skrip pengacara majlis pibg

Upload: suzana-abdul-rashid

Post on 09-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Skrip Pengacara Majlis Pibg

    1/5

    PENGUMUMAN KETIBAAN:

    (Niza)

    Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia EN. Mohamad Amin b. Shafie,Penolong

    Pegawai Daerah Kuala Kangsar di iringi oleh Yang DiPertua PIBG, Pn. Jamilah Yusof,En. Itamta b. Harun dan tetamu-tetamu jemputan.

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

    Yang berbahagia ,

    En. Mohamad Amin b. Shafie, Penolong Pegawai Daerah K.Kangsar,

    Yang dihormati,

    Pn. Jamilah bt Yusof, YDP PIBG SK.Kati,

    Yang Berusaha,

    En.Itamta b. Harun ppt, Guru besar Sekolah Kebangsaan Kati

    Ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru serta para ibu bapa yang dikasihi sekalian.

    Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi

    Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan

    luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkanminda dan deria rasa, dalam satu pertemuan, satu tujuan mencari kata sepakat dalam

    Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk. Kati kali ke-40

    Pihak majlis serta seluruh warga SK Kati merasa berbesar hati, mengucapkan selamat

    datang serta mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia En. Mohammad Amin

    selaku penolong pegawai daerah k.kangsar serta semua tetamu jemputan yang hadir.

    (K.Su)

    Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

    memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis

    dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Khairul b. untuk memimpin

    bacaan doa. Dipersilakan.

  • 7/22/2019 Skrip Pengacara Majlis Pibg

    2/5

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al- Fadhil ustaz atas pimpinan bacaan

    doa itu tadi semoga majlis kita pada petang ini mendapat keberkatanNya.

    Hadirin yang dihormati,

    Sebagai tanda setia kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan

    suara, untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin

    dipersilakan untuk berdiri.

    Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan

    sebentar tadi.

    Hadirin dipersilakan duduk.

    (Niza)

    Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanPn. Jamilah Yusuf, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kati untukmemberikan ucapan.Dengan sukacitanya dipersilakan....

    Demikianlah tadi ucapan alu-aluan pembuka bicara oleh Pn. Jamilah selaku YDP PIBG.

    (K.Su)

    Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berusaha En. Itamta b.Harun, ppt Guru besar Sekolah Kebangsaan Kati bagi menyampaikan ucapan.Majlis mempersilakan.

    Begitulah tadi ucapan yang telah diberikan oleh tuan guru besar sekolah kebangsaankati. Terima kasih sekalung budi buat guru besar yang dedikasi.

    (Niza)

    Sidang hadirin yang budiman,

    Kalau Tuan pikat kenari,

    Jangan patahkan batang jerami;

    Kepada Tuan ruang diberi,

    Mohon rasmikan majlis kami

    Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Yang Berbahagia, En. Mohd Amin,

    penolong pegawai daerah k.kangsar bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya

  • 7/22/2019 Skrip Pengacara Majlis Pibg

    3/5

    menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK. Kati kali ke 40.

    Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

    (K.Su)

    Dengan Bismillah kita mulai,

    Alhamdulillah wassola tannabi,

    Dengan takdir Ilahi Rabbi,

    Selesai sudah upacara merasmi.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, En.

    Mohamad Amin atas ucapan perasmian sebentar tadi.

    Orang berbudi,

    Kita berbahasa.

    Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha En.

    Itamta b. Harun untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang

    Berbahagia En. Mohammad Amin atas kesudian menghadiri majlis perasmian

    Mesyuarat Agung PIBG Sk.Kati kali ke 40.

    (Niza)

    Kasihnya ibu membawa ke syurga

    Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa

    Kasihnya guru mencurah ilmu

    Pemacu segala pelita dan lampu

    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

    Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat

    Seribu tahun menjadi hikmat

    Walau di mana jua dia berdiri

    Panggilan keramat Cikgu tetap terpahat

    Sidang Hadirin Sekalian,

    Pada kesempatan ini juga pihak majlis mengambil kesempatan untuk menyampaikan

    watikah Persaraan kepada Pn. Rohaya bt. Ariffin bekas Penonong Kanan Hal-Ehwal

    Murid Sk. Kati

  • 7/22/2019 Skrip Pengacara Majlis Pibg

    4/5

    Bagi menyempurnakan watikah persaraan ini pihak majlis berbesar hati menjemput dan

    mempersilakan untuk menyampaikan watikah kepada

    Pn. Rohaya bt. Ariffin.

    Terima kasih sekalung budi seikhlas hati atas curahan khidmat bakti mendidik dan

    memimpin warga SK.Kati. Terima kasih kepada .. .. manyampaikan watikah

    (K.Su)

    Hadirin yang dikasihi,

    Selesai sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG serta penyampaian watikah

    persaraan. Bagi pihak majlis kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian

    En. Mohammad Amin merasmikan majlis pada petang ini .

    Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas

    diiringi Pengetua, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmatijuadah yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah.

    Dari mana asalnya, usah diusul,Molek budinya menambat hati;Dua tiga bicara salah tersasul,Jangan dibawa ke dalam hati.

    Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sk.Kati akan dipengerusikan oleh Pn.Jamilah bt Yusof, YDP PIBG Sk Kati.

    Sekian, Wabilah hitaufik wal hidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

  • 7/22/2019 Skrip Pengacara Majlis Pibg

    5/5