slide tatacara perolehan peralatan ict sekolah
TRANSCRIPT
Bagi perolehan ICT, pihak sekolah dibenarkan
membuat perolehan peralatan ICT dengan
mendapatkan kelulusan teknikal daripada
JAWATANKUASA ICT (JKICT-JPN) serta
mematuhi surat pekeliling / tatacara / garis
panduan yang sedang berkuatkuasa.
1. SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke
Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid
2. TATACARA PENGURUSAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH EDISI 2012
3. SURAT PEKELILING ICT KPM BILANGAN 1 TAHUN 2014 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT
Bahagian dan Agensi di Bawah KPM
“ Bagi perolehan ICT, sekolah hendaklah mematuhi tatacara Perolehan
ICT yang berkuatkuasa. ”
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN
PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN
MURID
PEROLEHAN HARTA MODAL MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PCG MATA PELAJARAN & BUKAN MATA PELAJARAN
A. SEKOLAH MENENGAH : Tidak melebihi RM10,000.00 atau 30% daripada
keseluruhan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran
(Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih
rendah.
B. SEKOLAH RENDAH : Tidak melebihi RM5,000.00 atau 30% daripada
keseluruhan PCG Mata Pelajaran dan PCG Buka Mata Pelajaran
(Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih
rendah.
C. SEKOLAH KURANG MURID (Rendah/Menengah) : Tidak Melebihi 30%
daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG
Bukan Mata Pelajaran.
CONTOH PENGIRAAN AMAUN
KADAR PEMBELIAN HARTA MODAL
YANG DIBENARKAN
KUMPULAN WANG KERAJAAN (Peruntukan PCG) • Nilai keseluruhan harta modal yang dibeli tidak melebihi
RM10,000 setahun atau 30% daripada jumlah peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran (tidak termasuk LPBT) yang mana lebih rendah.
Contoh: Peruntukan PCG termasuk LPBT : RM111,340
tolak Peruntukan LPBT : (RM48,600)
RM62,740
RM62,740 x 30% = RM18,822
• Maka, nilai keseluruhan harta modal tidak melebihi RM10,000.00
CONTOH PENGIRAAN AMAUN KADAR
PEMBELIAN HARTA MODAL
YANG DIBENARKAN
KUMPULAN WANG KERAJAAN (Peruntukan PCG)
• Nilai keseluruhan harta modal yang dibeli tidak melebihi RM5,000
setahun atau 30% daripada jumlah peruntukan PCG mata pelajaran
dan bukan mata pelajaran (tidak termasuk LPBT) yang mana lebih
rendah.
Contoh:
Peruntukan PCG termasuk LPBT : RM79,700
tolak Peruntukan LPBT : (RM28,600)
RM51,100
RM51,100 x 30% = RM15,330
• Maka, nilai keseluruhan harta modal tidak melebihi RM5,000.00
… Bab 11 : PEROLEHAN “11.6 - TATACARA PEROLEHAN ICT DI PERINGKAT SEKOLAH”.
Pengurus Sekolah dibenarkan menggunakan peruntukan daripada
KUMPULAN WANG SUWA atau KUMPULAN WANG ASRAMA tidak termasuk peruntukan daripada Kerajaan untuk membuat perolehan peralatan ICT
dengan mendapatkan kelulusan Ketua PTJ sebelum perolehan dilakukan.
Pengurus Sekolah dibenarkan membuat perolehan peralatan ICT dengan
mendapat KELULUSAN TEKNIKAL daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) serta mematuhi Surat Pekeliling / Garis Panduan yang sedang
berkuatkuasa.
… Bab 11 : PEROLEHAN “ 11.7 - PERMOHONAN PEROLEHAN ICT ”.
PROSEDUR MENGGUNAKAN PERUNTUKAN
KUMPULAN WANG SUWA & KUMPULAN WANG ASRAMA
LANGKAH 1
Permohonan kelulusan menggunakan peruntukan SUWA perlu dihantar ke Unit
Akaun Sekolah JPN Perak berserta borang penggunaan peruntukan SUWA
kantin / pelbagai (Borang PPKP) dan bagi penggunaan peruntukan Asrama permohonan kelulusan hanya menggunakan surat rasmi sahaja.
LANGKAH 2
Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun Sekolah JPN Perak, pihak sekolah
perlu memohon kelulusan teknikal dari Jawatankuasa ICT JPN Perak, berserta
borang permohonan JKICT (Borang JPICT-JPN).
LANGKAH 3
Setelah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa ICT JPN Perak, barulah pihak
sekolah dibenarkan untuk membuat perolehan peralatan ICT yang dipohon.
