seri kajian minhajul muslim bab 1 pasal 11 iman kepada azab dan nikmat kubur

7
1 | Page PASAL KE SEBELAS: BERIMAN KEPADA AZAB DAN NIKMAT KUBUR MUKADDIMAH Persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas di dalam Islam. Kalau Islam diibaratkan bangunan maka kedudukan akidah adalah bagaikan asas bangunan tersebut. Jika akidah seseorang rusak maka akan musnah semua amalan yang dibangun di atasnya. Atas dasar itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memulai dakwahnya dengan akidah sebelum mengajar syari„at. Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkaitan dengan perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas. MENGENAL ALAM KUBUR ATAU ALAM BARZAKH Sebenarnya istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan (ghalib) kerana setiap manusia yang wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan jenazah menjadi salah satu kewajiban (fardhu kifayah) ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna bagi setiap manusia mesti ada kuburnya. Istilah lain yang ada menurut al-Qur‟an dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta„ala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100: ( ِ ُ ؼِ جْ اسِ ّ ةَ سَ بَ هُ دْ َ ْ اُ َُ ذَ دَ أَ بءَ ا جَ رِ ئ٠ ّ زَ د99 ْ ِ ِ ائَ سَ ْ ِ َ بَ ُ ِ بئَ هَ ُ ٌ خَ َِ بَ ّ ِ ئّ َ ُ ذْ َ شَ ب رَ ٤ِ ب كً ذِ بَ صُ َ ْ ػَ أ٢ِ ّ َ ؼَ ) ( َ ُ ضَ ؼْ جُ٣ ِ ْ َ ٣ ٠ َ ِ ئٌ رَ صْ شَ ث011 ) MANUSIA DI ALAM BARZAKH Manusia terdiri dari jasad dan roh. Terdapat lima bentuk hubungan antara roh dan jasad, Yaitu: 1. Hubungan antara roh dan jasad di dalam rahim ibu (janin). 2. Hubungan keduanya di muka bumi setelah dilahirkan. 3. Hubungan antara keduanya ketika tidur. 4. Hubungan antara keduanya ketika di alam barzakh. 5. Hubungan antara keduanya ketika dibangkitkan dari alam barzakh. Sehubungan dengan hakikat ini, Allah Subhanahu wa Ta„ala telah menjadikan untuk manusia tiga peringkat kehidupan, iaitu: 1. Kehidupan Dunia (roh mengikuti jasad). 2. Kehidupan Barzakh (jasad mengikuti roh). 3. Kehidupan Qarar/akhirat (jasad dan roh merasakan bersama-sama). Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (صذبحخزبس ا) oleh Abu Bakr Al-Razi, makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda. Ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa yang mati maka itu bermakna dia telah masuk ke dalam alam barzakh bagaimana cara kematiannya. AZAB DAN NIKMAT KUBUR BUKAN SUATU YANG MUSTAHIL Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita yakini akan kewujudannya. Malah bukan saja tentang kewujudannya tetapi apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut ialah: 1. Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam mimpi. Demikian sebaliknya bagi orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita ingkari hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan kejadian di alam barzakh akan lebih hebat lagi. 2. Malaikat Jibril 'alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bentuk seorang lelaki. Baginda dapat melihat dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada di sekeliling baginda tidak dapat melihat dan mendengarnya. 3. Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.

Upload: ira-rahmawati-madjid

Post on 20-Jun-2015

367 views

Category:

Economy & Finance


5 download

DESCRIPTION

Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Bab Aqidah, Pasal Iman pada Nikmat dan Adzab kubur

TRANSCRIPT

Page 1: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

1 | P a g e

PASAL KE SEBELAS: BERIMAN KEPADA AZAB DAN NIKMAT KUBUR

MUKADDIMAH

Persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas di dalam Islam. Kalau Islam diibaratkan bangunan

maka kedudukan akidah adalah bagaikan asas bangunan tersebut. Jika akidah seseorang rusak maka akan

musnah semua amalan yang dibangun di atasnya. Atas dasar itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam memulai dakwahnya dengan akidah sebelum mengajar syari„at.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal

wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkaitan dengan perkara ghaib yang tidak mampu

dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

MENGENAL ALAM KUBUR ATAU ALAM BARZAKH

Sebenarnya istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan (ghalib) kerana setiap manusia yang

wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan jenazah menjadi salah satu kewajiban (fardhu

kifayah) ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna bagi setiap manusia mesti ada kuburnya.

