soalan 1

13
KAVITHA PALAN EDU 3063 2.1 KONSEP BUDAYA Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan dengan jelas bahawa budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Menurut A.Aziz Deraman (1994) , sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sebagai warganegara Malaysia, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita adalah salah sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi hasil daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sebagai pembentuk masyarakat, para pendidik haruslah mengambil inisiatif dengan mendekatkan diri mereka ke arah usaha untuk mengenali lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Negara ini agar mereka dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai sifat bersatu padu serta menghormati budaya serta amalan yang diamalkan oleh masyarakat yang berlainan kaum daripada mereka. Sebagai seorang bakal guru, kesedaran tentang keunikan pelbagai budayaan ini boleh membantu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra.. Semua telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum dan adat resam. Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antara kumpulan terbesar terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan- Dusun, Bajau, Iban dan lain-lain lagi. Ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya. (rujuk lampiran 1) 1

Upload: kavitha-palan

Post on 12-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

2.1 KONSEP BUDAYA

Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan dengan jelas

bahawa budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang

dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Menurut

A.Aziz Deraman (1994) , sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya. Pada

masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat

yang lain.

Sebagai warganegara Malaysia, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita

adalah salah sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi hasil daripada

rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sebagai pembentuk masyarakat,

para pendidik haruslah mengambil inisiatif dengan mendekatkan diri mereka ke arah usaha

untuk mengenali lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai

kaum di Negara ini agar mereka dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai sifat

bersatu padu serta menghormati budaya serta amalan yang diamalkan oleh masyarakat

yang berlainan kaum daripada mereka.

Sebagai seorang bakal guru, kesedaran tentang keunikan pelbagai budayaan ini

boleh membantu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

dalam suasana bilik darjah yang mesra.. Semua telah mengetahui bahawa Malaysia

merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum dan adat

resam. Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antara kumpulan

terbesar terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan- Dusun, Bajau, Iban dan lain-lain lagi.

Ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian

budaya, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya. (rujuk lampiran 1)

Pengetahuan mengenai budaya sesuatu masyarakat dapat membantu saya sebagai

seorang guru untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru yang berkesan lagi. Bagi

menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar guru perlu mengetahui

tentang kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya. Saya juga perlu mengetahui

kepelbagaian budaya kerana sebuah kelas yang mesra budaya dapat dibentuk dan

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik. Kepercayaan pelbagai budaya perlu

difahami oleh seorang guru ini penting kerana ini dapat memberi satu kefahaman yang lebih

rapat antara seorang guru dan murid. Komunikasi antara mereka juga dapat menjadi lebih

erat. Contonhya, saya boleh menggunakan bahasa yang para murid memahami iaitu

bahasa Melayu. Dengan ini, para pelajar berasa selesa di kelas.

1

Page 2: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

Sebagai seorang guru, saya juga mesti mengaplikasikan dan menerapkan nilai –

nilai yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya yang terdapat dalam Malaysia. Ini dapat

melahirkan murid - murid yang mengetahui dan menghormati budaya bangsa lain. Saya juga

dapat mengetahui norma dan sekatan dalam budaya murid-muridnya. Selain itu, saya perlu

memikirkan aspek norma dan sekatan sewaktu merancang pengajaran. Dengan ini, saya

sentiasa berwaspada tentang budaya para murid. Seterusnya, saya juga boleh menyuruh

para pelajar membuat portfolio tentang budaya di Malaysia agar para pelajar lebih

memahami tentang konsep kebudayaan.

Dengan adanya pengetahuan mengenai sesuatu budaya, saya sebagai seorang

guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan satu keadaan yang

demokratik dimana tidak berat sebelah terhadap satu budaya sahaja. Saya juga

memberikan peluang kepada semua murid dalam semua aktiviti kelas supaya semua murid

mengambil bahagian tanpa mengira kaum. Ini dapat melahirkan satu generasi Malaysia

yang bersatupadu. Sekiranya semua murid dalam kelas itu bersatupadu, maka guru dapat

menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Conthohnya, saya akan

mengagihkan kumpulan yang terdiri daripada pellbagai kaum dan memberi peluang untuk

menyertai dalam pertandingan. Dengan ini, hubungan mereka akan menjadi lebih rapat.

Pelajar yang mesra budaya dapat dilahirkan oleh seseorang guru sekiranya beliau

mengetahui kesedaran kepelbagaian budaya di Malaysia. Dengan inni, saya boleh

menggunakan kemudahan teknologi untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan

dengan budaya bagi melancarkaan proses pengajaran. Selain itu, saya juga boleh

menggunakan kemudahan ICT untuk mengajar pelbagai budaya yang terdapat dalam

negara kita. Dengan mengunakan teknologi dalam pendidikan untuk mengajar

kepelbagaian kebudayaan kepada pelajar maka suasana yang mesra terhadap budaya

dapat dilahirkan. Contohnya, saya akan menayangkan video-video yang berkaitan dengan

perpaduan untuk memberi kesedaran kepada para murid.

