sistem limfatik

Upload: saraheddiah

Post on 12-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Lymphatic system

TRANSCRIPT

SISTEM LIMFATIK

Objektif Pembelajaran

Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:

1. Senaraikan komponen sistem limfatik.

2. Terangkan fungsi sistem limfatik.

3. Kenalpasti lokasi dan fungsi utama limfa, salur limfatik dan organ limfa dalam badan.

Pengenalan Biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada system peredaran kerana ia mengangkut cecair melalui salur dan mengalirkannya ke dalam darah vena.

Boleh juga dianggap satu sistem yang berasingan kerana ia mempunyai organ-organ yang tersendiri yang melakukan fungsi-fungsi yang tertentu.

Sistem limfatik memainkan peranan yang penting dalam sisitem pertahanan badan terhadap penyakit.

Komponen-Komponen Sistem LimfatikTiga komponen sistem limfatik adalah:

1. Cecair limfa / limfa

2. Salur limfatik

3. Organ-organ limfatik

Fungsi Utama Sistem LimfatikTiga fungsi utama sistem limfatik adalah:

1. Mengembalikan cecair interstitial yang berlebihan ke dalam darah.

2. Meresap lemak dan vitamin larut dalam lemak dari sistem

penghadaman.

3. Sebagai sistem pertahanan badan menentang mikroorganisma

dan penyakit.Fungsi Utama Sistem Limfatik1. Mengembalikan cecair interstitial yang berlebihan ke dalam darah

Hanya 90% sahaja daripada cecair yang meninggalkan kapilari masuk ke hujung venul.

10% daripadanya tertinggal dan menjadi cecair interstitial di sekeliling se-sel tisu.

Terdapat juga sedikit protin yang terkeluar dari kapilari yang meningkatkan tekanan osmotik cecair interstitial yang akan mengakibatkan edema.

Kapilari limfa mengangkut cecair interstitial yang berlebihan dan molekul protin kembali ke darah vena.

2.Meresap lemak dan vitamin larut dalam lemak dari sistem penghadaman

Lapisan mukosa usus mempunyai projeksi yang dipanggil villi.

Di bahagian tengah setiap villi terdapat kapilari darah dan kapilari limfa yang khusus dipanggil lacteals.

Lacteals menyerap lemak dan vitamin yang larut dalam lemak.

Limfa di dalam lacteals bewarna seperti susu kerana kandungan lemak yang tinggi. Ia dipanggil kilus (chyle).

3. Sistem pertahanan badan terhadap mikroorganisma dan penyakit

Nodus-nodus limfa dan organ limfa yang lain menapis limfa untuk mengeluarkan mikroorganisma dan bahan asing. Organ-organ limfatik mengandungi limfosit yang akan memusnahkan organisma yang merbahaya.

Limfa Sejenis cecair jernih yang mempunyai kandungan yang sama dengan plasma.

Berasal dari cecair plasma yang melintasi dinding kapilari di hujung arteriol.

Apabila cecair interstitial diserap dan masuk ke kapilari limfa, ia di panggil limfa.

Pengembalian cecair ini ke darah dapat mencegah edema dari terjadi dan membantu mengekalkan isipadu dan tekanan darah.

Salur LimfaSalur limfa hanya mengangkut cecair dari tisu

a. Kapilari Limfa

Berasal sebagai hujung tiub tertutup di dalam ruang interstitial.

Kapilari limfa terdapat di seluruh badan kecuali sumsum tulang, sistem saraf pusat dan epidermis kulit iaitu organ yang mempunyai kurang salur darah.

Dinding kapilari terbentuk dari selapis endotelium dan mudah menyerap cecair interstitial termasuk protin dan sel-sel yang mati.

Endotelium disaluti dengan satu lapisan sel skuamus membentuk injap satu hala.

Injap ini membenarkan kemasukan cecair ke dalam kapilari tetapi menghalang limfa keluar dari kapilari limfa.

Kapilari-kapilari limfa bercantum untuk membentuk salur-salur limfa yang lebih besar sehingga menjadi 2 salur limfa yang di panggil duktus limfatik.

b.Duktus Limfatik

Dua duktus limfatik adalah:

1. Duktus limfatik kanan

2. Duktus torasik

Duktus Limfatik Kanan Panjang lebihkurang 1 sm dan terletak di pangkal leher.

Menerima limfa dari separuh kanan toraks, kepala dan leher dan anggota atas kanan.

Duktus limfatik kanan membuka ke dalam vena subklavian kanan.

Duktus Torasik Bermula di sisterna kili (cisterna chyli) di hadapan badan dua tulang vertebra lumbar yang pertama.

Menerima limfa dari kedua belah kaki, pelvis, kaviti abdomen, separuh kiri toraks, kepala dan leher dan anggota atas kiri.

Panjang lebih kurang 40 sm dan membuka ke dalam vena subklavian kiri.

Organ-Organ Limfatik Ciri-ciri organ limfatik adalah berkelompok di antara limfosit dan makrofaj dalam rangkaian tisu perantara.

Limfosit berasal dari bone marrow dan di bawa ke organ limfatik oleh darah.Bila terdapat serangan mikroorganisma dan bahan asing, limfosit akan menambah bilangannya dalam organ limfatik dan dihantar ke tempat yang terlibat untuk melawan mikrorganisma. Organ-organ terdiri dari:

1. Nodus limfa (Lymph node)

2. Tonsil

3. Spleen

4. Kelenjar Thimus (Thymus gland)

Nodus Limfa Berbentuk bujur atau seperti kacang dan berbagai saiz.

Biasanya terdapat di dalam kumpulan sepanjang salur-salur limfa.

Limfa mengalir menerusi beberapa nodus, biasanya 8-10 sebelum kembali ke peredaran vena.

Struktur Nodus Limfa Mempunyai kapsul luar dari tisu berserat yang terbenam ke dalam membentuk trabekulae.

Kandungan yang paling penting dalam nodus limfa adalah retikular dan tisu limfatik yang mengandungi banyak limfosit dan makrofaj.

Terdapat sehingga empat atau lima salur limfa aferen yang memasuki nodus tetapi hanya satu salur eferen (keluar).

Limfa dari kepala dan leher melalui nodus-nodus servikal dalam dan superfisial.

Limfa dari anggota atas melalui nodus-nodus di kawasan siku, kemudian ke nodus aksila dalam dan superfisial.

Limfa dari kaviti toraks mengalir ke kumpulan nodus di mediasternum, salur pernafasan yang besar, esofagus dan dinding dada.

Kebanyakan limfa dari payu dara mengalir ke aksila.

Limfa dari pelvik dan kaviti abdomen melalui nodus-nodus limfa sebelum memasuki cisterna chyli.

Limfa dari anggota bawah mengalir ke nodus dalam dan superfisial di belakang lutut dan inguinal.

Tiada nodus limfa dalam sistem saraf pusat.

Lokasi Nodus LimfaTerdapat 3 kawasan superfisial di kedua belah badan, nodus limfa berkelompok:

1. Leher nodus servikal

2. Ketiak nodus axillari

3. Celah peha- nodus ingiunal

Fungsi Nodus Limfa 1. Menapis limfa sebelum kembalikannya ke darah Semasa limfa mengalir dalam sinus limfa-mikroorganisma, sel rosak, sel kanser, sisa sel ditapis oleh rangkaian berfiber.

Limfosit bertindak terhadap bakteria, virus dan sel kanser- memusnahkannya.

Makrofaj mengelilingi organisma sel mati dan kanser yang dimusnahkan oleh limfosit, kemudian menghadamkannya.2. Proliferasi limfosit Aktifkan T dan B limfosit membiak di dalam nodus limfa.

Antibodi dihasilkan oleh B limfosit yang masuk ke dalam limfa dan salur darah ke nodus.

Limpa (Spleen) Organ limfa paling besar.

Mengandungi retikular dan tisu limfatik.

Terletak di hipokondium kiri di antara fundus perut (stomach) dan diafragma.

Biasanya bersaiz 12 sm panjang, 7 sm lebar dan seberat 200 gm.

Organ Yang Berkaitan Dengan SpleenSuperior dan posterior:Diaphragm

Inferior:

Left colic flexure of the large intestinal

Anterior:

Fundus stomach

Medial:

Pancreas dan left kidney

Lateral:

Separated from 9th, 10th dan 11th ribs dan

intercostals muscle oleh diaphragm

Struktur Limpa Berbentuk bujur dengan hilum di sebelah bawah dan medial.

Mempunyai kapsul luar dari fibroelastik yang terbenam ke dalam membentuk trabekulae.

Di antara trabekulae terdapat pulpa limpa (splenic pulp) yang mengandungi limfosit dan makrofaj.

Terdiri dari beberapa lobul yang mempunyai rangkaian tisu berfiber dan dua jenis tisu iaitu pulpa putih(white pulpa) dan pulpa merah(red pulpa).

Pulpa putih terbentuk dari tisu limfatik yang mengandungi limfosit di sekeliling arteri.

Pulpa merah terbentuk dari sinus vena yang berisi darah kelompok limfosit dan makrofaj. Struktur yang memasuki dan keluar dari limpa di hilum adalah:

a. Arteri splenik, cabang dari artei seliak.

b. Vena splenik, cabang dari vena portal.

c. Salur eferan limfa (salur keluar).

d. Saraf.

Fungsi Limpa 1.Menapis darah

Limfosit dalam spleen musnahkan patogen dalam darah

makrofaj menghadamkan patogen yang dimusnahkan dan eritrosit yang rosak dan tua.

2.Hasilkan limfosit

Sebagai tindakbalas terhadap serangan mikroorganisma merbahaya.

3.Menakung darah

Sinus vena dalam limpa menjadi takungan darah

dalam keadaan pendarahan,spleen akan mengecut dan keluarkan darah untuk dihantar ke sirkulasi sistemik sebagai satu tindakbalas perlindungan.

Kelenjar Thimus Terletak di bahagian atas mediasternum dari belakang sternum hingga ke pangkal leher. Berat maksima semasa baligh adalah 3040 g sebelum menjadi atrofi.

Organ Yang Berkaitan Dengan ThimusAnterior:Sternum dan upper 4th rawan costal.

Posterior:Arch aorta dan cabangnya, vena brachiocephalic dan trakea.

Lateral:Lung.

Superior:Struktur di atas leher.

Inferior:Jantung.

Struktur Kelenjar Thimus Terdiri dari 2 lobus yang terbentuk dari areolar tisu.

Lobus selaputi oleh kapsul fibrous yang membahagi lobus dengan irregular cabang rangka epithelial sel dan limfosit.

Fungsi Kelenjar Thimus1. Pemerosesan dan pematangan Limfosit T Limfosit dalam timus tidak bertindakbalas terhadap patogen atau bahan asing.

Limfosit-T matang keluar dari timus dan masuk ke dalam darah kemudian ke organ limfatik lain di mana ia akan lakukan fungsi perlindungan.

2. Hasilkan hormon Timosiin (thymosin)

Thymosin merangsangkan pematangan limfosit dalam organ limfatik lain.

Tisu Limfoid Berkaitan Mukosa (Mucosa-Associated Lymphoid Tissue MALT) Di seluruh badan, terdapat tisu-tisu limfoid yang terletak di tempat-tempat yang strategi.

Ia mengandungi Limfosit B dan T yang penting untuk mengesan jangkitan.

Dua kumpulan MALT adalah:

a. Tonsil:

Terletak di tekak.

b. Tompok Peyer:Terletak di usus kecil.

Tonsil

Tisu limfatik yang berkelompok di bawah membran mukus hidung, mulut dan (pharynx). Tiga kumpulan tonsil adalah:

1. Tonsil faringeal atau adenoid2. Tonsil lelangit(palatine)3. Tonsil lingual

1. Tonsil faringeal atau adenoid

Terletak berhampiran pembukaan kaviti nasal ke dalam farink.2. Tonsil lelangit(palatine)

Terletak berhampiran permukaan kaviti oral ke dalam farink.3. Tonsil lingual Terletak di permukaan posterior lidah

Fungsi Tonsil Limfosit dan makrofaj dalam tonsil memberi perlindungan dari bahan bahaya dan patogen yang masuk melalui hidung atau mulut.

6