BORANG PPKP
PERMOHONAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KANTIN & PELBAGAI ( KUMPULAN WANG SUWA ) UNTUK PERBELANJAAN SELAIN DARIPDA YANG
MENJURUS KEPADA KEPENTINGAN MURID
PERBELANJAAN MELALUI PERUNTUKAN KANTIN/PELBAGAI*
Baki peruntukan Kantin/Pelbagai* pada tarikh permohonan ini adalah sebanyak RM ………… Amaun yang diperlukan akan/tidak akan* menjejaskan penggunaan yang akan memberi manfaat terus kepada murid.
Tarikh : …………………. Tandatangan & Cop Pengetua/Guru Besar
Kepada, J.Pel.Pk(Kew) Pengetua/Guru Besar Tairkh : ……………………………..…. …………………………..…….
Permohonan tuan untuk menggunakan peruntukan ………… sebanyak RM …………… untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan di atas bagi tahun ……………
Adalah Diperaku & Diluluskan / Diluluskan / Tidak Diluluskan*
Sehubungan itu Pengetua/Guru Besar dikehendaki supaya membelanjakan peruntukan di atas dengan mematuhi segala peraturan kewagan yang sedang berkuatkuasa/perbelajaan di atas telah dibelanjakan dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Bil. Tarikh Pembayaran / Tarikh Pembayaran
Dicadangkan*
No. Baucar Pembayaran/ Nota Minta – Salinan Bil
Utiliti* Perihal Jumlah Kecil Jumlah
Jumlah Besar
Semua sekolah diminta berhati-hati dalam menguruskan peruntukan kewangan
bantuan persekolahan yang diterima supaya tidak melanggar peraturan-peraturan
kewangan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan (AP),
Tatacara Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah, Surat-Surat Pekeliling
Kewangan serta peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.
. . . ARAHAN PERBENDAHARAAN - AP92(b)
Tanggungjawab bagi perbelanjaan yang
tidak dibenarkan iaitu seseorang pegawai
yang membenarkan atau mengarahkan
sesuatu perbelanjaan tanpa kuasa yang
sepatutnya akan dipertanggungjawabkan
sendiri (termasuk membayar balik) bagi jumlah yang dibelanjakan.
Sekiranya berlaku pelanggaran peraturan ini, pihak yang bertanggungjawab boleh
dikenakan surcaj atau tatatertib seperti mana yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan penalti di bawah Perenggan 13,
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002, Akta Pendidikan 1996.
SEKOLAH YANG TELAH MEMBUAT PERBELANJAAN YANG TIDAK DIBENARKAN
PERINGATAN :
Bagi Baki Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan Bantuan
Makanan Asrama (BMA) dibenarkan membelanjakan
baki tersebut seperti maksud belanja yang berikut :
• * “Perolehan peralatan ICT yang tidak memerlukan
kelulusan JPICT” dengan jumlah perbelanjaan
keseluruhan tidak melebihi RM5,000.00. Perolehan
komputer tablet TIDAK DIBENARKAN.
* - Komponen alat ganti contoh hard disk, power supply
- Barang pakai habis contoh toner
- Aksesori komputer contoh tetikus, keyboard
- Perabot komputer
GARIS PANDUAN MENGENAI
TATACARA MEMOHON
KELULUSAN TEKNIKAL INISIATIF
ICT BAHAGIAN DAN AGENSI DI
BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Nilai had inisiatif ICT yang
memerlukan kelulusan teknikal
JKICT-JPN. Bagi Sekolah Harian,
nilai perolehan adalah kurang
dari RM50,000.00 .
INISIATIF BARU
Inisiatif Baru bermaksud projek
pengkomputeran yang melibatkan
salah satu atau gabungan aktiviti-
aktiviti perolehan perkakasan, perisian
atau perkhidmatan ICT, untuk
membangunkan inisiatif ICT KPM :
SKOP INISIATIF ICT YANG MEMERLUKAN KELULUSAN TEKNIKAL
Jenis-jenis skop inisiatif ICT yang perlu mendapatkan kelulusan teknikal JTICT / JPICT sebelum membuat perolehan adalah seperti berikut :
BIL ITEM KETERANGAN
1.
PEMBANGUNAN
SISTEM APLIKASI
Sistem aplikasi yang dibangunkan dengan
menggunakan perisian pambangunan atau pakej sedia
ada (off-the-shelf) untuk kegunaan tertentu dan
seumpamanya (Contoh : Sistem Perakaunan, Sistem
Personel, Sistem Pengurusan Inventori).
