skrip majlis khatam alquran

Upload: meor-farhan

Post on 29-Feb-2016

272 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh skrip pengacara majlis

TRANSCRIPT

MAJLIS KHATAM AL-QURAAN 1436H/ 2015 M

BIL.PERKARACATATAN

1

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis memohon kerjasama para hadirin supaya tenang dan senyap semasa berlansungnya Majlis Khatam al-Quraan peringkat sekolah Kebangsaan Tanah Liat bagi tahun 2015 bersamaan 27 Ramadhan tahun 1436 H.

Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis.

Assalam

Yang berusaha, Tn Hj abdul aziz bn Hassan, En Kasim Bin Zakariah Pen. Kanan Hal ehwal Murid, Yang Dihormati En Rosli Bin Ahmad Pen. Kanan Kokurikulum, Yang Dihormati Pn FaIzah Bt Othman,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid SK tanah Liat sekalian

2

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadratRabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantanMekar mewangi di taman laranganCintakan al-Quran, fahami al-QuranMoga terealisasi jadi kenyataan.

Zikir Munajat Pembersih jiwaDoa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Amin Taufik Bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

Amin.. ya rabbal alaminMajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadiSemoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT..

Hadirin sekalian

Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita saksikan Alunan Zikrullah yang akan di sampaikan oleh adik mohd fadzli bin hasan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

3

Terima kasih diucapkan kepada adik mohd fadzli bin hasan yang telah mengalunkan zikrullah sebentar tadi.

7

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi melangsungkan majlis kita yg penuh dengan keberkatan pada hari inimarilah sama-sama kita saksikan Majlis Khatam al-Quran yang akan dijayakan oleh murid-murid SK TANAH LIAT yang akan dipimpin oleh ( ).

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan pemimpin majlis yang telah menjayakan Majlis Khatam al-Quran sebentar tadi

8Bagi meneruskan majlis kita pada pagi iniMarilah kita sama-sama menghayati persembahan qasidah oleh adik-adik sk tanah liat..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Terima kasih di ucapkan di atas persembah itu tadi

8

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada

Yang Berusaha En Rosli bin Ahmad, pen Kanan Kokurikulum sk tanah liat untuk menyampaikan ucapan

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En rosli bin ahmad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha En Kasim bin Zakariah

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilandiucapkan kepada Yang berusaha En Kasim bin Zakariah atas ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.

10

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhhati kepada guru-guru yang terlibat dalam majlis tadarus sekolah. Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha En. Rosli bin Ahamd untuk mengiringi Yang Berusaha En Kasim Bin Zakariah.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Senarai nama...

11

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kemuncak bagi acara majlis khatam al-quraan...majlis meminta semua guru-guru untuk naik ke atas pentas bagi menjaya majlis bersalam aidil fitri dan sumbangan duit raya...

Dei jemput kelas...

Sumbangan duit raya ini adalah hasil daripada kutipan sumbangan guru-guru dan warga sekolah dan pentadbir sk tanah liat dan

12

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan semua guru-guru atas kesudian menjayakan majlis bersalaman aidilfitri..

guru-guru dijemput duduk..

13

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat mempelai direnjis dipilisSenyum-senyum jangan tak senyumSudah kita di penghujung majlis.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis khatam al qurann Tahun 2015, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya,in sya Allah.

14

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekiansahaja,salamhormat,wabilLahitTaufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

15