seram dowh
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 seram dowh
1/51
HANTU TALI GANTUNG MENGGANGU PENDUDUK KAMPUNG
Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang
Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan
Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pastimenyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya
akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun
orang tidak kira waktu.
Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat
rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. Kalau tak
cepat pungut, habislah pagi esok kata Bang Akob dalam hati. Sambil
menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada
dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok
tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya.
Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang
perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok
dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah
banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti
bertambah, fikirnya.
Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan.
Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian
panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya.
Bagaimanapun sesampai saja di pangkal sebatang durian berhampiran tanah
perkuburan itu, Bang Akob terkejut. Eh, dah datang pun dianasib baik aku
sudah habis punguttak dapatlah dia, bisik hati Bang Akob sebaik saja dia
ternampak satu lembaga di tepi dusunnya.
Fasal apa dia menuju ke kubur pula? Kata Bang Akob kehairanan. Bang
Akob bergerak menyusur ke penjuru tanahnya. Kemudian dia
menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok besar. Lembaga itu
bergerak perlahan sambil menarik seutas tali bubut kira-kira dua depa
panjangnya. Tanpa membuang masa Bang Akob menyuluh. Suluhannya
tepat ke wajah lembaga itu. Sekali lagi Bang Akob terkejut apabila wajah
lembaga itu menyerupai orang yang dikenalinya.
-
8/4/2019 seram dowh
2/51
Eh, aku kenal bisik hati Bang Akob. Pak Misan! Bang Akob melaung
sekuat-kuatnya memanggil Pak Misan, orang tua kampung yang sering
menjadi temannya berbual.
Bagi penduduk Kampung Pandan Seri, Pak Misan adalah seorang tokoh. Dia
terkenal pendekarnya. Selain itu, dia juga tempat penduduk lelaki meminta
ubat untuk menguatkan tenaga tertentu.
Tiada sebarang jawapan daripada lembaga itu. Ia berjalan terus sambil
mengheret tali bubut. Tidak beberapa minit satu kejadian mengejutkan Bang
Akob. Sebaik-baik saja dia membongkok memungut durian dan kemudian
tegak semula, lembaga berwajah Pak Misan hilang dalam gelap malam itu.
Puas juga Bang Akob menyuluh di setiap penjuru dusun duriannya, namun
lembaga itu tetap tidak kelihatan lagi. Bang Akob melaung memanggil Pak
Misan tetapi tidak ada sebarang jawapan. Dia mula takut. Angin bertiup
lebih kencang. Daun-daun berguguran. Kilat memancar sekali-sekala. Bunyi
burung hantu di kejauhan menambahkan seram suasana ketika itu.
Bang Akob betul-betul ketakutan. Dia tidak mempedulikan lagi durian yang
gugur. Apa yang ada di bakulnya, itu saja yang dibawa pulang ke pondok.
Langkahnya begitu cepat. Hatinya bertanya sendiri: mengapa Pak Misan
merayau di tanah kubur pada tengah-tengah malam begini?
Menjelang subuh, Bang Akob pulang ke rumah membawa durian yang penuh
sarat di dalam bakul di belakang motosikalnya.
Sebaik saja sampai di kepala simpang, Bang Akob terkejut besar ramai
penduduk berkumpul di situ. Sebuah Land Rover hitam juga ada di situ.
Eh apa halnya? Tanya Bang Akob apabila ternampak kaki orang terjulur
dari belakang Land Rover hitam itu.
Pagi itu Kampung Pandan Seri gempar secara tiba-tiba. Seorang penduduk,
Mat Jami menemui mayat Pak Misan terlentang di bangsal di belakang
rumahnya. Terpandang saja mayat itu, Mat Jami patah balik ke masjid. Dia
ingin memberitahu jemaah masjid yang belum pulang selepas menunaikan
-
8/4/2019 seram dowh
3/51
solat subuh.
Ketua kampung dan Pak Imam masih di masjid. Mereka dan beberapa
jemaah terkejut dengan berita yang dibawa Mat Jami. Tanpa membuang
masa, mereka beredar ke rumah Pak Misan, Pak Misan sudah kaku di tepibangsal. Mayatnya dikerumuni semut halus.
Eh, apa hal Pak Misan memegang tali? Tanya Pak Imam. Semua yang ada
menerpa menghampiri mayat Pak Misan. Soalan itu tidak berjawab. Tidak
ada seorang pun di situ yang tahu mengapa seutas tali bubut panjang dua
depa itu ada di sisi Pak Misan.
Kemaskan rumah Pak Misan, arah Tuk Ketua Kampung. Seorang pergi
beritahu polis.
Beberapa orang segera naik ke rumah Pak Misan. Pintu depan dan semua
tingkap rumah itu terbuka. Mereka mengemas di sana sini dan membentang
tikar tempat Pak Misan dibaringkan nanti.
Kemudian kamu beritahu semua anak Pak Misan, sambung Tuk Ketua
Kampung apabila salah seorang penduduk bersedia dengan motosikalnya
untuk ke balai polis kira-kira lima kilometer dari kampung itu.
Dalam masa yang singkat saja kematian Pak Misan tersebar ke seluruh
kampung. Orang ramai mulai datang kerana ingin melihat keadaan Pak
Misan yang dikatakan misteri itu.
Polis datang dan mengambil mayat Pak Misan untuk dibedah siasat. Orang
kampung terus mengerumuni Land Rover hitam. Ketika itu Bang Akob
sampai dan dia berhenti di situ bersama-sama dengan orang ramai. Di situ
juga dia mendengar cerita mengenai mayat Pak Misan terbujur memegang
seutas tali.
