sghu4323 cadastre survey practice laporan tugasan amali 1
TRANSCRIPT
SGHU4323 CADASTRE SURVEY PRACTICE
LAPORAN TUGASAN AMALI 1
SEMAKAN ALAT, DFT DAN PENGGUNAAN ETSM
FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR
SARJANA MUDA HARTA TANAH DAN UKUR
(GEOMATIK)
NAMA PENSYARAH: DR. TAN LIAT CHOON
AHLI KUMPULAN:
Bil NAMA NO. MATRIX
1. AMIR HUSNI BIN KAMALUDIN B17GH0029
2. MUHAMMAD AZIM BIN AZAMAN A16GH0073
3. MOHD HADIF HADI BIN MOHD ARIFFIN A15GH0054
4. LEE CHEE ONG A16GH0050
5. CARL MARLYANA BT. RAFEZALL B17GH0032
6. ZATIL AQMAR FARAHIYAH ISHAK B17GH0079
7. NUR SYUHAIDAH BINTI AHMAD SHAHRIN B17GH0063
8. NURUL ALYA BINTI AMAT ZIN B17GH0064
i
KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
BAB 1 SEMAKAN ALAT 1
BAB 2 DFT 3
BAB 3 PENGGUNAAN ETSM 4
1
BAB 1
SEMAKAN ALAT
Alat Total Station beserta dengan reflectors’ hendaklah dibuat ujian kalibrasi di tapak ujian EDM
apabila:
i. Ujian DFT mempunyai beza jarak melebihidari10mm
ii. Sekali setiap 6 bulan
iii. Selepas diservis
iv. Berlaku penggantian salah satu unit dalam set alat
v. Apabila berlaku kecacatan akibat jatuh atau lain-lain, ataupun bacaan jarak pada posisi
yang sama tidak konsisten
Alat Total Station dipasang siap di tiang 1 dan jarak-jarak dari tiang 1 ke tiang-tiang yang
lainnya dicerap dengan bantuan cermin prizam yang mempunyai beza jarak antara 5m – 300m.
Bacaan dicatatkan dalam Borang Ujian EDM. Perbezaan asas antara jarak yang dicerap dan jarak
piawai bagi setiap garisan cerapan dicatatkan dalam ruangan yang berkenaan. Perbezaan-
perbezaan ini dijumlahkan, dan kemudian dibahagikan kepada bilangan cerapan yang dilakukan
bagi mendapatkan satu nilai angkatap.
Had maksima constant error (jarak diukur – jarak piawai / bilangan cerapan) yang
dibenarkan adalah 10mm, jika tidak, alat berkenaan hendaklah dihantar untuk diservis/dibaiki.
Adalah digalakan supaya cerapan dibuat berulang kali dengan alat Total Station dipasang siap pada
2
tiang-tiang yang lain. lni bertujuan untuk memastikan pengukuran jarak Total Station menepati
kejituannya.
Borang Ujian EDM adalah seperti di bawah.
BORANG UJIAN EDM NO
BKL
TARIKH : 13/11/2019
MODEL UJIAN :
TRIMBLE M3 SUHU: 29.7 C
TAPAK UJIAN : UTM
PILLER
NOMBOR
TIANG SUHU
JARAK
MENDATAR
(A)
JARAK
SEPERTI
ASAL (B)
PERBEZAAN
ASAL (A-B)
DARI KE
1 2 29.7 10.032 10.032 0
1 3 29.7 190.006 190.005 0.001
1 4 29.7 540.026 540.025 0.001
1 5 29.7 805.197 805.202 -0.005
1 6 29.7 900.159 900.164 -0.005
2 3 29.7 179.971 179.973 -0.002
2 4 29.7 529.989 529.993 -0.004
2 5 29.7 795.167 795.17 -0.003
2 6 29.7 890.13 890.132 -0.002
-0.019
PENCERAP: GROUP 9 C = (A-B) -0.002
n n = Jumlah cerapan
3
BAB 2
DFT
Semakan Harian
Dilaksanakan di lokasi kerja, setiap kali hendak memulakan kerja ukur. Kaedahnya, ukur semula
jarak mana-mana garisan yang telah diukur pada hari sebelumnya. Kerja pengukuran boleh
diteruskan jika jaraknya berbeza kurang daripada 10 mm jika tidak proses DFT perlu dijalankan.
