
tangan pesilat.
Oleh itu, Jurulatih adalah berperanan untuk menyakinkan para
pesilat dan memberi panduan kepada mereka agar para pesilat
beranggapan bahawa potong Pasung Kemanga tidak susah jika
dilakukan dengan teknik yang betul.
Ketika melakukan gerak potong Pasung Kemanga, beberapa
aspek pergerakan perlu diberi penekanan. Pertamanya, perbuatan
potong yang dilakukan semasa tangan kanan pesilat disentuh adalah
secara merentap ketika menyisip tangan kiri pasangan. Perbuatan
menyisip dan merentap tangan kiri pasangan tersebut perlu dilakukan
dengan „kuat‟ berdasarkan konsep kejutan bagi tujuan keselamatan.
Hal yang demikian akan menyebabkan badan pasangan berada
dalam keadaan yang tidak stabil dan akan mengarah ke hadapan.
Secara langsung, cara itu akan mematikan gerak pasangan kita.
Perbuatan menampar pada tangan pesilat akan dapat dihentikan.
Penekanan kedua, dalam proses menyisip tangan kiri
pasangan, ketika itulah juga kaki kanan pesilat akan membuat
sapuan atau seretan pada kaki kiri pasangan. Perbuatan menyisip itu
juga perlu dilakukan dalam keadaan tegap dan kemas. Tekankan
pada pesilat. Badan pesilat perlu selari dengan arah pasangan. Hal
yang demikian akan memudahkan kaki kanan pesilat membuat
sapuan. Sapuan „angin‟ dapat dielakkan.
Jangan lupa memberi penekanan pada kegunaan siku pesilat
ketika proses menyisip tangan dilakukan pada pasangan. Arah siku
adalah ke muka. Walaupun perbuatan pemakan pada muka
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
218
pasangan tidak perlu dilakukan, namun pemakan di tempat tersebut
perlu diberi penekanan dan diterangkan dengan penuh yakin.
Akhir sekali, setelah semua proses gerak potong dilakukan
seperti yang diterangkan di atas, maka perbuatan menyendal tangan
pasangan pada lutut kita perlu ditekankan. Terangkan kaedahnya
seperti mana yang kita lakukan pada gerak potong Kidung Kiri.
Jangan bercanggah dan menyalahi isi pelajaran yang sedia ada.
Kadang-kadang terfikir juga nasib para pesilat yang membuat
tumbukan secara lajak ke depan. Pernah Ustaz menerangkan
kepada saya betapa gerak yang sedemikian kalau ditumpangkan
gerak pada lajak berkenaan maka pesilat itu akan terus meluru ke
depan tanpa kawalan. Umpama kerbau pendek yang menyondol ke
depan. Maka tak payah susah-susah membuat gerak jatuhan. Alang-
alang lajak maka lajakkan pesilat itu terus ke depan.
Begitu juga dengan mereka yang suka membuat jatuhan
secara badan berada membelakangkan badan. Bagaimana agaknya
bentuk potong yang dilakukan. Saya difahamkan bahawa gerak
potong perlu dilakukan segera ketika pasangan belum sempat
membelakangkan badan. Prosesnya berterusan. Saya cuba
bayangkan kalau „menjadi‟ gerak potong tersebut, tentunya kekuatan
perlu digunakan untuk menyentap tangan pasangan yang sedang
melakukan perbuatan membelakangkan badan. Kuat sungguh
nafsunya.
Saya berkeyakinan, tentunya kaedah potong yang diajar
Ustaz tidak mungkin dapat dilakukan dengan sempurna. Melainkan
berpakat gerak antara pesilat dan pasangannya bagi memuaskan
hati Jurulatih. Saya malas nak bertanya. Mungkinkah ketika potong
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
219
maka gerak pusing diselaras semula atau mungkinkah sapuan atau
seretan tidak perlu dilakukan. Memadai menyisip tangan pasangan
yang menyentuh atau atau yang lain. Perkara yang tidak boleh
dinafikan ialah kalau jatuhan tidak tepat pasti potong pun akan
menjadi tidak tepat dan kelam kabut.
Kaedah potong secara sisipan amat cantik sekali. Namun
begitu, pada pengalaman saya, perbuatan potong pada buah Kidung
Kiri sahaja yang dapat dibuat dengan kemas dan menyakinkan.
Manakala gerak potong menggunakan sisipan dalam gerak yang
hampir sama pada buah-buah Selendang, Paras dan Pasung
Kemanga akan mudah dilakukan oleh pesilat jika perbuatan potong
dilakukan dengan tepat dan sepenuh hati. Oleh itu, banyakkan latihan
bagi memperoleh gerak yang tepat, kemas dan pantas.
Jurulatih boleh membantu dengan cara membuat latih tubi
yang berterusan pada buah-buah tersebut. Jangan berasa jemu bagi
membina gerak yang kemas dalam kalangan penuntut-penuntutnya
dari masa ke masa. Sabar dan jangan panas baran.
POTONG TERLAK DAN LINTAU
Buah jatuhan Terlak dan Lintau dibezakan dengan
pergerakan langkah kaki kiri dan kaki kanan. Langkahannya hampir
sama dengan buah Paras yang melangkah ke hadapan. Gerak kaki
pada potongnya pula adalah hampir menyerupai buah Kilas Depan,
Sendeng Atas dan sebagainya, manakala jatuhan potong adalah
sama dengan buah jatuh Hempuk. Itulah sifat jatuh dan potong buah
Terlak dan Lintau.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
220
Banyak gerak dan banyak kaedah buah jatuh yang terlibat
dalam pergerakan potongnya. Kalau para penuntut boleh diajak
berfikir tentang gerak-gerak yang ada pada buah-buah Terlak dan
Lintau maka pengetahuan mereka akan lebih luas. Penerimaan
pelajaran secara kritis dipercayai boleh menjadikan mereka dapat
menguasai pelajaran Silat Cekak secara lebih mantap dan berkesan.
Walaupun potong Terlak dan Lintau adalah sama, akan tetapi
langkahan kaki yang berbeza telah menyebabkan gerak potongnya
agak sikit berbeza. Saya berpendapat bahawa gerak potong buah
Terlak lebih payah dan menyulitkan pada para pesilat, berbanding
dengan gerak potong Lintau. Hal yang demikian lebih berupa tafsiran.
Lain penuntut mungkin lain pulak tafsirannya.
Sifat buah Terlak ialah kaki kiri pasangan berada di hadapan
manakala kaki kanannya tinggal di belakang. Manakala pada buah
Lintau, pergerakan kaki pesilat adalah sebaliknya. Dalam gerak
potong Terlak, pesilat dikehendaki membuat tindakan pada kaki
kanan pasangan yang terbelakang tersebut. Hal yang demikianlah
yang membezakan kepayahan berbanding dengan buah Lintau. Pada
buah Lintau, kaki kanan pasangan telah mendekati pesilat.
Ketika proses memotong Terlak dilakukan, sukatan pelajaran
potong berkehendakkan pesilat mematikan tangan kanan pasangan
yang sedang menuju ke arah bahu kiri pesilat. Kaedah C yang
digunakan pasangan sebagai tangkisan tidak diambil kira untuk
dibuat gerak potong. Kita perlu jelas bahawa sifat tepisan tangan kiri
pasangan adalah tidak memungkinkannya membuat pukulan. Oleh
itu, tumpuan pesilat adalah pada tangan kanan pasangannya yang
meluru ke depan. Tangan tersebut mungkin boleh berbentuk senjata
atau pukulan.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
221
Kaedah yang digunakan pesilat untuk mematikan gerak
tangan kanan pasangan ialah Kaedah D. Matlamat buah sambungan
adalah berbentuk jatuhan buah Hempuk. Geraknya sama seperti
potong Sendeng Atas. Namun begitu kedua-dua buah potong pada
Sendeng dan Terlak mempunyai sifat yang tersendiri. Kedua-dua
buah berkenaan adalah agak sulit dilakukan jika tidak cukup latihan
atau dilakukan tanpa ada tumpuan dan dibuat secara sambil lewa
sahaja.
Pada buah Sendeng Atas, kaki kanan pesilat berada di
depan. Menangkap kaki kanan pasangan lebih mudah dilakukan,
berbanding dengan pukulan tangan dari bawah yang mendatang.
Kaedah D yang digunakan pada Sendeng Atas memerlukan
kepantasan kerana gerak tangan adalah dalam proses gerak yang
bermula dari bawah. Pukulannya tidak mudah dijangka. Geraknya
sukar dilihat. Daya pengamatan perlu ada pada para pesilat.
Dalam konteks bandingan dengan buah Sendeng Atas,
tentunya berbeza dengan buah Terlak dan Lintau. Pada buah Terlak
dan Lintau, Kaedah D yang digunakan pada tangan kanan pasangan
tidak menampakkan kepayahan. Geraknya boleh nampak. Pesilat
mudah memberi tindak balas yang sepatutnya. Hal yang demikian
kerana tangan kanan pasangan menuju ke bahagian dada pesilat.
Walau bagaimanapun pada buah Terlak, kaki kanan
pasangan menjadi sasaran kerana perlu dibuat tangkapan. Faktanya,
kaki kanan tersebut berada jauh ke belakang. Oleh itu, masa yang
diambil bagi menangkap kaki kanan pasangan adalah agak panjang
dalam konteks saat dan ketika. Keadaan ini mungkin berbeza dengan
buah Lintau.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
222
Hal yang demikian menyebabkan perbuatan menyambung
gerak jatuh Hempuk pada kedua-dua buah tersebut memerlukan
penekanan pada aspek-aspek tertentu. Gerak buah jatuh Hempok
antara kedua-dua buah tersebut dengan gerak jatuh Hempuk yang
sebenarnya tentunya berbeza pada geraknya. Berdasarkan
pengalaman, Kaedah D pada jatuhan buah Hempuk sebenarnya
adalah agak lebih mudah dilakukan dalam konteks kaedah D adalah
amat sesuai untuk digunakan di bahagian atas antara leher ke
kepala.
Pada buah Terlak, terdapat dua tempat yang boleh
menimbulkan masalah pada pesilat. Walau bagaimanapun, masalah
tidak akan menjadi masalah jika kita berupaya mengatasinya dengan
gerak terancang yang sedia ada dalam Silat Cekak.
Pertamanya ialah ketika pesilat memulakan gerak potong
berdasarkan Kaedah D. Jika pesilat tidak melakukan gerak dengan
teknik yang betul, tangan kanan pasangan berkemungkinan besar
akan tersangkut pada tengkuk pesilat. Hal yang demikian berlaku
adalah disebabkan „cara masuk‟ yang tidak tepat telah dilakukan oleh
pesilat. Dalam keadaan tersebut, pastinya kepala pesilat tidak
mempunyai kebolehan membuat kelenturan. Gerak kepalanya kaku
dan tidak lentur. Semuanya terhasil melalui gerak yang agak kelam
kabut.
Satu lagi keadaan ialah kaki kanan pasangan yang cuba
diangkat akan tersangkut pada kaki kanan pesilat jika tidak dilakukan
dengan tepat dan tidak secara hati-hati. Gerak pesilat akan terbantut.
Jika berterusan ingin membuat buah yang sama, pasti akan
membahayakan diri pesilat itu sendiri. Walau bagaimanapun jika
pesilat melakukan gerak dengan teknik yang betul maka masalah-
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
223
masalah tersebut dapat diatasi dengan lebih berkesan dan buah
potong yang dilakukan dapat dibuat dengan lebih sempurna.
Dalam situasi yang dinyatakan di atas, jika tangan pasangan
tersangkut pada tengkuk pesilat maka buah jatuhan potong akan
beralih menjadi jatuhan Kuntau Kiri. Cuma yang berbeza ialah tangan
kiri pesilat akan menumpang pada tangan kanan pasangan yang
tersangkut pada tengkok pesilat. Ketika itu, tangan kanan pesilat
akan membantu tangan kirinya untuk membuat jatuhan. Jatuhan
masih boleh dilakukan kerana hujung tangan pasangan tersangkut
pada leher pesilat.
Manakala jika kaki yang cuba ditangkap tersangkut pada kaki
kanan pesilat, mereka tidak ada pilihan. Sukatan pelajaran mesti
diikuti. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Berlatih hingga kaki
pesilat tidak tersangkut. Namun begitu, dalam kelas kemahiran, jika
kaki tersangkut, maka jatuhan Kuntau Kiri juga boleh dilakukan.
Potong buah Lintau masih menyerupai potong Terlak. Namun
begitu memotong Lintau tidak banyak masalah berbanding dengan
potong Terlak. Tersangkut tangan dan tersangkut kaki amat kurang
berlaku. Kalau berlakupun adalah akibat perbuatan yang tidak
bersungguh daripada pesilat. Sekali lagi latihan yang kerap dan
berterusan akan memainkan peranan untuk membolehkan pesilat
menguasai potong Terlak dan Lintau. Jurulatih berperanan untuk
memandu para pesilat yang dipimpinnya.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, kerap berlaku ketika
pesilat membuat gerak potong menggunakan kaedah D, kaedah itu
tidak berjaya menolak tangan kanan pasangan. Sebabnya adalah
pelbagai. Biasanya pesilat mendahului gerak pasangannya. Gerak
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
224
masuk yang dilakukan hanya „menolak angin.‟ Hal yang demikian
menyebabkan siku tangan pesilat telah berada di bahagian dada
pasangan tanpa dapat menolak tangan kanan pasangan.
Kita tidak menggalakkan perbuatan demikian dalam sukatan
pelajaran buah potong. Walau bagaimanapun, ketika kelas
kemahiran, perbuatan pesilat itu boleh dibangunkan dalam bentuk
pukulan menggunakan siku pada lawan. Penggunaan siku adalah
merupakan salah satu kemahiran yang boleh dipupuk dalam
kalangan ahli Silat Cekak.
POTONG HEMPUK
Dalam pelajaran potong, buah Hempuk juga sering digunakan
sebagai penyudah potong pada beberapa buah jatuhan seperti
Sendeng Atas, Terlak dan Lintau. Hal yang demikian disebabkan
Kaedah D yang digunakan adalah berkaitan dengan buah Hempuk.
Buah Hempuklah satu-satunya buah jatuh yang menggunakan
kaedah D. Tidak hairanlah buah Hempuk digunakan pada buah
potong yang menggunakan kaedah D tersebut sama ada di atas atau
searas badan.
Jatuhan buah Hempuk ada potongnya yang tersendiri. Pada
kebiasaannya, setelah pesilat memperoleh kaedah potong buah
Hempuk maka gerak jatuhan Hempuk yang dijadikan gerak
penyambung potong buah Sendeng, Terlak dan Lintau akan
diaplikasikan oleh pasangan silat. Gerak pasangan yang dipotong
akan menyebabkan pasangan berperanan membuat potong semula.
Maksudnya, ketika pesilat membuat gerak potong Terlak dengan
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
225
menggunakan buah Hempuk, maka pasangan yang dikenakan
potong akan memotong kembali buah Hempuk berkenaan. Oleh itu,
jadilah perbuatan „main-main‟ dalam kalangan penuntut ketika habis
pelajaran potong yang diajar dalam kelas.
Oleh itu Jurulatih berperanan untuk mengawasi latihan yang
menyimpang daripada tujuan sebenar pelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran. Jika perbuatan „main-main‟ tersebut dibiarkan, latihan
pesilat akan menjadi tidak serius dan menimbulkan persoalan yang
bukan-bukan.
Mungkin dalam kelas kemahiran ada aspek yang ditekankan.
Kalau konsep “Siapa lambat dialah bakal kecundang” ditekankan,
mungkin latihan yang sedemikian ada faedahnya. Dalam konteks itu,
kalau pesilat lambat membuat gerak potong maka pasangan
dibenarkan bertindak atas kemampuan geraknya yang ada. Namun
begitu, dalam kelas-kelas pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
yang ditetapkan, latihan yang sedemikian tidak berfokus dan
menunjukkan tidak ada kesudahan atau keputusan muktamat dalam
gerak. Memadai dengan pelajaran enam tolak enam bagi
mengimbangkan gerak pesilat dan pasangannya.
Memotong buah Hempuk adalah menggunakan tangan kiri
pesilat bagi mematikan gerak tangan kiri pasangan yang cuba
membuat jatuhan. Tangan kiri pasangan akan direntap manakala siku
kanan pesilat akan membuat gerak pemakan di rusuk kiri pasangan.
Ketika proses itu berlaku, badan pesilat akan rapat pada pasangan
sambil kaki kanannya membuat sapuan atau heretan. Cara sapuan
dan keadaan jatuhnya sama seperti buah potong Kidung Kiri dan
buah-buah lain yang ada persamaan gerak.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
226
Dalam proses menangkap tangan kiri pasangan yang
membuat kaedah D, para pesilat perlu berhati-hati dan jangan
bersifat gopoh. Kerap terjadi, ketika pesilat membuat tangkapan pada
tangan kiri pasangan, tangan kanan pesilat berada dalam keadaan
lembut dan seolah-olah sengaja membiarkan pasangan membuat
tolakan. Hal yang demikian terjadi oleh kerana tumpuan pesilat
diberikan untuk menangkap tangan kiri pasangan. Niat yang
sedemikian telah menjejaskan tumpuan dan kawalan pada gerak
tangan kanan pesilat yang membuat tumbukan. Keadaan tersebut
telah menyebabkan kesukaran pada pesilat untuk membuat
tangkapan. Kerap terjadi pesilat gagal mematikan gerak tangan kiri
pasangan.
Dalam proses pesilat membuat gerak potong tersebut, jika
pesilat itu lambat bertindak menangkap tangan pasangan, maka
memungkinkan pasangan berjaya menangkap kaki pesilat terlebih
dahulu. Hal yang demikian terjadi kerana gerak pasangan tidak
terhalang akibat tangan kanan pesilat yang menumbuk berada di luar
penguasaan gerak. Lembut dan kira nak potong sahaja.
Jika keadaan itu terjadi maka pesilat itu yang memotong akan
berada dalam suasana yang kelam kabut. Kawalan pada geraknya
akan bercelaru. Mungkin kerana berpakat maka gerak yang
diharapkan akan terjadi dan tetap sama serta berlaku dalam keadaan
sepatutnya. Dalam hal ini, para Jurulatih perlu menitik berat aspek
tersebut dan beri perhatian sepenuhnya. Arahkan para pesilat supaya
memberi tumpuan pada gerak dan jangan gopoh untuk membuat
gerak potong. Kalau asyik nak potong aje, apa nanti yang tinggal.
Semasa perbincangan bersama Jurulatih dalam kelas-kelas
kemahiran kerap kali saya timbulkan pelbagai persoalan. Persoalan-
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
227
persoalan tersebut telah dijadikan sebagai tajuk perbincangan. Salah
satu persoalan yang pernah ditimbulkan ada kaitan antara potong
Kaedah D dalam buah Hempuk dengan potong Kaedah A pada buah-
buah Kidung Kiri, Paras, Selendang dan Pasung Kemanga.
Perbincangan yang bercorak demikian dirasakan amat berguna bagi
memupuk pemikiran kreatif dan kreatis dalam kalangan Jurulatih.
Sekurang-kurangnya telah terdapat beberapa tajuk yang boleh
dibincangkan.
Potong Kaedah D pada buah Hempuk dan Potong Kaedah A
pada Kidung Kiri, Paras, Selendang dan Pasung Kemanga hampir
sama bentuknya. Kedua-dua gerak potong berkenaan memerlukan
kita membuat tangkapan pada tangan pasangan. Tidak kira sama
ada tangkapan itu dari atas atau dari bawah tangan pesilat.
Penyudah tangkapan adalah sama. Tangan pasangan akan disendal
pada lutut pesilat setelah pesilat membuat sapuan.
Perbezaan ketara boleh dilihat pada corak mematikan gerak
tangan. Gerak mematikan Kaedah D pada buah Hempuk adalah di
bahagian atas manakala Kaedah A adalah di bahagian yang searas
dengan badan. Potong Kaedah D itu adalah berbentuk tangkapan
manakala potong Kaedah A pada buah-buah berkenaan adalah
berbentuk sisipan sebelum membuat tangkapan.
Proses potong Kaedah D membolehkan gerak pukulan siku di
rusuk pasangan manakala semasa potong Kaedah A pada buah-
buah berkenaan memerlukan para pesilat melakukan gerak pemakan
siku di muka. Namun begitu, mengenakan pukulan siku di rusuk
pasangan boleh dilakukan secara praktikal berbanding dengan
pukulan siku di muka. Hal yang demikian kerana mungkin faktor
keselamatan sangat diambil kira. Namun begitu pemakan pada
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
228
kedua-dua gerak potong tersebut perlu diberi penekanan utama oleh
para Jurulatih ketika proses penurunan buah dilakukan dalam kelas-
kelas yang berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian, memperoleh potong buah Hempuk
juga menimbulkan kecenderongan dalam kalangan penuntut untuk
menggunakan kaedah yang sama pada gerak potong buah Kuntau
Kiri dan Kuntau Kiri Gantung. Secara umum, gerak potong yang
berkenaan ada logiknya. Namun begitu, kita tidak menggalakkan
perbuatan tersebut ketika pelajaran potong. Pelajaran yang
berdasarkan sukatan masih berguna dan perlu diutamakan. Oleh itu
para Jurulatih perlu awasi perbuatan tersebut supaya tidak menyalahi
sukatan pelajaran Silat Cekak.
Selalu saya tekankan kepada Jurulatih betapa gerak semula
jadi pesilat merupakan satu keistimewaan yang perlu diberi
penekanan. Banyak kekecualian ketika pelajaran kemahiran.
Mungkin gerak potong tersebut pada buah Kuntau Kiri atau Kuntau
Kanan boleh dilakukan pada satu-satu gerak yang tertentu. Ketika itu
penuntut perlu bertindak dengan pantas. Mungkin mereka tidak
memerlukan gerak spring.
Dalam pelajaran Silat Cekak prinsip spring dan tidak spring
adalah merupakan prinsip potong yang ada dalam pelajaran kita.
Pada dasarnya, apa salahnya mereka berbuat demikian atas alasan
potong kita pun ada langkah dan ada yang tidak melangkah. Namun
begitu, kita perlu tegaskan dalam kalangan pesilat kita betapa
pentingnya mereka mengikuti sukatan pelajaran Silat Cekak yang
telah dirangka sekian lama. Daripada sukatan yang ada boleh
menjadikan keselarasan menurunkan ilmu pada tahap yang sama
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
229
pada semua ahli di semua kelas. Itulah keistimewaan hasrat sukatan
kita.
Dalam Kelas Kemahiran kita mementingkan aplikasi.
Pelajaran mengenainya perlulah berpandu dan jangan biarkan para
pesilat bertindak sesuka hati. Dalam hal ini pengalaman dan
ketinggian ilmu dalam kalangan Jurulatih adalah sangat diperlukan.
Gambar aksi persembahan Seni Silat Cekak oleh pasukan demonstrasi
Seni Silat Cekak negeri Perak.
Sepak Minang Pelajaran Buah Potong
230
Gambar aksi Saudara Zubir (kanan) dalam satu persembahan Seni
Silat Cekak di Majlis Penerangan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi
PETRONAS pada tahun 1997.
Sepak Minang Penamat
231
PENAMAT
Sepak Minang Penamat
232
PENAMAT
Setelah selesai pelajaran jatuh dan potong, para pesilat akan
„ditamatkan‟ melalui satu majlis khas bersama Guru Utama. Majlis itu
dikenali sebagai Majlis Penamat atau Ijazah Penamat. Dalam
penulisan terdahulu, saya banyak menulis tentang majlis atau ijazah
tamat tersebut. Mereka yang berminat sebagai pengumpul bahan-
bahan yang berkaitan dengan konsep penamat dalam Silat Cekak,
eloklah rujuk pada tulisan-tulisan itu. Saya turut menyentuh hal-hal
yang berkaitan dengan mandi dan amalan mandi.
Semasa saya menuntut dahulu, ada juga dalam kalangan ahli
yang menganggap tamat sebagai selesai tanggungjawab
mempelajari Silat Cekak. Sebaik sahaja selesai majlis ijazah tamat
maka hilanglah diri pesilat berkenaan daripada terus berlatih
melanjutkan pelajaran Silat Cekak. Tidak nampak muka dalam kelas-
kelas latihan lagi. Bila diajak turun ke kelas, ramai yang bermuka
selamba. Walau bagaimanapun, bilangannya tersangat kurang. Kalau
diukur berdasarkan pemerhatian, jumlah mereka mungkin seramai
dua tiga orang daripada kelas-kelas yang ada.
Walau pun bilangan watak yang saya sebutkan di atas tidak
ramai, tetapi perwatakan mereka menjadikan kita tertanya-tanya
apakah benda atau perkara yang ada dalam kepala hingga
menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Seolah-oleh wujud satu
azam dalam diri untuk mencari satu titik tolak yang membolehkan
mereka meninggalkan terus persilatan Silat Cekak. Mungkin satu
masa nanti kita boleh buat kajian. Setakat perasaan, saya rasa
faktor-faktor yang menjadikan mereka bersifat demikian mungkin ada
kaitan dengan sifat dendam, sakit hati, kecewa atau sifat-sifat
Sepak Minang Penamat
233
peribadi yang lain. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, mereka
yang undur awal daripada persilatan Silat Cekak, bolehlah dikatakan,
„tidak ada habuan‟.
Pelajaran Enam Tolak Enam
Dalam proses penamat Silat Cekak, para penuntut
diperkenalkan dengan pelajaran “Enam Tolak Enam”. Perkataan
enam kerap kali menimbulkan persoalan dalam kalangan penuntut-
penuntut tertentu. Pada kebiasaannya, ada ahli-ahli Silat Cekak yang
amat menitikberatkan angka-angka ganjil dalam kefahaman mereka.
Angka-angka tujuh, empat belas dan dua puluh satu adalah sangat
popular. Cuma, pada keadaan-keadaan tertentu ada juga angka
genap yang diterima pakai iaitu angka empat puluh. Lain-lain angka
genap adalah janggal penggunaannya dalam masyarakat Silat Cekak
tersebut.
Tiba-tiba pesilat diperkenalkan dengan angka genap enam
semasa pelajaran penamat. Hal yang demikian telah „menyentap‟
perhatian pada mereka yang minat dengan angka. Pesilat yang tidak
kisah tentang angka, maka angka genap enam diterima begitu saja
tanpa apa-apa persoalan. Malah, kalangan mereka tidak akan
menimbulkan isu yang boleh membawa kepada perdebatan. Perkara
utama yang dititikberatkan ialah penguasaan ilmu „enam tolak enam‟.
Bukannya penguasaan istilah.
Saya rasa, susah juga bagi Jurulatih hendak mengaitkan
angka enam dengan pandangan sedia ada masyarakat Silat Cekak
tertentu yang suka dengan kiraan angka. Kalau „tujuh tolak tujuh‟
rasanya pasti mudah mereka terima. Angka tujuh ada asalnya pada
pengertian sesetengah ahli silat kita.
Sepak Minang Penamat
234
Persoalan angka itu pernah juga timbul dalam kelas-kelas
latihan yang saya kendalikan. Jawapan yang saya berikan telah
meredakan persoalan. Saya pernah menyentuh persoalan ini pada
tulisan yang terdahulu.
Oleh sebab saya menyedari tentang persoalan yang mungkin
timbul, maka soal istilah perlu dipermudahkan. Untuk memudahkan
penerimaan pelajaran tersebut dalam kalangan penuntut, saya kerap
menggunakan istilah „draw‟ atau „seri‟ semasa memperkenalkan
pelajaran enam tolak enam dalam kalangan penuntut. Pengertiannya
adalah sama. Seperti yang selalu saya tegaskan, perkara penting
ialah ilmunya dan bukan istilah yang perlu didebatkan
Dalam penerangan yang dilakukan, kita selalu mengaitkan
pelajaran „Enam Tolak Enam‟ (Seri) dengan ikrar atau sumpah kita
yang menegaskan bahawa sesama ahli tidak boleh bergaduh. Secara
tersirat kita kaitkan bahawa pelajaran Silat Cekak itu sendiri
memungkinkan sesama ahli tidak akan ada yang menang dan tidak
ada yang kalah. Maksudnya ialah Seri. Walau bagaimanapun, saya
selalu tegaskan betapa tanggapan seri tersebut adalah berdasarkan
pada prinsip. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap sesuatu itu
pasti ada kekecualiannya. Mungkin kita perlu juga membincangkan
aspek kekecualian tersebut dalam kalangan penuntut kita.
Perkara pastinya, jika kedua-dua pasangan Silat Cekak yang
bersilat benar-benar menguasai pelajaran Silat Cekak secara
keseluruhannya maka pelajaran Seri tersebut akan membawa
makna. Malah konsep seri juga boleh dipraktikkan dalam kalangan
pesilat Silat Cekak yang „bertarung‟ gerak berdasarkan gerak Silat
Cekak. Seperti yang saya tegaskan bahawa syarat utama ialah
kedua-dua pesilat Silat Cekak perlu menguasai pelajaran Silat Cekak
Sepak Minang Penamat
235
itu sendiri. Maka sesuailah dengan ikrar bahawa sesama ahli tidak
boleh bergaduh. Tidak ada kalah dan tidak ada menangnya.
Prinsip menyampaikan pelajaran Seri adalah berasaskan
pegangan bahawa kedua-dua pasangan silat adalah merupakan
pengamal Silat Cekak. Maknanya pesilat yang menumbuk dan pesilat
yang menunggu adalah ahli Silat Cekak. Oleh itu, cara menumbuk
dan cara mengambil buah mestilah berdasarkan kaedah-kaedah
yang ada dalam Silat Cekak. Jangan dilayan gerak-gerak yang
terkeluar daripada kaedah kita. Kalau kelas-kelas kemahiran, maka
lain bicaranya.
Cuma terbayang pada saya ketika penuntut diajar pelajaran
Seri dengan menggunakan buah Pasung Kemanga. Kalau penuntut
yang menumbuk pun pengamal Silat Cekak, mana boleh pesilat itu
tumbuk lajak. Hal yang demikian dalam pelajaran Silat Cekak mana
ada pengamalnya disuruh tumbuk lajak. Kalau disuruh tumbuk seperti
mana ahli Silat Cekak menumbuk, maka nampak sangat pendirian
yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun perkara yang dinyatakan di atas tidak
menimbulkan masalah pada mereka. Sebabnya ialah penuntut-
penuntut di kelas berkenaan tidak pun diajar pelajaran Seri hingga
melibatkan pelajaran buah Pasung Kemanga. Berhenti setakat mana
pelajaran Silat Cekak pun saya kurang pasti semasa menyampaikan
pelajaran Seri. Agaknya setakat dua biji buah sahaja yang diajar
memandangkan pengamal Silat Cekak yang mereka ajar memiliki
dua buah sahaja. Bagaimana pulak pada mereka yang tidak berbuah.
Entah. Tak pandai nak jawab.
Sepak Minang Penamat
236
Mengajar pelajaran Seri memerlukan pembuktian yang jelas
dan benar. Dalam kalangan penuntut kita dewasa ini, mereka kerap
menagih fahaman yang rasional. Untuk memenuhi gelagat mereka,
secara bahasa pernyataan, kita sering menyampaikan pelajaran Seri
itu dengan penerangan yang tertentu. Untuk memudahkan
penyampaian, saya sering menggunakan tenaga Jurulatih. Hal yang
demikian akan memudahkan penerangan kerana buah yang ingin
diterangkan Jurulatih „menjadi‟ dan mudah diterangkan. Kalau pesilat
yang melakukan gerak menumbuk, jika buah yang dibuat tidak
menjadi maka penerangan Jurulatih tentang prinsip Seri akan
terganggu.
Para pesilat difahamkan secara tersirat bahawa setiap kali
mereka ijazah maka pelajaran yang diajar adalah erat kaitannya
dengan konsep langkah-melangkah. Semasa ijazah pertama, para
pesilat diperkenalkan dengan satu langkah yang berpihak pada
pesilat yang menunggu. Pada ijazah kedua maka mereka
diperkenalkan dengan satu langkah lagi yang berpihak pada pesilat
yang menyerang. Manakala dalam ijazah seterusnya, para pesilat
yang menyerang dan menunggu tidak peroleh apa-apa. Seperti asal
dan sedia kala. Kalah pun tidak dan menang pun tidak. Hal yang
demikian adalah berpunca dari „pinangan‟ satu tapak lagi dalam
ijazah ketiga.
Berdasarkan pelajaran potonglah maka para pesilat
difahamkan betapa langkah spring merupakan satu kemahiran yang
sangat hebat dan sangat „mahal harganya.‟ Fahamkan mereka betul-
betul tentang konsep langkah-melangkah. Kalau mereka telah faham,
maka persoalan tentang gerak mana dulu, antara gerak kaki dan
gerak tangan akan terjawab secara praktikal dan secara aplikasi.
Sepak Minang Penamat
237
Biasanya, pada pemulaan penerangan, kita menyuruh pesilat
menumbuk dan pasangannya iaitu Jurulatih mengambil buah.
Dengan mudah Jurulatih tersebut membuat jatuhan. Kita buktikan
betapa pesilat yang menyerang akan kalah dan pasangannya akan
peroleh kemenangan.
Pada tahap kedua penerangan, kita menyuruh Jurulatih
menumbuk dan pasangan silatnya membuat jatuhan. Dalam gerak
ini, adatnya pasti Jurulatih akan dapat bertindak dengan tepat untuk
memotong buah jatuh yang dibuat oleh pasangannya. Kita buktikan
betapa pesilat yang menyerang tidak akan kalah dan pasangannya
yang menunggu akan kecundang berdasarkan pelajaran Silat Cekak.
Dua tahap penerangan yang kita lakukan di atas, boleh
disimpulkan betapa setakat pelajaran pertama, ahli Silat Cekak yang
menunggu pasti akan beroleh kemenangan. Apabila gerak potong
diperkenalkan maka ahli Silat Cekak yang menyerang akan beroleh
kemenangan pula. Hal yang demikian agak berbeza apabila kedua-
dua ahli Silat Cekak berkenaan mengalami proses penamat.
Pada tahap yang ketiga kita membuktikan betapa pengamal
Silat Cekak yang menumbuk atau menunggu akan berada dalam
keadaan asal gerak. Di situlah lahirnya konsep tidak ada yang
menang dan tidak ada yang kalah. Bahasa silatnya ialah “Enam
Tolak Enam”. Bahasa amalinya ialah “Seri”. Maka lahirlah falsafah
dalam Silat Cekak iaitu sesama ahli tidak boleh bergaduh kerana
tidak akan ada keputusannya. Maknanya juga secara tersurat,
sampai bila-bila pun pengamal Silat Cekak bertarung, sukar
ditentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Sepak Minang Penamat
238
Seperti yang saya tegaskan terdahulu, itu sebabnya falsafah
yang terbit hasil pelajaran Enam Tolak Enam (Seri) tersebut telah
dijadikan asas dalam ikrar pengamal Silat Cekak supaya tidak
bergaduh sesama ahli. Kalau bergaduhpun dikira buang masa
sahaja. Tidak ada keputusannya dan tidak ada kesudahannya. oleh
itu, kita berkeyakinan bahawa sesama ahli perlu bersatu padu.
“Bersatu teguh, bercerai roboh”. Bukannya, “Bersatu tubuh, bercerai
peluh.” Dalam konteks Silat Cekak, jikalau berpecah, peluh yang
keluar dapat dilambangkan dengan simbul penat atau perbuatan sia-
sia sahaja atas usaha yang dilakukan selama ini untuk
membangunkan Silat Cekak.
Pada kelas-kelas yang saya terlibat, saya sangat
menekankan pelajaran Seri ini. Ketika membuat penerangan
mengenai pelajaran Seri, saya hanya mengambil contoh beberapa
buah yang ada dalam Silat Cekak sebagai maksud kefahaman.
Namun begitu, ketika latihan seterusnya saya berkehendakkan
supaya semua pesilat menggunakan kesemua buah jatuh yang ada
dalam Silat Cekak untuk maksud Seri. Hal yang demikian telah
menyebabkan setiap pesilat perlu membuat latihan Seri pada senarai
buah yang berjumlah sembilan belas yang mereka pelajari sepanjang
berada dalam kelas. Secara langsung para penuntut akan benar-
benar mengusai pelajaran Seri. Sesungguhnya pelajaran Seri amat
bermakna dalam sistem pelajaran kita. Mana mungkin Ustaz
menekankan pelajaran ini jika tidak mendatangkan manfaat kepada
anak muridnya.
Saya berpendapat, amat malang jika ada kelas-kelas yang
kurang menumpukan perhatian pada pelajaraan Seri ini. Kalau kelas
berkenaan tidak memberatkan pelajaran Seri maka pengajarannya
pasti dilakukan secara sambil lewa. Saya dapat gambarkan betapa
Sepak Minang Penamat
239
pada malam atau hari pertama dibuat penerangan tentang kaedah
Seri maka malam itu atau hari itu adalah merupakan malam atau hari
pertama dan terakhir pelajaran Seri diadakan.
Buah yang diajar dalam kelas-kelas berkenaan tidak meliputi
keseluruhan buah yang ada dalam Silat Cekak. Hanya satu atau dua
buah sahaja yang dipraktikkan. Biasanya buah Pertama, Gayung
Patani dan Kuntau Jatuh. Dalam hal ini saya rasa sungguh
merugikan para penuntut. Malah kerugian juga akan dialami oleh
para Jurulatih itu sendiri dalam usaha untuk memupuk atau
membangunkan diri mereka.
Saya telah terangkan tentang peringkat-peringkat penerangan
yang biasa kita lakukan setika menyampaikan pelajaran Seri
tersebut. Di tempat saya, ketika pelajaran kemahiran berlangsung,
pelajaran Seri sentiasa diberi keutamaan dan dilatih bersekali dengan
gerak-gerak lain. Konsep aplikasikan pelajaran Seri menjadi fokus
utama. Setiap penuntut perlu menguasai pelajaran ini dan
memberatinya sama seperti pelajaran-pelajaran lain iaitu jatuhan dan
gerak potong.
Dalam tulisan ini saya tidak akan menyentuh cara-cara
membuat pergerakan seri pada buah-buah Silat Cekak. Tulisan saya
berkisar pada falsafah dan prinsip pelajaran Seri buat kefahaman
para Jurulatih.
Kita perlu yakinkan para penuntut betapa pelajaran Seri
secara aplikasinya akan membantu para pesilat untuk menunggu
atau menyerang dengan penuh yakin. Keyakinan akan melahirkan
sifat berani. Sifat berkeyakinan dan berani adalah berasas. Sebabnya
ialah kita ada kaedah yang membolehkan diri kita ‟menyelamatkan
Sepak Minang Penamat
240
diri‟ apabila situasi pergaduhan tidak menyenangkan diri kita. Keluar
dari medan pergaduhan adalah merupakan tindakan yang strategik.
Itulah kelebihan pelajaran Seri dalam Silat Cekak pada mereka yang
mengerti. Maka saya berpendapat, berilah perhatian dan penekanan
pada pelajaran Seri. Jangan pelajari pelajaran Seri secara sambil
lewa sahaja.
MENYERANG
Tidak banyak perkara yang perlu saya bincangkan dalam
tajuk ‟Menyerang‟. Pelajarannya merupakan rahsia besar dalam Silat
Cekak. Menerang tentu tak sama dengan mempraktikkannya. Walau
bagaimanapun, dalam tulisan-tulisan lalu, konsep menyerang pernah
juga saya sentuh. Bolehlah dibuat rujukan untuk lebih faham. Dalam
tulisan ini saya hadkan perbincangan pada proses penyampaian
sahaja. Bukannya teknik atau taktik tumbuk serang.
Konsep menyerang erat kaitan dengan prinsip kita
melepaskan tumbukan. Kita perlu mempunyai tanggapan yang betul
tentang tumbuk serang. „Jangan kira nak kena sahaja‟. Biasanya
memperkenalkan pelajaran menyerang memerlukan kita membuat
pembuktian. Hal yang demikian menuntut kita membuat
penyampaian yang jelas, tepat dan menyakinkan para penuntut.
Saya bahagikan proses penyampaian kepada tiga peringkat.
Pertamanya, peringkat penuntut merasai dan menjiwai erti pelajaran.
Keduanya cara-cara untuk mendapatkan pelajaran dan peringkat
ketiga ialah aplikasikan pelajaran dalam tumbukan. Ketiga-tiga
peringkat tersebut adalah bersepadu dan berterusan.
Sepak Minang Penamat
241
Untuk menyampaikan pelajaran kepada penuntut bagi
membolehkan mereka menjiwai dan memahami tentang makna
serangan Silat Cekak, terdapat pelbagai cara. Berdasarkan lumrah
proses penyampaian yang sedia ada, Jurulatih digalakkan membuat
garisan. Penuntut disarankan supaya mengelak ke kiri atau ke kanan
sahaja. Jurulatih akan menyerang. Oleh sebab para penuntut
dikehendaki mengelak ketika penumbuk hampir tiba maka telah
membantu Jurulatih mengenakan tumbukan dalam proses
menyerang. Saya difahamkan bahawa tumbukan Jurulatih tersebut
dibuat berkali-kali sebagai ujian sebelum tumbukan sebenar
dilepaskan.
Setelah semua penuntut ‟dikenakan‟ tumbukan maka Jurulatih
disarankan supaya membenarkan penuntut berehat seketika. Setelah
berehat, Jurulatih akan membuat penerangan tentang tujuan tumbuk
serang. Penerangan Jurulatih adalah berdasarkan kewibawaan,
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Jika
pandai bercakap maka tumpuan dan pendengaran pesilat akan
tertumpu pada kata-kata mereka. Jika sebaliknya, penerimaan
pelajaran serang kurang „meriah‟ dan berkemungkinan menyebabkan
pelajaran serang tersebut akan dianggap biasa sahaja.
Banyaklah istilah dan ayat-ayat baru yang terkeluar daripada
mulut mereka. Banyak yang asing pada saya. Tak dapat saya tulis
dalam ruangan ini kerana sukar diingat kata-kata mereka tersebut.
Walau bagaimanapun mereka tidak menggalakkan penuntut
mencuba Jurulatih dengan gerak silat yang ada.
Setelah itu barulah Jurulatih mengajar para penuntut tentang
penumbuk serang. Ramai yang „sayang‟ akan penuntut mereka.
Tumbukan mereka biasa saja. Maka pada saya, sukarlah para
Sepak Minang Penamat
242
penuntut memahami erti tumbuk serang dalam Silat Cekak. Apatah
lagi untuk menjiwai pelajaran serang yang ada. Walau
bagaimanapun, selepas acara tumbuk serang, para Jurulatih disaran
supaya menerangkan falsafah dan kaedah membuat tumbuk serang
dengan jelas supaya para penuntut dapat memahaminya. Saya
berpendapat, ketika penerangan itu diberi, para Jurulatih perlu benar-
benar memahami konsep dan prinsip tumbuk serang. Janganlah
tersalah memberi penerangan. Kesannya berterusan pada para
penuntut.
Ketika saya belajar dulu, sistem penyampaian tumbuk serang
bermula dengan arahan pesilat membuat tumbukan kepada Jurulatih
terlebih dahulu. Para Jurulatih berasa yakin tanpa timbul was-was
untuk menerima tumbukan. Pastinya tumbukan tersebut tidak
mengena. Ketika itu, kerahsiaan tumbuk serang benar-benar
terpelihara dan dijaga.
Setelah selesai kesemua pesilat menumbuk, kami disuruh
berhenti rehat. Ketika itu Ustaz dengan tegas dan yakin mengatakan
bahawa tumbukan yang kami lakukan sebentar tadi adalah sia-sia.
Terkeluar cakap „tumbuk bodoh‟. Kami dijelaskan, “Bukan orangnya
yang bodoh.”
Tumbuk bodoh membawa maksud tumbukan kosong yang
tidak dirancang atau tidak terarah dan sia-sia. Kami tercengang-
bangang menantikan jawapan dan penjelasan selanjutnya.
Setelah itu tiba giliran kami menerima tumbukan daripada
Jurulatih. Dengan tegas dinyatakan arahan supaya kami hanya
mengelak ke kiri atau ke kanan sahaja. Jangan undur ke belakang,
Sepak Minang Penamat
243
gerak ke dalam atau ke bawah dan jangan sesekali mengelak sambil
menepis.
Seperti biasa, saya adalah penuntut pertama yang dipanggil
untuk menerima tumbukan. Ustaz sendiri yang menumbuk. Saya
telah ceritakan betapa gambaran suasana ketika itu penuh dengan
suasana hairan, tercengang, risau dan pelbagai perasaan yang
mencorakkan suasana senyap dan tekun. Tergambar di muka pesilat
perasaan ingin tahu. Sekali sekala suasana tenang dipecah dengan
suara raung. Biasanya laungan dan jeritan ‟mak‟ yang kedengaran.
Sakitnya bukan kepalang.
Puas di hati para penuntut. Cara tumbukan yang dilakukan
oleh Ustaz dan diikuti oleh Jurulatih yang lain, benar-benar
menyentap perasaan para pesilat. Nampak kehebatan yang ada
dalam Silat Cekak. Semua tumbukan mengena sasaran. Bentuknya
padu dan kesemua pesilat terkaku ingin lebih tahu. Tidak sia-sia
menimba pelajaran sekian masa. Apa yang dicakap, telah terkota. Itu
sebab agaknya, pelajaran tersebut kami pelajari dan pusakai dengan
sepenuh hati. Kami cuba menjiwai makna tumbuk serang dari dulu
hingga sekarang. Saya yakin punca perasaan tersebut timbul adalah
kerana pengalaman terkena tumbuk serang yang tidak mudah untuk
dilupakan dalam konteks persilatan Silat Cekak. Maka itulah
sebabnya saya berpegang pada pendapat betapa penuntut-penuntut
baru yang tamat Silat Cekak, patut juga diberi pengalaman yang
sama. Hal yang demikian akan membolehkan mereka mengetahui
dan menjiwai betapa hebatnya tumbuk serang dalam pelajaran Silat
Cekak.