Istilah lain yang ada menurut al-Qur‟an dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad)

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam

barzakh. Ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan firman Allah

Subhanahu wa Ta„ala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100:

( سة اسجؼ د هب ا 99دز٠ ئرا جبء أدذ سائ ب هبئ خ ب ل ئ ذ ب رش ذب ك٤ صب ( ؼ٢ أػ

( ٣جؼض (011ثشصر ئ٠ ٣

MANUSIA DI ALAM BARZAKH

Manusia terdiri dari jasad dan roh. Terdapat lima bentuk hubungan antara roh dan jasad, Yaitu:

1. Hubungan antara roh dan jasad di dalam rahim ibu (janin).

2. Hubungan keduanya di muka bumi setelah dilahirkan.

3. Hubungan antara keduanya ketika tidur.

4. Hubungan antara keduanya ketika di alam barzakh.

5. Hubungan antara keduanya ketika dibangkitkan dari alam barzakh.

Sehubungan dengan hakikat ini, Allah Subhanahu wa Ta„ala telah menjadikan untuk manusia tiga

peringkat kehidupan, iaitu:

1. Kehidupan Dunia (roh mengikuti jasad).

2. Kehidupan Barzakh (jasad mengikuti roh).

3. Kehidupan Qarar/akhirat (jasad dan roh merasakan bersama-sama).

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (خزبس اصذبح) oleh Abu Bakr Al-Razi, makna barzakh ialah dinding

pembatas antara dua benda. Ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam

akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa yang mati maka itu

bermakna dia telah masuk ke dalam alam barzakh bagaimana cara kematiannya.

AZAB DAN NIKMAT KUBUR BUKAN SUATU YANG MUSTAHIL

Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita

yakini akan kewujudannya. Malah bukan saja tentang kewujudannya tetapi apa yang dirasakan oleh

rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut ialah:

1. Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi

indah. Ketika bangun jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam

mimpi. Demikian sebaliknya bagi orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya

tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak

mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita ingkari hakikat

kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan kejadian di alam barzakh akan lebih

hebat lagi.

2. Malaikat Jibril 'alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam dalam bentuk seorang lelaki. Baginda dapat melihat dan mendengar ucapannya sedangkan

para sahabat yang berada di sekeliling baginda tidak dapat melihat dan mendengarnya.

3. Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah

umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.

Page 2: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

2 | P a g e

YANG MENGINGKARI AZAB DAN NIKMAT KUBUR

Faham mu‟tazilah, Mereka beranggapan bahwa azab dan nikmat kubur itu tidak rasional dan

bertentangan dengan akal sehat. Mereka beralasan bagaimana manusia akan disiksa dan mendapat

nikmat di dalam kubur padahal ada manusia yang tidak diketahui kuburnya? Bagaimana dengan mereka

yang hancur tubuhnya kerana ledakan bom, dimakan binatang buas dan hangus terbakar?

Pengarang kitab al-Irsyad ila Shahih al-I‟tiqad, Dr. Salih Fauzan Al-Fauzan berkata:

ي ٣ذ ر أ ػزاة. أ ك٠ ؼ٤ بد ٣ ٤ذ ئرا ا ب أ ز أئ خ ت عق األ ز ث د ش ح رجو٠ص اش أ ذ

ؼ ٣ذص أد٤بب ، جذ ثب ص ب رز أ ؼزثخ ، خ أ ؼ جذ لبسهخ ا ؼزاة ثؼذ ا أ ب اؼ٤ .

Golongan Salaf Soleh dan para imamnya berpendapat bahawa seseorang bila wafat akan merasakan

nikmat atau azab. Yang demikian itu akan dialami oleh rohnya dan badannya bersama-sama.

Sesungguhnya roh akan kekal untuk merasakan nikmat atau azab walaupun setelah berpisah dengan

badan kerana roh kadangkala berhubungan dengan badan agar bersama-sama merasakan nikmat atau

siksaan.

DALIL-DALIL ADANYA AZAB DAN NIKMAT DALAM KUBUR

أ٣ذ٣٣زك٠ از٣ لشا الئخ ٣ضشث ج أدثبس رها ػزاة اذش٣ن , ري ثب هذذ ئر رش }

(. – )األلب: { أ هللا ٤ظ ثظل ؼج٤ذ

غ ا٤ رجض ػزاة ا ثب لؿشاد اد الئخ ثبعطا أ٣ذ٣ أخشجا أ ك٢اظب ئر رش ....}

ش رشز ب أز رو ػ٠ هللا ؿ٤ش اذن ز ػ آ٣بر رغزجش , وذ جئزب كشاد ب خوب

ك٤ ششبء وذ روطغ ث٤ ض ػ ب ز أخب ساء ظس ب ش ؼ شلؼبء از٣ صػز

(.٣ – ٣)األؼب: { رضػ

(.)ازثخ: { ػزاة ػظ٤ ئ٠ث شر٤ ص ٣شد عؼز}

(.: 40 )ؿبكش{ شذ اؼزاةأدخا آ كشػ أابس ٣ؼشض ػ٤ب ؿذا ػش٤ب ٣ رو اغبػخ }

)ئثشا٤: { ٣ض هللا اظب٤ ٣لؼ هللا ب ٣شبء ا٥خشحاذ٤بح اذ٤ب ك٠ ك٣٢ضجذ هللا از٣ آا ثبو اضبثذ }

٢)

صبسا ) أ الل د ٣جذا أؿشها كأدخا بسا ك ب خط٤ئبر ح (52

بصش ) از ب وبثش )0أ ا ازبصش (5( دز٠ صسر

ػجبط اث ػ ب ٤ؼزثب : ئ كوب ش ثوجش٣ ع اج٢ ص٠ هللا ػ٤ : أ ب سض٠ هللا ػ ج٤ش ، أ ك٠ ب ٣ؼزثب ل ب ب ك ش٠ ث أدذ ٣ ب ب ا٥خش ك أ ، ج ا ٣خلق ٣غزجشب : ؼ كوب ب صل٤ دػب ثجش٣ذح كشو خ . ص ٤ ب

٣جغب ب ب . ػ

Dari Ibn Abbas radhiallahu 'anh: Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui (melintasi) dua

kubur, lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa

besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil,

sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam meminta pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua lalu

bersabda: “Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum

kering.” [Shahih al-Bukhari – no: 218, Shahih Muslim – no: 292]

ز ـ بس ػ٠ ث ج٠ اج هللا ك٠ دبئط ب سع : ث٤ هب صبثذ سض٠ هللا ػ ص٣ذ ث ػ ؼ ، ئر دبدد ث ذ كـارا و٤ بدد ر أ ك غخ أ خ : أهجش عزخ أ : أـب. هب سج س؟ كوب وج ا ز ٣ؼشف أصذبة : سثؼخ. كوب

برا ك٠ اإلششاى : إلء؟ هب بد ز٠ د هللا .ك رذاكا ، ذػ ل أ ب ، ك س خ رجز٠ ك٠ هج األ ز : ئ كوب

غ وجش از أع ػزاة ا ؼ ٣غ .أ

Daripada Zaid Bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia berkata: Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba

keledainya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat

kuburan, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bertanya:“Siapakah di antara kamu yang mengetahui

penghuni-penghuni kubur ini?” Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi:“Bilakah

mereka mati?” Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda bersabda :

Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini) sedang disiksa di dalam kubur mereka. Andaikata

mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu

siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya.” [Shahih Muslim, Kitab Syurga dan sifatnya dan

nikmatnya dan ahlinya, no: 2867]

Page 3: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

3 | P a g e

ش٣شح سض٠ هللا أث٠ ٤ز ػ ذ األخ٤ش ك ازش : ئرا كشؽ أدذ هب ع اج٢ ص٠ هللا ػ٤ أ ر ثبهلل ػ ؼ

أسثغ : بد ، ا ذ٤ب كزخ ا وجش ، ػزاة ا ػزاة ج ـب غ٤خ اذج .كزخ ا

Daripada Abi Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika salah

seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon

kepada Allah daripada empat perkara: Daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah

hidup serta mati dan daripada fitnah Dajjal.” [Shahih Muslim, Kitab Masjid, no: 588]

٢ ذ٣خ كوبزب د ا ػجض ٣ ػبئشخ هبذ دخذ ػ٢ ػجصا ػ ك٢ هجس وجس ٣ؼزث ا أ ئ

ؼ أ ب زثز ك الل ذ ٣ب سع كو ع ػ٤ ػ٢ اج٢ ص٠ الل دخ ب. كخشجزب ه أصذ أ ئ

شد . كوب ر ػجص٣ ٣ؼزث صذهزب ئ ر ب سأ٣ز ثؼذ ك٢ صلح ئل رؼ ب. ك بئ ج ؼ ا ػزاثب رغ

وجش .ػزاة ا

Daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha katanya: Dua orang wanita tua daripada kalangan wanita tua Yahudi

Madinah telah masuk menemuiku lalu berkata: “Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di

dalam kubur mereka.” 'Aisyah berkata: Aku mendustakan mereka dan tidak percaya pada awalnya. Lalu

mereka keluar dan masuk pula Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemuiku maka akupun

bertanya: “Ya Rasulallah! Dua orang wanita tua Yahudi….” Lalu aku ceritakan apa yang terjadi.Baginda

bersabda: “Benar dia (wanita Yahudi tersebut), sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh

didengar oleh semua binatang.” Aisyah berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda

solat melainkan setelah itu baginda memohon perlindungan daripada siksaan kubur. [Shahih al-Bukhari,

Kitab doa-doa, no: 6366]

GHAIB HAKIKI DAN GHAIB IDHAFI

Pada asalnya hanya Allah Subhanahu wa Ta„ala yang mengetahui akan perkara ghaib. Ini sebagaimana

firman-Nya:

ل )ه ٣جؼض أ٣ب ب ٣شؼش ـ٤ت ئل الل ا األس اد ب ك٢ اغ ا (52 ٣ؼ

أدذا ) ش ػ٠ ؿ٤ج ـ٤ت كل ٣ظ ا 55ػب ٣ذ٣ ث٤ ٣غي كا سع اسرض٠ سصذا ( ئل ل خ

اج (52)

( ـ٤ت ثض٤ ػ٠ ا ب از٣ش (52

MACAM-MACAM AZAB KUBUR

1. Diperlihatkan neraka jahannam

ا وعشيا النار يعرضىن عليها غدو

“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang.” (Ghafir: 46)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu „anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam bersabda:

أ ب ، ئ ؼش٢ ا ـذاح وؼذ ثب ػ٤ بد ػش ئرا أدذ ئ أ ب ئ جخ، ا أ جخ ك ا

خ و٤ب ا وؼذى دز٠ ٣جؼضي هللا ٣ زا : ابس ك٤وب أ ابس ك

“Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kalian mati maka akan ditampakkan kepadanya calon

tempat tinggalnya pada waktu pagi dan sore. Biladia termasuk calon penghuni surga, maka

ditampakkan kepadanya surga. Bila dia termasuk calon penghuni neraka maka ditampakkan kepadanya

neraka, dikatakan kepadanya: „Ini calon tempat tinggalmu, hingga Allah Subhanahu wa Ta‟ala

membangkitkanmu pada hari kiamat‟.” (Muttafaqun „alaih)

2. Dipukul dengan palu dari besi

Dari Anas radhiyallahu „anhu, dari Nabi Shallallahu „alaihi wa sallam:

