set 1 mbm, abad 21, teknik, kbat
DESCRIPTION
mbmTRANSCRIPT
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
i
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
i
MODUL
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BAHASA MELAYU
PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
ii
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2 – 6, Blok 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
iii
PENASIHAT
1. Puan Rosnarizah binti Abdul Halim
2. Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Imam
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENYELARAS
Razlee bin Mohamad
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
PANEL MODUL
Dr. Maridah binti Alias
IPG Kampus Raja Melewar
Zaleha binti Fadzil IPG Kampus Pendidikan Teknik
Mohd Asri bin Abdul Razak
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Bakhtiar bin Omar
IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
PANEL PEMURNI MODUL 2015
Ab. Rahim bin Md. Yasin
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Dr. Abd Khahar bin Saprani
IPG Kampus Bahasa Melayu
Zawahir bin Ismail
Hamidah binti Abd Hamid
IPG Kampus Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Dr. Maridah binti Alias
IPG Kampus Raja Melewar
Jalalludin bin Ibrahim
Datin Mastura binti Berawi
IPG Kampus Raja Melewar
IPG Kampus Raja Melewar
Nor Alizah binti Alias
Dr. Habibah binti Mohd Samin
Noorliza binti Abdullah
Sarimah binti Ahmad
Fauzi bin Salleh
Rosnan Mahmud bin Zahidin
IPG Kampus Ilmu Khas
IPG Kampus Ipoh
IPG Kampus Ipoh
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
IPG Kampus Tuanku Bainun
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
iv
PANEL PENILAI MODUL 2015
Nasri bin Ramli JPN Negeri Sembilan
Mat Hassan bin Abdullah JPN Melaka
Mohd Hassany bin Hashim
Zulkafly bin Othman
JPN Kelantan
JPN Pulau Pinang
Junaidah binti Kamarudin JPN Selangor
Mohd Rosle bin Said
PPD Sabak Bernam, Selangor
Nor Hayati binti Mohd Shaharim
PPD Petaling Perdana
Noorazam binti Ahmad Nadzir
PPD Port Dickson, Negeri Sembilan
Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail PPD Petaling Perdana, Selangor DE
Ibrahim bin Yunus PPD Jempol, Negeri Sembilan
Jiani binti Jaman PPD Petaling Perdana, Selangor DE
Mohd Zaki bin Abd Rahman PPD Hulu Langat, Selangor DE
Zaleha binti Md Jadi SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras
Nor Azalina binti Mohamed Adam SMK Puteri, Seremban
Sartini binti Mohd Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya
Rosesilawati binti Mohd Jab SK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya
Zamzam binti Abd Karim SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
Noorbaity binti Hussin SK Putrajaya Presint 16(2), Putarajaya
Sharifah Noora binti Syed Tahir
SMK Bukit Rahman Putra
Jasmi bin Bachik
SMK Dang Anum
Dr. Noor Hayati binti Che‟ Mat SK Sungai Kantan
Dr. Nazirah binti Mohd Nordin
Zul Hazmi bin Hamad
SK Sungai Serai
SJK(T) Ladang Repah, Tampin
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
v
KANDUNGAN
1. Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 1
2. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 19
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 36
4. Peta Pemikiran-i-Think 59
5. Didik Hibur 72
6. Tatabahasa 104
7. Elemen TMK 143
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
vi
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
1
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA
MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk
Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan
Topik Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dapat:
1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.
2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.
B. Kandungan Kursus
1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia
2. Pembelajaran Secara Kontekstual
3. Merentas Kurikulum
4. Kolaboratif
5. Teknologi Maklumat dan Media
6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul
7. Penyelesaian Masalah
8. Pentaksiran secara Telus
C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
2
D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. LCD
5. Komputer
6. Papan putih
7. Pen Papan Putih
8. Kertas sebak
E. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam
pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
3
1.0 Latar Belakang
„Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)
Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).
“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.” - YAB Tan Sri Dato‟ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.
Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
4
Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.
1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21
1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas a) Kelas Tradisional
a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan
b) Kelas Futuristik
i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar iv. Kemudahan TMK
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
5
1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21
Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-
Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
6
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
7
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
8
Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang). ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis. iii. Sudut Parking Lot iv. Sudut hasil kerja murid v. Sudut maklumat vi. Ruang santai
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
9
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
10
1.3 Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21
i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif. ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih
minda (minds-on). iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan
kolaboratif. iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK. v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK. vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan
berterusan.
1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
11
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
12
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
13
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
14
1.5 Elemen Pendidikan Abad 21 Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.
Kreatif dan inovatif
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan kolaborasi
Literasi maklumat
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
Kemahiran sosial dan antara budaya
Produktiviti dan akauntabiliti
Kepimpinan dan tanggungjawab 1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21
Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut: 1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum. 2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. 3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid. 4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”. 5. Memiliki kemahiran kaunseling. 6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
15
1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21
1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling. 2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah. 3. Yakin untuk berkomunikasi. 4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba. 5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu. 6. Mempunyai perasaan ingin tahu. 7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel. 8. Tidak pernah berputus asa. 9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi 10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi. 11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif. 12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan. 13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
16
1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;
Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills
Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
menggunakan teknologi maklumat terkini.
1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21 PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut;
i. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.
ii. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
iii. Kemahiran berkomunikasi
iv. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
v. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
vi. Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
vii. Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
17
viii. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
ix. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
x. Kemahiran literasi media dan informasi.
xi. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
xii. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.
xiii. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
xiv. Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.
xv. Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
xvi. Kemahiran tanggungjawab sosial
xvii. Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat. 1.10 Pedagogi Abad 21 Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;
Rajah : Pedagogi Abad 21
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
18
1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21
1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)
2. Papan Putih Mini
3. Program ‘Bintang’
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
19
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21
Topik Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Personel Penceramah
A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat;
1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia;
2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari;
3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam modul.
B. Kandungan Pengajaran Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid.
C. Kaedah 1. Syarahan 2. Perbincangan 3. Aktiviti latih amal (hands-on) 4. Pembentangan
D. Bahan Pengajaran 1. Modul 2. Nota 3. Slaid Perisian Persembahan 4. Borang penilaian 5. LCD 6. Komputer 7. Papan putih 8. Pen Papan Putih 9. Kertas Sebak
E. Rumusan/Refleksi Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
20
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 2.0 Pengenalan
Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon. Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman yang dialami.
Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;
Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan
Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka. 2.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.1.1 Pendekatan Konvensional
- Berpusatkan guru Guru menggunakan teknik seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
21
2.1.2 Pendekatan Abad 21
- Berfokuskan murid Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan. Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP.
- Berfokuskan bahan Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga perlu menggunakan sumber seperti bahan dari internet, audio visual, gambar, graf, carta, dan poster.
2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
2.2.1 Pembelajaran Koperatif 2.2.2 Penyelesaian Masalah 2.2.3 Kontekstual 2.2.3 Kajian Masa Depan 2.2.4 Konstruktivisme
2.2.1 Pembelajaran Koperatif
- Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan
kepelbagaian kemahiran sosial. - Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada
pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar. - Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama
sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama. - Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif?
Pembelajaran koperatif diperlukan kerana : Positive Interdependence: kebergantungan positif Individual Accountability: akauntabiliti individu Equal Participation: penglibatan seimbang Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka
- Enam konsep utama pembelajaran koperatif Dijalankan secara berpasukan Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli
kumpulan. Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan. Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea.
- Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP Menyampaikan isi pengajaran baru Memberi tajuk tugasan Memberi struktur pelaksanaan tugasan Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin &
Round Robin) Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran Membimbing kelompok pelajar dan perbincangan Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
22
Maklum balas/penilaian oleh guru Memberi penghargaan
- Contoh aktiviti pembelajaran koperatif:
Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih) Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal) Travelling File (Fail Bergerak) Jigsaw Puzzle Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan -
Berpasukan Pembelajaran Bersama Kajian Berkumpulan Kumpulan Membantu Individu Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan Think-Pair-Share / Fikir – Berpasangan – Berkongsi Pair Check / Semakan Berpasangan Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan
Lain Two-box induction / Dua Kotak Induksi Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga) Rotating Review (Kajian berputar) Find-Someone-Who (Cari seseorang) Value Lines (Garis nilai) Who am i? (Siapa saya?) Gallery Tour (Galeri Pelancongan) Match Mine (Padankan Saya) Inside-Outside Circle (Dalam – Luar Bulatan) Talking Chips (Cip Bercakap) Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah) Window Pane (Anak tetingkap) The Yarn Yarn (Benang-Benang) Blind Sequencing (Urutan Tunanetra)
2.2.2 Penyelesaian Masalah
- Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan
kepelbagaian kemahiran sosial. Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid
sendiri. Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh
pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi.
Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan autentik.
- Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP - Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity). - Mengembangkan kemahiran berfikir. - Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi. - Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. - Menggalakkan pembelajaran kendiri. - Mengukuhkan kemahiran belajar. - Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
23
o Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian Langkah 3 : Mengumpul Maklumat Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat Langkah 5 : Membuat Rumusan
2.2.3 Kontekstual
- Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
- Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands-on) dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek.
- Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman.
- Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka. - Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat
membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami. - Kepentingan Pembelajaran Kontekstual
• Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari secara latih amal dan latih minda.
• Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka.
• Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yang berkait dengan isu sebenar.
• Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan.
- Elemen Dalam Kontekstual R (Relating (hubung kait) –
pengalaman hidup dgn pengetahuan baru E (Experiencing (alami) -
penerokaan, penemuan, mereka cipta) A (Applying (aplikasi) –
aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain) C (Cooperating (kerjasama) –
kerjasama dan komunikasi) T (Transfering (memindahkan) –
pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru) - Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP
Motivasi – pengenalan Isu perbincangan sumber PdP Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas
bacaan dan melakukan contoh kajian Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan
2.2.4 Kajian Masa Depan
- Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan
- Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
- Mengajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat perancangan sebelum berbuat sesuatu
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
24
- Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi
- Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda, apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini : trend utama dan masa lalu : perspektif.
- Kemahiran KMD dalam PdP a. Kemahiran Khusus
i. Membuat Ramalan ii. Menjangka Akibat iii. Mengendali Perubahan
b. Kemahiran Asas i. Pemahaman Konsep Masa Depan ii. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend iii. Ramalan dan Analisis iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti v. Strategi Mengatasi Kebimbangan vi. Proses Inovasi Sosial vii. Pembinaan Senario viii. Penjelasan Nilai dan Masa Depan ix. Pemahaman Dimensi Kemapanan
- Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD) a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal berkaitan masa depan b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan masa depan
- Empat Prinsip Dalam KMD a) Prinsip Perubahan b) Prinsip pandangan jauh c) Prinsip Perancangan Strategik d) Prinsip Pengupayaan
- Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: Perancangan Seorang Guru
a) Perancangan Yang Strategik b) Isu dan Tema Yang Relevan c) Berpusatkan pelajar d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator
- Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP
o Tajuk & Konsep o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan) o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan o Cadangkan langkah – langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan
tindakan o Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
25
- Contoh/ Sumber PdP
Tema: Malaysia Negaraku Kemerdekaan Semangat patriotik Perpaduan rakyat Keharmonian negara
- Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan kemerdekaannya? - Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku? - Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan - Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar - Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan - Cadangan - Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil - Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan - Refleksi
2.2.5 Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.
Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Pendekatan Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
26
2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM
Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:
1. Orientasi:
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka teki, lakonan dan simulasi.
2. Pencetusan Idea
Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.
3. Penstrukturan Semula Idea
Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.
4. Aplikasi Idea
Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.
5. Refleksi
Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid-muridnya.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
27
Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
28
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
29
2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif
2.4.1 Susun Suai (Jigsaw Puzzle)
Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif
yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6
orang akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan
melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman
(2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran
koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam
kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan
difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam
kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan
membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka.
Langkah-langkah Pelaksanaan
i. Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan.
ii. Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas. Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal.
iii. Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan.
iv. Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru juga boleh melaksanakan penilaian yang sesuai.
Contoh Pelaksanaan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
30
1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk „Golongan Kata‟. Sebagai contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah 1. Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata Nama Am, pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar nombor 3 menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4 menerima wacana Kata Kerja.