Pak Misan memegang tali? Tanya Bang Akob sendirian. Keanehan itu
timbul kerana dia sendiri terserempak dengang lembaga menyerupai Pak
Misan di kebun durian. Dia juga kelihatan mengheret seutas tali.
Selesai urusan pengkebumian Pak Misan, cerita misteri kematian Pak Misan
-
8/4/2019 seram dowh
4/51
tidak habis di situ. Ia merebak terus. Ramai yang bersimpati dengan arwah
Pak Misan namun ramai juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kisah
timbul ketika Pak Misan masih hidup.
Seminggu selepas kematian Pak Misan, timbul pula kejadian yang lebihburuk. Kampung Pandan Seri ditimpa suasana yang menakutkan. Menjelang
senja saja, terdengar suara terpekik terlolong kononnya terpandang
lembaga mengheret tali berjalan di sekitar rumah Pak Misan. Yang
mendakwa nampak hanya seorang dua, tetapi ceritanya cepat merebak
sampai ke telinga anak remaja dan suri rumah.
Suatu senja, beberapa lelaki agak tua berjalan melintasi rumah arwah Pak
Misan yang tinggal kosong sejak kematiannya. Sebaik saja sampai di depan
rumah itu, mereka ternampak jelas satu lembaga menyerupai Pak Misan.
Sebelum meninggal, di situlah biasanya Pak Misan berdiri menunggu kawan-
kawannya bersama ke masjid.
Hari demi hari, semakin ramai orang terserempak dengan lembaga itu. Yang
anehnya tiap kali bertemu lembaga orang tua itu sedang mengheret tali.
Bukan itu saja,tali bubut itu juga melahirkan satu lagi misteri. Beberapa
orang suri rumah pernah terserempak tali itu berlengkar di depan pintu
rumah.
Kejadian itu sesungguhnya amat menakutkan penduduk Pandan Seri.
Langkah mengatasinya diambil. Tuk Ketua Kampung memanggil anak buah
berkumpul mencari jalan menghilangkan jelmaan itu. Ramai penduduk
kampung bersimpati dengan arwah Pak Misan.Mereka tidak mahu jelmaan
lembaga itu dikaitkan dengan Pak Misan. Sudahlah ketika ada hayatnya dulu
hidup sebatang kara, ditinggal anak dan matinya pula menjadi sedemikian
rupa.
Baiklah, biar saya cuba bercakap dengan lembaga itu, kata Pak Imam
membuat cadangan.
Saya nak ikut Pak Imam, celah seorang ketika berlangsung pertemuan
penduduk di masjid kampung itu.
-
8/4/2019 seram dowh
5/51
Biar saya pergi seorang diri jawab Pak Imam, saya merayu dengan
makhluk halus itu nanti supaya jangan mengganggu penduduk kampung
kita.
Ramai orang tua di kampung itu percaya kononnya ketika hayatnya dulu,
Pak Misan banyak menyimpan ilmu batin, termasuklah ilmu
mempertahankan diri dan penggerun. Banyak makhluk halus
mendampinginya. Akibatnya kehidupan Pak Misan menjadi tidak tenteram,
terutama pada penghujung hayatnya.
Pada usia penghujung enam puluhan, Pak Misan kematian isteri. Dia tinggal
kesepian. Semua anaknya sudah berkeluarga dan tinggal jauh dari rumah
orang tua itu. Akhirnya, kira-kira enam bulan hidup membujang dan
dihimpit pelbagai tekanan perasaan, Pak Misan menyuarakan rasa hati
kepada semua anaknya untuk berkahwin lagi.
Tak boleh ayah kalau ayah mati nanti senang-senang saja janda ayah
dapat harta kami dapat apa?kata anak sulung. Anak yang lain juga
sekata.
Mendengar itu, Pak Misan tunduk saja. Air matanya menitis ke lantai. Betapa
berat mata memandang berat lagi bahu memikul Pak Misan menahan hati
tidak terhingga. Semua anaknya mementingkan diri tanpa memikirkan
keadaan dan perasaan si ayah.
Agak lama juga Pak Misan bergelut dengan perasaan. Rayuan dan pujukan
syaitan tidak putus-putus menyerang Pak Misan. Dengan sedikit iman di
dada dapat juga Pak Misan melawannya, namun sampai bila?
Suatu hari pujukan syaitan bertambah kuat. Ia menabur janji yang indah-
indah dengan syarat Pak Misan mengikut kehendaknya. Pak Misan bergelut
lagi dengan hasutan itu. Akhirnya dia sudah mencapai seutas tali, tetapi dia
masih mampu melawan pujukan itu. Dia rebah di bangsal di belakang
rumah.
Sejak kematian Pak Misan, timbulah pelbagai cerita mengenainya. Ada yang
menamakan jelmaan lembaga itu sebagai hantu tali gantung. Begitu
-
8/4/2019 seram dowh
6/51
buruknya sekali fitnah yang dicipta sesetengah anggota masyarakat
kampung itu.
Assalamualaikum!seru Pak Imam di depan rumah Pak Misan. Tiada
jawapan. Sah ini syaitan ia menyerupai jahatnya syaitan jahanam! kataPak Imam dalam hati. Kemudian dia membaca ayat suci khusus menghalau
syaitan. Sudah Pak Misan sudah meninggal ini bukan dunianya lagi
pergi!
Selesai di situ Pak Imam mengajak beberapa penduduk kampung pergi ke
kubur Pak Misan. Mereka membaca Al-Fatihah dan Yasin di samping
memohon doa agar roh Pak Misan sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah. -
Amin.
