sinopsis novel

Upload: haressh-bhavanii

Post on 05-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vbfg

TRANSCRIPT

Sinopsis Novel Perlumbaan Kedua

Novel Perlumbaan Kedua ialah sebuah novel yang mengisahkan sekumpulan binatang yang ingin mengadakan perlumbaan di dalam sebuah hutan. Novel ini dikarang oleh Marwilis Haji Yusuf. Kisah novel ini bermula daripada Sang Kancil yang telah mengungkitkan peristiwa Perlumbaan Pertama yang berlaku pada 198 tahun yang lalu. Sang Kancil telah mengejek nenek moyang Sang Arnab Putih tentang kekalahan nenek moyang Sang Arnab Putih dalam perlumbaan tersebut. Tindakan ini menyebabkan Sang Arnab Putih berasa tercabar dan ia mengambil keputusan untuk berlumba dengan suku-sakat kura-kura sekali lagi untuk menjamin maruah suku-sakatnya. Sang Kancil menolong Sang Arnab Putih menyampaikan hasratnya kepada Tuk Kura. Tuk Kura telah berjanji untuk mengadakan Perlumbaan Kedua dengan Sang Arnab Putih walaupun tidak disokong oleh suku-sakatnya. Suatu perjumpaan yang diketuai oleh Sang Gajah telah diadakan di Bukit Batu. Syarat-syarat perlumbaan telah ditentukan, iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit dan perlumbaan ini merupakan perlumbaan terakhir. Sang Gajah telah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak telah diberikan masa selama dua bulan untuk membuat persediaan. Tuk Kura mengumpulkan suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk menjalani latihan. Tuk Kura telah merancang strategi dengan memberikan pelbagai jenis latihan di tebing sungai. Bapa Arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Sang Arnab Putih telah dipilih sebagai wakil perlumbaan. Bapa Arnab juga meminta Sang Tedung untuk mengawasi gerak-geri Tuk Kura dengan memberikan rasuah kepada Sang Tedung. Sang Tedung menghasut dan memecahbelahkan suku-sakat kura-kura sehingga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya. Selepas itu, Tuk Kura telah menghilangkan diri. Berita kehilangan Tuk Kura tersebar luas dan Bapa Arnab mendesak Sang Gajah untuk mengisytiharkan Sang Arnab Putih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, Tuk Kura tetap muncul pada hari perlumbaan. Tuk Kura yang berusia telah menggunakan strategi melantunkan diri dari puncak bukit dan berjaya memenangi Perlumbaan Kedua.