sistem pendawaian 3 fasa

10
SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA 1.0 Pengenalan Sistem bekalan ulang-alik (AU) tiga fasa adalah satu sistem bekalan AU yang mempunyai tiga fasa yang dikendalikan dalam dua bentuk sambungan iaitu sambungan Bintang dan Delta. Sambungan Bintang mempunyai tiga talian fasa dan satu talian neutral yang dikenali sebagai 3 fasa-4 dawai manakala sambungan Delta mempunyai talian tiga fasa tanpa talian neutral yang dikenali sebagai 3fasa-3dawai. Sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sambungan bintang sahaja kerana sambungan bintang mempunyai neutral. Sistem satu fasa adalah satu sistem bekalan AU yang mempunyai satu talian fasa dan juga satu talian neutral. Setiap fasa pada sambungan bintang akan disambung dengan neutral untuk mendapatkan sistem satu fasa manakala sistem tiga fasa boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan Bintang dan Delta. Dibawah adalah contoh sambungan Bintang dan juga Delta.

Upload: iswa-kamal

Post on 02-Jul-2015

9.603 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

Talian-TalianRYBN

Sistem 3 fasaSambungan Delta Sistem 3 fasa

Sambungan Bintang

Sistem 1 fasa (R)

Sistem 1 fasa (Y)

Sistem 1 fasa (B)

SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

1.0 Pengenalan

Sistem bekalan ulang-alik (AU) tiga fasa adalah satu sistem bekalan AU yang

mempunyai tiga fasa yang dikendalikan dalam dua bentuk sambungan iaitu sambungan Bintang

dan Delta. Sambungan Bintang mempunyai tiga talian fasa dan satu talian neutral yang dikenali

sebagai 3 fasa-4 dawai manakala sambungan Delta mempunyai talian tiga fasa tanpa talian

neutral yang dikenali sebagai 3fasa-3dawai.

Sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sambungan bintang sahaja kerana

sambungan bintang mempunyai neutral. Sistem satu fasa adalah satu sistem bekalan AU yang

mempunyai satu talian fasa dan juga satu talian neutral. Setiap fasa pada sambungan bintang

akan disambung dengan neutral untuk mendapatkan sistem satu fasa manakala sistem tiga fasa

boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan Bintang dan Delta. Dibawah adalah contoh

sambungan Bintang dan juga Delta.

Rajah : Sistem Bekalan Kuasa Tiga Fasa dan Satu Fasa

Page 2: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

2.0 Kelebihan Sistem 3 Fasa berbanding 1 Fasa

i. Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi membekalkan

sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa, penjimatan bahan pengalir

untuk kehilangan tembaga yang sama dapat dilakukan kerana keperluan kuprum dapat

dikurangkan.

ii. Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan

struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh di antara

penyokong.

iii. Motor 3 fasa mempunyai kendalian permulaan kendiri yang lebih baik kerana kuasa

seketikanya lebih stabil dan tetap. Ini tidak berlaku dalam sistem satu fasa.

iv. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem tiga fasa lebih tinggi berbanding sistem satu

fasa.

v. Motor tiga fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang lebih baik dan saiz yang

lebih kecil, bagi keluaran yang sama berbanding motor satu fasa.

vi. Daya kilas yang dihasilkan oleh motor tiga fasa adalah tetap sementara daya kilas motor

aruhan satu fasa berbentuk dedenyut.

vii. Alatubah tiga fasa adalah lebih ringan, kecekapan lebih baik dan lebih murah berbanding

alatubah satu fasa yang sama saiz.

Page 3: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

3.0 Sistem Tiga Fasa

Sistem tiga fasa adalah sistem yang mempunyai tiga (3) sumber voltan yang sama

magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut

fasa 1200. Dalam sistem arus ulang alik (AU) satu fasa, apabila satu gegelung diputarkan dan

memotong urat daya magnet di antara kutub utara dan kutub selatan stator, voltan AU akan

terjana. Jika terdapat lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama dan memotong

urat daya magnet yang sama, voltan AU akan terjana mengikut bilangan gegelung yang

diputarkan. Setiap voltan yang dihasilkan mempunyai magnitud gelombang yang sama tetapi

mempunyai beza fasa tertentu antara satu sama lain. Sistem yang mempunyai lebih daripada satu

gegelung dinamakan sistem pelbagai fasa (poly-phase). Oleh itu, bagi sistem tiga fasa, ia

menggunakan tiga gegelung yang dapat menjana tiga voltan atau daya gerak elektrik (d.g.e) yang

sama amplitud dan mempunyai anjakan fasa 1200 seperti rajah dibawah. Biasanya tiga fasa ini

dilabelkan sebagai Merah (Red-R), Kuning (Yellow-Y) dan Biru (Blue-B).

Rajah : Gegelung Memotong Medan Magnet

Rajah: Gelombang 3 Fasa

Page 4: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

Suis Utama ELCB MCB

4.0 Kegunaan Sistem 3 Fasa

i. Untuk hidupkan mesin 3 fasa atau beban tinggi.

ii. Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang besar.

iii. Sebagai sistem penghantaran dan pengagihan kepada pengguna.

5.0 Pendawaian Tiga Fasa

i. Daripada meter, wayar bagi tiga-tiga fasa disambung ke suis utama mengikut warna

(fasa).

ii. Dalam kotak pengagihan terdapat suis utama, pemutus litar dan juga miniature circuit

breaker (MCB).

Dalam Kotak Pengagihan

Page 5: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

iii. Pendawaian 3 fasa seperti dibawah. Keluaran daripada kotak pengagih akan

disambung ke litar akhir seperti soket, motor dan sebagainya mengikut fasa. Untuk

menjimatkan penggunaan wayar, connecting bar boleh digunakan untuk

menyambung fasa yang sama antara MCB. Dalam litar pendawaian 3 fasa, ia boleh

ditukarkan kepada pendawaian satu fasa untuk digunakan pada beban kecil seperti

soket dengan menggunakan satu lagi suis utama yang di sambung terus kepada salah

satu wayar fasa dan juga wayar neutral yang terdapat pada pendawai 3 fasa. Terdapat

2 jenis pendawaian 3 fasa, iaitu pendawaian 3 fasa yang mempunyai wayar neutral

yang disambung pada neutral bar atau pendawaian 3 fasa yang tidak menggunakan

wayar neutral.

Rajah: Sistem Pendawaian Pada Kotak Pengagihan

Ke Litar Kecil Akhir

Page 6: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

6.0 Cara Mengenali Pendawaian Tiga Fasa dan Satu Fasa

6.1 Pendawaian Satu Fasa

i. Meter satu fasa hanya mempunyai 2 wayar sahaja iaitu wayar hidup dan wayar

neutral.

ii. Pada kotak pengagihan terdapat hanya satu suis utama.

Wayar Hidup

Wayar Neutral

Page 7: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

Wayar Fasa Merah

Wayar Fasa KuningWayar Fasa Biru

Wayar Neutral

6.2 Pendawaian Tiga Fasa

i. Pada meter terdapat empat wayar iaitu wayar untuk fasa merah, fasa kuning dan fasa

biru serta wayar neutral.

ii. 3 fasa mempunyai 3 suis utama yang dicantum bersama

Page 8: SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

iii. Di dalam kotak pengagihan terdapat 3 warna iaitu merah, kuning dan biru yang

menandakan ia adalah 3 fasa.

Rujukan

http://www.scribd.com/doc/6230295/TEKNOLOGI-ELEKTRIK-1-Unit-8