sijil pelajaran malaysia 2014 2611/3 - smksrirahmatjb.com file5. bukti kajian dan lakaran kajian...
TRANSCRIPT
TERHAD 1 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari – Julai
1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.
Kertas ini mengandungi 22 halaman bercetak.
TERHAD 2 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulanFebruari hingga bulan Julai 2014.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendirioleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertasberukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihantugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkangred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijilpencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatdi dalam sijil.
9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
TERHAD 3 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN
PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN
SITUASI
Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.
Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibinabagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyailaman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepaspulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilahyang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankanketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.
TERHAD 4 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediamanyang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoniyang kecil dan terhad.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai.
3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.
4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap.
5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih.
6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.
7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 5 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Teknik : Bebas
Ukuran : PanjangLebar
Tema : Mengikut kajian
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri.
- 45 cm- 25 cm
25 cm45 cm
TERHAD 6 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 2
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
SITUASI
Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalamikecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikalyang sedia ada tidak mesra OKU.
TUGASAN
Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkansatu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankanaktiviti harian dengan mudah.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian.
2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.
3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan.
4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.
5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna.
6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.
7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 7 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran : PanjangLebarTinggi
Bilangan warna : Bebas
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
- 30 cm- mengikut kesesuaian- 15 cm
Sumber : www.pushinglimits.i941.net
TERHAD 8 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 3
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN
PRODUK : SARUNG BUKU
SITUASI
Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanakbertemakan fiksyen sains.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku ceritakanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.
2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.
3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan.
4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan.
5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.
6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna.
7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 9 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas yang bersesuaian
Ukuran : PanjangLebarTinggi
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Bebas mengikut kajian
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja hendaklah kemas.2. Teknik kolaj tidak dibenarkan.
- 21 cm- 2 cm- 30 cm
Hadapan Belakang
TERHAD 10 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 4
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA BINAAN
SITUASI
Maklumat di bawah menerangkan tentang bahaya plastik.
Berdasarkan maklumat tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar inginmengadakan satu pertandingan menghasilkan arca dari botol-botol plastik supaya orangramai sedar bahawa botol-botol plastik ini selain dibuang begitu sahaja dan merosakkanalam sekitar boleh juga menghasilkan satu hasil seni yang menarik.
BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN
SEMPORNA 18 Nov - Plastik merupakan sampah yang palingbanyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri inidengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bahanitu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utamamasyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuanganplastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayanmalahan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turutterjejas. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reputberbanding dengan sisa pepejal lain yang hanya mengambil masabeberapa minggu sahaja untuk terurai.
Sumber dipetik dan diubahsuai :utusan.com.myBertarikh 19 November 2010
TERHAD 11 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN
Anda dikehendaki menghasilkan satu arca seni yang bertemakan dunia maritim. Arca senitersebut hendaklah bersifat artistik dan mempunyai nilai estetik.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca binaan.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.
4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.
5. Lukisan rekaan arca binaan yang dipilih.
6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan dan skema warna(jika berkenaan).
7. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan yang berbeza.
8. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 12 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Pelbagai jenis botol plastik
Ukuran minimum : LebarTinggi
Bilangan warna : Bebas
Contoh:
Nota:1. Hasil karya hendaklah kukuh.2. Rangka arca boleh menggunakan bahan lain yang bersesuaian.
- 45 cm- 25 cm
Sumber : www.kbbi.org
TERHAD 13 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 5
BIDANG : KRAF TRADISIONAL DIMENSI BAHARU
TAJUK : TENUNAN
PRODUK : HIASAN DINDING
SITUASI
Sebuah resort ingin menghiasi dinding bilik mesyuarat mereka menggunakan hiasan dindingjenis tenunan dengan tema pemandangan lanskap.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakanpemandangan lanskap.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis tenunan benang (Tapestry weaving).
2. Koleksi gambar pelbagai jenis pemandangan lanskap sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik pemandangan lanskap yang dipilih.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan.
5. Lakaran reka corak tenunan berdasarkan olahan lanskap yang dipilih.
6. Kajian warna pada reka corak tenunan lanskap yang dipilih dengan catatan danskema warna.
7. Lukisan atau catan tenunan lanskap yang dipilih.
8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 14 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Benang tenun, kain perca, tali danbahan-bahan lain yang bersesuaian
Ukuran : PanjangLebar
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Tenunan (kolaj tidak dibenarkan)
Tema : Lanskap
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kemas dan dibingkaikan.