Dewasa ini, Silat Cekak terus berkembang pesat dari masa ke
masa. Penerimaan penuntut semakin meluas daripada pelbagai
Sepak Minang Penamat
244
lapisan masyarakat. Perkembangan kelas-kelas latihan di pusat-
pusat pengajian tinggi tersangat hebat. Ramai siswazah telah
melibatkan diri dalam persilatan Silat Cekak.
Saya dapat rasakan betapa mereka telah mula membawa
idea yang pelbagai dalam bidang pengurusan persatuan dan
persilatan. Pengaruh mereka umpama gelombang yang tidak boleh
disekat. Kita tidak perlu membicarakan kebaikan dan keburukannya.
Terimalah kenyataan yang ada. Hakikatnya, Silat Cekak telah
berkembang semakin luas dengan tenaga dan kepakaran yang
bertambah hasil perkembangan Silat Cekak terutamanya di pusat-
pusat pengajian tinggi tersebut.
Saya berpendapat, seiring dengan perkembangan Silat Cekak
yang semakin meluas dari masa ke masa, maka teknik penyampaian
Silat Cekak secara umum, juga perlu sentiasa diperbaiki untuk
disesuaikan dengan tuntutan penuntut yang pelbagai lapisan dan
pelbagai tahap pendidikan. Kita perlu akui betapa mereka yang
berminat dengan Silat Cekak secara rasional semakin ramai.
Penerangan, kenyataan dan pembuktian yang kita berikan tidak
mudah diterima dengan begitu sahaja. Ada saja persoalan yang
dikemukakan bagi membolehkan mereka menerima sebarang
kenyataan dari Jurulatih. Persoalan-persoalan yang selama ini tidak
terfikir oleh kita, mulai timbul kerana tuntutan rasional tersebut.
Oleh sebab Silat Cekak menerima keahlian daripada pelbagai
lapisan masyarakat, saya berpendapat, cara penyampaian pelajaran
serang pun perlu diperbaiki dari masa ke masa. Cara penyampaian di
zaman dulu mungkin tidak relevan untuk dikekalkan pada zaman
sekarang.
Sepak Minang Penamat
245
Cuma pada saya, kita jangan terperangkap antara cara
penyampaian pelajaran dengan isi pelajaran yang ada. Cara
penyampaian boleh diubah-ubah tetapi isi pelajaran jangan sesekali
diubah. Pelarasan yang dibuat dari masa ke masa, sepatutnya hanya
menekankan aspek penyampaian kepada para penuntut. Janganlah
diubah isi pelajaran.
Kerahsiaan
Silat Cekak yang diwarisi oleh Ustaz terus berkembang hebat.
Dalam konteks Pusaka Hanafi, perkembangan Silat Cekak adalah
dalam berbagai-bagai bentuk. Hal yang demikian adalah kerana
wujud persatuan yang pelbagai untuk mendukung perkembangannya.
Bilangan penuntut Silat Cekak pada umumnya semakin ramai.
Kesannya adalah pelbagai.
Salah satu kesannya ialah aspek kerahsiaan Silat Cekak itu
sendiri. Usaha-usaha untuk merahsiakan pelajaran bukanlah
merupakan satu tanggungjawab yang senang untuk dipikul oleh para
kepemimpinan Silat Cekak yang pelbagai persatuan tersebut. Saya
yakin bahawa kegagalan merahsiakan pelajaran Silat Cekak akan
memberi kesan buruk pada kesemua ahli Silat Cekak walaupun
mereka berlainan persatuan.
Pembukaan kelas-kelas terutamanya di pusat-pusat pengajian
tinggi amat sukar dikawal amanah pada ahli yang belajar. Pada
pemerhatian saya, secara umumnya ikatan antara Guru atau
Jurulatih dengan para penuntut di kelas-kelas berkenaan mungkin
agak longgar. Keadaan yang demikian tentunya memberi impak yang
besar pada aspek kerahsiaan. Kenyataan ini mungkin memerlukan
Sepak Minang Penamat
246
kajian lebih lanjut bagi mendapat kesahannya. Setakat ini, tanggapan
yang ada adalah lebih banyak berasaskan perasaan.
Perkembangan yang berlaku memerlukan para Jurulatih lebih
berhati-hati dalam menyampaikan pelajaran Silat Cekak terutamanya
tumbuk serang. Hal ini demikian kerana aspek menjaga kerahsiaan
juga mempengaruhi pelajaran serang. Kegagalan Jurulatih
membuktikan kehebatan tumbuk serang boleh mendatangkan
kemudaratan dan menjejaskan kewibawaan mereka. Jurulatih perlu
sangat berhati-hati ketika proses menurunkan pelajaran tersebut
dilakukan.
Saya masih teringat dua (2) peristiwa luar dugaan yang
berkaitan dengan proses menurunkan ilmu tumbuk serang dalam
kelas latihan. Dalam satu kelas yang berkenaan, seperti biasa dalam
proses menyampaikan pelajaran tumbuk serang, Jurulatih
membenarkan penuntut membuat tumbukan. Jurulatih berkenaan
akan mengelak ke kiri dan ke kanan. Malangnya ketika penuntut itu
melepaskan tumbukan, Jurulatih yang berkenaan tidak boleh lari dari
sasaran tumbukan. Saya yakin bahawa konsep tumbuk serang telah
diketahui oleh penuntut berkenaan terlebih dahulu. Puncanya pasti
pelbagai. Walau bagaimanapun, situasi tersebut telah merosakkan
penerangan yang sepatutnya dalam proses pembelajaran.
Satu lagi kejadian yang sama pernah berlaku dalam kelas
yang lain. Kejadian tersebut melibatkan Jurulatih yang menjadi baran
akibat terkena tumbukan serang. Hal yang demikian telah
menimbulkan susana tegang antara Jurulatih dengan pesilat.
Mujurlah ada pihak yang cepat-cepat mententeramkan suasana dan
keadaan. Pastinya juga kesan yang buruk telah diterima oleh
Jurulatih yang berkenaan.
Sepak Minang Penamat
247
Dua peristiwa yang saya terangkan sebagai contoh, memberi
makna bahawa aspek kerahsiaan dalam kalangan penuntut dewasa
ini semakin longgar. Amat sukar dirahsiakan isi pelajaran Silat Cekak
antara sesama sahabat yang begitu akrab atau antara sesama
beradik atau antara saudara rapat, atau atau yang lain.
Proses Penyampaian Pelajaran
Jurulatih kelolaan saya sering disarankan supaya mengubah
cara penyampaian pelajaran Silat Cekak terutamanya pelajaran buah
serang. Ikut situasi dan keadaan. Dalam proses penyampaian
pelajaran serang, mula-mula semua penuntut dihimpunkan di satu
tempat. Mereka diberi taklimat tentang kelebihan Silat Cekak yang
berfokus pada gerak menepis dan bukannya mengelak. Setiap
tepisan pasti ada jawapannya. Kita simpulkan betapa tepisan
bukanlah hal yang bermasalah pada pengamal Silat Cekak.
Kemudian para penuntut difahamkan betapa kebanyakan silat
yang ada lebih banyak bergerak berdasarkan elakan. Biasanya
elakan tersebut berdasarkan arah mata angin. Walau bagaimanapun,
kebiasaannya gerak mereka ke arah kiri dan kanan. Timbulkan
persoalan dalam kalangan mereka. Jika menepis tidak
mendatangkan masalah pada pengamal Silat Cekak, bagaimana pula
jika pasangan kita mengelak ke kiri atau ke kanan.
Persoalan tentang pasangan Silat Cekak yang mengelak itu,
perlu dijawab secara pembuktian. Hal yang demikian menyebabkan
pesilat dikehendaki mengelak ke kiri atau ke kanan. Jurulatih akan
membuat tumbukan. Jurulatih tidak perlu mengukur tangan atau
menumbuk secara berkali-kali. Cukup sekali tumbuk serang
dilakukan. Setiap Jurulatih yang membuat tumbukan perlu
Sepak Minang Penamat
248
mementingkan ketepatan. Jadi atau tak jadi, pastikan penumbuk
yang sekali itu mesti menjadi. Itulah penekanan saya pada Jurulatih
yang ada di bawah pengawasan saya.
Dapatkan suara ‟jerit‟ dari mulut penuntut yang kena serang.
Setelah semuanya merasai tumbukan serang maka barulah dibuat
penerangan tentang kelebihan yang ada dalam Silat Cekak.
Simpulkan betapa serang kita dapat mengatasi pasangan yang
menepis atau mengelak. Ketika inilah konsep perkataan, ‟peluru
berpandu, calit kapur, tumbuk gerak‟ dan sebagainya dipupuk dan
ditanam dalam kalangan penuntut. Pastikan penuntut kita benar-
benar faham akan konsep-konsep perkataan tersebut. Kefahaman
perlu diikuti dengan aplikasi dan penguasaan.
Prinsip Penyampaian
Ketika Jurulatih menurunkan ilmu serang, beberapa pegangan
perlu ada pada diri mereka. Hal yang demikian dikira amat perlu bagi
mempastikan kewibawaan mereka sebagai Jurulatih tetap terjamin,
terpelihara dan sentiasa diakui hebatnya
Semasa Jurulatih membuat tumbuk serang, pastikan
tumbukan mereka padu dan mengena sasaran dengan tepat.
Tumbuk yang padu dapat memberi „rasa‟ kepada pesilat yang
diserang. ‟Rasa‟ yang diterima akan menyebabkan para penuntut
akan mengakui kehebatan serang Silat Cekak. Oleh itu, sebelum
pelajaran serang diberi kepada penuntut, para Jurulatih disarankan
supaya membuat latihan tumbuk terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, latihan yang berterusan akan menyebabkan
kemenjadian tumbuk serang dalam kalangan Jurulatih, sentiasa
berkekalan.
Sepak Minang Penamat
249
Dalam proses penyampaian pelajaran, terangkan kepada
para pesilat kita supaya kaedah elakan yang dilakukan hanya ke kiri
atau ke kanan sahaja. Sebarang bentuk elakan yang disertai dengan
tepisan adalah dilarang sama sekali. Terangkan juga kepada mereka
bahawa elakan ke depan atau ke bawah perlu dihindarkan kerana
perbuatan tersebut adalah berbahaya. Kalau mereka terbuat maka itu
merupakan habuan bagi mereka. Kalau maju atau turun ke bawah,
maka terima sahaja tumbukan tanpa ada tumbukan brek daripada
Jurulatih. Nasiblah kalau penumbuk Jurulatih singgah ke muka.
Para Jurulatih diingatkan supaya memahami maksud gerak
pada pesilat dalam proses menyampaikan ilmu tersebut. Jangan
cuba membuktikan kehebatan tumbukan kita jika pesilat mengundur
ke belakang. Prinsipnya hanya elakan kiri dan kanan. Bukannya
mundur ke belakang. Kalau mengundur ke belakang, jangan cuba
membuat lajakan tumbukan atau membuat gerak tumbukan yang
lain. Hal yang demikian adalah menyimpang daripada sukatan
pelajaran dan menyimpang daripada maksud serangan. Namun
begitu, dalam kelas-kelas kemahiran, perbuatan demikian tidak
dilarang.
Peringkat kedua pelajaran serang ialah kaedah memahamkan
penuntut tentang konsep dan prinsip tumbukan serang dilakukan.
Tidak sesuai untuk saya membuat kupasan dalam tulisan ini. Perkara
rahsia besar amat sukar dikupas dalam tulisan ini. Walau
bagaimanapun, proses menyampaikan ilmu serang ini adalah
berasaskan kepada beberapa prinsip. Jurulatih perlu memberi
perhatian dan pastikan penguasaan prinsip tersebut dalam kalangan
penuntut yang mereka bimbing.
Sepak Minang Penamat
250
Perkara utama yang perlu diterangkan ialah prinsip ‟kejutan‟.
Maknanya, para penuntut perlu benar-benar memahami konsep
kejutan dan prinsip kejutan dalam pelajaran serang. Memahami
konsep atau maksud kejutan ini perlu disertai dengan prinsip-prinsip
atau cara-cara membuat kejutan. Sukar diberi penjelasan dalam
tulisan ini. Penguasaan kejutan akan memberi impak yang tersangat
besar pada kehebatan kita sebagai Jurulatih. Perkara yang amat
penting ialah para Jurulatih jangan sesekali terkejut. Terkejut akan
menyebabkan terlatah. Maka hilanglah sifat ketenangan yang dikira
amat penting sebagai Jurulatih Silat Cekak di kelas masing-masing.
Tangan memainkan peranan dalam pelajaran serang.
Peranan tangan akan banyak mempengaruhi prinsip kejutan. Cuma
pesanan saya, jangan mengajar buah sampai penuntut kita membuat
tabit hormat sebelum melepaskan tumbukan terhadap pasangan. Kita
ialah ahli silat dan bukannya askar atau polis. Disiplin kita tak sama
dengan disiplin yang ada pada pasukan keselamatan yang lain.
Kaki juga memainkan peranan untuk mempastikan ketepatan
serangan. Langkahan kaki penyerang juga perlu dilakukan secara
berhati-hati. Pergerakan kaki perlu selaras dan seiring dengan
pergerakan tangan. Elakkan kaki kita berkemudi. Banyak rugi
daripada untungnya pada pergerakan pesilat dalam konteks kiraan
gerak dalam saat dan ketika. “Di mana kaki pergi maka disitulah
tangan tiba.” Penggunaan langkah kaki biarlah berperingkat dan
jangan gopoh. Biasakan dengan pemulaan gerak kaki daripada tarik
kaki kanan ke belakang hingga kedudukan kedua-dua kaki yang
selari sebelum membuat serangan. Tempoh masa mengubah tapak
serang adalah bergantung pada penguasaan pelajaran serang itu.
Sepak Minang Penamat
251
Selain tangan dan kaki, jangan dilupa pemberatan badan
ketika melakukan serangan. Pemberatan badan perlu sekata antara
berat di kaki kiri dan di kaki kanan. Hal yang demikian akan
memudahkan kita membuat tindakan pada gerak berikutnya. Saya
sering membuat ujian gerak pada para penuntut yang suka memberat
badan ke depan. Banyak ruginya. Saya tunjukkan kemudaratannya
yang bakal diterima jika mengambil mudah prinsip pemberatan badan
tersebut.
Setelah memahami dan memperoleh cara serangan, para
penuntut perlu sentiasa mempraktikkan tumbukan serang yang
diperturunkan kepada mereka. Amat malang apabila ada dalam
kalangan Jurulatih yang melupakan tumbuk serang ketika berlatih
buah-buah umum. Sama seperti penamat Seri, ada yang berlatih
tumbuk serang pada malam atau hari berkenaan sahaja. Selepas hari
atau malam tersebut maka pandai-pandailah para penuntut membina
keupayaan sendiri untuk melakukan tumbuk serang. Maka „terbiarlah‟
mereka dengan tanggapan sendiri pada tumbuk serang.
Para Jurulatih perlu faham bahawa senarai buah-buah umum
adalah merupakan alat untuk melatih tumbuk serang kita. Hal yang
demikian bermakna, ketika menyampaikan pelajaran umum,
tumbukan penuntut sentiasa dalam bentuk tumbuk serang.
Kegagalan mereka berbuat demikian memerlukan kita membuat
teguran secara serius.
Saya selalu mengingatkan Jurulatih saya supaya jangan
menagih para pesilat membuat buah-buah umum dengan tepat dan
cantik. Buah umum adalah buah-buah dari persilatan lain. Jangan
terperangkap dengan sikap untuk melakonkan buah-buah silat lain
secara tepat dan mantap. Buang masa. Tugas kita ialah
Sepak Minang Penamat
252
menggunakan serangan bagi mematikan gerak buah-buah
berkenaan. Ingat. Buah-buah umum tersebut hanya alat latihan untuk
memantapkan tumbuk serang kita.
Kaji semula senarai buah-buah umum yang ada. Cerakinkan
senarai buah-buah berkenaan untuk disesuaikan dengan kehendak
kelas dan kehendak semasa. Senarai yang ada hanyalah sebagai
panduan untuk menjelaskan maksud tumbuk serang. Senarai
menunggu seperti serangan kaki, pisau atau tongkat perlu diasingkan
sebagai pelajaran khusus. Namun begitu, pelajaran „kaki‟ boleh
dijadikan alat untuk memupuk serangan tangan para pesilat.
Jurulatih kelolaan saya sering diingatkan, jangan bergantung
pada senarai umum tersebut. Kalau tak silap saya, senarai tersebut
telah bermula sejak hampir tiga puluh tahun yang lalu. Ketika saya
berada di cawangan, senarai umum baru dibuat. Nampaknya senarai
itu tidak ada perubahan dan penambahbaikan hingga ke tarikh kini.
Walaupun senarai umum boleh dijadikan panduan untuk
mempraktikkan tumbuk serang, senarai buah tersebut tidak pernah
diterima pakai sepenuhnya dalam kelas-kelas yang saya awasi.
Selalu saya tegaskan kepada Jurulatih saya, prinsip utama Silat
Cekak ialah buah-buah yang menggunakan tangan termasuk
serangan pada tapak adalah semata-mata untuk mempraktikkan
tumbuk serang yang diajar kepada penuntut.
Apabila penguasaan serang menjadi mantap dalam kalangan
pesilat, kaedah serang juga boleh diaplikasikan ketika pesilat
menumbuk untuk membuat buah potong. Gunakan juga kaedah
kejutan ketika membuat serangan pada buah jatuh bagi maksud
gerak potong. Secara langsung perbuatan gerak berkenaan akan
Sepak Minang Penamat
253
menjadikan pengetahuan dan penguasaan pesilat pada tumbuk
serang sentiasa bertambah mantap dari masa ke masa.
Sebagai pesilat dan pengamal Silat Cekak, pastikan
penguasaan kita pada tumbuk serang benar-benar berlaku pada diri
setiap pesilat. Itulah senjata utama Silat Cekak. Harganya terlalu
mahal. Walau sedikit pelajarannya tapi impaknya sangat besar.
Benda yang sikit adalah merupakan satu keistimewaan. Kuasai
benar-benar teknik tumbukan serang. Banyak masalah yang boleh
kita selesaikan jika penguasaan gerak serang telah kita kuasai
dengan sempurna.
Gambar kenangan Saudara Nazri sewaktu mengajar pelajaran
kemahiran Seni Silat Cekak di Kelas Pasir Puteh, Ipoh, Perak.
Sepak Minang Penamat
254
Gambar aksi Dato‟ Mohd Rauhi dalam satu persembahan
demonstrasi Seni Silat Cekak di Universiti Malaya pada
tahun 1974.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
255
PELAJARAN
KEMAHIRAN
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
256
KEMAHIRAN BUAH JATUH
Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, sering dinyatakan
tentang kelas-kelas kemahiran. Saya berpegang pada pengertian
konsep kemahiran yang berbeza dengan konsep latih tubi. Kelas
kemahiran adalah medan yang menyediakan ruang bagi para
penuntut Silat Cekak untuk mengaplikasikan pelajaran Silat Cekak
yang diterima dari buah jatuh hingga ke buah umum.
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan konsep latih tubi.
Mengulang-ulang pembelajaran yang sedia ada bagi maksud
kemahiran, saya istilahkan latih tubi. Latih tubi akan menjurus kepada
sifat menghafal. Menghafal akan menafikan sifat berkreativiti dan
berfikiran terbuka. Pemikiran mereka akan terkongkong dan
berkemungkinan akan mewujudkan keyakinan yang tidak berpijak di
bumi nyata. Walau bagaimanapun, lain orang maka lain tafsirannya.
Buatlah mana yang patut. Tapi, banyak yang dah tak patut.
Dalam tulisan ini dan tulisan seterusnya, saya akan cuba
membincangkan bentuk-bentuk kemahiran yang pernah dipupuk
dalam kalangan penuntut Silat Cekak sepanjang berada di bawah
pengawasan saya. Tulisan saya juga boleh dijadikan panduan dan
rujukan pada pengamal Silat Cekak. Mereka yang pernah berada di
bawah bimbingan saya boleh menjadikan tulisan ini sebagai
pengingat semula isi pelajaran yang pernah disampaikan. Itupun
pada mereka yang tidak beralih angin atau lupa daratan dan lupa
lautan atau dah lupa diri atau dah lupa berbudi bahasa.
Saya selalu tegaskan betapa pelajaran kemahiran buah-buah
jatuh erat kaitan dengan gerak-gerak pantas yang perlu dilakukan
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
257
bagi mengatasi gerak yang ada pada lawan atau pasangan.
Mengatasi gerak lawan atau pasangan adalah bermaksud mengatasi
aspek-aspek kepantasan gerak, aspek fizikal dan aspek psikologi
mereka. Ketiga-tiga aspek tersebut banyak mendatangkan kesan
pada pergerakan kita semasa bersilat atau berhadapan dengan
sesiapa sahaja. Kupasan saya pada ketiga-tiga aspek tersebut
adalah seperti berikut.
Dari aspek kepantasan, banyak buah yang tidak „menjadi‟
kerana pasangan yang menjadi lawan atau pasangan silat kita, ketika
bersilat lebih pantas dari gerak pesilat itu sendiri. Misalnya, jika
penumbuk pasangan silat atau lawan pesilat tersangat laju maka
gerak jatuh pesilat berkenaan pasti akan terganggu. Tidak sempat
pesilat membuat tepisan, penumbuk pasangan telah hinggap di dada.
Kalau buah jatuh yang dilakukan, gerak pasangan lebih cepat
daripada gerak potong yang cuba dilakukan oleh pesilat. Maka gerak
potong yang berlaku akan tidak menjadi. Sepatutnya dalam gerak
potong, pesilat yang menumbuk akan menang. Tapi kalah juga
kerana gerak pantas pasangannya.
Hal yang demikian perlu sangat dipandang berat oleh para
Jurulatih terhadap pesilat yang dibimbingnya. Satu teknik dan taktik
yang jitu adalah tersangat perlu disemai dalam kalangan pesilat bagi
mengimbangi gerak pantas pasangan dengan gerak pesilat itu
sendiri. Gerak pantas para pesilat perlu dibina dan disebatikan dalam
diri pesilat.
Sebagai Jurulatih yang telah membimbing dan mengawasi
para pesilatnya dari mula, tentu tahu akan kelebihan dan kekurangan
yang ada dalam kalangan pesilat. Pengetahuan itu adalah sangat
berguna bagi membangunkan kehebatan anak buahnya dalam silat.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
258
Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan keyakinan diri pesilat
itu akan sentiasa merudum. Kecualilah jika kita membiarkan „gerak
pakat‟ dalam kalangan mereka. Kalau berpakat, maka semuanya
cantik dan elok di mata. Hal yang demikian akan mengasaskan
keyakinan palsu. Kalau wujud keyakinan maka keyakinan tersebut
tidak berasas. Golongan inilah nanti jika terkecewa maka akan terus
memutuskan hubungan dengan Silat Cekak. Mereka rasa diri mereka
telah tertipu.
Hal yang sama juga dapat dikiaskan dalam kalangan mereka
yang terlalu taksub dengan pemimpin dalam satu-satu organisasi.
Golongan ini berkeyakinan besar dan tegas menganggap bahawa
kalau pemimpin, pasti bersifat sempurna. Tidak ada cacat atau
celanya. Maka berikhlaslah mereka pada pemimpin itu dengan
menafikan perasaan dan pemikiran mereka sendiri. Itulah ikhlas
palsu.
Hal yang demikian terjadi kerana hubungan yang dipupuk
adalah tidak berdasarkan pada pegangan. Itulah jenis pemikiran yang
tidak mengusai tubuh badan dan tindakan. Membabi buta ikut
perasaan. Perasaan yang terasas hasil muhasabah dan istiqamah
agaknya. Kadang kala „berbulu biji mata‟ kita melihat akan gelagat
mereka yang kerap kali ditafsir sebagai „ampu‟ tak bertempat.
Kita sendiri sukar bersua muka dengan pemimpin kerana
telah disambar mereka terlebih dahulu dan dibawa ke rumah. Kadang
kala hingga sanggup mengambil pemimpin beratus batu demi
khidmat bakti yang hakiki. Sampaikan mencari nama anak atau
mencari pasangan kekasihpun dirujuk pada pemimpin tersebut. Dia
yang nak berkahwin tapi orang lain pulak yang menyediakan
„tempatnya‟. Diri yang nak kahwin maka orang lain yang menentukan
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
259
tundunnya. Kurang kesedaran diri. Ketepikan mereka yang selama ini
bergaul rapat atau berkait rapat dengan diri mereka.
Apabila pemimpin itu melakukan sedikit kesilapan, maka
sukar diterima oleh diri orang berkenaan yang terlalu anu pada
pemimpin tersebut. Tak boleh maaf-maaf lagi. Maka terputuslah
hubungan yang sedia ada. Baru ternampak sifat diri yang
sebenarnya. Maka terpenuhnya ibarat berputus arang. Arang adalah
berlambangkan hitam. Hati perut yang hitam tanpa ada sedikit
cahaya yang membawa maksud kejernihan. Jelaslah betapa selama
ini hidup dalam dunia khayalan dan kepura-puraan. Maka itulah
namanya hubungan palsu. Macam gigi palsu yang boleh ditanggal-
tanggal. Tidak ada pegangan sebagai landasan hubungan. Merapu di
merata-rata tempat. Hatta lurah dan alur yang ketandusan air.
Berbalik pada perbincangan, kelas kemahiran boleh dijadikan
tempat bagi memupuk dan mengembangkan kepantasan para pesilat
itu sendiri. Biar mereka berpijak di bumi nyata. Jika lemah maka
Jurulatih perlu katakan lemah. Tapi pupuk mereka supaya terkeluar
dari kelemahan tersebut. Jangan dibiarkan sifat itu berterusan hingga
menjadi nilai pada pesilat itu. Walau bagaimanapun, jangan diberi
janji atau harapan palsu dalam konteks kemampuan yang kurang
pada diri pesilat itu.
Tempoh masa untuk memupuk kehebatan gerak pesilat
adalah bergantung pada minat dan kesungguhan pesilat itu sendiri.
Saya yakin, cepat atau lambat, hasilnya tetap ada jika gerak pantas
pada mereka benar-benar dipupuk dari masa ke masa.
Setiap pesilat perlu sangat sensitif pada keadaan fizikal
lawannya (pasangan silat). Saiz badan yang lebih besar dari pesilat,
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
260
kaki dan tangan yang lebih panjang dari pesilat dan lain-lain kelainan
yang tidak ada pada pesilat, akan memberi kesan pada gerak pesilat
itu sendiri. Perbezaan fizikal antara pesilat dengan lawannya, perlu
sangat diberi perhatian. Jangan bersikap ambil mudah atau sambil
lewa ketika pesilat melakukan sebarang gerak ketika bersilat, sama
ada gerak jatuh atau gerak potong.
Dalam hal yang demikian, pesilat perlu menyesuaikan
geraknya dengan tuntutan fizikal pasangan yang berbeza dengan
dirinya. Pesilat juga memerlukan kemahiran menyesuaikan keadaan
fizikalnya berbanding dengan pasangan atau lawannya. Kesedaran
ini perlu dipupuk dari masa ke masa. Maka kelas-kelas kemahiran
boleh menyediakan tuntutan tersebut.
Saya juga menekankan aspek psikologi sebagai faktor
penting pada para pesilat yang berhadapan dengan lawan atau
pasangannya. Muka yang lebih „garang‟ pada lawan atau pasangan
berbanding dengan pesilat tentunya memberi kesan kepada pesilat
itu sendiri. Ramai lawan yang menggunakan mata sebagai usaha
meruntuhkan keyakinan diri pesilat. Itu sebab agaknya, pesilat Silat
Cekak tidak perlu memandang mata lawan kita. Kita memandang
secara keseluruhan tubuh badan pasangan atau lawan. Apatah lagi
pasangan kita bani hawa. Lebihkan tumpuan pada bahagian dada.
Hebat ganang dan bukaunya. Itu juga sebab agaknya semacam satu
keperluan mengembangkan silat dalam kalangan mereka.
Dari sudut psikologi juga, kerap kali juga mereka
menggunakan kata-kata untuk melunturkan semangat pesilat Silat
Cekak. Di sinilah pegangan yang jelas perlu ada pada para pesilat.
Kita perlu yakin bahawa silat itu adalah gerak. Yang bergerak
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
261
pastinya dua tangan dan dua kaki. Itulah gerak yang utama dan
gerak yang sebenarnya.
Tanamkan fahaman kukuh dalam kalangan pesilat kita. Apa
jenis nama silat yang dikatakan hebat atau menggerunkan,
sepatutnya tidak memberi kesan psikologi pada kita. Pada dasarnya,
pergerakan silat berkenaan tetap bersumberkan pergerakan dua
tangan dan dua kaki. Manakala Silat Cekak mengkaji pergerakan dua
tangan dan dua kaki tersebut. Maka yakinlah betapa Silat Cekak
mampu untuk menghadapi mereka.
Oleh itu, saya utamakan pembelajaran kelas kemahiran, khas
untuk melatih pesilat Silat Cekak menguasai buah-buah jatuh dengan
pantas, kemas dan tepat. Secara langsung, pelajaran yang diperoleh
akan dapat menampung apa jua kekurangan yang mereka hadapi
ketika berhadapan dengan pasangan atau sesiapa sahaja. Lebih-
lebih lagi kekurangan yang melibatkan gerak mereka, tubuh fizikal
mereka dan keyakinan diri yang kurang ada pada pesilat-pesilat
berkenaan.
Tumpuan kelas-kelas kemahiran adalah diberi pada para
Jurulatih. Dalam masa para Jurulatih membangunkan kehebatan diri
para penuntut Silat Cekak yang mereka didik, maka ketika itu juga
kehebatan Jurulatih perlu juga dihebatkan bersama. Jurulatih adalah
daya penggerak bagi mempastikan Silat Cekak terus berkembang
dengan hebatnya sama ada dari segi kuantiti ahli mahu pun kualiti
ahli. Jurulatih perlu berperanan sebagai pakar rujuk pada pelajaran
yang ada dalam Silat Cekak.
Ketika saya bergiat sebagai Jurulatih di ibu pejabat lama atau
baru, Ustaz juga telah mengadakan kelas kemahiran setiap malam
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
262
Jumaat ketika kelas-kelas silat biasa berehat. Ustaz sendiri yang
turun padang. Hal yang demikian menunjukkan betapa Ustaz
mengambil berat pada kualiti Jurulatih. Jika Jurulatih berkualiti maka
pada adatnya para penuntut yang dibimbingnya akan turut berkualiti.
Begitulah sebaliknya.
Kita selalu diingatkan betapa Guru umpama kepala keretapi.
Kita yang menjadi pengikut adalah umpama gerabaknya. Jika kepala
keretapi memecut selaju seratus kilometer maka gerabaknya juga
perlu memecut dalam kelajuan yang sama. Barulah masing-masing
berada dalam perjalanan yang sama tanpa ada yang tercicir.
Perjalanan tersebut adalah berdasarkan pada tanggungjawab yang
jelas pada bidang tugas masing-masing. Tidak ada yang terkeluar
dari landasan.
Bagi mempastikan gerabak yang mengikut kepala keretapi itu
berada dalam kelajuan yang sama dan dalam landasan yang sama
maka ikatan atau hubungan yang kuat dan benar, perlu ada.
Bukannya ikatan atau hubungan palsu yang diasaskan pada sifat
kepura-puraan. Semestinya, ikatan itu berasaskan penguasaan gerak
fizikal dan kefahaman yang ada dalam Silat Cekak. Itu juga sebabnya
wujud sesuatu yang tidak menghairankan generasi kami apabila kami
diasuh Ustaz sama ada dari segi fizikalnya mahupun kefahaman
yang ada dalam Silat Cekak dari masa ke masa.
Berbalik pada kelas-kelas kemahiran di tempat saya, isi
pelajarannya adalah meliputi semua aspek pembelajaran yang ada
dalam Silat Cekak. Aspek-aspek tersebut merangkumi kemahiran
Kaedah, Buah Jatuh, Buah Potong, Serang, Kaki, Senjata dan Umum
tanpa pakat. Semua aspek tersebut adalah bersepadu. Cuma, dalam
tulisan ini saya sentuh aspek yang tertentu sahaja termasuk
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
263
kemahiran Buah Jatuh. Mungkin jika sesuai, saya juga akan
menyentuh tentang kemahiran Potong dan Umum.
Kelas kemahiran buah jatuh yang saya bawa ada hala
tujunya. Saya akui bahawa Ustaz tidak pernah menyatakan
kemahiran-keahiran tersebut dalam satu tajuk yang khusus. Akan
tetapi Ustaz pernah menekankan kemahiran-kemahiran tersebut
dalam percakapannya tentang Silat Cekak dari masa ke masa. Hal
yang demikian telah membolehkan saya membuat penyusunan
kelas-kelas kemahiran berdasarkan pengetahuan dan kebolehan
saya. Sukatan pelajaran dari ibu pejabat, tidak ada. Maka itulah
kretiviti dan inovasi saya dalam kelas-kelas kemahiran yang saya
anjurkan. Perkara penting dan utama ialah keupayaan para Jurulatih
perlu ditingkatkan dari segi pengetahuan dan kebolehan mereka dari
masa ke masa.
Seperti yang saya terangkan terdahulu, saya tidak berminat
untuk melatih semula buah-buah yang ada dalam senarai sukatan.
Hal yang demikian tidak akan membuka minda para Jurulatih saya.
Pembelajaran yang sedemikian lebih berbentuk latih tubi. Gerak latih
tubi akan mirip ke arah sifat pembelajaran secara hafalan. Fikiran
Jurulatih akan terkongkong dan tidak dapat bertindak pantas
berdasarkan situasi semasa. Berdasarkan hal yang demikian, ketika
saya mengendalikan kelas kemahiran beberapa aspek kemahiran
telah saya beri tumpuan. Ketika itu minat dan keyakinan diri perlu
menebal bagi mempastikan kelas berjalan dengan berkesan.
Sepanjang pengalaman mengendalikan kelas, saya berasa sangat
puas hati.
Sekurang-kurang melalui tulisan ini akan dapat mengingatkan
kembali pada para Jurulatih yang dulu dan Jurulatih yang sekarang
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
264
tentang usaha-usaha yang pernah dilakukan. Maka dalam tulisan ini
bolehlah kita berkongsi bersama tentang kemahiran-kemahiran yang
saya fokuskan dalam kalangan Jurulatih yang saya didik.
Perbincangan adalah berkisar pada kemahiran berlatih buah jatuh
seperti perbincangan berikut.
Pengkhususan Kemahiran
Dalam tulisan ini saya tidak berminat untuk meneliti satu-satu
buah secara terperinci dalam setiap kemahiran. Saya sentuh sahaja
buah-buah yang terlibat dengan kemahiran tersebut bagi
mengingatkan mereka yang pernah menuntut dengan saya tentang
pelajaran yang pernah diajar. Pada para pembaca ahli Silat Cekak
yang lain, jika berfikiran terbuka, hubungilah mereka yang pernah
bersama saya. Tentu akan peroleh maknanya. Maka berfikiran
terbukalah bagi menambahkan pengetahuan yang ada.
Dalam kelas tersebut, semua buah yang dilatih adalah
berdasarkan sekurang-kurangnya pada lima kemahiran yang ingin
dipupuk. Banyak kemahiran lain yang bersepadu dengan kemahiran
asas yang saya maksudkan. Berkemungkinan juga pada setiap buah
itu, boleh diperoleh beberapa kemahiran. Hal yang demikian
menyebabkan berkemungkinan satu-satu buah itu diulang-ulang
penggunaannya dalam beberapa kemahiran yang ingin dipupuk.
Ketika berlatih buah-buah kemahiran itu, peranan Jurulatih
adalah penting untuk menerangkan tentang kemahiran-kemahiran
tertentu yang dikehendakinya. Sudah semestinya Jurulatih kanan
yang membantu mengendalikan kelas, terlebih dahulu telah
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Perbincangan secara
lisan perlu dilakukan dengan mereka dari masa ke masa. Hal yang
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
265
demikian bagi membolehkan mereka memperoleh dan menguasai
panduan yang lengkap dan mantap tentang Silat Cekak. Penguasaan
panduan yang mantap ini akan membolehkan mereka memandu para
pesilat lain yang berada di bawah pengawasan dan pengawalan
Jurulatih tersebut.
Aspek-aspek kemahiran yang saya bincangkan berikut hanya
akan menyentuh beberapa jenis buah jatuh sebagai contoh dalam
konteks kemahiran yang dikehendaki. Kemahiran yang dibincang
adalah merupakan kemahiran utama yang perlu diberi perhatian. Ada
kamahiran-kemahiran lain yang bersepadu semasa menerangkan
kemahiran berikut.
i. Kemahiran membuat kepelbagaian buah Silat Cekak
berdasarkan pada situasi.
Dalam kemahiran ini, para pesilat digalakkan membuat buah
berdasarkan kata hati. Geraknya adalah secara spontan atau semula
jadi, tanpa direka-reka. Misalnya, ketika membuat buah Sendeng
Atas. Gerak jatuh adalah menekan pelipat. Walau bagaimanapun,
oleh sebab pesilat berkenaan telah belajar cara mengambil tongkat
yang memukul kaki pada Sendeng Atas maka gerak yang demikian
mungkin terbawa-bawa ketika melakukan gerak buah jatuh Sendeng
Atas. Maka dalam soal ini Jurulatih membenarkan perbuatan
tersebut.
Hal yang demikian menjadikan gerak pesilat tidak kaku dan
sentiasa kreatif. Tugas Jurulatih adalah mempastikan gerak yang
berubah tersebut masih lagi dalam prinsip gerak Silat Cekak. Jangan
biarkan mereka mereka-reka gerak berdasarkan logik atau rasional
yang tidak berasas.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
266
ii Kemahiran Menukar Buah.
Kemahiran ini sangat lumrah. Terdapat keadaan, buah yang
kita buat tidak „menjadi‟ seperti mana yang kita harapkan untuk
masud jatuhan. Hasrat kita pada kemenjadian buah berkenaan
terbantut akibat beberapa halangan dan pelbagai keadaan.
Dua punca besar yang saya dapat kesan. Sebab pertama
ialah tindak balas dari pasangan itu sendiri yang tidak membenarkan
kita membuat jatuhan. Oleh itu, tindak balas kita berikutnya adalah
melihat pada tindak balas pasangan kita ketika mengambil buah. Jika
pasangan enggan jatuh pelipat maka secepat kilat kita tukarkan
bentuk jatuhan yang lain. Gerak kita perlu hidup dan tidak boleh
berhenti. Hal yang demikian membawa makna bahawa kemahiran
membuat gerak secara berterusan sangat ditekankan dalam
kalangan pesilat. Kemahiran membuat gerak tanpa bermalam adalah
satu kemahiran yang bersepadu dengan kemahiran-kemahiran lain
yang ingin kita pupuk.
Satu lagi sebab ialah keadaan pasangan yang tidak
memungkinkan mereka jatuh seperti yang kita harapkan. Faktor-
faktor badan pasangan gemuk atau kurus, tinggi atau rendah, kaki
pendek atau kaki panjang dan pelbagai bentuk fizikal yang lain akan
mempengaruhi hajat jatuhan yang kita ingin lakukan. Sebagai pesilat
kita tidak boleh membiarkan keadaan berkenaan membantut gerak
yang kita ingin lakukan. Tindakan segera perlu dilakukan.
Misalnya, kalau pasangan kita sukar dijatuhkan maka perlu
gerak spontan bagi mengatasinya. Tak boleh tunggu lama-lama.
Prinsip jatuhan adalah merupakan kesinambungan pada kaedah dan
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
267
pukulan yang mengiringinya. Jangan teragak-agak dan bermalam
pada proses gerak jatuhan yang kita lakukan.
Contohnya ialah buah Pertama. Setelah dikenakan pukulan
pada rusuk, pesilat perlu menjatuhkannya. Jika pelipat sukar ditekan
maka sepintas kilat pesilat itu akan menukar gerak seperti buah
Paras dan sebagainya. Begitu juga dengan buah-buah yang lain. Jika
Hempuk sukar dilakukan maka gerak jatuh Kuntau Kiri boleh
dijadikan pilihan.
Contoh lain yang selalu digunakan ketika saya belajar dulu
ialah buah Kilas Belakang dan Kilas Depan. Kedua-dua buah
tersebut boleh bertukar mengikut keadaan dan situasi. Misalnya, jika
pesilat mengambil Kilas belakang, pasangannya sukar dilenturkan ke
belakang. Maka dengan secepat kilat pesilat akan menukarkan
bentuk jatuhan kepada Kilas Depan. Cuma dalam proses penukaran
tersebut, teknik yang betul sangat perlu digunakan. Para Jurulatih
perlu mengawasi keadaan itu.
Selalu ingat dan ambil berat. Nilai yang perlu ada dalam
kalangan pesilat ialah tidak bermalam atau terhenti di mana-mana
gerak. Kalau asyik menjatuhkan buah yang sukar dijatuh, maka
pesilat itu akan terasuh memiliki gerak yang bermalam atau terhenti.
Hal yang demikian akan menjadikan gerak pesilat lembab dan kaku.
Tentunya gerak yang sedemikian sangat merugikan pesilat itu
sendiri.
Oleh itu, kemahiran menukar gerak secara sepontan sangat
saya tekankan dalam kalangan pesilat dalam kelas kemahiran.
Semua buah jatuh boleh dilibatkan dalam kemahiran ini. Tapi jangan
terperangkap dengan prinsip berpakat. Kalau berpakat gerak maka
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
268
kurang maknanya. Dalam konsep berpakat, kalau pesilat gagal
membuat sesuatu buah yang dihajatinya, maka pasangannya pula
yang akan memberi laluan pada gerak yang lain. Sudah pastilah
gerak yang berkenaan akan merugikan kedua-kedua pesilat tersebut.
iii. Kemahiran Membuat Pukulan.
Kemahiran ketiga yang saya titik beratkan adalah berkaitan
dengan aspek pukulan dalam buah-buah jatuhan. Dalam senarai
buah jatuh terdapat buah-buah yang tidak mempunyai pukulan. “Silat
Cekak mementingkan pukulan”. Oleh itu, mana-mana buah jatuhan
yang tidak ada pukulan maka perlu diiringkan dengan pukulan.
Pukulan tersebut bukannya secara mengacah. Pukul, tetap pukul.
Cuma bentuk pukulan adalah berdasarkan keperluan buah
berkenaan. Kekuatan pukulan juga adalah berdasarkan kepada brek
yang boleh dilakukan oleh pesilat berkenaan.
Buah-buah jatuhan seperti buah Gayung Patani, Kuntau Kiri,
Hempuk dan Gari boleh dijadikan panduan. Buah-buah ini tidak ada
pukulan khusus semasa asas lagi. Prinsip pukulan yang dimahirkan
masih tidak lari daripada prinsip Silat Cekak. Begitu juga dengan
buah-buah jatuh yang lain. Pastikan para pesilat benar-benar ambil
berat tentang aspek pukulan tersebut. Jangan mengacah-acah
sebarang bentuk pukulan.
iv. Kemahiran Menghiris Pelipat.
Kemahiran memukul sambil menghiris kaki lawan adalah
kemahiran seterusnya yang patut diberi perhatian. Kedua-dua
kemahiran iaitu memukul dan menghiris kaki perlu bersepadu dan
dilakukan dengan penuh yakin dan tepat. Kesepaduan itulah yang
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
269
ditekankan dalam kelas kemahiran. Ramai penuntut yang gagal
menggabungkan kedua-dua gerak berkenaan dalam satu ketika.
Akibatnya, pukulan yang berlaku lebih berbentuk sepak bola. Buah-
buah Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan Gantung sering
digunakan sebagai usaha untuk mencapai tahap kemahiran tersebut.
Semasa pelajaran jatuh, kita tidak membenarkan para pesilat
membuat pukulan pada pelipat. Tuntutan gerak yang dikehendaki
pada buah-buah tersebut adalah secara hirisan. Kita tidak mahu
mencapuradukkan pukulan dan hirisan. Biarlah kemahiran tersebut
dibuat satu persatu. Semasa pembelajaran buah jatuh, tekankan
kemahiran hirisan kerana itulah sukatan pelajarannya. Saya
berpendapat, mudah bagi kita menguasai kemahiran hirisan
berbanding dengan kemahiran pukulan.
v. Kemahiran Gerak Kejutan
Saya selalu tegaskan betapa setiap buah jatuhan memerlukan
kejutan. Kejutan boleh juga dilakukan ketika pesilat membuat kaedah
dalam proses jatuhan. Cakap-cakap umum tersebut mungkin kurang
menarik perhatian para pesilat akan pemberatannya. Oleh itu,
kemahiran membuat kejutan perlu diberi penekanan khusus.
Perhatian mereka perlu „ditarik‟ tentang pentingnya kemahiran
tersebut.
Hal yang demikian boleh difokaskan pada dua buah jatuh
yang khusus iaitu buah Gayung Patani dan buah Siku Potong.
Namun begitu, pastikan juga buah-buah lain terus menerus
mengamalkan prinsip kejutan. Berdasarkan pengalaman, melalui dua
buah tersebut, Jurulatih akan dapat menarik perhatian para pesilat
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
270
tentang pentingnya kejutan. Adatnya kemahiran kejutan tersebut
akan diteruskan pada buah-buah jatuhan yang lain.
Ketika kelas kemahiranlah buah-buah Luncur dan buah Rasa
mula diajar pada penuntut silat dalam konteks memahami gerak
pasangan. Pasangan akan bertindak balas seperti mana pada gerak
Gayung Patani. Oleh itu pengajaran buah Luncur dan Rasa adalah
secara aplikasi dan tidak kaku. Saya rasa keadaan itu tentunya tidak
sama dengan cara memperkenalkan buah-buah tersebut dalam
sukatan pada kelas-kelas yang rela mengamalnya.
