sidang redaksi mesej - bnm.gov.my · pdf filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ......

12

Upload: hoangquynh

Post on 11-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya
Page 2: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden, FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Sharala Devi Thayakaran

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-

Pengguna MalaysiaNo. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanMalaysia

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 8, Jalan 14/49

46100 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

MalaysiaTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul EhsanMalaysia

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Mesej Presiden FOMCARinggit adalah penerbitan bulanan untukmembantu pengguna dalam menguruskankewangan mereka ke arah kesejahteraankewangan. Banyak faktor yang mempengaruhipengguna dalam menguruskan kewangansepanjang hayat mereka.

Pada satu aspek, semua pihak, khususnyagolongan belia dan remaja, perlu mempelajaripengurusan kewangan yang baik. Mereka perlumemahirkan diri mereka tentang aspekmenyimpan, melabur, membuat perancangankewangan dan mengawal perbelanjaan untukmencapai matlamat hidup. Pengurusankewangan yang baik akan memberi manfaatdalam bentuk kualiti hidup yang lebih tinggi

Dalam aspek yang lain pula, pengurusankewangan mempunyai kaitan yang rapat dengannilai dan gaya hidup. Sebagai contoh, walaupunkita berkemahairan dengan segala aspekpengurusan kewangan, tetapi jika kitamempunyai tabiat suka membandingkan denganorang lain, dan merasakan bahawa orang lainmempunyai barang yang lebih mewah. Makakita akan berasa malu dengan kedudukantersebut dan ingin membeli barang yang serupasupaya kita sekurang-kurangnya “sama” denganorang lain. Kita sentiasa berikat dengan “kitaranperbelanjaan” untuk mencapai status

MENJANGKAU KEPADA PENGGUNA –SUATU USAHA YANG BERTERUSAN

Lahirnya penerbitan RINGGIT ini merupakan satulakaran sejarah yang penting bagi penggunakewangan di Malaysia. Persekitaran kewanganyang kian kompleks serta kemunculan pelbagaiproduk kewangan yang inovatif dan canggihturut menjadi cabaran kepada pengguna untukmemahami produk dan perkhidmatan yangditawarkan kepada mereka.

RINGGIT merupakan penerbitan usaha samaFOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasamaini membolehkan jangkauan yang lebih luasdalam usaha untuk meningkatkan kesedaranpengguna kepada tahap yang lebih tinggiterhadap isu-isu kewangan. Sesungguhnya inimerupakan komitmen kami untuk mewujudkanaktivisme dan perlindungan kewangan yanglebih baik.

Perlindungan terbaik bagi pengguna adalahmenerusi kesedaran, pengetahuan dankemahiran tentang hak dan tanggungjawabmereka. Semua ini dapat meningkatkankeupayaan mereka untuk lebih cekap dan mahirdalam pengurusan kewangan.

Bank Negara Malaysia sentiasa peka terhadapkeperluan masyarakat keseluruhannya.Pelbagai undang-undang dan peraturan telah

Mesej Bank Negara Malaysia

sebagaimana orang lain. Jika kita bersikapseperti ini, kehidupan kita tidak akan bahagia.

Statistik tentang cara penggunaMalaysia menguruskan kewangan merekaamat tidak menggalakkan. 50% daripada rakyatMalaysia yang diisytiharkan bankrap keranahutang kad kredit adalah mereka yang berumurdi bawah 30 tahun. Dalam kajian lain pula,37% responden menyatakan bahawakedudukan kewangan mereka adalahtergugat. Dalam pada itu, terdapat jugapenemuan kajian yang positif, apabila 93%responden menyedari kepentinganperancangan kewangan.

Ringgit adalah sumbangan FOMCA danBank Negara Malaysia untuk menyedarkanpengguna akan kepentingan pengurusankewangan. Pihak kami berharap agarpenerbitan ini dapat membina nilai dan sikapyang baik terhadap penggunaan wang yangbetul, menyemai tabiat menabung danmembekalkan kemahiran kaedah pengurusankewangan yang berkesan.