- 45 cm- 30 cm
Sumber : lindabankhansee.com
TERHAD 15 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 6
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : REKA CORAK BAJU T
SITUASI
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan satu kempen anti-plastikbagi mengurangkan pembuangan bahan-bahan plastik yang menyebabkan berlakunyapencemaran alam.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju T denganmenggunakan teknik cetakan stensil bertemakan dunia maritim.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi pelbagai reka corak baju T.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.
4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.
5. Lakaran olahan tipografi dengan catatan.
6. Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi pada baju T dengan catatan.
7. Kajian warna pada ilustrasi dan baju T yang dipilih dengan catatan dan skema warna.
8. Ilustrasi baju dan reka corak baju T (depan dan belakang).
9. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 16 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, reka corak baju T anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Baju T
Ukuran : Bebas
Bilangan warna minimum : Tiga
Teknik : Cetakan stensil
Tema : Dunia maritim
Kapsyen : Anti Plastik
(kapsyen tambahan boleh
digunakan jika bersesuaian)
Contoh:
Nota:1. Reka corak baju T mesti dihasilkan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang.2. Hasil karya hendaklah kemas.3. Karya mestilah mengikut disiplin cetakan dengan betul.
Hadapan Belakang
TERHAD 17 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK IKLAN
PRODUK : RISALAH
SITUASI
Sebuah syarikat pelancongan memerlukan satu reka bentuk risalah untuk mempromosikanpelbagai jenis makanan tempatan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk risalah yangmenerangkan tentang keenakan pelbagai jenis makanan tempatan di tempat anda.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi pelbagai jenis risalah.
2. Koleksi pelbagai gambar makanan tempatan.
3. Lukisan atau catan realistik makanan tempatan yang dipilih.
4. Lakaran reka bentuk risalah.
5. Lakaran tipografi untuk digunakan dalam risalah dengan catatan.
6. Lakaran olahan dan perkembangan idea risalah dan catatan.
7. Lakaran gabungan reka letak tipografi dan ilustrasi serta catatan.
8. Kajian warna pada risalah yang dipilih dengan catatan dan skema warna.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 18 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model risalah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran : PanjangLebar
Teknik : Secara manual dan kolaj tidak dibenarkan
Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
- 40 cm- 30 cm
TERHAD 19 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 8
BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI
TAJUK : PERABOT
PRODUK : RAK BUKU KANAK-KANAK
SITUASI
Taman Asuhan Kanak-Kanak Seri Cahaya memerlukan reka bentuk rak buku. Rak bukutersebut mestilah ceria untuk menarik perhatian kanak-kanak.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk rak bukukanak-kanak.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk rak buku.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis buah-buahan dan haiwan sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik buah-buahan dan haiwan yang dipilih.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk rak buku kanak-kanakberdasarkan tema dengan catatan.
5. Kajian warna rak buku kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
6. Lukisan tiga dimensi (3D) dari tiga sudut pandangan yang berbeza.
7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 20 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk rak buku kanak-kanak anda hendaklahmengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bahan yang bersesuaian
Ukuran : PanjangLebarTinggi
Bilangan warna : Bebas
Tema : Buah-buahan dan haiwan
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja hendaklah kukuh dan kemas.
- 45 cm- 15 cm- 30 cm
15 cm
30 cm
45 cm
TERHAD 21 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 9
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : TABUNG DUIT
SITUASI
Sebuah institusi bank terkenal ingin menghadiahkan tabung duit sempena Hari Menabungyang mereka anjurkan. Tabung duit tersebut mestilah mempunyai ukiran kayu tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu tabung duit yang mempunyaiukiran tradisional yang bercorak moden dengan bertemakan flora.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis tabung duit.
2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea dengan catatan.
5. Reka letak olahan idea serta catatan.
6. Lukisan olahan idea yang dipilih.
7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 22 2611/3
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, tabung duit anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu
Ukuran : LebarTinggi
Teknik : Ukiran
Contoh:
Nota:1. Hasil karya hendaklah kemas dan disyelek.
TUGASAN TAMAT
- 10 cm- 15 cm
15 cm
15 cm