Oleh itu, pengetahuan terhadap kepelbagaian budaya amat penting bagi setiap guru

bagi memastikan para pelajar mengubah pemikiran dan melestarikan budaya daripada satu

generasi ke satu generasi yang lain.

2

Page 3: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

2.2 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai

budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding

negara lain. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan

kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,

kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan

sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat

dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh didefinisikan

sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang

sama dan hidup bersama

Konsep kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan masyarakat perlu dipelajari

kerana mereka perlu memahami dan juga menghormati kepercayaan dan amalan kaum lain

agar tidak merosakkan hubungan baik antara masyarakat di Malaysia. Di Malaysia, agama

Islam merupakan agama rasmi. Tetapi, agama-agama lain bebas menjalankan kepercayaan

masing-masing sehingga tidak menggangu ketenteraman orang awam dan juga

menjejaskan perhubungan yang majmuk ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu

peka terhadap konsep kepelbagaian sosiobudaya. Contohnya, Thaipusam merupakan

perayaan yang diraihkan oleh kaum india. Ramai penganut india menunaikan hajat dengan

mengambil paalkudam dan mengambil kaavadi. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang

kaum, kaum lain perlu menghormati amalan mereka. Sebagai seorang guru yang mendidik

bakal-bakal pemimpin, guru-guru juga boleh menyuruh para pelajar membuat poster,

kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama.

Seterusnya ialah dari segi aspek bahasa. Bahasa merupakan satu aspek yang

penting dalam sosio budaya dalam menjadi teras perpaduan dan kesepakatan masyarakat

di Negara ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara Malaysia, namun di

Negara ini terdapat penggunaan bahasa-bahasa lain . Contohnya, Sekolah jenis

kebangsaan Tamil menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar dan Sekolah jenis

kebangsaan Cina menggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Guru juga harus

peka terhadap penggunaan bahasa yang standard untuk memberi peluang kepada para

pelajar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan. Walaubagaimanapun, bahasa

Melayu tetap menjadi bahasa utama dalam proses pendidikan di Negara ini. Hal ini telah

menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mengamalkan sikap toleransi antara satu sama

lain dalam menghormati pengamalan budaya di Negara ini. Mereka menghormati dan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi mengekalkan perpaduan

antara masyarakat dan kaum di Negara ini.

3

Page 4: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

Selain daripada ini, masyarakat perlu mempelajari konsep kepelbagaian

sosiobudaya untuk memupuk perpaduan. Perpaduan antara kaum sangat penting dalam

mewujudkan satu kelompok rakyat Malaysia yang aman dan damai. Dengan adanya

perpaduan kaum, semua kaum boleh hidup dalam satu komuniti tanpa rasa takut. Bagi

menyatukan rakyat Malaysia, pelbagai program perpaduan telah dirancang  bagi

mendekatkan rakyat Malaysia dengan lebih baik. Pendekatan pepaduan yang tekah

dirancang lebih menekankan toleransi dan menghormati kaum demi mewujudkan satu

masyarakat yang hidup secara harmoni. Contohnya, di sekolah program RIMUP telah

dijalankan untuk para pelajar yang pelbagai kaum mengenali antara satu sama lain dan

dapat hidup bersepadu.

Perpaduan telah berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran Dasar Ekonomi

Baru, Wawasan 2020, Program Latihan Khidmat Negara, Program Citra Warna dan kini

konsep Satu Malaysia. Pendekatan yang dilaksanakan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk

menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum demi kemarmuran dan kesejahteraan

rakyat Malaysia. Jika terdapat ancaman untuk memecahkan kaum di Malaysia, perpaduan

antara kaum akan menjadi banteng yang kukuh bagi menghalang perkara seumpama ini

terus berlaku.

Justeru itu, dasar ekonomi juga salah satu faktor dalam mewujudkan hubungan yang

baik antara setiap kaum. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga

bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara

ini.Dengan membentuk satu komuniti yang rapat, kita boleh membasmi kemiskinan dengan

meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula

masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, konsep kepelbagaian budaya di Malaysia perlu difahami dengan

lebih mendalam bagi semua masyarakat di Negara Malaysia. Perpaduan dalam masyarakat

yang mempunyai kepelbagaian budaya merupakan elemen yang penting dalam kestabilan

politik, pembangunan ekonomi dan sebagainya. Kerjasama, persefahaman dan komitmen

antara kaum perlu diwujudkan antara kaum setiap masa bagi memupuk perpaduan antara

kaum. Oleh itu, semua pihak perlu mengenali lebih lanjut tentang konsep kepelbagaian

budaya agar memupuk perpaduan dapat diterapkan dengan lebih mendalam.

4

Page 5: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

2.3 CADANGAN MENGATASI MASALAH ISU PERKAUMAN

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Setiap individu

membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya

mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak, juga mempengaruhi pandangan dan

perasaan serta pembawaan. Murid akan bersama dengan guru setiap kali aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu

dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Isu

perkauman yang mengugat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negara ini boleh

dielakkan sekiranya guru menyampaikan ilmu yang baik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah

yang melibatkan isu perkauman dalam konteks pembelajaran di bilik darjah.