Melalui kelas kemahiran, saya yakin fikiran pesilat akan
terbuka luas. Hal yang demikian kerana semua aspek penerimaan
setiap pelajaran adalah secara rasional dan keadaan ini sangat
dititikberatkan. Secara langsung, para pesilat digalakkan berfikir.
Pemikiran yang dipupuk akan menjadikan para pesilat berasa puas
untuk memiliki pelajaran Silat Cekak yang diajar kepada mereka
tanpa membuta tuli.
KEMAHIRAN BUAH POTONG.
Dalam Silat Cekak ada dua aspek pembelajaran yang penting
iaitu pelajaran menunggu serangan dan pelajaran menyerang.
Kedua-dua bentuk pembelajaran tersebut telah melengkapkan
konsep menjaga diri atau membela diri dalam pengajaran dan
pembelajaran Silat Cekak. Mereka yang menguasai kedua-dua
bentuk pembelajaran tersebut bermakna lengkaplah ilmu Silat Cekak
pada dirinya sebagai pengamal Silat Cekak. Oleh itu, istilah Silat
Cekak sebagai seni mempertahankan diri, dikira kurang tepat.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
271
Saya telah menyentuh dengan luas tentang maksud
kemahiran buah jatuh. Walaupun teknik dan taktik buah-buah yang
digunakan dalam kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan tidak
diperjelaskan secara terperinci, mereka yang memahaminya akan
dapat makna akan apa yang ditulis. Walau bagaimanapun, sekurang-
kurangnya melalui tulisan ini, akan dapat membuka minda para
pesilat untuk maksud perbincangan secara rasional dan secara
praktis. Berbincanglah tentang Silat Cekak dengan menjadikan
persoalan yang berbangkit ada landasannya.
Dalam tulisan mengenai kelas Kemahiran Potong, saya lebih
berhati-hati. Pelajaran potong adalah merupakan rahsia besar kita.
Maka sekali gus saya juga tidak akan membincangkan teknik atau
taktik yang bersangkutan dengan buah-buah yang berkaitan dengan
kemahiran-kemahiran yang saya maksudkan. Gambaran umum yang
saya tulis dikira memadai untuk mengingatkan kembali sebahagian
daripada bentuk kemahiran yang ada dalam Silat Cekak. Tidak
semua yang disentuh dalam tulisan ini.
Semasa saya menulis tentang buah potong dalam tulisan
yang lalu, saya jelaskan bahawa tumbukan buah potong adalah juga
berupa bentuk serangan. Hal yang demikian adalah kerana, pesilat
yang memulakan gerak tumbuk, maka gerak itu dikategorikan
sebagai serangan. Pesilat yang menunggu serangan maka pesilat itu
dalam proses mempertahankan diri.
Kita selalu disogokkan dengan pendapat betapa pelajaran
serang dalam Silat Cekak adalah terlalu sedikit. Hinggakan ada
dalam kalangan kita yang membuat „kajian‟, terus membuat
kesimpulan bahawa peratusnya adalah satu peratus. Sebagai
pengamal Silat Cekak, kenyataan tersebut telah menarik kefahaman
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
272
kita untuk berbincang. Saya cuba logikkan alasan yang
membolehkan mereka membuat kesimpulan berkenaan.
Saya beranggapan bahawa dalam konteks serangan Silat
Cekak, konsep satu peratus pelajaran serang perlu benar-benar
difahami dalam kalangan ahli Silat Cekak terutamanya para Jurulatih.
Pernah saya jelaskan pada anak didik saya betapa satu peratus
serangan tersebut membawa maksud satu konsep tindakan atau satu
konsep gerak muktamat dalam pembelajaran menyerang. Konsep
tersebut membawa makna, tak payah mengeluarkan tenaga atau
bekerja keras bagi mematikan gerak pasangan atau gerak lawan.
Setiap serangan akan menghasilkan keputusan muktamat. Itulah
kefahaman saya bagi memudahkan pegangan saya.
Dalam konsep satu peratus serangan itulah maka lahirnya
perkataan-perkataan „peluru berpandu, calit kapur, tumbuk tak
nampak, macam kilat‟ dan macam-macam perkataan lagi yang
melambangkan betapa hebatnya maksud serangan satu peratus
tersebut. Tak payah bekerja keras. Sekali serang maka berubahlah
kedudukan. Dua campur dua tetap empat. Pada golongan yang suka
akan angka ganjil maka, dua puluh satu campur dua puluh satu maka
tetap empat puluh tiga tolak satu.
Dalam konteks gerak serang, mengulas maksud satu peratus
itu, tentunya berbeza dengan serangan yang tidak diketahui berapa
peratus dalam gerak potong. Bentuk serangan, ketepatan dan
keberhasilan kedua-dua bentuk serangan itu, pastinya berbeza.
Kalau gerak potong, setiap serangan yang dilakukan pesilat
akan memerlukan „tenaga keras‟ pesilat bagi mematikan gerak.
Gerak itu ialah gerak buah jatuh yang cuba dibuat oleh pasangan.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
273
Pasangan akan menggunakan kebolehannya untuk menjatuhkan
pesilat. Manakala pesilat yang menyerang akan berusaha sedaya
upaya untuk mempastikan gerak buah jatuh itu gagal dilakukan.
Pelbagai bentuk teknik dan taktik akan digunakan pesilat.
Berbalik pada kemahiran potong, hakikat tumbukan adalah
bermaksud serangan.Dalam konteks serangan untuk maksud potong,
kekuatan dan kelebihan pasangan akan mempengaruhi serangan
pesilat. Serangan tersebut memerlukan „kerja keras‟ bagi
menyelesaikan atau mematikan gerak pasangan.
Namun begitu, serangan yang satu peratus itu adalah
muktamat dan akan melunturkan usaha-usaha yang ingin dilakukan
oleh pasangan. Pesilat akan mudah menyelesaikan „pertarungan‟
yang berlaku dengan pasangannya dengan cepat dan mudah. “Sekali
pesilat melepaskan tumbukan maka berakhirlah pertarungan.”
Begitulah hebatnya penumbuk serang yang boleh dianggap satu
peratus tersebut. Tapi, kenyataan di atas adalah pada mereka yang
menguasai tumbuk serang yang satu peratus tersebut. Pastinya ahli
Silat Cekak, bukannya askar yang suka bertabik.
Dalam tulisan ini saya akan menyentuh beberapa jenis
kemahiran yang telah dipupuk dalam kalangan penuntut,
terutamanya Jurulatih Silat Cekak di Cawangan saya. Banyak lagi
kemahiran yang cuba dipupuk tapi tidak disentuh dalam tulisan ini.
Kemahiran yang dipupuk, kebanyakannya adalah bersepadu dan
bersekali dalam satu-satu gerak potong yang dilakukan.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
274
i. Kemahiran Langkah Melangkah
Terlebih dahulu saya menekankan betapa aspek langkah atau
spring adalah merupakan gerak kaedah yang amat penting.
Berdasarkan pelajaran potong, terdapat juga kaedah gerak potong
yang tidak memerlukan spring. Kita simpulkan betapa gerak dalam
buah potong ada kaedah spring dan ada kaedah yang tidak perlu
spring.
Kaedah potong perlu diluaskan kefahamannya pada para
pesilat. Kita tidak mahu para pesilat terkeliru bagi membeza-bezakan
gerak-gerak berkenaan. Gerak-gerak Silat Cekak pasti boleh diterima
pakai dalam semua situasi dan keperluan. Dalam gerak, kita
memerlukan perbuatan yang spontan dan tidak direka-reka.
Geraknya adalah semula jadi dengan diri kita. Hal yang demikian
boleh dipupuk melalui latihan yang berterusan dari masa ke masa
hingga membentuk gerak-gerak yang semula jadi. Harapan kita ialah
gerak-gerak tersebut akan bersebati dengan diri para pesilat.
Pada prinsipnya, setiap buah jatuh boleh dipotong sama ada
spring atau tidak. Dari buah pertama hingga buah hempuk, kaedah
spring atau tidak spring masih boleh digunakan. Latihkan para pesilat
dengan kedua-dua bentuk potong tersebut.
Di samping latihan kemahiran berdasarkan kaedah yang
pelbagai, saya juga memasukkan beberapa kemahiran potong yang
lain bagi meluaskan pemikiran para pesilat. Saya tidak akan
membincangkannya secara terperinci. Memadai menyentuhnya
secara umum. Pada mereka yang memahami maksud saya maka
bolehlah dijadikan bahan untuk rujukan.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
275
ii. Kemahiran Pukulan Kaki
Saya sangat tertarik dengan konsep sepakan pada pelipat
ketika pesilat membuat serangan atau menghadapi serangan. Pada
buah Sendeng Atas, ada pecahan gerak yang bermaksud pukul
pelipat pasangan. Begitu juga dengan buah-buah lain yang selalu kita
perkenalkan semasa kemahiran buah jatuh. Hal yang demikian
menjadikan pukulan pada pelipat itu boleh dijadikan sebagai satu
pembelajaran kemahiran. Banyak buah yang boleh dijadikan contoh
latihan.
Ketika pelajaran „potong tapak‟ silat-silat yang lain, kerap kali
pukulan pelipat menjadi satu kaedah mematikan gerak pasangan.
Dalam proses penumbuk dilepaskan, pesilat yang melihat akan
ruang-ruang yang jelas pada kaki pasangan maka pukulan pada
pelipat akan digunakan. Hal yang demikian tidak mendatangkan
sebarang kesan sampingan atau masalah kepada pesilat. Tumpuan
pada sasaran serangan tangan boleh dikurangkan kerana serangan
penumbuk yang dilepaskan tidak memungkinkan pasangan dapat
membuat buah dengan senang. Ketika posisi yang kelam kabut maka
pesilat membuat serangan lain di kaki pasangan. Begitulah maksud
kemahiran pada penggunaan kaki sebagai tindak ikut serangan dari
tangan.
iii. Kemahiran Jab.
Istilah „jab‟ sangat popular dalam kalangan murid Silat Cekak
satu masa lalu. Penggunaan tangan kanan atau tangan kiri adalah
sangat bersesuaian dengan konsep jab tersebut. Biasanya pesilat
akan membuka tangan bagi mengelakkan kecedaraan ketika
mengenakan pukulan jab. Hal yang demikian adalah kerana
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
276
geraknya secara spontan dan sukar dikawal. Sistem brek sukar
berfungsi dengan berkesan. Selalunya tindak balas pesilat akan
terlajak. Hal yang demikian ada kaitan dengan gerak kedua dari
pesilat.
Gerak yang demikian sangat berbeza dengan gerak buah
jatuh yang boleh dibuat andaian. Pesilat boleh mengawal pergerakan
pukulan. Oleh itu hal yang berkaitan dengan buka tangan boleh
dihindarkan. Buah-buah yang menggunakan kaedah B sama ada
jatuhan atau umum, sangat sesuai dijadikan bahan latihan bagi
maksud jab tersebut. Sasaran adalah terbuka luas pada badan
pasangan.
iv. Kemahiran Siku.
Penggunaan siku juga merupakan satu kemahiran yang selalu
dipupuk. Membuat gerak potong Sendeng Atas, Terlak dan Lintau,
sering mengundang perbuatan siku para pesilat yang membuat
serangan. Siku merupakan senjata yang boleh memudaratkan
pasangan. Latihannya memerlukan pengawasan dari Jurulatih. Hal
yang demikian disebabkan kemahiran menggunakan siku akan
mendatangkan kecederaan kalau tidak diawasi dengan sempurna.
Kemahiran-kemahiran yang mudah memudaratkan penuntut
perlu berfokus dan dibuat pada hari-hari tertentu. Kebiasaannya,
saya akan memfokuskan pelajaran-pelajaran tersebut pada malam-
malam tertentu dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu
diberi tumpuan.
Ada kemahiran-kemahiran lain yang tidak disentuh dalam
tulisan ini. Misalnya, kemahiran menyerang sambil menangkap atau
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
277
menyerang sambil memukul yang juga sangat popular dijadikan
bentuk latihan. Walau bagaimanapun, empat kemahiran yang saya
nyatakan di atas dapat mengenangkan kembali para penuntut yang
pernah menuntut di bawah pengawasan saya.
LATIHAN SERANG DAN BUAH UMUM
Dalam konteks kemahiran pergerakan kaki dan tangan,
senarai buah-buah umum yang ada, pada pengalaman saya tidak
semuanya sesuai untuk diguna pakai. Namun begitu, buah-buah
yang disenaraikan boleh dijadikan panduan sahaja untuk maksud
latihan. Ada kalangan buah-buah tersebut yang saya fikirkan tidak
sesuai langsung dijadikan mata pelajaran. Tidak logik dalam konteks
konsep dan prinsip Silat Cekak dan suasana pada zaman sekarang.
Walau bagaimanapun dalam tulisan ini, saya akan membuat
ulasan tentang buah-buah tersebut seperti mana yang pernah saya
komen pada mereka yang pernah saya asuh. Saya selalu tegaskan
kepada pesilat asuhan saya supaya jangan mementingkan
kesempurnaan atau ketepatan membuat buah-buah umum yang
bukan menjadi milik kita. Cukup setakat berpengetahuan tentang
buah-buah umum tersebut supaya mudah dijadikan alat untuk melatih
tumbuk serang kita.
Saya ingin menarik perhatian pesilat tentang satu daripada
senarai buah yang ada iaitu buah Sendeng Tiga Alam. Buah ini amat
sukar „dipotong‟ pada mereka yang tidak memahami konsep
menyerang dan serangan pun „tak menjadi‟. Semasa membuat gerak
potong, pesilat disaran supaya menggunakan kaki kiri untuk
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
278
menyepak pelipat kaki kanan pasangan. Tapi sekarang ada saranan
supaya dibuat gerak potong dengan kaedah A. Arahannya memang
mudah jika pesilat itu menghadapi serangan secara penumbuk biasa.
Dulunya Ustaz pernah istilahkan penumbuk jenis itu sebagai
“penumbuk bodoh”.
Biasanya, sebelum dipotong buah berkenaan, pesilat diajar
membuat buah Sendeng Tiga Alam tersebut dengan betul dan
sempurna. Setelah pasangan menguasai cara-cara membuat buah
berkenaan maka barulah pesilat membuat serangan bagi maksud
gerak potong. Maka berlatihlah para pesilat dengan buah yang bukan
menjadi hak milik persilatannya. Alangkah terseksanya diri mereka.
Bukan senang nak berkuda-kuda terutamanya yang bertubuh
semangat. Sekali buat buah maka sekali mereka mengeluh.
Namun begitu, pelajaran umum di tempat saya amat jarang
mempelajari cara-cara membuat buah-buah silat lain tersebut dengan
betul dan sempurna. Mempelajari buah-buah silat lain secara
terperinci bagi maksud memotong, saya rasa buang masa dan
sangat merugikan. Caranya amat berbeza dengan kelaziman buah-
buah silat kita.
Saya berpendapat bahawa mempelajari buah-buah umum
yang ada adalah hanya setakat pengetahuan bagi memudahkan
pesilat membuat gerak potong. Itupun kalau boleh buat, buat. Kalau
gagal membuat buah dengan cantik, jangan risau. Asalkan gerak
mulanya nampak bayang-bayang buah, maka cukuplah setakat itu
sahaja.
Berbalik pada buah Sendeng Tiga Alam, buah itu telah
terkeluar daripada senarai latihan di tempat saya. Keadaan itu adalah
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
279
disebabkan tidak ada sesiapa pun yang berani membuat buah
berkenaan. Penumbuk pasti akan menuju ke muka. Tak sempat
membuat buah. Berdasarkan tumbuk serang pada buah tersebut,
soal memukul pelipat adalah tidak timbul. Buah umum yang sedap
namanya itu akan mudah diketepikan dengan satu serangan.
Apabila pasangan „turun‟ ke bawah maka muka pasangan
tersebut akan menjadi sasaran. Oleh itu, usaha membuat buah
berkenaan tidak berupaya dilakukan pasangan. Kecualilah jika
penumbuk yang dihantar tidak berkonsepkan tumbuk serang. Maka
mudahlah pasangan membuat buah, manakala pesilat akan
berhempas pulas memotong gerak silat lain itu yang pesilat itu sendiri
membenarkan pasangannya membuat buah.
Pengajaran buah Terjun Ke Bawah dan buah Kusyen perlu
diubah suai dan logikkan pergerakannya. Buah-buah tersebut erat
kaitan dengan dunia harapan dan khayalan pada mereka yang belum
menguasainya. Bukan mudah melakonkan buah tersebut pada
mereka yang bukan bidangnya. Lebih-lebih lagi ketika kita bayangkan
pesilat yang bertubuh besar. Jatuhnya adalah jatuh sudah. Umpama
jatuhan nangka atau cempedak. Tak tertahan tangan menampung
berat badan yang hebat mengembang. Itu sebabnya jika setakat
perlu dinyatakan dan diajar juga buah berkenaan maka bentuk latihan
akan melahirkan suasana lucu dan melucukan.
Saya tetap berfaham bahawa buah-buah umum sama ada
yang tersenarai atau tidak tersenarai adalah merupakan alat untuk
memantapkan tumbuk serang kita. Hal yang demikian adalah kerana
buah-buah umum tersebut mempunyai elakan atau tepisan beserta
elakan. Tentunya gerak yang demikian berbeza dengan gerak Silat
Cekak yang tidak ada langsung elakan. Untuk melatih tumbuk serang
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
280
secara pasangan membuat buah-buah Silat Cekak, tentulah
menyulitkan.
Seperti yang dinyatakan, pada kebiasaannya penumbuk
serang yang dilepaskan akan hinggap ke mana-mana bahagian yang
terbuka ruang, khasnya di bahagian muka. Hal yang demikian
berlaku adalah kerana pesilat sentiasa menggunakan tumbuk serang.
Kecualilah kelas-kelas yang tidak tetap pendirian. Kelas-kelas
tersebut hanya menggunakan tumbuk serang ketika pelajaran serang
sahaja. Semasa pelajaran umum, tumbuk serang mereka hilang
begitu sahaja. Mereka menggunakan tumbuk biasa. Oleh itu buah-
buah apapun sangat sesuai digunakan. Maka kelam kabut pesilat
mematikan gerak pasangan. Bekerja keraslah mereka, tapi bukan
sesuai pada pandangan saya.
Begitu juga dengan buah Tomoi Paut pecahan satu dan dua.
Biasanya pesilat disaran menggunakan kaedah A atau D untuk
memotong buah yang dilakukan pasangan tersebut. Kalau penumbuk
yang dihantar merupakan penumbuk biasa, kemenjadian buah
adalah sempurna. Pasangan yang menunggu akan mudah membuat
buah, manakala pesilat yang menyerang kena bermalam melihat
pasangannya membuat buah sebelum membuat gerak potong.
Cantik sekali kemenjadian membuat buah dan kemenjadian membuat
gerak potong.
Di kelas saya, buah tersebut amat jarang dapat dilakukan.
Saya selalu tegaskan berkali-kali kepada penuntut saya. Senarai
umum buah jatuhan adalah merupakan alat untuk melatih pesilat
membuat serangan berdasarkan tumbuk serang yang dikatakan satu
peratus itu. Dengan satu serangan, sepatutnya pasangan akan kelam
kabut dan gagal membuat sebarang buah yang bukannya buah Silat
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
281
Cekak. Selepas terkena serangan maka pasangannya tidak langsung
berani membuat buah-buah berkenaan dengan sewenang-
wenangnya. Fobia terkena dengan penumbuk serang.
Buah Teo Kwan Do (Rentap) nampak cantik tapi tidak pernah
dijadikan latihan buah umum untuk serangan tangan. Rentap-
merentap tak pernah dan tak akan menjadi dengan satu serangan.
Cubaan pasangan merentap tangan terlebih dahulu sebelum
membuat tendangan sering menemui kegagalan. Tak pernah
pasangan merasa untuk membuat tepisan, apatah lagi membuat
tangkapan. Walau bagaimanapun, buah ini saya ubah suai dan
dikelompokkan dalam pelajaran kaki.
Selalu tegaskan pada para pesilat. Jika melancarkan tumbuk
serang dan tumbukan itu boleh dielak atau ditangkap maka bukanlah
tumbuk serang namanya. Sepatutnya, penumbuk yang datang adalah
sukar untuk dibuat ramalan pada arahnya. Pasangan hanya berani
membuat tendangan tanpa tangkapan atau tepisan. Oleh itu dengan
satu serangan, sepatutnya prinsip rentap tidak akan menjadi
langsung.
Buah-buah Siku Balik, Buah Sendeng Pertama, Sendeng
Makan Dalam dan Judo Banting dapat dikelompokkan dalam satu
kumpulan latihan. Buah-buah tersebut dapat dijadikan alat untuk
menguji keberkesanan gerak tumbuk serang pesilat. Buah-buah
tersebut perlu dilatih secara bersepadu. Jangan diasing-asingkan.
Secara langsung, pesilat boleh mengukur dan menguji keberkesanan
arah tumbukan seperti yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, gerak
buah-buah tersebut perlu dibuat penyesuaian untuk kemenjadian
buah ketika pesilat menyerang.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
282
Prinsip mencuri langkah ke belakang sebelum membuat buah,
telah saya wujudkan. Kalau kaki tidak mencuri langkah mengundur ke
belakang, tidak ada pesilatpun yang berani membuat buah-buah
berkenaan ketika pasangannya membuat serangan. Pasti penumbuk
pesilat akan hinggap ke bahagian-bahagian badan. Saya tegaskan
sekali lagi. Soal cantik membuat buah umum adalah tidak timbul
langsung dalam proses aplikasi serangan.
Cuma, dalam kelompok buah-buah berkenaan, buah Judo
Banting perlu disesuaikan gerak potong. Jika tangan tertangkap
maka dengan segera tangan pasangan yang membuat tangkapan,
dipotong dengan kaedah yang tertentu. Jika terlepas, tidak perlu
tekan pelipat. Kemahiran Jab boleh digunakan. Maka gunakan
kemahiran tersebut.
Buah Siku Potong saya anggap buah yang sangat istimewa.
Kegunaan buah ini adalah lebih banyak untuk latihan menunggu
serangan. Hal yang demikian disebabkan pesilat yang menunggu
serangan pasangannya secara tumbuk serang boleh berlatih
mengambil buah dengan tepat dan kemas dalam keadaan diserang
dengan penumbuk serang. Buah tersebut adalah merupakan buah
Silat Cekak. Walaupun akhirnya buah ini boleh dipotong, akan tetapi
saya sentiasa menegaskan kepada pasangan yang mengambil buah
ini supaya membuat buah dengan kemas. Manakala pesilat yang
menyerang perlu membuat serangan tanpa „membrek‟ tumbukan.
Ada dua manfaat yang boleh diperoleh pasangan hasil
gerakan siku potong. Pertamanya, buah ini memerlukan kejutan
ketika menepis dengan kaedah. Tepisan ini bersepadu dengan
pukulan secara menyiku. Kejutan akan menyebabkan tepisan A lebih
cepat dan menjadi kemas. Bukan mudah menepis penumbuk serang.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
283
Secara langsung akan memantapkan gerak pada kedua-dua pesilat
yang berpasang itu.
Keduanya, pasangan perlu meneliti serangan tumbuk yang
dilakukan pesilat. Jika tercepat atau terlambat membuah buah, pasti
penumbuk pesilat akan hinggap di dada. Maka secara langsung
pasangan dilatih supaya memerhati penumbuk yang tiba dan jangan
gopoh. Kebolehannya membuat buah akan memupuk sifat ketelitian
dan ketenangan. Kedua-dua sifat itu akan terhasil melalui buah Siku
Potong.
Jangan lupa bahawa pasangan itu juga merupakan ahli Silat
Cekak. Hal yang demikian membawa makna, buah Siku Potong akan
melatih pasangan silat Silat Cekak menunggu serangan dan
membuat serangan menggunakan tumbuk serang. Kedua-dua ahli
yang berpasang tersebut akan memperoleh faedah ketika berlatih
buah itu. Pesilat yang menunggu akan meneliti manakala pesilat
yang menyerang akan bersungguh hati.
Konsep Menyerang
Konsep menyerang „penanti‟ dalam senarai buah umum, saya
fahamkan sebagai serangan pada ‟tapak‟ silat-silat Melayu yang ada.
Kebanyakan silat Melayu mempunyai kedudukan atau tapak yang
tertentu sama ada dalam proses bertahan atau dalam proses
menyerang. Kedudukan tapak tersebut mempunyai maksud gerak
yang tertentu. Oleh itu ketika menyerang, pesilat perlu berhati-hati
dan menggunakan akal pemikiran yang tepat dan yakin bagi
memintas maksud gerak yang ingin dilakukan oleh pasangan
mereka. Keyakinan pada arah gerak pasangan kita yang membuat
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
284
kepelbagaian tapak tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa
prinsip.
Pertamanya, pesilat perlu mengetahui kedudukan tangan dan
kedudukan kaki pasangan. Pemerhatian pada kedudukan tangan dan
kaki akan menentukan sama ada serangan yang dibuat berbentuk
tumbukan atau berbentuk hanyunan seperti yang terdapat pada
pukulan Sendeng Atas. Pada kebiasaannya, pasangan yang
bertapak dengan kaki kanan di hadapan maka tangan kanan lebih
aktif daripada tangan kiri. Begitulah sebaliknya, jika kaki kiri berada di
depan atau di mana-mana sebagai berperanan utama maka tangan
kiri pasangan adalah lebih aktif berbanding dengan tangan kanannya.
Prinsip kedua ada kaitan dengan kejutan. Setiap serangan
sama ada secara tumbukan atau ayunan, perlu berbentuk kejutan.
Saya telah banyak kali menyentuh tentang kemahiran ini dalam
menunggu serangan atau semasa serangan dilakukan pesilat.
Kejutan akan menghasilkan gerak yang tangkas, kemas dan akan
menyebabkan pasangan berada dalam suasana yang tidak
seimbang. Dalam suasana yang sebegitu, pesilat akan bertindak
dengan pantas bagi menyudahkan serangan.
Prinsip ketiga, gerak memotong memerlukan gerak semula
jadi pesilat. Gerak itu perlu secara secara spontan. Kalau pesilat
mereka-reka atau berfikir-fikir ketika proses serangan, biasanya
serangan tersebut kurang „menjadi‟. Oleh itu kita membenarkan para
pesilat membuat geraknya sama ada secara gerak potong berbentuk
spring atau gerak potong berbentuk tidak spring. Dalam proses ini
juga ketika bertindak, pesilat boleh menggunakan bentuk-bentuk blok
tepisan seperti pukulan kaki atau jab atau pukulan siku. Semuanya
bergantung pada keadaan dan situasi yang ada.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
285
Prinsip keempat, pada setiap serangan tapak tersebut, pesilat
perlu mempunyai sifat keluarbiasaan dalam geraknya. Ketika belajar
dulu, kami dipopularkan dengan ayat, “Orang masuk ikut pintu, kita
masuk ikut tingkap”. Maknanya, jika pasangan mengharapkan
serangan pada bahagian dada, pesilat akan menyerang di bahagian
muka. Begitulah seterusnya. Dalam konteks ini, pesilat „memotong‟
jangkaan pasangannya. Gerak yang berupa luar dari kebiasaan
tersebut akan menyebabkan pasangan tidak dapat menjangka bentuk
serangan yang kita lakukan.
Terdapat gerak-gerak penanti seperti tinju atau tomoi yang
memerlukan gerak serangan yang mantap, yakin dan mengelirukan
pasangan. Gerak-gerak itu juga adalah merupakan gerak yang luar
biasa. Gerak yang luar biasa ini akan berupaya mengatasi penanti
yang luar dari kebiasaan dalam silat Melayu.
Dalam konteks serangan tapak ini, terdapat persoalan tentang
bentuk serangan yang membabitkan buah-buah umum yang
terdahulu seperti Sendeng Pertama, Sendeng Makan Dalam, Judo
Banting dan sebagainya. Jika pasangan menggunakan tapak untuk
membuat buah-buah tersebut, kita lebih utamakan serangan pada
tapaknya. Itulah yang kita lihat dan itulah jangkaan yang jelas pada
mata kita. Saya selalu tegaskan betapa dalam serangan, kita lebih
berdasarkan kedudukan pasangan. Walaupun niatnya ingin membuat
buah-buah umum yang berkenaan, serangan pesilat masih lagi
berdasarkan kedudukan kaki dan tangan pasangan. Kita tidak
mempedulikan apakah buah yang bakal digunakan pasangan
ataupun lawan.
Dalam masa latihan, beberapa penekanan telah diberikan.
Setiap serangan yang dilakukan jika menghadapi masalah maka
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
286
konsep enam tolak enam adalah sangat diperlukan. Pesilat akan
keluar dari medan pergaduhan bagi menyusun balik strategi bagi
membuat satu serangan yang lain.
Saya selalu kaitkan konsep enam tolak enam dalam aplikasi
sikap kita dalam dunia kehidupan. Dalam satu-satu situasi yang
tertentu, mengalah atau mengundur diri bukanlah bermakna kita
bacul atau bersifat penakut. Sebaliknya kita menyusun strategi bagi
menentukan kemenangan mutlak di akhir peristiwa atau di akhir
perkara dalam satu isu. Di sinilah lahirnya sifat sabar dan ketenangan
diri. Minyak jika disimbah dengan api pasti akan membakar diri.
Pelajaran Kaki
Pelajaran menggunakan kaki akan dikhaskan pada satu sesi
latihan. Walaupun Silat Cekak tidak menggunakan kaki untuk
membuat serangan akan tetapi kebanyakan seni mempertahankan
diri yang lain amat suka menggunakan kaki. Malah ada seni bela diri
dari luar yang menjadikan kaki sebagai punca geraknya yang utama.
Walau bagaimanapun, Silat Cekak masih lagi menggunakan
kaki dalam geraknya. Langkah-melangkah tetap menggunakan kaki.
Malah, terdapat pukulan-pukulan yang menggunakan kaki.
Penggunaan pukulan kaki banyak diperkenalkan ketika latihan
umum. Oleh itu, penggunaan kaki bukanlah asing bagi kita.
Memperkenalkan pelajaran kaki adalah berdasarkan kepada prinsip
asas. Prinsip ini juga dapat dikatakan sebagai syarat-syarat utama
jika berlatih menggunakan kaki. Saya akan membincangkan dalam
tulisan ini tentang prinsip-prinsip asas penggunaan kaki tersebut.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
287
Pertamanya, „Bila tangan digunakan musuh maka tangan pula
balasannya. Jika musuh menggunakan kaki, maka kakilah
balasannya tanpa menggunakan tangan menepis serangan kaki.‟
Oleh itu latihan mengatasi serangan kaki dengan kaki adalah
merupakan asas yang utama. Penguasaan yang mantap akan
banyak membantu para pesilat untuk mengendalikan sebarang
bentuk serangan kaki.
Walaupun ada kekecualian, prinsip „kaki ditepis dengan kaki‟
adalah merupakan prinsip asas dalam Silat Cekak. Sepak Minang
yang cuba diambil dengan kaedah tangan, amat membimbangkan,
melainkan cara sepakan tersebut umpama sepakan lajak. Apa yang
saya perhatikan, penggunaan kaki untuk menangkis serangan kaki
sangat kurang diperturunkan kepada penuntut. Hal ini amat
merugikan.
Keduanya, pesilat perlu membuat keputusan secara semula
jadi sama ada melangkah sambil menepis terlebih dahulu atau
membuat langkahan terus sambil mengenakan pukulan. Gerak yang
sedemikian adalah seperti mana yang terdapat semasa menangkis
sepakan luar. Kedua-dua gerak berkenaan dikira selamat. Namun
begitu kesan yang diperoleh pasangan adalah berbeza.
Prinsip ketiga adalah berhubung kait dengan diri pesilat itu
sendiri. Semasa mengambil kaki, pesilat perlu mempunyai semangat,
keyakinan, keberanian dan jangan teragak-agak semasa melakukan
gerak. Pesilat tidak boleh berhenti dalam proses gerak dilakukan.
Jika salah gerak sekalipun, mereka perlu menghabiskannya. Setelah
pembetulan maka latihan yang sama diteruskan hingga mereka
menguasai gerak yang betul dan tepat. Gerak yang betul ini perlu
diulang-ulang latihannya hingga bersebati dalam kalangan diri pesilat
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
288
itu sendiri. Sifat-sifat yang berkenaan boleh dipupuk melalui latihan
yang berterusan dan mendapat bimbingan yang sempurna daripada
Jurulatih.
Penggunaan Senjata
Penggunaan senjata juga merupakan pelajaran yang
dipandang berat. Pelajaran ini adalah merupakan pelajaran akhir
setelah pesilat benar-benar dapat menguasai pergerakan dua tangan
dan dua kaki. Untuk pergerakan tangan dan kaki, pemberatan adalah
pada penggunaan tangan dan kaki kanan dalam pemulaan serang.
Kecekapan dan penguasaan gerak kanan akan membolehkan
mereka berlatih secara kiri. Hal yang demikian tidak mendatangkan
masalah yang besar. Cuma, para pesilat perlu membuat penyesuaian
pada gerak yang berlainan. Pembelajarannya hanyalah setakat
mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
Umumnya saya bahagikan senjata kepada dua iaitu senjata
tongkat dan senjata pisau. Tersangat jarang saya membincangkan
tentang senjata-senjata panjang. Silat Cekak sangat sesuai untuk
mengatasi segala bentuk serangan senjata pendek. Penggunaan
senjata panjang seperti tongkat panjang hanya diajar dalam konsep
habuan sesak. Hal yang demikian kerana gerak mengatasi senjata
panjang tersebut adalah menyimpang daripada konsep dan prinsip
gerak Silat Cekak.
Ketika memperkenalkan senjata dalam kalangan pesilat, saya
pastikan mereka telah menguasai segala bentuk buah jatuh yang ada
dalam senarai sukatan pelajaran. Penguasaan tersebut perlu diiringi
dengan ketangkasan, ketepatan dan kekemasan. Kegagalan
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
289
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut akan menganggu
pembelajaran senjata yang cuba diperkenalkan.
Sebelum mempelajari latihan gerak pisau, para penuntut
diperkenalkan dengan latihan gerak tongkat. Ada banyak cara
menyerang dengan tongkat. Pada peringkat awal, segala bentuk
serangan tongkat akan diambil berdasarkan buah-buah jatuhan yang
ada. Apabila pesilat menguasai buah-buah tersebut, aplikasi
kemahiran buah jatuh diperkenalkan dalam kalangan mereka.
Mereka dikehendaki mengambil pelbagai jenis serangan tongkat
tanpa diberitahu arah serangan. Terdapat kaedah yang jelas dalam
latihan tanpa pakat tersebut.
Terkenang betapa para pesilat menggunakan topi keledar
ketika menghadapi serangan dari atas sama ada semasa berdiri dan
semasa duduk. Kaedah duduk ketika itu kami gelar sebagai cara
duduk orang „kalah judi‟. Punggung duduk dan kedua-dua tangan
akan mengampu. Pemakaian topi keledar menyebabkan pukulan
pesilat tidak perlu dibrek. Dalam masa gerak serangan inilah Jurulatih
akan dapat perhatikan ketangkasan dan kesungguhan para pesilat
menghadapi serangan tongkat dalam situasi sebenarnya sama ada
duduk atau berdiri. Keberanian yang wujud itu akan memudahkan
mereka mempelajari senjata pisau. Kalau gerak tongkatpun sukar
dihadapi maka apatah lagi dengan pisau.
Kemahiran menggunakan sejata pisau adalah merupakan
kemahiran senjata yang terakhir. Bukan mudah berlatih dengan
mengunakan kaedah untuk menghadapi gerak pisau. Mereka yang
teragak-agak dalam gerak, sukar untuk menguasai pelajaran pisau.
Namun begitu pelajaran pisau tetap disampaikan pada mereka.
Latihan adalah secara menggunakan pisau sebenar. Oleh itu, para
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
290
pesilat perlu berhati-hati. Sifat teragak-agak membuat buah akan
menyebabkan kecederaan kepada pesilat itu sendiri. Ketika inilah
pakatan gerak sesama pasangan silat amat diperlukan. Lebih-lebih
lagi ketika ini penumbuk serang semakin menjadi.
KESIMPULAN PELAJARAN KEMAHIRAN
Saya berpegang pada pendapat bahawa terdapat tiga (3)
kemahiran „besar‟ yang perlu dipupuk dalam kalangan penuntut Silat
Cekak. Saya telah menyentuh Kemahiran Buah Jatuh, Kemahiran
Buah Potong dan seterusnya Kemahiran Serang dan Umum. Setiap
kemahiran tersebut, terdapat kemahiran-kemahiran ‟kecil‟ yang
berkaitan dengannya. Dalam pelajaran Kemahiran Umum, latihan
bagi ketiga-tiga kemahiran besar itu adalah bersepadu.
Cuma, dalam tulisan sahaja menampakkan seolah-olah ada
pepisahan dalam latihan ketiga-tiga kemahiran besar itu. Walau
bagaimanapun, oleh sebab kekangan masa, penekanan pada ketiga-
tiga kemahiran dalam satu-satu masa semasa latihan adalah sukar
dijalankan. Dalam konteks masa, dalam kelas-kelas kemahiran yang
dianjurkan, saya akan membuat jadual pembelajaran. Ketiga-tiga
kemahiran besar tersebut perlu diadakan. Cuma, pemberatan satu-
satu kemahiran itu adalah bergantung pada jadual yang disediakan.
Masa yang terhad selama sembilan puluh minit akan digunakan
sepenuhnya bagi meningkatkan kehebatan pesilat, khususnya para
Jurulatih.
Itu sebabnya juga hal-hal yang berkaitan dengan persatuan
amat jarang dibincangkan dalam kalangan penuntut ketika kelas-
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
291
kelas kemahiran berlangsung. Perbincangan adalah terhad dalam
kalangan kepimpinan persatuan di tahap cawangan sahaja. Hal yang
demikian adalah kerana penuntut yang menuntut Silat Cekak
pastinya inginkan ilmu Silat Cekak. Tugas Jurulatih adalah
menyampaikan ilmu yang diamanahkan pada mereka. Tidak ada
dalam senarai tugas mereka untuk membincangkan hal-hal
persatuan dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan bidang
persilatan ketika kelas sedang berlangsung.
Mungkin disebabkan tidak ada perbincangan tentang krisis
dalam persatuan, Silat Cekak di cawangan yang saya pimpin tidak
pernah berpecah. Semua penuntut tetap berdiri teguh pada pemikiran
Silat Cekak yang saya anjurkan. Sokongan padu itu boleh berlaku
memandangkan mereka nampak akan komitmen saya dengan Silat
Cekak sejak awal penubuhan Silat Cekak di tempat saya. Itu
sebabnya, ketika pepecahan golombang pertama dengan PA, Silat
Cekak di tempat saya tidak berpecah, berbanding dengan tempat-
tempat lain.
Cuma, selepas kepemimpinan saya, ketika berlaku
pepecahan pada gelombang kedua, terdapat perselisihan pendapat
mengenai persatuan. Mereka yang menyaksikan komitmen saya
membuka kelas di cawangan telah tiada. Generasi baru yang muncul
di cawangan saya adalah berlatarbelakangkan suasana mantap kelas
silat yang sedia ada. Pahit maung menubuhkan kelas di cawangan
pada peringkat awal, tidak mereka rasai.
Walau bagaimanapun, saya berasa puas betapa perselisihan
pendapat yang berlaku ialah ketika kuasa saya pada persatuan telah
tidak ada. Tiada atas sifat kerestuan pihak pusat sendiri. Cuma
peranan saya sebagai Penasihat tidak seperti yang harapkan.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
292
Sewajarnya Penasihat menyalurkan pandangan dan nasihatnya
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Namun begitu saya berasa puas hati pada janji mulut yang
dikeluarkan pada Ustaz. Pesanan Ustaz ketika saya mula berpisah
dengan pusat untuk balik ke kampung masih kekal. Antara lain intipati
pesanan adalah tugas atau misi mempastikan Silat Cekak yang bakal
dibangunkan di cawangan tidak terkubur dengan segera.
Alhamdulillah. Kesinambungan ilmu persilatan yang hak tetap saya
pertahankan. Pastinya sikap tersebut adalah merupakan kesepaduan
bagi mempastikan janji saya dalam perjuangan Silat Cekak tetap
berterusan.
Berbalik pada kelas kemahiran. Ketiga-tiga Kemahiran yang
telah dibincangkan dapat dibahagikan kepada dua iaitu menunggu
serangan dan menyerang. Dalam kelas kemahiran, para penuntut
disaran supaya berlatih bersungguh-sungguh. Jika menunggu
serangan, pastikan kemenangan. Ketika menyerang, seratus peratus
perlu menggunakan tumbuk serang dan tetap pastikan kemenangan.
Apabila para penuntut Silat Cekak menguasai aspek
menunggu dan menyerang, maka puncak kemahiran akan diisi
dengan gerak menunggu atau menyerang tanpa pakat. Tanpa pakat
membawa maksud menghadapi serangan sama ada tangan yang
tidak diketahui kiri atau kanan dan menghadapi serangan kaki yang
tidak diketahui punca serangan.
Ketika menunggu serangan, pesilat akan dilatih secara
berterusan untuk menghadapi pelbagai jenis serangan tangan atau
kaki. Pesilat dikehendaki berjaya menghadapi pelbagai serangan
tersebut.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
293
Begitu juga ketika pesilat membuat serangan. Serangan
pesilat tetap menggunakan tangan. Manakala pasangannya akan
bebas bertindak sama ada menggunakan tangan kiri atau kanan dan
kaki kiri atau kaki kanan. Matlamat pesilat yang menyerang adalah
mesti menang. „Dua campur dua mesti empat.‟
Setelah para penuntut menguasai pergerakan sebelah kanan
maka mereka digalakkan berlatih menggunakan pergerakan sebelah
kiri. Walau bagaimanapun, latihan yang mereka terima membolehkan
mereka bergerak bagi mengatasi segala gerak sama ada serangan
tersebut daripada kanan atau sebelah kiri.
Saya selalu tegaskan kepada para penuntut betapa pelajaran
Silat Cekak ini semakin lama maka terasa semakin sikit dan berfokus.
Sesuailah dengan bentuk piramid yang tirus di bahagian atas. Data-
data yang terkumpul, akhirnya membentuk generalisasi. Itu sebabnya
pada fahaman saya menguasai pelajaran ini maka para pesilat akan
memahami maksud Silat Cekak itu adalah segenggam.
Segenggam adalah hasil daripada pelajaran yang bergantang.
Daripada segenggam maka wujudlah perkataan ‟sekapit‟. Maknanya,
lagi lama kita berada dalam Silat Cekak maka mengertilah kita
betapa pelajaran Silat Cekak itu mudah dan ringkas. Pelajaran itulah
merupakan kesimpulan pada gerak yang dipelajari selama ini. Kalau
diukur konsep kesimpulan pada ayat karangan, maka ayatnya
pendek dan bernas. Maka kalau diukur pada kesimpulan gerak
bermakna geraknya ringkas dan padat. Itu sebabnya juga kata-kata,
“kalau belajar setakat pelajaran SRP, maka setakat SRPlah ilmu
yang dapat. Kalau setakat universiti maka pelajaran tahap
universitilah yang pesilat itu dapat.” Setelah memahami dan
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
294
menguasai pelajaran Silat Cekak, maka kita akan memahami maksud
kata-kata tersebut.
Namun begitu saya tidak nafikan betapa pada peringkat awal
pembelajaran Silat Cekak, kita dapat rasakan, lagi lama menuntut
Silat Cekak maka lagi banyak pelajaran yang ada dan perlu dikuasai.
Pesilat ‟disogokkan‟ dengan pelbagai bentuk gerak. Itulah dugaan
atau cubaan yang perlu ditempuh bagi mempastikan kehebatan
pesilat di hari muka. Kalau kita „menyerah‟ diri kita pada Jurulatih
yang hebat, akhirnya kita tahu betapa pelajaran yang banyak itu ada
gunanya. “Setiap sesuatu yang diajar adalah merupakan alat untuk
melatih setiap satu yang baru.” Ayat tersebut hanya difahami oleh
pengamal Silat Cekak sahaja.
Mungkin tulisan saya yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Silat Cekak agak kurang jelas dan sukar
memahaminya. Maka oleh itu, carilah mereka yang pernah menuntut
dengan saya. Semua pelajaran yang dibincangkan adalah
sebenarnya telah disampaikan kepada para penuntut Silat Cekak
yang bersama dengan saya sejak tiga puluh tahun yang lalu. Tidak
rugi kita bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan kehebatan kita
dalam Silat Cekak. Jangan sombong dan berfikiran terbukalah.
Dalam proses menjadi ahli Silat Cekak yang hebat, jangan
lupa aspek ketabahan, keyakinan, kesabaran dan pelbagai sifat yang
lain. Pokok pangkalnya, Silat Cekak ada tuannya. Carilah tuan yang
ada kesinambungan agar ilmu yang kita peroleh akan membawa
keberkatan pada pengamalnya.
Saya berhenti setakat ini tentang pelajaran Silat Cekak. Saya
akan teruskan penulisan dalam tajuk yang lain. Walau
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
295
bagaimanapun, jika terdapat persoalan tentang gerak Silat Cekak,
maka saya akan sentuh dalam tulisan yang lain.
Dalam tulisan ini, saya sertakan jadual latihan yang pernah dijalankan
di tempat saya untuk rujukan mereka yang pernah mengetahuinya.
Jadual Latihan Pelajaran Umum
Jadual ini merangkumi Tiga Perkara Utama i. Riadah ii. Menunggu Serangan iii. Serangan iv. Senjata.
