skrip teater kanak2.docx
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Penulisan esei ini adalah berdasarkan tugasan kursus Teater kanak-Kanak (PSE
3104). Tugasan ini memerlukan penulis menghasilkan sebuah skrip teater kanak-
kanak yang bersesuaian dengan tahap dan minat mereka. Beberapa konsep dan
definisi mengenai teater diterangkan secara ringkas supaya dapat penulis
memahami pengertian sebenar teater.
Dalam dunia pendidikan sastera, perkataan teater sentiasa disebut-sebut oleh
mereka yang aktif dalam bidang lakonan pentas dan penulisan skrip. Makna teater
boleh ditakrifkan seperti berikut. “Teater adalah salah satu bentuk kegiatan manusia
yang secara sedar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk menyatakan
dirinya yang diwujudkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan rupa yang dijalin
dalam cerita pergelutan kehidupan manusia.” Menurut Peter Brook, “teater akan
menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian, teater
merupakan sebuah tindak budaya, teater bukanlah tempat untuk melarikan diri
ataupun untuk mencari perlindungan”.
Seni teater atau drama merupakan satu cara belajar bagi golongan dewasa,
remaja dan kanak-kanak. Kita boleh mengenal diri dan masyarakat melalui teater
yang dipentaskan. Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja merupakan
satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Teater memainkan peranan
penting dalam pendidikan. Teater bukan sekadar melatih murid fasih bertutur, cekap
berkomunikasi, mahir berfikir dan berketrampilan menarik, malah melalui aktiviti
teater juga murid boleh mempertingkatkan potensi diri dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual. Oleh itu, amat tepat sekali bahawa teater juga dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tidak langsungnya.
Terdapat beberapa konsep berkaitan dengan teater dalam pendidikan dan
juga teater kanak-kanak. Konsep ini menjadi teras kepada perkembangan bidang
teater di sekolah.
1
Berikut adalah beberapa konsep teater dalam pendidikan yang boleh menjadi
panduan dalam menghasilkan sebuah pementasan teater di sekolah.
1. Perlu merangsang pemikiran dan mendalami serta menyentuh perasaan
penonton terhadap sesuatu isu.
2. Menggunakan bahan daripada sumber kurikulum atau isu sosial sebagai tema.
3. Sering dipersembahkan oleh kumpulan teater professional atau pelakonnya
adalah guru.
4. Matlamat utama pementasan adalah untuk merangsang pelajar dalam
pemahaman terhadap isi pelajaran di samping sebagai hiburan.
5. Perlu menghiburkan supaya dapat mengekalkan tumpuan dan minat penonton
walaupun hiburan bukan matlamat utama.
Kesimpulannya, dalam pementasan sebuah teater kanak-kanak, sebuah skrip
yang baik juga perlu dihasilkan yang memenuhi aspek yang telah ditetapkan supaya
mereka dapat belajar sambil berhibur. Nilai murni perlu diterapkan dengan lebih jelas
agar kanak-kanak dapat memahami tujuan sebenar teater tersebut dipersembahkan.
Selain itu, jalan cerita juga mestilah mudah, ringkas dan menarik dengan tambahan
penggunaan latar tempat yang mampu menyerlahkan lagi suasana teater. Oleh itu,
mereka dapat menghayatinya dengan lebih seronok.
2
2.0 SKRIP TEATER KANAK-KANAK
KISAH KANCIL DAN KAWAN-KAWANNYA
Watak-Watak :
Kancil Singa
Kera Ayam
Arnab Rusa
Tupai Kucing
Kambing Pencerita
Tempat
Di sekitar hutan belantara.
Masa
Pada waktu pagi, petang dan malam.
Pentas
Kedudukan pentas sama bagi keseluruhan cerita. Pentas dihiasi dengan pokok-
pokok seperti hutan belantara.
Sinopsis
Skrip teater kanak-kanak ini menceritakan tentang kisah Sang Kancil dan kawan-
kawannya. Kisah yang bermula dengan perjalanan Sang Kancil dan Sang Kera
mencari suara aneh dan akhirnya mereka bertemu dengan binatang-binatang lain
untuk mengetahui jawapan suara aneh tersebut. Mereka bersama-sama berusaha
untuk menolong kawan mereka yang ditangkap oleh Sang Singa untuk dimakan
sebagai ubat sakit gigi. Mereka berjaya menewaskan Sang Singa da
menyelamatkan Sang Rusa.Akhirnya, mereka hidup dengan aman dan damai.