2.
PERKAKASAN
KOMPUTER
Merangkumi semua jenis alat-alat input atau output
(Contoh : pencetak, pengimbas), pemprosesan, storan
data, peralatan rangkaian dan multimedia (Contoh :
persidangan video) KECUALI alat-alat seperti komponen
alat ganti, barang pakai habis (consumable item),
aksesori dan perabot komputer.
3.
PERISIAN
KOMPUTER
Merangkumi semua jenis perisian sistem dan perisian
aplikasi. Perisian sistem merangkumi sistem operasi,
pangkalan data dan perisian bagi membangunkan
sistem. Perisian aplikasi atau automasi pejabat adalah
yang digunakan untuk menyokong kerja-kerja harian.
BIL ITEM KETERANGAN
4.
PERKHIDMATAN ICT
Merangkumi semua jenis perkhidmatan teknikal yang diperolehi daripada syarikat perunding swasta, kontraktor dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Di antara contoh-contoh perkhidmatan teknikal adalah :
o Pembangunan Sistem
o Pemasangan Sistem
o Infrastruktur Rangkaian
o Talian Internet
o Web Hosting
o Kemasukan Data
o Pemindahan Data
o Migrasi Sistem
o Pemulihan Data
o Langganan maklumat dalam talian dan seumpamanya
KETERANGAN ( . . . SAMBUNGAN )
“ Perkhidmatan ICT yang memerlukan perlanjutan seperti langganan
maklumat dalam talian, talian Internet dan web hosting yang tiada
perubahan kepada skop asal tidak perlu memohon kelulusan teknikal
JTICT atau JPICT bagi perkhidmatan seterusnya. Perkhidmatan
perunding adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil.3/1995 bertajuk Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perundingan
dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8/2006 bertajuk Had Kuasa
Agensi Bagi Melantik Perunding. Perkhidmatan perunding dengan ini
tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT.
Perkhidmatan penyelenggaraan bagi semua jenis perolehan ICT juga
tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT.
PENINGKATAN SISTEM
Peningkatan Sistem bermaksud mempertingkatkan keupayaan
perkakasan, perisian, rangkaian, aplikasi atau perkhidmatan ICT.
Contoh adalah seperti peningkatan perkakasan dari segi konfigurasi
dan kapasiti, pengemaskinian fungsi-fungsi di dalam sistem ICT sedia
ada kepada tahap yang lebih baik, peningkatan saiz jalur lebar
(bandwidth) serta perluasan rangkaian, penambahan skop
perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih baik dan
seumpamanya.
PERTAMBAHAN PERALATAN
Pertambahan Peralatan bermaksud menambahkan bilangan bagi
mana-mana perkara di bawah kategori perkakasan, perisian atau
rangkaian bagi inisiatif ICT sedia ada.
PERLUASAN SISTEM
Perluasan (roll-out) Sistem bermaksud memperkembangkan
pelaksanaan inisiatif ICT daripada lokasi sedia ada ke lokasi-lokasi
lain atau dengan menambah bilangan pengguna di lokasi yang
sama ataupun kedua-duanya sekali.
Borang JPICT/JPN
PERMOHONAN PEROLEHAN PERALATAN ICT SEKOLAH JAWATANKUASA PEMANDU ICT ( JPICT)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI A. MAKLUMAT SEKOLAH DAN PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
B. MAKLUMAT PERMOHONAN (Sekiranya punca kewangan menggunakan peruntukan Wang SUWA, sila lampirkan surat kelulusan penggunaan akaun tersebut)
C. MAKLUMAT PERALATAN/PERISIAN ICT YANG DIPOHON (Sila lampirkan senarai pegawai dan kakitangan mengikut jawatan dan gred)
1. Kod Sekolah
2. Nama Sekolah
3. Nama Pegawai Yang Boleh Dihubungi
4. No. Tel. (Pej. dan HP)
5. No. Faks.
6. Alamat eMel
7. Tujuan Permohonan
8. Anggaran Kos (RM)
9. Sumber Peruntukan
Bil Perkara Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) Justifikasi
PERKAKASAN
i. ii. iii.
JUMLAH
PERISIAN
i. ii. iii.
JUMLAH
D. MAKLUMAT PERALATAN/PERISIAN ICT YANG SEDIA ADA (Sila lampirkan senarai pegawai dan kakitangan mengikut jawatan dan gred) E. PERAKUAN PENGETUA/GURU BESAR ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Tandatangan : Nama : Tarikh : Cop : *Sila kemukakan borang ini kepda Urus Setia JPICT, Jabatan Pendidikan Negeri.
