sinopsis setiap bab novel

Upload: haressh-bhavanii

Post on 05-Oct-2015

286 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dcfvg

TRANSCRIPT

Sinopsis Setiap Bab Novel Perlumbaan KeduaBab SatuPada satu pagi yang cerah, Sang Arnab Putih melompat ke sana ke sini dengan tangkas. Sang Kancil memuji Sang Arnab Putih tetapi menyindir akan kekalahan nenek moyang Sang Arnab Putih dalam perlumbaan dengan kura-kura suatu masa dahulu. Sang Kancil menyuruh Sang Arnab Putih berlumba sekali lagi dengan kura-kura. Sang Arnab Putih bersetuju dan menyuruh Sang Kancil mengatur perlawanan tersebut. Sang Arnab Putih juga mengenakan tiga syarat iaitu keputusannya muktamad dan tiada lagi perlumbaan ketiga, perlawanan diadakan di darat dan seluruh warga rimba mesti menjadi saksi perlumbaan tersebut.Bab DuaSang Kancil memberitahu Sang Murai bahawa dia sedang mencari kura-kura. Kebanyakan binatang di dalam hutan gembira apabila mengetahui arnab akan berlumba sekali lagi dengan kura-kura. Sang Tupai dan Sang Murai menyindir kebodohan Sang Kancil yang tidak tahu di mana kura-kura berada pada musim panas seperti sekarang.Bab TigaSetelah mengumpulkan seluruh kaumnya. Sang Arnab Putih menyatakan hasratnya ingin berlumba sekali lagi dengan kura-kura. Pada peringkat awal, ada yang membantah tetapi akhirnya bersetuju apabila Sang Arnab Putih ingin menebus maruah kerabatnya. Tempat perlumbaan yang bakal diadakan dipertikaikan oleh Bapa Arnab. Penentuan calon pelumba yang akan berlumba dengan arnab akan ditentukan oleh Bapa Arnab.Bab EmpatSetelah sampai ke tempat kura-kura, Sang Kancil memaklumkan kepada kura-kura berdada bintik tentang hasratnya untuk berjumpa Tuk Kura. Walaupun berasa haira ntentang tujuan dan muslihat Sang Kancil untuk bertemunya, Tuk Kura tetap ingin bertemu Sang Kancil di tempat yang dijanjikan.Bab LimaKelewatan Tuk Kura menyebabkan Sang Kancil berasa rimas. Tuk Kura menjelaskan kelewatannya adalah kerana perlu melarang anak cucunya bertemu dengan Sang Kancil kerana Sang Kancil suka menipu dan memperdaya. Sang Kancil menyatakan hasrat Sang Arnab Putih yang ingin berlumba dengan kura-kura. Sang Kancil juga menyatakan bahawa dia yang mencabar Sang Arnab Putih agar berlumba dengan Tuk Kura kerana melihatkan ketangkasan Sang Arnab Putih. Tuk Kura enggan berlumba dan meminta agar Sang Kancil sahaja yang berlumba dengan arnab. Sang Kancil enggan dan menyatakan bukan dia yang kalah dalam perlumbaan terdahulu. Sekiranya kura-kura enggan berlumba, seluruh kura-kura diminta berkumpul dan mengaku kalah. Syarat-syarat pertandingan tersebut adalah mesti diadakan di darat dan cara berlumba adalah bebas. Tuk Kura menyatakan keinginannya bertemu dengan Sang Arnab Putih di padang rumput di kaki bukit pada keesokan hari. Semua binatang dikehendaki berkumpul untuk mendengar syarat-syarat pertandingan.Bab EnamSang Kancil berasa risau kalau-kalau dia tidak sempat memberitahu Sang Gajah, Sang Belang dan Sang Kerbau tentang pertemuan di Bukit Batu esok. Sang Murai datang dan berjanji akan menolong Sang Kancil. Sementara itu, Tuk Kura mengajak cucu-cicitnya ke Bukit Batu petang itu juga supaya boleh sampai di bukit tersebut esok pagi. Sambil berjalan, mereka boleh memilih tempat perlumbaan yang sesuai.Bab TujuhSang Kancil bangun awal kerana hendak memberitahu Sang Arnab Putih tentang perjumpaan di Bukit Batu yang diminta oleh Tuk Kura. Sang Gajah memberikan amaran kepada Sang Kancil supaya pertandingan itu dijalankan secara adil. Sementara itu,semua binatang pergi ke Bukit Batu.Bab LapanKumpulan arnab sudah sampai di Bukit Batu. Mereka berbincang dan merancang untuk mengenakan syarat-syarat yang longgar supaya kura-kura tertarik untuk berlumba. Sementara itu, rombongan kura-kura telah sampai di tepi padang sebelah timur. Semua binatang pula duduk berehat sambil menunggu ketibaan kura-kura yang berjalan perlahan.Bab SembilanKetibaan Tuk Kura dan cucu-cicitnya disambut mesra oleh Sang Gajah. Sang Gajah membenarkan Tuk Kura berehat kerana kepenatan. Tuk Kura menyatakan bahawa mereka memulakan perjalanan sejak petang semalam dan terpaksa bermalam di Padang Teberau. Sang Arnab Putih berasa geli hati kerana tempat tinggal kura-kura sebenarnya tidaklah jauh sangat. Semua binatang bersetuju Sang Gajah menjadi hakim. Tuk Kura meminta Sang Arnab Putih menyatakan syarat-syarat pertandingan dengan jelas supaya didengar oleh binatang lain. Syarat pertama, perlumbaan itu merupakan perlumbaan yang terakhir sehingga hari kiamat. Syarat kedua, perlumbaan mestilah diadakan di darat. Selain itu, Sang Arnab Putih menyatakan bahawa pertandingan itu boleh berlangsung secara bebas sama ada berjalan, menghambur, berlari, atau menggolek. Tuk Kura bersetuju untuk bertanding dengan Sang Arnab Putih. Tuk Kura menetapkan perlumbaan diadakan di lereng bukit yang berbatu-batu .Sang Gajah mengumumkan pertandingan akan diadakan dalam tempoh dua bulan lagi.Bab SepuluhSelepas syarat pertandingan diumumkan, semua binatang bersurai.T uk Kura dan cucu-cicitnya menuruni bukit sambil memeriksa lereng bukit yang dijadikan tempat perlumbaan. Sang Kancil khuatir jika kura-kura yang lain tidak bersetuju kerana Tuk Kura hanya datang bersama dengan empat ekor cucunya. Tuk Kura bercadang mahu mengumpulkan seluruh kura-kura bagi memilih wakil.Bab SebelasBapa Arnab meminta Sang Gajah memotong pokok-pokok renek di lereng bukit kerana khuatir kura-kura akan menggunakan muslihatnya. Tambahan pula, sekiranya rumput dan pokok dipotong, perlumbaan itu dapat dilihat dengan jelas. Sang Gajah memenuhi permintaan itu tetapi meminta Sang Arnab Putih memberitahukan hal itu kepada Tuk Kura.Bab Dua BelasSang Murai menyampaikan permintaan Bapa Arnab kepada Tuk Kura. Tuk Kura tidak membantah sekiranya rumput dan pokok renek dipotong.Bab Tiga BelasBapa Arnab berasa hairan kerana Tuk Kura tidak membantah. Bapa Arnab khuatir Tuk Kura akan menggunakan kebijaksanaannya dalam perlumbaan itu. Sang Arnab perlu mengadakan persiapan yang rapi. Sang Tedung pula telah dipilih untuk mengintip segala pergerakan Tuk Kura.Bab Empat BelasSang Tikus ditugasi membersihkan kawasan di lereng bukit. Pada waktu tengah hari, lereng bukit itu sudah kelihatan gondol. Sang Murai pula sibuk memberitahu semua kaum kura bahawa Tuk Kura mahu bertemu dengan mereka. Sang Tedung memberikan laporan bahawa anak kura mencuba membolos di bawah batang pokok yang tumbang dan meneliti kederasan air sungai.Bab Lima BelasKumpulan arnab membuat pertandingan untuk memilih wakil yang akan bertanding dengan kura-kura. Sang Arnab Putih memenangi pertandingan itu dan menjadi wakil kaumnya.Bab Enam BelasTuk Kura mengadakan perjumpaan dengan kura-kura lain. Kebanyakan mereka menyalahkan Tuk Kura kerana bertindak terburu-buru. Tuk Kura memujuk mereka kerana hanya seekor kura-kura yang akan dipilih untuk bertanding. Setelah membuat pemilihan selama sehari suntuk, Tuk Kura memilih sepuluh ekor kura-kura yang akan dilatihnya.Bab Tujuh BelasSementara itu, Sang Arnab Putih menyuruh Sang Tedung menghasut kura-kura yang dipilih supaya jangan bertanding.Tuk Kura pula menyuruh pelatih-pelatihnya meniti batu hampar yang licin .Sang Kura Rimba enggan mematuhi arahan Tuk Kura lalu mengajak kawan-kawannya pulang. Tambahan pula, Sang Tedung telah menghasutnya supaya meninggalkan Tuk Kura.Bab Lapan BelasSang Tedung bercerita tentang latihan yang diberikan oleh Tuk Kura. Sang Tedung menyatakan rasa hairannya dengan tindak-tanduk Tuk Kura, terutamanya apabila Tuk Kura lansung tidak menunjukkan rasa bimbang.Bab Sembilan BelasBeratus-ratus suku-sakat kura-kura telah mengepung tempat Tuk Kura. Mereka menuduh Tuk Kura mendera anak mereka yang terpilih sebagai pelatih. Sebagai balasan, mereka memaksa Tuk Kura meniti batang berulang kali. Selepas itu, Tuk Kura dipaksa meniti batu hampar sehingga menjadi lemah tidak bermaya. Tuk Kura meminta cucunya menghantarnya ke bukit selatan kerana dia mahu bertapa bersendirian.Bab Dua PuluhSang Murai membawa berita yang menggemparkan, iaitu Tuk Kura telah hilang. Sang Gajah, Sang Belang dan Sang Kerbau berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Sang Tedung memberitahu bahawa Tuk Kura telah dibelasah oleh suku-sakatnya. Bapa Arnab mendesak bahawa jika Tuk Kura tidak muncul pada hari pertandingan, Tuk Kura mesti mengaku kalah dan dihukum. Semua binatang pun pergi ke paya dan memberikan amaran bahawa sekiranya Tuk Kura tidak berlumba atau tidak mahu mengaku kalah, semua suku-sakat kura-kura akan dipijak oleh Sang Gajah.Bab Dua Puluh SatuPada hari perlumbaan, banyak binatang yang berkumpul di Bukit Batu. Sebaik sahaja Sang Gajah bertempik menandakan perlumbaan dimulakan, Sang Arnab Putih pun menghambur. Tuk Kura pula melambungkan dirinya dan jatuh di atas batu pejal dan seterusnya melambungkan dirinya lagi setiap kali dia jatuh di atas batu pejal yang lain. Sang Arnab Putih menghambur sekuat hati tetapi gagal mengejar Tuk Kura. Akhirnya Tuk Kura melantunkan diri ke garisan penamat untuk memenangi perlumbaan itu. Bapa Arnab membantah kerana Tuk Kura tidak berlari. Sang Gajah menolah bantahan itu kerana Sang Arnab Putih sendiri menetapkan bahawa cara perlumbaan adalah bebas. Sang Arnab Putih mencabar supaya perlumbaan ketiga diadakan, namun ditolak oleh Sang Gajah kerana perlumbaan kedua adalah yang terakhir .Tuk Kura dijulang oleh suku-sakatnya sebagai hero yang telah mempertahankan maruah mereka.