skrip juruacara cny

6
Perhimpunan Majlis Tahun Baru Cina MC PERKARA TEKS CATATAN Pengumuma n (Sebelum majlis bermula, sebelum VIP sampai) Perhatian kepada sidang dewan yang dihormati, Sila ambil tempat masing-masing dan matikan telefon bimbit agar tidak mengganggu majlis dan semasa majlis berlangsung, sebaiknya tuan-tuan dan puan-puan tidak membuat bising agar majlis dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih. Acara hidupkan “Singa Cina” Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita menyaksikan Upacara Menghidupkan Singa Cina yang berlangsung di luar dewan ini melalui tayangan di hadapan dewan. Upacara ini merupakan simbolik bagi memulakan tahun yang baru dengan lebih baik dan lancar. (Semua sidang dewan bersedia) Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah, Pensyarah- Pensyarah Kanan, serta Ketua-ketua Jabatan masuk ke dalam dewan. 欢欢 欢欢欢欢欢欢欢欢欢欢 ×欢欢欢 Nyanyian Lagu Lagu Negaraku Lagu Negeri Pulau Pinang Kata kata aluan Para hadirin dipersilakan duduk. Yang berusaha Pn.Hjh Rohani bt Ismail, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tn Haji Daud bin Md Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, xxx, ketua jabatan xxx, Pensyarah-pensyarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, seterusnya guru-guru pelatih yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam Satu Malaysia. 欢欢欢欢欢欢欢欢欢欢 ,Hjh Rohani bt Ismail 欢欢欢欢 ,,Haji Daud bin Md Saman 欢欢欢 ,,。 Bacaan Tetak buluh kajang sepuluh,

Upload: dennis-mff

Post on 23-Jun-2015

285 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: skrip juruacara CNY

Perhimpunan Majlis Tahun Baru Cina

MC PERKARA TEKS CATATANPengumuman(Sebelum majlis bermula, sebelum VIP sampai)

Perhatian kepada sidang dewan yang dihormati,Sila ambil tempat masing-masing dan matikan telefon bimbit agar tidak mengganggu majlis dan semasa majlis berlangsung, sebaiknya tuan-tuan dan puan-puan tidak membuat bising agar majlis dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih.

Acara hidupkan “Singa Cina”

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,Marilah kita menyaksikan Upacara Menghidupkan Singa Cina yang berlangsung di luar dewan ini melalui tayangan di hadapan dewan. Upacara ini merupakan simbolik bagi memulakan tahun yang baru dengan lebih baik dan lancar.

(Semua sidang dewan bersedia)

Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah, Pensyarah-Pensyarah Kanan, serta Ketua-ketua Jabatan masuk ke dalam dewan.欢迎端姑百能师范学院院长,副院长 与及各位讲师入席就坐。

×谁跟随?

Nyanyian Lagu

Lagu NegarakuLagu Negeri Pulau Pinang

Kata – kata aluan

Para hadirin dipersilakan duduk.

Yang berusaha Pn.Hjh Rohani bt Ismail, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tn Haji Daud bin Md Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, xxx, ketua jabatan xxx, Pensyarah-pensyarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, seterusnya guru-guru pelatih yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam Satu Malaysia.

端姑百能师范学院院长,Hjh Rohani bt Ismail女士,副院长,Haji Daud bin Md Saman 先生,各位讲师,与及各位同学大家早上好。

Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa dipohon biar selamat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara Mohd Afizin b Ahmad Pahmin untuk bacaan doa. Dipersilakan.

Page 2: skrip juruacara CNY

Terima kasih kepada saudara Mohd Afizin bin Ahmad Pahmin di atas bacaan doa sebentar tadi.

Kata alu-aluan

Bicara Ilmu

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis perhimpunan kita pada pagi ini merupakan Perhimpunan awal bulan Februari 2010 serta sambutan Tahun Baru Cina anjuran Jawatankuasa perhimpunan ipg Kampus Tuanku Bainun.

