shukriah binti ismail - faculty of education
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA.
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004.
SHUKRIAH BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ Judul : PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN TERHADAP
PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya : SHUKRIAH BINTI ISMAIL mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
__________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 281, KAMPUNG BANGGOL, AHMAD MUHYUDDIN BIN HAJI HASSAN 22100, SETIU, Nama Penyelia BANDAR PERMAISURI, TERENGGANU. Tarikh : 15 MAC 2004 Tarikh : 15 MAC 2004
√
Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Shukriah Binti Ismail
Tarikh : 15 MAC 2004
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN
TERHADAP PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004.
SHUKRIAH BINTI ISMAIL
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Shukriah Binti Ismail
Tarikh : 15 MAC 2004
Dedikasi
Ayah bonda, terima kasih di atas doa dan dorongan serta nasihat yang tidak pernah jemu
dihulurkan. Semoga kalian sentiasa diberkati Allah.
Adik-adik akak yang sentiasa memberikan sokongan dan keceriaan dalam hidup ini.
Datuk nenek, nasihat yang kalian berikan InsyaAllah akan sentiasa tersemat di sanubari.
Kerana doa dan dorongan kalian, diriku berada di UTM ini.
Sue kesayangan, terima kasih tidak terhingga. Ingatan dan nasihatmu sentiasa
menyedarkan siapa diriku di bumi Tuhan ini.
Paling utama pembimbing yang tidak pernah jemu menghulurkan tunjuk ajar Ustaz
Ahmad Muhyuddin Hj Hassan.
Terima kasih yang tidak terhingga. JASAMU dikenang.
Tidak lupa juga semua pensyarah UTM, semoga segala jasa dan tunjuk ajar diberkati
Allah hendaknya.
Buat teman-teman seperjuangan terutamanya Umi, Noi, Mila, Zati, P-nah dan Dihah,
suka duka bersama di UTM ini tetap akan menjadi ingatan. Buat semua teman
seperjuangan…semoga cita-cita kita menjadi kenyataan.
Akhir sekali, UTM puncak bernaung…..terima kasih. Keranamu aku
menjadi insan yang berguna.
PENGHARGAAN
بسم االله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan
Inayah-Nya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta
salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Muhyuddin
Haji Hassan selaku penyelia dan pembimbing saya. Segala tunjuk ajar dan panduan
yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amat saya hargai dan sanjungi. Semoga
Allah S.W.T melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa serta
keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa sahaja
yang saya lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Kompleks Islam Johor Bahru, Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin dan lain-
lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna buat saya.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi
memberi tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang
baik kepada saya. Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah hendaknya.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terbabit sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T
yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada
Allah S.W.T. Wassalam.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penggunaan internet di
kalangan mahasiswa. Kajian ini melibatkan sebanyak 127 responden yang terdiri
daripada pelajar tahun satu, tiga dan empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor. Kajian ini difokuskan kepada melihat sejauhmana hubungan responden
dengan internet, sejauhmana peranan internet dalam membantu proses
pembelajaran responden dan melihat bagaimanakah pengaruh internet dari aspek
hiburan, sosial dan keagamaan terhadap responden. Satu set soal selidik
mengandungi 42 item yang terbahagi kepada empat bahagian diedarkan bagi
mendapatkan jawapan kepada kajian. Bahagian A dijawab berdasarkan
kesesuaian, manakala bahagian B, C dan D pula dijawab menggunakan Skala
Likert. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS 11.0 (Statistical
Package For The Social Science) dengan memberi tumpuan kepada kekerapan,
peratusan dan min. Hasil daripada kajian ini mendapati hubungan pelajar dan
internet adalah rapat dengan min keseluruhan 3.59. Internet juga memainkan
peranan yang besar sebagai sumber maklumat dalam membantu proses
pembelajaran pelajar iaitu dengan min keseluruhan sebanyak 3.91. Di samping
itu, pengaruh internet dari aspek keagamaan adalah rendah dengan min
keseluruhan 3.38, begitu juga dengan aspek hiburan dan sosial, dengan min
keseluruhan masing-masing 2.59 dan 2.61. Beberapa cadangan telah
dikemukakan ke arah penggunaan internet secara positif di kalangan mahasiswa.
ABSTRACT
The purpose of this research is to examine the use of the internet among
students. This research involves 127 respondents consist of first, third and fourth
year Bachelor of Science in Education (Islamic Studies) students from the Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The focused of this study
were: the relation between students and the internet; the internet’s role in helping
students in their learning process, and how the internet influences students from the
entertainment, social and religious aspects. A four-part questionnaire that consisted
of 42 items was distributed among the respondents. Part A was answered according
to the applicable, and parts B, C and D were answered using the Likert Scale. The
collected data was analysed using SPSS 11.0 (Statistical Package for Social Science)
software to get the frequency, percentage and mean figures. From the results, the
researcher found out that students rely very much on the internet with mean 3.59. It
plays a major role as a source of information in helping the students’ learning with
mean 3.91. In addition, the internet’s positively influenced students from the
religious aspect with mean 3.38, entertainment aspects with mean 2.59 and social
aspects with mean 2.61. Several suggestions had been proposed to encourage
positive internet use among students.
DAFTAR KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
DAFTAR KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Penggunaan 9
1.8.2 Internet 9
1.8.3 Mahasiswa 10
1.8.4 Pelajar 10
1.8.5 SPI 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Sejarah Internet 12
2.3 Internet Di Malaysia 15
2.4 Aplikasi-Aplikasi Internet
2.4.1 Mel Elektronik (E-Mail) 16
2.4.2 Khidmat Penyebaran Maklumat
Secara Meluas 17
2.4.3 Capaian Komputer Jarak Jauh 17
2.4.4 Pemindahan Fail 17
2.4.5 Archieserver 18
2.4.6 Gopher 18
2.4.7 Perkhidmatan Hujung Jari 18
2.4.8 Internet Relay Chat 18
2.4.9 Usenet 19
2.4.10 Gandaan Dimensi Pengguna 19
2.4.11 Sistem Papan Berita 19
2.4.12 Berita Kumpulan 19
2.4.13 Pelayar Web 20
2.5 Mahasiswa Dan Internet 20
2.6 Kajian-Kajian Terdahulu 25
2.6.1 Kajian Mengenai Penggunaan Internet
Di Kalangan Guru-Guru 25
2.6.2 Kajian Mengenai Penggunaan Internet
Untuk Tujuan Pembelajaran 26
2.6.3 Kajian Mengenai Penggunaan Internet
Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (4 STP KDPK) 27
2.6.4 Kajian Mengenai Pengaruh Internet
Terhadap Pembelajaran Pelajar 28
2.7 Perbezaan Kajian Penyelidik Dengan Kajian-kajian Lepas 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 33
3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 35
3.6 Analisis Data 35
BAB 4 ANALISIS DATA 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A
Latar Belakang Responden 38
4.3 Bahagian B, C Dan D
Keputusan Dan Analisis Soal Selidik 44
4.3.1 Bahagian B
Hubungan Responden Dan Internet Yang
Digunakan Sebagai Sumber Maklumat 44
4.3.2 Bahagian C
Peranan Internet Sebagai Sumber Maklumat
Dalam Pembelajaran Responden 53
4.3.3 Bahagian D
Pengaruh Internet Terhadap
Pengajian Responden Dari Aspek 57
4.3.3.1 Hiburan, 57
4.3.3.2 Sosial 59
4.3.3.3 Keagamaan 62
4.4 Kesimpulan 65
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Latar Belakang Responden 67
5.2.2 Hubungan Responden Dan Internet
Yang Digunakan Sebagai Sumber
Maklumat Oleh Pelajar 68
5.2.3 Peranan Internet Sebagai Sumber
Maklumat Pelajar 70
5.2.4 Pengaruh Internet Terhadap Pengajian
Responden Dari Aspek
5.2.4.1 Hiburan 71
5.2.4.2 Sosial 73
5.2.4.3 Keagamaan 74
5.3 Purata Min Berdasarkan Persoalan Kajian 75
5.4 Rumusan 76
5.5 Cadangan 77
5.5.1 Mahasiswa 78
5.5.2 Ibu Bapa 78
5.5.3 Kerajaan 79
5.5.4 Universiti 79
5.6 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 80
5.7 Penutup 80
SENARAI RUJUKAN 81
LAMPIRAN 84
SENARAI JADUAL
No Jadual Tajuk Muka Surat
1 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal Selidik
Bahagian B, C Dan D 36
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Umur Responden 39
4.3 Taburan Tahun Kursus Responden 39
4.4 Taburan Pekerjaan Bapa Responden 40
4.5 Taburan Pekerjaan Ibu Responden 40
4.6 Taburan Komputer Di Rumah Responden 41
4.7 Taburan Internet Di Rumah Responden 42
4.8 Taburan Kebiasaan Responden Melayari
Internet Di Luar Rumah 43
4.9 Taburan Responden Mencari Maklumat Tambahan
Untuk Pelajaran 45
4.10 Taburan Masa Responden Melayari Internet 45
4.11 Taburan Masa Responden Mencari Maklumat
Untuk Tugasan 46 4.12 Taburan Masa Responden Mencari Maklumat Selain
Hiburan, Sosial Dan Keagamaan 47
4.13 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 1 47
4.14 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 2 48
4.15 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 3 48
4.16 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 4 49
4.17 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 5 49
4.18 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 6 50
4.19 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 7 50
4.20 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 8 51
4.21 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 9 51
4.22 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 10 52
4.23 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 11 53
4.24 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 12 53
4.25 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 13 54
4.26 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 14 55
4.27 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 15 55
4.28 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 16 56
4.29 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 17 57
4.30 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 18 57
4.31 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 19 58
4.32 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 20 58
4.33 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 21 59
4.34 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 22 60 4.35 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 23 60
4.36 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 24 61
4.37 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 25 61
4.38 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 26 62
4.39 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 27 62
4.40 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 28 63
4.41 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 29 63
4.42 Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 30 64
5.3 Purata Min Berdasarkan Persoalan Kajian 76
SENARAI RAJAH
No Rajah Tajuk Muka Surat
4.6 Taburan Responden Memiliki Komputer Di Rumah 41
4.7 Taburan Responden Memiliki Internet Di Rumah 42
4.8 Taburan Kebiasaan Responden Melayari
Internet Di Luar Rumah 43
4.9 Taburan Responden Mencari Maklumat Tambahan
Untuk Pelajaran 44
SENARAI SINGKATAN / ISTILAH
Game Perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud permainan.
Permainan yang dimaksudkan ialah permainan yang terdapat
di dalam komputer dan internet.
Siber kafe Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris: cyber cafe iaitu
tempat yang menempatkan komputer yang membekalkan
rangkaian internet yang disediakan oleh individu tertentu
dengan tujuan perniagaan.
e-group Ringkasan Bahasa Inggeris email group iaitu satu email khas
yang meletakkan ahli-ahli mereka dalam satu kumpulan. Ia
hanya boleh digunakan oleh ahli yang berdaftar sahaja.
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
IPT Institusi pengajian tinggi
SENARAI LAMPIRAN
No. Lampiran Tajuk Muka Surat
Lampiran A Soal Selidik 85 Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti 90
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada
pembangunan sains dan teknologi. Segala kemudahan ini telah menjadikan
kehidupan manusia maju ke hadapan. Segala keperluan dan kehendak dapat
dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Pada hari ini juga
manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau
mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan.
Demikian juga dalam dunia pendidikan hari ini, ilmu atau maklumat lebih
mudah diperolehi. Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan perkembangan teknologi
maya. Maklumat atau ilmu boleh diperolehi meskipun seseorang pelajar berada di
luar bilik darjah atau kuliah. Teknologi maya ini mampu menghubungkan manusia
di tempat berlainan meskipun pada waktu yang sama. Ia boleh dilaksanakan dengan
penggunaan internet. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan
yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang
sedia ada seperti pos dan telefon.
Selain itu, kos internet menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan
pengguna gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan mereka. Pelbagai maklumat
terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk
keperluan pengguna. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang
kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi. Oleh yang demikian, pengguna
akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai
maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna pada
waktu tersebut.
Walaupun demikian, dengan kemudahan yang tersedia ini, terdapat pihak
yang mengambil kesempatan bagi kepentingan diri sendiri. Mereka yang tidak
bertanggungjawab ini menyebarkan pelbagai maklumat. Maklumat tersebut pula
boleh menimbulkan pelbagai keburukan. Contoh maklumat-maklumat tersebut
adalah berita-berita palsu, khabar-khabar angin, gambar-gambar porno, lucah dan
sebagainya. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya dilihat atau ditonton oleh remaja
dan pelajar, apatah lagi mereka terdiri daripada orang Islam. Perkara-perkara ini
akan membawa kesan negatif terhadap diri individu yang terlibat. Jika perkara yang
berlaku itu adalah negatif, maka semestinya impak yang berlaku adalah negatif.
Implikasinya dapat dilihat dalam hubungan sosial antara seseorang pelajar dengan
pelajar yang lain.
Sepertimana yang dinyatakan di atas, perkara-perkara tersebut akan memberi
pengaruh yang buruk terhadap pengguna, termasuklah pelajar yang masih menuntut.
Golongan pelajar ini, kebanyakannya terdiri daripada remaja yang masih mentah dan
mempunyai ketahanan mental dan emosi yang lemah. Akibatnya, ia akan melahirkan
generasi yang berbudaya negatif seperti vandalisme, seks bebas, black metal dan
sebagainya.
Melihat kepada peningkatan jenayah juvana dan dekadensi moral di kalangan
remaja, generasi muda khususnya pelajar amat penting dididik dengan pendidikan
agama dan moral. Tugas dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan untuk
mengelakkan daripada berlaku pelbagai masalah sosial. Ini kerana masalah sosial
akhirnya akan membawa keruntuhan akhlak dalam sesebuah masyarakat.
Keharmonian tidak dapat diwujudkan jika generasi pada hari ini sentiasa terdedah
dengan unsur-unsur negatif.
Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran al-Karim:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا )6(يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.
(Surah at-Tahriim ayat 6)
Ayat al-Quran di atas adalah perintah Allah agar umat Islam menjauhkan diri
daripada perkara-perkara merosakkan diri sendiri. Lantaran dari itu, pelbagai usaha
perlu dilakukan demi membentuk generasi intelek pada masa akan datang lengkap
dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan
agar matlamat tersebut mampu terlaksana. Sikap prihatin terhadap perubahan
semasa perlu sentiasa dipantau supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan.
Pepatah Melayu ada mengatakan “ Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”.
Berbalik kepada pengguna internet, pelbagai golongan yang
mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah orang awam,
remaja, para pelajar, golongan pendidik, ahli-ahli sains, pekerja awam dan swasta,
ahli perniagaan dan sebagainya. Mereka menggunakan internet untuk menguruskan
hal-hal pekerjaan atau peribadi. Walaupun begitu, penulisan ini ditumpukan kepada
pelajar IPT yang menggunakan internet untuk membantu proses pengajian mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar-pelajar pada hari ini dianggap amat beruntung. Ini kerana dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak perlu bersusah payah seperti
orang-orang dahulu. Hal ini berlaku dengan munculnya pelbagai kemudahan kesan
daripada perkembangan sains dan teknologi. Salah satu daripada perkembangan
teknologi pada hari ini adalah komputer dan internet. Internet membolehkan mereka
berhubung dengan pensyarah, rakan-rakan, malah ibu bapa dengan lebih mudah dan
cepat walaupun berada dalam jarak yang jauh.
Pelajar IPT merupakan antara golongan terbanyak mengaplikasikan internet.
Mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat, isu-isu semasa, bersosial,
mencari hiburan dan sebagainya. Sungguhpun begitu, yang paling utama bagi
seseorang pelajar ialah menggunakan kemudahan yang ada ini untuk untuk
membantu pembelajaran mereka. Contohnya, mereka menjadikan internet sebagai
bahan rujukan, sumber maklumat tambahan dalam membuat kerja-kerja kursus.
Sungguhpun internet merupakan satu alat kemudahan yang besar manfaatnya,
dewasa ini, ia juga boleh meninggalkan pengaruh negatif. Ini kerana para pelajar
yang menggunakan internet tidak terlepas daripada unsur-unsur atau maklumat-
maklumat negatif. Antara unsur-unsur negatif yang terdapat dalam internet ialah
laman-laman web yang memaparkan gambar-gambar porno dan lucah, penyebaran
maklumat-maklumat palsu, fitnah, skim cepat kaya dan khabar-khabar angin. Unsur-
unsur negatif tersebut akan mempengaruhi pelajar menyalahgunakan kemudahan
internet ini. Hal yang berlaku ini akan merosakkan pengajian dan masa depan
mereka.
Tanggal 2 Ogos 2003, Edisi Siasat yang disiarkan di NTV7 telah
memaparkan tentang salah laku pelajar IPT yang bertajuk “Seks Di Tangga Oleh
Pelajar IPTA”. Ini membuktikan bahawa pelajar yang bergelar remaja tidak segan
silu melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama. Perbuatan ini dilakukan seolah-
olah mereka tidak memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Apa
yang penting bagi mereka adalah keseronokan. Oleh itu, siapakah yang patut
dipersalahkan dalam hal ini?. Adakah hal ini berlaku kerana pengaruh internet atau
terdapatkah faktor-faktor lain yang boleh dikaitkan?.
Menurut Dewan Agama Dan Falsafah (2002:22), satu kajian yang dijalankan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia “Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja”
terdapat 38.1 peratus remaja menonton video lucah, 36.2 peratus melihat atau
membaca majalah lucah, dan 26.6 peratus lagi pernah melakukan hubungan seks
sebelum bernikah. Jika hal ini berlaku, tidak mustahil internet juga turut menjadi alat
untuk remaja melihat perkara-perkara yang boleh merosakkan minda mereka.
Oleh kerana itu dalam memastikan keadaan negatif ini tidak berterusan,
semua pihak seperti ibu bapa, pendidik dan sebagainya perlu melakukan kawalan dan
pemantauan. Tujuannya agar kemudahan yang sedia ada ini sentiasa menjurus ke
arah positif. Unsur-unsur negatif perlu dihindarkan demi melahirkan generasi
berwawasan yang memiliki jasmani, emosi, rohani dan intelek yang bersih. Di
samping itu, ilmu yang dipelajari mampu menjana pembangunan akademik dan
sahsiah pelajar selaras dengan matlamat agama dan negara.
1.3 Pernyataan Masalah
Maklumat-maklumat tambahan dari internet yang dicari dapat membantu
pelajar menjalani proses pembelajaran dengan lebih lancar. Persoalannya
sejauhmanakah hubungan pelajar dan internet sebagai sumber maklumat dalam
proses pengajian mereka. Selain itu, sejauhmanakah internet memainkan peranan
dalam membantu pelajar menjalani proses pengajian mereka. Ini kerana, internet
merupakan alat baru yang popular di kalangan pelajar. Seterusnya bagaimanakah
pengaruh internet dari aspek hiburan, sosial dan keagamaan. Para pelajar
menggunakan internet sebagai alat perhubungan sesama rakan dan pensyarah.
Di samping itu, mereka juga menggunakan internet bagi mencari laman-
laman web yang berkaitan dengan pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini dari
internet boleh menambahkan pengetahuan dan membantu kajian mereka. Faktor-
faktor internet seperti mudah dicapai, masa pencarian yang singkat berbanding
dengan buku dan bahan di perpustakaan atau pusat sumber menyebabkan ramai
berminat menggunakannya. Kos yang digunakan juga amat menjimatkan. Maka jelas
bahawa internet memberi kebaikan kepada pelajar. Selain daripada itu juga, pelajar
boleh mencari hiburan, game dan sebagainya.
Pengaruh negatif dari internet perlu dihindari. Oleh itu, ibu bapa, pendidik
dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan supaya remaja yang bergelar
pelajar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak sihat ini. Mereka
merupakan generasi pewaris negara untuk menyempurnakan Wawasan 2020.
Amanah dan tanggungjawab yang berat perlu dipikul demi mempertahankan
kesejahteraan negara ini. Selain itu, mereka juga merupakan bakal pendidik generasi
akan datang. Apa sahaja bentuk pendidikan yang diperolehi pada hari ini akan
diterapkan dalam pendidikan masa hadapan.
Lantaran itu, pihak-pihak tertentu perlu mencari jalan terbaik bagi membantu
pelajar menggunakan internet. Langkah-langkah perlu diambil bagi memandu
pelajar menggunakan internet dengan cara yang betul. Ini bertujuan untuk
mengelakkan bidang pendidikan daripada dicemari unsur-unsur negatif. Satu kajian
menyeluruh perlu dilakukan bagi mencari punca utama pengaruh negatif yang
berlaku di IPT
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh
pengkaji. Objektif tersebut adalah seperti di bawah:
1.4.1 Melihat sejauhmanakah hubungan pelajar dan internet yang digunakan
sebagai sumber maklumat oleh pelajar.
1.4.2 Melihat sejauhmanakah peranan internet dapat membantu proses pengajian
mereka.
1.4.3 Meninjau bagaimanakah pengaruh internet dari aspek hiburan, sosial dan
keagamaan terhadap pengajian mereka.
1.5 Persoalan Kajian
Dari segi objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang
ingin dijawab ialah: