si kura

2
SI KURA-KURA MEMBALAS BUDI “Tolong! Tolong!” laung Si Kura-kura. Beberapa ekor ikan yang mendengar teriakan itu segera menuju ke tempat tersebut. Mereka mendapati Si Kura-kura telah tersepit di celah-celah batu. “Eh, kesiannya!” kata seekor ikan. “Jom kita bantunya,” kata yang lain pula. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya. Mereka memutuskan untuk meminta bantuan dari ikan-ikan yang lebih besar. Akhirnya mereka berjaya mengalihkan batu itu dan menyelamatkan Si Kura-kura. “Terima kasih ikan-ikan semua. Kalau tidak, apalah yang akan terjadi pada saya,” ucap Si Kura-kura. “Sama-sama….itu adalah tanggungjawab kami membantu kesusahan kawan-kawan yang lain,” kata si ikan merah. Namun begitu terdapat sekumpulan ikan lain yang tidak begitu senang dengan tindakan ikan-ikan itu menolong Si Kura-kura. “Mengapa kamu semua menolongnya, padahal dia bukan dari kaum kita!” kata mereka dengan angkuh. “Ini tempat kita, mengapa dia berada di sini?” tambah yang lain pula. Si kura-kura hanya terdiam apabila mendengar perkataan yang menyakitkan hati itu. Namun kumpulan ikan yang menolongnya memintanya bersabar sahaja. Suatu hari, sedang Si kura-kura berada di dataran di tepi sungai itu, dia ternampak beberapa orang mahu menjala ikan. Si kura-kura segera menyelam ke dasar sungai dan memberitahu ikan-ikan di situ hal tersebut dan meminta mereka pergi dari situ dengan secepat mungkin. Ikan-ikan itu pun segera meninggalkan tempat itu. Namun kumpulan ikan yang membenci Si kura-kura tidak mengendahkannya. “Ah! Nak tunjuk pandai di kawasan kita pula, “ ejek mereka. Akibatnya kumpulan ikan yang degil itu telah masuk perangkap tadi.

Upload: annreetha-anthony

Post on 08-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

SI KURA-KURA MEMBALAS BUDITolong! Tolong! laung Si Kura-kura. Beberapa ekor ikan yang mendengar teriakan itu segera menuju ke tempat tersebut. Mereka mendapati Si Kura-kura telah tersepit di celah-celah batu.

Eh, kesiannya! kata seekor ikan. Jom kita bantunya, kata yang lain pula.

Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya. Mereka memutuskan untuk meminta bantuan dari ikan-ikan yang lebih besar. Akhirnya mereka berjaya mengalihkan batu itu dan menyelamatkan Si Kura-kura.

Terima kasih ikan-ikan semua. Kalau tidak, apalah yang akan terjadi pada saya, ucap Si Kura-kura. Sama-sama.itu adalah tanggungjawab kami membantu kesusahan kawan-kawan yang lain, kata si ikan merah.

Namun begitu terdapat sekumpulan ikan lain yang tidak begitu senang dengan tindakan ikan-ikan itu menolong Si Kura-kura.

Mengapa kamu semua menolongnya, padahal dia bukan dari kaum kita! kata mereka dengan angkuh. Ini tempat kita, mengapa dia berada di sini? tambah yang lain pula.

Si kura-kura hanya terdiam apabila mendengar perkataan yang menyakitkan hati itu. Namun kumpulan ikan yang menolongnya memintanya bersabar sahaja.

Suatu hari, sedang Si kura-kura berada di dataran di tepi sungai itu, dia ternampak beberapa orang mahu menjala ikan. Si kura-kura segera menyelam ke dasar sungai dan memberitahu ikan-ikan di situ hal tersebut dan meminta mereka pergi dari situ dengan secepat mungkin.

Ikan-ikan itu pun segera meninggalkan tempat itu. Namun kumpulan ikan yang membenci Si kura-kura tidak mengendahkannya. Ah! Nak tunjuk pandai di kawasan kita pula, ejek mereka.

Akibatnya kumpulan ikan yang degil itu telah masuk perangkap tadi.

Tolong! Tolong! jerit mereka tetapi tiada siapa yang dapat membantu. Akhirnya mereka semua menjadi mangsa.

Pengajaran yang kita perolehi daripada cerita ini adalah, kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain walaupun bukan dari kalangan kita.