Datuk Marimuthu NadasonPresiden, FOMCA

diwujudkan tentang amalan pasaran danketelusan produk yang perlu dipatuhi olehpenyedia perkhidmatan kewangan.Pengawasan dan tindakan penguatkuasaanterus dilakukan bagi memastikan penyediaperkhidmatan kewangan mengendalikanperkhidmatan mereka dengan cara yangbersesuaian dan adil. Caj perkhidmatan yangdikenakan juga perlu setimpal dengan produkdan perkhidmatan kewangan yangdisediakan. Begitu juga, institusi kewanganperlu telus tentang kadar bayaran dan cajyang dikenakan. Selain itu, pengguna yangmenghadapi masalah berkaitan isu kewangantelah disediakan pelbagai bantuanpenyelesaian dan khidmat nasihat bagimembantu mereka. Maklumat yang terperincidisediakan untuk rujukan pembaca.

Penerbitan RINGGIT merupakan sebahagiandaripada usaha yang berterusan dalampendidikan kewangan. Adalah menjadiharapan kami penerbitan RINGGIT dapatmenyediakan maklumat yang komprehensif,bermakna dan bermanfaat kepada parapengguna.

Abu Hassan Alshari YahayaPengarah, Jabatan Komunikasi KorporatBank Negara Malaysia

Page 3: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

• 3

Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan.Namun begitu secara umumnya, rakyat Malaysiadidapati tidak menguruskan kewangan mereka dengancekap. Ini berdasarkan kepada statistik yangmenunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kadkredit yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur30 (Malay Mail, 15/6/2009). Pada umur yang muda,mereka sudah jadi muflis.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)dalam laporannya menyatakan golongan inilah yangmenghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27%menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akankegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakanbahawa mereka menghadapi keadaan susah keranapengurusan yang lemah.

Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (TheStar, 19/2/2009) pula:

• 37% responden menyatakan bahawa merekaagak bimbang akan masa hadapankewangan mereka;

• Secara purata, rakyat Malaysia mempunyaisimpanan hanya untuk sebelas minggusahaja;

• Sejumlah 12% menyatakan bahawa merekatidak menabung sama sekali;

• Sejumlah 66% tidak yakin dengan simpananpersaraan mereka;

• Hanya 22% mempunyai rancangan persaraanyang formal;

• Walaupun 86% menyatakan bahawa merekacuba mematuhi kepada bajet, hanya 28%berjaya mematuhi bajet mereka; dan

• Lebih 25% tidak pernah berfikir ataumemulakan rancangan persaraan mereka.

Di dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh MalayMail (14/10/08) bertajuk, “Generation Y just doesn’tcare – What recession? It is a non-event for youngMalaysians” melaporkan bahawa, walaupun Malaysiamengalami kegawatan pada ketika itu:

• Belia masih berbelanja RM 300 – RM 500sebulan untuk hiburan dan riadah;

• Mereka terlalu suka untuk membeli belahsehinggakan dilabelkan sebagai “dreamconsumers”; dan

• Ramai memiliki telefon bimbit yangmempunyai teknologi yang terkini

Dalam satu lagi kajian yang dilakukan oleh CIMB(11/11/2008), terdapat 93% yang ditemudugamenyatakan bahawa mereka sedar akan keperluanpengurusan kewangan.

Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididikdan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan danpengurusan kewangan.

Dalam merancang kewangan, kita harus bertanyakepada diri sendiri tentang harapan, masa depan danmatlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa

Pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalampelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.

Keperluan Pengurusan Kewangan

Page 4: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

4 •

yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membelikereta, berkahwin, mendapatkan anak, pendidikananak, melancong dan bersara.

Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyaikepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewanganyang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kitapeluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupankita berubah, maka kehendak dan keperluan kita jugaberubah, Perancangan kewangan menyediakan diri kitauntuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.

Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara-cara membuat belanjawan, menabung danmembelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yangtertentu.

Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekapkita akan merasakan bahawa kita berupaya untukmengawal kewangan kita dan memastikan kita akanberbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selainitu dapat menguruskan hutang dengan baik sertamengelak daripada kesan-kesan negatif sepertimenjadi muflis atau bergantung kepada orang lainseperti ibu bapa atau anak-anak kita.

Kita juga akan mempunyai perhubungan sosial yangbaik dengan ahli keluarga, kawan dan rakan-rakansekerja kerana anda tidak meminjam wang daripadamereka setiap kali kita mempunyai masalah kewangan.

Kita juga akan merasa bebas daripada masalahkewangan kerana kita telah merancang akan keperluanmasa hadapan serta mempunyai tabungan atauinsurans untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahajauntuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga.