RIADAH
1. Sebelum Latihan
Lari empat penjuru
Lari sehala dan berhenti
Lari dan melencong
Lari atas hujung kaki
Mengawal penafasan
Riadah
Latihan kaki
Latihan kaedah. 2. Latihan Buah Jatuh dan Potong. Berdasarkan buah 19. Dipilih secara rambang. 3. Latihan Seri. Sekurang-kurangnya pilih lima buah setiap
latihan secara turutan atau bebas. 4. Latihan Tumbuk ‟Satu Peratus‟ Penekanan pada kelajuan, kekuatan, sasaran
dan hantaran.
MENUNGGU SERANGAN
1. Menunggu Serangan Tangan. Penekanan pada
Kepelbagaian buah
Menghadapi Tindak balas
Kepelbagaian tumbukan.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
296
2. Menunggu Serangan Kaki
Kaedah Tetap (Kaki dengan Kaki)
Bebas berdasarkan kebolehan dan jenis sepakan.
3. Kedudukan ‟Tahyat‟.
Kesemua buah jatuh yang tersenarai.
MENYERANG
1. Langkah melangkah
Melangkah - Tanpa melangkah 2. Menghadapi Tangan dan Kaki. 3. Penggunaan pelbagai jenis kemahiran ketika
menyerang.
SENJATA
1. Menghadapi serangan pisau dan tongkat pada kedudukan biasa.
2. Duduk ‟Tahyat‟ untuk menghadapi serangan.
3. Duduk sambil kaki mencangkung. Sangat sesuai dengan tetakan dan tikaman senjata.
Seperti yang telah saya terangkan, setelah para penuntut
menguasai pergerakan sebelah kanan maka mereka digalakkan
berlatih menggunakan pergerakan sebelah kiri. Walau
bagaimanapun, latihan yang mereka terima membolehkan mereka
bergerak bagi mengatasi segala gerak sama ada serangan tersebut
daripada kanan atau sebelah kiri.
Saya selalu tegaskan kepada para penuntut betapa pelajaran
Silat Cekak ini semakin lama maka terasa semakin sikit dan berfokus.
Sesuailah dengan bentuk piramid yang tirus di bahagian atas.
Menguasai pelajaran ini maka para pesilat akan memahami maksud
Silat Cekak itu adalah segenggam.
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
297
Dalam proses menjadi ahli Silat Cekak yang hebat, jangan
lupa aspek ketabahan, keyakinan, kesabaran dan pelbagai sifat yang
lain. Pokok pangkalnya, Silat Cekak ada tuannya. Carilah tuan yang
ada kesinambungan agar ilmu yang kita peroleh akan membawa
keberkatan pada pengamalnya. Sekian
Gambar kenangan Saudara Nazri sedang mengendalikan kelas kemahiran
Seni Silat Cekak di kelas Pasir Puteh, Ipoh, Perak
Sepak Minang Pelajaran Kemahiran
298
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang beraksi dalam persembahan
demonstrasi Seni Silat Cekak di Universiti Malaya pada tahun 1974.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
299
PENGENDALIAN
KELAS
LATIHAN
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
300
PENGENDALIAN KELAS LATIHAN
Biasanya masuk minggu kedua latihan dan latihan-latihan
seterusnya, kita telah ada hubungan dengan para penuntut. Kita telah
dapat memahami sedikit sebanyak tentang mereka. Rasanya para
penuntut juga turut memahami perwatakan yang kita ada. Dalam
masa pengajaran buah-buah asas, hubungan antara kita dengan
para penuntut perlu dirapatkan lagi. Biarlah mereka faham akan
kesungguhan dan hala tuju kita membawa mereka dalam persilatan
dalam kelas kita. Hubungan rapat antara Jurulatih dan penuntut akan
memudahkan proses penurunan buah berlaku.
Ketika inilah kita mula berbicara tentang kelebihan Silat Cekak
yang ada. Kalau kita katakan Silat Cekak amatlah mudah maka
tunjukkan sifat mudah yang ada dalam konteks persilatan dan
bukannya aspek latihan. Dalam latihan, kalau kita mengambil mudah
maka hasilnya kurang memberi kesan. Modal seringgit tidak mungkin
mendatangkan keuntungan ribuan. Kecualilah konsep loteri bola.
Dalam pantun kita, terdapat perkataan „mudah‟. “Silat Cekak
amatlah mudah”. Saya berpendapat, kita perlu memahami dan
menghayati perkataan tersebut. Kita tidak mahu oleh sebab
dikatakan „mudah‟ maka akhirnya penuntut kita akan „ambil mudah‟.
Kerja yang mudah hasilnya pasti tak seberapa. Kalau berniaga
bermodalkan 10 sen jangan harap untuk untung seringgit. Mencari
sepuluh sen lebih mudah daripada mencari seringgit.
Pada saya, sememangnya Silat Cekak itu kalau dipandang
secara keseluruhan, memang mudah. Tapi saya tidak pernah
permudahkan pelajarannya. Kita katakan mudah adalah berdasarkan
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
301
pandangan keseluruhan kepada silatnya. Mudahnya Silat Cekak
adalah kerana falsafah, konsep dan prinsip yang terkandung dalam
pelajarannya adalah jelas dan dapat diterima akal. Kerana itu juga
penggunaan kata atau istilah amat kita ambil berat.
Jelaslah, dalam konteks keseluruhan silat, untuk mempelajari
Silat Cekak adalah amat mudah. Hanya wang dan kain putih
dijadikan syarat utama. Kalau silat-silat Melayu yang lain, kerenah
belajar amat banyak. Wang adalah sesuatu yang boleh kita usahakan
walaupun kurang berkemampuan. Tapi kalau disuruh membawa
jarum, garam, sintuk, anak ayam, ibu ayam, bapak ayam dan
sebagainya maka banyak sekali kerenahnya. Walaupun bahan-bahan
tersebut biasa dan mudah didapati, pencariannya juga boleh
mendatangkan kepayahan dalam konteks masa. Itu sebabnya
mempelajari Silat Cekak dikira amatlah mudah.
Mudah juga dapat dirujuk pada proses penyampaian
pelajarannya. Berdasarkan pengalaman ketika menuntut salah satu
silat Melayu satu ketika yang lalu, setiap kali pelajaran silat, gurunya
akan bertanya pada anak muridnya tentang pelajaran sebelumnya.
Maknanya guru silat tersebut mengajar berdasarkan kaedah „IT‟ –
Ikut Terlintas. Begitu juga dengan silat lain yang saya tuntut. Belajar
tumbuk dan kemudiaannya akan diajar buah. Gerak silatnya adalah
lebih berdasarkan gerak hafalan. Hal ini demikian kerana tiada sistem
dalam proses pengajarannya. Kalau dibandingkan dengan sistem
kita, pelajaran yang diajar adalah bersekali antara kaedah dan
buahnya.
Oleh sebab banyak pengalaman dengan silat Melayu yang
lain, maka saya dapat rasakan betapa mudahnya mempelajari Silat
Cekak. Hal ini demikian kerana Silat Cekak mempunyai sistem
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
302
penyampaian dalam proses penyampaian isi kandungan
pelajarannya. Daripada kaedah kita melakukan gerak asas. Mahir
gerak asas maka barulah dibuat jatuhan. Kita juga mempunyai sistem
pelajaran untuk menunggu serangan musuh dan sistem pelajaran
untuk menyerang.
Pelajaran yang sedemikian mempunyai turutan dan mudah
diikuti. Jika inginkan kehebatan bersilat, maka setiap penuntut perlu
mengikuti turutan pelajaran tersebut dalam keadaan tidak boleh tidak.
Jika ada para penuntut yang berhenti sekerat jalan maka beliau tidak
boleh mendakwa telah menguasai Silat Cekak. Hal ini demikian
kerana mempelajari Silat Cekak bermakna perlu mempelajari
keseluruhan isi pelajarannya. Penuntut tersebut perlu menguasai
semua isi pelajaran daripada Kaedah hingga tamat dengan kaedah
menyerang. Tanpa penguasaan pelajaran tersebut beliau hanya
mempelajari sebahagian daripada pelajaran Silat Cekak. Oleh itu,
beliau tidak layak mendakwa dirinya sebagai ahli Silat Cekak,
melainkan sebagai ahli persatuan Silat Cekak sahaja.
Kita pun tidak terasa rugi apabila ada dalam kalangan
penuntut yang meninggalkan Silat Cekak pada sekerat jalan
pembelajarannya. Kita diyakinkan bahawa penuntut berkenaan tidak
mempunyai habuan atau rezeki untuk mempelajari keseluruhan
pelajaran. Pelajaran yang ada padanya tidak akan memberi makna
kerana pelajaran yang seterusnya akan mengatasi ilmu Silat Cekak
yang dipelajarinya itu.
Pelajaran Silat Cekak yang berturutan memudahkan kita
mengikuti latihan dan cepat faham. Konsep „berlawanan‟ yang
menjadi lumrah alam, ada dalam Silat Cekak. Misalnya kalau ada
pelajaran bertahan maka ada pula pelajaran menyerang. Kalau
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
303
dikunci ada pembukanya. Kalau dipukul ada pintasannya. Kita boleh
nampak bagaimana daripada Kaedah lahirnya gerak-gerak
seterusnya yang mempunyai kesinambungan. Hebat dan mudah
diikuti. Hal yang demikian akan menimbulkan kepuasan dalam
kalangan penuntut yang mempelajari Silat Cekak.
Konsep Kelas Latihan
Penggunaan istilah „kelas‟ silat dapat dilambangkan betapa
mudahnya pembelajaran Silat Cekak. Pembelajaran Silat Cekak
adalah lebih tersusun dan terancang. Perkataan kelas tentunya
berbeza akan konsepnya dengan perkataan gelanggang. Kalau
gelanggang ada upacara pembukaan gelanggang dan penutup
gelanggang. Oleh sebab konsep kita adalah berdasarkan kelas maka
konsep kelas tersebut melambangkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku adalah dalam keadaan sempurna. Para
penuntut dibimbing supaya dapat mengusai proses penurunan ilmu.
Sesuai dengan konsep kelas juga kaedah penyampaian
pelajaran amat dititikberatkan. Para pengajar Silat Cekak yang
bergelar Jurulatih adalah bertanggungjawab mempastikan para
penuntut dalam kelas berkenaan dapat menguasai pelajaran silat
dengan sempurna. Kaedah penyampaian adalah pelbagai. Kaedah-
kaedah tersebut seperti berbaris, latih tubi, arahan, penerangan,
syarahan dan sebagainya dapat dijadikan panduan dalam proses
penyampaian dan penerimaan ilmu. Saya selalu tegaskan antara
konsep memandu dengan konsep mengajar. Kalau niat kita sebagai
memandu para penuntut maka tindak tanduk kita tentunya berbeza,
berbanding jika kita bertindak sebagai pengajar.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
304
Konsep kelas juga dihubungkan dengan prinsip ujian,
peneguhan pelajaran dan pemulihan. Mereka yang diuji, jika tidak
mencapai hasrat pembelajaran maka akan dibuat pemulihan. Bentuk
pemulihan juga adalah pelbagai. Perkara pentingnya ialah penuntut
berkenaan, akhirnya dapat juga menguasai pelajaran Silat Cekak
yang disampaikan.
Saya berpendapat kalaulah Jurulatih asyik menonjol diri atau
asyik „melepas perasaan‟ kepada penuntut silat secara mengherdik
atau melalui pelakuan yang bersifat panas baran maka eloklah
ditukarkan istilah kelas tersebut kepada istilah gelanggang. Konsep
gelanggang amat bersesuaian untuk dihubungkan dengan pelakuan
penonjolan kehebatan, panas baran atau memberi arahan dari atas
kerusi. Umpama direktor filem zaman P. Ramlee.
Dalam konsep kelas, di samping kebolehan kita mengajar
silat, kita juga perlu mempunyai aspek-aspek kebolehan asas yang
lain seperti kebolehan menyampai, menguji, membuat peneguhan,
pemulihan, motivasi, komunikasi dan sebagainya. Kalau para
Jurulatih kurang kemampuan dalam penguasaan pelbagai kemahiran
tersebut maka Lembaga Pelajaran perlulah memikirkan kursus-
kursus yang sesuai dan berkenaan untuk para Jurulatih.
Mudahnya Belajar Silat Cekak
Betapa mudahnya untuk mendapatkan ilmu Silat Cekak dapat
dilihat pada hari pertama kita berada dalam kelas. Berdasarkan
pengalaman, saya lihat mempelajari Silat Cekak lebih mudah dan
tersangat mudah berbanding dengan silat-silat Melayu yang lain. Kita
tidak perlu mengenakan pakaian silat yang khas. Memadai dengan T-
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
305
shirt sahaja. Kalau permulaan kelas, kita hanya menunggu
penerangan daripada Jurulatih.
Tidak ada senaman khas melainkan latihan kaki dan tangan.
Cuma sekarang ini ada dibuat secara barisan. Zaman saya latihan-
latihan tersebut merupakan inisiatif sendiri. Kalau nak kuasainya latih
sendiri. Apa yang saya lihat ramai yang membuat latihan sendiri.
Pelajaran baru pastinya akan cuba dikuasai dengan sepenuhnya oleh
penuntut. Tugas kita ialah terangkan konsep satu genggam dan satu
buka. Satu telentang dan satu telengkup. Aplikasikan dalam pelajaran
kita.
Walau bagaimanapun tidak perlu kita membanding atau
berbahas corak mana yang baik dan sesuai. Perkara pentingnya
seperti yang saya nyatakan, dalam kelas latihan silat, kepelbagaian
kaedah penyampaian adalah perlu dan amat baik dilakukan.
Begitulah mudahnya mempelajari Silat Cekak. Banyak lagi yang
mudah dalam konteks silat selain daripada apa yang saya
bincangkan di atas.
Namun begitu, kita perlu menyesuaikan konsep mudah
dengan diri kita tanpa memudahkan aspek pembelajaran dan
pengajaran. Kita perlu mementingkan kualiti penuntut kita dan
bukannya mementingkan kuantiti semata-mata. Silat Cekak sangat
mementingkan kualiti. Berdasarkan pemerhatian saya, itu sebabnya
dulu, kita tak pernah mendabik dada dan bermegah dengan bilangan
ahli Silat Cekak. Setakat ukuran ahli persatuan kita boleh
menyatakan bilangan yang ada. Namun, berdasarkan ahli silat,
ukuran bilangan ahli yang mengamalkan Silat Cekak amat sukar
diukur. Itu sebabnya juga sepanjang ingatan saya, kita tidak mudah
mengeluarkan kenyataan tentang bilangan ahli seperti mana yang
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
306
sering dilakukan oleh silat-silat Melayu yang lain ketika. Bermegah
dengan bilangan ramai yang memasuki Silat Cekak tidak memberi
makna kepada kita.
Pengawalan atas kualiti ini juga dapat dilambangkan dengan
prinsip membuka satu cawangan di setiap negeri. Kelas-kelas silat
yang ada dalam negeri berkenaan akan dinamakan sebagai pusat-
pusat latihan. Sekali kita buka cawangan, maka kita akan terus
mempertahankan pembukaannya. Keperluan satu-satu pusat latihan
adalah berdasarkan keperluan. Biasanya, kelas-kelas di pusat-pusat
latihan juga akan dipertahankan dari masa ke masa.
Sebagai seorang Jurulatih yang bertanggungjawab
menyampaikan ilmu dalam kalangan para penuntut, kita perlu benar-
benar meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada Silat Cekak. Kita
percaya bahawa Silat Cekak amat hebat dan hebat. Persoalannya
adakah kita yakin diri kita juga hebat dan boleh menghadapi segala
bentuk ancaman daripada musuh. Sebagai kiasan, kita boleh percaya
apabila kita nampak buah epal dipanah atas kepala seorang
penonton tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Namun
begitu, yakinkah kita atas aspek keselamatan diri apabila epal
tersebut diletak di atas kepala kita untuk dipanah.
Itu sebabnya, saya selalu tegaskan betapa kita yang belajar
mesti mengambil berat setiap proses pembelajaran para penuntut. Di
samping itu, kita perlu mengambil berat proses penurunan ilmu. Hal
yang demikian supaya kualiti Silat Cekak adalah terjamin dan sifat
keyakinan dapat disemai.
Masa yang terhad perlu disesuaikan dengan diri. Jangan cuba
mengurus masa. Orang yang mengurus masa selalu lupa diri. Kita
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
307
perlu mengurus diri dan sesuaikan diri dengan masa yang telah
ditetapkan oleh Tuhan selama dua puluh empat jam. Orang yang
hebat sentiasa mendahului masa. Kalau mula kelas pukul lapan, ahli
yang belajar dan Jurulatih yang mengajar eloklah datang awal. Orang
biasa adalah orang yang hanya menepati masa. Manakala orang
lemah sentiasa melewati masa. Salah satu punca yang
menyebabkan orang-orang yang lemah melewati masa adalah
disebabkan sifat dan sikapnya yang selalu ambil mudah.
Hubungan kita dengan para penuntut semakin akrab. Dalam
konteks silat, hubungan akrab ini akan digunakan oleh para penuntut
untuk bertanyakan soalan. Pastinya berdasarkan pengalaman
terdekat mereka dalam Silat Cekak. Hal-hal yang berkaitan dengan
tidur atas kain putih mungkin ditanya mereka. Jika ada antara mereka
yang pernah membaca berkaitan dengan Silat Cekak pastinya soalan
yang dikemukakan lebih mencabar yang memaksa kita supaya
berhati-hati sebelum memberi jawapan.
Kalau kita mengambil jalan mudah mungkin soalan-soalan
tersebut tidak dilayan. Kita mungkin menjawab dengan pelbagai
jawapan melepas diri. Walau bagaimanapun, jika kita mempunyai
pengetahuan maka berilah jawapan kepada setiap persoalan.
Berhati-hati. Jangan dilayan persoalan-persoalan kefahaman Silat
Cekak ketika kita mengajar pelajaran fizikal. Biarlah selesai latihan
silat maka persoalan-persoalan berbentuk demikian bolehlah diambil
kira. Akal penuntut banyak ragamnya.
Saya teringat peristiwa ketika saya belajar Silat Cekak dulu.
Pada hari tersebut kami tak ada mood nak belajar. Tambahan pula
Jurulatih yang datang agak „garang‟ sedikit. Maka kami berpakat
untuk berehat sedikit pada hari itu. Caranya adalah dengan
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
308
bertanyakan sebanyak mungkin soalan. Jurulatih tersebut layan pulak
persoalan kami. Maka banyaklah rehatnya daripada berlatih pada
hari itu. Beria-ria benar Jurulatih melayan soalan kami yang sengaja
dibuat bagi membenarkan perbuatan kami tersebut. Hal yang
demikian saya jadikan panduan ketika memimpin kelas Silat Cekak di
bawah pengurusan saya. Setiap persoalan yang dikemukakan perlu
berhati-hati ketika menjawabnya. Kita perlu tahu sama ada persoalan
itu direka-reka atau sememangnya merupakan persoalan di benak
mereka. Hal yang demikian akan dapat menghindari diri kita daripada
terperangkap dengan muslihat mereka.
Walau bagaimanapun sebarang gelagat atau sebarang
bentuk persoalan yang timbul, semuanya bergantung pada jenis
penuntut yang kita ada. Setiap pengambilan penuntut, pasti berlainan
perwatakan dan pembawaan. Kalau ada antara mereka yang suka
bertanya maka „susahlah‟ sikit kita menjawabnya. Perlu ada
kemahiran menjawab dan ilmu pengetahuan mengenainya.
Kadangkala mereka yang kurang ilmu tapi pandai cara menjawab,
lebih mudah menyelesaikan persoalan daripada mereka yang berilmu
tapi kurang pandai menjawab persoalan. Kemahiran ini boleh
diperoleh melalui pengalaman, latihan dan pendedahan oleh pihak
berkuasa persilatan.
Kebiasaannya pada pemulaan pelajaran asas, kita akan
mengedarkan senarai nama-nama buah Silat Cekak. Persoalan yang
sering ditimbulkan oleh peminat-peminat yang suka bertanya ialah
berkenaan nama-nama buah yang terdapat dalam senarai tersebut.
Timbul persoalan yang berkaitan dengan keaslian, ceduk-menceduk,
kebenaran kita memperoleh buah guru dan pelbagai bentuk
persoalan lagi. Segala-galanya bergantung pada kebolehan dan
kemahiran Jurulatih mengendalikan persoalan yang timbul tersebut.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
309
Akhirnya penuntut akan berasa puas hati atau terus memendam
dalam hati akan persoalan yang ditimbulkan tersebut.
Berdasarkan hal-hal yang saya bincangkan di atas, langkah
kita mengadakan kursus-kursus untuk para Jurulatih dari masa ke
masa adalah baik dan perlu diberi sokongan. Kadang kala boleh juga
kita memanggil Jurulatih-jurulatih lama untuk berkongsi pengalaman
dalam proses mereka menyampaikan pelajaran Silat Cekak dalam
kalangan penuntut. Perkara penting yang kita harus ingat ketika ini
ialah wujud saingan terbuka dalam kalangan persilatan Silat Cekak
bagi menentukan Silat Cekak yang mana satu masih mempunyai
kehebatan dan ketepatan pelajarannya. Kita tidak boleh mendakwa
diri kita hebat. Kehebatan adalah sesuatu yang dinilai oleh orang lain.
Namun begitu kita perlu menyediakan suasana yang membolehkan
orang lain mengingatkan bahawa Silat Cekak yang kita ada
merupakan satu-satunya Silat Cekak yang benar, boleh dipercayai,
berkesinambungan dengan pusaka Hanafi dan hebat.
Istimewa Penuntut Pertama
Semasa saya menuntut Silat Cekak, saya merupakan pilihan
utama untuk mendapatkan buah baru dalam setiap pemulaan kelas
latihan. Semua kaedah atau buah yang akan diturunkan adalah
bermula dengan saya menerimanya terlebih dahulu. Kenapa saya
dijadikan pilihan utama untuk mendapatkan buah bagi setiap proses
penurunan ilmu Silat Cekak. Dalam hati saya, banyak agakannya.
Namun begitu, pastinya hal yang demikian ada kaitan dengan
persetujuan bersama Ustaz sebelum buka kelas silat di tempat saya.
Saya telah ceritakan dalam tulisan terdahulu tentang persetujuan
bersama tersebut. Namun begitu, tidak ada siapapun antara penuntut
yang persoalkan keadaan itu. Semua mengakui bahawa saya
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
310
berperanan sebagai Ketua Kelas. Sekurang-kurangnya kerana saya
juga bertanggungjawab membuka kelas berkenaan. Agaknya kerana
itu saya berhak mendapat keistimewaan.
Oleh sebab saya yang selalu mendahului senarai penuntut
mengambil buah, maka saya sentiasa tertanya-tanya akan apa yang
bakal berlaku pada diri saya dalam setiap buah yang diperturunkan.
Dalam hal ini, maka banyaklah pengalaman yang „memeranjatkan‟
telah saya tempuhi. Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan
adalah seperti berikut. Buah pertama, bagai nak patah tulang rusuk.
Buah Sendeng Atas, menelan darah akibat bibir pecah. Kilas
Belakang, diri melayang dan kebingungan. Buah Kidung, lembek
lutut. Tak payah tekan pelipat. Jatuh sendiri. Ali Patah Sudah
menghilangkan nikmat minum air. Pasung Kemanga menghasilkan
kejutan letrik. Buah Lintau, bintang bersinar. Buah Kuntau Kiri
Gantung dan Kuntau Kanan Gantung menghasilkan jeritan yang kuat
dan begitu juga dengan setiap buah jatuhan lain yang mempunyai
‟keistimewaannya‟ tersendiri.
Itulah antara lain pengalaman yang diterima ketika menerima
buah-buah asas dan jatuhan. Pengalaman tersebut adalah
teristimewa bagi penuntut pertama yang tidak boleh membuat
jangkaan akan apa yang bakal diterima. Penuntut kedua dan
seterusnya saya rasa kurang ummm-nya. Mereka sudah boleh
membuat jangkaan dan pengawasan diri pada setiap buah yang
diterima.
Sebagai penuntut pertama juga, ketika pelajaran potong dan
serang maka pengalaman lain pulak yang diterima. Gerak potong
banyak dipengaruhi oleh gerak mengambil buah jatuh. Jika pantas
mengambil buah jatuhan maka lagi pantas kita memintas. Pastinya
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
311
kelajuan akan mempengaruhi kekasaran. Lagi laju pergerakan maka
lagi memungkinkan kekasaran dalam gerakan. Oleh sebab saya suka
ambil cepat dan pantas maka teruk juga menerima pengalaman buah
potong.
Buah serang kita adalah sangat ringkas tapi padat. Jika tidak
dibuktikan kehebatannya maka memungkinkan wujud sifat tidak
mengambil berat dalam kalangan penuntut. Oleh itu, kehebatan Buah
Serang perlu dizahirkan pada penuntut. Sekali lagi saya mendapat
pengalaman berharga selaku penuntut pertama menerima
pelajarannya. Cara Ustaz memberi buah menyebabkan raungan yang
tak tentu hala sebutannya. Baru tahu kehebatan serang Silat Cekak.
Walau pun tak banyak pelajarannya tapi amat besar maknanya jika
penuntut sendiri menyaksikan kehebatan tumbuk serangnya.
Pemilihan seorang penuntut yang dianggap istimewa dalam
kalangan penuntut pada setiap kelas, saya jadikan satu tradisi yang
berterusan dari masa ke masa. Penuntut yang terpilih tersebut
merupakan „Ketua Kelas‟; pengantara antara Jurulatih dengan para
penuntut yang lain dari aspek pentadbiran persatuan. Beliau
berperanan membuat pengumuman, mencatat kehadiran, pungutan
yuran dan memberi arahan kepada penuntut yang diterimanya
daripada Penyelia Kelas dari masa ke masa.
Kebolehan ketua kelas bukan terhad sebagai pembantu
dalam pengurusan kelas, tetapi juga berperanan dalam proses
menerima buah. Beliau juga saya jadikan sebagai penerima pertama
buah dalam setiap pemulaan pelajaran dalam kelas latihan seperti
mana yang pernah saya alami.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
312
Sebagai panduan, untuk mengenal pasti watak penuntut
berkenaan, saya mendasarkan pada beberapa faktor. Pertamanya
ialah minat yang ditunjukkan. Ukuran minat boleh kita ketahui apabila
kita turut turun padang bersama dengan mereka bersilat. Sikap dan
pelakuan yang ditunjukkan akan memberi makna kepada kita bagi
menentukan minat mereka sama ada mendalam atau mendatar
sahaja.
Di samping itu, ketahanan fizikal juga perlu diambil kira.
Penuntut berkenaan perlu „tahan‟ menerima gerak-gerak pukulan
yang ada pada setiap buah. Bukan semua penuntut boleh menerima
rasa pukulan tersebut. Walau bagaimanapun, rasa perlu dijelaskan
dan ditunjukkan kepada mereka. Oleh itu, penuntut yang pertama
adalah dikira bertuah untuk merasa setiap gerak yang ada dalam
buah-buah Silat Cekak. Maka itu, ketahanan dan bentuk fizikalnya
adalah amat penting.
Ketua Kelas juga perlu mempunyai watak yang
menyenangkan. Sifatnya adalah tidak panas baran. Hal yang
demikian adalah penting bagi mengekalkan hubungan baik antara
kita dengan ketua kelas yang dilantik. Di samping itu, ketua kelas
yang kita lantik perlu mempunyai bakat kepemimpinan. Cakapnya
boleh mempengaruhi penuntut lain. Sudah tentu kita juga turut
berperanan untuk mengangkat statusnya dalam kalangan penuntut.
Beliau dapat dididik untuk membantu kita mentadbir persatuan yang
kita pimpin setelah tamat nanti. Hal yang demikian adalah penting
bagi mempastikan persatuan kita bertambah mantap dari masa ke
masa.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
313
Konsep Bersalam
Konsep perbuatan memberi salam sama ada menggunakan
tangan atau mulut, sangat saya pentingkan. Dalam tulisan terdahulu,
saya telah sentuh tempat-tempat yang perlu dipraktikkan perbuatan
salam menggunakan tangan. Perbuatan salam meliputi antara
penuntut dengan penuntut, penuntut dengan Jurulatih dan sesama
Jurulatih. Kalau dikirakan berapa kali salam, tentunya banyak kali.
Antara lain dapat kita lihat dalam situasi seperti yang berikut:
a. Sampai kelas, salam dengan Jurulatih yang sedia
menunggu.
Bergantung pada situasi. Siapa yang dulu sampai.
b. Bersalaman sesama penuntut.
c. Setiap kali penuntut menerima buah pada sebelum dan
selepas dapat buah.
d. Masa balik, bersalam dengan Jurulatih dan sesama rakan.
e. Dalam proses penurunan buah, sesama Jurulatih juga saya
tekankan disiplin salam. Pembantu Jurulatih hanya
dibenarkan mengajar atau mengendalikan kelas selepas
bersalam dengan Jurulatih yang bertanggungjawab dalam
kelas berkenaan. Bersalam sama ertinya dengan konsep
menerima izin menjalankan tugas atas dasar Jurulatih atau
Penyelia Kelas tersebut adalah wakil Guru. Kesannya amat
baik. Hal-hal yang memungkinkan sifat angkuh atau tak
sehaluan atau „melawan taukeh‟ dapat dihindarkan.
Keadaan yang sedemikian telah terbukti kebenarannya.
Adab dan adat bersalam ini jika ditekankan perbuatannya
akan memberi banyak manfaat. Suasana kelas akan menjadi lebih
seimbang dan harmonis. Saya selalu ingatkan pada mereka yang
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
314
bersalam. Ketika perbuatan salam dilakukan maka mata biasakan
bertentang mata dengan orang yang kita salam. Rasakan sentuhan
salam tersebut. Dari mata turun ke hati. Itu sebabnya orang yang
bersalam tanpa merenung mata adalah merupakan orang yang
bersama jasad tanpa beserta dengan hati atau rohnya. Sambil lewa
dan tidak memandang atau tidak mengakui kewujudan kita di depan
matanya. Jangan-jangan sifat demikian melambangkan
keangkuhannya yang sebenar.
Saya juga telah sentuh dalam tulisan terdahulu jenis golongan
ini yang mendakwa rapat dengan Ustaz. Tapi bongkak dengan
sesama ahli silat yang lain. Salam tak tengok muka. Besar kepala.
Ambil peluang rapatkan diri dengan Ustaz dalam keadaan
kesampingkan orang lain. Jenis haprak dalam persilatan kita. Bila
berbicara maka dibuktikan sebagai pengamal Silat Cekak yang mulia.
Jenis manusia ini memang ada dalam kalangan kita. Kerap kali tampil
ke depan mendakwa sebagai pembela perjuangan Silat Cekak
pusaka Hanafi yang mulia. Pembela yang bermusim. Kemunculannya
ikut keperluan. Bukan berjuang sepanjang masa. Janganlah kita
terpedaya dengan bijik buah mereka.
Mungkin sekarang ini sudah menjadi kebiasaan orang yang
tidak mementingkan prinsip dari mata turun ke hati. Hinggakan
cenderamata pun ditukar istilah jadi cenderahati. Kalau dulu, setiap
pemberian hadiah dikira sebagai lambang buat tatapan mata terlebih
dahulu, sebelum berkenan dan dihargai di hati. Sekarang langsung
terus di hati. Fahaman songsang. Mata tak payah tengok. Tak payah
tengok pemberian orang. Sesuai untuk orang-orang buta dan orang-
orang yang buta kayu. Rosak betul budaya kita!.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
315
Zaman dulu-dulu, ketika bersalam pun mereka akan mencuba
gerak. Tapi dengan kita hal yang demikian tidak akan mendatangkan
masalah. Itupun pada mereka yang mengetahui dan menghayati
falsafah, konsep dan prinsip Silat Cekak. Itu sebabnya dalam situasi
bersilat, kita perlu bersikap waspada, hatta pada rakan seperguruan
yang memberi salam. Ustaz pernah menyentuh soal ini dalam satu
majlis bersama dengannya. Namun begitu, yang jelasnya, konsep
„percaya boleh, yakin jangan‟ perlu dipegang dalam pelbagai situasi
silat. Hal yang demikian amat berguna pada kita jika mendakwa
sebagai pengamal silat. Keuntungannya amat berharga dan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Kemantapan mengendalikan satu-satu kelas latihan sangat
bergantung pada kewibawaan Jurulatih. Mereka akan menentukan
sama ada kelas-kelas latihan tersebut memberi kesan pada
pembelajaran penuntut. Peranan mereka umpama peranan Guru
Utama yang telah memberi mandat pada mereka. Tapi yang pastinya
jangan berlagak umpama Guru Utama hingga tak sedar kedudukan
diri. Cakap sesuka hati. Perasan akan menguasai diri. Akhirnya juga
rosak diri. Telah terbukti.
Oleh itu disiplin diri Jurulatih juga adalah merupakan salah
satu faktor yang tersangat penting dan saya tekankan dari masa ke
masa. Semasa sessi pengendalian kelas, pastikan hanya seorang
Jurulatih sahaja yang membuat penerangan. Walaupun pada hari
yang berkenaan ada ramai Jurulatih sama ada sama tuanya atau pun
tidak, mereka perlu membuat jadual mengendalikan kelas. Jurulatih
yang terikat dengan jadual sahaja boleh membuat penerangan.
Jurulatih yang lain boleh juga memberi penerangan tambahan
dengan syarat mendapat kebenaran atau diberi laluan oleh Jurulatih
yang bertugas. Itupun saya tidak galakkan. Tidak mahu persaingan
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
316
popular sesama mereka. Terutama pada Jurulatih yang tidak mantap
kedudukannya.
Lebih baik jika ada penambahan atau penambahbaikan untuk
penerangan, nyatakan saja pada Jurulatih yang bertugas terlebih
dahulu. Kita tidak mahu wujud kecenderungan dalam kalangan
penuntut membuat perbandingan sesama Jurulatih yang
mengendalikan kelas mereka. Oleh itu, sebarang kesilapan atau
tertinggal fakta hanya akan diterangkan kembali oleh Jurulatih yang
membuat penerangan dalam kelas latihan tersebut. Mandatori. Akur
sahaja.
Di Cawangan saya, kesemua Jurulatih yang ada, saya
kursuskan terlebih dahulu sesuai dengan hala tuju setiap pelajaran
Silat Cekak yang ingin saya bawa. Tambahan pula hampir kesemua
mereka adalah merupakan bekas penuntut yang saya didik dalam
persilatan Silat Cekak. Setiap kali pelajaran silat, saya akan beri
taklimat kepada pengendali kelas latihan hari itu tentang prinsip
buah-buah yang berkenaan. Saya tumbuk dan mereka buat buah.
Saya akan komen jika tidak berpuas hati tentang cara mereka ambil
buah.
Saya berkeyakinan bahawa cara yang saya lakukan itu
adalah patut dan penting kerana penuntut kita akan melihat cara
Jurulatih mengambil buah berbanding dengan penerangan yang kita
beri. Kerap kali penerangan kita kurang diberi perhatian ataupun
dengar tak dengar sahaja. Oleh itu, jangan terang lama-lama.
Penerangan biarlah lebih berfokus dan terus pada tujuan buah-buah
berkenaan. Jangan membebel macam nenek tua. Tapi cakap tak
serupa bikin. Penerangan bercanggah dengan perbuatan. Selalu
saya ingatkan mereka.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
317
“Kita membuat penerangan pada mereka yang lupa.
Perbuatan yang kita tunjukkan pada penuntut akan menyebabkan
mereka boleh ingat kerana sesuai dengan fitrah manusia. Apabila
mereka dilibatkan dengan pengambilan buah-buah tersebut maka
akan fahamlah mereka tentang apa yang ingin kita sampaikan.”
Oleh itu, jangan banyak bercakap. Tunjukkan buah pada
mereka melalui perbuatan benar yang kita lakukan. Kemudian
libatkan mereka dengan cara kita pula yang membuat tumbukan dan
mereka mengambil buah-buah yang kita turunkan. Maka akan
hebatlah penuntut kita. Dua campur dua pastinya empat. Yakin
sekali.
Hal yang demikian adalah penting bagi mempastikan setiap
buah Silat Cekak yang diturunkan kepada penuntut benar-benar tepat
dan memberi makna pada pengamalnya. Oleh sebab itu, saya berhak
campur tangan jika penerangan yang mereka beri pada penuntut
tidak lengkap atau tersasar daripada matlamat pelajaran. Setakat
pengalaman saya mengendalikan kelas, hal yang demikian tidak
mendatangkan sebarang masalah. Kesemua Jurulatih di bawah
kelolaan saya masih dapat menerima keadaan yang wujud tersebut.
Maka saya terus dihormati sebagai pembimbing utama. Agaknya.
Peranan Penyelia dan Jurulatih
Selaku Penyelia Kelas dan ketua Jurulatih di cawangan, saya
cuba sedaya upaya menghadirkan diri pada setiap kali latihan silat. Di
samping dapat mengawal mutu silat yang diajar, kehadiran saya
boleh memberi dorongan kepada para penuntut; malah pada
Jurulatih itu sendiri. Walau bagaimanapun kadang kala saya gagal
berbuat demikian kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
318
Maka ketiadaan saya, perjalanan dan pengendalian kelas latihan
akan diberi mandat pada Jurulatih lain yang saya pilih.
Setiap latihan, saya akan pastikan Jurulatih saya sentiasa
dalam keadaan „cergas‟. Kecergasan yang saya maksudkan meliputi
juga tiga faktor yang amat penting. Saya sentiasa ambil berat dan
selalu memberi penekanan kepada mereka. Faktor yang terpenting,
Jurulatih tersebut mesti mempunyai stamina. Faktor ini tersangat
penting bagi melancarkan pemberian buah-buah silat. Mereka tidak
boleh menampakkan keletihan ketika mengambil atau memberi buah.
Hal yang demikian bagi mengelakkan kata-kata yang mungkin
muncul dalam hati penuntut betapa lemahnya Jurulatih mereka pada
hari tersebut. Kalau mereka sakit atau tidak cergas, lebih baik mereka
berperanan sebagai pemudah cara, dan bukannya memberi buah.
Tugas memberi buah boleh dimandatkan pada Jurulatih lain. Jangan
tamak atau degil. Yang pentingnya ialah pembelajaran penuntut dan
bukannya kita syok sendiri.
Salah satu cara menjaga stamina ialah jaga perut sendiri.
Agak terlebih buncitnya maka buatlah sesuatu. Buat ujian. Lebih
buncit atau tidak, kalau dipandang ke bawah, nampak atau tidak anu
kita yang sedang berehat. Kalau dipandang ke bawah tak nampak
anunya kerana terhalang oleh buncit perut maka bertindaklah segera.
Jangan tengok ketika anu menggalak. Pasti nampak lebainya sahaja.
Tak sah. Oleh itu, kuruskan perut dengan pelbagai cara. SPA pun
ada. Cuma jaga baik-baik. Jangan jadi tajuk berita.
Di samping itu, kecekapan mereka bersilat perlu sentiasa
tekal dan tepat. Mereka perlu berlatih terlebih dahulu pada pelajaran
yang bakal diberi pada penuntut. Hal yang demikian boleh membantu
ketepatan dan ketekalan mereka menyampaikan buah.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
319
Akhir sekali saya akan pastikan semua Jurulatih saya berada
dalam emosi yang tenang. Jangan baran-baran. Itu hak saya selaku
ketua Jurulatih. Tugas mereka ialah memandu para penuntut agar
penuntut dapat mempelajari dan menguasai pelajaran Silat Cekak
dengan sempurnanya. Jangan ada dua nakhoda dalam satu perahu.
Pasti akan saya „tendang‟ dari kapal yang sedang belayar jika ada
nakhoda yang lain.
Seperti yang saya tegaskan, kepelbagaian bentuk latihan
adalah perlu. Hal yang demikian dapat memberi rangsangan dan
mengelakkan perasaan jemu dalam kalangan penuntut. Dalam
tulisan ini saya bincangkan tentang contoh bentuk latihan yang
pernah saya lakukan. Bentuk ini tidak tetap dan sering berubah
mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
i) Hari Pertama Latihan.
Permulaan pelajaran, penuntut dihimpunkan dalam bentuk
bulatan atau dalam satu kawasan yang ditentukan. Secara langsung
saya telah berupaya mengenali Ketua Kelas pada pandangan
pertama, tapi pada peringkat mencuba kebolehannya. Saya
memanggil penuntut berkenaan berhadapan dengan saya dan
memulakan penerangan.
Pada mulanya penuntut itu akan meletakkan penumbuk di dada
kita. Maka bermulalah penerangan tentang Kaedah A. Kemudian
Jurulatih akan menumbuk dan tumbukan itu ditepis dengan
menggunakan Kaedah yang diajar pada kelas latihan tersebut.
Kaedah letak, tumbuk dan tumbuk secara tarik kaki ke belakang
adalah sangat popular. Penuntut yang lain dilarang membuat latihan
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
320
sendiri. Semua perhatian ditumpukan pada penuntut yang sedang
mempraktikkan Kaedah tersebut.
Selesai penuntut itu menumbuk, beliau akan diletakkan pada
kawasan lain dan terus memerhatikan penuntut lain yang sedang
mengambil buah. Biasanya penuntut berkenaan adalah pasangan
latihannya. Apabila pasangannya selesai mengambil kaedah maka
barulah mereka dibenarkan berlatih di tempat lain dengan
pengawasan pembantu Jurulatih.
Setelah beberapa orang penuntut terlibat mengambil buah dan
diperhatikan oleh semua penuntut dalam kelas berkenaan maka
barulah berpecah kumpulan dengan awasan Jurulatih yang ada pada
ketika itu. Bilangan kumpulan pun bergantung pada bilangan Jurulatih
yang ada. Setelah semua penuntut mengambil buah maka mereka
dibenarkan berlatih secara bersendirian.
Setelah Jurulatih berpuas hati pada jumlah masa latihan bebas
dalam kalangan penuntut, Jurulatih akan memanggil mereka supaya
membuat tumbukan secara barisan. Biasanya dibilang satu hingga
lapan. Jumlah maksimum membilang adalah bergantung pada
keperluan Jurulatih berkenaan. Mereka yang tidak tepat membuat
latihan maka kelas akan diberhentikan setika bagi membolehkan
penuntut itu mengulang semula gerak yang tidak tepat tersebut. Jika
gerak yang diulang masih berkekalan salahnya maka pasangan itu
akan dikeluarkan daripada barisan dan diletakkan di bawah awasan
pembantu Jurulatih yang lain bagi membetulkan pergerakan. Jika
pembantu Jurulatih tersebut telah berpuas hati maka barulah
dimasukkan semula pasangan tersebut dalam barisan.
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
321
Kita tidak mahu mengganggu barisan yang ada. Kalau gerak
yang salah dibetulkan dalam barisan maka akan mengganggu
pasangan yang lain untuk meneruskan latihan. Mereka akan
menunggu Jurulatih dan itu sangat membosankan. Tambahan pula
jika Jurulatih membetulkan kesalahan pasangan tanpa memberi
arahan kepada pasangan lain supaya „merehatkan diri‟. Timbul
keadaan tergantung pergerakan mereka kerana menunggu arahan
seterusnya daripada Jurulatih yang sedang sibuk membetulkan
kesalahan pasangan lain.
Setelah Jurulatih berpuas hati dengan latihan maka kelas boleh
disuraikan dan penuntut dibenarkan minum. Dalam kelas saya
penyediaan minum memang ada. Biasanya teh kosong panas atau
ais. Kerap kali beserta kuih mueh. Suasana yang sedemikian akan
dapat memberi dorongan untuk terus belajar dalam kalangan
penuntut.
ii) Hari Kedua Latihan dan latihan-latihan seterusnya.
Setiap kelas latihan, Jurulatih perlu sampai lebih awal daripada
penuntut. Sekurang-kurangnya telah ada seorang Jurulatih. Boleh
dibuat giliran. Sampai saja penuntut di kelas latihan maka teruslah
memulakan latihan secara bebas. Setelah semua penuntut sampai
pasti ketika itu Jurulatih yang bertugas telah ada. Ketika mereka
berlatih maka Jurulatih akan membuat awasan. Tegur dan
perbetulkan mana-mana gerak yang tidak kemas.
Kalau kelas latihan yang telah banyak pelajarannya, ketika para
penuntut berlatih maka ketika itu mereka yang ketinggalan buah akan
diberi pelajaran yang tertinggal. Hal yang demikian adalah
merupakan prinsip Silat Cekak. Setiap penuntut tidak boleh
Sepak Minang Pengendalian kelas latihan
322
melangkau pelajaran. Pelajaran yang diterima mesti berdasarkan
turutan.
Setelah puas penuntut berlatih secara bebas maka bolehlah
kita membuat latihan secara barisan. Setelah berpuas hati maka kita
kumpulkan mereka untuk memberi pelajaran baru pada hari tersebut.
Prinsip pemberian tetap sama. Setelah diberi pelajaran maka mereka
akan membuat latihan bebas dengan pengawasan Jurulatih. Setelah
itu akan dibuat barisan. Ketika itu teguran dan bimbingan adalah
secara berterusan. Begitulah keadaannya pada kelas-kelas yang
berikutnya, hingga mereka tamat pelajaran. Dalam masa itulah
kepelbagaian latihan perlu ada. Jurulatih perlu kreatif bagi
mengelakkan perasaan jemu dalam kalangan penuntut.
Pasukan Demonstrasi Seni Silat Cekak Negeri Perak sewaktu membuat persembahan di Program Kemasyarakatan dan Kerja Amal di Ipoh Parade pada 7hb April 2002
Sepak Minang Kejurulatihan
323
KEJURULATIHAN
Sepak Minang Kejurulatihan
324
GELAGAT KITA DALAM KELAS.
Penerimaan penuntut pada Silat Cekak adalah dalam
pelbagai bentuk. Ada yang berasa kagum dengan kehebatan Silat
Cekak tapi melupakan kebolehan diri untuk menguasai pelajarannya.