3
Babak 1
Pada suatu pagi, dalam sebuah hutan belantara yang dipenuhi binatang-
binatang telah menjadi ketakutan. Raja rimba, seekor singa yang jahat tiba-tiba
mengamuk dengan membabi buta. Sebabnya ialah Sang Singa sedang
menderita sakit gigi. Seluruh binatang menjadi takut dan lari bersembunyi.
Singa :Ngauuum….Ngauuum….Ngauuum….Ngauuum….Ngauuum….!!!
Sang Singa pun berlalu. Suaranya semakin lama semakin lenyap. Kelihatan
beberapa ekor binatang masuk ke pentas dan bersembunyi di sebalik pokok.
Mereka ketakutan. Sang Kancil pun muncul.
Kancil : Kera….Kera…! Marilah keluar. (berbisik)
Kera : Ssssstt….Aku di sini….(dari belakang pokok)
Kancil : Di mana kamu kera? Aku tidak nampak.
Kera : Di sini….Aku di sini.
Kancil : Di sini tu…di mana? Aku tidak nampak pun kamu kera. (sambil mencari-cari)
Kera : Di sinilah. Cuba kamu berjalan dua langkah ke arah kanan.
Kancil : Satu….dua….(kancil bergerak)
Kera : Kemudian langkah ke belakang lima langkah.
Kancil : Satu, dua, tiga, empat dan lima….Sudah, kamu di mana?
Kera : Sekarang, pusing badan kamu ke arah kiri.
Kancil : Begini?
Kera : Ya.
Kancil : Habis tu, mana kamu?
Kera : Cak, aaa….(muncul dari belakang kancil)
Kancil : Huish. (melompat terkejut)
4
Kera : Haha…ha…ha…(ketawa terbahak-bahak)
Kancil : Lain kali jangan main begini. Terkejut aku. Boleh kena sakit jantung.
Kera : Jangan marah kancil. Aku bergurau saja. Hehe….
Kancil : Bergurau tengok masa la kera. Jangan uji kesabaran aku.
Kera : Baiklah kawanku, aku minta maaf.(sambil menghulurkan tangan untuk
bersalam, tapi kancil buat tidak peduli)
Kera : Betul betul marah ni.
Baru saja Sang Kancil dan Sang Kera berjalan beberapa langkah, tiba-tiba kaki
Sang Kera terpijak kulit pisang lalu terjatuh.
Kera : Aduh….!
Kancil : Haha…Ha…ha…Rasakan balasannya. Lain kali, kalau makan pisang,
jangan buang kulitnya sesuka hati.(perli)
Kera : Huh, bukannya nak tolong, malah ketawa pula. Aduh, sakitnya pinggang
aku….
Kancil : Sudah lah, salah sendiri. Mari sini nak tolong.(kancil menghulur tangan
untuk menolong kera yang kesakitan untuk bangun)
Tiba-tiba kera menarik tangan Sang Kancil, lalu jatuh di atas badan kera.
Mereka tertawa kerana hubungan mereka kembali pulih.
Kancil : Eh, kera. Apakah kamu nampak apa yang aku nampak tadi?
Kera : Apa kancil? Tadi kan kamu jatuh.
Kancil : Kalau begitu, apakah kamu dengar apa yang aku dengar sekarang ini?
Kera : Dengar apa kancil? Hanya suara kamu saja yang aku dengar.
Kancil : Bukan begitu maksud aku. Tadi aku mendengar suara seperti minta tolong.
Begini. Aduh, sakit…..Tolong…..Aduh….Aduh….Sakit.(meniru suara singa)
Kera : Oooo, yang itu. Aku juga mendengarnya. Kenapa kancil?
5
Kancil : Suara siapa, ya? Macam pernah aku dengar sebelum ini. Ingin sekali aku
menolongnya.
Kera : Ah,….buat apa kita susah-susah menolongnya? Kita sendiri pun tidak tahu
itu suara siapa?
Kancil : Isshh, kamu ni kera. Kenapa cakap begitu? Kita ini kan sesama makhluk
ciptaan Tuhan. Sudah seharusnya kita hidup tolong-menolong. Bukankah
menolong orang kesusahan itu amalan mulia, dapat pahala lagi, betul kan?
Kera : Betul, tapi kalau yang kita tolong itu orang jahat, macam mana? Kita sendiri
yang susah nanti.
Kancil : Betul juga cakap kamu kera. Tapi….kalau dia baik?
Kera : Ikut suka hati kamu lah kancil. Malas nak layan soalan kamu tu.