Seterusnya, majlis menjemput Dr.Kim Teng Siang, PENGURUS PENYELIDIKAN & PENERBITAN IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menyampaikan Bicara Ilmu yang bertajuk “xxx”. Dr.Kim Teng Siang dipersilakan.

Terima kasih kepada Dr. Kim Teng Siang di atas bicara ilmu sebentar tadi.

Perasmian

Berbilang kaum hidup bersama,Bersopan-santun amatlah mesra,

Tak kira bangsa juga agama,Tahun Baru Cina disambut dengan gembira.

Sekarang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan pengarah diiringi oleh Timbalan Pengarah dan xxx untuk merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dengan menulis kaligrafi “和”(he).

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah, tuan timbalan pengarah, serta xxx.

Tuan Pengarah, pensyarah-pensyarah dan guru pelatih sekalian:

Maksud perkataan “和” ialah bersepadu, harmoni dan aman yang sentiasa menjadi misi dan visi kita semua sebagai warga Malaysia serta usaha untuk menyahut slogan “Satu Malaysia”.

Persembahan Gendang

Seterusnya, majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan rangkaian persembahan yang bertemakan satu Malaysia oleh guru-guru pelatih. Ipg kampus tuanku bainun. Dipersilakan.

Page 3: skrip juruacara CNY

Gendang Dua Puluh Empat Perayaan merupakan gabungan amalan tradisional China dengan ciptaan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia. Ia menggabungkan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional Cina iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang.

Tarian Malaysia

Tarian Malaysia ini merupakan tarian yang menggabungkan tarian Melayu, India, dan Cina. Tarian ini merupakan simbolik terhadap kemajmukan kaum yang ada di Malaysia, serta semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua rakyat Malaysia.

Persembahan Wushu

Wushu merupakan seni mempertahankan diri Orang Cina dan seni mempertahankan diri ini sudahpun wujud sejak 4000 tahun dahulu.

Persembahan Koir

Seterusnya, sidang hadirin akan dihiburkan lagi dengan persembahan koir oleh Pasukan Koir Ipg kampus tuanku bainun.

Terima kasih di atas rangkaian persembahan sebentar tadi.Ucapan Pensyarah

Seterusnya, majlis menjemput _______________________ untuk mewakili pensyarah-pensyarah serta guru-guru pelatih yang berbangsa India untuk memberi ucapan sempena menyambut Tahun Baru Cina. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Pensyarah

Sekarang, majlis menjemput ___________________ untuk mewakili pensyarah-pensyarah serta guru-guru pelatih yang berbangsa cina untuk memberi ucapan sempena menyambut Tahun Baru Cina kepada warga IPG kampus tuanku bainun. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _________________ atas ucapan sebentar tadi.

Penyerahan Kad Perayaan

Seterusnya, Majlis menjemput Pn. Hjh Rohani bt Ismail, Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun diiringi oleh tuan timbalan pengarah serta xxx bagi menyempurnakan acara penyerahan kad perayaan kepada xxx, selaku wakil warga berbangsa Cina di IPG kampus Tuanku Bainun. Tuan pengarah dijemput.

Page 4: skrip juruacara CNY

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah, tuan timbalan pengarah, serta Xxx.

Ucapan Tuan Pengarah

Sekarang, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan sempena menyambut Tahun Baru Cina oleh Pn. Hjh Rohani bt Ismail, Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Tuan pengarah dengan segala hormatnya dipersilakan.现在,我们尤请端姑百能师范学院院长,Hjh rohani

bt Ismail 女士上台致词。尤请。

Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengarah.谢谢院长。

Lagu IPTB,Lagu Satu Malaysia

Sekarang , para hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Satu Malaysia dan lagu ipg kampus tuanku bainun.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Sekian sahaja perhimpunan kita pada hari ini. Umum keluar Mengumumkan Yang berusaha Pn. Hjh Rohani bt Ismail,

Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, tuan timbalan pengarah, Pensyarah- pensyarah Kanan DG52, ketua-ketua jabatan serta para pensyarah meniggalkan dewan.