sijil pelajaran malaysia 2015 2611/3 ... pelajaran malaysia 2015 2611/3 pendidikan seni visual...
TRANSCRIPT
TERHAD 1 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUALKAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUSKertas 3Februari – Julai
1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspekyang ditetapkan.
Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.
TERHAD 2 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajibmelaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akandianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulanFebruari hingga bulan Julai 2015.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakancetakan komputer.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendirioleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertasberukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihantugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalisesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkangred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijilpencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. PencapaianMemuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatdi dalam sijil.
9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigahelai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkanmenghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjangmasa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
TERHAD 3 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 1
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : PENGHADANG RUANG
SITUASI
Sebuah klinik kesihatan mahu membuat penghadang ruang di antara ruang menunggudengan ruang mengambil ubat.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk penghadang ruangyang menggunakan kraf batik dan bertemakan lanskap. Penghadang ruang tersebut mestilahhasilan batik dan ilustrasinya boleh melegakan ketegangan pesakit sementara menunggumasa untuk rawatan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi pelbagai gambar penghadang ruang sebagai sumber ilham.
2. Lakaran reka bentuk penghadang ruang.
3. Koleksi pelbagai gambar lanskap sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik lanskap yang dipilih.
5. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan.
6. Kajian gubahan reka letak lanskap dengan catatan.
7. Kajian warna pada gubahan reka letak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 4 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model penghadang ruang anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Kayu atau bahan yang bersesuaian (Bingkai)Kain yang bersesuaian
Saiz minimum : 150 cm × 60 cm
Teknik : Batik lukis
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.2. Batik hendaklah dimatikan warna.
Sumber : www.jonathanevans-batikart.com
TERHAD 5 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 2
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MODEL KIOS
SITUASI
Sebuah gedung membeli belah ingin menyediakan kios perniagaan Perusahaan Kecil danSederhana (PKS) di ruang legar pusat perniagaan mereka. Kios tersebut digunakan untukmemberi kemudahan kepada peniaga PKS berniaga dan memperkenalkanbarangan mereka.
TUGASAN
Anda dikehendaki menghasilkan model kios perniagaan PKS. Kios tersebut mestilahbersifat mesra pengguna, mudah diurus, menjimatkan ruang dan menampakkan imejantarabangsa terhadap produk PKS.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kios perniagaan sebagai sumber ilham.
2. Lukisan atau catan realistik kios perniagaan sedia ada.
3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.
4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.
5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.
7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
9. Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 6 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model kios anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bahan yang bersesuaian
Saiz minimum : 30 cm × 25 cm × 10 cm
Tema : Mengikut kajian
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
Sumber : www.chadgoodman.com/page/3.html
TERHAD 7 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 3
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : TEKAT
PRODUK : BEG SISI (SLING BEG)
SITUASI
Seni tekat merupakan satu kraftangan tradisional yang indah dan mewah kian dilupakandalam masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaannyadalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan pelancong luar.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah beg sisi denganmengaplikasikan seni tekat tradisional sebagai hiasan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.
6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.
7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 8 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg sisi anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Kain yang bersesuaianBenang emas/benang perak/benang yangbersesuaian
Saiz minimum : Saiz beg – 25 cm × 20 cmKedua-dua permukaan beg mestilah ditekatSaiz kawasan bertekat mestilah tidak kurangdaripada 50% daripada permukaan beg
Bilangan Warna : Bebas
Tema : Flora
Teknik : Tekat
Contoh:
Nota:1. Beg sisi hendaklah dibuat sendiri.2. Proses tekat hendaklah mengaplikasikan proses tekat tradisional.
TERHAD 9 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 4
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : RUANG MAKAN RESTORAN
SITUASI
Sebuah restoran mahu membuat hiasan dalaman bagi menaik taraf restorannya supayadapat menarik ramai pelanggan untuk makan di situ.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dalaman restoran yangberidentitikan Malaysia, bersifat ceria dan eksklusif.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang makan restoran sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan yang sesuai sebagaisumber ilham.
3. Lukisan pelan lantai ruang makan restoran mengikut skala.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea perabot serta peralatan dengan catatan.
5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantaidengan catatan.
6. Kajian warna pada reka bentuk ruang makan restoran dengan skema dan catatan.
7. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza mengikut skala.
8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 10 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Sumber: totalimagegraphics.com
Berdasarkan kajian tersebut, ruang makan restoran anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm × 20 cm
Teknik : BebasKolaj hanya dibenarkan sebanyak 30% sahaja
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh.2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.