Ada yang asyik membincangkan kefahaman Silat Cekak tetapi
kurang ambil berat akan aspek gerak fizikalnya. Ada yang suka
berpersatuan hingga terketepi aspek persilatan. Ada yang
mementingkan aspek gerak fizikal Silat Cekak dan tidak kisah
tentang fahaman yang ada. Ada yang belajar suka-suka ikut kawan.
Ada yang inginkan ketepatan sebenar tentang apa yang ada dalam
Silat Cekak hingga menimbulkan pelbagai jenis persoalan. Ada yang
pelbagai lagi adanya. Rupa-rupanya niat dan cita-cita setiap ahli yang
belajar Silat Cekak adalah berbeza antara satu sama lain. Sudah
pasti Penyelia Kelas atau Jurulatih atau siapa saja tidak dapat
menyelam hati akan kehendak sebenar setiap perasaan penuntut
dalam proses mereka mendapatkan ilmu Silat Cekak.
Penekanan Jurulatih semasa mengajar Silat Cekak juga
adalah berbeza antara satu sama lain. Penekanan Jurulatih tersebut
jika terkena dengan niat dan cita-cita penuntut yang belajar Silat
Cekak maka akan „menjadilah‟ penuntut tersebut. Jika tidak, penuntut
akan berasa bosan, tak puas hati atau sebagainya. Penuntut akan
membuat perbandingan. Perbandingan ini pastinya akan diakhiri
dengan suka atau tidak suka dengan tenaga pengajar atau Jurulatih
tersebut. Segala-galanya ada kaitan dengan gelagat atau niat atau
cita-cita penuntut dengan penekanan yang diberi oleh Jurulatih ketika
mengajar. Jika penekanan tersebut sesuai dengan kehendak
penuntut maka Jurulatih tersebut akan dipuji dan disanjungi.
Sebaliknya jika penekanan Jurulatih tersebut menyimpang daripada
Sepak Minang Kejurulatihan
325
kehendak penuntut maka Jurulatih itu tidak akan popular dalam
kalangan penuntut tersebut.
Kita tidak menafikan betapa peranan Jurulatih itu adalah lebih
sebagai tempat rujukan generasi baru untuk mendapatkan
penjelasan dan kepastian tentang sesuatu. Mereka tidak dapat lari
daripada tugas bercakap apabila ditanyakan soalan walaupun kuasa
berbuat demikian mungkin tidak pernah diberi atau diiktiraf secara
rasmi oleh persatuan atau persilatan. Bila ada persoalan maka
adalah jawapan berdasarkan pandangan yang diasaskan oleh
pengalaman dan pengalamian mereka sendiri dalam Silat Cekak.
Saya berpendapat Jurulatih Silat Cekak tidaklah perlu
diberikan tanggungjawab untuk mengkaji kehendak penuntut dalam
kelasnya sebelum mengendalikan pembelajaran. Setakat ini
keperluan mengadakan soal selidik dalam kalangan mereka tidak
pernah difikirkan sebagai satu keperluan. Malah borang penilaian
pada penuntut yang telah tamat Silat Cekak pun tidak pernah dan
setakat ini belum difikirkan sebagai satu keperluan. Mungkin apabila
Silat Cekak diilmiahkan secara aktif pada satu masa nanti maka
keperluan mengadakan soal selidik dan mengisi borang penilaian
akan menjadi satu kemestian agaknya. Berdasarkan soal selidik itu,
kita dapat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Silat Cekak dalam satu-satu kelas. Sekurang-
kurangnya Jurulatih boleh menilai keberkesanan diri sendiri dalam
proses penurunan ilmu.
Seperti yang saya utarakan di atas, dalam proses
menurunkan buah dalam kalangan penuntut Silat Cekak, seboleh-
bolehnya para Jurulatih perlulah sensitif pada kehendak dan
kebolehan penuntut yang ada. Namun begitu segala-galanya adalah
Sepak Minang Kejurulatihan
326
bergantung pada nilai yang wujud dalam kalangan Jurulatih dalam
proses penurunan ilmu Silat Cekak. Nilai yang wujud itu akan
membentuk perangai dan cara kepimpinan Jurulatih dalam satu-satu
kelas.
Himpunan Pandangan Penuntut Terhadap Jurulatih
Macam-macam gelagat mereka dapat dirakam menurut
penceritaan atau berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Dalam
tulisan ini saya kutip beberapa komen atau pandangan yang pernah
disuarakan oleh penuntut terhadap gelagat Jurulatih mereka.
Ada yang tersangat suka menceritakan pengalamannya ketika
terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti atau program yang dirancang
oleh persatuan. Apatah lagi jika pengalaman tersebut berkait rapat
bersama Guru. Kehebatannya mengendalikan program atau
sebarang bentuk majlis dihebat-hebatkan pada penuntut. Hinggakan
mereka sanggup ketepikan pelajaran yang mempunyai ruang masa
pembelajaran yang sangat terhad. Pada mereka yang berasa kagum
dengan kebolehan Jurulatih tersebut akan memberi respon positif.
Manakala penuntut-penuntut yang lain akan terus menerus menggigit
jari kerana kekurangan masa bagi memantapkan pergerakan diri.
Menceritakan ketokohan Guru sekali sekala amat besar
ertinya. Akan tetapi apabila penceritaan diluaskan pada watak-watak
tertentu yang bukan Guru, ada kalanya memuakkan mereka. Lebih-
lebih lagi apabila penceritaan tersebut berulang kali. Terpaksalah
juga mereka memekakkan telinga walaupun mata memandang mulut
Jurulatih yang bercerita. Bukannya para Jurulatih meluangkan masa
bagi membetulkan pergerakan tapi menghabiskan masa
menceritakan kehebatan orang lain.
Sepak Minang Kejurulatihan
327
Ada juga telatah Jurulatih yang suka membuat penceritaan
tentang kefahaman dalam Silat Cekak berdasarkan perasaan.
Misalnya kelebihan kain putih dan kelebihan mandi. Kain putih
digambarkan sebagai sesuatu yang sangat hebat. Dengan
kibasannya dikatakan dapat menggerakkan kereta yang kehabisan
petrol atau dapat mengangkat kereta yang terjatuh dalam longkang
tanpa menggunakan kren dan pelbagai kelebihan lagi yang sukar
digambarkan melalui fikiran yang ada. Kelebihan mandi digambarkan
dengan sesuatu yang sukar diukur dengan perasaan logik.
Pada kelas-kelas yang telah tamat, mungkin penceritaan
tersebut mempunyai asas yang dapat digambarkan oleh penuntut.
Walaupun sukar diterima dengan bukti logik, pada mereka yang
berfikiran berasaskan logik dan rasional tentunya akan memandang
sepi akan penceritaan tersebut. Namun begitu, pada para penuntut
yang berminat dengan ilmu-ilmu yang sedemikian tentunya akan
memberikan tumpuan.
Ada Jurulatih yang suka menceritakan tentang kehebatan
Silat Cekak. Kehebatan Silat Cekak digambarkan seiring dengan
kehebatan dirinya dalam silat. Cakap serupa bikin. Walau
bagaimanapun ada yang cakap tak serupa bikin. Kehebatan Silat
Cekak tidak selari dengan kehebatan dirinya. Malah ketika membuat
buah pun tidak sama dengan penerangan yang diberi. Misalnya buah
Kidung Kiri. Dikatakan pada penuntut supaya kaki kiri jangan beralih
tapak untuk membuat buah. Akan tetapi, semasa Jurulatih tersebut
membuat buah, kaki kirinya pula beralih tempat. Tentunya hati
penuntut terkata-kata. Walaupun tidak diluahkan melalui mulut,
mereka boleh membuat kesimpulan sendiri pada Jurulatih yang
mengajar di kelas berkenaan.
Sepak Minang Kejurulatihan
328
Ada dalam kalangan Jurulatih yang sangat teliti dalam
mengambil buah. Kelebihan Silat Cekak sentiasa diberi penekanan.
Tempat yang perlu „dipukul‟ maka dikenakan pukulan tapi tidak
memudaratkan. Kaedah A, B, C dan D sentiasa diberi penekanan.
Prinsip spring dan kejutan diberi penekanan pada tempatnya. Namun
begitu yang lemahnya ramai yang pandai berteori tapi kurang
melakukan praktikal. Namun begitu ada yang tak kisah dengan itu
semua. Janji jatuh ketika buat buah jatuhan atau potong buah ketika
membuat buah potong maka dikira sudah memadai.
Itulah antara lain tentang gelagat Jurulatih kita yang ada.
Gelagat-gelagat ini adalah sebahagian daripada perwatakan mereka.
Jika seseorang penuntut itu ingin berjaya dalam pembelajarannya
maka perlulah mereka menyesuaikan diri dengan gelagat Jurulatih
yang ada. Kurang logik jika Jurulatih pula yang perlu menyesuaikan
diri dengan tuntutan penuntut tersebut.
Walau bagaimanapun, setiap kelas itu ada Penyelia Kelasnya.
Saya rasa, beliau juga bertanggungjawab tentang segala bentuk
pelajaran yang diberi pada para penuntut. Pastikan konsep-konsep
yang selaras dengan Silat Cekak tidak ditinggalkan begitu sahaja.
Konsep-konsep seperti senjata lading menghadapi senjata-senjata
pendek, sambil Cekak menyerang sambil menangkap, tumbukan
serang untuk melihat gerak dan pelbagai konsep yang popular di satu
masa yang lalu tidak ditinggalkan begitu sahaja.
Pendek kata, apa yang diterima oleh generasi yang lalu maka
begitu juga hendaknya diterima oleh generasi yang seterusnya. Maka
akan wujudlah kesinambungan akan ilmu yang menjadi pusaka
Hanafi. Setiap perubahan yang kita lakukan maka hasilnya bukan
boleh dilihat ketika ini. Tapi akan terlihat pada sepuluh tahun yang
Sepak Minang Kejurulatihan
329
akan datang. Itupun kalau sempat kita melihatnya. Kalau gagal maka
kitalah petualangnya. Itulah pendapat peribadi saya.
SIKAP SAYA SEBAGAI JURULATIH
Semasa mengemas almari buku, saya terjumpa buku catatan
lama saya tentang silat. Dalam buku itu terkandung juga nota tentang
Silat Cekak untuk ingatan saya dari masa ke masa. Ketika itu saya
sedang rancak menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan
masyarakat. Dalam catatan tersebut tercatat kefahaman tentang Silat
Cekak sama ada hasil daripada pendengaran atau pengalaman atau
bacaan daripada artikel-artikel yang pernah diterbitkan.
Di samping itu banyak catatan tentang ilmu gah orang-orang
Melayu satu ketika dulu. Catatan tersebut mengingatkan saya kisah
di suatu masa yang lalu. Saya pernah mewakili negeri saya dalam
kurus Wasit dan Juri di negeri Johor. Rasanya tahun l982/83. Dalam
kurus tersebut, setiap negeri perlu menghantar seorang Guru silat
bagi menimba ilmu daripada Jurulatih silat olahraga yang
didatangkan khas daripada Indonesia. Saya berpeluang mewakili
negeri saya. Selain daripada itu Silat Gayung, Gayung Fatani, Lincah
dan silat kita sendiri, turut menghantar wakil secara kumpulan.
Antara Guru-Guru silat yang mewakili negeri, sayalah yang
termuda sekali. Saya ambil peluang merapatkan diri dengan mereka.
Banyak sekali ilmu-ilmu gah (megah) yang saya peroleh. Saya catat
dalam buku catatan tersebut. Sebutlah apa saja. Pasak Bumi, Ibu
Gayung, tangkap jantan dan sebagainya, semuanya ada. Hebat juga
Sepak Minang Kejurulatihan
330
Guru-Guru silat Melayu kita. Tapi saya tak pernah amal. Lain macam
rasanya. Cuma ambil tahu. Saya buat catatan.
Untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkenaan banyak kisah lucu.
Apabila „Tok Guru‟ tersebut inginkan sesuatu sebagai pengkerasnya
maka terpaksalah saya berusaha mencarinya. Mujurlah ada sahabat
saya di sana yang membantu. Yang lucunya ada Guru silat yang
ingin memberi ilmunya tapi bersusah payah membantu menyediakan
pengkeras dan saya cuma perlu membayar harga pengkeras
tersebut. Misalnya ketayap putih dan sepersalinan pakaian.
Ada juga antara Guru tersebut yang terpaksa bertanya „orang
sebelahnya‟ beberapa kali meminta izin menurunkan ilmunya kepada
saya. Kumat kumit mulutnya bercakap. Entah apa bahasanya,
langsung saya tak faham. Bila diberi laluan maka barulah Guru silat
tersebut meneruskan perbualan dan menurunkan ilmunya.
Pengalaman baru buat diri saya.
Semasa saya mula menjadi Jurulatih Silat Cekak, buku
catatan adalah penting. Kadang kala saya mudah lupa. Dengan
adanya buku catatan tersebut mudahlah saya membuat rujukan.
Saya yakin tidak sia-sia kita menulis atas apa yang dibaca atau
didengar. Catatan itu juga boleh dijadikan sebagai punca kuasa atau
rujukan sah untuk membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan
silat pada masa-masa hadapan.
Catatan adalah penting. Bak kata nasihat orang-orang tua,
setakat dengar sahaja maka kita mudah lupa. Kalau kita lihat maka
kita mudah ingat tapi lama-lama lupa juga. Kalau kita buat maka kita
mudah faham. Juga, lama-lama kita turut lupa. Seperti kata seorang
ahli falsafah, Kung Fu Tze dalam catatan saya, beliau menekankan
Sepak Minang Kejurulatihan
331
empat ciri utama pada setiap penuntut iaitu banyak mendengar,
banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali. Namun
begitu saya percaya kalau perkara yang kita baca, dengar, lihat dan
buat itu ditulis sebagai catatan maka kita tidak mudah lupa. Rujukan
ada. Bila nak terlupa tapi jangan sampai terlupa, maka bolehlah
cepat-cepat membuat rujukan semula. Maknanya kita jangan mudah
membuat kesimpulan melalui mulut yang hanya ada satu sahaja.
Sentiasalah membuat rujukan daripada sumber yang sah.
Dalam tulisan ini saya tuliskan semula catatan yang saya buat
tentang Silat Cekak untuk ingatan atau pegangan dan rujukan saya
sendiri satu ketika lalu ketika menjadi Jurulatih Silat Cekak. Mungkin
berguna dan boleh menjadi panduan pada Jurulatih yang ada.
1. Mempercayai Silat Cekak sepenuh hati.
Saya ingatkan diri saya supaya sentiasa membuat ketetapan
bahawa umumnya Silat Cekak mempunyai dua (2) kelebihan.
Pertamanya ialah Silat Cekak adalah benar-benar asli dan tidak
bercampur aduk dengan sebarang unsur seni mempertahankan diri
dari luar negeri. Maknanya, gerak sukan yang sangat popular dalam
seni-seni bela diri tersebut sememangnya tiada dalam Silat Cekak.
Keduanya saya meyakinkan diri saya bahawa Silat Cekak adalah
sejenis silat yang benar-benar bertanggungjawab pada si
pengamalnya.
Untuk mencapai hasrat di atas, saya yakinkan diri bahawa
Silat Cekak adalah satu-satunya silat yang terbaik dan benar. Kadang
kala sikap sedemikian mungkin akan merendah-rendahkan
pandangan kita pada silat-silat Melayu yang lain. Demi menjaga ikrar
saya yang melarang diri daripada mencaci silat Melayu yang lain
Sepak Minang Kejurulatihan
332
maka saya perlu sentiasa mempunyai pandangan yang bersifat
toleransi iaitu semua silat itu baik bagi pengamal-pengamalnya.
Kalau seseorang itu memilih silat A dan mengamalkannya maka
itulah silat yang sebaik-baik bagi diri orang tersebut. Oleh sebab saya
telah memilih Silat Cekak sebagai amalan untuk gerak silat maka
itulah silat yang sebaik-baiknya buat diri saya. Silat-silat Melayu yang
lain perlulah dihormati dan disanjung dalam lingkungan
penghormatan yang patut diberi.
Ikrar yang melarang kita mencaci silat-silat Melayu asli yang
lain amatlah saya pelihara dan saya sentiasa berhati-hati ketika
berbicara tentang silat Melayu tersebut. Ustaz pernah memberi
komen pada saya tentang perkara itu. Hal yang demikian menjadikan
saya sentiasa berpegang teguh pada prinsip itu. Umumnya, sebelum
manusia Melayu menemui Silat Cekak, mereka telah pun
diperkenalkan dengan gerak bela diri melalui silat-silat Melayu yang
lain. Malah secara khususnya, diri saya sendiri sebelum menemui
Silat Cekak telah mempelajari silat-silat Melayu yang lain. Gerak seni
bela diri orang-orang Melayu saya ketahui melalui silat lain. Maka
elok sangatlah kita menghormati peranan silat-silat Melayu yang lain
dalam memupuk minat masyarakat Melayu untuk mempelajari seni
bela diri orang-orang Melayu, hingga akhirnya memungkinkan
mereka menemui Silat Cekak.
Catatan saya juga mengingatkan saya supaya menitiberatkan
istilah asli. Menghormati silat Melayu yang asli adalah merujuk pada
silat-silat Melayu yang ada salasilahnya. Kalau main cedok-cedok
maka mana ada asal usulnya. Salasilah Guru berkait rapat dengan
Guru yang sebelumnya. Pastinya salasilah tersebut berkisar dalam
dunia persilatan dan bukannya pentas persatuan. Jadi, kalau main
Sepak Minang Kejurulatihan
333
pecat-pecat berdasarkan kehendak persatuan dan bukannya
persilatan, mana aci. Hanya mainan „aci cop‟.
Tercatat lagi tulisan saya betapa saya mengingatkan diri saya
supaya mempercayai dan meyakini bahawa Silat Cekak adalah silat
terakhir atau silat akhir zaman. Tidak ada lagi kelahiran silat Melayu
yang lain sesudah lahirnya Silat Cekak. Kalau lahirpun tawar
rasanya. Keyakinan ini wujud bertolak pada kebenaran yang ada
pada Silat Cekak. Hanya Silat Cekak lah sahaja yang membawa
kebenaran pada pengertian gerak. Gerak Silat Cekak adalah
berkaitan dengan gerak dua tangan dan gerak dua kaki. Sistem yang
ada adalah lengkap. Selalu dilambangkan surat dengan posmen.
Itulah ingatan buat diri saya dari dulu hingga sekarang. Cuma
saya bernasib baik kerana pada zaman dulu, penggunaan komputer
sangat terhad. Maka program internet atau e-mail adalah tersangat
kurang berbanding dengan sekarang. Itu sebab agaknya sekarang ini
konsep posmen dan surat kurang diketengahkan. Dalam proses
menghantar surat sudah tidak perlu posmen lagi. E-mail ada. Laman
web ada. Oleh itu pentingnya penekanan sekat posmen maka
tersekatlah surat telah tidak raleven lagi. „Tongkat boleh ditepis.
Sesak-sesak dah tak kisah dah‟.
Pergerakan dua tangan dan dua kaki itu adalah lengkap dan
bersistem. Gerak seni wujud secara keseluruhan dalam pergerakan
tangan dan kaki tanpa ada gerak sukan. Membicara konsep ini
adalah berkaitan dengan ayat „penggunaan kekuatan bantuan atau
kekuatan yang ada pada diri. Menggunakan gerakan yang dibuat-
buat atau gerakan semula jadi. Menumpang kekuatan atau
menggunakan kekuatan‟. Dan macam-macam konsep yang boleh
timbul apabila membicarakan bandingan antara seni dan sukan.
Sepak Minang Kejurulatihan
334
Walau bagaimanapun di hati kecil tetap berkeyakinan bahawa
silat yang baik dan terbaik hanyalah Silat Cekak. Itulah pegangan
untuk menguatkan hujah di hati bahawa Silat Cekak adalah
merupakan silat akhir zaman.
2. Mengamal Falsafah, Konsep dan Prinsip Silat Cekak
Sebagai Budaya Seharian.
Istilah mengamal berkait rapat dengan istilah kata nama,
„Pengamal Silat Cekak‟. Pengamalan yang dilakukan adalah
merupakan refleksi daripada nilai-nilai kepercayaan yang dipegang
dalam Silat Cekak. Kata orang, ada ilmu tapi tak amalkan maka
jadilah orang itu seorang pensyarah yang hebat tapi cakapnya tak
serupa bikin. Orang yang meyakini akan Silat Cekak, tingkah lakunya
dalam silat adalah terpancar daripada pengamalan Silat Cekak dalam
budaya kehidupan persilatannya seharian. Pastinya orang-orang ini
mempunyai pendirian yang sukar diganggu gugat dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kepercayaan dan kefahaman. Malah hubungan
rapat sesama ahli silat atau ahli persatuan dalam konteks persilatan
akan dibataskan pada prinsip atau nilai-nilai yang wujud dalam Silat
Cekak.
Saya selalu ingatkan diri saya supaya sentiasa mempunyai
satu pegangan dalam amalan falsafah, konsep dan prinsip Silat
Cekak. Tentunya pegangan tersebut berdasarkan tafsiran saya
sendiri hasil asakan ilmu oleh Guru Utama dan juga berdasarkan
pengalaman dan pengalamian saya sendiri. Lain orang mungkin lain
tafsirannya. Elok juga berkongsi pandangan dalam suasana yang
harmonis.
Sepak Minang Kejurulatihan
335
Saya teringat pesanan Tok Guru supaya belajar sesuatu
sambil berfikir. Belajar tanpa berfikir dikatakan sebagai kerja sia-sia.
Berfikir sahaja tanpa belajar lagi teruk sia-sianya. Semasa saya
menuntut dulupun saya sentiasa mengajak diri saya supaya berfikir
sebelum menerima sesuatu. Maksudnya, saya tidak mudah terima
tanpa ada logiknya menurut kemampuan saya sama ada dari segi
fizikal atau pemikiran. Kalau sudah terima maka akan saya pegang
dan amalkan. Oleh itu, apabila saya menjadi Jurulatih pastinya saya
tidak rela para penuntut Silat Cekak di bawah asuhan saya menerima
segala apa yang disampaikan tanpa ada usaha untuk berfikir.
Misalnya, kalau lemah penguasaan diri dalam gerak silat, cuba cari
punca kelemahannya. Jangan merintih dan membiarkan Jurulatih
menyelesaikan kelemahan diri kita sepenuhnya.
Hal yang demikian, perkataan „kenapa? apa sebab?‟ selalu
menjadi soalan biasa semasa menurunkan pelajaran. Saya perlukan
jawapan daripada penuntut sebagai usaha menggalakkan mereka
berfikir. Kalau buah Kidung misalnya, tanyakan soalan. Kenapa perlu
ditetak pada lengan dan bukannya pada bahagian-bahagian lain. Apa
sebab tidak ditampar bahagian tersebut. Layan saja jawapan mereka.
Misalnya, “Saya tampar kerana takut tangan rakan cedera, atau saya
tetak kerana Silat Cekak mementingkan pukulan atau saya tetak
kerana ingin melemahkan musuh” atau atau yang lain. Semua
jawapan tersebut adalah betul pada tahap pemikiran mereka. Terima
saja segala bentuk jawapan mereka sebelum diterangkan tujuan
sesuatu perbuatan tersebut. Malah, persoalan penuntut juga perlu
sentiasa dilayan menurut batas yang ada. Persoalan yang
ditimbulkan itu juga melambangkan bahawa mereka telah berfikir.
Oleh itu mendalami sesuatu pelajaran dalam Silat Cekak dengan
sejelas-jelasnya sebelum mengamalkan pelajaran itu adalah amat
perlu. Baharulah datang kepuasan dan keikhlasan. Hati tidak akan
Sepak Minang Kejurulatihan
336
berkata-kata dengan khayalan yang sia-sia. Hal yang demikian
kerana perbuatan yang kita lakukan adalah hasil pemikiran kita bagi
membolehkan hati kita menerimanya.
Hubungan sesama kawan tidak dijadikan ukuran untuk
membuat ketetapan di hati tentang sebarang ajaran dalam Silat
Cekak. Saya selalu ingatkan diri saya bahawa kalau selama ini
perkenalan sesama ahli adalah kerana adanya Silat Cekak, maka
semestinyalah Silat Cekak itu diberi keutamaan. Jika kerana silat juga
hubungan tersebut terputus maka hubungan tersebut telah kembali
kepada sedia kala. Oleh itu, hubungan boleh dibataskan jika
melanggar falsafah, konsep dan prinsip Silat Cekak.
Batas-batas falsafah, konsep dan prinsip dalam Silat Cekak
adalah meliputi soal pelantikan Guru, mandat, isi pelajaran, adat dan
adab yang ada dalam Silat Cekak. „Roh‟ persilatan perlu mengatasi
„roh‟ persatuan. Mana pernah dalam sejarah, tok-tok Guru silat telah
dipecat. Sebabnya murid itu datang dan pergi. Tapi dek kerana
persatuan, ramai murid yang datang tapi ramai murid yang tak nak
pergi-pergi walaupun ada perasaan tak puas di hati.
Pengamalan Silat Cekak meliputi amalan gerak silat dan
falsafah, konsep dan prinsip Silat Cekak itu sendiri. Konsep yang
tersirat di sebalik konsep tersurat pada saya perlu berdasarkan
tafsiran sendiri. Tafsirlah berdasarkan kemampuan dengan
sepatutnya. Secara langsung hal yang demikian akan mendesak kita
supaya berfikir. Jika tidak faham, rujuklah pada Guru utama atau
Jurulatih-Jurulatih yang hebat. Bila diri kita faham pada sesuatu itu,
amalkan saja. Tak perlu bermegah atau diceritakan pada orang lain.
Takut-takut muncul kata-kata cakap tak serupa bikin.
Sepak Minang Kejurulatihan
337
Untuk mengamal gerak Silat Cekak, pastikan diri kita tidak
mencampur adukkan dengan gerak-gerak silat Melayu yang lain.
Lebih-lebih lagi gerak bela diri yang datang dari luar negara. „Patut
haramkan perbuatan campur aduk antara gerak-gerak silat Melayu
yang lain dengan gerak Silat Cekak untuk amalan pada diri jika kita
benar-benar ingin menjadi pengamal Silat Cekak yang sejati‟.
Prinsip-prinsip asas dalam Silat Cekak seperti berdiri lurus,
menepis, mara, seri, menunggu dan menyerang perlu disebatikan
pada diri. Jangan ada langsung istilah „ter‟ seperti tersasul, terlupa
atau ter-ter yang lain apabila kita gagal dalam melakukan gerak-
gerak berkenaan. Peraturan yang dibuat oleh Guru perlu diberi
keutamaan. Berdasarkan catatan, hal yang demikian meliputi
peraturan berpakaian sama ada rasmi atau tidak rasmi. Begitu juga
dengan ikrar ijazah yang dilafazkan. Ikrar tersebut adalah merupakan
asas persilatan. Tentunya berbeza dengan ikrar tahunan yang
dilafazkan atas pentas persatuan. Sifat dan sikap Guru yang
bersungguh-sungguh dalam penyebaran Silat Cekak, perlu dijadikan
contoh teladan. Kita perlu lakukan sesuatu perkara yang
diamanahkan pada diri kita dengan bersungguh-sungguh beserta
dengan perancangan yang rapi. Amalkan prinsip „benar‟ dalam gerak
dan dalam bicara Silat Cekak. Jangan sorok-sorok atau ubah-ubah
pergerakan yang ada.
Sejauh mana kita dapat mengukur bahawa diri kita telah
mengamal falsafah, konsep dan prinsip Silat Cekak sebagai budaya
seharian. Diri sendiri sahaja yang boleh menjawabnya dalam hati.
Menyuarakannya pada orang lain dikhuatiri akan timbul ciri-ciri
penipuan pada diri sendiri.
Sepak Minang Kejurulatihan
338
Dalam catatan saya, tercatat ukuran „sejauh mana‟ dalam dua
aspek. Pertamanya apabila disebut saja Silat Cekak, diri sendiri
berasa sangat sensitif. Umpama ahli silat Melayu lain yang pantang
mendengar pukulan gendang silat. Perkara baik akan disambut
dengan baik. Manakala perkara buruk yang cuba diketengahkan,
akan dibela dengan kemampuan yang ada. Jangan lupa. Silat dan
Guru Silat adalah bersepadu.
Keduanya terwujud perasaan yang amat dekat dengan Silat
Cekak. Jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Apapun, faktor yang
amat penting dalam konsep pengamalan Silat Cekak ialah mengilmui
Silat Cekak itu dengan sepenuh hati. Catatan saya turut menekankan
sifat jujur dalam pembelajaran.
Berdasarkan catatan saya juga, saya tegaskan pada diri saya.
Untuk mengilmui Silat Cekak, maka dua perkara penting perlu saya
kuasai. Pertamanya saya perlu benar-benar kenal dan mengamalkan
Silat Cekak agar pengetahuan yang saya ada tidak sia-sia pada diri
dan pada mereka yang menuntut dengan saya. Penguasaan yang jitu
dengan Silat Cekak akan memudahkan penerimaan orang lain
tentang falsafah, konsep dan prinsip yang ada dalam Silat Cekak.
Secara langsung saya tidak akan mengelirukan mereka.
Keduanya saya harus berfikiran luas atau global dengan data-
data atau bukti-bukti yang lengkap atas apa saja yang diperkatakan.
Perbincangan yang berdasarkan perasaan akan diakhiri dengan
pertengkaran. Kita tidak mahu pertengkaran mencari fakta berlaku
berdasarkan data-data yang tidak lengkap. Gunakan dua mata dan
dua telinga. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata atau membuat
kesimpulan dari mulut yang satu. Pernah saya sentuh tentang
tafsiran orang buta dengan gajah yang dirabanya.
Sepak Minang Kejurulatihan
339
3. Menyebarkan Silat Cekak.
Saya amat berkeyakinan bahawa pada dasarnya kita perlu
mempunyai pandangan bahawa Silat Cekak adalah silat untuk semua
orang Melayu yang beragama Islam. Istilah Melayu mungkin boleh
diluaskan maksudnya. Kalau diri kita percaya dan mengamalkan Silat
Cekak maka adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk
menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat. Juga, dalam
kalangan ahli Silat Cekak sendiri kita berperanan menyebarkan ilmu-
ilmu Silat Cekak yang telah kita peroleh dan kita amalkan terlebih
dahulu.
Saya juga berpendapat bahawa tersangat elok bagi kita
mencari bukti-bukti saintifik untuk membuktikan amalan silat kita
adalah benar-benar mendatangkan faedah. Bukannya kita tidak
percaya dengan amalan yang kita terima. Tapi hal yang demikian
adalah sebagai usaha untuk menguatkan kesahihan betapa
berfaedahnya ajaran-ajaran yang diamanahkan Guru dalam
pengajian Silat Cekak, diamalkan oleh kita. Misalnya mandi sambil
menggosokkan badan dan anggota badan dengan menggunakan
tangan. Kita pernah diceramahkan betapa gosokan tersebut secara
langsung membentuk satu lapisan yang tidak nampak pada kulit
anggota yang digosok. Itu sebab agaknya apabila berlaku serangan,
kita boleh mengambil serangan tersebut apabila tersentuh di badan
tanpa membawa kemudaratan kepada anggota kita. Lapisan yang
wujud pada kulit anggota badan itu memberi isyarat terlebih dahulu
untuk kita membuat tindakan. Itulah salah satu kelebihan mandi silat.
Begitu juga dengan penggunaan limau purut. Kita tidak
menggunakan limau nipis seperti yang selalu diamalkan oleh
persilatan Melayu yang lain. Kita boleh membuat kajian ilmiah bagi
Sepak Minang Kejurulatihan
340
menguatkan amalan kita. Misalnya, daripada kajian, penggunaan
limau purut memberi kesan yang amat hebat. Kita boleh terangkan
kepada rakan-rakan penuntut yang lain. Dalam akhbar Mingguan
Malaysia, 17 Mac 2002, dipetik kajian oleh seorang pegawai daripada
Institusi Biosains, UPM tentang kelebihan limau purut yang dapat
menghilangkan rasa lemah dan letih. Antara lain menurut kajiannya,
buah limau purut selalu dijadikan sebagai antara bahan penting
dalam upucara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan
kesegaran. Kulit yang bersisik akan pulih jika menggunakan limau
purut.
Rujukan dan bahan yang diperoleh itu dapat membuktikan
betapa apa yang kita lakukan dalam Silat Cekak adalah tidak sia-sia
kerana ada faedah di sebaliknya. Secara langsung kita lebih yakin
akan segala ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Begitu juga dengan
hal-hal lain yang perlu kajian. Dengan adanya keyakinan tersebut
maka mudahlah usaha-usaha kita menyebarkan Silat Cekak. Kita
akan lebih yakin atas apa yang kita ucapkan.
Peranan kita sebagai penyebar ilmu adalah meliputi gerak-
gerak fizikal Silat Cekak atau kefahaman Silat Cekak itu sendiri.
Usaha-usaha penyebaran dapat dilakukan melalui dua kaedah.
Pertamanya ialah dengan cara menarik ahli baru bagi
mengikuti kelas-kelas Silat Cekak. Untuk itu kita perlu ada beberapa
ciri utama. Ilmu kita tentang Silat Cekak biarlah banyak dan
mendalam. Usahakan diri untuk memenuhi kriteria tersebut.
Dampingi Guru dan orang-orang lama yang berpengalaman untuk
mendapatkan penjelasan dan tafsiran. Janganlah ego hingga
menafikan pendapat yang lain. Berfikirlah secara terbuka. Tidak rugi
jika kita mengetahui semua ilmu yang ada dalam Silat Cekak.
Sepak Minang Kejurulatihan
341
Semasa kita menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan
masyarakat, kebijaksanaan adalah sangat perlu untuk menjelaskan
sesuatu. Jika perlu berbahas atau berdebat maka berdebatlah. Jika
perlu bertry maka ber‟try‟lah. Perkara pentingnya ialah kita berdebat
atau bertry semata-mata untuk mencari kebenaran dan bukannya
kemenangan. Jika perbuatan tersebut sukar dilakukan secara
sendirian, eloklah susun strategi yang lain. Apapun yang kita lakukan,
berbahas atau berdebatlah dengan cara yang baik dan bukannya
secara sentimen atau beremosi negatif.
Kedua ialah dengan cara menanam kefahaman Silat Cekak
dalam kalangan penuntut Silat Cekak yang telah berdaftar sebagai
ahli silat. Saya telah terangkan dalam tulisan terdahulu betapa
peranan Jurulatih dalam pengajaran ialah memandu dan bukannya
mengajar. Hal yang demikian akan menjadikan diri kita menghormati
para penuntut yang belajar dengan kita. Tanamkan kefahaman dan
pengajaran dalam Silat Cekak dengan contoh atau nasihat yang baik.
Dalam usaha untuk membina keyakinan dan kehebatan para
penuntut, kita perlu ada strategi. Sesuaikanlah antara tujuan dengan
strategi. Jika pelajar itu lemah dalam kefahaman, apa yang patut kita
buat. Jika pelajar itu lemah dalam gerak silatnya maka apa pula
strategi kita untuk meningkatkan keupayaan silatnya. Begitulah
dengan hal-hal yang lain. Lain orang maka lain kaedah dan strategi
mengatasinya. Sesuaikan dengan kehendak dan keupayaan murid itu
sendiri. Bak kata pepatah, “Jangan memancing ikan dengan umpan
anggur.”
Pandangan ahli-ahli lama perlu diambil kira dalam usaha kita
menyebarkan Silat Cekak. Mereka telah mempunyai pengalaman
dalam penyebaran Silat Cekak sebelum kita. Berbincanglah dengan
Sepak Minang Kejurulatihan
342
mereka bagi mendapatkan pengetahuan sebagai bekalan ketika
melakukan usaha-usaha penyebaran Silat Cekak dan usaha-usaha
menanam kefahaman dalam kalangan ahli. Di samping itu, rujuk
bahan-bahan tulisan yang berkaitan dengan Silat Cekak. Banyak
tulisan yang boleh dijadikan panduan ketika kita berbincang tentang
Silat Cekak dalam kalangan penuntut kita.
Dalam usaha menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan
masyarakat dan dalam usaha-usaha peneguhan kefahaman dalam
kalangan penuntut Silat Cekak yang ada, buatlah sesuatu dengan
sebaik-baiknya. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Saya sangat
bersetuju dengan kata-kata, “Jangan khuatir jika orang lain tidak
menghargaimu. Khuatirlah yang kamu tidak menghargai orang lain”.
Kalau orang-orang yang berilmu tidak langsung mempedulikan Silat
Cekak lagi maka alangkah ruginya Silat Cekak dalam proses
pemantapan dan penyebaran isi pelajarannya.
Tugas utama kita ialah menyampaikan amanah. Amanah
tersebut perlulah diiringi dengan ketulusan. Baharulah apa yang
dikata dapat dikota. Persilatan kita kaya dengan adab dan adatnya.
Adat dan adab itu dilambangkan juga melalui budi bahasa. Apabila
budi bahasa mengiringi adat dan adab maka kehinaan diri dapat
dijauhi. Hubungan akrab sesama ahli akan berterusan. Maruah kita
akan tetap terpelihara sepanjang masa.
Dalam proses penyampaian ilmu Silat Cekak dalam kalangan
ahli, pastikan apa yang dikata maka kita kotakan. Kalau tidak mampu
berbuat demikian, lebih baik jangan berkata-kata kerana kita akan
bersifat terburu-buru dalam tindakan kita. Apa yang telah kita lakukan
maka berilah maklumat pada Guru kita bagi mengelak prasangka
buruk dalam kalangan kita. Jika tidak, kita mungkin akan dicap
Sepak Minang Kejurulatihan
343
sebagai berselindung dan berangkara oleh penasihat-penasihat
toksid dalam persatuan. Susah juga kita akhirnya.
Usaha menyebarkan Silat Cekak juga pastinya akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran adalah sesuatu yang
menguji kemampuan kita. Jika kita berjaya mengatasi cabaran-
cabaran tersebut maka kita telah berkemampuan untuk menyebarkan
Silat Cekak.
Walaupun persatuan kita berpecah-belah tapi Silat Cekak
tetap satu. Itupun pada mereka yang masih mendakwa Silat Cekak
yang dibawanya adalah pusaka Hanafi. Cabaran pada mereka yang
hanya merasai satu Guru mungkin tidak sama seperti mana cabaran
yang dihadapi oleh mereka yang bergelumang dengan beberapa
orang Guru bermula dari zaman Ustaz Hanafi. Oleh itu, sesuaikan
cabaran yang wujud akibat berlainan persatuan dengan usaha-usaha
penyebaran Silat Cekak yang kita ingin lakukan.
Cabaran lain yang saya rasa ada pada masa sekarang ialah
kekuatan persatuan yang nampaknya mengatasi kekuatan silat. Hala
tuju dan arah mana silat itu akan pergi adalah bergantung pada
persatuan yang menggerakkan silat berkenaan. Malah yang paling
hebatnya jawatan Guru Silat pun akan ditentukan oleh persatuan.
Persatuan mempunyai kuasa untuk menaik atau menjatuhkan Guru
Silat. Oleh itu, berhati-hatilah pada tindak tanduk kita. Sejauh mana
ikhlas sekalipun kita ingin menyebarkan Silat Cekak, apabila didapati
menyalahi atau menyanggahi peraturan persatuan yang ada maka
mungkin kita akan tersingkir. Persatuan berkuasa penuh untuk
menafikan usaha-usaha kita menyebarkan silat yang kita pusakai dari
Guru silat. Oleh itu, dalam usaha kita menyebarkan Silat Cekak,
maka jangan sesekali lupa akan kuasa persatuan.
Sepak Minang Kejurulatihan
344
Ketuanan berdasarkan jawatan yang disandang dalam
persatuan semakin hebat. Hal ini juga merupakan satu cabaran
kepada kita. Kalau dulu, perselisihan sesama ahli silat akan
diselesaikan melalui persilatan. Tetapi sekarang perselisihan faham
sesama ahli silat akan diselesaikan oleh peraturan persatuan. Melalui
peraturan persatuan, ada kemungkinan penglibatan kita dalam silat
boleh dimatikan begitu sahaja. Tak payah main tikam-tikam dengan
senjata. Jadi, berhati-hatilah dengan suasana yang wujud itu bagi
memudahkan kita berada dalam suasana selamat ketika berusaha
menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat.
Dewasa ini ketaatan murid dengan Guru dalam konteks silat
adalah tersangat longgar. Kita boleh nampak betapa murid boleh
menyanggah kewibawaan Guru melalui peraturan persatuan yang
ada. Bukan mudah bagi Guru Silat itu menyingkir anak muridnya.
Anak muridnya mempunyai pelindungan khas apabila menjadi ahli
persatuan yang telah menggerakkan silat tersebut. Hal yang
demikian telah memberi satu cabaran hebat pada kita dalam usaha
mengembangkan Silat Cekak.
Bukan mudah bagi kita menyebarkan Silat Cekak sebagai
satu usaha bakti terhadap Guru. Kita tidak boleh mengikut gerak hati
sebaliknya perlu mengikut gerak peraturan yang ada. Kalau dengan
Guru pun ahli-ahli persatuan boleh persoal kepemimpinan atau
membantah arahan, apatah lagi dengan isi pelajaran. Isi pelajaran
silat termasuk kefahamannya pun masih boleh dibantah atau dibuat
komen. Oleh itu jika sesuatu yang kita sampaikan tidak disenangi
oleh si penerima, mereka boleh membantahnya terus pada penjawat
jawatan dalam persatuan. Maka akan timbullah krisis yang boleh
meretakkan hubungan. Itulah cabaran hebat yang kita akan tempuhi.
Sepak Minang Kejurulatihan
345
Dunia sekarang adalah dunia yang berkait erat dengan
teknologi maklumat. Penggunaan e-mail, facebook dan sebagainya
begitu luas sekali. Cara berhubung amat jarang sangat dilakukan
melalui posmen. Maka cabarannya akan timbul jika kita tidak tahu
menggunakan kemudahan-kemudahan moden itu. Bagi mengatasi
cabaran tersebut, belajarlah.
Mungkin banyak lagi cabaran hebat yang terpaksa kita
tempuhi dalam usaha-usaha penyebaran Silat Cekak. Hadapilah
cabaran-cabaran tersebut dengan perasaan tabah dan tenang. Kita
perlu berkeyakinan bahawa usaha yang baik itu lambat laun akan
diketahui akan kebaikannya. Pokok pangkalnya, sesuatu yang baik
itu eloklah dikongsi bersama dengan orang-orang lain. Harap-harap
menemui kejayaan.
4. Tanamkan Sifat Kesabaran dalam Silat Cekak.
Dalam tulisan yang lalu saya telah membincangkan beberapa
cabaran yang perlu kita hadapi dalam usaha penyebaran Silat Cekak.
Cabaran-cabaran itu juga berkait rapat dalam konteks hubungan kita
dengan rakan-rakan dalam Silat Cekak. Rakan-rakan kita itu
termasuk yang ada jawatan sama ada di tahap cawangan atau pusat.
Sejauh mana kita berjaya menyerap cabaran-cabaran tersebut. Jika
gagal menghadapi cabaran, pastinya kita akan tertekan atau berada
dalam suasana stress. Tambahan pula jika silat merupakan sesuatu
yang sukar dipisahkan dalam perjalanan hidup kita seharian.
Tekanan yang memanjang akan memudaratkan kesihatan. Rambut
menjadi banyak uban dan mungkin akan mengalami keguguran.
Tekanan yang sukar diserap akan memberi kesan pada keluarga dan
mungkin pada prestasi tugas.
Sepak Minang Kejurulatihan
346
Kalaulah keadaan yang tertekan itu dibiarkan memanjang,
lama-kelamaan akan wujud perbuatan-perbuatan protes dalam diri
sendiri. Mulalah syaitan merasuk diri. Beberapa persoalan akan
bermain-main di benak hati. Kita „ditanya‟ setakat mana lagi
penglibatan kita dalam Silat Cekak. Kalau diri tidak lagi dihargai maka
bisikan di hati, eloklah melarikan diri. Usaha yang dilakukan selama
ini akan dianggap beban kerana tidak ada penghargaan. Hal yang
demikian akan mendatangkan suasana yang tidak elok pada diri.
Ketika inilah peranan pihak penguasa terutama pihak
pengurusan di cawangan sendiri memainkan peranan penting.
Seringlah membuat perjumpaan sesama pendokong Silat Cekak.
Sekurang-kurangnya berbincang sambil-sambil „makan kenduri‟.
Berbincanglah tentang kekuatan dan kelemahan kita dari masa ke
masa. Susun strategi. Maka diri akan terdorong dan kekusutan diri
dapat diperbaiki. Kebajikan sesama ahli jangan sesekali dilupakan.
Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menghargai diri
sendiri. Lebih baik diri sendiri menghargai diri sendiri.
Aspek ini amat saya ambil berat ketika memimpin persatuan
tempoh hari. Setiap tahun ada saja penghargaan yang diberi.
Termasuklah „bush jacket‟ yang menjadi kebanggaan ahli. Sebagai
pemimpin persatuan, kebajikan ahli perlu dijaga. Mungkin tidak
terkajang batu sepulau. Namun begitu dengan mengambil sedikit
pendekatan untuk menghargai ahli yang telah berkorban maka
kebajikan ahli itu boleh terjaga. Merekalah yang merupakan barisan
depan untuk menyebarkan Silat Cekak. Kalau hati mereka dijaga
sempurna pastinya segala tugas akan terlaksa dengan jayanya.
