soalan 1

3
Negeri-Negeri Selat (NNS) Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mereka telah menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentabiran yang disebut Negeri-negeri Selat (NNS) dan Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pertama pentadbiran NNS. Ia diketuai oleh seorang Gabenor dan setiap negeri diketuai oleh Residen Konsular. Gabenor NNS yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan dari Calcutta di India ke Pejabat di Tanah Jajahan di London. Pemindahan pentadbiran ini sebenarnya memberikan kesan kepada perkembangan sejarah tanah air. Antaranya pentadbiran NNS semakin cekap, pertanian niaga seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih dan tebu semakin berkembang pesat. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) Untuk mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri tersebut terdiri dari Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. NNMB bukanlah merupakan persekutuan dalam erti yang sebenarnya, tetapi merupakan satu kesatuan politik. Melalui sebuah “persekutuan”, sumber-sumber semua negeri ahli dapat dikumpulkan dan digunakan bagi faedah bersama dan membangunkan negeri lain dengan kos pentadbiran yang minimum. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral dan bertanggungjawab kepada Gabenor NNS. Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Jawatan Residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral. Perjanjian Persekutuan Di antara syarat-syarat Perjanjian Persekutuan ialah supaya raja NNMB menerima seorang pegawai British yang digelar Residen-Jeneral yang berperanan sebagai penasihat dalam semua bidang pemerintahan kecuali yang menyentuh tentang hal ehwal agama Islam dan adat-

Upload: john-maynard

Post on 21-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

negara bangsa

TRANSCRIPT

Negeri-Negeri Selat (NNS)

Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mereka telah menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentabiran yang disebut Negeri-negeri Selat (NNS) dan Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pertama pentadbiran NNS.

Ia diketuai oleh seorang Gabenor dan setiap negeri diketuai oleh Residen Konsular. Gabenor NNS yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan dari Calcutta di India ke Pejabat di Tanah Jajahan di London.Pemindahan pentadbiran ini sebenarnya memberikan kesan kepada perkembangan sejarah tanah air. Antaranya pentadbiran NNS semakin cekap, pertanian niaga seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih dan tebu semakin berkembang pesat.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896.Negeri-negeri tersebut terdiri dari Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

NNMB bukanlah merupakan persekutuan dalam erti yang sebenarnya, tetapi merupakan satu kesatuan politik. Melalui sebuah persekutuan, sumber-sumber semua negeri ahli dapat dikumpulkan dan digunakan bagi faedah bersama dan membangunkan negeri lain dengan kos pentadbiran yang minimum.

NNMB diketuai oleh Residen Jeneral dan bertanggungjawab kepada Gabenor NNS. Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Jawatan Residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral.

Perjanjian Persekutuan

Di antara syarat-syarat Perjanjian Persekutuan ialah supaya raja NNMB menerima seorang pegawai British yang digelar Residen-Jeneral yang berperanan sebagai penasihat dalam semua bidang pemerintahan kecuali yang menyentuh tentang hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Ia bertanggungjawab kepada Gabenor NNS dan Gabenor ini akan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British di London.

Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Untuk mewujudkan hubungan yang baik antara raja-raja Melayu dengan pegawai Inggeris, telah diperkenalkan sistem Persidangan Raja-raja Melayu yang dikenali sebagai Durbar.Persidangan pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan persidangan kedua diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.

Akibat dari perjanjian ini, kuasa pentadbiran telah dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur dan raja telah kehilangan kuasa di dalam negeri mereka.Penubuhan pelbagai jabatan-jabatan persekutuan telah menyebabkan pengambilan lebih ramai pegawai-pegawai Inggeris.

Majlis Mesyuarat Persekutuan

Kedudukan Inggeris diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Tujuannya ialah untuk menambahkan kuasa raja-raja dan residen dari negeri-negeri berkenaan. Namun motifnya ialah untuk menambahkan kuasa gabenor Inggeris di Singapura.Ahli-ahli Majlis terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, 4 orang raja Melayu, 4 orang residen dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 orang Eropah dan 1 orang Cina).

Apa yang jelas daripada penubuhan Majlis tersebut telah melemahkan kuasa raja-raja Melayu apabila sultan hanya sebagai ahli biasa sahaja dan tidak mempunyai kuasa pemutus.Semua perundangan yang diluluskan akan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya sultan. Ini bermaksud kuasa sebenar adalah di tangan Pesuruhjaya Tinggi.

Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu (NNMTB)

Sebelum tahun 1909, negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah di bawah naungan Siam. Ekoran dari Perjanjian Bangkok 1909, Siam bersetuju menyerahkan negeri-negeri berkenaan kepada Inggeris dan seorang penasihat Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut.

Walaubagaimanapun, pada hakikatnya Perjanjian Bangkok 1909 tidak dipersetujui oleh negeri-negeri yang terlibat khususnya Kedah dan Perlis.Pada peringkat awal negeri-negeri berkenaan enggan menerima penasihat Inggeris.

Inggeris menyatukan pentadbiran negeri-negeri berkenaan dalam 1 unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).Perjanjian Bangkok 1909 ini telah menyekat perluasan kuasa Siam di NNMTB untuk melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.Dengan adanya perjanjian ini kuasa-kuasa Barat lain sukar untuk menembusi negeri-negeri di Tanah Melayu dan ia lebih menguntungkan Inggeris.

Bagi Inggeris, NNMTB adalah berpotensi dari segi ekonomi dan perdagangan, sedangkan bagi Siam ianya tidak menguntungkan.Perjanjian ini juga telah menamatkan proses perluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu iaitu setelah Johor menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914.

Ia juga merupakan peristiwa penting dalam menentukan sempadan di antara Tanah Melayu dan Siam.Mulai tahun 1914, negeri-negeri di Tanah Melayu berada di bawah 3 unit politik iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).