soalan 1 nilai murni

2
Soalan 1 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah . Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur. Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu, Encik Rahman sentiasa bersikap tenang . Dia selalu mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya . Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang- penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya . Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik . Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya. Bil Frasa / ayat Nilai 1 menghantar dua orang anaknya ke sekolah bertanggungjawab 2 Encik Rahman sentiasa bersikap tenang Penyabar 3 mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya Tidak mementingkan diri sendiri 4 Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas berdisiplin 5 Dia tidak pernah menipu penumpangnya Bersikap jujur 6 Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik Menghormati orang lain 7 meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya Mementingkan keluarga 8 menyemak kerja-kerja sekolah anaknya Mementingkan pendidikan Contoh jawapan :

Upload: cangtas

Post on 26-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Soalan 1 Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan. Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur.Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini. Walaupun begitu, Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya. Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya. Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik. Encik Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya.

BilFrasa / ayatNilai

1menghantar dua orang anaknya ke sekolahbertanggungjawab

2Encik Rahman sentiasa bersikap tenangPenyabar

3mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan rayaTidak mementingkan diri sendiri

4Encik Rahman sentiasa berpakaian kemasberdisiplin

5Dia tidak pernah menipu penumpangnyaBersikap jujur

6Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baikMenghormati orang lain

7meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknyaMementingkan keluarga

8menyemak kerja-kerja sekolah anaknyaMementingkan pendidikan

Contoh jawapan :

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah jagaan kita. Kita juga mesti bersabar semasa berada di jalan raya supaya sentiasa selamat.

Cadangan jawapan -Bertanggungjawab - menghantar anak ke sekolah sebelum pergi bekerja-Penyabar - sentiasa bersikap tenang biarpun jalan raya sesak.-Tidak mementingkan diri sendiri - sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.-Beretika - berpakaian kemas dan mesra dengan para penumpang -Jujur - bayaran yang dikenakan kepada penumpang tepat menurut bacaan meter-Menghormati orang lain - pergaulannya dengan rakan-rakannya baik-Mementingkan keluarga - meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak-Mementingkan pendidikan - menyemak kerja-kerja sekolah anaknya