slide gelagat pengguna

30
GELAGAT PENGGUNA GELAGAT PENGGUNA

Upload: khairi-sulaiman

Post on 13-Dec-2014

206 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Gelagat Pengguna

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Gelagat Pengguna

GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA

Page 2: Slide Gelagat Pengguna

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA

Faktor gelagat pengguna yang dipengaruhi oleh unsur kebudayaan telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu:-

Budaya adalah berdasarkan kepada kehendak dan kelakuan seseorang pelanggan. Melalui budaya, kelakuan manusia banyak dipelajari.

Setiap kumpulan atau masyarakat mempunyai kebudayaan dan pengaruh budaya dalam kelakuan membeli, boleh mempunyai perbezaan yang besar antara negara yang berlainan.

Marrybrown selaku pemasar perlu mengesan perubahan budaya untuk mencari keluaran baru yang mungkin diingini.

Page 3: Slide Gelagat Pengguna

Budaya Budaya

Perubahan kepada keadaan yang tidak formal, beri kesan kepada permintaan yang lebih terhadap makanan segera yang lebih ringkas dan senang didapati.

Pemasar perlu memahami budaya dalam setiap

pemasaran dan menyesuaikan strategi-strategi pemasaran mereka.

Marrybrown sentiasa mencari peluang untuk mengesan perubahan budaya untuk mencari produk keluaran terbaru untuk menepati citarasa pengguna.

Page 4: Slide Gelagat Pengguna

Sub BudayaSub Budaya

Sub budaya pula merujuk kepada sekumpulan orang yang berkongsi sistem nilai berdasarkan pengalaman hidup dan situasi yang sama.

Sub budaya meliputi kewarganegaraan, agama, bangsa dan kawasan geografi.

Page 5: Slide Gelagat Pengguna

Terdapat 4 contoh sub-budaya iaitu pengguna hispanik, pengguna berbangsa Afrika America, Pengguna Asia Amerika dan pengguna matang.

Marrybrown telah menjadikan pengguna Hispanik dan pengguna matang sebagai kumpulan pengguna sasaran kerana pengguna ini telah lama menjadi sasaran pemasar makanan dan minuman.

Mereka setia pada jenama yang terkenal seperti Marrybrown dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap produk keluaran Marrybrown.

Page 6: Slide Gelagat Pengguna

Kelas sosialKelas sosial

Kelas social adalah pembahagian masyarakat yang secara relatifnya tetap dan teratur dimana ahlinya berkongsi minat dan kelakuan yang sama.

Kelas sosial pula ditentukan oleh faktor pendapatan, pekerjaan, pendidikan dan kekayaan.

Pemasar lebih berminat pada kelas sosial kerana mereka yang berada dalam kelas sosial yang sama cenderung menunjukkan kelakuan yang sama.

Kelas sosial juga menunjukkan keutamaan keluaran dan jenama yang ketara.

Marrybrown menunjukkkan minat kepada kelas social yang mementingkan makanan segera dalam kehidupan seharian mereka.

Dewasa kini, ramai pengguna yang lebih menggemari makanan segera kerana mudah didapati dan menjimatkan masa.

Page 8: Slide Gelagat Pengguna

Faktor SosialFaktor Sosial

Faktor gelagat pemgguna yang dipengaruhi oleh unsur sosial pula dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu:-

· Kumpulan rujukan Kumpulan rujukan mendedahkan seseorang kepada

kelakuan dan cara hidup baru, mempengaruhi sikap dan mewujudkan tekanan terhadap pilihan keluaran dan jenama seseorang.

Kumpulan rujukan terdiri daripada kumpulan primer, sekunder, rujukan dan aspirasi. Kumpulan primer lebih kepada kewujudan interaksi yang kerap tetapi tidak formal antara pengguna.

Page 9: Slide Gelagat Pengguna

Contohnya melalui keluarga, jiran-jiran dan rakan sekerja. Kebanyakan pengguna akan mengenal pasti kumpulan rujukan mereka dalam menentukan produk terbaik yang boleh mereka langgani.

Oleh itu, Marrybrown mengamalkan sikap mesra pelanggan bagi membolehkan setiap pelanggan yang melanggan restoran mereka akan

mendapat pengalaman yang manis dan mengesyorkan keunikan marrybrown kepada pengguna yang lain.

Page 10: Slide Gelagat Pengguna

KeluargaKeluarga

Ahli keluarga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kelakuan pengguna.

Keluarga juga merupakan organisasi pembelian pengguna yang paling penting dalam masyarakat.