Menempah Bilik di Neraka Sebelum MatiKisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas (basmini) untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya
walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaiangadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripadapandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg
dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamuberpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawaboleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakahkamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghirisperasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orangtua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkansebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa
-
8/4/2019 seram dowh
7/51
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebutsangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadisyang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgnlebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan
para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidaksedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa
nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itutelah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-
sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yangmenggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada
mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam
seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayattersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir
melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.
Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis
Apabila disebut sahaja perkataan polis, apakah yang terbayang di fikiran
anda ? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk
membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform
ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti
yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan
diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ?
Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit
perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini.
Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul
Karim
-
8/4/2019 seram dowh
8/51
Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku
menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar
biasa berlaku di hadapan mata saya.
Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah
yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang
berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi
tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup
manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati
yang seronok
Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah
swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut
diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah
dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat
kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.
Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah.
Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan
seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus
terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya,
benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah
Allahyarham.
Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah
seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.
Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah
kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera
terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan
jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan
jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang
menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.
Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah
kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan
tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada
-
8/4/2019 seram dowh
9/51
sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-
rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah.
Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang
mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitusekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.
Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan
kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang
seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah,
bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.
Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan
Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah
sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka
membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis
digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.
Arwah tidak pernah berkata tidak bagi setiap orang yang meminta
pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 3 pagi. Dikejutkan pada
waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara
biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka
yang manis.
Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai
mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta
bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka
dengan hati yang gembira.
Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah
lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan
pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat.
Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan
orang.
Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja
orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam
tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka
-
8/4/2019 seram dowh
10/51
tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang
memerlukan pertolongannya.
Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang
ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakanjika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak
atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi
membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga
bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya
kepada orang lain.
Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak.
Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.
Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun
sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-
anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti
dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban
itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah
berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.
Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan
saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua
penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah
iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku
ke atas jenazah Arwah ?
Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan
menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah
pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai
pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri
saya.
Komen Saya : Muhammad, Kedah2U.com
Daripada kisah ini, ternyata tidak semua individu yang menanggung
tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang ini adalah seperti yang
kita sangkakan. Mereka juga seperti kumpulan yang lain, dalam setandan
-
8/4/2019 seram dowh
11/51
pisang, tidak semuanya buruk. Jika anda berada dalam kumpulan yang lain,
janganlah menunding kepada kumpulan yang lain kerana sesiapa yang leka
memerhati orang lain, kebajikan dirinya pasti akan terabai. Yang pastinya,
setiap insan yang diciptakan Allah swt pasti ada kelebihan dan kekurangan
tersendiri, tiada yang sempurna. Hanya terserah kepada diri sendiri untukmengawal hala tuju dan pegangan hidup masing-masing.
MISTERI GUNUNG HITAM YANG BELUM TERUNGKAI
Pandangan Black Mountain ( Gunung Hitam ) dari jauh
Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown,Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang
kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyatakewujudannya penuh dengan misteri.
Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang
membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan
liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.
Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai
http://kedah2u.com/ -
8/4/2019 seram dowh
12/51
peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini. Sayang sekali kerana
belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secarajelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam
akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.
Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telahmelalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya
tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untukmemeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.
Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-
kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya
mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba.Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ketempat lain.
Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedangmengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak
musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac punmengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui
nasibnya.
Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi diajuga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah
yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amatdigeruni.
-
8/4/2019 seram dowh
13/51
Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi
kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawalstesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk
memburu lembu-lembu liar.
Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan
meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.
Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua
orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yangterdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.
Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluardan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.
Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapatmenceritakan apa yang telah dialaminya.
Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat.
Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa
http://kedah2u.com/ -
8/4/2019 seram dowh
14/51
meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung
Hitam.
Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salahsebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang
menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum
ini.
Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutandiupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita
padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.
Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan
menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk LiveCamera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.
Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat,tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya.
Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalamoperasi itu.
http://kedah2u.com/ -
8/4/2019 seram dowh
15/51
Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-
mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan keranatiada sebarang cahaya.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih
berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut danmenyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang
sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.
Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itudiikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat
yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk
memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucukpistol automatik.
Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi
semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itusudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.
Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima
rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.
" Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruhkawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin
dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakintidak selesa dan gementar "
" Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan
ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongakuntuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang
seakan-akan najis "
" Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam
kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang seringsaya temui di sekitar Gunung Hitam "
" Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembakke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramatsangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya "
" Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku
seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang sayaditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. "
-
8/4/2019 seram dowh
16/51
Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes
kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekalmenjadi tanda tanya. Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang
Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yangkejadian itu yang agak lama.
Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentangGunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang
mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya
Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.
Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam
itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang
bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.
Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu,
bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itutelah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya
sendiri.
Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan
http://kedah2u.com/ -
8/4/2019 seram dowh
17/51
kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-
batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepasdipanah petir.
Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam
terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yangberebutkan seorang gadis.
Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batubesar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbunitulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.
Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitamtelah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuhkaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.
Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhanitulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu.
Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulitputih juga akan turut menerima padah !
KISAH BENAR DARIPADA SEORANG PEROGOL
Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja
di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga
sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan,
http://19shadow.com/ -
8/4/2019 seram dowh
18/51
menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.
Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat
untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agaktersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap
dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah
dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa
Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi
semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan
hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis
itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah swt membantunya di saat itu.
Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat
mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis
itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika
berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10
minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol
yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit
putih yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis
itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah
perogol bersiri yang amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak
menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan
sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu
ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran
-
8/4/2019 seram dowh
19/51
polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain.
Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though youknow that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam
tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?
Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking
with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki
muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan
seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu
kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya
jumpai lebih dahulu
Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah
berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun
bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu
kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga
kerana berkat bacaan ayat Kursi.
Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
http://19shadow.com/ -
8/4/2019 seram dowh
20/51
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua
cara
KesimpulannyaJika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala
larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan
sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang
ditetapkan oleh Allah.
Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha
Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin
melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke
atasnya.
Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua
malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah
malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa
ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin
Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak
diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan
diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita
mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?
Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita
kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di
dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-
dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati
Janji.
Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
-
8/4/2019 seram dowh
21/51
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya
Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan
kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk
Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya
Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan
hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya
dan hartanya
Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR
"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami
kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak?
Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali
kubur di Bakri, Muar, Johor.
"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya
berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang kekepala.
Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,
overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar
sambil memikul cangkul dan botol airnya.
-
8/4/2019 seram dowh
22/51
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya
termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.
Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makinmendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal
Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita
tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si
mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau
bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur
dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu
terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah
badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ?
Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking
datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita
seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda
saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas
dan mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan
dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala
kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa
yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan
engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya
kena tangkap, bukannya boleh mati ...
-
8/4/2019 seram dowh
23/51
Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita
orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa
nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun danterjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali
sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai
persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian
sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah,
lailahaillallah...
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau
tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-
betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan
segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang
di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran
dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.
Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada
malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa
saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya
memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh,
tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam
-
8/4/2019 seram dowh
24/51
dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisitanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi
itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak
mengalir.
GGGRRRRUUUMMM...
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya
menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada
tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke
tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia
sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di
kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak
dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus
dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu
ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-
RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
-
8/4/2019 seram dowh
25/51
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu
disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran
pula tulang-temulang patah !
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang
Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh
orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya.
Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.
Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila
mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah
berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan
angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan
telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam
seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam
yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis,
namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,
panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya
masak.
"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga
itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai
hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu
membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam
besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi
panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit
menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda
-
8/4/2019 seram dowh
26/51
gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai
dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku
kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besipanas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu
yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam
hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang
lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan
terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-
goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak
Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar
beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta
mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama
mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang
diri.
"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau
tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan
baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang
telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan
penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan
-
8/4/2019 seram dowh
27/51
menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga
dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka
berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu.Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan
syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah
saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu
adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi
semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang
benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu
benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur
...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan
mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN
SAKA BERSAMA MAYAT BERHANTU DARI LAUT
HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkanbulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak
tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang
sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan
ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut
memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang
saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur
30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak
ke situ. Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat
tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macammayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri
daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan
jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil
membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca.
Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami,
maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang
-
8/4/2019 seram dowh
28/51
dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah
tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini
semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut sertakerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang
dipanggil satu jenazah. "Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya
tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut
bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan
kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke
kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan
jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah
dikebumikan. "Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata
penggali kubur tersebut. "Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada
sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk
mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan
serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau benda itu. Namun saya
tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu
saya berperang dengannya. Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami
sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya
juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka.
Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu
ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi
meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat
Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya
berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi
saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk
sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu
cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif.
Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan
mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat
sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-
ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu
sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir
terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak.
Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk
-
8/4/2019 seram dowh
29/51
apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya
gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat
berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang
saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak
berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu
telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup
penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh mayat
berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada
di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah
pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu.
Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan.
Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada
yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah,
ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu
memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis
menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada
menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana
menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui
berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut
pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki
berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah
dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan
separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua
bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam
air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita
yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah
dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan.
Penghuni Misteri di Gunung Jerai
lagenda gunung jerai kedah
-
8/4/2019 seram dowh
30/51
Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak
gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji
Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncakgunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.
''Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? ''
Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padangyang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak
gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.
En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di
situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliauterlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.
Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak
gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yangbertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. '' Tolonglah
bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,'' pinta Rasidah lagi.
En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali
difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.
Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah
perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana
dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.
Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu.Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau
menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.
''Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah,
bang'' rayu Rasidah, tinggi suaranya.
Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segerabeliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka
berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorangdaripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada
pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukanmereka bukan orang bunian !
''Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malamni. Puteri dah janji dengan tok wan,'' kata Rasidah lagi.
-
8/4/2019 seram dowh
31/51
Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-
gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?
Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutanitu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang
yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kalajengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.
''Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatangtu. Puteri pun ada !'' jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa anehdengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?
Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orangmeniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima.
''Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! '' beliau terpaku. Siapa yang bercakap ?Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang,
fikirnya berulang.
''Sayalah Puteri Delima !'' kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis
yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudiandia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ''Ehh ehheeee! Ehh
ehheeee ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! ''kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.
En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok
Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah
dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.
Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut adaberjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu
juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yangdimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua
dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa inibaru berlaku dua tiga tahun lepas.
Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan
orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasanair terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.
Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air
terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk kekawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alamghaib.
-
8/4/2019 seram dowh
32/51
Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka.
Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda danpemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk
halus ini.
Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan danakhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan
rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.
En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau dipuncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tuabunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di
situ.
Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yangdikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada
seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu.Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut
kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.
''Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan
ni,''kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari,usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah
pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.
Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari.
Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasanair terjun tadi.
Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui
dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakandiserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan
pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apasebenarnya yang telah terjadi ?
En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian keranasebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu,
pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudiantiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ?
Mesti ada sebab yang lain.
En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasanair terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknyaperkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia
-
8/4/2019 seram dowh
33/51
adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu
diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia.Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.
Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat
lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cubamenyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan
lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.
Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istanaitu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian.En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan
perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alambunian dan terus lenyap.
Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian
tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatangbuas, tapi Ramli kurang setuju. Ini kerja bunian, berkali-kali dikatakan
begitu.
Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya
jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan.Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan
menimpa.
''kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik,
diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampungbunian '' pesan En.Ramli.
Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik.
Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli,mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan
kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu.En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.
Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasaberhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu
dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ''hati-hati. Jangan main-maindengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ''
-
8/4/2019 seram dowh
34/51
En.Ramli menunjukkan tempat di mana perkampungan bunian dipercayai
berada (anak panah)Koleksi Pengalaman En.Muhammad
Selain bertugas sambilan selaku Ketua Unit ICT di Kedah2U, En.Muhammad
juga seringdiburu oleh pihak-pihak yang kenal dengannya atau diperkenalkan oleh
rakan-rakannya
untuk membantu dalam masalah yang berkaitan paranormal.
Tetapi En.Muhammad terlalu jarang menerima permintaan dan akanmengesyorkan pengamal perubatan yang lain. Dan En.Muhammad juga
sering menegaskan yang beliau bukannya bomoh seperti gelaran yangdiberikan oleh kebanyakan yang mengenalinya.
En.Muhammad hanya mendirikan Solat Hajat, memohon doa dan
menyediakan air penawar atau lain-lain keperluan berkaitan masalah yangdihadapi. Beliau tidak menggunakan peralatan kemenyan, setanggi, beras,
pulut, telur dan lain-lain.
En.Muhammad juga tidak tahu 'menilik' atau 'menengok' dalam sebutanloghat Kedah.
Setiap kali apabila membantu dalam hal paranormal, beliau akan ditanya
soalan-soalanseperti : Apa benda ? Siapa yang buat ? Datang dari mana ? dan
seangkatannya,
-
8/4/2019 seram dowh
35/51
beliau menjawab "saya cuma boleh minta Allah sembuhkan, yang lain-lain
tak tau"
Sebelum menerima permintaan, En.Muhammad terlebih dahulu akanbertanyakan samada pesakit (jika berkaitan individu) telah menjalani
pemeriksaan doktor biasa atau pakar dan disahkan tidak dapat diubatidengan perubatan moden.
Mereka juga akan ditanya samada mereka telah mencuba dengan pakarperubatan atau bomoh yang lain sebelum bertemu beliau. Jika belum, beliauakan meminta mereka berikhtiar melalui orang lain terlebih dahulu dan jika
telah putus harapan, barulah kembali berjumpa beliau untuk diusahakan
Sikap beliau juga menimbulkan kehairanan bukan sahaja di kalanganmereka yang berhajat, malah kami juga. Tetapi En.Muhammad menegaskan
yang beliau tidak suka mengambil tanggungjawab sewenang-wenangnya
atas sebab-sebab tertentu
Walaubagaimanapun, di sini pihak kami ingin berkongsi beberapa kes(perkataan yang selalu digunakan oleh En.Muhammad sendiri) yang pernah
ditangani oleh beliau dan diharap dapat memberi sedikit pengajaran danmanfaat bersama :
Empat Bulan Tidak Dapat Makan (klik sini)Rumah Sewa Berhantu (klik sini)
4 Bulan Tidak Dapat Makan, 1 Bulan Tidak Dapat Minum
( dikarang sendiri oleh En.Muhammad )
http://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#empat-bulan-tak-makanhttp://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#empat-bulan-tak-makanhttp://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#rumah-sewa-berhantuhttp://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#rumah-sewa-berhantuhttp://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#rumah-sewa-berhantuhttp://kedah2u.com.my/angker/muhammad-kedah-darul-aman.html#empat-bulan-tak-makan -
8/4/2019 seram dowh
36/51
Ini adalah keadaan mangsa ketika kali pertama En.Muhammad melawatnya.Air dalam botol-botol itu adalah daripada pelbagai pihak yang merawatnya
sebelum inimaaf, tangan & rambut ditutup bg mjaga aurat & mata ditutup utk
mgelakkan fitnah
Jun 2010 - Ini adalah kes saya yang sukar dilupakan kerana memberi ia
memberi impakyang kuat di sepanjang penglibatan saya dalam kancah paranormal.
Di atas adalah ibu kepada salah seorang sahabat saya yang asalnyamempunyaitubuh yang agak gempal. Namun keadaan berubah pada Mac 2010 apabila
ibunya mengidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapatmenelan makanan dan akan termuntah kembali semua yang disuap apabila
digagahi juga.
Sahabat saya membawa ibunya ke klinik swasta dan seterusnya ke HospitalSultanah
Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Namun, setelah diperiksa oleh beberapadoktor
dan doktor pakar, penyakit ibunya masih tidak dapat dikesan.
Tidak mahu hanya berputus asa dan menyerah kepada takdir, sahabat saya
membawa
-
8/4/2019 seram dowh
37/51
ibunya ke Putra Medical Centre (PMC) untuk diperiksa oleh doktor-doktor
pakar di sana.Tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan, termasuk menjalani ujian Magnetic
ResonanceImaging (MRI) Machine, malangnya masih gagal mengesan punca penyakit
misteri itu.