2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor murid. Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama dan melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan mencerna maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya mereka arif dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh.
3. Setelah menjadi pakar Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti Nama dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli pakar akan menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat orang rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar seterusnya sehingga habis.
4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni.
2.4.2 Model Rakan Pemikir
Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini
memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan
pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan
memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.
Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek,
pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya,
pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model
ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
31
idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah,
penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi
pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah.
Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu
pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik
melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja
perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif,
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif.
(Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi
memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini
akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan
meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan
minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.
Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan
bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.
Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu
dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila
mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan
kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai
beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar
dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka
terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya
terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.
Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat
meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar
yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran
yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk
membantu pelajar;
i. menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan
memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan
tugasan yang diberikan.
ii. melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan
pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja
dan persembahan yang berkualiti.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
32
iii. mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi
kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihak-
pihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.
iv. menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus
berasaskan borang penilaian yang disediakan.
Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa
menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam
mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian
kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu
produk akhir.
Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi
digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan
komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu
mempunyai kemahiran belajar cara belajar.
Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha
memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya
menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan
Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut;
i. inventif;
Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan
ii. inovatif;
Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan
inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk
menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai
perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan
idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.
iii. informatif;
Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah,
mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran
i-THINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan
maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan
untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran.
Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat
yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi
Bloom– aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan
kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta
pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan
inovatif.
iv. inferens
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
33
Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai
pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang
ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua
kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah
dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi
pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli
dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama.
v. intelektual.
Semasa pembentangan, kumpulan yang mendengar akan membuat
penilaian terhadap pembentang berdasarkan senarai semak yang
dibekalkan oleh guru. Dari senarai semak tersebut, setiap ahli dalam
kumpulan juga akan membuat refleksi tentang hasil dapatan dalam
langkah inventif, inovatif, informatif, dan inferens mereka.
Kerangka Aktiviti 1
Tajuk : Model Rakan Pemikir
Objektif : Pada akhir sesi peserta dapat;
i. menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,
ii. menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,
iii. mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna,
iv. menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought),
v. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan,
vi. menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,
vii. dapat menilai secara telus pencapaian sendiri dan pencapaian rakan-rakan dalam kumpulan, dan
viii. merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
viiii. menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum.
Tempoh : 2 jam
Persediaan : Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
34
Kerangka Aktiviti 2
1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul. 2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang).
Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan. 3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan
pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah,
Peta Pemikiran i-Think yang menarik
Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi perbincangan.
Soalan-soalan ini akan digunakan setelah sesi pembentangan selesai.
Pergerakan Pembentang
Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kumpulan 4 Kumpulan 3
X – Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan
Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan
apabila sesi pembentangan.
Pembentang
Pembentang
Pembentang Pembentang
X
X
X
X
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
35
4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan.
Contohnya : Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 4 Kumpulan 1
5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang
disediakan.
6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian – untuk menilai pembentang.
Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang.
7. Rumusan oleh fasilitator.
8. Sesi tamat.
Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk
melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens
selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal
insan yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai
ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah.
Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang
diberikan.
1. Think-Pair-Share http://www.colorincolorado.org/educators/content/cooperative/ 2. Search-Pair-Share 3. Round Table 4. Knotty Problems 5. Model Student Teams http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_ 89185.pdf 6. Model Student Teams Achievement Divisions (STAD) http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_ Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_High- achieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University
http://www.infonomics-society.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%20Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Learners%20Economics%20Knowledge.pdf
7. Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC) http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109 8. Learning Together 9. Group Investigation http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163 /Intro_to_Coop_Learning.pdf
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
36
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA
MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan
Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat;
4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid;
5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran;
6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran.
B. Kandungan Pengajaran
Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen berfikir dapat
membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan
kemahiran tersebut.
Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik
mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta
pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
C. Kaedah
5. Syarahan
6. Perbincangan
7. Aktiviti latih amal (hands-on)
8. Pembentangan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
37
D. Bahan Pengajaran
10. Modul
11. Nota
12. Slaid Perisian Persembahan
13. Borang penilaian
14. LCD
15. Komputer
16. Papan putih
17. Pen Papan Putih
18. Kertas sebak
E. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
38
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3.0 Latar Belakang
Dalam pembinaan dan pembangunan negara kita sebagai negara baharu, iaitu sesudah lepas
daripada belenggu penjajahan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri bangsa
Malaysia yang berbilang kaum, menjadi bahasa perpaduan, menjadi lambang dan tanda
kewujudan sebuah negara bangsa yang berdaulat (Awang Sariyan, 2004).
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa
sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk melahirkan setiap murid yang mempunyai enam
ciri utama bagi mengupayakan mereka bersaing di persada antarabangsa. Ciri-ciri murid yang
ditetapkan untuk dibina oleh setiap pendidik kepada setiap murid sekolah adalah seperti yang
berikut:
1. Identiti nasional
2. Kemahiran berfikir
3. Pengetahuan
4. Kemahiran memimpin
5. Kemahiran dwibahasa
6. Etika dan Kerohanian
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
39
Data tentang pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, analisis
keperluan guru dan murid sekolah-sekolah di Malaysia oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan
laporan UNESCO tentang pendekatan pengajaran guru dijadikan sebagai asas pertimbangan
untuk membangunkan dan melaksanakan program KBAT.
Profil pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa yang telah diperoleh
melalui keputusan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science
Study) 2007 dan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009 menunjukkan
bahawa potensi kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah perlu digilap. Laporan
TIMSS dan PISA menjadi input utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka
strategi sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi negara supaya berada dalam kelompok
negara sepertiga di atas.
TIMSS mentaksir domain kandungan dan domain kemahiran kognitif, iaitu pengetahuan,
aplikasi dan penaakulan dalam matematik dan sains. PISA mengukur pencapaian murid yang
berumur 15 tahun dan ke atas dalam literasi matematik, literasi sains, dan literasi membaca.
Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berjaya.
Profil pencapaian dalam TIMSS (2007) menunjukkan bahawa pencapaian murid
Malaysia adalah baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam domain
menaakul atau kemahiran berfikir aras tinggi. Kedudukan Malaysia dalam PISA (2009) pula
menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara terkebawah daripada 74
buah negara dan 60 peratus daripada murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk
mengambil bahagian dalam kehidupan secara efektif dan produktif.
Seterusnya, dapatan kajian analisis keperluan oleh AIM pada tahun 2011 menunjukkan
bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah
rendah. Guru-guru sedar bahawa kemahiran berfikir adalah penting tetapi mereka tidak
bersedia dan kurang kemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (Kestral Education, 2011).
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana untuk membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat
menangani cabaran abad 21. Sebagai seorang guru, aspek berikut perlu difahami dengan jelas
supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat disampaikan secara berkesan.
3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
40
3.2 Kemahiran Abad 21
Budaya kerja profesional guru ialah tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan
menekankan kerja sepasukan. Ahli-ahli dalam kumpulan pasukan mempunyai hubungan yang
erat, sepakat, sefahaman, dan bertanggungjawab melaksanakan program yang dirancang. Satu
daripada sifat guru ialah,
….pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu, sentiasa berterusan belajar. Guru
juga merupakan gedung ilmu bagi murid untuk belajar. Guru akan sentiasa mencetus,
memupuk semangat belajar, serta menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses
yang berterusan sepanjang hayat.
(Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990:166)
Budaya inilah yang ingin diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
i. mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;
ii. berilmu pengetahuan luas, mendalam, dan terkini;
iii. menguasai, mengamalkan, menghayati, dan berkongsi ilmu;
iv. menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu;
v. mengamalkan penyelidikan;
vi. menjalin kejeleketan dalam kumpulan dan organisasi; dan
vii. menitikberatkan kerja berpasukan untuk menjayakan aktiviti organisasi.
Guru bahasa perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan perancangan,
kaedah, dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dalam milenium ke-21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut
Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad 21. Murid-murid sepatutnya
sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21 khususnya ketika belajar di dalam
dan di luar kelas.
Pandangan tentang kemahiran-kemahiran abad 21 daripada perspektif enGauge Skills
(NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dengan empat komponen
kemahiran abad 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan
penekanan kepada kemahiran abad 21 yang diketengahkan.
Kemahiran Abad 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan
yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan
cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
41
menggunakan teknologi maklumat terkini.
Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 perlu juga mengambil kira kemahiran-kemahiran
yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) bagi tujuan memupuk
kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat
penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti yang berikut;
1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab. 2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi dalam hubungan dengan
masyarakat. 3. Kemahiran berkomunikasi 4. Dapat memahami, mengurus dan berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan.
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi. 5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat 6. Dapat menjana, melaksanakan dan seterusnya menyampaikan idea baharu kepada
orang lain serta bersifat terbuka. Sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain. 7. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal 8. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta-fakta yang diberikan. 9. Kemahiran literasi media dan informasi. 10. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media. 11. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. 12. Berkemahiran untuk bekerjasama, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.
13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. 14. Kebolehan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan cuba menyelesaikan
setiap masalah yang dihadapi. 15. Kemahiran pengurusan kendiri. 16. Mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang
diperlukan. 17. Kemahiran tanggungjawab sosial 18. Bertindak dengan mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di tempat kerja dan
dalam masyarakat.
3.3 Konsep Berfikir
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
3.3.1 Definisi KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk
menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman
(1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang
individu penginterpretasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam Tuan Jah
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
42
Tuan Yusof (2015) KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat
sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. KBAT ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Menurut Edward de Bono (1976) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala
Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda
untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah,
menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat.
Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)
3.3.2 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras
rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-
ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan
masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti
keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir
mengikut konteks yang diperlukan.
3.3.3 Alat Berfikir
• Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.
• Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan berfikir iaitu :
Soalan dan penyoalan
Peta pemikiran
Peta minda
Pengurusan grafik
Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
43
3.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menurut Philips (1997) – cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap
berfikir murid.
• Kemahiran berfikir ialah asas kepada proses pendidikan.
• Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
44
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
45
3.4 Cara Pelaksanaan KBAT
3.4.1 Tahap Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran berfikir aras tinggi merujuk empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom
edisi semakan (Anderson & Krathwohl) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
46
Kemahiran
Berfikir
Aras
Tinggi
Kemahiran
Berfikir
Aras
Rendah
TAKSONOMI BLOOMS (SEMAKAN ANDERSON & KRATHWOHL 2011)
3.4.2 Tujuan Diperkenalkan KBAT
KBAT diperkenalkan bertujuan untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman,
meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak menganalisis, menilai dan
mencipta), mewajarkan penyelesaian dan penemuan untuk penyiasatan saintifik. KBAT ini
penting untuk menghasilkan modal insan yang cergas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Pengajaran KBAT dapat
meningkatkan pencapaian akademik dan membantu murid dalam perkembangan intelektual.
3.4.3 Ciri Item KBAT
a) Stimulus:
Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk
menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal
(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran:
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif
(c) Konteks yang baharu:
Konteks yang merujuk situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan
merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan apa-apa yang telah
dipelajari semula di dalam bilik darjah
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
47
(d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian:
Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin
(e) Item tidak berulang:
Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks
3.5 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi
mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan.
Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.
Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.
Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang
diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan
3.5.1 Langkah Penggubalan Item KBAT
1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran 2 Tentukan jenis item 3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur
konstruk 4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional) 5 Tulis item 6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran 7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin
Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran yang dikenal
pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
48
3.5.2 KATA KUNCI DALAM PEMBINAAN SOALAN KBAT
Kompleksiti Pemikiran
Bahasa Pemikiran Kata Kunci
Mengingat Saya boleh ingat maklumat
Mengecam, mengulang, menyenaraikan. menggambarkan, mengenal pasti, namakan
Memahami Saya boleh ingat dan menjelaskan idea dan konsep
Mentafsir, menjelaskan, memberi contoh. meringkaskan, membuat kesimpulan, menunjukkan pemahaman, menterjemah
Mengaplikasi Saya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan serupa atau baru
Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, gunakan
Menganalisis Saya boleh mengekstrak keluar idea-idea penting
Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun
Menilai Saya boleh membuat beberapa pertimbangan dan keputusan
Menyemak, mempertimbangkan, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesis
Mencipta Saya boleh memikirkan idea-idea baru dan cara-cara baru untuk menggunakan maklumat
Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasilkan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
49
3.5.2.1 MENGINGAT
3.5.2.2 MEMAHAMI
KATA KERJA YANG
BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menerang
menginterpretasikan
menggariskan
membincang
mengesan
meramal
menyatakan semula
menterjemah
membanding
menggambarkan
Nyatakan dalam perkataan
sendiri ...
Beri gambaran ringkas ....
Apakah yang akan berlaku
selepas ini ...?
Pada pendapat anda siapa..?
Apakah perkara utama ...?
Siapakah watak utama..?
Apakah perbezaan antara..?
Beri contoh untuk menyokong
jawapan anda.
Apakah definisi...?
Cari atau lukis gambar yang
menerangkan peristiwa.
Terangkan pendapat anda tentang idea
utama.
Sediakan satu jalur kartun yang
menerangkan urutan peristiwa.
Tulis dan lakonkan pementasan
berdasarkan jalan cerita…
Ceritakan semula dalam perkataan
sendiri
Lukiskan satu aspek yang anda suka
Tuliskan ringkasan
Sediakan satu carta alir untuk
menggambarkan urutan peristiwa
Sediakan satu buku mewarna
Kata Kerja yang
boleh
digunakan
Contoh Soalan Contoh aktiviti dan hasil
memberitahu
menyenaraikan
menggambar
menghubung kait
mengesan
menulis
mencari
menyatakan
menamakan
Apakah yang berlaku selepas...?
Berapa banyak...?
Siapakah itu yang...?
Namakan...?
Terangkan apa yang berlaku di...?
Siapa yang memberitahu...?
Beritahu kenapa...?
Cari maksud bagi...?
Apakah yang...?
Yang manakah benar dan salah...?
Buat satu senarai tentang peristiwa-
peristiwa utama ..
Buat satu garis masa peristiwa.
Buat satu carta fakta.
Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.
Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini.
Buat satu carta untuk menunjukkan...
Buat satu teka silang kata/teka-teki
(acrostic)
Deklamasikan satu puisi.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
50
3.6.2.3 MENGAPLIKASI
KATA KERJA
YANG BOLEH
DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menyelesaikan
menunjukkan
menggunakan
membuat ilustrasi
membina
meramal
melengkapkan
menilai
mengklasifikasikan
menggambarkan
Tahukah anda peristiwa lain di
mana..?
Bolehkah perkara ini berlaku
...?
Himpunkan mengikut
perwatakan
Apakah faktor yang anda ubah
jika..?
Dapatkah anda
mengaplikasikan kaedah ini
dengan pengalaman sendiri?
Apakah soalan yang akan
ditanya...?
Daripada maklumat yang
diterima, bina satu set arahan
untuk ..
Adakah maklumat ini berguna
jika anda ada...?
Bina satu model yang akan menunjukkan
bagaimana ia berfungsi.
Bina satu diorama untuk menceritakan
sesuatu peristiwa.
Ambil beberapa keping gambar untuk
menunjukkan sesuatu perkara.
Bina sebuah model tanah liat.
Rangka satu strategi pemasaran produk
anda menggunakan strategi yang
diketahui sebagai panduan.
Pakaikan anak patung dengan pakaian
kebangsaan/tradisional.
Lukis mural berdasarkan perkara yang
sama.
Tulis buku teks tentang …
3.5.2.4 MENGANALISIS
KATA KERJA
YANG BOLEH
DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menganalisis
membezakan
menilai
membanding
menyiasat
mengkategorikan
mengenal pasti
menerangkan
Peristiwa manakah akan
berlaku..?
Sekiranya ... berlaku, apakah
peleraian yang akan berlaku?
Apakah persamaan .. dengan
..?
Apakah hasil lain yang
mungkin...?
