soalan 1 & 2

4
1. Senaraikan tiga model pengurusan dalam pendidikan khas beserta contoh MODEL BILIK RESOS Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan. MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF) Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI. MODEL KELAS INTEGRASI Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti pnp secara berasingan.

Upload: paul-chavez

Post on 01-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

1. Senaraikan tiga model pengurusan dalam pendidikan khas beserta contoh

MODEL BILIK RESOS

Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan.

MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF)Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.

MODEL KELAS INTEGRASIKelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti pnp secara berasingan.

2. Nyatakan empat komponen utama dalam struktur organisasi pendidikan khas di Malaysia dan senaraikan peranan merekaPeranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khasMembentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat antarabangsa.Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program latihan di dalam dan di luar negara.Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program Pendidikan Khas.Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas.Peranan Bahagian Pendidikan Khas (BPK)Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pendidikan khas.Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti didalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas.Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah Bahagian Pendidikan Khas.Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras pendidikan khas dalam dan luarnegara.Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan jawatan Guru Pendidikan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.Memastikan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Negeri ditubuhkan dan berfungsi sepenuhnya.Memastikan guru-guru pendidikan khas di negeri melaksanakan Program Pendidikan Khas dengan berkesan.Menjadikan Program Pendidikan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) JPN.Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Program Pendidikan Khas.Peranan Pejabat Pendidikan Daerah.Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan jawatan Guru Pendidikan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.Memastikan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas berfungsi sepenuhnya.Memastikan guru-guru pendidikan khas melaksanakan Program Pendidikan Khas dengan berkesan.Menjadikan Program Pendidikan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pendidikan Khas.Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pendidikan Khas.