Pihak Marrybrown berminat dalam peranan dan pengaruh suami isteri dan kanak-kanak dalam pembelian makanan segera.

Kanak-kanak juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam keputusan pembelian keluarga terutamanya dari segi pembelian barangan makanan.

Page 11: Slide Gelagat Pengguna
Page 12: Slide Gelagat Pengguna

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Marrybrown, pelanggan utama mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mengajak ibubapa mereka untuk menikmati hidangan enak di restoran itu.

Pengaruh kanak-kanak dalam proses pembelian barangan makanan terbukti amat tinggi bagi meningkatkan penjualan produk.

Page 13: Slide Gelagat Pengguna

Peranan & statusPeranan & status

Kedudukan seseorang pembeli boleh ditentukan dari segi peranan dan status.

Seseorang pengguna boleh menjadi ahli kepada banyak kumpulan samaada keluarga dan kelab organisasi.

Peranan seseorang pengguna mencerminkan kepentingan pengguna tersebut dalam masyarakat ini. Setiap peranan membawa status yang mencerminkan harga diri umum yang diberikan oleh masyarakat.

Peranan terdiri daripada aktiviti yang dijangka seseorang itu akan lakukan mengikut orang sekeklilingnya.

Page 14: Slide Gelagat Pengguna

Contohnya, nadya memainkan peranan sebagai

surirumah, wanita bekerjaya, ibu dan isteri. Melalui kewujudan restoran makanan

segera seperti Marrybrown dapat membantu Nadya menjaga kebajikan makanan

keluarganya kerana Marrybrown menawarkan makanan segera yang enak dan

cepat dihidangkan serta menjimatkan masa.

Page 16: Slide Gelagat Pengguna

PeribadiPeribadi

Faktor peribadi yang mempengaruhi gelagat pengguna pula terbahagi kepada 5 pecahan iaitu:-

1.Umur & tahap kitaran hayat Setiap pengguna sering bertukar barangan dan

perkhidmatan apabila umur mereka meningkat. Citarasa dalam makanan, pakaian dan perabot juga akan bertukar.

Pemasar kerap menentukan pasaran sasaran mereka dari segi tahap kitaran hayat dan membangunkan keluaran dan perancangan pemasaran pada setiap tahap.

Page 17: Slide Gelagat Pengguna
Page 18: Slide Gelagat Pengguna

Kebanyakan pelanggan restoran segera terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih gemarkan sesuatu yang baru dan mudah untuk dimakan tanpa perlu menunggu masa yang lama.

Namun begitu terdapat juga golongan tua yang menggemari makanan segera Marrybrown terutamanya bubur ayam.

Page 19: Slide Gelagat Pengguna

PekerjaanPekerjaan

Pekerjaan seseorang mempengaruhi pembelian barangan dan perkhidmatan.

Contohnya seseorang yang sibuk bekerja dan pelajar yang sibuk dengan tugasannya kurang menggemari masakan yang perlu dimasak sendiri kerana akan membazirkan masa.

Oleh itu, golongan ini akan selalu berkunjung ke

restoran makanan segera untuk mendapatkan makanan yang ringkas namun mampu mengenyangkan perut tanpa perlu membazirkan masa.

Page 21: Slide Gelagat Pengguna

Situasi ekonomiSituasi ekonomi

Situasi ekonomi seseorang akan mempengaruhi pilihan barang yang dibelinya.

Pemasar juga perlu sensitif terhadap pendapatan dan memerhatikan trend yang digemari pelanggan.

Contohnya, sekiranya pengguna mendapat bonus daripada kerja mereka, mereka lebih gemar membawa keluarga dan mengajak rakan-rakan menikmati hidangan luar

Page 22: Slide Gelagat Pengguna

Gaya hidupGaya hidup

Gaya hidup pula merupakan corak hidup seseorang. Masyarakat yang berasal dari sub budaya, kelas sosial dan pekerjaan yang sama mungkin mempunyai gaya hidup yang sama.

Gaya hidup meliputi lebih daripada kelas social dan personality seseorang dan menerangkan keseluruhan corak tindakan dan interaksi pengguna di dunia ini.

Contohnya, seseorang yang menggemari makanan segera dan ingin menjimatkan masa akan melanggan Marrybrown untuk memuaskan kehendak dak keperluan sendiri.

Page 23: Slide Gelagat Pengguna

Personaliti & konsep diriPersonaliti & konsep diri

Personaliti seseorang juga mempengaruhi kelakuan pembelinya.

Personality seseorang yang berbeza akan mempengaruhi kelakuan pembeli.

Personaliti merujuk kepada cirri-ciri psikologi yang unik yang membawa kepada respons seseorang.

Personality sering digambarkan dengan sifat-sifat seperti

keyakinan Personaliti berguna bagi pemasar menganalisis

kelakuan pengguna terhadap sesuatu produk.

Page 24: Slide Gelagat Pengguna

PsikologiPsikologi

Faktor yang terakhir sekali ialah faktor psikologi yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:-

1. Motivasi Seseorang mempunyai banyak keperluan pada satu-

satu masa. Sesetengah adalah keperluan biological iaitu seperti kelaparan, ketidakselesaan dan psikologi iaitu

seperti keperluan untuk penghargaan sosial. Keperluan-keperluan ini tidak cukup kuat untuk

mendorongkan seseorang itu bertindak pada sesuatu masa.

Motif adalah keperluan yang bertekanan kuat untuk mengarah seseorang itu mencari kepuasan.

Page 25: Slide Gelagat Pengguna

Pakar psikologi telah membentuk teori motivasi manusia iaitu :

a. Teori Sigmund Freud Freud mengandaikan bahwa manusia tidak

sedar tentang kuasa-kuasa psikologi sebenar yang membentuk kelakuan mereka.

b. Abraham Maslow Keperluan manusia disusun dalam satu

hierarki dari yang sanagt menekan kepada yang kurang menekan.

Page 26: Slide Gelagat Pengguna

TanggapanTanggapan

Tanggapan adalah satu proses dimana seseorang memilih,mengorganisasi dan menterjemah maklumat untuk membentuk gambaran dunia yang bermakna.

Contohnya apabila anda berkunjung ke 7 Eleven, dan pekerjanya memberikan layanan yang baik dan anda beranggapan bahawa pekerja tersebut yang berhati baik tetapi berlainan pula tanggapan rakan anda yang berfikiran bahawa pekerja tersebut hanya menunjuk-nunjuk bahawa dirinya seorang yang baik.

Page 27: Slide Gelagat Pengguna

PembelajaranPembelajaran

Pembelajaran pula menerangkan perubahan kelakuan inidividu hasil dari

pengalaman. Pembelajaran wujud hasil dari gabungan desakan ,rangsangan , petunjuk, respons dan pengukuhan.

Desakan menjadi motivasi apabila ia ditujukan kepada rangsangan objek yang tertentu.

Petunjuk pula adalah rangsangan kecil yang menentukan bila, dimana dan bagaimana sesorang itu memberi tindak balas.

Contohnya anda berminat untuk membeli roti keju di kedai serbaneka, tambahan pula mereka membuat promosi istimewa dan mendapat sokongan dari adik anda,maka anda membuat keputusan untuk membeli roti tersebut.

Page 28: Slide Gelagat Pengguna

Kepercayaan & sikapKepercayaan & sikap

Melalui perbuatan dan pembelajaran seseorang memperolehi kepercayaan dan sikap. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kelakuan membeli mereka.

Kepercayaan adalah satu pemikiran yang ada pada seseorang mengenai sesuatu.

Pemasar berminat kepada pembentukkan kepercayaan seseorang terhadap keluaran dan perkhidmatan tertentu kerana kepercayaan itu akan membentuk imej keluaran dan jenama yang akan mempengaruhi kelakuan pembeli.

Contohnya apabila seseorang pengguna berpuas hati apabila membeli minuman Slurpee walaupun harganya agak mahal.

Page 29: Slide Gelagat Pengguna

Gelagat Selepas MembeliGelagat Selepas Membeli

Selepas melakukan pembelian,pengguna akan mencapai satu tahap kepuasan tertentu atau tidak mencapai langsung tahap kepuasan yang dijangkakan. Kepuasan bergantung diantara jangkaan pengguna dengan prestasi tertanggap keluaran.

Jika sesuatu produk tidak memenuhi jangkaan, pengguna akan berasa kecewa dengan produk tersebut. Oleh itu, pihak syarikat akan memastikan kemahuan dan kehendak pengguna sejajar dengan kualiti produk yang dipasarkan bagi mengurangkan kekecewaan pelanggan terhadap produk makanan dan minuman yang diual.

Contohnya, apabila 7 Eleven mengeluarkan produk minuman Slurpee, mereka perlu mengekalkan kualiti minuman tersebut agar pembeli setia dengan produk mereka.

Page 30: Slide Gelagat Pengguna

Rumusan Rumusan

Apakah yang boleh anda rumuskan mengenai gelagat pengguna dan bagaimanakah reaksi pengeluar atau pengusaha respins kepada perubahan atau gelagat yang ditunjukkan itu?