Bil Perkara Kuantiti Lokasi Kegunaan
PERKAKASAN
i. ii. iii.
JUMLAH
PERISIAN
i. ii. iii.
JUMLAH
SEKOLAH HARIAN URUS SETIA JAWATANKUASA ICT
(JPICT-JPN)
Kemukakan Permohonan (Borang JPICT-JPN) kepada Urus setia JPICT-JPN
Urus setia JPICT-JPN semak Borang Permohonan
Kemaskini Permohonan
Laksana Perolehan
Kemukakan Laporan Perolehan kepada Urus setia JPICT-JPN
Sediakan Surat Kelulusan
Bentang Untuk Kelulusan Mesyuarat JPICT-JPN
Sediakan Maklum Balas Penerimaan Kepada Sekolah dan Daftar Borang
Pemohonan
Semak dan Kemukakan Laporan Kepada Urus Setia JPICT-JPN
Surat Makluman Permohonan Telah Diterima
Surat Pemakluman Permohonan Tidak Diluluskan
Surat Kelulusan Permohonan
MULA
TAMAT
LENGKAP?
LULUS?
Tidak
Ya
Tidak
Ya
CARTA ALIRAN PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL ( SEKOLAH HARIAN )
LAPORAN KELULUSAN ICT
UNTUK PEROLEHAN YANG DILULUSKAN DI PERINGKAT JKICT - JPN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH : ……………………………………………… KOD SEKOLAH : ……………………………………… TARIKH : …………………………………
*Senarai Peralatan sama ada : 1. Perkakasan - seperti Komputer, Pencetak, Projektor LCD.
2. Perisian (sistem atau aplikasi) - seperti Perisian Automasi Perpustakaan, Perisian Perakaunan.
3. Rangkaian - seperti peralatan rangkaian wireless.
4. Perkhidmatan - seperti Perkhidmatan Teknikal daripada perunding atau kontraktor.
5. Lain-lain.
Bil. *Senarai Peralatan Jumlah
Unit Dibeli
Tujuan Perolehan
Kos ( RM ) Tarikh
Kelulusan JKICT - JPN
Tempoh Proses Perolehan Selepas
Kelulusan
Anggaran Sebenar Tarikh Mula
Tarikh Selesai
CADANGAN SPESIFIKASI MINIMA PEROLEHAN LCD PROJEKTOR UNTUK
DEWAN TERBUKA / ATRIUM & UNTUK BILIK DARJAH / MAKMAL
Spesifikasi minimum ini adalah merujuk kepada jadual spesifikasi
yang dikeluarkan oleh KPM kepada syarikat kontrak bermasa bagi
Tender Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi,
Menguji dan Mentauliah Peralatan ICT Ke Bahagian / Jabatan /
Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dari
Februari 2012 hingga Februari 2015.
Rujukan : Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak. Tarikh kemaskini : 1 Julai 2014
ITEM SPESIFIKASI MINIMA
Image Quality 1024 X 768 pixel XGA with 16.7 milion colours
Brightness > 3,000 ANSI Lumens
Aspect Ratio 4 : 3
Contrast Ratio 800 : 1
Lamp Hour 3,000 lamp hours
Connector Panel VGA port (Monitor in and Monitor out), S-Video port, Composite Video port, Stereo mini jack port, RS-232C port, support wireless 802.11 a/b/g connectivity
Compatibility Workable with PC, notebook, workstation with any OS
Weight (kg) < 6
Accessories Complete cables and carrying case (The projector must come with complete cables, approroate device driver, remote controle, carrying case and manuals)
Price Suggestion RM2,000.00 - RM5,000.00
1. LCD PROJEKTOR UNTUK DEWAN TERBUKA / ATRIUM ( Outdoor Site )
ITEM SPESIFIKASI MINIMA
Image Quality 1024 X 768 pixel XGA with 16.7 milion colours
Brightness 2,000 - 2,500 ANSI Lumens
Aspect Ratio 4 : 3
Contrast Ratio 400 : 1
Lamp Hour 1,500 lamp hours
Connector Panel VGA port (Monitor in and Monitor out), S-Video port, Composite Video port, Stereo mini jack port, RS-232C port
Compatibility Workable with PC, notebook, workstation with any OS
Weight (kg) < 4
Accessories Complete cables and carrying case (The projector must come with complete cables, approroate device driver, remote controle, carrying case and manuals)
Price Suggestion RM1,500.00 - RM2,500.00
2. LCD PROJEKTOR UNTUK BILIK DARJAH / MAKMAL ( Indoor Site )