Kancil : Ah, begini. Apa kata kita tanya kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka
tahu itu suara siapa? Jom.
Kera : Jom, siapa takut.
Sang Kancil dan Sang Kera mulai berjalan untuk mengetahui apa yang terjadi.
Mereka bertanya kepada siapa saja yang ditemuinya sepanjang perjalanan.
Namun menjelang senja pun masih belum mengetahui suara siapa yang
meminta tolong. Akhirnya mereka kepenatan lalu berehat di bawah sebatang
pokok yang rendang.
Kera : Huh, sudah jauh kita berjalan kancil. Tapi kita tidak dapat sesuatu yang
menggembirakan. Kucing tak tahu, kambing tak tahu, tupai pun tak
tahu.(mengeluh kepenatan)
Kancil : Betul, tapi kita tak boleh mengalah. Jangan cepat putus asa kera.
Kera : Ah, aku sudah penat dan mahu tidur.
Kancil : Ya, aku juga.(menguap lalu tidur di bawah pohon yang rendang)
6
Babak 2
Pagi telah tiba. Matahari bersinar dengan cerahnya. Binatang-binatang di
hutan menyambutnya dengan riang dan gembira. Ada yang menyanyi dan
menari. Hari itu, mereka dapat bermain dengan tenang kerana Sang Singa
yang jahat dan sering menggangu mereka itu sedang sakit gigi. (lagu ceria
dimainkan)
Kera : Stoppp…..!(muzik berhenti, semua binatang bingung dan lari bersembunyi)
Kancil : Opocot. Terkejut Kanc…il. Ada apa kera?(bangun dengan terkejutnya)
Kera : Mereka itu, tuh….Mengganggu kita sedang tidur saja.
Kancil : Siapa?
Kera : Hey kalian, mari keluar. Jangan bersembunyi. Keluar! (kera menjerit)
Sejenak kemudian, semua binatang tadi pun keluar dari tempat
persembunyian.
Kambing : Mbekkk…Huh, saya ingat kamu ini serigala. Ee…rupanya kera.
Kera : Ya, aku Sang Kera, Kenapa?(marah)
Kucing : Meow…Eh, sudah-sudah jangan bertengkar. Sesama binatang tidak elok
bertengkar, tau. Meow.
Kera : Kamu pun sama saja. Pengganggu!
Ayam : Kukuruyuk….Apa kalian ni? Pagi-pagi lagi dah marah-marah. Ce cerita
sama saya. (rehat seketika sambil semua binatang bercerita kepada ayam)
Ayam : Oo…rupa-rupanya Sang Kera dan Sang Kancil ini telah terganggu tidurnya
oleh kami.
Kera : Hemh…tau pun.
Kambing : Mbekkk…Kalau begitu kami minta maaf kera. Betul kami tidak tahu yang
kamu sedang tidur di sekitar sini. Betulkan kawan-kawan?
Semua binatang : Betul, kera. Betul kancil. Kami semua tidak tahu.
7
Kancil : Oh, tak apa-apa. Sebenarnya aku dan Sang Kera ini sedang mencari
sesuatu yang membuat kami berdua bingung. Kami sudah berjalan
sepanjang hari sehingga penat lalu tidur di sini. Maafkan kami juga, kawan-
kawan.
Tupai : Apa yang kamu berdua cari sebetulnya?
Ayam : Kukuruyuk, apa dia Sang Kancil? Cuba beritahu kami. Mungkin kami boleh
tolong.
Kancil : Begini kawan-kawan. Semalam aku dan Sang Kera terdengar suara aneh.
Tupai : Apa, suara aneh?
Kancil : Betul, suara aneh.
Kucing : Meow….Aneh, aneh bagaimana kancil?
Kancil : Dengar ya kawan-kawan. Aduh, sakit…..Aduh….Tolong….Aduh…(meniru
kembali suara singa)
Kancil : Begitulah suaranya kawan-kawan. Dan setelah itu, kami mula mencari siapa
pemilik suara tersebut. Sampailah ke sini.
Kancil : Hei, kenapa kalian ketawa? Apa ada yang lucu tadi?
Tawa mereka pun berhenti. Dan tak lama kemudian mereka ketawa lagi.
Kera : Stop-stop, berhenti….!(marah, lalu semua binatang diam)
Kucing : Meow….Maafkan kami kawan, rupanya kamu tidak tahu lagi, ya?
Kancil : Apa yang kalian tahu dan tidak kami ketahui? Beritahulah segera.