Pertamanya ialah guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang

mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah

pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini

seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan

api perkauman dikalangan murid. Selain daripada itu, guru tidak harus menyentuh atau

mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan

nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan

kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai

dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. Contohnya, Baru-baru kita

digemparkan dengan kejadian pergaduhan di Low Yat yang membabitkan sekumpulan

budak melayu dan peniaga handphone berbangsa cina. Macam-macam kronologi yang kita

dengar tentang kisah pergaduhan tu sampai, sendiri tak tahu mana satu yang sahih dan

benar. Oleh itu, di sini guru perlu peka terhadap isu perkauman seperti ini dan tidak harus

mempertikaikan kaum lain.

Seterusnya ialah Aktiviti kumpulan juga adalah cadangan bagi mengatasi masalah

yang melibatkan isu perkauman dalam konteks pembelajaran di bilik darjah. Dalam hal ini,

guru patut memastikan aktiviti kumpulan yang diberikan kepada murid-murid tersebut

bersesuaian dengan semua kaum murid. Sekiranya, kelas tersebut terdiri daripada pelbagai

kaum murid seperti kaum Melayu, Cina, India, Asli, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya,

guru tidak boleh memberikan aktiviti kumpulan seperti merendahkan imej sesuatu kaum

dalam kalangan mereka ataupun mengungkitkan isu-isu sensitif misalnya, isu perkauman

dan isu politik. Ini akan menyebabkan murid-murid akan mendapat satu tanggapan yang

buruk terhadap sesuatu kaum mahupun politik. Sehubungan itu, guru hendaklah memainkan

peranannya sebagai jambatan perpaduan iaitu merapatkan hubungan yang mesra antara

murid-murid dan bukannya sebagai penghasut antara murid-murid yang terdiri daripada

5

Page 6: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

pelbagai kaum. Contonhya, guru boleh memberikan tugasan menyediakan portfolio sepertu

mencari tentang budaya, pantang larang setiap budaya dan lain-lain lagi. Melalui ini, para

murid lebih mengenali dan menghormati tentang kebudayaan setiap kaum.

Cadangan seterusnya ialah konsep Satu Malaysia. Guru juga boleh menggunakan

konsep Satu Malaysia untuk keceriaan kelas di mana setiap sudut di kelas mengandungi

ciri-ciri perpaduan kaum seperti sudut bacaan bahasa semua kaum, sudut nyanyian lagu

setiap kaum, sudut info penting atau pengumuman dalam semua bahasa dan sebagainya.

Dengan cara ini, murid-murid akan berasa dalam dirinya bahawa kaum mereka turut

dihormati dan diberi keutamaan dalam semua aspek. Hal ini akan mendorong murid-murid

untuk memberi fokus yang lebih baik dalam pelajaran yang diajar oleh guru di dalam bilik

darjah. Dengan ini jelaslah bahawa keceriaan kelas yang berteraskan kepelbagaian sosio-

budaya adalah salah satu pengurusan kelas yang amat penting bagi seorang guru yang

ingin menjayakan proses pengajarannya kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai

kaum.

Seterusnya ialah memberi penekanan kepada matapelajaran sejarah. Matlamat

pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah  memupuk

semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara

Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman

yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun

dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran

Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan

kemahiran dan pemupukan nilai-nilai. Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia

negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan

bangga sebagai rakyat Malaysia. Dengan matapelajaran sejarah, para pelajar boleh

mengenali masalah perkauman yang dihadapi dan juga cadangan untuk mengatasi

masalahnya.

Kesimpulannya kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya

persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 58

tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling

utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 2001 haruslah diambil sebagai

pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah

berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia truly

Asia”.

6

Page 7: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

3.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, seorang guru perlu memainkan peranan penting bagi

menyuntik dan mendidik murid untuk menjaga hubungan dan menghormati sesama

manusia. Hal ini kerana kita hidup dalam sebuah negara yang pelbagai agama, budaya dan

kaum. Oleh itu, guru sendiri yang akan mencorak murid sama ada menjadi insan yang baik

ataupun tidak.

Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan mereka.

Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna. Hakikatnya,

jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid didalam pembelajaran

maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang teratur dan baik.

Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang ingin

dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu

menyelitkan elemen budaya.  setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang baik

mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.

Akhir sekali, pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya

perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan bebas dari keburukan

dan perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu bendera iaitu Malaysia. Salam

Sehati Sejiwa.

7

Page 8: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

RUJUKAN

BUKU

Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat  (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Ketiga  (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhd. Yusuf Ibrahim. (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

JURNAL

Khadijah mohd khambali @ hambali ,mohd herzali mohd haled, toleransi beragama dan

amalannya di malaysia: rujukan kepada artikel 11 perlembagaan persekutuan malaysia

INTERNET

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/10487-teras-perpaduan-1malaysia.html

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/13/cerita-sebenar-pergaduhan-

di-plaza-low-yat/

www.1Malaysia.com.my

8

Page 9: soalan 1

KAVITHA PALAN EDU 3063

LAMPIRAN 1

9