sikap pelajar sekolah menengah teknik johor bahru … · di bengkel dari segi kognitif 47 ......
TRANSCRIPT
SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU
TERHADAP KEPENTINGAN KESELAMATAN BENGKEL
WAN ABD RAHMAN BIN HJ WAN MOHAMED ZAIN
Laporan Projok Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( AWAM )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
DEDIKASI
Khas buat:
Ayahanda tersayang Hj Wan Mohamed Zain bin Wan Deraman dan Bonda tercinta
Hjh. Maznah binti Hj. Sulaiman yang telah banyak memberikan semangat dan
kekuatan untuk ku terus gagahi diri dalam meneruskan perjuangan ini. Sekalian
adik-adik dan abang-abang, kalian adalah tunggak kejayaan ku.
Buat yang teristimewa Hanita binti Abdullah jasa mu akan ku kenang sampai bila-
bila. Bagi teman-teman yang lain, terima kasih atas doa dan semangat yang
diberikan.
Segala bantuan, pengorbanan, kesabaran dan doa dari kalian tidak akan dilupai dan
semoga kalian akan mendapat balasan yang baik dari Allah Yang Esa.
Semoga Allah sentiasa meredhai segala usaha dan menjadikan kita hamba-Nya yang
bertakwa.
Amin….
PENGHARGAAN
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani"
Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka dapat saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus iklas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Amirmudin
bin Udin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan
sepanjang penyelidikan Projek Sarjana Muda ini dijalankan.
Kepada pelajar Sekolah Menengan Teknik Johor Bahru yang terlibat, terima
kasih kerana memberi peluang dan kerjasama yang baik dalam melaksanakan kajian
ini. Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu dari segi memberikan idea, pendapat, dan semangat kepada saya.
Terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa kalian hanya Allah
sahaja yang dapat membalasnya.
Wassalam.
Wan Abd Rahman bin Hj. Wan Mohamed Zain
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap para pelajar terhadap kepentingan
keselamatan bengkel di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Aspek yang dikaji
ialah tiga komponen sikap iaitu kepentingan keselamatan dari segi kognitif,
persekitaran bengkel dari segi afektif dan penyelenggaraan mesin, alatan dan bahan
dari segi tingkah laku. Bagi menyiapkan kajian ini 60 orang pelajar sekolah tersebut
telah dipilih sebagai responden. Data mentah yang diperolehi dari soalan soal selidik
yang diedarkan dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, mod dan akhirnya
ditukarkan kepada nilai peratusan menggunakan perisian SPSS 11.0 for window.
Hasil kajian menunjukan sikap pelajar terhadap keselamatan dari segi kognitif adalah
berada di tahap memuaskan. Manakala sikap pelajar terhadap persekitaran bengkel
dari segi afektif dan terhadap penyelenggaraan mesin, alatan dan bahan dari segi
tingkah laku adalah di tahap baik. Akhir sekali beberapa implikasi dan cadangan
kajian telah dikemukakan untuk menyelesaikan kajian.
ABSTRACT
This research meanly focusing on the attitude of the student in Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru about laboratory safety. Thus, three components of
the attitude aspect were studied which are safety from the aspect of cognitive,
laboratory environment from the aspect of affective and the machine, tools and
substance maintenance from the aspect of behaviors. In other to complete this
research 60 students were chosen as the respondence. Hence, all the data that are
collected from the questionnaires then been analyze to get the frequency number,
mode and lastly will be convert to the percentage by using the SPSS 11.0 for
windows software. At the end of this research shows that students attitude from the
aspect of cognitive is good. Meanwhile, better for both aspect of affective and
maintenance of machine, tools and substance. There are an aspect that being discuss
and suggest in this research.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xii
Senarai Simbol xiii
Senarai Lampiran xiv
Senarai Singkatan xv
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Persoalan Kajian 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Batasan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Definasi Istilah 9
1.8 Penutup 11
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Definasi Sikap 12
2.2 Komponen Sikap 15
2.3 Pembentukan Sikap 18
2.4 Peranan Sikap Dalam Membentuk
Minat Pelajar 21
2.5 Kepentingan Keselamatan 21
2.6 Kefahaman Terhadap Keselamatan 22
2.7 Pengetahuan dan Latihan 23
2.8 Kawasan Persekitaran 24
2.9 Penyelenggaraan Mesin, Alatan dan Bahan 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Sempel kajian 27
3.4 Intrumen Kajian 27
3.5 Analisis Data 29
3.6 Tatacara Kajian 30
3.7 Penutup 31
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 32
4.2 Analisis Data 32
4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 33
4.2.2 Analisis Data Berdasarkan Aspek
Kajian 34
4.3 Penutup 43
BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN
CADANGAN KERJA LANJUTAN
5.1 Pengenalan 44
5.2 Rumusan 45
5.2.1 Persoalan Kajian 1 45
5.2.2 Persoalan Kajian 2 45
5.2.3 Persoalan Kajian 3 46
5.3 Perbincangan 46
5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Keselamatan
Di Bengkel Dari Segi Kognitif 47
5.3.2 Sikap Pelajar Terhadap Persekitaran
Bengkel Dari Segi Afektif 48
5.3.3 Sikap Pelajar Terhadap Penyelenggaraan
Mesin, Alatan dan Bahan Dari Segi
Tingakah Laku 48
5.4 Cadangan 49
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar Sekolah 49
5.4.2 Cadangan Kepada Guru Bengkel
5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah
PERKARA MUKA SURAT
RUJUKAN 53
LAMPIRAN 59
Lampiran A Soal Selidik 60
Lampiran B Surat Kebenaran EPRD 65
Lampiran C Surat Kebenaran Jabatan
Pendidikan Johor 67
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan pekerja berdaftar dan kemalangan yang
dilaporkan tahun 2000. 5
1.2 Bilangan pekerja berdaftar dan kemalangan yang
dilaporkan tahun 2001. 6
3.1 Jumlah pelajar 27
3.2 Taburan item bagi setiap aspek kajian 28
3.3 Skala Likert 29
3.4 Tahap penilaian berdasarkan peratus 30
4.1 Maklumat latar belakang responden 33
4.2 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap
kognitif 35
4.2 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap
afektif 38
4.3 Taburan responden mengikut kekerapan bagi sikap
tingkah laku 40
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Teori Keperluan Manusia Maslow 4
2.1 Model Tiga Komponen Sikap 15
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
ƒ - Frekuensi
n - Bilangan pelajar
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 60 B Surat Kebenaran EPRD 65 C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan
Johor 67
SENARAI SINGKATAN
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Pekerja
SPSS - Statistical Package For Science Social
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sistem Pendidikan Negara telah berkembang dengan pesatnya sejak akhir-
akhir ini. Pendidikan merupakan satu bidang yang memainkan peranan yang penting
selaras dengan pembangunan pesat dalam negara. Pendidikan menyediakan sumber
manusia yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran terutama dalam persiapan
negara dalam menuju kepada sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
“Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki
kemahiran dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara
sudah mencapai status sebuah negara perindustrian yang maju”
( Utusan Malaysia, 15 Jan. 1998)
Di Malaysia selain daripada sekolah menengah harian biasa, sekolah
menengah Sains terdapat juga sekolah menengah teknik dan vokasional. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah teknik dan vokasional ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu melibatkan teori dan amali. Semasa
melakukan amali pelajar akan mendapat kemahiran dalam penggunaan mesin dan
alatan. Menurut Yahya Emat (1993), latihan amali sangat penting dalam memberikan
pelajar kemahiran yang diperlukan semasa mereka bekerja di dalam sektor industri
kelak. Selain pelajar mendapat kemahiran, aspek keselamatan juga sering di titik
beratkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keselamatan adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Definasi
bagi keselamatan ialah bebas dari bahaya atau risiko kecederaan dan kawalan
kerugian akibat kemalangan. Keselamatan boleh juga didefinasikan sebagai proses
melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.
Keselamatan bukan sahaja untuk diketahui tetapi perlu diterapkan
terutamanya ketika melakukan kerja-kerja harian. Pelaksanaan amalan keselamatan
perlulah ditekankan kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar yang bakal
menjadi penyambung kepada generasi yang ada sekarang. Kebanyakan punca
kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lali terhadap kerja yang
dilakukan. Ianya dapat dicegah melalui amalan, sikap, disiplin dan tabiat kerja yang
baik
Menurut teori keperluan manusia Maslow (1970), kehendak manusia boleh
disusun atur mengikut hirarki. Apabila keperluan di peringkat bawah telah
disempurnakan, ia tidak akan menjadi sumber kepuasan lagi. Keadaan ini akan
mendorong manusia untuk mencapai kepuasan kehendak yang lebih tinggi. Andaian
dalam teori ini adalah berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan
apa yang telah mereka capai atau kecapi. Beliau telah menyusun keperluan manusia
kepada beberapa peringkat utama iaitu
i. Keperluan fisiologi keperluan asas yang diperlukan oleh setiap
manusia untuk terus hidup seperti makanan, minuman, pakaian
dan tempat tinggal.
ii. Keperluan keselamatan - keperluan untuk dilindungi daripada
ancaman bahaya persekitaran. Ia menimbulkan keinginan untuk
mempunyai kerjaya yang terjamin, dilayan dengan adil dan
mendapat gaji yang berpatutan.
iii. Keperluan sosial - semua individu memerlukan kepada perhatian,
kemesraan, persahabatan dan kasih sayang sesama anggota dalam
masyarakat.
iv. Kebanggaan diri - keinginan individu untuk mendapatkan
pengiktirafan, penghargaan, dan status untuk keperluan
kehormatan diri.
v. Keagungan diri sendiri - menyedari potensi yang ada pada diri
sendiri dan menimbulkan keinginan untuk menjadi individu yang
sempurna dalam semua aspek.
Kesedaran Diri
(Keinginan kemajuan diri, pencapaian diri, berpotensi)
Kebanggaan
(dihormati, harga diri, darjat)
Sosial
(diterima masyarakat, pergaulan, perhubungan)
Keselamatan
(keselamatan, sosial, kestabilan)
Fisiologi
(air, udara, makanan, tidur dan lain-lain)
Rajah 1: Teori Keperluan Manusia Maslow (1970)
1.1 Latar Belakang Masalah
Sekarang ini kita sering mendengar kes kemalangan yang berlaku di industri
Ada kemalangan yang melibatkan kecederaan kecil dan ada juga yang melibatkan
kehilangan nyawa.
Jadual 1.1:Bilangan Pekerja Berdaftar dan Kemalangan (PERKESO, 2000)
Bil. Negeri Pekerja Kemalangan
1 PERAK 736,100 15,010
2 JOHOR 1,185,653 15,353
3 KEDAH 488,509 7,301
4 KELANTAN 131,377 1,104
5 MELAKA 289,899 3,039
6 N.SEMBILAN 317,326 3,711
7 PAHANG 332,967 3,514
8 PERLIS 49,499 447
9 P.PINANG 519,905 2,898
10 BUTTERWORTH 430,775 6,366
11 SELANGOR 1,552,120 17,408
12 TERENGGANU 152,102 1,088
13 W.PERSEKUTUAN
(KUALA LUMPUR)
1,750,245 4,735
JUMLAH: 7,936,477 81,974
Jadual 1.1 menunjukkan pekerja berdaftar dan jumlah kemalangan yang
dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Pekerja, (PERKESO) pada tahun 2000.
Jumlah kemalangan tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 17,408 kes daripada
1,552,120 pekerja, Johor mencatat 15,353 kes daripada 1,185,653 pekerja. Perak
dengan 15,010 kes daripada 756,100 pekerja. Negeri yang paling kurang sekali
bilangan kemalangan industri ialah negeri Perlis dengan 447 kes daripada 49,499
pekerja sahaja.
Dalam jadual ini juga kita dapati walaupun Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mempunyai bilangan pekerja yang berdaftar paling tinggi iaitu 1,750,245
namun kes kemalangan yang dilaporkan hanya 4,735 kes sahaja. Jumlah kes
kemalangan yang berlaku pada tahun 2000 ialah 81,974 kes daripada 7,936,477
orang pekerja.
Jadual 1. 2: Bilangan Pekerja Berdaftar dan Kemalangan (PERKESO 2001)
Bil. Kawasan Pekerja Kemalangan
1 PERAK 723,559 14,327
2 JOHOR 1,166,323 13,026
3 KEDAH 478,706 6,198
4 KELANTAN 122,101 892
5 MELAKA 293,000 2,654
6 N.SEMBILAN 312,972 3,700
7 PAHANG 328,312 3,156
8 PERLIS 47,521 432
9 P.PINANG 525,910 2,894
10 BUTTERWORTH 420,820 6,043
11 SELANGOR 1,540,246 14,828
12 TERENGGANU 149,468 808
13 W.PERSEKUTUAN
(KUALA LUMPUR)
1,743,473 4,855
JUMLAH: 7,852,411 73,813
Jadual 1.2 menunjukkan pekerja berdaftar dan kemalangan yang dilaporkan
pada tahun 2001. Daripada jadual ini kita dapati jumlah kemalangan yang tertinggi
dilaporkan juga di Selangor iaitu 14,828 kes daripada 1,540,246 pekerja diikuti
negeri Perak iaitu 14.327 kes daripada 723,559 pekerja. Negeri Johor pula berada di
tempat ke tiga dengan 13,026 kes daripada 1,166,323 pekerja. Negeri yang paling
kurang sekali bilangan kemalangan industri ialah negeri Perlis dengan 432 kes
daripada 47,521 pekerja sahaja. Dalam jadual ini juga kita dapati walaupun Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai bilangan pekerja yang berdaftar paling tinggi
iaitu 1,743,473 namun kes kemalangan yang dilaporkan hanya 4,855 kes sahaja.
Jumlah kes kemalangan yang berlaku pada tahun 2001 ialah 73,813 kes daripada
7,852,411 orang pekerja.
Jika dibandingkan jumlah kemalangan yang berlaku di industri pada tahun
2000 adalah lebih tinggi daripada kemalangan yang berlaku pada tahun 2001.
Walaupun jumlah kemalangan menurun pada tahun 2001 tetapi kemalangan masih
berlaku dalam jumlah yang besar. Johor adalah sebuah negeri yang terkenal dengan
pusat perindustrian dan daripada jadual 1.1 dan 1.2 menunjukkan jumlah kemalangan
industri yang tinggi juga berlaku. Salah satu faktor berlakunya kemalangan ialah
sikap yang dimainkan oleh pekerja semasa menjalankan kerja. Sebelum memasuki
industri pekerja mendapat pendedahan awal dalam penggunaan mesin dan alatan
kerja di sekolah atau di institut kemahiran.
Sehubungan dengan itu, pengkaji menjalankan kajian di Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru, Johor untuk mengetahui sikap pelajar terhadap kepentingan
keselamatan bengkel. Latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan
pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka akan menempuh alam pekerjaan
yang sebenar kelak.Walaupun perlaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan
kepada para pelajar ianya tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus
semasa menjalankan amali di bengkel. Ini kerana sikap, kefahaman, pengetahuan dan
keperhatinan guru juga merupakan faktor yang penting dalam perlaksanaan
kepentingan keselamatan di bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan
dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar.
1.2 Pernyataan Masalah
Apakah sikap pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
terhadap kepentingan keselamatan di bengkel ?
1.3 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang ingin dikemukakan ialah:
i. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan di bengkel dari aspek kognitif
?
ii. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan bengkel dari aspek afektif ?
iii. Apakah sikap pelajar terhadap keselamatan bengkel dari aspek tingkah
laku ?
1.4 Objektif Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif iaitu untuk:
i. Menentukan sikap pelajar terhadap keselamatan di bengkel dari segi
kognitif.
ii. Menentukan sikap pelajar terhadap persekitaran bengkel dari segi afektif.
iii. Menentukan sikap pelajar terhadap penyelenggaraan mesin, alatan dan
bahan dari segi tingkah laku.