Ramai yang menganggap bahawa dalam Silat Cekak banyak
ujian yang selalu kita terima tanpa dirancang. Kadang kala ujian
Sepak Minang Kejurulatihan
347
tersebut menimpa sanak saudara. Kalau kita berjaya mengatasi ujian
yang ada maka kita akan tenang dan puas. Walau bagaimanapun,
untuk lulus dalam ujian-ujian itu maka berjuanglah seorang diri. Amat
sukar untuk kita mendapatkan bantuan kerana bukan senang untuk
orang lain memahami apa yang kita hadapi. Maka bersabarlah.
Dalam silat kita, banyak istilah yang boleh menggambarkan
peranan ahli-ahli silat atau ahli persatuan yang ada. Seperti nama
buah kanan dan kiri dalam Silat Cekak maka golongan ahlipun ada
golongan kanan dan golongan kiri. Apakah kayu ukur untuk
mengatakan kanan atau kiri, kita pun mungkin kurang mengerti.
Istilah-istilah seperti golongan setia, golongan berjasa, para
pendokong, para penderhaka dan penentang utama dan sebagainya
telah menjadi satu sebutan biasa dalam kalangan kita. Kayu ukurnya
tidak ada. Yang pastinya ikut sedap apa yang nak dikata. Oleh sebab
kedudukannya mungkin tempat berkuasa maka istilah-istilah yang
dikeluarkan mereka mungkin diterima pakai tanpa usul periksa. Maka
bersabarlah.
Saya akui, ada kalanya semasa usaha-usaha menyebarkan
Silat Cekak dijalankan, rakan-rakan ahli silat sendiri akan menjadi
batu penghalang. Halangan adalah dalam pelbagai bentuk termasuk
tekanan dari segi psikologi. Oleh itu kita perlu mewujudkan suasana
sahabat sekeliling kita dalam kalangan mereka yang baik. Kita pula
perlu menjadikan diri kita sebagai sahabat yang baik.
Untuk menjadi sahabat yang cemerlang dalam Silat Cekak,
beberapa faktor patut diambil kira. Antara faktor tersebut ialah
mengikuti adat dan adab yang ada dalam Silat Cekak. Menarilah ikut
rentaknya. Dalam Silat Cekak terdapat banyak adat dan adab yang
mengasaskan budi bahasa dan kesopanan sama ada dalam
Sepak Minang Kejurulatihan
348
hubungan persahabatan anatara murid dengan murid atau murid
dengan jurulatih dan murid dengan Guru.
Di samping itu kita perlu berfikiran positif terutama dalam
hubungan kita dengan rakan-rakan. Selalulah bercakap hal-hal yang
berkaitan dengan kebaikan orang lain daripada memperkatakan soal-
soal yang berkaitan dengan keburukan sifatnya. Jika sifat ini wujud
dalam kalangan kita bererti kita akan mempunyai para sahabat yang
berakhlak mulia. Maka beruntunglah kita dalam konteks hubungan
sesama ahli silat. Sifat-sifat yang positif ini akan menghindari diri kita
daripada sifat bongkak, bangga diri dan suka bersifat mengasingkan
diri.
Dalam pergaulan kita sesama ahli, kita perlu ukur kekuatan
dan kelemahan diri kita. Jika kita boleh bertindak umpama ikan di
laut, airnya masin tapi ikan tetap tak masin, maka selamatlah diri
dalam pergaulan sesama ahli dalam apa suasana sekali pun. Jika
kurang berkemampuan maka cubalah bergaul dengan golongan yang
jujur dalam Silat Cekak. Perbuatan mereka ikhlas untuk
mengembangkan Silat Cekak. Jika sama tujuan maka berkawanlah
dengan mereka yang jujur dan setia dalam perjuangan. Jika bergaul
dengan mereka yang banyak pengalaman dan pengetahuan maka
adalah lebih baik jika kita banyak mendengar. Hal yang demikian
akan lebih banyak membawa keuntungan pada diri kita.
Jika kita tersilap kumpulan atau bergaul rapat dengan mereka
yang nampaknya seakan-akan berbudi atau berkawan dengan yang
pandai mengampu atau berkawan dengan yang nampaknya licik tutur
kata, akibatnya kita akan rugi selama mana kita melibatkan diri dalam
Silat Cekak. Perbincangan saya tersebut adalah dalam konteks
mendapatkan ilmu yang banyak ketika berada dalam Silat Cekak.
Sepak Minang Kejurulatihan
349
Sabar ketika berada dalam Silat Cekak akan menjadikan kita
berada dalam suasana yang tenang. Kehidupan kita dalam Silat
Cekak akan berada dalam suasana yang aman dan damai. Tak
banyak isu yang boleh dibangkitkan mengenai kita dalam proses
keaktifan kita dalam Silat Cekak. Bersifatlah rendah diri umpama padi
yang makin tunduk maka makin berisi. Tidak perlu kita bersifat
sombong atau suka menghina orang lain dalam konteks Silat Cekak.
Jiwa kita tidak akan tenteram dan pemikiran kita sentiasa berada
dalam suasana yang tidak aman.
Dalam pergaulan, di samping ada cita-cita yang ingin dicapai
maka kita juga perlu ada sifat rendah hati. Kebijaksanaan kita ialah
menyesuaikan diri dengan suasana yang wujud dalam Silat Cekak.
Carilah keseimbangan diri dalam Silat Cekak antara kesabaran dan
ketegasan. Kata seorang ahli falsafah, “Jika ingin mencapai harmoni
dengan persekitaran, hiduplah seperti pohon bambu. Ada kalanya
angin menerpa pohon bambu, dan pada saat itu, bambu tersebut
menunduk untuk melaraskan dirinya dengan angin. Itu bererti,
sewaktu masalah datang menimpa, ada kalanya kita memerlukan
waktu untuk mengalah, tetapi membuat renungan atau pertimbangan
bagi memikirkan langkah selanjutnya apa. Hatta, mengalah untuk
menyusun strategi yang tepat. Kemudian, sewaktu angin berlalu,
pohon bambu dapat berdiri tegak lagi. Ini berarti, tiba pada saat yang
tepat, maka kita perlu aplikasikan semua strategi kita. Pohon bambu
memiliki dua kelebihan, iaitu kelenturan dan kekuatan. Dalam
kemanusiaan, itu berarti dua sifat yang saling bergandingan, iaitu
kesabaran dan kecekalan. Orang yang cekal adalah orang yang tidak
mudah mengalah. Sebaliknya orang itu akan berusaha lebih giat bagi
mengatasi halangan atau cabaran yang ada.”
Sepak Minang Kejurulatihan
350
Itulah sifat berani yang sentiasa dipupuk dalam Silat Cekak.
Mengalah bukan bererti kalah atau takut atau bacul. Sebaliknya dia
mengalah kerana keperluan menyusun strategi untuk mengatasi
cabaran yang ada. Itulah sifat berani yang sentiasa dipupuk dalam
kalangan ahli Silat Cekak pada mereka yang mengetahuinya. Sekian
tentang tajuk besar di atas.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama barisan Tenaga Pengajar Seni Silat Cekak di Program Pelarasan Pengajaran Seni Silat Cekak yang diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak pada tahun 2005
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
351
ARTIKEL UMUM
(2007 – 2010)
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
352
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak di Majlis Pelancaran Buku Sepak Minang yang diadakan pada 24 Julai 2011 di Ipoh, Perak. Duduk dari kiri : Fairuz, Yusnaidi, Mohammad Nizar, Dato‟ Mohd Rauhi, Tuan Haji Mohd Puad dan Adham Jamalullail. Berdiri dari kiri : Sulaiman, Azman, Hadi, Faisal, Aziz Zafran, Faiz, Syed Zairus, Muhammad Arkam, Anwar Sidek dan Khusaini .
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi menghadiahkan buku Sepak Minang kepada Dato‟ Abdul Jamil bin Mat Kasa, Pengurus Besar Yayasan Perak, di Majlis Pelancaran Buku Sepak Minang pada 24hb Julai 2011. Turut kelihatan Saudara Mohammad Nizar dan Saudara Yusnaidi.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
353
PAPAN SEKEPING
Lama tak menulis. Tak ada di sini. Saya berpeluang ke
sebuah negara luar. Berkesempatan menyaksikan pertunjukan tarian.
Tariannya sangat hebat. Perkara yang menarik minat saya ialah
salah satu daripada tarian tersebut dipertontonkan atas papan
sekeping. Tapi mereka tidaklah sebut tarian papan sekeping.
Ketinggiannya lebih kurang lima kaki dari lantai. Keluasannya hanya
dapat menampung dua kaki ketika berdiri. Papan tersebut disokong
dengan penahan berbentuk bangku dan diawasi oleh petugas
tertentu. Pengawasan tersebut pastinya bagi mengambil tindakan
segera jika berlaku kemalangan. Tidak ada kemalangan yang
berlaku. Pertunjukan tersebut amat mengkagumkan.
Saya teringat akan silat kita yang juga boleh bersilat atas
papan sekeping. Malah telah dijadikan acara dalam pertandingan.
Bezanya, ketinggian papan kita lebih berdasarkan inci. Itupun ada
yang jatuh. Tapi tidak mungkin mendatangkan kecederaan. Alangkah
baiknya jika pertandingan berdasarkan kebolehan bersilat atas papan
sekeping ini dibuat berdasarkan situasi sebenar. Mana ada titi yang
rendah sangat. Kalau atas titi yang sempit pastinya titi tersebut
merentasi sungai kecil atau sebarang halangan yang jarak
ketinggiannya lebih daripada tiga kaki. Oleh itu eloklah jika papan
sekeping yang dipertandingkan diletakkan pada kedudukan yang
tinggi, sekurang-kurangnya tiga kaki daripada lantai. Lagi tinggi, lagi
baik.
Kesempurnaan pergerakannya menggunakan pelajaran Silat
Cekak atas papan sekeping tersebut akan teruji dan terbukti. Dari
segi aplikasi, pandai bersilat tapi gayat apa gunanya. Pemberian
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
354
markah boleh dimasukkan juga aspek ketinggian papan dan
kebolehan hero mempersaimbangkan badan. Letakkan seorang
pengadil untuk mengukur ketinggian papan dan perseimbangan
badan si hero. Baharulah kebolehan persilat benar-benar teruji. Tapi
teori senang cakap. Aplikasi belum tentu. Secara langsung, pasukan
yang ingin bertanding pastinya lebih bersedia dan berlatih sepenuh
hati.
Konsep bersilat dalam kawasan yang sempit bukanlah asing
dalam bidang persilatan Melayu. Di tempat saya ketika saya masih
teruna, terdapat juga silat yang boleh bersilat dalam keluasan yang
sempit. Silat Titi Sebatang dan Silat Batang Pinang sangat popular
ketika itu. Saya tidak tahu sama ada silat tersebut masih aktif. Dalam
tahun lapan puluhan, mereka aktif dalam majlis silat peringkat negeri.
Saya pernah menyaksikan kehebatan mereka. Berbanding
dengan silat kita, pendekatan sahaja yang agak berbeza. Samalah
juga dengan pertunjukan tarian atas papan yang saya nyatakan di
atas. Konsepnya tetap sama iaitu boleh menari atau bersilat pada
kawasan pergerakan kaki yang terhad.
Dalam konteks silat kita, sepanjang pengetahuan dan
pengalaman saya berkecimpung dalam Silat Cekak, istilah papan
sekeping adalah sesuatu yang baru. Ketika mula masuk Silat Cekak,
perkara ini tidak ditekankan iaitu Silat Cekak adalah merupakan Silat
Papan Sekeping. Tak ada pun pengenalan istilah tersebut ketika itu.
Walau bagaimanapun konsep Silat Cekak yang boleh bersilat pada
ruang yang terhad dan sempit turut ditekankan. Malah atas titi yang
sempitpun dikatakan bahawa Silat Cekak berupaya untuk
menghadapi musuh.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
355
Saya berkeyakinan, oleh sebab konsep bersilat pada ruang
yang sempit adalah juga merupakan kebiasaan pada silat Melayu
yang lain terutamanya pada pesaing kita ketika itu (SK) maka
tindakan kita menggezetkan istilah papan sekeping pada Silat Cekak
amat bijak sekali. Tambahan pula istilah Cekak adalah kebiasaan
pada pengenalan kebanyakan silat Melayu.
Silat Cekak pada kita amat berbeza dengan Silat Cekak pada
silat-silat Melayu yang lain. Gelaran Silat Cekak pada kita ialah Silat
Papan Sekeping yang membawa makna bahawa silat kita boleh
bersilat di kawasan yang sempit hatta atas papan sekeping. Tetapi
mengapakah kita menggunakan istilah papan sekeping. Itu kena
tanya Guru. Mungkin istilah batang amat tidak sesuai.
Pinang sebatang atau titi sebatang telah ada tuan punyanya.
Titi yang dibuat daripada batang kelapapun tak sesuai dijadikan
pengenalan untuk silat kita umpamanya Silat Cekak Silat Kelapa
Sebatang atau Silat Batang Kelapa atau batang-batang yang lain.
Kebolehan Guru memilih istilah yang tepat dan padat tersebut iaitu
Papan Sekeping buat Silat Cekak amat sesuai dan hebat sekali.
Pada pandangan saya, seperti yang dibincangkan di atas,
penggunaan istilah papan sekeping adalah untuk menunjukkan
bahawa Silat Cekak boleh bersilat di kawasan yang sempit, sesempit
hanya dua kaki sahaja yang boleh menapak. Itu tandanya Silat Cekak
mempunyai kebolehan yang tersendiri. Tapi itu bukan fokus utama
hingga memaksa kita berlatih atas papan sekeping. Dalam keadaan
terdesak, Silat Cekak boleh dijadikan teman ketika berada dalam
kawasan yang terhad. Walau bagaimanapun, kebolehan ini telah kita
tandingkan dalam pertandingan silat. Saya berkeyakinan bahawa
penganjur pertandingan memahami tujuan mereka berbuat demikian.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
356
Konsep Silat Cekak yang boleh digunakan untuk habuan
sesak amat berbeza dengan berlatih menggunakan Silat Cekak atas
papan sekeping, pertunjukan atau pertandingan. Saya tidak berminat
untuk memanjangkan perbincangan dalam sudut ini. Akan tetapi saya
berpendapat bahawa amat malang sekali jikalau pertunjukan,
pertandingan, menangkis senjata panjang dan kebolehan bersilat
atas papan sekeping telah mencorakkan pembelajaran Silat Cekak.
Sepatutnya pembelajaran Silat Cekak yang disesuaikan dengan
cabang-cabang kebolehan tersebut.
Gambar aksi persembahan Seni Silat Cekak di atas papan sekeping
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
357
UNIFORM SILAT
Semua perlakuan diri kita dalam Silat Cekak perlu
berdasarkan pada adat dan adab persilatan. Persoalannya, sejauh
mana kita memahami dan mempraktikkan adat dan adab yang ada.
Pada saya, kalau nak praktikkan adat dan adab maka buatlah
dengan bersungguh-sungguh dan merangkumi segala aspek dalam
Silat Cekak. Aspek-aspek tersebut sama ada dari segi pelakuan kita,
tutur kata atau aktiviti persilatan kita sendiri. Banyak aspek yang saya
telah sentuh dalam penulisan yang lalu. Perbincangan saya kali ini
adalah menyentuh tentang uniform silat.
Biasanya, uniform silat digunakan dalam dua keadaan iaitu
semasa mengajar Silat Cekak dan semasa membuat pertunjukan.
Untuk membuat pertunjukan, uniform boleh dipinjam. Tidak cantik
membuat pertunjukan tanpa memakai uniform. Uniform ini bersekali
dengan bengkung dan tanjaknya. Ada disiplin tertentu atas
pemakaiannya. Ketika mengajar Silat Cekak, memakai uniform dikira
perlu. Yang saya lihat, lengkapnya beruniform, memadai dengan
ikatan bengkung tanpa tanjaknya kerana bengkung, baju dan seluar
akan terus kekal. Kalau jatuh juga maka ada sesuatu yang tak kena.
Pasti bukan jatuh kerana niat tak betul tapi cara memakainya yang
salah.
Ikatan guru dengan murid juga berdasarkan pada adat dan
adab beruniform. Dari segi adat dan adabnya, memakai uniform
semasa mengajar membuktikan bahawa Jurulatih itu ada mandat
untuk mengajar. Itulah punca kuasanya. Tak perlu dibawa sijil setiap
kali melatih penuntut untuk membuktikan mandat telah diberi. Sijil
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
358
hanya berguna tatkala membuka kelas-kelas latihan atau cawangan
untuk urusan pentadbiran. Sekali untuk sepanjang tahun.
Zaman saya dulu, untuk memiliki uniform silat bukannya
senang. Kebenaran memiliki dan kebenaran memakai uniform dikira
sebagai satu anugerah guru walaupun kita menggunakan wang
sendiri. Syarat utama mesti tamat silat. Hal ini tentunya amat berbeza
dengan silat-silat Melayu yang lain. Pada mereka, hari pertama turun
ke gelanggang maka pakaian rasmi silat perlu digunakan. Dalam Silat
Cekak, prinsip sedemikian tidak diamalkan.
Lambang Silat Cekak pada uniform juga telah mengalami
beberapa perubahan. Zaman saya, kami menggunakan „dai‟ putih
dan cap kain bagi meletakkan lambang. Lambangnya di tengah-
tengah dengan perkataan jawi „Ahmad Muhammad‟. Tapi dikatakan
timbul fitnah. Mana boleh perkataan itu dipijak ketika membuat buah
jatuh. Saya tak ada komen. Saya berpandangan, segala-galanya
bergantung pada fikiran yang ada pada kita.
Fikiran akan melahirkan gambaran. Misalnya, orang yang kuat
nafsunya, melihat seluar dalam pun akan terbayang perkara yang
bukan-bukan hingga boleh mengeluarkan „gam‟. Yang paling dahsyat
lagi ada yang melihat awan tapi terbayangkan pelakuan atas ranjang.
Sungguh kuat daya ta‟kulannya. Namun begitu, apa yang pentingnya
ialah silat kita ada uniform. Lambang pada uniform itu, buatlah mana
yang patut.
Warna unifom kita juga ada konsepnya. Perkataan Inggeris
selalu disebut. „Blue Black‟ ada maknanya. Kita difahamkan bahawa
perkataan itu membawa maksud siang dan malam. Perkataan siang
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
359
dan malam juga ada falsafahnya. Secara umum, Silat Cekak boleh
digunakan sepanjang masa, saat dan ketika.
Saya masih ingat satu peristiwa berkaitan uniform. Suatu
masa yang lalu, terdapat seorang Jurulatih yang tidak berminat untuk
turun ke kelas lagi. Ustaz telah mengarahkan supaya uniformnya
diambil balik. Maka berusahalah kami untuk mendapatkannya
semula. Oleh sebab uniform itu dibelinya maka terpaksa dibeli balik
uniform tersebut. Itulah sepanjang pengalaman saya bagaimana
Ustaz menarik balik uniform yang telah diberi pada seorang Jurulatih
yang malas untuk turun kelas lagi. Menarik balik uniform bermakna
Ustaz menarik balik mandat atau menarik balik punca kuasa
mengajar silat daripada Jurulatih tersebut.
Ketika itu saya berfikir tentang peristiwa penarikan uniform
tersebut. Sememangnya prinsip pemilikan uniform di masa-masa
yang lalu amat ketat sekali. Apatah lagi kalau ahli silat itu belum
menamatkan pengajian Silat Cekak. Jauh panggang dari api baginya
untuk memiliki uniform silat. Mungkin keadaan ini agak berbeza
dalam zaman sekarang.
Saya teringat juga tentang budaya bangsa kita yang berkaitan
dengan anugerah pakaian. Memberi persalinan pakaian sebagai
tanda penghormatan dalam banyak aspek adalah merupakan salah
satu budaya istana bangsa kita. Misalnya, apabila terlantik seseorang
pembesar atau pahlawan, maka Sultan akan menganugerahi
sepersalinan pakaian.
Hal itu demikian adalah kerana penganugerahan itu
merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dalam konteks
pengiktirafan. Bukankah Silat Cekak juga berasal dari istana. Tidak
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
360
salah, malah tersangat cantik jika budaya itu diteruskan dalam adat
dan adab persilatan kita.
Saya berpendapat bahawa jika uniform silat diberi pada setiap
Jurulatih, adalah juga merupakan satu penghormatan dan
pengiktirafan daripada guru kepada anak muridnya. Jurulatih akan
berasa bangga dan bermotivasi tinggi. Pemberian itu juga adalah
lambang punca kuasa kepada Jurulatih itu untuk meneruskan
amanah ilmu kepada penuntutnya.
Pada saya, itu sebabnya apabila Jurulatih itu tidak mahu
meneruskan amanah yang diberi maka uniform tersebut perlu ditarik
balik. Mungkin dari segi teknikalnya, oleh sebab uniform itu tidak
diberi secara percuma maka penarikan uniform itu perlu disertakan
dengan pembayaran balik kos pembelian yang telah dibuat oleh
Jurulatih tersebut.
Pada pendapat saya, selain daripada kaitan dengan mandat
dan punca kuasa, pemberian uniform tersebut dapat merangsang
gerak hati setiap Jurulatih untuk terus menyumbangkan tenaga dan
masanya demi berjuang mengembangkan Silat Cekak. Konsep
„kerana Allah‟ berkait rapat dengan keizinan Tuhan membolehkan
seseorang itu berperanan sebagai Jurulatih. Oleh itu, peranan
mereka perlu dihargai.
Selama ini penghargaan terhadap Jurulatih dilambangkan
dengan anugerah sijil dan beberapa hadiah sampingan. Pernah
mereka menerima baju batik, beg, payung dan pernah juga mendapat
hadiah pengerat kuku. Pastinya ada Jurulatih yang berkuku panjang
ketika mengajar Silat Cekak. Belum ada lagi yang mendapat
anugerah uniform secara rasmi. Apapun bentuk cenderamata yang
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
361
diberi, pengiktirafan pada Jurulatih memang dilakukan oleh silat kita.
Satu motivasi yang dikira baik.
Di cawangan saya, pengiktirafan pada Jurulatih diluaskan lagi
melalui pemberian beberapa cenderamata setiap tahun. Pemberian
ini pernah termasuk sepersalinan „bush jacket‟ untuk setiap Jurulatih.
Warna hijau pulak tu. Lambang kekitaan.
Saya berpendapat, kalau kita meraikan diri sendiri lebih
mudah berbanding dengan mengharapkan orang lain meraikan kita.
Oleh sebab itu, pada saya, usaha-usaha meraikan Jurulatih di
peringkat cawangan perlu dijalankan di samping keraian yang
diterima di peringkat pusat. Walau bagaimanapun inisiatif
penghargaan ini banyak bergantung pada kepimpinan di peringkat
cawangan. Kalau kekurangan duit, belanja makanpun jadilah.
Semua pemberian cenderamata tersebut adalah merupakan
satu pengiktirafan dan satu penghormatan. Namun, apabila dikaitkan
dengan mandat dan punca kuasa, setakat pemberian cenderamata
sahaja adalah tidak memadai.
Berdasarkan itulah maka saya pernah membuat cadangan
supaya mengamalkan konsep pemberian mandat sebagai wakil Silat
Cekak kepada Jurulatih dibuat melalui pemberian atau
penganugerahan uniform silat. Secara simbolik juga apabila Jurulatih
itu „menderhaka‟ atau tidak mahu atau tidak berminat lagi berperanan
sebagai Jurulatih maka uniform itu berhak ditarik balik oleh Guru Silat
Cekak. Konsep ini nampaknya dipersetujui di peringkat awal dan
dijalankan di cawangan saya.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
362
Malangnya ramai pulak yang dengki atas pandangan saya.
Kaki cucuk dan manusia fitnah serta manusia toksid telah melatah.
Saya telah dikutuk sebagai seorang yang nak percuma sahaja. Saya
tenang sahaja. Rupa-rupanya ramai dalam kalangan kita yang
bercakap tentang adat dan adab tapi hakikatnya buta kayu.
Pada pandangan saya, selama ini apabila ada Jurulatih yang
berpaling tadah, penarikan mandat secara simbolik tak dapat
dilakukan. Mandat atau punca kuasa pada Jurulatih menjalankan
peranannya hanya terletak pada sijil yang dianugerahi pada setiap
perhimpunan Jurulatih. Ikrar dibaca tanda kesetiaan. Tapi akhirnya
ada yang tak setia. Bagaimana mandat tersebut hendak ditarik balik.
Menarik balik sijil, nampak peliknya. Menarik ilmu, khayalan semata.
Seperti yang pernah saya nyatakan terdahulu, ilmu bukannya
umpama tali yang boleh ditarik-tarik. Sekali ilmu telah diberi maka
ilmu itu terus berada pada si penerima. Ketandusan ilmu yang
dimilikinya bukan kerana ditarik-tarik tapi kerana beberapa faktor
psaikologi. Pokok pangkalnya adalah kerana ilmu itu tidak diamal
atau tidak mahu diamalkan lagi. Adatnya, kalau sudah membenci
guru maka ilmu itu secara langsung turut dibenci.
Ilmu yang tidak diamalkan lagi akan berkarat dan punah
beransur-ansur. Namun, terdapat juga kalangan ramai yang
membenci guru tapi ilmu yang diberi tetap diamalkan. Ilmu yang
diamal akan terus berkembang. Apabila disebarkan maka akan terus
berakar teguh dalam diri pengamalnya. Mana mungkin ditarik-tarik.
Tengoklah mereka yang derhaka pada Silat Cekak. Elok saja
penyebaran ilmu Silat Cekak yang dibawanya.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
363
Akan tetapi ada yang hidup dalam dunia khayalan. Apabila
menderhaka pada guru dikatakan ilmu tersebut akan melayang.
Paling melucukan apabila disaran supaya ilmu tersebut perlu
dimuntahkan kembali tanda derhaka pada guru. Mana boleh ilmu
dimuntah-muntah. Orang yang muntah biasanya dikaitkan dengan
mengandung. Benih yang tersemai tetap tak akan keluar. Muntahlah
banyak kali. Dalam konteks muntahan ilmu, lucu sekali. Muntah
kerana menurunkan ilmu memang ada dalam cerita Si Badang.
Muntah kerana mengeluarkan ilmu, Malaysian Book of Record-lah
jawabnya. Kalau begitu, ramai yang hilang ilmu dek kerana muntah.
Kalau cirit lagi teruk agaknya.
Dalam konteks inilah maka jika uniform dianugerahi maka
uniform juga boleh diambil balik tanda menarik balik mandat atau
punca kuasanya. Tidak perlu berkhayal sebagai tanda ilmu melayang
dek hilang taat setia.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama rakan-rakan pasukan
persembahan Seni Silat Cekak selepas melakukan demonstrasi Seni Silat
Cekak di Universiti Malaya pada tahun 1974.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
364
KEBENARAN DALAM SILAT CEKAK
Ramai yang menyeru kita mencari kebenaran. Tapi
kebenaran mereka kebanyakannya adalah berdasarkan peranan
dalam Persatuan. Dikatakan perjuangan kita dianggap masih jauh
lagi. Masih berliku-liku. Pelik. Saya tak pasti adakah pendapat
tersebut berdasarkan perasaan atau berdasarkan kajian. Kalau masih
jauh lagi maka bilakah masanya kita akan mencapai hasrat
perjuangan yang diidam-idamkan setelah berbagai-bagai sambutan
ulang tahun kita lakukan. Agaknya perjuangan peribadilah yang
dimaksudkannya.
Dalam dunia persilatan, kebenaran yang dicari adalah jelas.
Perjuangan yang dimaksudkan juga adalah jelas. Kebenaran adalah
untuk peribadi manakala perjuangannya adalah untuk silat. Banyak
yang dicapai.
Dulu, Silat dan Persatuan tidak kita pisah-pisahkan. Kedua-
duanya bersepadu dan saling memerlukan. Bila cakap persatuan
maknanya kita juga cakap silat. Bila cakap silat maka maknanya juga
kita cakap persatuan. Tapi kini kata-kata tersebut sukar dipercayai
kerana ada maksudnya yang tersendiri. Tujuan berpersatuan, saya
tak mengerti tapi tujuan kita bersilat ada perkara yang ingin kita miliki.
Kita juga perlu faham, mereka yang menjadi ahli persatuan selama ini
adakah kerana silatnya atau kerana persatuannya.
Sempena dengan Perayaan 21 Tahun Silat Cekak, saya
pernah menulis di satu ruangan dalam Buletin yang diterbitkan oleh
cawangan saya untuk edaran ahli-ahli saya. Lebih sepuluh tahun
yang lalu. Lama sangat. Ketika itu kita belum berpecah lagi. Sebagai
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
365
ahli silat, saya bincangkan apakah kebenaran sebagai ahli silat yang
dicari. Dalam penulisan kali ini saya memetik kembali rencana
tersebut yang bertajuk „Ikatan Silat Cekak dan Ahlinya.‟ Boleh
dijadikan bahan rujukan atau bahan cakapan.
Ikatan Silat Cekak dan Ahlinya.
Usia Silat Cekak genap dua puluh satu (21) tahun. Usia
sebegitu sangat bererti kepada kita. Ramai yang bertanya makna
“21”. Berbagai-bagai tafsiran kita dengar. Rata-rata, semuanya benar
belaka. Pada kita makna “21” tidak perlu dibahaskan. Perkara yang
penting setelah 21 tahun berjuang, apakah telah tercapai matlamat
kita? Inilah persoalan yang menarik. Adakah perjuangan kita masih
lagi berada dalam landasan yang telah diasaskan atau landasan
tersebut harus diperbaharui?
Bukanlah menjadi tugas kita untuk menjawab persoalan
tersebut. Kita ada organisasi dan pemimpin. Sebagai ahli, kita harus
mempercayai dan menaruh keyakinan kepada corak kepimpinan
mereka. Mereka lebih arif dalam bidang tersebut. Biarlah mereka
yang mengkaji dan menentukan arah berikutnya. Pendapat kita
masih lagi boleh diketengahkan. Organisasi persatuan kita adalah
bercorak demokrasi. Selagi mereka bersetuju mendengar pendapat
kita, kita boleh bersuara.
Pernah suatu ketika Allahyarham Ustaz Hanafi berkata
kepada saya bahawa konsep penyampaian Silat Cekak kepada
penuntut bukanlah berdasarkan konsep „ajar‟ tetapi menekankan
konsep „pandu‟ kerana semuanya telah ada pada mereka. Oleh
sebab kurang disedari, adalah menjadi tanggungjawab kita memupuk
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
366
sikap dan tingkah laku yang telahpun terasas pada diri mereka. Inilah
asas sebenar ikatan antara Silat Cekak dengan penuntutnya.
Memandu dalam konteks di atas adalah mendidik. Perkara
yang dididik adalah bermaksud pendidikan. Banyak tafsiran
mengenai pendidikan. Tafsiran yang paling senang, pendidikan
membawa maksud: “Menyatakan sesuatu kepada seseorang yang
tidak mengetahui secara terancang hingga mengubahkan
pengetahuannya daripada tidak tahu kepada mengetahui dan
mengamalkannya.”
Pendidikan yang disampaikan melalui Silat Cekak meliputi
pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan terpupuk dalam masa
proses pembelajaran Silat Cekak. Dalam rencana ini, saya akan
membincangkan dari sudut ikatan kita dengan pembelajaran Silat
Cekak selaras dengan apa yang ingin dipupuk.
Selama sekurang-kurangnya 6 bulan kita bersilat, kita terikat
dengan organisasi dan tunjuk ajar yang diberi oleh Jurulatih. Secara
langsung sama ada kita sedari atau tidak, terdapat beberapa
perubahan yang mempengaruhi peribadi kita. Akan tetapi kita harus
faham, pendidikan hanya berkesan apabila penuntut atau
pengamalnya menghayati pembelajaran.
1. Pemupukan Sifat Yang Matang
Seseorang yang gembira apabila mendapatkan sesuatu dan
berduka apabila kehilangannya, dikatakan sebagai kurang matang
dan masih keanak-anakan. Keadaan ini samalah seperti penuntut
silat yang akan bergembira apabila bersilat dengan baik dan berduka
apabila pelajaran tidak menjadi. Biasanya sifat itu timbul hasil
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
367
perasaan rendah diri dan kurang daya keyakinan. Jika perasaan ini
terbawa-bawa, akan mengurangkan daya usaha dan akan terus
tenggelam dalam suasana ketidakcekapan bersilat.
Ketangkasan yang semulajadi wujud pada kita, amat sukar
diubah tapi tidak mustahil untuk berubah. Sebagai penuntut Silat
Cekak adalah menjadi hak mereka untuk menuntut pengajaran yang
sempurna dari jurulatih. Dalam soal ini, adalah menjadi hak jurulatih
untuk menuntut agar penuntut-penuntut Silat Cekak belajar dengan
sebaik-baiknya, tekun dan sabar. Soal ikhlas adalah penting dan
amat berharga di dunia ini.
Apabila kita memahami keadaan tersebut maka kita akan
mengetahui peranan kita sebenarnya. Seorang jurulatih akan
berusaha bersungguh-sungguh menjadikan penuntutnya cekap
manakala di pihak penuntut akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk menguasai pelajaran yang diberi. Kelemahan yang wujud tidak
mudah diterima atau dikesali sebaliknya akan berusaha untuk
memperbaikinya.
Apabila setiap pihak dapat memahami tanggungjawab dan
hak masing-masing, disinilah lahirnya sifat kematangan yang
melambangkan kesempurnaan berfikir. Kita tidak akan mudah
membuat kesimpulan pada diri sendiri tanpa usaha. Sebaliknya kita
tetap rela mendapat tunjuk ajar dari jurulatih. Kematangan adalah
pendorong kuat ke arah kejayaan kita menguasai dunia persilatan
Silat Cekak.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
368
2. Pemupukan Sifat Berani
Berani bermaksud tidak takut atau tabah menghadapi bahaya
dan kesulitan. Jika mahu mengerjakan sesuatu, hendaklah disertai
dengan keberanian. Kebiasaannya keberanian akan lahir setelah
wujudnya keyakinan. Manakala keyakinan ada kaitannya dengan
aspek kepercayaan dan keikhlasan. Sifat gelisah dan tidak tenang
menghadapi sesuatu adalah sifat semula jadi manusia. Seorang yang
bersifat berani adalah orang yang telah dapat mengkaji kedudukan
dan kebolehan dirinya. Dengan memahami kedudukan dan
keupayaannya sendiri, sifat berani dalam semua hal akan timbul.
Sejauh mana Silat Cekak berperanan membentuk sifat berani
dalam kalangan penuntutnya. Jawapannya dapat diberi dengan
meninjau bentuk pendidikan yang diterima sepanjang pembelajaran
Silat Cekak.
Pelajaran Silat Cekak jelas menitikberatkan menunggu
serangan musuh pada pemulaan pelajarannya. Pelajaran yang
sedemikian amat besar ertinya. Penuntut dididik dengan
pengetahuan penguasaan diri terlebih dahulu apabila berhadapan
dengan musuh. Kemudian barulah diperkenalkan kaedah menyerang.
Corak pembelajaran yang sedemikian akan melahirkan aspek
keyakinan kepada penuntut secara sedar atau tidak. Jika kita yakin
pada diri, baharulah boleh bertindak terhadap yang lainnya. Inilah
sifat berani yang sebenar-benarnya kerana reaksi kita adalah
berdasarkan pemikiran dan kajian. Mereka yang bertindak
sedemikian lebih tenang dan tidak emosional. Jika sebarang tindakan
tanpa berdasarkan pemikiran, sifat mereka adalah menceroboh.
Mereka tidak dapat menguasai diri dan menurut hawa nafsu.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
369
Walaupun mereka berani bertindak dan melakukan sesuatu, itu
bukanlah keberanian yang hakiki.
Perkara yang jelas, pelajaran Silat Cekak lebih
menitikberatkan segi menjaga diri supaya terlatih dengan sifat
keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila
terpaksa demi keselamatan diri, baharulah Cekak menyerang.
3. Pemupukan Sifat Bertanggungjawab
Membincangkan tajuk ini, kita perlu menjawab dua soalan
iaitu sejauh mana kita bertanggungjawab pada diri dan sejauh mana
silat yang dipelajari bertanggungjawab terhadap diri kita.
Bertanggungjawab adalah kemestian. Malah istilah
bertanggungjawab itu sendiri dikaitkan dengan istilah mesti. Mesti
adalah bermaksud patut dan wajar dalam keadaan tidak boleh tidak.
Apabila kita bersilat, kita mesti mempastikan kebolehan untuk
diri bertanggungjawab dan silat tersebut berkebolehan
bertanggungjawab terhadap diri kita. Dalam keadaan kita
menghadapi satu-satu ancaman dan dugaan, tidak ada siapa yang
boleh menolong melainkan ilmu yang dipelajari.
Dalam hal ini adalah terbukti Silat Cekak bukanlah sejenis
silat permainan atau pertunjukan. Silat Cekak mempunyai kaedah-
kaedah yang tetap, lengkap dengan buah-buah pukulan yang cukup
dan kemas serta kunci-kunci tangkapan yang tidak perlu
dipersoalkan. Pembelajarannya meliputi aspek menunggu serangan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
370
dan menyerang sama ada dengan tangan kosong atau apabila
musuh menggunakan senjata.
Sistem pelajarannya yang lengkap membuktikan Silat Cekak
boleh dan sesuai dijadikan silat yang bertanggungjawab terhadap diri
kita. Kita yang mempelajarinya perlu bersungguh-sungguh. Melalui
keikhlasan dan kesungguhan, amat mudah untuk menguasai Silat
Cekak.
Secara langsung nilai-nilai keyakinan dan keberanian akan
terpupuk dalam jiwa. Nilai-nilai inilah yang penting yang menjadikan
kita dapat bertanggungjawab pada diri sendiri. Dalam sesuatu
pertarungan, di samping mutu silat yang dikuasai, hati juga menjadi
ukuran yang sangat penting. Jika silat yang dipelajari bermutu, tetapi
hati tidak cekal dan penakut, kita tidak berupaya bertanggungjawab
terhadap diri sendiri. Ilmu yang dituntut kurang berfaedah.
Bagi memastikan diri kita benar-benar dapat
bertanggungjawab, kita rela diasuh dan sanggup menghadapi
pelbagai macam kepayahan. Kepayahan yang ditempuhi menjadikan
ilmu yang dipelajari sungguh bernilai dan bermakna yang tidak dapat
dinilaikan dengan wang ringgit. Lebih lama menceburkan diri, lebih
banyak pengetahuan yang diperoleh.
4. Memupuk Pemikiran Yang Rasional
Ketika kita masuk ke kelas memulakan pelajaran Silat Cekak,
ramai penuntut yang tertanya-tanya. Kita tidak memulakan pelajaran
dengan sebarang jenis upacara. Ketika bersilat, jika ada yang
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
371
terseliuh atau tercedera, tidak ada rawatan segera yang boleh
menyembuhkan kecederaan.
Dalam hal ini Silat Cekak memupuk kita mengakui hakikat
sebenar tanpa bersumberkan faktor khayalan. Ini adalah bersesuaian
dengan perjuangan Silat Cekak seperti yang termaktub dalam
perlembagaan iaitu untuk membasmi ilmu tahayul dan kurafat yang
terdapat dalam ilmu persilatan Melayu.
Pemikiran penuntut adalah diarahkan kepada pemikiran yang
tepat dan rasional serta bernas. Sesuatu yang luar biasa harus
difahami secara objektif. Menurut Allahyarham Ustaz Hanafi,
mengkaji perkara luar biasa dalam ajaran akidah Islam terdapat 7
jenis:
i. Mukjizat
Perkara luar biasa yang berlaku pada diri para Rasul.
Contohnya terbelah bulan, bercakap binatang, menghidupkan orang
mati dan kitab suci Al-Quran.
ii. Keramat
Perkara luar biasa yang berlaku pada diri orang yang Soleh di
kalangan orang Islam. Contohnya singgahsana Puteri Balqis dari
Yaman dapat diterbangkan oleh „Asif‟ ke Palestin hanya sekelip mata
sahaja.
iii. Ma‟unah
Perkara yang berlaku pada mukmin umumnya tanpa apa-apa
sebab daripadanya. Contohnya orang yang jatuh ke dalam sungai
atau berlanggar kereta yang mengorbankan semua orang tetapi dia
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
372
terselamat.
iv. Irhas
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang bakal
menjadi Nabi atau Rasul. Contohnya apa yang berlaku kepada Nabi
Isa yang dapat bercakap dalam buaian dan awan meneduhnya.
v. Istidraj
Perkara yang luar biasa yang berlaku pada seseorang yang
jahat untuk mendorongnya dalam kesesatan seperti yang berlaku
pada Hindu, Buddha atau sesiapa sahaja yang tidak mengikut ajaran
Islam zahir dan batin.
vi. Sihir
Perkara yang luar biasa yang berlaku pada seseorang melalui
cara yang dipelajarinya. Contohnya memotong kepala, membunuh
dan sebagainya.
vii. Ihanah
Perkara yang luar biasa yang berlaku pada seseorang yang
mengaku nabi seperti Musailamatul Kahzab yang ingin mengubati
orang buta sebelah matanya tetapi akhirnya kedua-dua matanya
menjadi buta.
Pada kita, sesuatu yang luar biasa, mesti disesuaikan dengan
kategori di atas. Mungkin mereka selalu merujukkan sesuatu yang
luar biasa dalam kategori iii. Namun harus kita ingat, Ma‟unah tidak
mungkin berlaku pada semua orang biasa dalam semua keadaan.
Ma‟unah diberi pada beberapa ketika kepada orang-orang tertentu
dalam keadaan tertentu dan penting.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
373
Perkara luar biasa yang didapati secara belajar dan terpaksa
menjadi ahli, itulah sihir namanya. Hukum sihir adalah haram. Sihir
tidak semestinya memanggil nama jin tetapi sering juga penggunaan
nama Allah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ramai ahli ilmu
kebatinan di Asia ini yang tidak Islam seperti bomoh-bomoh Siam,
ketika mengamalkan kebatinan, menyebut nama Allah. Ketika menipu
Adam di Syurga dahulupun, Iblis menyebut nama Allah hingga tertipu
Adam. Disangkanya itu adalah kehendak Allah.
Ramai yang mendakwa perkara luar biasa yang ada padanya
ada kaitannya dengan Malaikat. Kita harus faham, makhluk ghaib
yang diketahui menolong manusia adalah jin dan malaikat. Tetapi
menurut Ustaz, pertolongan Malaikat hanyalah kepada Wali-Wali
sahaja yang ternyata sifat-sifat ketakwaannya pada zahir dan batin.
Wali itupun tidak meminta untuk membuat sesuatu yang aneh-aneh
atau yang luar biasa. Perkara itu datang kepadanya sekali sekala
tanpa disedarinya.
Memang ada hubungan antara Malaikat dengan manusia
seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran yang saya petik hasil dari
pengumpulan dan kajian Allahyarham Ustaz. Menurut Ustaz Hanafi,
bentuk hubungan antara Malaikat dan manusia adalah seperti yang
berikut:
a) Mendoakan kepada manusia untuk mengeluarkan mereka dari
kegelapan.
b) Memohon ampun kepada manusia di dunia ini supaya
dijauhkan dari dosa di samping supaya dimasukkan ke dalam
syurga.
c) Menjaga dan mengawal manusia pada waktu siang dan malam.
d) Meneguhkan peribadi orang Mukmin dengan menyampaikan
berita baik.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
374
e) Memberi bantuan dan pertolongan kepada orang Mukmin
dalam bentuk yang tidak diketahui.
f) Bantuan sebagai tentera Allah dalam bentuk yang tidak
diketahui.
g) Memberi kedamaian dan memperteguhkan pendirian orang
Mukmin ketika menghadapi musuh.
Menurut Ustaz Hanafi lagi, sebagai pengamal Silat Cekak kita
telah dididik supaya berhati-hati dengan menggunakan akal fikiran
yang diberi oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Jika setakat
berkebolehan mengeluarkan batu arkib dari celah jari atau cincin
tembaga secara ghaib, bukanlah sesuatu yang menarik. Sebaliknya
jika mereka berkebolehan mengeluarkan batu berlian, permata atau
cincin emas dan boleh diberi secara percuma kepada yang hadir,
patut sangat kita memberi perhatian. Kita juga harus kritis. Jika
mereka berkebolehan melalui perantaraan Malaikat, masalah
Komunis, rampasan bangunan AIA oleh Tentera Merah Jepun dan
sebarang ancaman negara dapat dibanteras dengan senang dan
sekelip mata.
Ustaz menegaskan bahawa, perkara yang jelas, perlakuan
demikian diambil peranan oleh Jin. Sifat jin selama-lamanya
bertujuan membakar, memusnah dan menghancurkan akidah
manusia sesuai dengan kejadiannya dari api. Itulah sebabnya Allah
sering memperingatkan manusia supaya menjauhkan diri dari Jin.
Walaupun ditegaskan oleh Al-Quran bahawa terdapat makhluk
jin dari golongan Islam dan ada yang soleh; namun tiada ditegaskan
atau digalakkan untuk kita membuat hubungan dengan mereka
apatah lagi mengikat janji persahabatan.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
375
Sebagai pengamal Silat Cekak, kita digalakkan berfikiran tepat
dan ini sentiasa terpupuk dan dipupuk dari masa ke masa. Biarlah
kita berpijak di bumi nyata. Dapatlah kemahiran melalui kebolehan
dua tangan dan dua kaki yang dianugerahkan oleh Allah. Ini adalah
lebih selamat dan lebih logik dan rasional.
KESIMPULAN
Sebagai pengamal Silat Cekak, kita mempunyai prinsip dan
matlamat hasil didikan dan pemupukan sikap sewaktu kita
mempelajari Silat Cekak. Ini semua telah mempengaruhi peribadi kita
ke arah lebih berkemampuan sebagai seorang manusia. Kita patut
bersyukur kerana berada dalam persekitaran ini.