Magnetic Resonance Imaging (MRI) Machine
Dari segi perubatan moden, ibu sahabat saya disahkan tiada sebarangpenyakit dan doktor-doktor pakar sendiri menyarankan agar sahabat saya
membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan alternatif atau tradisionalsebagai ikhtiar seterusnya
Mereka juga belum pernah menangani kes yang sebegitu dan amat hairan
bagaimana ibunya masih boleh terus hidup walaupun berminggu-minggutidak makan. Tegas pakar-pakar di PMC, biasanya manusia hanya bertahanselama 7 hari tanpa makan.
Setelah gagal mendapat jawapan melalui kaedah sains, sahabat saya dan
ahli keluarganya yang lain mula berikhtiar secara tradisional dan alternatif
pula. Sebut sahaja di mana ada bomoh atau pakar perubatan Islam yangterkenal, mereka akan mencubanya.
Namun usaha mereka bagaikan sia-sia malah keadaan ibu sahabat saya,semakin uzur.
Malah ramai di antara bomoh dan pengamal perubatan Islam yang ditimpamusibah atau
sakit secara tiba-tiba apabila cuba merawat penyakit ibunya. Mereka
-
8/4/2019 seram dowh
38/51
semakin buntu,
kerana hampir 4 bulan berlalu, masih belum menampakkan kesan yangpositif
Kebetulan pada satu malam, saya menelefon sahabat saya itu kerana telah
lama tidak berhubung dengannya. Pada masa itu, barulah saya mendapattahu perihal ibunya yang sedang sakit itu. Saya pun bertanya, kenapa
perkara ini tidak dimaklumkan kepada saya lebih awal untuk saya cubaikhtiarkan ? Jawabnya, dia agak keberatan kerana bimbang saya akanmenerima nasib yang sama seperti bomoh dan pengamal perubatan yanglain.
Saya menegaskan yang dia adalah sahabat saya dan ibunya juga adalahseperti ibu saya. Adakah saya akan membiarkan saja ibu saya menderitahanya kerana takut ?
Keesokannya, saya membatalkan semua urusan dan temujanji, untukmelawat ibunya. Saya cuba sedaya upaya mengawal perasaan, apabila
melihat keadaan ibunya. Apatah lagi apabila saya membayangkanbagaimana jika ibu saya sendiri dalam keadaan itu
Pada masa itu, ibunya telah 4 bulan tidak makan dan lebih teruk lagi apabila
sudah 1 bulan tidak dapat minum pula. Menurut sains, manusia akan matijika hanya 3 hari tidak minum Saya bertekad untuk mengendalikan kes ini
dan terus mendirikan Solat Hajat
Kemudian, saya sediakan sedikit Air Penawar untuk kegunaan sementaradan meminta sahabat saya atau ahli keluarganya yang lain, memberi minum
dan disapukan ke muka serta badan ibunya. Saya akan mendirikan SolatHajat lagi dan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna' lagi selepas
ini dengan izin Allah.
Pelbagai andaian yang diberikan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam
sebelum ini. Tetapi ramai yang mengatakan ibunya terkena buatan orang.Sahabat saya bertanya, apa pandangan saya ? Saya cuma boleh menjawab,
kita cuba minta pada Allah untuk sembuhkan ibunya, yang lainnya, terserah
kepada Allah untuk menentukannya.
Saya juga mengingatkan yang kita tidak boleh menuduh orang sebarangan
tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ianya buatan orang, InsyaAllah, merekaakan menerima padahnya nanti. Yang penting kita perlu ikhtiarkan tentang
keadaan ibunya terlebih dahulu
Saya juga memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, berdasarkan
-
8/4/2019 seram dowh
39/51
pengalaman saya, keadaan ibunya adalah disebabkan ada jin yang
'menghuni' dalam tubuh ibunya. Jin itu sengaja menyekat ibunya daripadamakan dan minum tetapi mengekalkan hayat ibunya supaya tidak mati. Jika
benar ini buatan orang, mungkin mereka mahu mangsa menderita
Keadaan ini hampir serupa dengan orang yang memiliki saka. Contohnyamereka yang membela hantu raya. Tetapi keadaan mereka adalah berlainan
kerana mereka sebenarnya sudah mati. Hanya saka berkenaan yang'menghuni' mayat tuannya sehingga ada waris baru yang sanggupmenerimanya. Keadaan tubuh tuannya adalah seperti mayat, akan bengkak,berbau dan berulat. Tetapi masih bergerak dan makan di waktu malam
Oleh itu, mereka perlu bersedia menerima hakikat bahawa kemungkinanbesar ibunya akan meninggal jika jin tersebut dapat diusir dengan izin Allah.Ini kerana, keajaiban ibunya yang masih hidup tanpa makan dan minum itu,
mungkin dibantu oleh kuasa sihir dari Jin itu Tetapi organ-organ dalam
ibunya mungkin telah rosak teruk akibat ketiadaan zat makanan dan lebihteruk lagi apabila tidak mendapat sumber air yang mencukupi
Sahabat saya dan keluarganya faham dan bersedia meredhakan pemergian
ibunya asalkan penyakit misteri itu dapat disembuhkan. Mereka jugamengakui, memang berat untuk kehilangannya, tetapi lebih tidak sanggup
membiarkan ibunya terus menderita begitu
Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa akan berikhtiar sedaya-upaya dalam memohon kepada Allah supaya ibunya kembali sihat seperti
biasa. Saya meminta mereka juga agar turut sama mendirikan Solat Hajatdan berdoa, lebih-lebih lagi ayah kepada sahabat saya kerana itu adalah
isterinya dan dia lebih afdal mendoakannya.
