sistem atmosfera

16
SISTEM ATMOSFERA

Upload: xyan-ong

Post on 21-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Atmosfera

SISTEM ATMOSFERA

Page 2: Sistem Atmosfera

AtmosferaAtmosfera ialah lapisan gas yang melitupi

sesebuah planet, termasuklah bumi, dari permukaan planet tersebut hingga jauh di luar angkasa.

Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya.

Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam.

Page 3: Sistem Atmosfera

Lapisan AtmosferaAtmosfera terdiri daripada beberapa

lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut.

Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap

Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada:◦ Troposfera◦ Stratosfera◦ Mesosfera◦ Termosfera◦ Eksosfera

Page 4: Sistem Atmosfera

Tekanan Atmosferadisebabkan oleh udara juga

mempunyai berat.Ini bermakna tekanan atmosfera

berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa.

Page 5: Sistem Atmosfera

Cuaca dan Iklim

Page 6: Sistem Atmosfera

Konsep Cuaca dan Iklim

Unsur-unsur cuaca dan iklim adalah sama ,masing-masing merujuk kepada suhu, hujan,kelembapan udara di sesuatu tempat.Namun begitu dari segi tempoh masa dan keluasannya adalah berbeza.

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa; manakala iklim pula adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat.

Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang (35 tahun) dan ruangnya adalah luas.

Page 7: Sistem Atmosfera

Unsur-Unsur Cuaca dan Iklim

Page 8: Sistem Atmosfera

SuhuBermaksud darjah kepanasan udara

di sesuatu tempat.Darjah kepanasan udara ini

datangnya dari sinaran matahari atau bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya.

Apabila tenaga haba di sesuatu tempat bertambah ,maka udara di dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.

Page 9: Sistem Atmosfera

KerpasanMerangkumi hujan,salji,hujan batu dan hujan

beku.Unsur kerpasan yang paling penting ialah

hujan.Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau

kondensasi.Akibat sejatan di permukaan air, wap-wap air

akan naik ke atmosfera.Dengan adanya nukleus kondensasi maka wap-

wap air akan bercantum antara satu sama lain, menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan atau titisan air.

Page 10: Sistem Atmosfera

Kelembapan UdaraMerujuk kepada jumlah wap air yang terdapat

dalam udara.Berdasarkan kepada kandungan wap air dalam

udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering dan udara lembap.

Kelembapan udara terbahagi kepada kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan.

Kelembapan mutlak ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa.

Kelembapan bandingan ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu tertentu.

Page 11: Sistem Atmosfera

AwanMerupakan titisan air yang sangat halus

yang berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06mm serta terapung-apung di udara.

Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yg menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.

Debu-debu ,bahan-bahan pencemar udara ,garam galian yang berada di dalam atmosfera bertindak sebagai nukleus kondensasi yang akan menyerap wap-wap air, lalu membentuk awan.

Page 12: Sistem Atmosfera

Tekanan UdaraMerupakan tekanan yang dihasilkan oleh

atmosfera terhadap permukaan bumi.Tekanan udara akan berubah-ubah

mengikut ketinggian .Udara semakin berkurangan apabila

ketinggian bertambah dan kesannya berat udara juga akan berkurangan .

Page 13: Sistem Atmosfera

AnginAdalah udara yang bergerak secara

mendatar, bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.

Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu bertiup.

Alat yg digunakan untuk menentukan arah angin ialah penunjuk arah angin.

Alat yg diguna untuk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beaufort.

Page 14: Sistem Atmosfera

Cuaca dan Iklim Tempatan

Page 15: Sistem Atmosfera

Iklim MalaysiaMalaysia terletak dalam kawasan doldrum

khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung.

Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim.

Mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun.

Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.

Page 16: Sistem Atmosfera

Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah- ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin.

Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.

Semasa musim- musim peralihan monsun, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah- ubah.

Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan.