skema pemarkahan bm 012

Upload: jennifer-clark

Post on 18-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    1/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -13- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012(PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

    Panduan dan Cara Memeriksa Kertas

    1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secarakeseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.

    2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untukmenilai atau memberi markah.

    Langkah-langkah Memeriksa Kertas

    1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan

    dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu,nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikandengan kriteria yang telah ditentukan.

    2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kalikedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan

    jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

    3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsungdengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini,lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

    4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format,

    tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

    5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolakmarkah. Tetapijika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua(2) markah daripada markah keseluruhan.

    6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telahditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi

    jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

    7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahandan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membinaayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalanbertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mestimembina ayat yang mengandungi kata kerja,contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain-lain lagi. Janganmembina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

    8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkanisi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan,huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mestimempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80patah perkataan.

    9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusanatau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungilima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murniyang dinyatakanatau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlahperkataan juga mesti tidak kurang daripada 50patah perkataan.

    10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    2/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -14- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    PANDUAN PEMARKAHAN

    ITEM BAHAGIAN A

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Markah

    Cemerlang

    (9 10)

    1. Menulis ayat yang gramatisdan menepatibahan grafik.2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta

    bertepatandengan bahan grafik.3. Pengunaan tanda baca yang betuldan bersesuaian dengan ayat.4. Penggunaan ejaan yang tepatdan betul.5. Mengandungi limaayat dan limaisi yang bertepatandengan bahan grafik.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Markah

    Baik

    (7 8)

    1. Menulis ayat yangjelasdan menepatibahan grafik.2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang sederhanaserta

    sesuaidengan bahan grafik.3. Terdapat beberapa kesilapantanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.4. Terdapat beberapa kesilapanejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

    5. Mengandungi empatayat dan empat isi yang sesuai dengan bahan grafik.6. Menulis melebihi lima ayat, sama ada isinya berkaitan dengan bahan grafikatau isinya tidak berkaitan dengan bahan grafik.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Markah

    Memuaskan

    (4 6)

    1. Menulis ayat yang mudahdan ringkassesuai dengan bahan grafik.2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata tetapi terhaddan masih sesuai

    dengan bahan grafik.

    3. Terdapat banyak kesilapantanda baca dalam ayat.4. Terdapat banyak kesilapanejaan dalam ayat.5. Mengandungi tigaayat dan tigaisi yang sesuai dengan bahan grafik.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    MarkahPencapaian

    Tahap

    Minimum

    (1 3)

    1. Menulis ayat yang tidak sesuai atau tidak berkaitandengan bahan grafik.2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata yang terhad dantidak sesuai

    dengan bahan grafik.

    3. Tidak menguasaikemahiran tanda baca dalam penulisan atau ayat.4. Tidak menguasaikemahiran ejaan dalam penulisan atau ayat.5. Mengandungi duaayat dan duaisi yang tidak sesuai dengan bahan grafik.

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    3/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -15- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    PANDUAN PEMARKAHAN

    ITEM BAHAGIAN B

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Cemerlang

    (24 30)

    (27 30)Tinggi

    (24 26)Rendah

    1. Karya atau penyampaian isi yangjelasdan menarikuntuk dibaca.2. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang

    gramatisbertepatan dengan tema.3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai

    dengan tema atau soalan.4. Pengunaan tanda baca yang betulberdasarkan jenis karangan.5. Penggunaan ejaan yang betulberdasarkan jenis karangan.6. Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi, dan penutup yang bernas.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Baik

    (17 23)

    (20 23)Tinggi

    (17 19)Rendah

    1. Karya atau penyampaian isi yangjelasuntuk dibaca.2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis

    bertepatan dengan tema atau soalan.3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhanaserta sesuai

    dengan tema atau soalan.4. Terdapat beberapa kesilapantanda baca dan tidak menjejaskan karangan.5. Terdapat beberapa kesilapanejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.

    6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi, dan penutup yang sesuai.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Memuaskan

    (11 16)

    (14 16)Tinggi

    (11 13)

    Rendah

    1. Karya atau penyampaian isi yang mudah danringkasuntuk dibaca.2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar

    yang bersesuaian dengan tema atau soalan.3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema.4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma)

    dan terdapat banyak kesalahantanda baca dalam karangan.5. Terdapat banyak kesalahanejaan dalam karangan.

    6. Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi, dan penutup yang sesuai.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    PencapaianTahap

    Minimum

    (1 10)

    (7 10)Tinggi

    (1 6)Rendah

    1. Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan.2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dantidak berkaitandengan tema atau

    sukardifahami jalan ceritanya.3. Penggunaan perkataan yang terhaddan tidak sesuaidengan tema.4. Tidak menguasaikemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan.5. Tidak menguasaikemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan.6. Karangan yang tidak mengikut formatatau kehendak soalan.

    7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kaburatau tidak jelas maksudnya.8. Isi karangan tidak berkaitanatau tidak menepati kehendak soalan.9. Karangan terpesongatau tergelincirdari landasan soalan atau tajuk.

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    4/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -16- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    PANDUAN PEMARKAHAN

    ITEM BAHAGIAN C

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Cemerlang

    (17 20)

    (19 20)

    (17 18)

    1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepatmenggunakan ayat yang gramatisberdasarkan bahan rangsangan.

    2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuaidengan bahan rangsangan.

    3. Pengunaan tanda baca yang betulberdasarkan bahan rangsangan.4. Penggunaan ejaan yang betulberdasarkan bahan rangsangan.5. Menyatakan minimumlima pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Baik

    (12 16)

    (14 16)

    (12 13)

    1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepatmenggunakan ayat yang gramatisberdasarkan bahan rangsangan.

    2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuaidengan bahan rangsangan.

    3. Terdapat beberapa kesalahantanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.4. Terdapat beberapa kesalahanejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

    5. Menyatakan minimum empat pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    Memuaskan

    (6 11)

    (9 11)

    (6 8)

    1. Ulasan tepatmenggunakan ayat mudahdan ringkas.2. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan ulasan.3. Terdapat banyak kesalahantanda baca ketika membuat ulasan.4. Terdapat banyak kesalahanejaan ketika menghasilkan ulasan.

    5. Menyatakan minimumtiga pengajaran atau nilai murni dengan betul.

    PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

    PencapaianTahap

    Minimum

    (1 5)

    1. Ulasan tidak menepatibahan rangsangan yang disediakan.2. Penggunaan perkataan atau kosa kata yang terhad serta tidak sesuai

    dengan bahan rangsangan.3. Tidak menguasaikemahiran tanda baca semasa membuat ulasan.4. Tidak menguasaikemahiran ejaan semasa membuat ulasan.

    5. Menyatakan minimumsifar hinggadua pengajaran atau sifar hinggaduanilai murni daripadabahan rangsangan.

    6. Ulasan tidak berkaitanatau terpesongdaripada bahan rangsangan.

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    5/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -17- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    PANDUAN MEMBINA AYATITEM BAHAGIAN A

    ITEM BAHAGIAN A

    SITUASI AKTIVITI

    KATA SIFAT KATA SIFAT KATA KERJA KATA KERJA

    Condong Tinggi Bertepuk Belayar

    Kemik Merah Menjual Memagari

    Hampir Gembira Menunggu Mencabut

    Segera Dekat Menagkap Memeriksa

    Pahit Pandai Menjual Memilih

    Contoh ayat yang mengandungi kata sifat

    1. Air sungai itu mengalir dengan derasselepas hujan lebat pagi tadi.

    2. Di bandar itu terdapat tiga buah restoran yang menjual makanan segera.

    3. Puan Zakiah amat kecewadengan perangai biadap segelintir anak muridnya itu.

    4. Bangunan yang hampirsekali dengan pantai ialah Hotel Primula, Kuala Terengganu.

    5. Tiang lampu di simpang tiga itu condongsetelah dilanggar oleh kereta petang semalam.

    Contoh ayat yang mengandungi kata kerja

    1. Shahidan sedang membawabeberapa biji bola ping pong yang berwarna kuning.

    2. Pekebun sayur itu menggunakan dawai berduri untuk memagarikebun sayurnya.

    3. Selepas selesai menjerang air, emak pula mengulitepung untuk membuat kuih pau.4. Seorang hakim padang sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya.

    5. Guru Besar sedang menyampaikanhadiah kepada Azlin atas kejayaan cemerlangnya itu.

    A A

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    6/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -18- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNIDALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

    MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

    NILAI-NILAI MURNI

    PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (SK & SJK)

    AMANAH KEBERANIAN

    BAIK HATI KEJUJURAN

    BERDIKARI KERAJINAN

    BERSIH FIZIKAL & MENTAL KERJASAMA

    BERTANGGUNGJAWAB KESEDERHANAAN

    HEMAH TINGGI KESYUKURAN

    HORMAT-MENGHORMATI PATRIOTISME

    KASIH SAYANG RASIONAL

    KEADILAN SEMANGAT BERMASYARAKAT

    KEBEBASAN TOLONG-MENOLONG

    PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNIDALAM P P BAHASA MELAYU

    20 20

    20 20

  • 5/28/2018 Skema Pemarkahan Bm 012

    7/7

    KOMPAS 123 PENULISAN BAHASA MELAYU -19- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

    KOMPAS123PENULISAN BAHAGIAN CMERUMUS ATAU MEMBUAT ULASAN

    NILAI-NILAI MURNI & PENGAJARAN(Daripada Bahan Petikan atau Teks)

    PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNIDALAM P P BAHASA MELAYU

    EMPAT PULUH (40) NILAI MURNI ATAU PENGAJARAN

    BIL NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN BIL NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN

    1. rajin / tekun / gigih 21. bertoleransi

    2. jujur / tulus 22. yakin

    3. berdikari 23. berhemah tinggi

    4. berani 24. patriotik

    5. amanah 25. bersatu padu

    6. adil 26. baik hati

    7. berterima kasih 27. kebebasan

    8. berjimat-cermat 28. kebersihan fizikal

    9. ikhlas 29. kesederhanaan

    10. pemurah 30. rasional

    11. bekerjasama 31. bermaruah / harga diri

    12. berdisiplin 32. mencintai alam sekitar

    13. bertanggungjawab 33. sabar / penyabar

    14. bersyukur 34. tabah / cekal

    15. patuh undang-undang 35. menghargai masa

    16. prihatin 36. menepati masa

    17. kasih sayang 37. bersimpati

    18. sopan santun / peramah 38. hati-hati / berwaspada

    19. hormat-menghormati 39. keazaman / cita-cita tinggi

    20. tolong-menolong 40. taat / patuh / akur

    40 40