Banyak aspek lain yang tidak dapat dibincangkan dalam
ruangan yang terhad ini. InsyaAllah, dalam terbitan yang lain, perkara
ini akan dibincangkan lagi dari aspek yang lain pula.
Para pembaca sekalian.
Itulah harapan saya sejak dulu lagi yang amat mementingkan
peranan dan faedah yang patut kita peroleh hasil kegiatan kita
bersilat dalam Silat Cekak. Banyak ‟perkara‟ yang saya dapat.
Menjadi tanggungjawab saya pula memulangkan perkara tersebut
kepada generasi berikut. Itupun pada mereka yang mahu.
Kerap kali saya khuatir dengan perkembangan sekarang.
Pengisian kefahaman silat mula dilupakan. Masa lebih banyak
terbuang memikirkan persengketaan. Sejak pepecahan dengan CM.
Kerana persatuan juga kita sanggup mengorbankan masa, pergi ke
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
376
merata-rata pusat latihan untuk membuat penjelasan atas kebenaran
persatuan. Bukannya kebenaran silat. Tujuannya satu. Hentikan
perkembangan Silat Cekak yang sedia ada yang berlainan
payungnya.
Apabila sesuatu cawangan menganjurkan program, kita
sanggup berjumpa penaungnya dengan amaran supaya aktiviti silat
itu dihentikan atas alasan persatuannya tidak sah. Maka kegiatan
Silat Cekak disekat. Apakah ertinya perjuangan Silat Cekak.
Ketika kita berpecah daripada Cekak Malaysia, kumpulan
sana menggunakan tekanan yang sama. Mengorbankan masa
merata-rata. Perkembangan silat entah ke mana. Kini tiba pula giliran
kita. Kumpulan asal mengadakan sekatan. Kerana kepentingan
persatuan maka Silat Cekak dikorbankan. Cuba kita kaji kembali.
Siapakah pertualang-pertualang silat kita. Bilakah penglibatan
mereka. Inilah kumpulan baru yang tiada roh persilatan. Matlamatnya
ialah kuasa. Kuasa hanya ada dalam persatuan. Akan tetapi, dalam
silat kuasa merujuk pada kebolehan dan kehandalan bersilat. Orang-
orang yang berkebolehan dalam silat juga ada pengaruh. Pengaruh
itu adalah kuasa. Pengaruh dan kuasa inilah yang sangat ditakuti.
Macam-macam cap diberi bagi menimbulkan suasana sakit
hati. Pemutus yang baik ialah singkirkan mereka. Caranya ialah
melalui kuasa yang ada dalam persatuan. Haprak betul kumpulan
penyingkir itu. Hati yang kematu.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
377
ANTARA KAEDAH MENYINGKAP RAHSIA
CEKAK
Mempelajari Silat Cekak dengan lebih mendalam sepatutnya
menjadi bulat dan tekad di hati setiap penuntut. Saya juga tidak
terkecuali. Banyak peristiwa yang menyebabkan saya bersikap
demikian. Penerangan Ustaz dan peristiwa bersudi dengan Ustaz
benar-benar meyakinkan saya betapa Silat Cekak adalah hebat.
Orang selalu cakap betapa Guru selalu menyimpan buah atau
pelajaran silat. Agaknya dalam Silat Cekak pun begitu. Ajar sepuluh,
dua disimpan. Bila saya fikir-fikirkan, sifat tersebut adalah perlu.
Walaupun kita bersilat berdasarkan pergerakan semula jadi tapi
penggunaan akal yang pintar dan cerdas adalah perlu. Melalui akal
yang berjalan, kita dapat dan akan menimbulkan persoalan. Maka di
sinilah berlakunya penerangan lanjut daripada Guru berkenaan. Kita
yang bertanya dan dijawab pulak soalan yang sama; sama ada
secara teori atau praktik maka itulah habuan tambahan pengetahuan
kita.
Persoalan mesti ada dalam fikiran kita. Untuk menimbulkan
persoalan maka kita memerlukan ilmu dan pengalaman membina
soalan. Misalnya, persoalan boleh timbul berdasarkan prinsip
kehidupan kita. Benda hidup dan tidak hidup biasanya adalah
berpasangan. Dari sini maka kita boleh timbulkan persoalan. Kalau
ada tumbuk jantan maka mana pulak tumbuk betinanya. Kalau ada
kuntau kiri maka tentu ada yang kanan. Kalau ada kidung kiri maka
mana pulak kidung kanannya. Kalau jatuh mesti ada yang berdiri.
Kalau ada Kuntau Jatuh maka mana pulak kuntau berdirinya. Tangan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
378
dan kaki mana boleh kita pisah-pisahkan. Kalau ada serang dengan
tangan bagaimana pulak rupanya serang dengan kaki.
Itu adalah antara lain persoalan yang membolehkan kita
berfikir dan mencari-carikan jawapan. Kalaulah persoalan kita
tersebut terjawab maka akan berlakulah penambahan ilmu pada diri
kita. Berdasarkan persoalan itu juga akan meningkatkan
pengetahuan kita. Jadi, yang dua ilmu yang dikatakan disimpan oleh
Guru itu, terungkap dek usaha dan persoalan yang kita timbulkan.
Silat Cekak hebat. Itulah wirid kita. Tapi kita kena berpijak di
bumi nyata. Sakit demam maka kita sahaja yang mengetahuinya.
Kalau orang kata kita sihat pada hal kita rasa diri kita demam maka
perasaan kita itulah yang sebenarnya benar. Jadi, kebolehan kita
bersilat hanya kita sendiri yang boleh mentafsir dan mengetahuinya.
Kita patut berbangga dengan kebolehan silat kita. Maka kita
juga mestilah berkebolehan untuk membuktikan dakwaan kita
tersebut adalah benar. Selaraskan kehebatan diri dengan
pengetahuan yang ada dalam Silat Cekak. Dengan itu baharulah kita
boleh mendabik dada mengatakan silat kita hebat. Silat kita hebat
kerana diri kita juga hebat. Sebagai penuntut yang sentiasa inginkan
kebolehan diri sentiasa meningkat, periksalah dan nilailah ilmu yang
telah ada pada kita. Boleh buat senarai semak tentang falsafah,
konsep dan prinsip yang ada dalam setiap pelajaran Silat Cekak dan
semestinya telah dikuasai oleh kita. Tapi panduan daripada mereka
yang mahir dalam Silat Cekak mesti ada. Baharulah kita tahu akan
duduk sebenar diri kita dalam penguasaan ilmu Silat Cekak. Antara
lain dalam karangan ini, diberikan beberapa contoh sebagai tinjauan
pada diri sama ada kita telah menguasai konsep atau falsafah-
falsafah yang berikut.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
379
Kefahaman “pakai tak pakai dan tak pakai pakai” perlu
disingkapkan rahsia dalam falsafah tersebut. Kefahaman dan
penguasaan falsafah tersebut menjadikan diri kita dapat
mengaplikasikan pelajaran Silat Cekak dengan hebat. Ketika
membuat sesuatu buah yang kita ingin pakai, apabila timbul masalah
maka secepat kilat kita berupaya menukar buah dan memakai buah
yang tidak terlintas nak pakai. Semuanya berlangsung tanpa
dirancang tapi lebih secara gerak semula jadi. Berupayakah kita
memahami konsep ini.
Konsep buah ringkas dan hujung elok diperdalami. Hal ini
kerana penguasaan konsep buah ringkas atau hujung, banyak
membantu kita ketika sesak. Andai membawa kereta, bila sesak tak
payah pakai signal. Bukan mudah menjatuhkan pelipat lawan atau
bukannya mudah mengilas belakang pada orang yang lebih besar
daripada kita. Tapi ingat. Buah-buah yang ada dalam Silat Cekak
dapat digunakan dalam apa bentuk keadaan. Namun
penyesuaiannya mesti ada. Buah hujung akan memainkan peranan
utama.
Lihat juga serangan kita. Apakah konsep dan falsafah di
sebaliknya. Cara serangan juga perlu disingkap rahsianya. Jangan
pulak kita memberi tabik hormat kepada musuh sebelum kita
menyerang. Tak cantik sungguh. “Nampak macam pondan Siam.”
Antara komen yang diberi oleh kawan-kawan yang berasa rimas
dengan tabik hormat. Fahami konsep tumbuk serang sebagai tumbuk
gerak. Apakah maksud tumbuk gerak dalam falsafah serangan kita.
Saya telah membincangkan dalam penulisan yang lalu. Hal ini akan
menjadikan kita yakin dengan serangan yang kita kirim kepada lawan
kita. Jangan timbulkan persoalan yang meragukan kita bilamana
musuh berundur di belakang. Jangan pulak kita mencari-cari jawapan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
380
berdasarkan tumbuk gerak kita. Falsafahnya bukan demikian untuk
mereka yang undur ke belakang. Itu sebabnya ramai yang kurang
faham hingga mencari-cari jawapan tentang keupayaan tumbuk
serang pada mereka yang lari ke belakang. Mereka-rekalah mereka
dalam suasana tidak memahami tentang konsep tumbuk gerak yang
dinamakan juga tumbuk serang.
Rahsia falsafah tentang tangan di tangan dan kaki di kaki,
hendaklah kita fahami betul-betul. Berpijaklah di bumi nyata. Agaknya
sepak minang sebagai pengenalan blok ini memberi tanda betapa tak
ikut konsep dan prinsip sebenar akan membawa bencana besar pada
diri. Sayangilah telur anda. Bukannya mudah dicari ganti. Takut-takut
terkejut hingga hilang bisa yang tak terperi.
Kalau sudah sampai ke pelajaran menengah, ramai yang
berdiam diri. Tak tahu nak berlatih macam mana. Setengahnya
beralasan rahsia sangat. Semua ini akan merugikan diri. Tanyalah
diri. Yakinkah diri pada pelajaran tersebut? Janganlah kita bermegah
dengan pemilikan pelajaran menengah jika ada keraguan diri. Kalau
rasa ragu-ragu, apa tindakan yang patut diambil. Usahakan diri bagi
menguasai gerak yang sejati dan sebati. Banyak rahsia dalam Silat
Cekak yang boleh diungkap bagi mempertajamkan diri. Tapi kenalah
cari dan usahakan diri. Yakinkan diri dengan pengetahuan yang
kukuh dan sebati.
Saya timbulkan persoalan-persoalan di sini buat generasi
baru untuk berfikir. Silat Cekak akan “menjadi” pada mereka yang
sentiasa berfikir. Saya tak boleh jelaskan maksud saya dalam tulisan
ini. Mana ada punca kuasa. Rapatlah dengan Guru. Hormatinya
sungguh-sungguh. Tunjukkan kesetiaan agar membolehkan istilah
kepercayaan terpancul daripada hati guru. Biarlah orang lain nak
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
381
kata-kata apa tentang kita. Bodekkah, Taksubkah, mengada-
ngadakankah atau apa-apa kah yang lain, jangan diambil hati. Tapi
yang pentingnya ialah pentingkan diri kita terlebih dahulu. Kita keluar
sorang-sorang maka kita matipun sorang-sorang. Dalam menuntut
Silat Cekak, pentingkan diri sendiri untuk menambah ilmu. Tapi
jangan lupa pula ajaran Silat Cekak tentang perkara-perkara yang
bersabit dengan kita. Bersabit dengan kelahiran kita ialah kedua ibu
bapa dan Guru. Tentunya atas kehendak Tuhan.
Saya sangat yakin, dengan cara kita menimbulkan persoalan
dan sentiasa berfikir maka semakin banyak rahsia dalam Silat Cekak
yang tersingkap sebagai habuan pada diri kita. Seperti yang saya
katakan, jangan lupa atas syarat mutlaknya. Syaratnya ialah kita
mesti mengelakkan perasaan was-was dengan keistimewaan yang
ada pada Silat Cekak. Tetapkan di hati yang Silat Cekak itu hebat.
Peranan istilah istiqamah penting sekali. Istiqamahlah untuk diri bagi
membangunkan diri. Kurang enak beristiqamah untuk diri bersabit
dengan diri orang lain.
Tugas kita sebagai penuntut yang ingin membangunkan diri
dalam Silat Cekak ialah mencari kehebatan Silat Cekak itu sendiri.
Kehebatan tersebut adalah merupakan keistimewaan kita. Luar
daripada kebiasaan yang ada. Kalau biasa maka kuranglah
hebatnya. Mana-manapun boleh dapat. Sesuatu yang luar biasa
amat sukar dicari. Pencarian tersebut secara langsung akan
menjadikan diri kita hebat dan sentiasa hebat. Percayalah.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
382
BUAT JADI HEBAT
Semua penuntut yang belajar Silat Cekak ingin menjadi
pesilat yang hebat dan mantap. Kalau boleh kita ingin menguasai
keseluruhan pelajaran gerak fizikal yang ada dalam Silat Cekak, di
samping mengasak diri dengan kefahaman yang jitu tentang Silat
Cekak. Berdasarkan pengalaman saya ketika mula belajar Silat
Cekak, saya juga bercita-cita sedemikian. Saya telah korbankan
penglibatan diri daripada silat yang ada untuk mendapatkan
kebenaran dalam konteks persilatan. Mungkin dalam tulisan kali ini
kita boleh berkongsi pengalaman tentang usaha-usaha yang saya
lakukan bagi mempastikan cita-cita saya itu tercapai. Kalau selama
ini saya menyentuh peranan Jurulatih bagi membentuk kehebatan
penuntutnya maka kali ini saya cuba bincangkan akan peranan kita
sebagai penuntut bagi mendapatkan kehebatan.
Untuk terus menjadi pandai bukanlah satu perkara yang
mudah. Kita perlu berusaha ke arah pencapaian matlamat tersebut.
Di samping berlatih sepenuh hati, banyak usaha sampingan yang
perlu kita lakukan bagi menjadikan impian kita dalam Silat Cekak
menjadi kenyataan.
Perkara utamanya kita mestilah memfokuskan diri kita untuk
menimba ilmu pengetahuan yang ada dalam Silat Cekak. Kita perlu
mengakui tentang kuasa penuh yang ada pada guru kita atau wakil
yang dilantik. Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada keikhlasan
mereka untuk membimbing kita. Ketepikan fahaman silat yang ada
dalam diri yang mungkin bertentangan dengan fahaman Silat Cekak
kerana fahaman yang bertentangan itu boleh menolak penerimaan
ilmu yang cuba diberi. Saya tidak dapat nafikan betapa perlunya kita
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
383
mengorbankan masa untuk mempelajari Silat Cekak sepenuhnya.
Masa kita agak terhad. Oleh itu gunakan masa sepenuhnya dalam
kegiatan silat. Elakkan diri dengan kerenah persatuan yang boleh
mengganggu konsentrasi kita pada silat.
Semasa Jurulatih kita membuat penerangan, mata kita perlu
tertumpu pada gerak yang mereka lakukan. Kita boleh sepadukan
antara pendengaran, penglihatan dan pemikiran ketika Jurulatih
membuat penjelasan tentang satu-satu buah tersebut. Kalau asyik
mendengar penjelasan mereka sahaja, akhirnya kita akan terbuai
dengan dunia khayalan. Malang pulak jika kita dapat Jurulatih yang
suka membebel. Sambil mendengar, lihat perbuatan mereka ketika
mereka membuat buah. Seiring dengan itu pemikiran kita berjalan
untuk menyesuaikan teori tersebut dengan kebolehan diri kita sendiri.
Ketika melakukan semula buah-buah tersebut saya akan
memberi tumpuan sepenuhnya. Saya cuba sedaya upaya untuk
membuat buah itu dengan sesempurna yang boleh. Jika ada pukulan
maka pukul betul-betul tapi tidak sampai memudaratkan. Itu
sebabnya kita perlu mencari rakan pelatih yang sama tahap dengan
kita. Jika kita bersifat kasar, cari rakan kasar yang lain. Dengan hal
yang demikian akan menyebabkan kita akan berasa puas berlatih
dan dapat mempraktikkan buah-buah yang diberi dengan sepenuh
hati. Kesungguhan adalah nilai yang penting bagi meminimumkan
kesilapan. Buktikan kehebatan kita pada kalangan Jurulatih atau guru
yang mengajar kita.
Silat Cekak dikatakan adalah sejenis silat yang juga
mementingkan pukulan. Sesuailah konsep Silat Cekak itu dengan
makna gaduh dan ringkas. Berdasarkan falsafah tersebut, setiap
buah yang saya peroleh daripada Ustaz, maka saya „demand‟ akan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
384
kebenaran pada setiap buah tersebut sebagai bukti. Walaupun sikap
tersebut kurang menyenangkan Ustaz, tapi Ustaz tetap memenuhi
impian saya. Walau bagaimanapun buah-buah yang akhirnya boleh
memudaratkan saya dengan serius, Ustaz tidak pernah lakukan.
Saya masih lagi ingat antara lain kata-katanya, “Saya memikirkan
awak masih seorang pelajar. Kalau tidak saya akan beri rasa yang
betul-betul.”
Saya berasa puas dan menaruh keyakinan pada buah-buah
dalam Silat Cekak. Hal ini demikian kerana saya telah mengalami
akan kebenarannya. Sebagai contoh, Buah Pertama. Bukan setakat
pukulan dengan menggenggamkan tangan pada rusuk, Ustaz juga
menunjukkan pukulan secara membuka tangan tapi membengkokkan
jari. Dibuatnya betul-betul. Lagi dahsyat pukulannya berbanding
dengan cara menggenggamkan penumbuk.
Ketika yang lain, Ustaz menunjukkan pukulan secara
membuka tangan. Hujung jari dijolokkan pada bahagian ketiak. Ya
Allah! Tangan rasa macam nak tercabut. Tapi saya berasa puas.
Adalah benar akan Buah Pertama tersebut. Cuma kini kadang kala
terkenang juga akan penuntut-penuntut sekarang yang membuat
pukulan Buah Pertama dengan cara membuka tangan. Tapi ada yang
kata, itulah pukulan zapin namanya.
Kerana inginkan kebenaran pada setiap buah yang ada maka
saya mengerti akan makna pukulan pada lengan. Contohnya ialah
Buah Kidung. Rupa-rupanya dengan pukulan yang betul akan
menjadikan lutut kita secara automatik lemah dan memudahkan kita
menjatuhkan pelipat. Banyak persoalan yang terjawab. Kalau tidak,
bukannya senang untuk menekan pelipatnya dan membuat buah
hingga musuh turun ke bawah.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
385
Saya dapat buah tersebut atas kebenaran maka saya
turunkan buah tersebut seterusnya atas keyakinan. Walaupun
dengan tetakan yang akan menyebabkan lutut lemah secara
automatik tidak kesampaian, kebenarannya saya alami. Keyakinan
atas buah tersebut disampaikan pada penuntut. Tetak, mesti tetak
pada tangannya. Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang
mengambil Buah Kidung dengan pukulan membuka tangan. Rupa-
rupanya ada nama baru agaknya. Itulah pukulan nyamuk kuak
rentang.
Begitu juga dengan Buah Ali Patah Sudah. Apakah konsep
sudahnya. Rupa-rupanya melalui buah tersebut, musuh akan hilang
nikmat menelan. Semacam ada tol pada leher kita di bahagian
dalam. Berhari-hari juga untuk memulihkan keadaan. Ini bukannya
penceritaan, tapi kenyataan. Walau bagaimanapun kenyataan ini
perlu dinyatakan. Sebagai penuntut, kita perlu tagihkan kenyataan
tersebut daripada mereka yang sampaikan buah. Sekurang-
kurangnya Jurulatih pun kena bersedia. Kalau tidak masakan buah itu
boleh menjadi. Kalau tak menjadi mana boleh wujud kebenaran
hakiki pada buah-buah yang ada. Tangkapan Ali Patah Sudah, begitu
„rapat‟ sekali. Kalau tidak mendapatkan kebenaran hakiki maka buah
tersebut akan jadi „syok‟ sendiri. Apa tidaknya. Boleh bertemu pipi.
Kita selalu mendengar dakwaan bahawa Buah Lintau boleh
menyebabkan pengsan. Kadang kala kitapun ragu-ragu akan
kebolehan buah tersebut. Oleh itu, tagihkan kenyataan. Berdasarkan
pengalaman, memang benar bahawa buah tersebut boleh
menyebabkan kita akan nampak bintang. Saya bercakap atas
pengalamian. Tapi dalam pengajaran pada penuntut seterusnya,
Ustaz pernah nyatakan akan kemudaratannya pada diri penerima.
Mereka digalakkan menampan bahagian pinggang dengan tangan.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
386
Kita yang membuatnya, pukul tetap pukul pada bahagian tersebut
dengan sepenuh hati. Barulah dapat kebenaran hakiki.
Buah Pasung Kemanga ada falsafahnya. Tapi sekarang
sudah jadi haru biru. Ada yang mengelak seratus lapan puluh darjah,
ada yang campur lagi elakan dengan empat puluh lima darjah. Ada
yang menyengkak siku pada rusuk untuk mematahkan tulang rusuk
dan pelbagai lagi. Buatlah apa yang patut. Tapi kebenarannya,
penampar kita pada penumbuknya boleh membukakan
penumbuknya secara automatik.
Itu sebabnya kalau menggunakan senjata, pastikan kaki kita
selamat. Kalau tidak kaki kita pulak yang terkena senjata dek terlepas
dari tangan lawan kita. Lawan kita sakit tangan, kita pulak sakit kaki.
Tagihkan kebenaran tersebut. Baharulah kita mendapat kepuasan
dalam bersilat. Cakap biarlah serupa bikin. Bagaimana kita hendak
membuktikan kehebatan buah-buah dalam Silat Cekak kalau kita
sendiri tak pernah mengalaminya. Oleh itu, tagihkan kebenarannya
agar memasinkan penerangan kita pada penuntut Silat Cekak
seterusnya.
Buah-buah yang saya bincangkan di atas adalah antara
contoh-contoh tentang kelebihan yang perlu kita alami sendiri. Tapi
jangan pulak tagihkan pengalaman patah tangan atau kaki dan juga
pengalaman mati. Sampai ke tahap itu, letakkan kepercayaan pada
Jurulatih kita. Tapi tentunya konsep-konsep kebenaran hakiki pada
buah-buah yang lain telah terbukti. Apabila kita mendapat kebenaran
hakiki pada setiap buah yang diberi maka akan menambahkan
keyakinan hakiki pada diri kita. Apabila kita sampaikan pula pada
penuntut berikutnya maka kita akan bercakap dengan penuh yakin.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
387
Berdasarkan tulisan lalu, peranan Jurulatih untuk
membuktikan kehebatan Silat Cekak adalah perlu. Kita akui bahawa
bukan semua penuntut yang „tahan‟ untuk menerima pukulan yang
ada. Oleh itu peranan kita ialah menyesuaikan kadar pukulan pada
kelainan kebolehan dan kelainan ketahanan penuntut kita. Ketika
menjadi Jurulatih, pada setiap kelas, saya akan memilih „tagan‟
dalam kalangan penuntut yang ada. Penuntut ini semula jadinya
tampak tahan menerima pukulan, kasar dan taf. Oleh itu setiap buah
yang perlu dibuktikan kemantapannya akan dibuktikan melalui
penuntut berkenaan.
Setakat pengalaman saya, cara sedemikian tidak
mendatangkan sebarang masalah. Semua penuntut berpuas hati.
Jika penuntut lain ingin merasai kehendak sebenar setiap buah,
maka kita akan memenuhi hajat mereka tersebut. Biarlah mereka
merasainya. Tapi jangan sesekali menggunakan pukulan zapin atau
tampar nyamuk kuak rentang. Amat memalukan. Macam tak cukup
yang satu lagi.
Seperti yang dinyatakan, sebagai penuntut, berilah tumpuan
sepenuhnya pada gerak dan gerakan yang dilakukan oleh Jurulatih.
Walaupun kadang kala penerangannya tidak sama dengan ketika dia
membuat buah, kita tetap menghormatinya. Setiap Jurulatih tersebut
ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Kadang kala, kalau kita
memahami kelemahan mereka maka kita boleh memahami bahawa
teguran atau kemarahan mereka kerap kali kerana menutup
kelemahan mereka yang ada. Selalunya mereka akan mengatakan
bahawa penumbuk kita tak betul atau suruh kita tumbuk betul-betul.
Macamlah kita main-main. Pada hal mereka susah membuat buah.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
388
Sepatutnya sebagai Jurulatih apa bentuk tumbukanpun boleh
diambil walaupun mungkin menjadi buah yang lain. Begitu juga
mungkin Jurulatih akan marah apabila kita banyak bertanya.
Berkemungkinan besar kerana mereka kurang pengetahuan
mengenainya. Untuk menutup kelemahan maka akan disuruh kita
jangan banyak bertanya atau disimpan jawapan di lain masa yang
entah bila kunjung tiba.
Tumpuan pada pergerakan Jurulatih ada kalanya amat sukar.
Pengalaman semasa belajar dulu, kadang kala gerakan yang dibuat
oleh Ustaz, sukar difahami secara sepintas lalu tanpa ada daya
pengamatan yang tertumpu. Pergerakan Ustaz tidak menentu. Tapi
tindak balasnya amat laju. Pernah dalam satu kelas, Ustaz
menyerang dalam kadar perlahan tapi cuba dipintas oleh penuntut
dengan laju. Secepat gerak, Ustaz memintas kembali gerak penuntut
tersebut sambil memberi „habuannya‟. Sukar dilihat bagaimana gerak
itu terjadi tanpa pengamatan tertumpu. Semua orang kagum. Tapi
saya dapat satu pengajaran daripadanya. Kebolehan kita selalunya
suka dicuba oleh pihak lain.
Hal yang sedemikian dapat dijadikan iktibar kepada kita. Dari
segi gerak, konsep percaya boleh, yakin jangan, perlu diambil kira.
Konsep ini juga termasuk pada rakan bersilat kita. Ketika membuat
buah sama ada dalam latihan atau sebagainya, kita perlu sentiasa
waspada. Katanya perlahan tapi dibuatnya laju. Sentiasa berwaspada
adalah kunci utama konsep selamat. Dalam gerak tindak balas kita
adalah merupakan gerak laku yang penting. Misalnya, pada
kebiasaannya kita telah memahami gerak dan boleh membuat
jangkaan gerak pada buah yang dilakukan. Jika geraknya
menyimpang daripada jangkaan kita maka biasakan diri untuk
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
389
bertindak. Nasiblah jenis akibat yang diterima mereka. Selalunya,
gunakan perkataan „sorry‟. Biasanya habis cerita.
Setiap ilmu yang kita peroleh, ucapkan terima kasih. Ucapan
ini selalunya ditunjukkan melalui perbuatan salam. Pada buah-buah
yang kita terima, di samping mendapatkan kebenaran hakiki,
sertakan persoalan dalam hati bagi memuaskan diri. Kalau betul
Jurulatihnya, timbulkan perasaan ragu-ragu di hati. Tapi berhati-hati.
Bukan semua Jurulatih suka akan sikap tersebut. Pilihlah antara
mereka yang berfikiran terbuka. Pada Jurulatih tersebut, mereka
akan cuba memberikan jawapan atas persoalan yang kita beri.
Cuma, janganlah kita terlalu mereka-reka. Biarlah berpijak di bumi
nyata. Ekorannya, maka sangguplah kita menerima padahnya kerana
suka bertanya. Tapi tak apa. Apabila kita yang bertanya maka
jawapannya secara perbuatan akan diberi pada kita. Tentunya sakit
lebih kuat dari biasa. Pasti puas kalau Jurulatih tersebut ikhlas.
Berkatnya kita akan dapat. Secara langsung akan menjadikan kita
lebih mengerti akan hala tuju setiap buah yang kita miliki.
Namun begitu, sungguh malang jika Jurulatih kita tak
langsung mengerti. Tanyaan kita disangkanya mencabar. Digasaknya
kita tak tentu hala. Setakat kata-kata boleh juga kita berkira. Tapi
kalau perbuatan amat malang jadinya. Mengajar dan menunjuk
secara tidak ikhlas maka kesan buruk yang akan menimpa. Sakitpun
dapat, bencipun ada.
Persoalan akan lebih banyak timbul apabila kita selalu
berimaginasi. Tapi ingat. Imaginasi tersebut biarlah berpijak di bumi
nyata. Imaginasi penting sebagai salah satu faktor motivasi. Tokoh-
tokoh korporat yang berjaya kebanyakannya hasil daripada imaginasi
yang ada. Apatah lagi dalam silat. Berimaginasilah diri sebagai
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
390
pendekar yang hebat. Hal ini demikian akan menyebabkan kita selalu
bertanyakan soalan kenapa dan bagaimana. Secara langsung otak
kita dapat berfikir pada setiap gerak yang kita miliki secara terperinci.
Jika ini terjadi maka proses mengambil buah sangat kita
fahami. Kita boleh menjangka akan apa yang akan terjadi. Samalah
agaknya dengan fikiran sedar kita ketika menuju ke satu-satu tempat.
Semasa dalam perjalanan, apa yang berlaku semuanya kita sedari.
Keadaan ini tentunya berbeza dengan mereka yang sampai ke
destinasinya tanpa menyedari apa yang berlaku sepanjang
perjalanan. Orang jenis ini termangu-mangu seolah-olah berada
dalam fikiran separuh sedar.
Percayalah. Jika kita tahu apa yang kita lakukan dan menjadi
kebiasaan dalam kehidupan harian maka akan lahir sikap berhati-hati
dalam diri kita. Sikap yang terus berulang akan membentuk nilai yang
tinggi dan merupakan sebagai sebahagian daripada perwatakan kita.
Aplikasikan dalam pembelajaran Silat Cekak. Akhirnya gerak yang
berlaku dan terbentuk adalah merupakan gerak semula jadi. Semula
jadi yang disertakan dengan pemikiran yang berulang pada diri kita.
Secara langsung penerimaan kita pada satu-satu buah itu akan lebih
mantap. Kemantapan ini pula akan menambahkan keyakinan pada
diri kita terhadap Silat Cekak. Maka baharulah keyakinan kita dalam
Silat Cekak berasas. Cakap kita akan serupa bikin.
Bila kita menjadi Jurulatih nanti, tindakan kita akan menjadi
lebih tenang. Setiap persoalan daripada penuntut akan kita layan
dengan seikhlas hati. Bukan kerana mereka ingin menduga tetapi
sememangnya ikhlas ingin mengetahuinya. Bila kita ikhlas,
Insyaallah, penuntut yang kita lahirkan lebih bermutu tinggi. Tapi
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
391
ingat. Kena sentiasa turun padang. Kalau tidak, habis mereka cabut
lari, walaupun kita tahu masih ada capek di kaki. Tapi tak sedar diri.
Semasa kita sedang belajar tentu ada Jurulatih yang ikhlas
menerangkan tentang kelebihan luar fizikal yang ada dalam Silat
Cekak. Berikan tumpuan pada kenyataan mereka. Jadikan satu azam
untuk mencapainya. Ketika saya menuntut dulu, banyak kelebihan
tambahan yang disogokkan dalam pemikiran kami. Salah satu
kelebihan yang menarik perhatian saya ialah tentang penumbuk „tak
nampak‟ yang ada dalam Silat Cekak. Kami diyakinkan ketika itu
bahawa penumbuk serang yang ada dalam Silat Cekak adalah
merupakan peluru berpandu yang tidak boleh dikesan dengan mudah
ketika serangannya. Tiba-tiba sampai. Tak nampak. Hingga
dikatakan calitlah kapur di mana-mana bahagian badan. Bila Cekak
menyerang, penumbuk tersebut akan sampai ke tempat yang dituju.
Maka ada yang mengatakan bahawa penumbuk Silat Cekak juga
adalah merupakan penumbuk calit kapur.
Bukan main yakin dan sedapnya cerita Jurulatih berkenaan.
Bila ditanya bagaimana caranya maka dijawab tunggulah masanya.
Apapun alasan mereka, konsep penumbuk tersebut mula terpahat
pada pemikiran saya. Keinginan mencari dan menguasainya sangat
membara. Setiap gerak tumbuk Jurulatih terutamanya penumbuk
daripada Ustaz, akan saya beri tumpuan. Maklumlah pada tanggapan
saya, jika penumbuk mereka „menjadi‟ maka bentuk penumbuk
mereka tak akan „lari‟ daripada coraknya. Akhirnya benarlah dan
bukannya dongengan semata. Bukan setakat cerita. Tapi bagaimana
caranya ye!
Tapi kata biasa, bukan semua pencerita telah sampai ke
makamnya. Sangkaan saya benar. Setelah tamat dan menerima cara
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
392
penumbuk Silat Cekak maka sahlah ketika belajar dulu ada
penumbuk Jurulatih yang menjadi seperti yang dimaksudkan dan ada
antara mereka yang auta sahaja. Bila berlatih bersama mereka
setelah tamat, nampak benar ada yang cakap tak serupa bikinnya.
Tambahan pula mereka yang asyik bertabit atau „menjual‟ penumbuk
terlebih dahulu sebelum melakukan serangan. Pada hemat saya,
mereka yang tersebut itu, kurang berupaya menguasai konsep
„menghilangkan‟ penumbuknya. Bak kata pepatah, “Umpama jauh
panggang dari api.”
Banyak teknik yang terpaksa dibetuli dan dipelajari. Tapi,
mana tahu. Mungkin pulak mereka hebat sekali. Namun begitu ada
juga yang termimpi-mimpi untuk menguasinya. Diubahnya pelajaran
sebagai cara menguasai. Penuntut diajar berdiri selari. Dikatakan
penumbuk lebih cepat dan sukar dikesan. Tetapi gopoh sekali. Hilang
proses untuk menguasainya. Itulah akibat suka makan makanan
segera. Mee segera, ayam segera dan semuanya segera. Gerak
silatpun ingin yang segera.
Kalau pemikiran ingin diasak dengan konsep penumbuk Silat
Cekak carilah kebenaran konsep calit kapur dan konsep peluru
berpandu. Bukan senang untuk dituntut menjadi sebati. Tetapi yang
pentingnya ilmu itu ada dan ketabahan memilikinya pun mesti ada.
Walau bagaimanapun jangan sangka hanya itulah jenis penumbuk
yang ada dalam Silat Cekak. Teringat-ingat lagi jenis penumbuk yang
ada pada Ustaz. Penumbuk Ustaz adalah pelbagai. Bukan setakat
calit kapur atau konsep peluru berpandu yang memerlukan kadar
penumbuk yang laju. Hebat sungguh strategi penumbuk kita. Sangat
menarik hati. Susah nak cerita. Banyak helah dan falsafahnya.
Sengaja saya singkapkan kain ke peha. Maklumat lanjut. Usahakan
sendiri.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
393
Itu sebabnya ketika zaman saya ramai yang yakin bahawa
kalau Silat Cekak bergaduh, menang tetap menang. Kalaupun tak
menang, akan tetap di tahap seri. Kalah jauh sekali. Tapi jangan
mudah pulak kita cakap sedemikian rupa kalau tak lihat kebolehan
diri yang ada. Zaman saya dahulu juga, ramai yang suka mencuba.
Tapi tak ada masalah. Keyakinan telah ada. Cuma jumpa juga Ustaz
untuk mendapat petua-petua. Petua yang diperoleh itu adalah
merupakan kelebihan pada mereka yang berjumpa. Diri sungguh
berasa bangga. Keputusan „bertry‟, kemenangan di pihak kita. Boleh
dikira pusingannya.
Untuk mempastikan ilmu yang kita peroleh mempunyai
kesinambungan sepanjang masa maka eloklah jika kita membantu
kelas yang ada. Jadilah Jurulatih separuh masa. Jangan sepenuh
masa. Nanti ingin jadi Guru Utama. Bukalah kelas di mana-mana.
Ilmu yang ada jika disebarkan seterusnya akan menambahkan
kekuatan ingatan dan kesebatian di dada. Tapi jangan lupa. Kita
membuka kelas kerana ingin mengembangkan ilmu Silat Cekak. Itu
merupakan perjuangan hakiki peringkat kita. Jangan bermegah pulak
pada sesetengah yang ada pada ketika ini. Membuka kelas di tempat
„sesama sendiri‟. Itulah golongan haprak yang tak reti-reti tentang
perjuangan hakiki.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
394
FAHAMAN APA?
Saya menarik perhatian para pembaca tentang fahaman
Ustaz Hanafi. Persoalannya adakah kefahaman ini perlu ditanam
sepenuhnya dalam kalangan penuntut Silat Cekak sekarang ini dan
jika perlu, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyebarkan
fahaman tersebut. Saya rasa persoalan ini boleh dibuat kajian. Kalau
dibincangkan maka eloklah dibuat secara fikiran terbuka.
Walau apapun fahaman yang ada, setakat ini peranan besar
Jurulatih Silat Cekak adalah tidak dapat dinafikan begitu sahaja
dalam usaha penyebaran fahaman dalam kalangan penuntut Silat
Cekak. Jika fahaman yang ada pada mereka adalah mantap maka
begitu jugalah kefahaman yang dapat disampaikan kepada penuntut
yang menuntut dengan mereka. Kita harus akui betapa Guru Utama
sentiasa memikul tanggungjawab yang berat dalam perjuangan Silat
Cekak. Tumpuannya secara seratus peratus dalam tanggungjawab
ini mungkin terhalang memandangkan halangan masa dan bilangan
penuntut Silat Cekak yang semakin bertambah dari masa ke masa.
Hal yang demikian menyebabkan peranan Jurulatih amat besar dan
tanggungjawab mereka juga amat berat.
Oleh itu para Jurulatih perlu diberi kefahaman yang jelas dan
mantap sebelum mereka berupaya menjadi agen besar dalam
meneruskan kesinambungan kefahaman yang ada dan yang
dikehendaki dalam Silat Cekak. Siapa pula yang bertanggungjawab
untuk memperkayakan kefahaman Jurulatih tersebut. Dalam hal ini
saya rasa Guru Utama juga perlu dibantu oleh orang-orang kanannya
untuk memupuk kefahaman yang mantap dalam kalangan Jurulatih.
Perkara penting ialah Jurulatih itu perlu ditanam dengan kefahaman
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
395
yang jitu agar anak-anak murid Silat Cekak yang menuntut melalui
mereka akan mantap sama ada fizikalnya atau pemikiran yang
dianjurkan dalam Silat Cekak.
Setakat ini kalau tak salah saya, kita tetap berpegang pada
satu fahaman bahawa apa yang kita lakukan sekarang adalah
merupakan kesinambungan dengan apa yang telah dibawa oleh
Ustaz Hanafi. Kesinambungan ini adalah meliputi aspek fizikal dan
aspek pemikiran. Oleh itu, persoalannya adakah kita patut dan perlu
meneruskan kesinambungan kefahaman tersebut secara
sepenuhnya tanpa ada sebarang perubahan.
Persoalan yang saya utarakan tersebut amat menarik tetapi
mungkin amat sensitif untuk berbincang. Kalaulah ditanyakan
pendapat saya, pasti akan saya setuju agar kefahaman Ustaz
diteruskan kepada anak murid yang menuntut Silat Cekak. Apatah
lagi, kita juga sering melaung-laungkan bahawa Silat Cekak yang ada
sekarang ini adalah merupakan pusaka Hanafi sendiri. Walau
bagaimanapun, dari segi praktiknya, saya juga bersetuju bahawa
cadangan tersebut amat sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran ini
adalah berpunca daripada beberapa faktor yang saya fikir akan
menjadi penghalang utama.
Pastinya kita menghadapi masalah tenaga yang berupaya
untuk menyebarkan kefahaman Ustaz Hanafi. Tidak ada siapapun
yang boleh mendabik dada mengatakan beliau benar-benar faham
akan pengajaran yang telah diasaskan oleh Ustaz. Apatah lagi untuk
mengatakan diri itu pakar dalam satu segi atau pelbagai segi sama
ada silatnya atau pemikirannya. Diri sahaja yang banyak perasan.
Tidak ada pengiktirafan. Syok sendiri.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
396
Ahli-ahli Silat Cekak yang baru pun berasa celaru.
Persengketaan yang berlaku sekarang ini, semuanya dihasilkan oleh
„anak murid‟ Ustaz sendiri. Mereka telah menerima ajaran yang sama
daripada Ustaz. Bagaimanakah boleh wujud perbezaan pendapat
sesama mereka hingga menyebabkan berlakunya perpecahan
pendapat antara mereka. Berlainan tafsiran dan wujudnya
kepentingan adalah merupakan alasan yang kita boleh berikan.
Walau bagaimanapun jika ditanya pada mereka, pasti akan dinafikan.
Mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan adalah demi
menyelamatkan Silat Cekak. Sejauh mana kebenarannya, saya pun
tak tahu. Melainkan Tuhan menganugerahkan kebolehan bagi
membaca isi hati mereka. Barulah kita boleh tahu sama ada apa
yang dilakukan tersebut ikhlas ataupun tidak.
Kalau sesama sendiripun tidak sehaluan maka mana mungkin
fahaman Ustaz yang sebenarnya dapat disampaikan kepada para
penuntut. Ada yang dikira mantap dengan kefahaman Ustaz tapi
tindak tanduk mereka tidak melambangkan penguasaan fikiran
tersebut. Ramai yang cakap tak serupa bikin walaupun memberi
pelbagai alasan.
Kita jangan lupa bahawa Guru Utama lah yang memainkan
peranan untuk menentukan apakah bentuk kefahaman yang perlu
„dimasukkan‟ dalam kalangan anak muridnya. Sebanyak mana
keagungan kita pada guru yang lalu, kita jangan sesekali lupa atau
menafikan peranan guru yang sedia ada. Sebagai penerima mandat
dan bersifat profesional atas profesyennya, berilah kepercayaan dan
pengharapan kepada beliau untuk menentukan hala tuju Silat Cekak
seterusnya.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
397
Seorang tokoh yang sering diuar-uarkan. Dikatakan Ustaz
sendiri menuntut dengan tokoh ternama tersebut. Tapi saya tidak
pernah bersua muka dengannya. Apatah lagi mendengar syarahan
atau pendapatnya. Maka saya sering mengabaikan tokoh tersebut,
sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya pada tokoh yang ada
iaitu Ustaz Hanafi.
Saya rasa hal yang sama mungkin dirasai juga oleh penuntut-
penuntut Silat Cekak yang tidak pernah bersua muka dengan Ustaz
Hanafi. Sukar bagi mereka untuk menggambarkan peranan dan
kefahaman yang telah diberi oleh Ustaz Hanafi. Dalam hal ini, saya
berpendapat adalah lebih baik mereka menumpukan perhatian
sepenuhnya dengan guru yang sedia ada. Bentuk kefahaman, bentuk
pemikiran dan pelbagai bentuk aspek yang lain adalah perlu
berasaskan pada Guru yang ada. Dengan cara ini pemikiran ahli
tidak bercelaru dan tidak berada dalam keadaan haru-biru.
Cuma para pembaca jangan tersilap anggap atas tulisan
saya. Saya menulis untuk mengenengahkan pengalaman bersama
Ustaz berdasarkan pemikiran dan tafsiran saya untuk maksud
perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Tambahan pula
semua gelaran Silat Cekak yang ada sekarang masih mengaitkan
pergerakan mereka dengan Ustaz Hanafi. Maka elok jugalah
tindakan saya menulis tentang Ustaz Hanafi. Penulisan ini
semestinya berdasarkan pengalaman saya bersama Ustaz untuk
tatapan dan perkongsian pengalaman dengan ahli-ahli Silat Cekak
yang lain.
Secara kesimpulannya, saya beranggapan bahawa untuk
meneruskan fahaman Ustaz Hanafi secara seratus peratus kepada
generasi baru Silat Cekak adalah sesuatu yang boleh dikatakan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
398
mustahil. Baik dari segi ilmu fizikalnya ataupun pemikiran Ustaz
sendiri. Kita telah ada guru yang telah menerima mandat untuk
meneruskan perjuangan. Berilah kepercayaan dan biarlah guru
tersebut menentukan hala tuju dari segi kefahaman Silat Cekak
seterusnya. Beliaulah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya
untuk masa depan Silat Cekak bagi tahun-tahun yang akan datang.
Kalau kita beranggapan bahawa kefahaman Ustaz perlu
dilangsungkan sepenuhnya buat generasi seterusnya, ternafilah nanti
akan peranan guru yang ada. Acuan guru yang ada adalah tidak
sama dengan Ustaz. Pengalaman, pengalamian dan cabaran pada
guru yang ada sekarang tentunya berbeza dengan apa yang telah
dilalui oleh Ustaz. Generasi pembelajar Silat Cekak yang ada
sekarangpun tidak sama dengan generasi yang mempelajari Silat
Cekak dulunya. Zaman sekarangpun tidak sama dengan zaman dulu.
Harga barangan yang ada sekarang pun tak sama dengan harga
barangan yang ada pada masa dulunya.
Walau bagaimanapun jika ada kalangan penuntut yang ingin
mendalami akan apa yang ada di zaman Ustaz sama ada ilmu
fizikalnya atau pemikiran yang dibawa oleh Ustaz, maka berusahalah
sendiri untuk mendapatkannya. Tidak rugi untuk mendalaminya. Tapi
awas. Jangan terlalu membandingkan antara dulu dan sekarang.
Orang tidak suka. “Dulu lain, sekarang lain. Dunia berkisar-kisar”.
Kita mengalami perkara yang berlaku sekarang kerana ada
kaitannya dengan apa yang berlaku dulunya, kerana “Ada ulu, ada
parang. Ada dulu, ada sekarang. Ada sekarang kerana dulunya. Ada
dulunya jangan dinafikan sekarang.”
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
399
KESUNGGUHAN
Selalu saya sentuh tajuk ini. Tak jemu-jemu kita
mengingatkan sesama kita betapa perlunya kesungguhan. Sesuailah
dengan istilah kesungguhan itu sendiri. Pada dasarnya jika penuntut
bersungguh belajar dan Jurulatih pula bersungguh mengajar maka
akan terserlah kehebatan dan kedua-dua pihak akan menjadi hebat.
Dalam tulisan ini kita akan menumpukan perhatian tentang konsep
kesungguhan dalam konteks Silat Cekak.
Dalam gerak fizikal, saya telah menyentuhnya banyak kali.
Kesungguhan belajar meliputi kesungguhan kita membuat buah dan
menimbulkan pertanyaan dan persoalan. Hal ini demikian akan
menyebabkan kita lebih mudah menguasai Silat Cekak. Bersungguh-
sungguhlah untuk menguasai kaedah membuat buah, pukulan dan
tangkapan. Dalami sebenar-benarnya falsafah setiap buah dalam
Silat Cekak. Caranya telah dibincang dalam tulisan lalu. Di samping
itu kita perlu jaga keaslian setiap buah terutama ketika kita
melakukan gerak. Gerak pukulan dan gerak jatuhan perlu diasaskan
kepada gerak semula jadi. Jangan berdasarkan gerak yang dibuat-
buat. Ramai yang tahu tapi ramai yang alpa.
Hinggakan kadang kala menyebabkan logik pergerakan kita
tidak kesampaian. Paling malang sekali apabila gerak-gerak tersebut
berkekalan dalam kelas-kelas latihan. Maka banyaklah rosaknya
keaslian buah-buah Silat Cekak dalam keadaan kita mendakwa
pelajaran yang kita bawa adalah sebagai pusaka Hanafi. Saya
berkeyakinan hal ini demikian disebabkan oleh empat (4) faktor besar
yang mempengaruhi kecelaruan buah-buah yang ada.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
400
Pertamanya faktor pertunjukan. Kita terlalu banyak
membuang masa untuk meyakinkan orang. Kadang kala gerak-gerak
buah terpaksa diubah semata-mata untuk memenuhi kepuasan
penonton. Ustaz pernah membuat teguran dalam satu perjumpaan
dengan pendokong Silat Cekak ketika itu kerana Ustaz juga tidak
berpuas hati. Kalau diikutkan hatinya Ustaz hanya membenarkan kita
membuat pertunjukan setakat kaedah dan buah asas sahaja.
Pelajaran Papan Sekeping juga telah banyak mempengaruhi
gerak silat pelajaran kita. Papan Sekeping adalah acara dalam
pertandingan. Ketika bertanding semestinya teknik dan taktik kita
gunakan. Sepatutnya pelajaran Silat Cekak pada papan sekeping
dihadkan setakat pertandingan. Di samping itu papan sekeping
digunakan bagi membuktikan bahawa Silat Cekak boleh bersilat di
tempat yang sempit hatta atas papan sekeping. Sebelum konsep ini
ditiru oleh orang lain terutamanya pesaing kita ketika itu iaitu SK,
maka konsep Silat Cekak Silat Papan Sekeping perlu diketengahkan
dan perlu mendapat pengiktirafan terlebih dahulu berbanding dengan
silat lain. Itulah yang difahamkan oleh Ustaz kepada saya ketika itu.
Malangnya terdapat sesetengah pusat latihan yang
menjadikan papan sekeping sebagai pelajaran dalam kelas latihan.
Banyaklah buah silat yang disesuaikan dengan prinsip berdiri atas
papan sekeping yang selebar ngam-ngam dua kaki berdiri. Rosak
buah-buah kita yang ada. Itu sebabnya gerak buah-buah Silat Cekak
seperti Pasung Kemanga, Paras dan Kilas Depan, diperbaharui
teknik pengambilannya, sesuai dengan gerak atas papan sekeping.
Pada hal, mana ada papan sekeping ketika kita bertemu musuh.
Kalau adapun papan sekeping di situ, tak mungkin kita akan berlari
berdiri atas papan sekeping tersebut untuk menanti serangan. Gelak
dek orang.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
401
Faktor-faktor pertunjukan dan papan sekeping tidak
menunjukkan kesudahan pada buah-buah kita. Semuanya sekerat
jalan. Maka berlatihlah penuntut-penuntut kita dalam khayalan dan
dalam keadaan separuh jalan. Perlakuan ini lebih teruk daripada suku
jalan. Kalau suku masih jauh perjalanan. Sebaliknya yang separuh
dah dekat nak sampai kesudahan. Tapi terhenti di tengah jalan. Tiada
kepuasan.
Satu lagi faktor yang mempengaruhi teknik pengambilan
buah-buah kita ialah kemampuan Jurulatih. Dalam faktor ini
melibatkan keupayaan mereka menurunkan buah-buah kepada para
penuntut dan penerangan betul tentang falsafah dan prinsip setiap
buah tersebut. Saya percaya bukan semua senarai buah yang ada
digemari oleh Jurulatih. Ketika terkena dengan buah yang
digemarinya maka banyaklah susun katanya. Pemberian buah
tersebut dilakukan dengan penuh yakin. Jika berlaku sebaliknya,
berkemungkinan akan berlaku cakap tak serupa bikin. Tak heranlah
akhirnya teknik mengambil buah akan beransur-ansur berubah.
Paling malang buah-buah tersebut terpaksa dilenyapkan semata-
mata tiada kemampuan membuat buah dengan sempurna.
Faktor keempat erat kaitannya dengan kepimpinan PA
selepas Ustaz Hanafi. Ramai antara Jurulatih lama yang pandai-
pandai mengubah sendiri teknik mengambil buah-buah dalam Silat
Cekak. Guru Utama ketika itupun tidak diambil peduli. Pelopor
utamanya, siapalah lagi. Banyak program pelarasan yang dibuatnya
sendiri. Pelbagai teknik buah diubah sesuka hati. Pada satu
programnya yang saya hadiri, saya nampak Guru Persatuan yang
sedia ada ketika ini menjalani program sebagai peserta.
Penerangannya menyakitkan hati saya. Saya protes tapi ditarik ke
tepi. “Biarlah dia membuat pelarasan.” Itulah alasan yang diberi.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
402
Jadinya saya pun buat tak erti. Gasaklah engkau dengan pelarasan
sendiri. Rosak pusaka Hanafi. Saya tetap dengan kaedah yang saya
terima sejak pelarasan zaman Ustaz Hanafi. PA yang menerajui Silat
Cekak ketika itu sangat tidak berpuas hati. Kepada saya pernah
diluahkan kata. Antara lain katanya, “Saya cukup tak puas hati. Satu
hari nanti saya nak suruh dia buat buah dan saya hendak hentak
dengan kepala.” Itulah rintihan apabila buah yang namanya SUDAH,
tidak menurut seninya.
Mungkin ada yang nakal bertanya, atas ukuran apa saya
membuat penilaian. Nak jawab buat apa. Buang masa. Fahaman
saya atas keyakinan berkecimpung lama. Keyakinan saya
berasaskan bahawa saya tidak pernah putus dalam penglibatan Silat
Cekak sekian masa. Dari pelarasan pertama zaman Ustaz hingga
sekarang, tetap bertali arus. Tidak terhenti di mana-mana dan tidak
ternoda di mana-mana. Tambahan pula ketika awal pembukaan
kelas, Ustaz kerap melawat kelas. Turun ke kelas memberi tunjuk
ajar adalah perkara biasa.
Kita juga perlu terima bahawa Silat Cekak tidak dapat
dipisahkan dengan „ilmu dalam‟. Petua-petua dan amalan biasa boleh
dikaitkan dengan disiplin ilmu yang menyentuh soal dalaman. Petua-
petua yang tidak disertai dengan kesungguhan tidak akan memberi
makna kepada si penerima. Bagilah apa jenis petuapun. Bukan
mudah untuk menguasainya tanpa meletakkan keyakinan yang
bersungguh-sungguh. Itu sebabnya setiap penuntut itu akan diuji
terlebih dahulu. Bagi Guru, kesungguhan penuntutnya adalah
menjadi penguji utama sebelum menurunkan sebarang petua.
Terdapat banyak aspek dalam Silat Cekak yang membolehkan guru
melihat dan mengkaji kesungguhan anak muridnya.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
403
Amalan tidur atas kain putih adalah salah satu cara untuk
menguji kesungguhan penuntut. Walaupun jangka masanya pendek,
tapi mendatangkan bebanan kepada mereka yang tidak bersungguh.
Di situ kita boleh buat tapisan. Mereka yang engkar melakukan
arahan, tidak perlu meneruskan pelajaran. Kalau dalam jangka masa
tiga malampun tidak menunjukkan kesungguhan, macam mana
menjalani hari-hari berikutnya belajar pelajaran Silat Cekak. Pasti
kecundang sekerat jalan. Tapi ada yang diuji dengan cara lain. Di
kelas saya sendiri ada penuntut yang dikatakan tidak boleh tidur atas
kain putih tersebut. Bila tidur akan datang makhluk yang
mengacaunya. Penceritaannya pun saya kurang faham. Cuma pada
saya penuntut itu tidak ada kesungguhan. Lebih baik jangan
meneruskan pelajaran daripada saya terus menanggung beban
selaku Jurulatih.
Suruhan agar mandi silat juga merupakan satu ujian yang ada
dalam Silat Cekak. Banyak persoalan dalam bidang ini. Tapi jangan
kita ketepikan pandangan dan pendapat sendiri. Sama ada kita perlu
mandi di waktu pagi atau di waktu malam atau di hari apa atau di
waktu mana, bukan satu persoalan besar. Samalah dengan
perbahasan perlu membuat Qunut atau tidak. Yang pentingnya ialah
bersembahyang Subuh. Berbeza antara orang menunggu Subuh
dengan Subuh yang menunggu orang itu.
Begitu juga dengan mandi silat. Jangan banyak sangat
persoalkan peraturan-peraturan mandi. Jangan persoalkan kenapa
amalan bacaannya tidak dijadikan wirid atau pelbagai persoalan lagi.
Yang pentingnya ialah mandi. Lebih baik seseorang atau ahli silat itu
mandi silat daripada tak mandi silat. Buatlah sungguh-sungguh. Pada
saya konsep mandi juga membawa dua makna besar. Pertamanya
ialah kesungguhan. Kesungguhan ini ada kaitannya dengan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
404
kesempurnaan melakukan perbuatan tersebut. “Kalau nak buat, buat
sungguh-sungguh.” Itulah kata tugas yang sering dinyatakan oleh
Ustaz. Kesempurnaan ini meliputi pilihan hari, pilihan waktu, pilihan
masa, cara menggosok, kawasan gosokan, kaedah menggunakan
tangan dan pelbagai lagi. Jangan lupa juga adab berkain basah. Nak
mandi bukannya senang. Kalau yang mandi jenis mandi kowboy lagi
susah. Ketabahan ini berkaitan pula dengan berkekalan. Biarlah
mandi ini kekal. Kalau tidak setiap hari, sekurang-kurangnya setiap
minggu atau setiap bulan. Jangan sampai pulak ke setiap tahun.
Perbuatan mandi juga memberi makna kepada guru sebagai maklum
balas tentang komitmen dan kesungguhan anak muridnya terhadap
pelajaran yang diberi. Dalam kebanyakan silat, pengamalan ilmu
yang diturunkan oleh guru adalah sebagai kayu pengukur sama ada
guru yang berkenaan akan terus memberikan ilmu-ilmu yang lainnya
atau pun tidak.
Berdasarkan pengalaman saya dengan Ustaz, prinsip ini juga
pernah diamalkan oleh Ustaz. Pernah satu malam Ustaz ingin
menerangkan tentang cara riadah empat anasir. Sebelum
diterangkan maka Ustaz telah bertanya pada penuntut yang
berkumpul ketika itu sama ada telah habis mandi ataupun belum.
Depan Ustaz mana ada yang berani menipu. Mereka yang belum
habis mandi, disuruhnya balik. Tinggallah kami yang telah
menunaikan kewajipan seperti yang diarahkannya mendengar petua
berikutnya daripada Ustaz. Itulah berkat kesungguhan.
Berdasarkan pengalaman juga, untuk mendapatkan petua-
petua dalam silat kita, maka kita juga memerlukan petua untuk
mendapatkan petua-petua dalam Silat Cekak. Petua utamanya ialah
tunjukkan kesungguhan. Bagaimana caranya. Kena usaha sendiri.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
405
Pandai-pandailah mengadun diri agar segala yang dihajati akan
dipenuhi.
Gambar pasukan Demonstrasi Seni Silat Cekak Universiti Teknologi PETRONAS ketika sedang beraksi di Kejohanan Wajadiri Peringkat IPT dan Sekolah pada tahun 2004. Dalam kejohanan ini pasukan-pasukan Seni Silat Cekak dari negeri Perak telah mengungguli hampir dalam semua kategori yang dipertandingkan. Syabas.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
406
MEMBINA KEYAKINAN
Kalau kita mempunyai hala tuju dan pegangan yang mantap,
memudahkan sifat keikhlasan bertapak dalam diri kita. Sama ada
ikhlas atau tidak, orang luar tidak boleh mentafsir. Kita yang lebih
tahu tentang keikhlasan kita. Dan kita juga tidak perlu menyatakan
kepada orang lain bahawa kita bersifat ikhlas. Yang penting ialah kita
tidak menipu diri kita tentang sifat ikhlas yang ada dalam diri kita.
Sifat ikhlas amat penting terutamanya semasa kita menurunkan ilmu
Silat Cekak dalam kalangan penuntut. Pelajaran yang hendak
disampaikan akan lebih „menjadi‟ jika kita bersifat ikhlas. Kalau diri
kita bersifat ikhlas maka secara langsung prasangka buruk pada
orang lain dapat dikurangkan.
Konsep kita „mengajar‟ silat bukannya umpama lilin yang
membakar diri. Lagi lama kita mengajar Silat Cekak maka sepatutnya
lagi hebat dan lagi faham akan pergerakan Silat Cekak.
Kita juga berkeinginan supaya para pesilat yang kita lahirkan
adalah pesilat yang hebat. Tidak timbul soal mereka akan menyaingi
kehebatan kita yang sedia ada. Lagi mereka hebat dalam pergerakan
Silat Cekak maka lagi kita suka. Itu akan memberi kepuasan pada diri
kita kerana kehebatan mereka adalah juga kehebatan kita.
Semuanya hasil usaha pemupukan ilmu yang kita curahkan. Sikap
prasangka buruk dan perasaan curiga pada diri para penuntut akan
lebih terkawal.
Jika ini terjadi maka secara langsung kita boleh membina
keyakinan dalam kalangan pesilat. Banyak cara dapat kita lakukan
untuk memupuk sifat berani. Salah satu caranya adalah melalui ujian.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
407
Dalam kalangan ahli, perkataan ujian lebih dikenali dengan perkataan
test. Dalam tulisan ini, saya ingin menceritakan pengalaman tentang
usaha-usaha yang pernah saya lakukan untuk membina keyakinan
melalui kaedah ujian.
Prinsip membina atau membuat ujian adalah pelbagai. Kita
boleh membina soalan atau gerakan yang tidak membolehkan orang
membuatnya atau menjawabnya. Kita juga boleh berasa puas atau
tidak puas hati kalau soalan yang diberi tidak boleh dijawab atau
dibuat oleh orang lain.
Dalam konteks silat, kalau kita menumbuk, kita boleh
memudahkan penuntut kita membuat jatuhan atau asas atau
tangkisan. Kalau niat tidak membolehkan penuntut kita membuat
tepisan atau jatuhan, juga boleh kita lakukan. Begitu juga dengan
prinsip galakan. Kita boleh memotivasikan penuntut kita dengan
memudahkan mereka membuat gerakan atau kita juga boleh
merendahkan ego atau kebolehan mereka dengan cara
menyusahkan gerakan mereka. Semuanya terpulang pada diri kita.
Apakah tujuan kita mengadakan ujian atau test tersebut. Tetapi pada
saya, bentuk ujian yang dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk
membina keyakinan dalam kalangan penuntut yang mempelajari Silat
Cekak di bawah kepemimpinan kita.
Ujian yang saya lakukan adalah dalam pelbagai bentuk dan
peringkat. Selesai sahaja pelajaran kaedah, saya sendiri bersama
jurulatih yang lain akan menumbuk para penuntut seorang demi
seorang untuk melihat ketangkasan mereka mengambil kaedah. Lagi
mantap tangkisan berdasarkan kaedah maka lebih laju dan keras
penumbuk kita. Jika tersasul, kita akan mulakan kembali penumbuk
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
408
dalam kadar yang lembut dan perlahan. Jangan beri mereka hilang
keyakinan.
Ujian ini juga turut dilakukan setelah selesai buah asas;
sebelum pelajaran buah jatuh diperkenalkan. Para penuntut bukan
sahaja perlu mantap mengambil buah, tapi juga perlu mengingati
kedudukan buah-buah tersebut dalam senarai pelajaran. Ujian juga
berlarutan setelah selesai buah jatuh, sebelum diperkenalkan buah
potong. Akhirnya ujian yang penting ialah menguji penguasaan
secara keseluruhan semua pelajaran yang telah disampaikan kepada
para penuntut.
Pernah pada satu-satu ketika yang tertentu para pengujinya
adalah mereka yang berasal daripada cawangan lain. Tidak timbul
sebarang masalah sebab tidak ada apa yang hendak dibuktikan oleh
para penguji melainkan membuktikan kehebatan para penuntut itu
sendiri menguasai pelajaran yang kita sampaikan.
Kadang kala ujian yang dijalankan adalah sebagai satu usaha
untuk menguji diri kita sendiri dalam keadaan yang sebenarnya.
Ketika kita menumbuk, penuntut perlu membuat buah jatuh. Dalam
pelajaran potong, apabila mereka pula menumbuk maka kita perlu
membuat buah jatuh. Ketika mereka membuat jatuhan pada kita,
kadang kala terasa betapa peritnya pukulan mereka apabila terlajak.
Tapi kita menerima keadaan tersebut yang pastinya bukannya
disengajakan. Kadang kala kita juga berasa sukar untuk membuat
buah jatuh. Penumbuk mereka semacam sahaja dan pernah juga
hinggap di dada. Itu tidak menjadi masalah. Yakinlah, bukan sengaja
mereka berbuat demikian. Perasaan curiga tidak perlu ditimbulkan.
Tak perlulah memarahi dengan kata-kata penumbuk yang tidak betul
atau sebagainya. Hendak dikatakan jatuh maruah kita, juga tidak
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
409
mungkin kerana bak kata pepatah, “ular menyusur akar tak akan
hilang bisanya.”
Sesuai dengan konsep diri kita bukannya lilin yang membakar
diri, kelemahan kita akan mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati
dan lebih berwaspada serta jangan mengambil mudah atas satu-satu
gerak. Menguji buah-buah umum dalam Silat Cekak adalah lebih
mencabar. Apa yang saya praktikkan ialah para pesilat perlu
‟mengalahkan‟ para Jurulatih yang membuat ujian tersebut tanpa
tindak balas daripada Jurulatih secara keterlaluan. Saya dapat lihat
betapa kaedah ini telah menambahkan keyakinan para penuntut silat
yang kita lahirkan. Kalau kita berpegang pada konsep bahawa sekali
Cekak menyerang, pasti menang, maka konsep ini perlu dilatih.
Gerak silat penuntut kita perlu dihabiskan. Kalau niat pukulan pada
gerak mereka, maka habiskan dengan pukulan. Kuat atau perlahan
pukulan tersebut pada kita, nasiblah. Kita sebagai Jurulatih kenalah
tahan sikit. Yang pentingnya gerak mereka ada penghujungnya.
Inilah salah satu daripada keistimewaan Silat Cekak. Mulakan
dengan “A” pasti akan berakhir dengan “Z”. Tak timbul gerak acah-
acah atau gerak yang tiada kesudahannya.
Tapi malangnya dalam ujian sijil sebenarnya, kebebasan ini
selalunya dihadkan. Pergerakan calon tidak habis. Ketika menunggu
serangan daripada Jurulatih, jika para penuntut terlajak pukulannya
maka dianggap cuba memukul atau mencuba Jurulatih dan pelbagai
istilah lagi. Perkatan “hoop-hoop-hoop atau sudah-sudah-sudah atau
cukup-cukup-cukup” akan dijerit-jeritkan kepada mereka yang diuji.
Begitu juga ketika penuntut disuruh menyerang. Kalau Jurulatih
sendiri lemah kerana tidak dapat membuat buah-buah yang tertentu,
silap-silap haribulan, para penuntut yang dimarahi dengan pelbagai
alasan. Termasuk tumbuk tak betul. Sungguh melucukan kerana
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
410
setelah berbulan-bulan berlatih silat maka penumbuk penuntut tetap
tidak betul.
Maka lahirlah perasaan tak puas hati dalam kalangan mereka
yang mengambil ujian. Sekurang-kurangnya tak puas hati kerana
pelbagai tuduhan yang melulu dan tak tentu hala. Kepuasan mereka
terhalang baik ketika menanti serangan atau ketika melakukan
serangan. Motivasi dan keyakinan mereka mungkin meleset. Itu
semuanya gara-gara Jurulatih yang tidak mempunyai kemampuan
sepenuhnya untuk melakukan ujian.
Teringat saya akan peristiwa menguji pesilat untuk ujian Sijil
Rendah di tempat saya. Setelah selesai ujian, beberapa jam
kemudian, kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran bagi
membincangkan bengkak di badan, di kaki atau di tangan.
Kesemuanya tersenyum puas dan menceritakan bagaimana hal itu
terjadi. Tidak timbul soal bermasam muka atau jatuhnya maruah atau
sebagainya yang negatif. Penuntut berpuas hati kerana dapat
menunjukkan kehebatan dan pihak penguji berpuas hati kerana para
penuntut telah dapat menunjukkan kehebatan hakiki. Kedua-dua
pihak menaruh keyakinan dalam konteks yang berlainan.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
411
BERTANGGUH JAWAPAN
Telah saya bincangkan kualiti para penuntut Silat Cekak yang
tamat amat bergantung pada Jurulatih yang melatihnya. Kekuatan
seseorang Jurulatih itu banyak bergantung pada ilmu dan
pengalamannya dalam Silat Cekak. Dikuat pula dengan
kesungguhannya melatih maka penuntut yang dihasilkan setelah
tamat nanti akan berada dalam satu kategori pesilat yang hebat.
Kehebatan penuntut akan lebih terserlah jika Jurulatih juga
memainkan peranan penting bagi melayan semua soalan dan
persoalan yang dikemukakan oleh para penuntut ketika bersama
dengan mereka. Hal ini meliputi ketika berada dalam kelas atau di
luar waktu kelas latihan. Persoalan yang ada pada kalangan
penuntut, jika tidak diselesaikan segera, akan menghantui mereka
dan mengganggu konsentrasi mereka dalam menguasai pergerakan
Silat Cekak sepenuhnya.
Akan tetapi, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hinggakan
terdapatnya jurulatih yang akan menangguh daripada memberi
jawapan pada persoalan yang dikemuka pada satu masa yang tidak
ada kepastian dan ketetapan. Tapi ramai juga yang lupa akan
tanggungjawab memberikan jawapan tersebut. Akibatnya, penuntut
yang bertanya akan menunggu jawapan umpama menunggu buah
yang tak akan jatuh. Hingga tamat silat, jawapan masih belum
diperoleh. Pada kalangan Jurulatih yang agak agresif, Jurulatih
tersebut akan memarahi penuntut yang asyik bertanya dengan
alasan ikut sahaja dan jawapannya akan diberitahu kemudian.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
412
Sama ada seseorang Jurulatih itu dapat memberikan jawapan
secara spontan atau tidak, banyak bergantung pada situasi dan
kategori pembawaan sikap dan nilai seseorang itu. Ada penerangan
yang agak terhad. Ketika buah asas, mustahil baginya menerangkan
tentang pelajaran buah jatuh. Apatah lagi buah potong dan pelajaran-
pelajaran seterusnya. Ada juga Jurulatih yang menangguhkan
jawapan atas persoalan bagi membolehkannya merujuk pada orang
lain. Jika tanggungjawab ini diabaikan, selalunya jawapan yang
sepatutnya diberi kepada penanya akan terlupa dan hal inilah
merupakan salah satu faktor penanya akan berasa tertunggu-tunggu
dan seterusnya tidak berpuas hati.
Ada juga Jurulatih yang tidak melayan persoalan penuntut.
Bukan haknya menjawab. Tapi Jurulatih itu memberi penerangan
betapa persoalan tersebut hanya Guru yang layak menjawabnya.
Namun begitu ada juga Jurulatih yang mengandaikan serba tahu dan
secara spontan memberi jawapan tanpa memikirkan kekeliruan yang
mungkin timbul. Lebih malang lagi apabila terdapatnya Jurulatih yang
suka bercerita dan bercakap tentang sesuatu yang di luar daripada
gerak Silat Cekak kepada penuntut. Ini akan memancing soalan dan
persoalan daripada penuntut.
Ustaz ada mengatakan kepada saya, “Macam mana nak
tabligh kalau diri tak baligh.” Pada fahaman saya, kalau kita hendak
menceritakan suasana atau apa saja tentang sesuatu tempat,
sepatutnya kita telah sampai ke tempat itu terlebih dahulu. Pernah
Ustaz kiaskan, “Macam mana nak cerita tentang Singapore kalau
diripun tak pernah sampai ke sana.”
Teringat akan saya satu peristiwa penjual ubat di pasar
malam. Bagi menarik perhatian ramai, beliau telah mencabut keris
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
413
daripada sarung dan meletakkan keris dan sarung tersusun secara
bersebelahan. Beliau menarik perhatian ramai dengan mengatakan
bahawa keris itu akan memasuki sarungnya secara perlahan-lahan
melalui pengamalan ilmunya. Apa lagi, ramailah orang yang sanggup
menunggu untuk melihat kebenaran kata-katanya. Kata-kata yang
menegaskan kebolehannya yang membolehkan senjata memasuki
sarungnya tanpa dibantu. Agaknya minat pendengar yang semuanya
lelaki untuk terus menunggu, mungkin kerana ada hubung kait
dengan aktiviti harian mereka. Si penjual ubat pula mulalah
menceritakan kelebihan ubat yang dibawanya. Sudah tentu, ubat itu
ada kaitannya dengan senjata masuk sarung. Selesai orang ramai
membeli, selamba saja dia mengambil keris dan memasukkan keris
tersebut dalam sarung berkenaan dan mengemaskan peralatannya.
Orang ramai terpinga-pinga. Sampai ke sudah janji yang diberi pada
para penonton tidak kesampaian.
Jadi, pelbagai watak Jurulatih yang akan dihadapi oleh para
penuntut ketika mengajukan sebarang soalan atau persoalan. Dalam
hal ini, saya berpendapat Guru Utama atau Lembaga-Lembaga yang
ada, perlu berperanan besar untuk mempastikan „wakil‟ guru sentiasa
mempunyai ilmu yang mantap dan maklumat yang kemas kini.
Merekalah golongan pelaksana yang akan menentukan kualiti malah
kuantiti para penuntut Silat Cekak. Jangan biarkan mereka berwatak
seperti tukang jual ubat di pasar malam.
Semasa zaman Ustaz dulu pun konsep bertangguh memberi
jawapan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Penangguhan tersebut
adalah pelbagai. Saya akan berkongsi pengalaman menceritakan
bentuk-bentuk penagguhan yang saya dan rakan-rakan alami
berdasarkan pengalaman kami bersamanya.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
414
Ada satu ketika saya bertanyakan soalan. Ustaz hanya
mendiamkan diri beberapa ketika daripada bercakap. Akhirnya Ustaz
bercakap tapi tidak begitu lancar. Maka Ustaz telah memberhentikan
tajuk perbualan itu dengan mengatakan di lain masa Ustaz akan
menjawab. Menurutnya semacam ada sesuatu sekatan di tekaknya
bagi membolehkannya memberikan jawapan. Tapi di lain waktu
apabila sesuai dengan masa dan situasi, tajuk itu akan
ditimbulkannya kembali.
Kerap juga saya menimbulkan persoalan yang berkaitan
dengan gerak-gerak dalam Silat Cekak. Bukan semuanya Ustaz
memberikan jawapan. “Belajar dulu. Jangan tanya-tanya. Satu masa
nanti akan tahu gunanya.” Itulah antara lain jawapannya terhadap
soalan saya kalau Ustaz tidak ingin memberikan jawapan. Tetapi
apabila sampai masanya baharulah saya faham akan maksud Ustaz.
Persoalan saya ada kaitannya dengan buah Kuntau Kiri, Kuntau Kiri
Gantung dan Kuntau Kanan Gantung. Buah-buah itu tidak ada
pukulan sama ada pada tangan atau pada kaki. Melainkan pada
jatuhnya. Kaedah menghenyak pelipat menjadikan persoalan kepada
saya. Rupa-rupanya kaedah tersebut adalah mukaddimah terpenting
apabila gerak pukulan pada pelipat menjadi amalan. Amat besar
faedahnya ketika pelajaran menengah. Baru saya faham akan
jawapan persoalan tersebut setelah menunggu sekian lama.
Namun begitu ada persoalan yang berkaitan dengan buah-
buah tersebut yang ditanya dan dijawab secara spontan. Ustaz
sendiri yang memberikan soalan dan jawapan. Misalnya, mana
letaknya pukulan pada buah Kuntau Kiri. Ustaz bertanya dan Ustaz
sendiri yang menjawab secara praktikalnya. Ada juga soalan yang
diberikan tapi jawapannya amat lama. Hal ini selalunya ada kaitan
dengan petua-petua. Pernah persoalan tersebut terjawab setelah
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
415
lima belas tahun berlalu. Kadang kala saya lupa akan soalan yang
dikemukakan. Entah bagaimana, terpancul suara daripada Ustaz,
“Tentang soalan engkau dulu........”
Dalam satu-satu majlis yang tidak formal, Ustaz juga akan
menjawab persoalan berdasarkan situasi. Pernah satu ketika sahabat
saya mengemukakan persoalan. Ustaz tidak menjawab secara
spontan. Sebaliknya dia masuk ke dalam bilik dan keluar semula
dengan songkok di kepala. Maka barulah Ustaz menjawab persoalan
tersebut.
Dalam Silat Cekak sendiri kita dilarang menunjukkan
pelajaran yang masih belum tiba masanya pada para penuntut.
Penuntut yang belajar buah asas, dilarang kepada mereka
dipertontonkan buah jatuh. Apatah lagi buah potong. Mustahil sekali
buah serang. Kita tidak melayan soalan mereka jika berkaitan dengan
pelajaran seterusnya. Keadaan ini adalah merupakan peraturan silat
kita yang wajib dipatuhi. Tapi akhirnya persoalan mereka terjawab
juga setelah memenuhi syarat ijazah.
Namun begitu masalah yang wujud dalam kalangan penuntut
ialah persoalan yang dikemukakan kepada Jurulatih yang tidak
terjawab sepanjang hayat mereka bersama Silat Cekak. Inilah yang
menyebabkan para penuntut berasa tidak puas hati dan sentiasa
memendam perasaan. Oleh itu saya berpendapat bahawa para
Jurulatih perlu memperkayakan diri dengan ilmu dan jauhi diri
daripada berperanan sebagai penjual ubat yang saya ceritakan di
atas.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
416
SUASANA
Sebagai salah seorang yang telah lama berkecimpung dalam
alam persilatan Silat Cekak, saya tidak dapat melarikan diri daripada
membuat perbandingan. Perbandingan adalah berdasarkan dulu dan
sekarang dalam konteks Silat Cekak. Saya cuba mengelak diri
daripada membuat kesimpulan tentang mana yang lebih baik.
Sesuatu yang saya anggap baik, kemungkinan besar pada generasi
sekarang adalah dianggap tidak baik. Apa pun, zaman saya telah
berlalu. Cuma yang tinggal adalah kenangan manis atau pahit yang
boleh dikongsi dengan generasi sekarang. Reaksi para pembaca
adalah pelbagai. Ada yang menjadikannya sebagai sempadan, ikutan
atau sebagai cemuhan. Segala-galanya juga bergantung pada tahap
pemikiran yang mereka miliki.
Cuba kita ingat ketika masih di bangku sekolah. Betapa
suasana dalam kelas banyak mempengaruhi gelagat kita untuk
belajar. Guru yang hebat dalam kelas selalunya menekankan faktor
ini. Mereka tidak akan memulakan pengajarannya jika kelas kotor,
papan hitam tidak dibersihkan dan murid-murid tidak bersedia untuk
belajar. Apabila pemikiran pelajar telah ditarik untuk mengikuti
kelasnya maka barulah cikgu itu memulakan pengajaran. Selama
empat puluh minit yang diuntukkan mengajar, digunakan dengan
sepenuhnya bagi mengembangkan bakat murid yang ada. Keadaan
ini mungkin amat berbeza berbanding dengan cikgu yang berada
dalam kelas dan memulakan pengajaran tanpa mempedulikan anak
muridnya atau suasana kelasnya. Kelas penuh dengan sampah kah
atau muridnya tidurkah atau pelbagai kah lagi, jika tidak diambil kira
maka pengajaran yang berlaku bergantung nasib pada penerimanya.
Murid yang berminat sangat dan dapat memberi tumpuan hanya akan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
417
peroleh untung berbanding dengan sikap murid yang sambil lewa.
Hubungan antara cikgu dengan anak muridnya juga tidak mesra atau
mungkin renggang langsung. Mengajar umpama melepaskan batuk
di tangga. Dalam tulisan kali ini saya cuba menyentuh tentang faktor
suasana yang sangat mempengaruhi tindak tanduk ahli-ahli Silat
Cekak terutamanya ketika masih berada dalam Silat Cekak.
Suasana dapat dikaitkan dengan latar. Latar terbahagi kepada
beberapa aspek iaitu latar masa, latar tempat, latar ahli dan pelbagai
jenis latar lagi. Latar atau suasana ini sangat mempengaruhi setiap
ahli yang menuntut Silat Cekak. Perbincangan saya tentunya
menyingkap atas pengalaman saya sendiri. Pembaca bolehlah
membuat perbandingan dengan apa yang ada dan dengan apa yang
dialami.
Semasa saya muda-muda dulu, sebelum mempelajari Silat
Cekak, latar masyarakat kita amat mementingkan silat. Banyak
gelanggang silat di merata-rata kampung. Hinggakan majlis
persandingan tidak dianggap sah tanpa ada pertunjukan silat. Ketika
ada perayaan-perayaan khas di peringkat negeri atau kebangsaan,
pertunjukan silat akan diketengahkan. Malah, perayaan di peringkat
daerah juga akan ditunjukkan permainan silat. Saya pernah melihat
guru-guru silat yang berlainan aliran beradu silat sesama mereka
dalam bentuk mainan atau bunga silat.
Di pusat pengajian tinggi, perkembangan silat sebagai salah
satu cabang seni sangat digalakkan. Malah universiti Sains Malaysia
pernah menganjurkan satu seminar tentang silat-silat Melayu dalam
tahun tujuh puluhan. Ustaz juga pernah membentangkan kertas kerja
tentang Silat Cekak. Oleh sebab pemikirannya adalah berada di luar
kotak pemikiran yang sedia ada, pendapatnya diserang dengan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
418
hebat. Beliau dicap dengan pelbagai cap termasuk cap golongan kiri
dalam konteks silat Melayu.
Ketika itu Silat Gayung dan Silat Lincah memainkan peranan
penting mencorakkan suasana persilatan di negara kita. Pertunjukan
mereka dikatakan menggerunkan dan mendapat sambutan hebat
dalam kalangan masyarakat. Apabila Silat Cekak muncul,
kemunculannya menambahkan satu lagi pesaing silat dalam tanah
air. Kemudian muncul populariti silat Gayung Fatani. Kemunculan
silat-silat itu menjadikan keempat-empat silat Melayu tersebut amat
terkenal dan bersaing pengaruh sesama mereka. Hal ini demikian
kerana pendaftaran silat-silat itu adalah di tahap kebangsaan. Di
samping itu nama-nama persilatan Sendeng, Lintau, Lian dan
pukulan adalah tidak kurang hebatnya. Terdapat juga serpihan-
serpihan silat yang muncul akibat perpecahan yang ada. Apabila
diadakan pertandingan silat di peringkat kebangsaan, muncul nama-
nama silat baru. Generasi dulu tak akan lupa tentang nama Silat
Rancak. Macam-macam peristiwa ada dalamnya.
Persaingan populariti sesama silat, menimbulkan suasana
yang positif dalam kalangan masyarakat. Perhatian masyarakat
ditarik supaya berminat dengan silat. Ramai yang mempelajari silat.
Di kampung-kampung terutamanya, silat tumbuh bagaikan
cendawan. Berdasarkan senarai nama-nama persilatan yang
berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, bilangan silat hampir
mencecah ribuan. Pengenalan silat tersebut dalam pelbagai nama.
Ada nama silat tersebut yang menggerunkan juga.
Kemunculan Silat Cekak disaingi oleh Silat Kalimah. Timbul
polimik sesama mereka. Polimik ini ekoran konvensyen silat yang
dianjurkan oleh USM. Publisitinya meluas kerana surat khabar dan
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
419
majalah juga turut serta. Minda masyarakat ditarik untuk mengikuti
perkembangan Silat Cekak dan Silat Kalimah. Ada silat yang
mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Silat Cekak dengan cara
ditemukan dengan Silat Kalimah dalam satu majlis. Strategi Ustaz
telah mengena. Usaha silat berkenaan telah gagal. Sekali gus nama
Silat Cekak terus menjulang dalam kalangan masyarakat.
Suasana persaingan ini juga telah menarik perhatian saya.
Saya juga inginkan kepastian atas kebenaran Silat Cekak sebagai
silat yang hebat. Saya cuba mencari bukti. Kecenderongan mencari
bukti itulah yang menyebabkan saya terjurumus dalam kancah
persilatan Silat Cekak. Nampaknya segala-galanya berpunca kerana
wujudnya suasana yang membolehkan masyarakat, termasuk diri kita
berbincang dan seterusnya berminat dengan silat.
Setiap ahli silat dalam apa jenis persilatan akan membuktikan
bahawa silatnya adalah lebih baik berbanding dengan silat-silat
Melayu yang ada. Mereka mencari-cari idola yang ada dalam silatnya
untuk dimegahkan sebagai pendekar yang hebat dan boleh
dibanggakan.
Dalam Silat Cekak sendiri terdapat beberapa tokoh yang
dapat diketengahkan sebagai idola dalam Silat Cekak ketika itu.
Kehebatan mereka dikagumi dan kerap kali disebut-sebut. Mereka
semakin popular apabila dihubungkan dengan sengketa ketentuan
dengan silat lain di satu ketika. Itulah kenyataan yang ada ketika itu di
suatu masa yang telah berlalu. Tentu banyak individu yang dapat
dinyatakan kerana kita sendiri berada bersama mereka. Minta maaf
kalau tak tersebut nama.
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
420
Ketika itu juga, kehebatan mereka diwar-warkan sesama ahli. Guru
yang ada tak marah dan tidak berkecil hati. “Ular menyusur akar tak
akan hilang bisanya.” Suasana ini amat memberangsangkan minat
ahli dalam Silat Cekak. Timbul minat yang membara dalam kalangan
mereka betapa kehebatan tokoh-tokoh tersebut perlu juga diwarisi
oleh diri mereka yang ada. Kerana minat untuk mewarisi kehebatan
ilmu yang ada dalam Silat Cekak, maka wujudlah dua keadaan dalam
setiap kelas yang ada.
Pertamanya dalam setiap kelas latihan, usaha-usaha
memantapkan pelajaran Silat Cekak sangat diambil berat. Latihan
dilakukan dengan bersungguh hati. Cawangan saya juga tidak
ketinggalan. Jika masa yang diuntukkan untuk latihan adalah selama
dua jam mulai lapan malam, maka pengisiannya terpenuh tanpa ada
sifat ponteng. Semuanya serius menjalani latihan.
Keduanya, perbincangan dalam kelas-kelas latihan lebih
banyak menyentuh kelebihan-kelebihan yang ada dalam Silat Cekak.
Ketika itu semua silat Melayu cuba menonjolkan kelebihan mereka.
Maka adalah menjadi satu tanggungjawab pada para Jurulatih Silat
Cekak ketika itu untuk menonjolkan pula kelebihan yang ada dalam
Silat Cekak dalam kalangan ahli-ahli silat yang baru menceburi Silat
Cekak. Banyak kelebihan yang ada dalam Silat Cekak. Tumbuk tak
nampak, kena tumbuk tak sakit atau tak bengkak, langkah selamat,
senaman empat anasir, konsep peluru berpandu, calit kapur dan
banyak lagi kelebihan Silat Cekak yang telah diwar-warkan dalam
kalangan ahli.
Minat ahli untuk mendalaminya memuncak. Secara langsung
wujud daya penggerak dalam kalangan ahli untuk terus menyungkil
ilmu-ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Secara langsung juga minat
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
421
untuk mendalami Silat Cekak telah menyebabkan mereka rajin
bertanya. Setiap pertanyaan ada jawapannya. Ketika itu juga,
generasi selepas saya masih meneruskan tradisi menambah ilmu.
Selepas Ustaz meninggalkan dunia, pada tahap awal
perkembangan Silat Cekak di bawah PA, semua aspek berjalan
lancar. Keakraban ahli Silat Cekak tetap utuh. Tradisi mencari dan
menambah ilmu tetap berterusan. Cawangan saya menerima banyak
lawatan sama ada secara formal atau tidak formal. Secara formal
melibatkan kunjungan rasmi cawangan atau pusat latihan lain.
Secara tak formal melibatkan individu yang berkunjung ke kelas saya.
Mereka turun ke kelas mengikuti latihan bagi merasai suasana latihan
yang berbeza. Banyak yang ditanya dan banyak yang dipelajari
secara berkongsi pengalaman. Ketika itu tradisi mencari ilmu Silat
Cekak begitu hebat sekali.
Suasana sekarang mungkin agak berbeza. Ramai yang
pandai-pandai belaka. Minat mencari ilmu semakin cetek. Tapi kita
tak boleh salahkan mereka. Pasport utama perlu ada. Kata laluannya
ialah „geng mana‟. Orang yang kaya ilmunya dalam zaman Ustaz
Hanafi boleh ternafi kebolehannya jika berlainan faham atau
berlainan geng. Pada hal tokoh-tokoh itu juga berlandaskan ilmu
daripada Ustaz Hanafi. Setiap mereka ada kebolehan dan ada
keistimewaannya. Mana boleh kita ketepikan begitu sahaja. Pendapat
aje.
Tapi amat mustahil jika puak CM sanggup bertanyakan ilmu
dengan puak-puak CH. Maka apabila CH juga berpecah dua, mana
mungkin pertanyaan diajukan pada mereka yang berlainan faham
dan berlainan pegangan berlandaskan persatuan yang ada. Semakin
kuranglah budaya mencari ilmu Silat Cekak dek kerana suasana
Sepak Minang Artikel Umum 2007 - 2010
422
sengketa yang sedia ada. Masa banyak terbuang kerana menyusun
strategi mengembangkan sayap persatuan. Bandingan sesama
persatuan bukan lagi berdasarkan kelebihan silat yang ada.
Sebaliknya bandingan yang wujud berdasarkan kebolehan
penyebaran Silat Cekak dalam kawasan yang Silat Cekak sedia ada.
Berlumba-lumbalah mereka mencari pengaruh untuk menonjolkan
persatuan sendiri. Bukannya berusaha dan berlumba-lumba untuk
menguasai ilmu Silat Cekak yang sedia ada.
Kadang kala saya terfikir sejenak. Mana mungkin penuntut
sekarang boleh mencari ilmu Silat Cekak yang ada. Persoalan
tentang silat tidak banyak bermain di kepala dan persoalan ini
semakin kurang disogokkan oleh Jurulatih yang ada. Oleh itu mereka
tak tahu apa nak tanya. Itulah kata-kata yang dilafazkan mereka.
Saya hanya mendengar sahaja.
Saya bersedia berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.
Semestinyalah kefahaman saya tersebut berdasarkan tafsiran saya
atas apa yang saya ada dan saya terima. Bukan semua boleh
menerimanya. Pada saya, itu bukan tugas utama. Orang bertanya
maka saya bercerita. Faham ke, nak terima ke, itu tugas hang pa.
Sekian setakat ini.
Berjumpa lagi di Edisi seterusnya
Sepak Minang
423
Biografi Pengarang
Dato' Mohd Rauhi bin Mohd Isa
merupakan seorang Pengamal
Seni Silat Cekak yang telah terlibat
secara langsung dengan
Perguruan ini sejak tahun 1974
sewaktu beliau sedang menuntut
di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Beliau dilantik sebagai Jurulatih
Seni Silat Cekak pada tahun 1976,
disusuli dengan pelantikan beliau
sebagai Penyelia Kelas Seni Silat
Cekak Ipoh pada tahun 1977.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pelajaran dan Tatatertib
(LPT).
Dalam konteks persatuan, Dato’ Mohd Rauhi adalah merupakan Ahli
Jawatankuasa Pusat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi tahun
1977-1979. Bermula dari tahun 1977 beliau menyandang jawatan
Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Negeri Perak sehingga
tahun 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat
Tertinggi.
Kini beliau banyak menumpukan usahanya menggerakkan Seni Silat
Cekak menerusi bidang penulisan melalui pendekatan perkongsian
pengalaman dan pengalamiannya dalam Seni Silat Cekak. Penulisan
beliau boleh dibaca menerusi Blog Sepak Minang
(http://sepakminang.blogspot.my/), Blog Lading Emas
(https://ladingemas.wordpress.com/) dan Blog Seni Gedang
(https://senigedang.wordpress.com/). Beliau turut telah menerbitkan
tiga (3) buah buku hasil koleksi daripada penulisan-penulisan beliau
di blog yang dinyatakan iaitu Sepak Minang, Lading Emas dan Masak
Gerak.
Sepak Minang
424
Koleksi Buku-Buku
Karya
Dato’ Mohd Rauhi Mohd Isa
‘Untuk tempahan pembelian sila hubungi Saudara Aziz Zafran di
talian +6 019-556 7727 atau e-mel [email protected].
Sepak Minang
425