Maka dengan membuat perancangan kewangan, kitaakan menyedari akan keperluan masa kini dan masahadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta

Sekiranya kita merancang kewangandengan cekap kita akan merasakanbahawa kita berupaya untuk mengawalkewangan kita dan memastikan kitaakan berbelanja mengikut kemampuanyang sebenar ...

sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaikmungkin untuk memperolehi sumber dengan caraterbaik. Yang paling penting sekali, kita akan rasatenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupananda.

Penerangan

27% Hilang kawalan kad kredit22% Perancang kewangan yang lemah16% Perbelanjaan perubatan yang tinggi13% Kegagalan dan penurunan perniagaan9% Diberhentikan kerja8% Lain-lain2% Kematian atau kehilangan individu yang

menjadi punca pendapatan2% Pelaburan yang gagal1% Menjadi penjamin – yang pinjam tidak bayar

atau hilang

Sebab-sebab yang dihadapi olehpengguna dalam pembayaranhutang

Sumber: AKPK

Page 5: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

• 5

ISU PERBANKAN

Baca terma dan syarat perjanjian dengan telitiAnda perlu membaca dan memahami terma dansyarat perjanjian sesuatu produk sama adaberkaitan pinjaman atau pelaburan terlebih dahulusebelum menandatangani sebarang dokumen yangberkaitan.

Tanggungjawab sebagai penjaminAnda perlu memahami tanggungjawab dankewajipan anda sebagai penjamin. Sebagaipenjamin, anda terikat secara undang-undang untukmembayar balik pinjaman sekiranya peminjam tidakmenjelaskan pinjaman tersebut.

Pendedahan maklumat kewanganJangan mendedahkan maklumat kewangan andaseperti nombor akaun, nombor kad kredit, katalaluan akaun dan sebagainya kepada pihak ketigasama ada melalui telefon, e-mel atau mana-manapautan di laman web.

Transaksi di mesin ATMJangan membenarkan pihak ketiga melakukantransaksi di mesin ATM bagi pihak anda walaupunorang yang dikenali seperti pasangan anda.

Transaksi kad kreditKad kredit hendaklah digunakan sebagaikemudahan membuat bayaran dan digunakanmengikut kemampuan. Selepas sebarang transaksimenggunakan kad kredit, pastikan jumlah yangdimasukkan adalah betul dan pastikan kad kredityang dipulangkan adalah kepunyaan anda.

Penyerahan dokumenBerwaspada sebelum menyerahkan salinan kadpengenalan atau pasport kepada pihak ketiga selaindaripada institusi kewangan atau peguam-peguamyang bertindak bagi pihak anda. Salinan kadpengenalan hendaklah ditandakan di bahagian atas

sebelah kiri, tujuan salinan kad pengenalan itudiberikan.

Kemudahan perbankan internetJangan terpedaya untuk membuka akaunkemudahan perbankan internet hanya untukmembolehkan anda menerima hadiah atau hadiahwarisan daripada mana-mana pihak yang tidakdikenali. Ini merupakan satu cubaan penipuan!Jika anda telah berbuat demikian, segera hubungidan laporkan kepada bank anda dan pihak polisuntuk tindakan lanjut serta maklumkan kepadaBank Negara Malaysia.

Fungsi “memory cache”Sila pastikan anda log keluar (log-out) secarasempurna selepas selesai menggunakanperbankan internet dan padamkan “memorycache” selepas sebarang transaksi dilakukan.

Panduan KPanduan KepadaepadaOrang Ramai danOrang Ramai danPenggunaPenggunaBerkaitan Isu-isuBerkaitan Isu-isuKKewanganewangan

Sebagai penjamin, andaterikat secara undang-

undang untuk membayarbalik pinjaman sekiranya

peminjam tidak menjelaskanpinjaman tersebut.

Page 6: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

6 •

ISU INSURANS

Baca kontrak polisi dengan telitiAnda perlu membaca dan memahami terma dansyarat polisi selepas menerima kontrak polisidaripada syarikat insurans. Anda diberi masaselama 15 hari daripada tarikh penerimaan untukmeneliti kandungan polisi. Gunakan peluang iniuntuk memastikan maklumat adalah betul dan polisitersebut menepati keperluan anda. Anda hendaklahmemahami had-had atau klausa pengecualiannya.Jika perlu, dapatkan penerangan lanjut daripadasyarikat insurans atau ejennya.

Kepentingan pendedahanAnda mestilah mendedahkan semua fakta dalamborang permohonan anda sepenuhnya. Sekiranyaejen anda mengisikan borang permohonan untukanda, baca dan fahamilah keperluan dalam borangtersebut sebelum anda menandatangani borangtersebut. Jika tidak, polisi insurans anda mungkinterbatal atau syarikat insurans boleh menolaktuntutan anda.

Pembelian polisi insuransAnda boleh membeli polisi insurans sama ada terusdaripada syarikat insurans, melalui ejen insurans

yang sah, atau bank/institusi kewangan yangmempunyai urusan bankasurans dengan syarikatinsurans. Sekiranya anda membeli polisi insuransmelalui ejen, pastikan beliau adalah ejen yang sahbagi mana-mana syarikat insurans. Jika anda ragu-ragu, minta bukti pendaftaran/kad kuasa ejentersebut atau terus hubungi syarikat insuransberkenaan. Semua ejen yang sah adalah berdaftarsama ada di bawah Persatuan Insurans AmMalaysia (PIAM) atau Persatuan Insurans HayatMalaysia (LIAM).

Pembayaran premiumAnda mempunyai pilihan untuk membayar premiumterus kepada syarikat insurans atau melalui ejen.Anda hendaklah memastikan pembayaran dibuatatas nama syarikat insurans dan pastikan andamenerima resit rasmi daripada syarikat insurans.Sekiranya boleh, elakkan daripada membuatpembayaran secara tunai kepada ejen.

SKIM CEPAT KAYA

Pelaburan dan pengambilan depositSekiranya anda ingin membuat pelaburan, pastikansyarikat-syarikat berkenaan mempunyai lesen yangSAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepertiBank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti(SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Silahubungi BNM di talian 1-300-88-5465, SC(03-6204 8999 / 03-6204 8777) dan KPDNKK(1-800-886-800) untuk mengenal pasti statussyarikat-syarikat tersebut.

Pulangan pelaburan yang tinggiBerhati-hati dengan sebarang strategi pemasaranyang menjanjikan keuntungan atau pulangan yangtinggi tanpa risiko. Pulangan yang tinggi mempunyairisiko yang tinggi. Pastikan anda mendapatkanmaklumat lebih lanjut mengenai syarikat tersebut.

SMS atau panggilan palsuJika anda menerima sebarang SMS atau panggilanmelalui telefon bimbit yang menjanjikan hadiahwang tunai yang lumayan dengan syarat anda terusmenelefon nombor yang diberi di dalam SMS ataupanggilan tersebut, anda perlu mengesahkanterlebih dahulu dengan menghubungi pihak berkuasaseperti Bank Negara Malaysia. Sentiasa berhati-hati dengan panggilan sebegini.

Sumbangan Bank Negara Malaysia

Kad kredit hendaklahdigunakan sebagaikemudahan membuatbayaran dan digunakanmengikut kemampuan.

Page 7: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

• 7

Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP) memberikanperlindungan secara keseluruhan kepada parapengguna daripada perlakuan yang mengelirukan,representasi palsu dan amalan tidak adil. Justeru,adalah penting bagi para pengguna untuk mengetahuitentang peruntukan-peruntukan yang termaktub didalam akta ini bagi melindungi hak mereka sebagaipengguna.

APP memberikan perlindungan kepada para penggunadaripada perlakuan pihak pembekal atau pengilang yangmengelirukan seperti berikut:

a) Perlakuan yang mengelirukan dari segi jenis,proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaiankegunaan atau kuantiti sesuatu barangan atauperkhidmatan yang ditawarkan.

b) Membuat representasi palsu tentangbarangan atau perkhidmatan yang ditawarkandari segi jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti,atau model.

c) Membuat representasi palsu dan perlakuanmengelirukan tentang tanah, berkenaanharga yang perlu dibayar, lokasi, ciri-ciri,kegunaan tanah dan kewujudan kemudahanyang ada pada tanah tersebut.

d) Memberi gambaran mengelirukan mengenaiharga.

e) Membuat iklan yang mengumpan untukmembekalkan sesuatu barangan atauperkhidmatan tanpa niat untukmembekalkannya.

f) Menawarkan hadiah atau barangan percumatanpa niat untuk menawarkannya.

g) Menyatakan bahawa sesuatu baranganadalah terhad tanpa menyatakan secara jelaskuantiti maksimum yang ditawarkan untukdijual.

h) Meminta atau menerima bayaran tanpa niatuntuk membekalkan barangan atauperkhidmatan.

i) Kegagalan memulangkan semula bayaranlebih yang dibayar oleh pengguna daripadaapa yang wajar dikenakan pembekal dalamtempoh empat belas hari pembatalan kontrakperkhidmatan masa hadapan.

j) Membuat representasi palsu berkenaanbarangan atau perkhidmatan yang disiarkandi dalam iklan.