Differential Field Test (DFT)
DFT dilaksanakan di lokasi kerja apabila; Semakan Harian mempunyai beza jarak melebihi 10
mm dan apabila setiap kali memulakan kerja ukur yang baru.
a) Tanamkan piket A dan B dengan jarak tidak kurang daripada 50 m
A (pkt) 50 m B (pkt)
b) Pasangkan EDM di A dan Prism di B, dan ukur jarak A ke B.
c) Tanam Pkt di C lebih kurang dipertengahan garisan AB
A (pkt) 24m C (Pkt) 26m B (Pkt)
Alihkan EDM di C dan pasangkan Prism di A dan B, ukur jarak CA dan CB
Jarak AB hendaklah dibandingkan dengan jumlah jarak CA + CB; Jika didapati jarak melebihi 10
mm, alat yang diuji tidak boleh digunakan, ianya hendaklah dibuat ujian kalibrasi
4
BAB 3
PENGGUNAAN eTSM
Prosedur penggunaan eTSM
• Penyambungan (connection) alat PDA dan TS.
1. Pasangkan kabel yang menghubungkan antara alat PDA dan Total Station. Hidupkan alat
Total Station dan alat PDA.
2. Pada alat PDA buka perisian eTSM. Akan muncul paparan menu utama. Klik pada ‘Job’
→ ‘New Job’.
3. Namakan data fail bagi kerja pengukuran hari tersebut. Antara data yang perlu diisi ialah:
- Name: (Nama Kerja)
- Folder: None
- Type: (*.ebk)
- Location: Storage Card
5
4. Kemudian, tekan butang ‘Save’.
5. Seterusnya, pada paparan menu klik ‘Job’ → ‘Open Job’. Pilih fail yang telah dinamakan
pada langkah sebelum ini.
6. Perkara utama yang perlu dibuat sebelum pengukuran menggunakan eTSM ialah membuat
perhubungan ‘connection’ antara alat Total Station dengan perisian tersebut.
7. Pada paparan menu PDA, pilih ‘Job’ → ‘Test Connection’. Pada alat TS, tekan ‘External
Connection’ → ‘Settings’.
6
8. Paparan berikut akan terpapar pada alat PDA. Pastikan tetapan pada ‘Connection
Manager’ PDA sama dengan tetapan pada alat TS. Antara tetapan yang perlu dibuat ialah:
- Com. Port
- Baudrate
- Databits
- Parity
- Stopbits
- Alat Ukur : (Model TS)
9. Setelah semua tetapan pada PDA dan TS telah sama. Pada alat PDA, tekan ‘Save’ untuk
simpan tetapan. Kemudian, klik pada ‘Test’ → ‘Initialise’.
7
10. Connection antara kedua-dua alat akan dikira berjaya sekiranya nilai bearing pada TS
menjadi sifar (00º 00’ 00”). Sekiranya connection gagal, cuba lagi dengan mengubah nilai
tetapan pada nilai ‘baudrate’ dan ‘parity’ bagi kedua-dua alat sehingga berjaya.
• DFT
1. Untuk memulakan DFT, pada paparan menu PDA klik ‘Survey’ → ‘Diff. Field Test’.
8
2. Halakan alat TS yang didirikan atas titik A ke prisma yang berada di titik B. Pada paparan
DFT PDA untuk A-B, tekan butang ‘Measure’.
3. Ulangi langkah untuk C-A da C-B mengikut arahan (Step) yang tertera pada PDA. Butang
pada alat TS tidak perlu digunakan kerana ianya dikawal sepenuhnya oleh aplikasi eTSM.
4. Setelah mencerap data DFT, eTSM akan menghitung nilai selisih bagi alat TS secara
automatik.
5. Tekan butang ‘Save’ dan .ebk bagi DFT akan dihasilkan.
• Datum
1. Sebelum memulakan kerja terabas, data bagi datum terabas tersebut perlu dimasukkan ke
dalam eTSM. Syarat-syarat bagi pemilihan dan penubuhan datum perlu lah dipatuhi seperti
yang tertera dalam Pekeliling Ukur Kadaster JUPEM.
2. Dirikan alat TS di Stesen 2 dan alat prisma di Stesen 1 untuk dijadikan sebagai ‘back
bearing’.
3. Tekan ‘Survey’ → ‘Datum’. Paparan Datum akan dipaparkan pada skrin. Isi setiap
maklumat yang diperlukan seperti, dari mana nilai datum tersebut diperolehi, nilai bearing
datum tersebut, nombor batu dan jenis batu pada stesen tersebut.
9
4. Halakan alat TS pada prisma dan tekan butang FL, butang tersebut terletak di bahagian
menu bawah yang merupai symbol meter yang bewarna kuning. Selesai cerapan penyilang
kiri, ambil bacaan bagi cerapan penyilang kanan pula.
5. Tekan butang ‘Save’ untuk menyimpan data bagi Datum yang telah direkod.
10
• Terabas
1. Dirikan alat di stesen 3 sebagai pandangan hadapan. Untuk menjalankan ukur terabas
dengan menggunkan eTSM, pertama sekali klik ‘Survey’ → ‘Traverse’. Satu paparan
bagi traverse akan ditunjukkan pada skrin.
2. Pada bahagian ‘Traverse Stn’, masukkan nombor stesen yang telah dijadikan datum
sebelum ini serta nombor stesen yang akan dicerap. Masukkan juga jenis batu bagi stesen
tersebut.
3. Halakan alat TS yang berada di Stesen 2 ke prisma yang berada di Stesen 1(back bearing),
kemudian tekan butang ‘P. Kiri’ untuk masukkan semula (recall) nilai bearing datum yang
telah disimpan sebelum ini. Nilai bearing akan ditetapkan → ‘Brg Set’ → OK.
11
4. Halakan pula TS ke prisma yang berada di stesen 3. Tekan butang ‘FL’ iaitu face left bagi
mencerap bacaan bearing bagi penyilang kiri stesen tersebut. Nilai bearing dan jarak bagi
stesen 2-3 akan dipaparkan.
5. Seterusnya, tukar penyilang kanan. Halakan semula prisma ke stesen 1 dan tekan butang
P. Kanan di bahagian atas untuk recall nilai bearing. Setelah bearing ditetapkan, halakan
prisma ke stesen 3 semula dan tekan butang ‘FR’ untuk face right.
6. Setelah kesemua nilai bearing dan jarak bagi kedua-dua penyilang di stesen tersebut siap
dicerap, tekan butang ‘Save’ symbol disket kelabu untuk menyimpan data tersebut. Data
perlu disimpan setiap kali sebelum berubah ke stesen seterusnya.
7. Ulangi langkah 1-6, sehingga semua stesen terabas telah diduduki.
12
• Bearing Close
1. Untuk stesen terakhir, bearing close akan digunakan bagi menutup terabas tersebut. Klik
‘Survey’ → ‘Bearing close’.
2. Pada bahagian ini, langkah yang perlu dilakukan adalah sama dengan langkah dalam
cerapan terabas. Namun yang membezakannya ialah, ‘Brg. Terikat.
3. Setelah semua data cerapan diisi, tekan butang ‘Save’ bagi menyimpan data bearing close
tersebut.
13
• Close Statement
1. Setelah terabas telah ditutup, close statement akan dilakukan bagi mencari nilai tikaian C
correction bagi kerja ukur tersebut.
2. Klik ‘Survey’ → ‘Close Statement’.
3. Paparan seperti berikut akan tertera. Masukkan nombor stesen yang digunakan sebagai
datum pada awal pengukuran bagi mencari nilai selisih.
4. Nilai bacaan dari bearing close akan dibandingkan dengan nilai datum bagi mencari selisih.
Seterusnya, perisian eTSM akan mengira selisih C correction bagi setiap stesen. Hasil
hitungan akhir akan akan dikeluarkan dalam bentuk pembukuan digital (.ebk).
14
• Pembukuan Digital
1. Untuk melihat semula pembukuan digital (.ebk), klik ‘Record’ → ‘View Fieldbook’.
Antara contoh hasil akhir adalah seperti yang tertera:
Differential Field Test (DFT)
Pembetulan C