sistem otot
DESCRIPTION
nota berkaitan sistem otot iaitu definisi, komponen otot, jenis-jenis otot dan otot-otot rangka utama.Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.TRANSCRIPT
3.0 SISTEM OTOT
Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.
3.1 Komponen Sistem Rangka
i. Fiber otot Merupakan sel-sel otot
Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.
Berjalur dan bersaiz besar.
Diameter diantara 10-100 µm
Panjang sehingga 40cm.
Rajah 1: Fiber Otot
ii. Tisu penghubung
Endomisium
Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium
Perimisium
Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
Epimisium
Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium
Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung
iii. Tendon
2
Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis
iv. Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan
yang boleh bergerak.
Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.
v. Kartilej Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti
hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.
Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.
Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej
3.2 Fungsi Otot
3
i. Menghasilkan pergerakan
Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.
ii. Mengekalkan postur
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.
iii. Menstabilkan sendi
Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.
iv. Menghasilkan haba
Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
3.3 Jenis-Jenis Otot
Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.
Rajah 4: Jenis-jenis Otot
i. Otot Rangka
4
Rajah 5: Sel otot rangka
Rajah 6: Sel otot Rangka
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Melekat pada tulang atau kulit
Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat
Rentak Kontraksi Tiada
ii. Otot Kardiak
5
Rajah 7: Sel otot kardiak
Rajah 8: Otot Kardiak
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding jantung
Bentuk Sel Berangkai dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.
Kelajuan Kontraksi Perlahan
Rentak Kontraksi Ada
iii. Otot Licin
6
Rajah 9: Sel otot Licin
Rajah 10 Rajah 11
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan
saluran jantung
Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,
bahan kimis dan regangan.
Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan
Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja
3.4 Ciri-ciri Otot
i. Kebolehujaan
7
kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap
rangsangan yang diterima.
ii.Kebolehkucupan keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima
rangsangan.
iii. Kebolehpanjangan keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.
iv. Kebolehanjalan keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas
meregang atau menguncup.
3.5 Jenis-jenis otot rangka
8
Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Otot aksial Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti
tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum. Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.
ii. Otot apendikular Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti
radius, ulna, femur, humerus, patella. Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.
Otot-otot rangka yang utama
Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan
Bahagian Kepala
9
Rajah 13: Otot muka
Rajah 14: Otot leher
Bahagian Badan
10
Rajah 15: Otot tengah badan
Rajah 16: Otot belakang badan
Bahagian Lengan
11
Rajah 17: Otot lengan
Bahagian Kaki
12
Rajah 18: Otot kaki
\
3.6 Lekatan otot
13
Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau
tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan
distal.
i. Proksimal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan.
Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.
Dikenali sebagai origin.
ii. Distal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.
Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.
Dikenali sebagai insertion.
Rajah 19 Rajah 20
Nama Otot Proksimal DistalSternocleidomastoid Sternum, klavikel MastoidLatissimus dorsi Bahagian bawah
vertebra, iliakHujung proksimal
Deltoid Klavikel, skapula Bahagian tengah humerusBisep brakii Skapula Proksimal radiusPektoralis major Klavikel, sternum,
tulang rusukProksimal humerus
Gluteal maksimus Sakrum, ilium Proksimal femurKuadriseps Bahagian atas pelvik PatellaGastroknemius Distal femur dan fibula Kalkanus
Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot
3.7 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka
14
Saling tindakan otot-otot
Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau
bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan
bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:
i. Agonis
Otot-otot penggerak utama (prime movers)
Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan
khusus
Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan
khusus
Contoh: biseps brakii dan brakialis
ii. Antagonis
Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot
penggerak utama.
Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau
relaks.
Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang
dilakukan oleh agonis.
Contoh: triseps brakii
iii. Sinergis
Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.
Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.
Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.
Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis
bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.
15
Rajah 21: Perlekatan otot
3.8 Penguncupan otot rangka
i. Jenis-jenis penguncupan otot
Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang
umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil
daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-
duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam
fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:
Penguncupan isometrik (penguncupan statik)
Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan
daya.
Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.
Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak
bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya
16
Rajah 22: Menolak dinding
Penguncupan Isotonik
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi
menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.
Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik.
Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.
Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.
Rajah 23: Biceps curl
Penguncupan Isokinetik
17
Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap
sepanjang pergerakan.
Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang
dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.
Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.
Rajah 24: Bench press
ii. Halaju Penguncupan
18
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju
penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat
dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber
sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan
lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang
individu.
Fiber sentak cepat
Dikenali sebagai fiber jenis II.
Saiz lebih besar dan berwarna putih.
Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk
aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
Contoh: lari pecut.
Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.
Fiber sentak lambat
Dikenali sebagai fiber jenis I.
Saiz lebih kecil dan berwarna merah.
Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti
jarak jauh.
Contoh: jogathon.
Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan
dalam jangka masa yang panjang.
3.9 Rujukan
19
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm
Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15,
2007 from http://www.anatomy-resources.com/
20