Sumber: totalimagegraphics.com
TERHAD 11 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 5
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN
PRODUK : TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
SITUASI
QT Land Sdn. Bhd. adalah sebuah pemaju perumahan yang sedang membina kawasanperumahan baharu. Pemaju perumahan ini mahu membina sebuah taman permainankanak-kanak untuk beriadah. Selain beriadah, kanak-kanak juga dapat mempelajari danmengenal abjad serta nombor.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model taman permainankanak-kanak yang bertemakan abjad dan nombor.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis alatan permainan kanak-kanak sebagai sumber ilham.
3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap berdasarkan tema dengan catatan.
5. Lakaran reka letak alatan permainan kanak-kanak dengan catatan.
6. Kajian warna pada alatan permainan kanak-kanak yang dipilih dengan skema warnadan catatan.
7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 12 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model taman permainan kanak-kanak anda hendaklahmengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm × 25 cm
Teknik : Bebas
Tema : Abjad dan nombor
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kemas dan kukuh.2. Semua alat permainan hendaklah dibina sendiri.
Sumber: www.monstrum.dk/#/projekter/alfabet-legeplasen
TERHAD 13 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 6
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : POSKAD
SITUASI
Anda adalah seorang pengumpul poskad. Hobi ini menyebabkan anda mempunyai ramairakan dari pelbagai negara. Rakan-rakan anda dari luar negara begitu tertarik melihatkeindahan Malaysia melalui poskad.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sekeping poskad yang dapatmemperlihatkan keindahan Malaysia untuk diberikan kepada rakan-rakan anda.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai tempat pelancongan menarik di Malaysia sebagaisumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis poskad sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik tempat pelancongan yang menarik dipilih sebagaisumber ilham.
4. Lakaran reka bentuk poskad.
5. Lakaran dan perkembangan idea ilustrasi pada poskad dengan catatan.
6. Lakaran olahan tipografi dengan catatan.
7. Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi dengan catatan.
8. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 14 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, model poskad anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas yang bersesuaian
Ukuran : 75 cm × 54 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Tema : Keindahan Malaysia
Kapsyen : Mengikut kajian anda
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kemas.
Sumber: www.visit-terengganu.net
Hadapan
Belakang
TERHAD 15 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : KRAF BUKU
PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK POP-UP
SITUASI
Syarikat penerbitan QOLBI PRINTING SDN. BHD., mahu menghasilkan buku ceritakanak-kanak yang menarik. Buku cerita kanak-kanak ini berbentuk pop-up dan bolehmenggalakkan kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 6 tahun minat danseronok membaca.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kraf buku cerita kanak-kanakpop-up bertemakan alam haiwan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak pop-up sebagai sumber ilham.
2. Koleksi pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih untuk dijadikan watak.
4. Lakaran tipografi untuk digunakan dalam buku cerita kanak-kanak dengan catatan.
5. Lakaran olahan dan perkembangan idea watak-watak haiwan dengan catatan.
6. Lakaran tiga idea papan cerita kanak-kanak dengan catatan.
7. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 16 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, buku cerita kanak-kanak pop-up anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm
Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri
Bilangan muka surat : 7 termasuk muka hadapandan belakang (minimum)
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.2. Proses penghasilan buku cerita pop-up hendaklah dibuktikan menggunakan
foto bergambar.
Sumber : warsonprinting.en.ecplaza.net
TERHAD 17 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 8
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING
SITUASI
Galeri seni Artlife Gallery mahu mengadakan satu pameran cetakan. 10% dari hasil jualanini akan didermakan kepada badan kebajikan di Malaysia. Ramai artis ternama akan terlibatdalam pameran yang bertemakan “Berkarya Sambil Menderma”.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan untukdipamerkan dalam pameran tersebut.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar yang bertemakan kasih sayang sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.
4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.
5. Lakaran reka letak motif dengan catatan.
6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
10. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.
TERHAD 18 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu atau lino
Ukuran minimum : 30 cm × 20 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Cetakan timbul
Tema : Kasih sayang
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan.2. Anda boleh menukar media alternatif jika bersesuaian dalam proses
penghasilan cetakan.3. Plat cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya.
2/7 Sayang Dinna2015
TERHAD 19 2611/3
[Lihat halaman sebelah2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA TIMBULAN
SITUASI
Sempena pameran permotoran peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia,penganjur memerlukan satu arca timbulan yang akan diletakkan di pintu masuk sebagaidaya penarik.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca timbulan yang bertemakandunia permotoran.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar arca timbulan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis kenderaan bermotor sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik kenderaan bermotor yang dipilih.
4. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif pilihan dengan catatan.
5. Reka letak olahan idea dengan catatan.
6. Kajian warna dengan skema dan catatan.
7. Lukisan dari dua sudut pandangan menarik.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
TERHAD 20 2611/3
2611/3 © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, arca timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu/plaster of paris/bahan yang bersesuaian
Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm
Teknik : Bersesuaian
Tema : Dunia permotoran
Contoh:
Nota:1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
TUGASAN TAMAT