Himpunkan mengikut
perwatakan
Bina satu set soal selidik untuk
mengumpulkan maklumat
Reka satu iklan untuk menjual satu produk
Bina satu carta alir yang mempunyai
peringkat kritikal
Bina satu aktiviti susun suai (jigsaw)
Bina satu salasilah keluarga untuk
menunjukkan perhubungan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
51
memisahkan
mempromosi
Apakah faktor yang anda ubah
jika..?
Kenapa perubahan ini berlaku?
Banding perubahan yang anda
kemukakan dengan yang
disampaikan.
Terangkan apa yang
sepatutnya berlaku apabila..?
Apakah persamaan..?
Apakah masalah yang
mungkin timbul?
Apakah motif..?
Apakah titik perubahan ...?
Tuliskan satu biografi seseorang
Sediakan laporan ..
Anjurkan satu majlis lengkap dengan
susun atur, langkah, rekod yang
diperlukan
Nilaikan hasil seni – persamaan dan
permasalahan
3.5.2.5 MENILAI
KATA KERJA YANG
BOLEH
DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN
HASIL
mengadili
memilih memutuskan
membenarkan
membahaskan
mengesahkan
berhujah
mengesyorkan
menilai
membincang
mengutamakan
memberi kadar
menentukan
Adakah terdapat satu penyelesaian
yang lebih baik untuk ...
Nilaikan ...
Bolehkah anda mempertahankan
kedudukan anda tentang ...?
Adakah anda berfikir ... adalah baik
atau sesuatu yang buruk?
Bagaimana anda akan
mengendalikan ...?
Apakah yang mengubah ...
Adakah anda akan mengesyorkan?
Adakah anda percaya?
Adakah anda seorang ... orang?
Apakah perasaan anda jika ...?
Adakah berkesan ...?
Apakah pendapat anda tentang ...?
Sediakan satu senarai kriteria
untuk menilai ... menunjukkan.
Jalankan perbahasan tentang
isu kepentingan khas.
Buat buku catatan 5 peraturan
anda anggap penting.
Meyakinkan orang lain.
Membentuk panel untuk
membincangkan pandangan,
misalnya "Pembelajaran di
Sekolah."
Tulis sepucuk surat kepada ...
memberi nasihat mengenai
perubahan yang diperlukan
di ...
Sediakan kes untuk
membentangkan pandangan
anda tentang ...
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
52
3.5.2.6 MENCIPTA
KATA KERJA YANG
BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN
HASIL
Mencipta
Mereka
Mengarang
Meramal
Merancang
Membina
Mereka bentuk
Mengembangkan
imaginasi
Mengusul
Menjana
Mencipta formula
Adakah anda boleh
mencipta……?
Mengapa tidak mengarang
sebuah lagu……..?
Dapatkah anda melihat
penyelesaian jika………?
Jika anda mempunyai akses
kepada semua sumber ,
bagaimana anda akan berurusan
dengan ...?
Mengapa tidak anda
merangka………?
Adakah anda mempunyai cara
tersendiri… ?…
Apakah yang berlaku jika….?
Berapa banyak carakah anda
boleh cipta ..yang baharu dan luar
biasa untuk…..?
Bolehkan anda tulis resepi baharu
untuk hidangan yang sedap?
Bolehkan anda bina kertas kerja
untuk…
Cipta sebuah mesin untuk
tugasan tertentu
Reka bentuk sebuah
bangunan untuk menempatkan
kajian anda
Cipta suatu produk baru.
Berikan nama dan merancang
kempen pemasaran
Menulis tentang perasaan
anda berhubung
dengan.........?
Tulis rancangan TV,
rancangan permainan,
pertunjukan boneka, main
peranan, lagu atau pantomim
tentang ...?
Reka bentuk rekod, buku,
atau penutup majalah untuk
...?
Jual idea. Merangka satu cara
untuk ... ?
Reka satu rentak atau
meletakkan perkataan baru
kepada melodi yang
dikenali....?
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
53
3.6 CONTOH SOALAN ITEM KBAT BAHASA Melayu
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
54
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
55
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
56
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
57
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
58
3.7 Alat-alat Berfikir
1. Edward De Bono 6 Thinking Hats http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php
2. Peta Minda (Tony Buzan) http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis SWOT http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm
5. Carta T http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
6. Carta Y http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran