skema bm k2 - set 2
TRANSCRIPT
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
SKEMA PEMARKAHANSoalan : 1
SKEMA PEMARKAHANRumusan
Markah
Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ]Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna di negara ini.
Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna
Petikan membincangkan peranan remaja sebagai pengguna
2m
1m
0mIsi Tersurat (peranan remaja sebagai pengguna) (4 hingga 12 markah) Markah
S1 melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan 2mS2 menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. 2mS3 remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat 2mS4 menggunakan perkhidmatan laman sosial sebagai wadah komunikasi
untuk menubuhkan kelab pengguna2m
S5 mengetahui sebarang produk (1m) dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber(1m)
2m
S6 mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan
2m
S7 memahami hak dan tanggungjawab sebagai penggunaS8 mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang
kepenggunaan2m
S9 melakukan kajian terhadap isu-isu tertentu 2mS10 berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja 2m
Isi Tersirat - Cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja (4 hingga 12 markah)
Markah
T1 Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan kepenggunaan 2m
T2 Sekolah menubuhkan Kelab Pengguna untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar
2m
T3 Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna 2m
T4 Badan bukan kerajaan (NGO) memberikan ceramah / bengkel / seminar / kursus kepenggunaan
2m
T5 Sekolah/NGO menganjurkan pertandingan pidato/forum/penulisan esei yang berkaitan kepenggunaan
2m
T6 Media massa menyiarkan iklan/artikel/rencana/risalah berkaitan isu kepenggunaan
2m
1
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
T7 Ibu bapa memberikan maklumat tentang isu-isu kepenggunaan dari semasa ke semasa
2m
Kesimpulan MarkahKesimpulannya, masyarakat perlulah bekerjasama memupuk kesedaran remaja terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna agar melahirkan pengguna yang bijak 2m
Soalan 2(a) - Petikan umum
(i) Maksud rangkai kata produk tiruan
- barangan/barang palsu/tidak asli [2 markah] - produk palsu / barang tiruan [1 markah] [maksimum : 2 m]
(ii) Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan
- remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna - jurujual menggunakan permainan psikologi - faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang (2 isi cukup) [maksimum : 3 m]
iii) tindakan anda apabila menyedari bahawa anda telah tertipu setelah membeli sesuatu barangan
- Membuat aduan kepada Persatuan Pengguna- Membuat laporan di balai polis- Melaporkan perkara tersebut kepada Tribunal Pengguna- Memulangkan barang tersebut kepada peniaga- Menuntut ganti rugi
(3 isi cukup) [maksimum : 4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Idola’
(i) Berdasarkan petikan, nasihat yang diberikan oleh hero kepada penjaga panggung ialah :- melakukan kerja bukan berdasarkan minat tetapi kebolehan- jangan memuji orang lain tetapi pujilah diri sendiri- hindari diri daripada menjadi lalat dan gagak
[2 markah] (2 isi cukup)
2
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(ii) Andaikan saya penjaga panggung, reaksi saya terhadap nasihat yang disampaikan oleh hero kepada saya ialah : - mengucapkan terima kasih atas nasihat yang disampaikan - memahami lebih mendalam maksud nasihat tersebut - berusaha membaiki kekurangan dan kelemahan diri - menjadikan nasihat sebagai pedoman dalam hidup
[3 markah] (2 isi cukup)
(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah : - Kita hendaklah hidup di alam nyata dan menerima apa-apa jua seadanya Contohnya, penjaga panggung yang sentiasa berhasrat untuk menjadi pelakon atau pun hero tidak berpijak di bumi nyata
- Kita hendaklah nasihat-menasihati dalam perkara kebaikan. Contohnya, si hero menasihati penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata dan memuji diri sendiri
[ 2 markah] (Pilih mana-mana 1 isi)
Satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen ialah :- Kita hendaklah sentiasa mengingati pengorbanan dan kasih sayang setiap ahli
keluarga. Contohnya, walaupun sedang bekerja, penjaga panggung tetap mengingati isteri dan sepuluh orang anaknya di rumah
- Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita. Contohnya, si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan dengan amanah
- Kita hendaklah sedar dan insaf akan kesilapan yang dilakukan. Contohnya, penjaga panggung insaf dan sedar bahawa dia tidak akan berangan-angan lagi dan ingin menjadi dirinya sendiri.
[ 2 markah]
( pilih mana-mana 1 isi)
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik ‘Merah Silu’
(i) Maksud hendak minta tempat duduk:
-mahu memohon tempat tinggal [1 markah]
-mahu memohon kebenaran untuk mendiami sesuatu kawasan. [2 markah]
3
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(ii) Faktor-faktor yang menyebabkan Merah Silu mengatakan bahawa Megat Iskandar akan menjadi bapanya:
- Megat Iskandar sangat pemurah kerana mengalu-alukannya serta menjamunya makan dan minum
- Megat Iskandar melayannya dengan baik dan memahami kesusahannya.- Megat Iskandar sangat baik hati kerana mengajaknya tinggal bersama-sama dengannya di
Buluh Telang- Megat Iskandar membenarkan kerbau-kerbau Merah Silu makan di ladangnya yang luas. [3 markah] (2 isi cukup)
(iii) Pada pandangan saya, kesan jika Merah Silu enggan berpindah:
- terjadi permusuhan antara Merah Silu dengan penduduk di situ.- Mungkin kerbau-kerbau Merah Silu akan dibunuh kerana merosakkan tanaman orang.- Merah Silu akan dipulaukan oleh penduduk di situ kerana mendatangkan mudarat kepada
mereka.[3 markah]
(2 isi cukup)
Soalan 2(d) – Sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’
(i) Maksud ‘Tempatmu di singgahsana’
- kedudukan yang tertinggi / teratas[2 markah]
(ii) Cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita ialah :
- kerajaan menjalankan Kempen Cintailah Bahasa Kita secara berterusan - kerajaan mengadakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun - semua jabatan kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi - media massa menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam setiap artikel/ rancangan/ iklan - sekolah menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kebahasaan/ Minggu Bahasa Melayu/ pelbagai pertandingan bahasa - NGO menganjurkan pelbagai program/ ceramah/ pertandingan/ forum berkaitan bahasa kebangsaan - ibu bapa menggalakkan anak-anak menggunakan bahasa kebangsaan yang betul/ menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa - pihak berkuasa tempatan memantau penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda/iklan di setiap premis
(2 isi cukup)[maksimum : 3 markah]
4
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(iii) Dua persoalan berdasarkan sajak
1. Persoalan memartabatkan bahasa Melayu. Rakyat Malaysia disaran agar menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian supaya status bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan sentiasa terjamin.
[1+1]
2. Persoalan pengorbanan para pejuang bahasa dalam memartabatkan bahasa Melayu. Pengorbanan para pejuang bahasa pada masa dahulu dalam memartabatkan bahasa Melayu wajar dihargai. [1+1]
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri kerana pernah digunakan di seluruh pelosok dunia/ tersebar ke seluruh pelosok dunia
[1+1]
4. Persoalan keyakinan terhadap kemampuan Bahasa Melayu. Rakyat meyakini Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.
[1+1]
(2 isi cukup) [maksimum : 4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
(a)(i) aliran- i) gerakan sesuatu yang cair, gerakan mengalir
Aliran air sungai itu menuju ke laut.ii) gerakan tenaga elektrik melalui kawatLelaki itu terkena renjatan aliran elektrik ketika memetik suis.iii) haluan pendapat Walaupun terdapat pelbagai aliran pemikiran, namun rakyat Malaysia tetap hidup bersatu-padu.
(ii) pengalir- i) sesuatu yang(digunakan untuk )mengalirkan . Air merupakan pengalir haba yang baik.
(iii) mengalir- i) Bergerak berterusan (air, cecair, tenaga elektrik dan lain-lain)Air Sungai Ceper mengalir perlahan kerana telah tercemar.
(iv) arahan- i) pimpinan atau pengawasanFilem arahan Seniman Agung P. Ramlee masih diminati ramai.ii) petunjuk atau perintahArahan pengetua mesti dipatuhi oleh semua murid.
5
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(v) pengarah- i) orang yang kerjanya mengarah (filem, drama dan sebagainya)Pengarah filem Shamsul Yusof telah memenangi anugerah pengarah filem terbaik baru-baru ini.ii) orang yang dipilih untuk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek.Pengarah projek usahasama itu dipuji kerana berjaya menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
(vi) mengarah- i) menghadap ke sesuatu arah/ menghalaPintu kota itu mengarah ke sebelah barat.ii) membawa kita ke sesuatu arah ( jalan, jambatan dan sebagainya)/ menujuPihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina sebuah jambatan mengarah ke Banting.iii) menyuruh kenderaan mengikut sesuatu jalanPolis sedang mengarah lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup.
[Maksimum : 6 markah]
(b)(i) FN + FS(ii) FN + FK(iii) FN +FA(iv) FN + FN(v) FN + FK(vi) FN + FA
[Maksimum : 6 markah]
(c)(i) berpakai – memakai
keringting -- keriting(ii) mentera -- mantera
mencerita -- menceritakan(iii) satay -- sate
berbandingkan – berbanding
[Maksimum : 6 markah]
(d)(i) yang - bahawa
harap - asa(ii) kertas rujukan - kertas kerja
disiapkan oleh saya - saya siapkan (iii) keluar - ponteng berdasarkan kepada laporan - berdasarkan laporan
[Maksimum : 6 markah]
6
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(e) Peribahasa
i) Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
ii) Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang- senang kemudian/ genggam bara api biar sampai jadi arang
iii) durian runtuh/ rezeki terpijak/ tikus jatuh ke beras[Maksimum : 6 markah]
Soalan 4 (Novel)
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.
4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa dan huraian iv) Beri 1 markah bagi peristiwa tanpa huraian v) Beri 0 markah bagi huraian tanpa peristiwa vi) Markah isi maksimum 4 markah vii) Markah bahasa maksimum 3 markah viii) Markah bahasa diberi secara impression Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa x) Jika calon tidak menjawab, beri 0 markah
[Maksimum : 7 markah]
(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap iii) Beri 3 markah bagi setiap pernyataan dan huraian/contoh iv) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan tanpa huraian v) Markah isi maksimum 6 markah vii) Markah bahasa maksimum 2 markah viii) Markah bahasa diberi secara impression Baik : 2 markah Lemah : 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa viii) Jika calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 8 markah]
7
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
4a) Peristiwa yang menarik dalam novel
Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
1. Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang samaAbang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.
2 Peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar.
Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
3. Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya.
Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.
4. Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan dengan Ekran.
Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.
5. Peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan
dengan Tengku Murni.
Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
8
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
6. Peristiwa Azfa Hanani menerima pelawaan menggantikan Ellina untuk menjadi pengerusi Forum Remaja.
Peristiwa ini menarik kerana melalui program ForumRemaja ini telah dapat menonjolkan bakat Azfa Hanani sebagai merupakan seorang pelajar yang berbakat dan petah berbicara.
7. Menolak tawaran Laili untuk menjadi pengacara malam Bakat Sumbangsih.
Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani pandai menilai kawan yang baik atau tidak.
8. Peristiwa Kunjungan Datin Maziah ke rumah pak long.
Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak menyimpan dendam terhadap Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu bapanya dan Datin Maziah yang menampar muka dan menghinanya malah dia memaafkan mereka berdua.
9. Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas sejauh 30 kilometer sehari.
Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan tabah menuntut ilmu.
10. Peristiwa Azfa Hanani pergi melihat Ekran berniaga menjual burger berhampiran Plaza Cahaya.
Peristiwa ini menarik kerana Ekran merupakan contoh anak muda yang berdikari dalam kehidupannya. Selain memperoleh pengalaman, penjualan burger ini ini juga dapat menambah pendapatan sampingan kepadanya.
(a) Peristiwa paling menarik dalam novel
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
1. Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.
Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan orang asli suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
9
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
2. Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya
Peristiwa ini menarik kerana Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
3. Peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta
Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.
4. Peristiwa Jidin menjaga Samantha setelah bapanya Ridley dan ibunya Brenda terkorban dalam nahas kapal terbang.
Peristiwa ini menarik kerana ketabahan Jidin yang sanggup memelihara Samantha walaupun mendapat tentangan daripada kaumnya.
5. Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah
dirinya yang sebenar.
Peristiwa ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya makhluk misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.
6. Peristiwa Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan mengikuti ibunya Jennifer.
Peristiwa ini menarik kerana Malique ingin bersama Itai, adik kandungnya dan Tau bapanya sanggup meninggalkan kemewahan untuk tinggal di
dalam hutan tersebut.
7. Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.
Peristiwa ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan seketul emas yang diambil dari sungai kepada Ludin kerana dia tidak mahu
kepercayaan penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan seterusnya menyebabkan Itai hilang kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.
8. Peristiwa Amira menemui mobile disk di lantai gua.
Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada.
9. Profesor Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupunditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah kemalangan.
Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah dengan pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah putus asa.
10
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
(b) Nilai kasih sayang
Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
1. Kasih sayang anak terhadap bapa saudaraContohnya: Azfa Hanani sangat sayang akan pak long dan mak long yang telah banyak berjasa memeliharanya setelah ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya.
2. Kasih sayang anak terhadap ibuContohnya, Tengku Mazran sanggup meminta bantuan Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk meringankan kesedihan ibunya.
3. Kasih sayang ibu terhadap anakContohnya, Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari jadinya.
4. Kasih sayang antara sahabatContohnya, Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Ellina yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih.
5. Kasih sayang abang dengan adikContohnya, Abang Muzaffar meminta Azfa Hanani menghadiahkan bacaan Al-Quran untuk adiknya Tengku Murni yang telah meninggal dunia.
6. Kasih sayang antara saudaraContohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni kerana Abang Mazran berjanji untuk mengubati penyakit sepupunya Zuraini yang lumpuh.
(b) Nilai kasih sayang
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
1. Kasih sayang bapa kepada anak
Contohnya, Tau sanggup melarikan Malique dan menyembunyikannya di dalam bilik sempit di Gunung Gua Gajah kerana dia amat merindui anaknya Malique (Sabi) yang telah terpisah sejak kecil dilarikan oleh isterinya.
11
SKEMA KERTAS 2 : SET 2 (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)
2. Kasih sayang anak terhadap ibuContohnya: Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.
3. Kasih sayang ibu terhadap anakContohnya: Profesor Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan kebajikan anaknya walaupun sibuk dengan pekerjaannya.
4. Kasih sayang antara sahabatContohnya: Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya Malique yang hilang.
5. Kasih sayang bapa saudara kepada anak saudaraContohnya: Ludin sanggup memelihara anak saudaranya Itai kerana Tau mengasingkan diri.
6. Kasih sayang adik-beradikContohnya,Tau sanggup mengambil Ipah sebagai isteri agar Ludin mempunyai peluang untuk menjadi ketua kampung.
SKEMA JAWAPAN TAMAT
12