Page 4: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

4 | P a g e

ذ : ل أدس١، ؟ ك٤و ج زا اش ك٢ ذ رو ب : بكن ك٤ول ا بكش ب ا ابط. كأ ب ٣و أه

أر٤ دذ٣ذ ث٤ طشام ٣ضشة ث ل ر٤ذ. ص : ل دس٣ذ ك٤ول ب ؿ٤ش اضو٤ ػ٤ ب ؼ ك٤ص٤خ ك٤غ

Adapun orang kafir atau munafik, maka kedua malaikat tersebut bertanya kepadanya: “Apa jawabanmu

tentang orang ini (Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam)?” Dia mengatakan: “Aku tidak tahu. Aku

mengatakan apa yang dikatakan orang-orang.” Maka kedua malaikat itu mengatakan: “Engkau tidak

tahu?! Engkau tidak membaca?!” Kemudian ia dipukul dengan palu dari besi, tepat di wajahnya. Dia

lalu menjerit dengan jeritan yang sangat keras yang didengar seluruh penduduk bumi, kecuali dua

golongan: jin dan manusia.” (Muttafaqun „alaih)

3. Disempitkan kuburnya, sampai tulang-tulang rusuknya saling bersilangan, dan didatangi

teman yang buruk wajahnya dan busuk baunya.

Dalam hadits Al-Bara‟ bin „Azib radhiyallahu „anhu yang panjang, Rasulullah Shallallahu „alaihi wa

sallam menceritakan tentang orang kafir setelah mati:

٣ض٤ن ػ٤ ب ع ب دش ابس؛ ك٤أر٤ اكزذا ثبثب ابس هج كأكشش ق ك٤ ش دز٠ رخز

: أثشش ثبز١ ٣غؤى ٣خ ك٤و اش ز هج٤خ اض٤بة ج هج٤خ ا سج ٣أر٤ ذ أضلػ ي از١ زا ٣ ،

ج از١ ٣ج٢ء ي ا ج ذ، ك أ : اغبػخ رػذ. ك٤و : سة ل رو خج٤ش. ك٤و ي ا : أب ػ . ك٤و ثبشش

“Gelarkanlah untuknya alas tidur dari api neraka, dan bukakanlah untuknya sebuah pintu ke neraka.

Maka panas dan uap panasnya mengenainya. Lalu disempitkan kuburnya sampai tulang-tulang

rusuknya berimpitan. Kemudian datanglah kepadanya seseorang yang jelek wajahnya, jelek pakaiannya,

dan busuk baunya. Dia berkata: „Bergembiralah engkau dengan perkara yang akan menyiksamu. Inilah

hari yang dahulu engkau dijanjikan dengannya (di dunia).‟ Maka dia bertanya: „Siapakah engkau?

Wajahmu adalah wajah yang datang dengan kejelekan.‟ Dia menjawab: „Aku adalah amalanmu yang

jelek.‟ Maka dia berkata: „Wahai Rabbku, jangan engkau datangkan hari kiamat‟.” (HR. Ahmad, An-

Nasa‟i, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

4. Dirobek-robek mulutnya, dimasukkan ke dalam tanur yang dibakar, dipecah kepalanya di atas

batu, ada pula yang disiksa di sungai darah, bila mau keluar dari sungai itu dilempari batu pada

mulutnya.

Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam berkata kepada Jibril dan Mikail „alaihissalam sebagaimana

disebutkan dalam hadits yang panjang:

زثخ زاة ٣ذذس ثب ب از١ سأ٣ز ٣شن شذه ك ، أ ب سأ٣ذ. هبل: ؼ دز٠ رجؾ ا٥كبم كأخجشا٢ ػ ػ كزذ

از١ سأ٣ز ٣شذر سأع كش خ، و٤ب ا ئ٠ ٣ بس ك٤صغ ث ثب ك٤ ٣ؼ ثب٤ ػ كب وشآ هللا ا ػ ج

از١ سأ٣ز ك٢ ا بح، اض از١ سأ٣ز ك٢ اضوت ك خ، و٤ب ا ئ٠ ٣ ث ثب٣لؼ ا اش ش آ

“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.” Keduanya menjawab: “Ya. Adapun orang yang

engkau lihat dirobek mulutnya, dia adalah pendusta. Dia berbicara dengan kedustaan lalu kedustaan itu

dinukil darinya sampai tersebar luas. Maka dia disiksa dengan siksaan tersebut hingga hari kiamat.