APP juga melindungi pengguna dari segi keselamatanbarangan dan perkhidmatan dengan meletakkanstandard keselamatan yang perlu dipatuhi olehpembekal. Oleh yang demikian, para pengguna perlu

AktaAktaPerlindunganPerlindunganPenggunaPengguna19991999Para pengguna perlu tahubahawa menjadi satukesalahan sekiranya pihakpembekal membekalkanatau mengiklankan ataumengimport barangan atauperkhidmatan tidak selamatdan tidak mematuhistandard keselamatan yangditetapkan.

Page 8: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

8 •

tahu bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya pihakpembekal membekalkan atau mengiklankan ataumengimport barangan atau perkhidmatan tidak selamatdan tidak mematuhi standard keselamatan yangditetapkan.

Para pengguna juga perlu tahu bahawa bagi setiapbarangan dan perkhidmatan oleh pihak pembekal danpengilang adalah tertakluk kepada gerenti tersiratcontohnya dari segi kualiti, harga dan berhak untukmendapatkan ganti rugi disebabkan kegagalanpembekal barangan atau perkhidmatan dalammematuhi gerenti tersirat tersebut.

Jenis-jenis ganti rugi yang diperuntukkan di dalamAPP adalah seperti berikut:

1) Dari segi pembekalan barang, pengguna berhakuntuk mendapatkan pembekal untuk membaikibarang tersebut, menukar barang tersebut denganbarang lain yang sama dengannya ataumendapatkan semula apa-apa bayaran yang telahdibuat daripada pembekal sekiranya barangtersebut tidak boleh dibaiki atau ditukar.

2) Pengguna juga berhak untuk menolak barangtersebut dengan menyatakan keputusan untukmenolak barang tersebut dan sebab penolakankepada pembekal. Setelah itu, pengguna bolehmemilih sama ada untuk menuntut wang yangtelah dibayar agar dipulangkan semula untukbarang yang ditolak atau menuntut barang tersebutditukar dengan barang yang sejenis ataumempunyai nilai yang sama dengannya.

3) Dari segi pembekalan perkhidmatan, penggunamempunyai hak untuk membatalkan kontrakpembekalan perkhidmatan dengan menyatakanniat untuk membatalkan kontrak tersebut kepadapembekal. Pengguna boleh mendapatkan semulawang yang telah dibayar untuk perkhidmatan yangdiberikan.

APP mewujudkan sebuah badan bebas iaitu TribunalTuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yangmenyediakan saluran alternatif kepada pengguna untukmemfailkan tuntutan ganti rugi secara mudah, murahdan cepat. Jumlah tuntutan yang dibuat oleh penggunamestilah tidak melebihi RM25,000.00. Tuntutan bolehdibuat dengan memfailkan 4 salinan Borang 1 diPendaftaran Tribunal. Bayaran untuk memfailkanBorang 1 tersebut ialah RM5.00.

Jenis-jenis tuntutan yang boleh didengar oleh TTPMadalah seperti berikut:

a) Representasi yang palsu atau mengelirukan darisegi kualiti, standard, kuantiti barangan atau

perkhidmatan

b) Perlakuan yang mengelirukan mengenai sifat,proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagisuatu maksud atau kuantiti sesuatu barang

c) Perlakuan yang mengelirukan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud atau kuantitisesuatu perkhidmatan

d) Gambaran yang mengelirukan mengenai hargasesuatu barang atau perkhidmatan

e) Pembekal menuntut bayaran daripada penggunatanpa niat membekalkan barang atauperkhidmatan atau dengan niat untuk membekalbarangan atau perkhidmatan yang berbeza

f) Pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatanhadapan, iaitu, suatu kontrak bagi perkhidmatanpengguna yang akan diadakan atas dasarberterusan

g) Kegagalan pembekal/pengilang dalam untukmematuhi mana-mana gerenti tersirat di bawahAPP dalam pembekalan barang contohnya gerentidari segi kualiti boleh terima

Para pengguna juga perlutahu bahawa bagi setiapbarangan dan perkhidmatanoleh pihak pembekal danpengilang adalah tertaklukkepada gerenti tersirat

TRIBTRIBTRIBTRIBTRIBUNUNUNUNUNAL AL AL AL AL TUNTUTTUNTUTTUNTUTTUNTUTTUNTUTANANANANANPENGGUNPENGGUNPENGGUNPENGGUNPENGGUNA MALAA MALAA MALAA MALAA MALAYYYYYSIASIASIASIASIATTTTToll Foll Foll Foll Foll Frrrrree:ee:ee:ee:ee: 1-800-88-9811 1-800-88-9811 1-800-88-9811 1-800-88-9811 1-800-88-9811

Laman Web: http://ttpm.kpdnkk.gov.my

Page 9: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

• 9

Kereta terpakai merujuk kepada kereta yang dijual olehpemilik kenderaan selepas menggunakannya untuksatu jangka masa. Harga kereta terpakai biasanyaadalah 20-30% lebih murah daripada harga pasaran.

Terdapat sesetengah kereta terpakai yang beradadalam keadaan yang baik dan mempunyai kadarperbatuan yang rendah. Ada juga sesetengah yangmasih dalam jaminan. Sekiranya anda bertuah, andamungkin mendapat kereta seperti ini kerana andasebenarnya membayar kurang untuk kualiti danperkhidmatan yang anda terima.

Namun, kereta terpakai secara umumnya tidak sesuaiuntuk semua pengguna. Terdapat kebaikan dankeburukan dalam membeli kereta terpakai. Hanyapengguna yang bijak membuat penilaian dan pemilihan

Pemilihankereta terpakaiyang bijak bolehmenjimatkanwang anda

harus membeli kereta terpakai untuk mengelakkanrisiko kerugian.

Pemeriksaan yang penting sebelummembeli kereta terpakai

Adalah sangat penting untuk pandu uji (test-drive)kereta terpakai sebelum membelinya. Ini kerana iamerupakan cara yang paling efektif untuk mengetahuikeadaan kereta tersebut sebelum membelinya.Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keadaankereta itu, anda masih mempunyai peluang untukmenolak kereta tersebut. Pastikan anda memilih jalanyang mempunyai bonggol jalan kerana kebanyakanpenjual kereta akan memilih jalan yang agak licinsahaja. Beri perhatian kepada sebarang bunyi yangdikeluarkan oleh kereta dan cuba buat brek

Mencari kereta terpakai

Sumber Kebaikan Keburukan Risiko

Lelong Murah Tidak boleh Tinggiperiksa kenderaan

Pemilik kenderaan Lebih murah serta boleh(informasi didapati dari mengetahui sedikit tentang Tiada jaminan diberi Sederhanapapan notis dan suratkhabar bagaimana kenderaanbahagian klassified) dijaga sebelum ini.

Kedai kereta terpakai Mempunyai jaminan Lebih mahal Rendah

Sekiranya anda tidakberpuas hati dengankeadaan kereta itu, andamasih mempunyai peluanguntuk menolak keretatersebut.

Page 10: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

10 •

kecemasan. Berikut adalah beberapa perkara yanganda harus berikan perhatian:

1. Periksa pedal kereta sekiranya ia masih dalamkeadaan yang baik. Sekiranya pedal brek haus,ini bermaksud ia telah banyak digunakan di bandardan sekiranya pedal minyak telah haus, maka iamenunjukkan kereta tersebut telah banyakdigunakan di lebuh raya.

2. Lihat keseluruhan badan kenderaan sekiranyaterdapat cat yang bertompok serta tidak seragam.Ini menunjukkan kereta tersebut telah menjalanipembaikpulihan (repair) selepas satu kemalanganyang teruk.

3. Periksa sekiranya terdapat minyak yang bocor dibawah kereta. Ini menunjukkan motor keretatersebut mungkin mengalami masalah.

4. Paip ekzos harus diperiksa jika telah berkarat.Jika paip ekzos ini bocor, ia akan berwarna hitam.Maka pastikan paip ekzos tiada karat dan tidakberwarna hitam.

5. Lihat odometer dalam kereta untuk membacajumlah perbatuan. Perbatuan merupakan jumlahkilometer yang telah dipandu dengan keretatersebut. Namun, tidak ada masalah jikaperbatuannya tinggi jika kereta dijaga dengan baik.

6. Cuba lihat wayar dan paip sambungan dalambonet kereta. Pastikan ia tidak berselirat keranaini menunjukkan yang anda mungkin perlubelanjakan wang untuk membaikinya dalam masayang terdekat.

7. Periksa tayar sekiranya ia haus atau terdapatrekahan. Tayar yang kehausannya tidak seimbangmenunjukkan penjajaran (alignment) keretatersebut tidak dibuat dengan baik.

8. Getah pada pintu kereta harus diperiksa supayaberada dalam keadaan yang baik. Cuba buka dantutup semua pintu kereta tersebut beberapa kalidan pastikan tingkap, terutamanya yangmenggunakan kuasa automatik, serta kuncikereta boleh berfungsi dengan sempurna.

9. Buat sedikit penyelidikan tentang kecekapanpenggunaan petrol kereta tersebut. Sesetengah

Lihat odometer dalamkereta untuk membacajumlah perbatuan.Perbatuan merupakanjumlah kilometer yangtelah dipandu dengankereta tersebut.

kenderaan mempunyai kecekapan penggunaanpetrol yang rendah.

10. Dapatkan nombor pengenalan kenderaan dan buatpemeriksaan dengan JPJ (Jabatan PengangkutanJalan). Anda juga boleh menyemak sekiranyaterdapat saman untuk kenderaan tersebut.

Anda harus beringat bahawa jangan sesekali membuatsebarang pembayaran tanpa melihat geran kereta untukmengelakkan diri daripada penipuan. Anda juga harussedar bahawa anda mempunyai pilihan untukmenguruskan pinjaman bank anda sendiri. Walaupunia mengambil masa yang lebih lama, namun iamenjanjikan penjimatan wang anda berbanding denganberurusan dengan wakil jualan. Kos-kos lain yang perluanda tanggung ketika membeli kereta terpakaitermasuklah bayaran untuk proses penukaran hakmilik, insurans dan pemeriksaan PUSPAKOM.

Anda harus selalu ingat bahawa jangan sesekali buatsebarang pembayaran tanpa melihat geran keretauntuk mengelakkan diri dari penipuan.

Page 11: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

• 11

Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu skim yang menawarkan kadar pulangan yangtinggi atau tidak munasabah bagi jumlah pelaburanyang kecil dan pada masa yang sama, menjanjikanpelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripadasebarang risiko.

“Skim Cepat Kaya” yang dilarang di bawah undang-undang yang ditadbirkan oleh Bank Negara Malaysiaadalah Pengambilan Deposit Secara Haram danSkim Urus Niaga Tukaran Mata Wang Asing SecaraHaram

Bagaimanakah untuk mengesanpenipuan ini?

1. Pengambilan Deposit Secara HaramPengendali skim pengambilan deposit secaraharam tidak mempunyai lesen yang sah untukmengambil deposit, dan mereka akan berusahamengeksploitasikan naluri manusia yang sentiasacenderung kepada perasaan yang ingin cepatkaya. Pengendali skim tersebut akan berjanjiuntuk memberikan pulangan yang sangat tinggibagi pelaburan tanpa risiko atau berisiko rendah.Kebiasaannya pulangan adalah lebih tinggiberbanding dengan skim yang ditawarkan olehskim pelaburan dibenarkan atau institusikewangan berlesen. Selain wang tunai,sebahagian daripada pulangan akan dibayar dalam

bentuk barangan, barang kemas ataupunberdasarkan pertimbangan lain.• Sebahagian daripada deposit wang oleh para

pelabur awal digunakan untuk membayarkeuntungan yang perlu dibayar kepadapelabur lain. Pengendali skim terusmembayar keuntungan ini selama beberapabulan untuk mengaburi pelabur bahawa skimini adalah selamat dan seterusnya memujukpelabur untuk meningkatkan pelaburanmereka.

• Walau bagaimanapun, skim ini akhirnya akangagal, kebiasaannya apabila skim ini telahmencapai satu jumlah modal yang cukupbesar dan pengendali skim ini akanmenghilangkan diri bersama-sama semuadeposit pelabur yang diambil.

2. Skim Pelaburan Internet Secara HaramAktiviti pengambilan deposit secara haram jugaterdapat dalam bentuk skim pelaburan Internetsecara haram, iaitu Internet digunakan sebagaisaluran utama untuk berinteraksi, berkomunikasidan menjalankan transaksi perniagaan.

• Pengendali pelaburan Internet secara harammengumpan mangsanya agar membuatpelaburan atau menerima nasihat pelaburansecara dalam talian, dengan menawarkanpeluang pelaburan yang melebihi kadarpulangan pasaran dan akan mendakwa

Berwaspadadengan SkimCepat Kaya

Selidik SebelumMelabur

Pengendali skim pengambilan deposit secara haram tidakmempunyai lesen yang sah untuk mengambil deposit, danmereka akan berusaha mengeksploitasikan naluri manusia yangsentiasa cenderung kepada perasaan yang ingin cepat kaya.

Page 12: Sidang Redaksi Mesej - bnm.gov.my · PDF filediwujudkan tentang amalan pasaran dan ... menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Sekiranya

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

bahawa skim mereka tiada risiko atau berisikosangat rendah.

• Apabila ditanya, kebanyakan pengendaliskim secara haram ini akan mendakwabahawa mereka ialah pengendali asing yangtidak memerlukan lesen daripada pengawalselia di Malaysia untuk menjalankanperniagaan mereka ataupun mendakwamereka mempunyai lesen yang sah daripadapihak berkuasa / pengawal selia yangberkenaan.

3. Skim Urus Niaga Mata Wang Asing SecaraHaramSkim urus niaga mata wang asing secara harammelibatkan aktiviti membeli atau meminjam matawang asing daripada atau menjual ataumemberikan pinjaman mata wang asing kepadapeniaga tidak dibenarkan yang tidak mendapatkebenaran daripada Pengawal Pertukaran WangAsing. Ini menyalahi Seksyen 4(2) Akta KawalanPertukaran Wang 1953 (ECA).• Pengendali urus niaga mata wang asing

secara haram selalunya beroperasi secarakecil-kecilan dan mendakwa mereka dapatmenyediakan khidmat pengiriman wangdengan efisien, tanpa memerlukan sebarangdokumen atau pengenalan diri. Mereka jarangmenggunakan dokumen sebagai pengesahanurus niaga tersebut. Dengan melibatkan diridalam urus niaga ini, pelanggan menghadapirisiko ditipu dan dana mereka mungkin tidakakan sampai ke destinasi sepatutnya.

Bagaimanakah untuk melindungi diridaripada penipuan?

• Ingat pedoman penting ini – Sekiranya skimitu tidak meyakinkan atau indah khabar darirupa, berkemungkinan besar skim itu satupenipuan;

• Berurusan hanya dengan institusi kewanganberlesen dan peniaga berdaftar;

• Membuat semakan terlebih dahulu denganpihak berkuasa yang berkaitan sebelummembuat pelaburan atau deposit;

• Jangan rasa tertekan atau tergesa-gesa untukmelabur;

• Lebih berhati-hati dengan pelaburan yangditawarkan melalui internet;

• Sentiasa sangsi dengan sebarang peluangpelaburan yang tidak bertulis; dan

• Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpansemua dokumen yang berkaitan denganpelaburan dan komunikasi dengan selamat.

Apakah yang perlu anda lakukansekiranya anda menjadi mangsa skimseperti ini?

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenaiaktiviti pengambilan deposit secara haram atau urusniaga mata wang asing secara haram, atau anda sendirimangsa kepada aktiviti-aktiviti ini, jalankan kewajipananda untuk membanteras aktiviti ini denganmelaporkannya kepada pihak-pihak berkuasa yangberkenaan. Anda boleh menghubungi Bank NegaraMalaysia di pusat perhubungan dan perkhidmatanseperti yang berikut:

• BNMTELELINK(Pusat Perhubungan Pelanggan)Tel : 1-300-88-5465Fax : 03 -2174 1515E-mel : [email protected] urusan : Isnin – Jumaat

9:00 pagi – 5:00 petang

• BNMLINK(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)Di ibu pejabat Bank Negara Malaysia ataucawangan-cawangannya di Johor Bahru,Pulau Pinang, Kuala Terengganu, KotaKinabalu dan Kuching; atau

Untuk makluman lanjut mengenai skim-skimkewangan secara haram, sila lawati laman AmaranPenipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my

Sumbangan Bank Negara Malaysia