Apabila pulang ke rumah, saya mendirikan Solat Hajat selama beberapa haridan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna'. Saya juga merayubersungguh-sungguh kepada Allah semoga dapat melihat ibu sahabat saya
itu kembali sihat
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa-doa kami dan ibu sahabat saya semakin
sihat dan boleh meminum sedikit air. Saya amat gembira menerima beritaitu dan mengingatkan mereka agar terus berdoa sehingga dia benar-benarsembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya
Namun, setelah pulih beberapa hari, akhirnya ibu sahabat saya meninggal
juga di Putra Medical Centre (PMC) dan sekali lagi doktor-doktor pakar disitukehairanan kerana semasa pemeriksaan sebelum ini, organ-organ
dalamannya masih elok. Tetapi imbasan terakhir telah menunjukkan yang
-
8/4/2019 seram dowh
40/51
kebanyakkan organ-organ penting telah rosak teruk
Saya terkedu menerima berita itu. Walaupun sahabat saya dan ahli
keluarganya yang lain tidak menyalahkan saya, tetapi saya merasa agakterkilan kerana inilah kes pertama yang berakhir dengan kematian walaupun
ibunya telah sembuh daripada penyakit misteri itu
Selepas balik daripada pengkebumian, perasaan saya terlalu muram sambilmemikirkan, apakah kesilapan saya kali ini ? Saya sedia maklum bahawa iniadalah ketentuan Allah, tetapi atas sebab yang tidak boleh dijelaskan, sayaterus mencari kesilapan saya
Setelah beberapa hari, barulah saya mendapat ilham. ( amaran ! ini adalah'Ijtihad' sayasendiri dan tidak boleh digunapakai oleh orang lain kerana ia akan
melibatkan akidah )
Semasa saya memohon untuk melihat ibunya kembali sihat, saya tidak
nyatakan 'di mana'. Jika Allah putuskan tentukan tempatnya di Akhirat, iamasih tidak menyalahi permohonan tersebut. Saya bertambah kagum
dengan kebijaksanaan Allah dan akur dengan kebodohan saya sendiri.Walaupun Allah telah tentukan Qada dan Qadar, tetapi dalam masa yang
sama, Allah tetap akan menjaga hati hamba-hamba yang amat berharapkepadaNya
( amaran ! tidak boleh digunapakai oleh orang lain kerana ia akanmelibatkan akidah )
Apa yang ingin saya tegaskan adalah, kita mesti berhati-hati dalam
memohon doa. Seperti kisah dua orang yang ditangkap dan akan dikenakanhukum bunuh. Pada malam sebelum hari perbicaraan : Si Jahat, bertaubat
dengan bersungguh-sungguh dan memohon agar terlepas daripadahukuman. Manakala Si Baik begitu yakin dengan dirinya dan hanya sekadarberdoa agar Allah memberikan keputusan yang adil untuknya.
Keputusannya : Si Jahat dilepaskan kerana terdapat keraguan di atas
tuduhan ke atasnya. Ini bermakna Allah menerima taubatnya dan memberi
peluang kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar dan menebuskesilapannya dengan melakukan perkara-perkara yang baik
Manakala Si Baik pula dijatuhi hukuman bunuh kerana pengadilan tidakmemihak kepadanya walaupun hakikatnya dia tidak bersalah. Tetapi,
sebenarnya Si Baik ini pernah membunuh seekor nyamuk sebelum itu danapabila dia berdoa agar diadili seadil-adilnya, maka dia juga layak dikenakan
hukuman bunuh. Di sini Allah ingin mengigatkan kepada kita, jangan
-
8/4/2019 seram dowh
41/51
sesekali berasa diri cukup sempurna dan jangan sesekali merasa selamat
hingga tidak berdoa untuk memohon perlindungan daripada Allah, dalamapa jua keadaan
Berbalik kepada kisah ibu kepada sahabat saya, saya ingin mengajak agar
kita sentiasa memohon perlindungan Allah setiap masa daripada sebarangbahaya samada zahir atau batin. Kita boleh amalkan membaca Ayat Qursi
samada dalam atau selepas setiap Solat fardhu. Dengan izin Allah, kita akanterpelihara daripada sebarang bahaya di antara waktu-waktu Solat Fardhuyang kita lakukan 5 kali sehari semalam.
Dan tidak perlu saya jelaskan panjang lebar tentang kewajipan menunaikan
Solat 5 Waktu dengan sempurna dan menjauhi dosa atau maksiat yangboleh menyebabkan doa kita tidak diterima bahkan akan mengundangmusibah ke atas diri kita samada di dunia atau Akhirat
Al Fatihah
Sudilah tuan/puan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah
Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll
Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah
http://www.kedah2u.us/http://www.kedah2u.us/http://www.kedah2u.us/ -
8/4/2019 seram dowh
42/51
( dikarang sendiri oleh En.Muhammad )
rumah ini telah lama berhantu
Julai 2008 - Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorangpengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu. Itupun
setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai
tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.
Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawarumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di
bilik tidur utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari denganjelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam
rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempattanpa diusik oleh sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak
perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanyaberjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan
misteri di rumah tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua
yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam
-
8/4/2019 seram dowh
43/51
kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah
yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepadabeberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap
disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama 'berpenghuni' danorang yang menyewanya tidak akan lama
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama danada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Mereka juga
menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, dijadikan tempat
pemujaan sebelum taman itu dibina.
pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atasdahannya
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untukmenyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga
sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu(rumah yang disewa itu adalah lot tepi 'corner lot' dan jaraknya hanya
beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut
menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan danmembenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang
dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap 'lepas tangan' dan hanyamenyuruhnya mencari bomoh sahaja.
-
8/4/2019 seram dowh
44/51
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamalperubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta
bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasukirumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan
yang dihadapi semakin 'keras'. Penghuni rumah itu seolah-olah inginmenghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat
kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya
dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu.
( maaf... masih dlm proses... )
Sekian, kisah-kisah yang lain akan saya karangkan nanti jika diizinkan AllahCuma saya minta agar pengalaman-pengalaman saya ini janganlah diheboh-
hebohkan,cukuplah sekadar menjadi pedoman dan pengajaran untuk kita bersama
JELMAAN TIGA GADIS MISTERI DI TASIK MELATI, PERLIS
Destinasi ke Perlis Indera Kayangan, jangan sekali-kali meninggalkan jadual
untuk mengunjungi Tasik Melati. Ia sebuah tasik semula jadi mempunyai
keluasan 6.4 hektar yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar
Kangar.
Kalau berkunjung ke situ bersama keluarga, sebaik-baiknya pada sebelah
petang atau awal pagi. Ketika itu kita dapat melihat panorama yang
sungguh mengasyikkan apabila kabus menyelubungi tasik itu. Ia seakan-
akan berada di sebalik kelambu sutera.
Di situ tersedia kemudahan riadah, lorong untuk berjalan, dan sampan
untuk disewa kepada pengunjung yang suka berkayuh. Ia sesungguhnya
dapat merehatkan otot dan ketegangan fikiran, kerana kedudukannya
terhindar daripada kesibukan lalu lintas dan kebisingan kota.
Di sebalik keindahan alam di Tasik Melati itu, ia juga menyimpan kisah
lagenda menyayat hati yang sebelum ini kurang didedahkan kepada umum.
-
8/4/2019 seram dowh
45/51
Tasik Melati telah wujud lebih seabad yang lalu. Ia Cuma mendapat
perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis
Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta
landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.
Di tasik itu juga mempunyai keunikan tersendiri, kerana di situ mempunyai
150 tasik kecil, seolah-olah menjadi pulau kepada sebuah lautan luas.
Tasik Melati ketika dulu digeruni penduduk berhampiran. Kononnya di situ
terjadi kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman
sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.
Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik.
Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda
sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan
buah dada yang montok dan mekar.
Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila
terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak
sehingga tidak terkawal lagi. Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi
ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.
Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas
dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang
daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir
tasik itu.
Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak
mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas
yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak
gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau
mendapat mangsa.
Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang
secara tiba-tiba, mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan
kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.
-
8/4/2019 seram dowh
46/51
Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan
bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga
gadis itu.
Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadistadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah
tasik.
Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu
sedang bermandi-manda di tengah tasik.
Apabila hari mendung atau hujan panas, terutama sebelah senja selalu
orang nampak ketiga-tiga gadis itu berenang-renang di tasik, dakwa Darini
Abdullah, 32, penjual rojak buah dan air minuman di kawasan letak kereta
tasik itu.
Menurut Darini lagi, penunggu tasik itu seekor ular sawa sebesar satu
pemeluk.
Saya rasa ia hanya jelmaan sahaja. Sebenarnya mungkin jin atau orang
halus menampakkan dirinya seperti ular sawa pada masa tertentu, kata
Darini lagi.
Darini memberitahu lagi, hanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini
barulah orang ramai mengunjungi tasik itu, terutama selepas dibina taman
rekreasi oleh pihak majlis perbandaran. Sebelumnya orang amat takut
melintasi di tepi tasik itu apabila menjelang senja.
Katanya, pernah satu waktu ibunya sendiri tersampuk penunggu ular sawa
di Tasik Melati.
Satu senja emak saya melintasi di tepi tasik itu sambil menyorong basikal
kerana ia penuh dengan barang-barang.
Sampai di rumah emak meracau-racau. Apabila di panggil dukun dia
memberitahu emak melanggar ekor ular sawa dan selepas dukun minta
maaf, barulah emak pulih, katanya.
-
8/4/2019 seram dowh
47/51
Darini yang tinggal di Batu 2 Jalan Datuk Kayaman juga memberitahu,
jika ada pasangan yang membuat kelakuan tidak senonoh di tasik itu, pasti
tersesat sehingga tidak tahu jalan keluar.
Pernah terjadi seoarang pencuri masuk ke kawasan tasik itu denganbarang-barang yang dicurinya. Akhirnya dia berpusing-pusing di kawasan
tasik itu sehingga ditemui orang lalu di situ yang kemudian diserahkan
kepada pihak polis cerita Darini ramah.
Lagenda Lata Kijang, Jelebu, Negeri SembilanDiceritakan Oleh Penduduk-Penduduk Setempat
Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu,
sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagendayang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut
sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasanitu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat
itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut namaKijang lalu berubah kepada nama "Kinjang" hingga kekal namanya sampai
sekarang.
Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan PengerusiJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam
Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpankisah misteri yang sangat unik. " Bila waktu lapang saya bercerita kepada
anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang " kata Tok Batin Husin yangmenyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula
daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.
Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri
dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tuameninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang
untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lataitu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah
kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Diasendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar
daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha.Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang
cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjangkepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.
Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak
kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh
-
8/4/2019 seram dowh
48/51
Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan
tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih bolehdilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.
Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring
memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kakikelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi
batu.
Beliau turut menceritakan kisah