Kucing : Begini kancil. Begini kera. Rupanya suara aneh yang kamu dengar itu
adalah suaranya Sang Singa yang jahat. Dia tengah menderita sakit gigi.
Kancil dan Kera : Haa, SIIIINGAAAA!!! (berpelukan dengan gementar)
Kambing : Mbekkk…Betul, suara yang kalian dengar itu suara singa. Tapi tenang
saja, dia tidak boleh apa-apakan kita. Dia tengah sakit gigi.
8
Tupai : Ya, singa tengah sakit gigi. Jadi, dia tidak boleh menggigit.
Kancil dan Kera : Oooo….begitu.(menarik nafas lega)
Tupai : Hahaha…Sang Singa yang jahat sedang sakit gigi. Hahaha….
Babak 3
Semua binatang berasa sangat gembira kerana Sang Singa sakit gigi. Dia tidak
boleh menggangu binatang lain lagi. Namun dengan tiba-tiba, seluruh alam di
sekitar hutan itu menjadi gelap. Sang Arnab datang sambil membawa obor.
Arnab : Aduh, kawan-kawan. Masak kita, masak….(termengah-mengah)
Kera : Eh, rupanya ada Sang Arnab!
Ayam : Ya, itu memang Sang Arnab.
Arnab : Benar. Ini aku, Sang Arnab.
Kancil : Ada apa arnab? Kenapa kamu kelihatan ketakutan?
Arnab : Aku membawa berita untuk kalian semua.
Kucing : Berita? Berita apa arnab? Cepat beritahu kami semua.
Arnab : Ini berita buruk kawan-kawan.
Tupai : Apa, berita buruk?
Kambing : Mbekkk….Kalau begitu, cepatlah kau ceritakan kepada kami.
Kucing : Meow….cepat, jawab. Jangan bingung begitu. Meow….
Arnab : Begini. Sebentar tadi aku mendapat berita yang mengatakan bahawa Sang
Singa yang jahat itu telah menangkap salah seorang sahabat kita.
Tupai : Apa, menangkap sahabat kita? Siapa arnab?
Arnab : Yang ditangkap oleh Sang Singa itu adalah…………Sang Rusa.
Kancil : Hah, Sang Rusa!
9
Arnab : Ya, Sang Rusa ditangkap untuk dimasak dan dijadikan ubat sakit gigi Sang
Singa. Alasannya gigi Sang Rusa sangat kuat dan bagus.
Ayam : Hiiiyyy….takut…..kukuruyuk…..Tapi kenapa kucing menggigil?
Kucing : Meow, ma…maaf, aku betul-betul takut.(tersipu malu)
Kambing : Mbekkk….Lantas apa yang harus kita lakukan?
Kancil : Tentu saja kita harus menolong Sang Rusa. Dia kan sahabat kita semua.
Kucing : Apa, menolongnya? Hiiiiyyyy….takut…..!!!
Arnab : Tapi bukankah Sang Singa itu sangat jahat. Jangan-jangan kita sendiri yang
dimakannya.
Kera : Oh, kalau begitu biar Sang Kambing lah yang menolongnya! Dia kan ada
tanduk.
Kambing : Amboi, sedap mulut nampak! Kamu lah yang pergi. Kamu kan boleh
panjat pokok. Singa tentu tak dapat tangkap kamu.
Kancil : Ahaa, aku sudah dapat idea.
Tupai : Apa idea kamu Sang Kancil yang bijaksana hoi? Kami semua takut ni.
Kancil : Kita semualah yang akan melawan Sang Singa. Kitakan ramai. Jadi kita
perlu bersatu untuk menewaskan Sang Singa yang jahat itu.
Kambing : Mbekkk….Tepat sekali. Bersatu kita teguh bercerai kita runtuh.
Kancil : Sekarang, marilah kita satukan seluruh kekuatan kita untuk menolong Sang
Rusa. Setuju?
Arnab : Setuju….!!!
Kucing : Kalau begitu aku juga setuju. Meow, meow, meow…..
Kancil : Baiklah, sekarang mari kita mengatur strategi untuk menghadapi Sang
Singa.
10
Babak 4
Akhirnya, semua kawan-kawan Sang Kancil pun datang ke tempat
persembunyian Sang Singa yang jahat itu. Dengan berhati-hati mereka
menyelinap masuk. Mereka melihat Sang Rusa sedang tidur dalam kurungan.
Sang Kancil cuba untuk mengejutkan Sang Rusa, namun tidak berjaya. Di luar,
terdengar suara singa sedang mengadu giginya yang sedang sakit itu. Tak
lama kemudian, muncullah Sang Singa. Semua kawan Sang Kancil menjadi
panik lalu dengan pantasnya bersembunyi di sebalik semak di sekitarnya.
Singa : Hmm…seperti ada sesuatu di sini. Ya, seperti bau yang tidak asing lagi
bagiku. Ya, bau makanan yang enak.
Singa menghampiri tempat kancil bersembunyi. Lalu memungut setangkai
bunga yang sudah mengering.
Singa : Oo, jadi ini makanan enak yang aku fikirkan tadi. Ish, bunga kering rupanya.
Em, si bodoh rusa sedang tidur lagi rupanya. Biarkan. Daripada bangun
membuat bising berteriak meminta tolong, lebih baik dibiarkan tidur saja.
Ah, sekarang aku mahu menyiapkan segala sesuatu untuk memasak
daging rusa. Kalau dimasak dengan bumbu ni sedap. Enaaak…..!!!(berjalan
keluar)
Sang Kancil dan kawan-kawannya keluar dari tempat persembunyian dengan
sangat berhati-hati. Mereka menarik nafas lega.
Kancil : Huh, hampir ditangkapnya aku!
Kera : Bagaimana sekarang kancil?
Kancil : Dengar sini semua. Sekarang kita pecah kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama membebaskan Sang Rusa, manakala kumpulan kedua pula
mengawasi keadaan kalau-kalau Sang Singa datang lagi.
Ayam : Kukuruyuk….ayuh kita bertindak.(bersemangat)
Kancil : Ssssssttttt…..Jangan bising sangaaat.
11
Semua binatang serentak meletakkan tangan menutup mulut. Kemudian,
mereka segera menyelesaikan tugas yang telah diberikan.
Rusa : Terima kasih Sang Kancil. Terima kasih kawan-kawan. Kalian telah
menyelamatkan nyawaku.
Tupai : Ah, kamu tidak perlu berkata begitu rusa. Kita kan dah lama berkawan. Jadi
seharusnya kami menolong kamu daripada dimakan oleh Sang Singa yang
jahat itu.
Ayam : Betul, betul. Inilah baru dinamakan kawan. Kukuruyuk…..
Rusa : Baik sungguh hati kamu semua. Aku berasa sangat bersyukur mempunyai
kawan seperti kalian. Kamu semua adalah sahabatku yang terbaik di dunia.
Kemudian, mereka saling berpelukan satu sama lain. Suasana yang sangat
mengharukan itu tiba-tiba menjadi kalut kerana Sang Singa masuk dengan
mengejut tanpa disedari oleh mereka.
Singa : Oh, rupanya ada perjumpaan keluarga di rumah aku, ya! Tapi….aku tidak
diundang pula.
Kucing : Hah, S-I-N-G-A. Meow, Meow, Meow…
Singa : Apa yang kamu buat di sini, hah?
Kancil : La…ri…!!!
Semua binatang tersebut lari untuk menyelamatkan diri, tetapi tidak
meninggalkan tempat itu. Malah, mereka mempermainkan Sang Singa yang
sedang marah itu.
Singa : Jangan lari….Mana kamu mahu pergi? Awas kamu semua. Akan aku
tangkap semuanya. Dasar binatang bodoh. (marah tanpa menghiraukan
giginya yang sedang sakit)
12
Tiba-tiba Sang Singa meraung kesakitan giginya. Dia lalu terduduk kerana
terlalu sakit. Kesempatan ini diambil oleh Sang Kancil dan kawan-kawannya
untuk mengurung singa ke dalam kurungan yang telah dia gunakan kepada
rusa tadi.
Singa : Aduh….Sakit….Aduh, sakit!!!(segera terduduk kesakitan)
Kera : Nah, sekarang biar kau rasakan bagaimana rasanya dikurung dalam
sangkar. Ha…ha…ha…
Singa : Bodoh kau kera. Cepat keluarkan aku dari sini. Nahas kamu aku kerjakan
nanti.
Kera : Tidak akan aku buka kurungan itu. Aku tidaklah sebodoh yang kau sangka.
Ha…ha…ha…
Kancil : Ah, sudahlah semua. Mari kita pulang. Biarkan Sang Singa menikmati sakit
giginya di situ.
Ayam : Siapa suruh kamu jahat? Sekarang padan muka kamu. Kukuruyuk….
Kambing : Mbekkk….Mari kawan-kawan kita pulang. Hari pun sudah mulai malam.
Arnab dan Kucing : Mari…
Singa : Hei, jangan pergi. Keluarkan dulu aku dari sini. Hei binatang-binatang
bodoh….Tolong…Tolong…keluarkan aku dari sini…..maafkan
aku…..Tolong….!!!!
Akhirnya Sang Kancil dan kawan-kawannya hidup dalam keadaan gembira
kerana tidak ada lagi yang akan mengganggu mereka bermain dan mencari
makanan. suasana pentas menjadi gelap.
- TAMAT -
13
3.0 REFLEKSI KENDIRI
Nama : Mohd Salahuddin bin Mat Amin
No. I/C : 900623-11-5773
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan ini. Saya mula menerima soalan tugasan Teater Kanak-Kanak (PSE 3104)
ini pada 15 Julai 2013 dan dikehendaki menyiapkannya dan hantar pada 23 Ogos
2013. Pensyarah kelas saya iaitu Encik Mohamad Paris bin Arshad telah memberi
penerangan yang jelas semasa saya menerima tugasan ini. Saya dikehendaki
menulis sebuah skrip teater kanak-kanak dan jika berkesempatan, skrip tersebut
akan dipersembahkan.
Sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini, pelbagai dugaan yang
dihadapi. Dugaan yang utama ialah tugasan ini perlu dilaksanakan sepanjang
tempoh saya berpraktikum di sekolah bagi praktikum fasa 2 selama 8 minggu. Oleh
itu, saya menghadapi banyak kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Maklumlah, saya perlu menyiapkan rancangan pengajaran setiap hari. Jadi masa
untuk saya menulis skrip teater ini sedikit terganggu.
Sebelum saya mula menulis skrip teater ini, saya mencari seberapa banyak
maklumat yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Saya membuat rujukan di
perpustakaan dan tidak lupa juga di internet. Nampaknya sumber untuk bahan
sastera ini kekurangan. Jadi, saya membuat perbincangan bersama rakan-rakan
sekelas supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.
Melalui tugasan ini, saya dapat belajar cara untuk menulis sebuah skrip teater
kanak-kanak. Pelbagai unsur yang menarik dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak
perlu saya titikberatkan agar skrip saya sesuai untuk dipentaskan kepada golongan
kanak-kanak terutamanya. Oleh itu, cerita yang saya pilih ialah cerita haiwan dan
saya beranggapan bahawa kanak-kanak amat menyukainya. Saya juga dapat
mengetahui serba sedikit konsep dan definisi teater sama ada teater untuk kanak-
kanak mahupun teater dalam pendidikan. Konsepnya hampir sama saja.
14
Daya kreativiti saya juga dapat dicungkil semasa menulis skrip ini. Saya perlu
menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan memenuhi kehendak emosi,
imaginatif dan daya pemikiran kanak-kanak. Skrip yang baik untuk kanak-kanak
ialah skrip yang mempunyai nilai yang baik di samping mempunyai sedikit unsur
kecindan. Dalam skrip yang saya hasilkan, terdapat beberapa nilai murni yang saya
tonjolkan serta beberapa unsur kecindan yang boleh dipentaskan dengan
spontannya. Oleh itu, perkara yang saya belajar sepanjang menulis skrip ini ialah
hidup kita ini mestilah sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai yang murni dan juga
sedikit gelak ketawa untuk melepaskan segala tekanan yang ada agar diri dan jiwa
kita sentiasa terdidik.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan
bapa saya yang sentiasa mendorong saya untuk terus gigih belajar supaya dapat
menjadi seorang guru yang berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah dan
rakan-rakan saya yang banyak membantu berkongsi idea secara langsung dan tidak
langsung. Diharapkan tugasan yang dilaksanakan ini telah berjaya mendidik saya
untuk sentiasa rajin berusaha dalam menuntut ilmu dan juga kehidupan seharian.
15
RUJUKAN
Ahmad Kamal Abdullah. (1993). Jambak: Proses kreatif pengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hizairi Othman. (1996). Kreativiti dalam penciptaan karya sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Noresah binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ibrahim Abdul Salam. (1995). Kitab permulaan mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Internet
Dewan Bahasa dan Pustaka dilayari pada 20 Julai 2013 di http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1
Maharam (2010) dilayari pada 20 Julai 2013 di http://contohtugasan.blogspot.com/2010/02/contoh-skrip-panggung-drama.html
16