Adapun orang yang engkau lihat dipecah kepalanya, dia adalah orang yang telah Allah ajari Al-Qur‟an,

namun dia tidur malam (dan tidak bangun untuk shalat malam). Pada siang hari pun dia tidak

mengamalkannya. Maka dia disiksa dengan siksaan itu hingga hari kiamat. Adapun yang engkau lihat

orang yang disiksa dalam tanur, mereka adalah pezina. Adapun orang yang engkau lihat di sungai

darah, dia adalah orang yang makan harta dari hasil riba.” (HR. Al-Bukhari no. 1386 dari Jundub bin

Samurah radhiyallahu „anhu)

Page 5: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

5 | P a g e

5. Dicabik-cabik ular-ular yang besar dan ganas

Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam bersabda:

أ ؼ ار٢ ٣ : ا إلء؟ كوب ب ثب ذ: ذ٤بد، كو ا ش صذ٣ كارا أب ثغبء ر لد جب أ

“Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas.

Maka aku bertanya: „Kenapa mereka?‟ Malaikat menjawab: „Mereka adalah para wanita yang tidak

mau menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar‟i)‟.” (HR. Al-Hakim. Asy-Syaikh Muqbil

rahimahullahu dalam Al-Jami‟ush Shahih berkata: “Ini hadits shahih dari Abu Umamah Al-Bahili

radhiyallahu „anhu.”)

SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR

Al-„Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bagian,

yaitu:

1. Mujmal (umum). Mereka disiksa di dalam kubur karena kejahilan mereka terhadap Allah dan

enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat.

2. Mufassal (Terperinci). Seperti kekufufan dan kesyirikan, kemunafikan, ghibah, mengadu domba.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika

baginda melalui dua kuburan, yang satu disiksa kerana suka menceritakan keburukan orang

sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-

Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul

adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur

seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi

lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak

mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan

riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar

menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria‟ dan orang

yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)

APAKAH AZAB KUBUR ITU TERUS-MENERUS? Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-

Utsaimin berkata: “Jawaban terhadap pertanyaan ini:

1. Azab kubur bagi orang-orang kafir terjadi terus-menerus dan tidak mungkin terputus karena mereka

memang berhak menerimanya. Seandainya azab tersebut terputus atau berhenti, maka kesempatan ini

menjadi waktu istirahat bagi mereka. Padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak mendapatkan

hal itu. Maka, mereka adalah golongan orang-orang yang terus-menerus dalam azab kubur sampai

datangnya hari kiamat, walaupun panjang masanya.

2. Orang-orang beriman yang berbuat maksiat, Allah mengazab mereka dengan sebab dosa-dosanya. Di

antara mereka ada yang diazab terus-menerus, ada pula yang tidak. Ada yang panjang masanya, ada pula

yang tidak, tergantung dosa-dosanya serta ampunan Allah.” (Syarh Al-„Aqidah Al-Wasithiyyah, 2/123)

AMALAN PENYELAMAT DARI AZAB KUBUR

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata: “Sebab-sebab yang akan menyelamatkan seseorang dari

adzab kubur terbagi menjadi dua:

1. Sebab-sebab secara global, Yaitu dengan menjauhi seluruh sebab yang akan menjerumuskan ke

dalam adzab kubur sebagaimana yang telah disebutkan. Sebab yang paling bermanfaat adalah seorang

hamba duduk beberapa saat sebelum tidur untuk mengevaluasi dirinya: apa yang telah dia lakukan, baik

perkara yang merugikan maupun yang menguntungkan pada hari itu. Lalu dia senantiasa memperbarui

taubatnya yang nasuha antara dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta‟ala, sehingga dia tidur dalam

keadaan bertaubat dan berkemauan keras untuk tidak mengulanginya bila nanti bangun dari tidurnya.

Page 6: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

6 | P a g e

Dia lakukan itu setiap malam. Maka, apabila dia mati (ketika tidurnya itu), dia mati di atas taubat.

Apabila dia bangun, dia bangun tidur dalam keadaan siap untuk beramal dengan senang hati, karena

Allah Subhanahu wa Ta‟ala menunda ajalnya hingga dia menghadap Rabbnya dan berhasil mendapatkan

segala sesuatu yang terluput. Tidak ada perkara yang lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada

taubat ini. Terlebih lagi bila dia berzikir setelah itu dan melakukan sunnah-sunnah yang datang dari

Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam ketika dia hendak tidur sampai benar-benar tertidur. Maka,

barangsiapa yang Allah Subhanahu wa Ta‟ala kehendaki kebaikan baginya, niscaya Allah Subhanahu wa

Ta‟ala akan berikan hidayah taufik untuk melakukan hal itu. Dan tiada kekuatan kecuali dengan

pertolongan Allah Subhanahu wa Ta‟ala.

2. Sebab-sebab terperinci, Di antaranya:

- Ribath (berjaga di pos perbatasan wilayah kaum muslimin) siang dan malam.

Dari Fadhalah bin Ubaid radhiyallahu „anhu, Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam bersabda:

ئ٠ ٠ ػ ٣ هللا كا شاثطب ك٢ عج٤ بد ئل از١ ػ٠ ػ ٤ذ ٣خز ٣أ خ و٤ب ا كزخ ٣ وجش ا

“Setiap orang yang mati akan diakhiri/diputus amalannya, kecuali orang yang mati dalam keadaan

ribath di jalan Allah Subhanahu wa Ta‟ala. Amalannya akan dikembangkan sampai datang hari kiamat

dan akan diselamatkan dari fitnah kubur.” (HR. At-Tirmidzi dan Abu Dawud)

- Mati syahid

Dari Ubadah bin Ash-Shamit radhiyallahu „anhu, dari Nabi Shallallahu „alaihi wa sallam:

جخ، ا وؼذ ٣ش ، د دكؼخ ـلش ك٢ أ ٣ : ذ هللا عذ خصب ٤ذ ػ ش ٣أ وجش، ػزاة ا ٣جبس

ذس ا ا ط ٣ض ب ٣ ٣ذ٠ دخ اإل جش، لضع األ ا أهبسث غبب ئ ٣شلغ ك٢ عجؼ٤ ، ؼ٤

“Orang yang mati syahid akan mendapatkan enam keutamaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‟ala:

diampuni dosa-dosanya dari awal tertumpahkan darahnya, akan melihat calon tempat tinggalnya di

surga, akan diselamatkan dari adzab kubur, diberi keamanan dari ketakutan yang sangat besar, diberi

hiasan dengan hiasan iman, dinikahkan dengan bidadari, dan akan diberi kemampuan untuk memberi

syafaat kepada 70 orang kerabatnya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah. Al-Albani berkata dalam

Ahkamul Jana‟iz bahwa sanadnya hasan)

- Mati pada malam Jumat atau siang harinya.

Dari Abdullah bin „Amr bin Al-‟Ash radhiyallahu „anhuma, dari Nabi Shallallahu „alaihi wa sallam,

beliau bersabda:

د ٣ ٣ـ غ ب وجش هب هللا كزخ ا ؼخ ئل ج ٤خ ا ؼخ أ ـج ا

“Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumat atau malamnya, kecuali Allah akan

melindunginya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Al-Fasawi. Asy-Syaikh Al-Albani mengatakan

dalam Ahkamul Jana‟iz bahwa hadits ini dengan seluruh jalur-jalurnya hasan atau shahih)

- Membaca surat Al-Mulk

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu „anhuma, Nabi Shallallahu „alaihi wa sallam bersabda:

وجش ػزاة ا ج٤ ج٤خ ر ٢ ا بؼخ ٢ ا

Page 7: Seri Kajian Minhajul Muslim Bab 1 Pasal 11 Iman kepada azab dan nikmat kubur

7 | P a g e

“Dia (surat Al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang akan menyelamatkan

pembacanya dari adzab kubur.” (HR. At-Tirmidzi, lihat Ash-Shahihah no. 1140) [dinukil dari Ar-Ruh

dengan sedikit perubahan]

- Doa sebagaimana yang telah lalu, bahwa Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam berlindung dari

adzab kubur dan memerintahkan umatnya untuk berlindung darinya.