soalan akhir tahun 2015 tingkatan 1
DESCRIPTION
soalan akhir tahun pjpk tingkatan 1TRANSCRIPT
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.
1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan
A. bahu
B. kaki
C. leher
D. pinggang
2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.
A. Mendagu dan tekan tubi
B. Lompat dekam dan lompat ketingting
C. Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
D. Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter
3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki.
Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?
A. Tekan tubi
B. Bangkit tubi
C. Ayun tangan
D. Jangkauan melunjur
4. Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua individu.
Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot?
A. Dapat mengawal berat badan
B. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
D. Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang- ulang
1
5. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang
baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina
kelenturan?
A. Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki
B. Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C. Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
D. Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan
bahagian kaki
6. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk
melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat
anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?
A. Pelajar akan berasa seronok
B. Pelajar akan bertambah mahir
C. Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D. Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya
Soalan 7 berdasarkan Jadual 1
Jawapan Pelajar Mac April
A Shamsul 22 cm 25 cm
B Murthy 10 cm 20 cm
C Choy - 1 cm 8 cm
D Dave 20 cm 28 cm
Jadual 1
7. Jadual 1 menunjukkan data yang diterima daripada guru Pendidikan Jasmani
selepas menjalani aktiviti jangkauan melunjur terhadap empat orang pelajar
dalam bulan Mac dan April. Pelajar yang manakah menunjukkan peningkatan
kelenturan yang paling ketara?
2
8. Kelenturan berubah mengikut…
A. usia
B. kaum
C. bangsa
D. berat badan
9. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot
secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai …
A. kekuatan otot
B. daya tahan otot
C. komposisi badan
D. daya tahan kardiovaskular
10.Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?
A. Ginjal
B. Hidung
C. Jantung
D. Paru-paru
Soalan 11 berdasarkan Rajah 2
Menggunakan kedua-dua belah tangan
Hantaran ini cepat dan tepat
Hantaran ini dilakukan pada jarak yang dekat
Rajah 2
11.Namakan jenis hantaran di atas.
A. Lantun
B. Aras bahu
C. Aras dada
D. Aras kepala
3
12.Padanan manakah yang salah dalam permainan bola jaring?
A. WA – penyerang sayap
B. WD – pengadang sayap
C. GA – penyerang gol
D. GS – pengadang gol
13.Berikut adalah kemahiran dalam permainan bola jaring kecuali
A. hantaran aras dada
B. hantaran aras bahu
C. hantaran aras kepala
D. hantaran aras lengan
14.Tempoh perlawanan bagi permainan bola jaring mengandungi
empat sukuan yang setiap satunya …
A. 15 minit
B. 20 minit
C. 25 minit
D. 35 minit
15.Dalam permainan bola jaring, pemain tidak boleh melakukan kemahiran ini,
kecuali
I. menumbuk bola
II. memegang tiang gol
III. menghantar bola semasa berbaring
IV. menghadang pemain dalam jarak yang bersesuaian
A. IV
B. I dan II
C. I, II dan III
D. I, III dan IV
4
16.Dalam permainan bola jaring, pemain tengah (Centre) boleh berada
dalam kawasan berikut kecuali
A. bulatan gol
B. kawasan tengah
C. keseluruhan padang
D. kawasan dalam padang
17.Berikut adalah faktor-faktor yang menentukan kekuatan pukulan dalam
permainan pingpong kecuali
A. berat badan
B. ayun tangan
C. kilasan badan
D. pergerakan pergelangan tangan
18.Permainan pingpong dipercayai bermula di England dengan menggunakan buku
sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola yang dibuat daripada …
A. tali
B. getah
C. kertas
D. rumput kering
19.Ahmadi hendak meningkatkan kemahiran smesy pingpong. Apakah
prinsip latihan yang sesuai digunakan?
A. Latih tubi
B. Spesifikasi
C. Revesibiliti
D. Ansur maju
5
Soalan 20 berdasarkan Jadual 2
Jadual Pertandingan Pingpong
A Siew Lan ZanaLan a/p Richik
Selvi
Siew Lan 11-9, 11-9 11-7, 11-8 11-0, 11-0
Zana 9-11, 9-11 11-3, 11-6 11-5, 11-0
Lan a/p Richik
7-11, 8-11 3-11, 6-11 11-5, 11-9
Selvi 0-11, 0-11 5-11, 0-11 5-11, 9-11
Jadual 2
20.Siapakah yang layak menjadi johan kumpulan A?
A. Zana
B. Selvi
C. Siew Lan
D. Lan a/p Richik
21.Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika…
A. bola melintasi garisan gol
B. bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
C. cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
D. pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri
22.Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________
semasa sepak mula hendak dilakukan.
A. 8 orang pemain
B. 10 orang pemain
C. 11 orang pemain
D. 12 orang pemain
6
23.Kad kuning akan diberikan jika …
I. melakukan tindakan berbahaya
II. mematuhi undang – undang permainan
III. memegang atau menyentuh bola dengan sengaja
IV. menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang dilakukan
dengan sengaja
A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
24.Dalam permainan bola sepak, menjaring menggunakan kepala memerlukan
kemahiran
A. menahan
B. menanduk
C. menendang
D. mengelecek
7
Soalan 25 hingga 29
Pilih jawapan yang betul berpandukan rajah yang diberikan
Soalan 25 hingga 29
A. Fasa Penamat
B. Fasa Berlepas
C. Fasa Ikut Lajak
D. Fasa Ke Garisan
25. ________ 26. ________ 27. ________
Soalan 28 hingga 29
8
A. Fasa Ke Garisan
B. Peringkat Sedia
C. Fasa Pecutan
D. Fasa Layangan
28. ________ 29. ________
Soalan 30 hingga 35
Hitamkan “A” bagi jawapan yang betul dan “B” bagi jawapan yang salah.
30.Piramid makanan menggambarkan secara umum tentang jenis dan jumlah
makanan yang perlu diambil oleh seseorang individu.
A / B
31.Contoh kumpulan makanan bagi bijirin adalah seperti majerin, minyak masak
dan gula.
A / B
32.Konflik timbul apabila seseorang itu suka berhadapan dengan kegembiraan dan
mudah untuk membuat pilihan yang mempunyai matlamat yang sama.
A / B
9
33.Seseorang mengalami stres mungkin disebabkan oleh tiada keyakinan diri dan
selalu berlaku pertelingkahan dalam keluarga.
A / B
34.HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.
A / B
35.Pertolongan cemas bermaksud …
A. membantu mangsa
B. menjaga harta benda mangsa
C. membawa mangsa ke hospital
D. tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
36.Tempoh ________ pertama adalah kritikal bagi memastikan mangsa selamat,
khususnya mangsa yang menghadapi masalah pernafasan.
A. 2 minit
B. 3 minit
C. 4 minit
D. 5 minit
37.Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada
mangsa?
A. Patah
B. Lemas
C. Melecet
D. Terseliuh
38.Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut …
A. kematian
B. kemalangan
10
C. perkahwinan
D. kenduri-kendara
39.Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas …
A. RICE
B. DRCE
C. DRABC
D. TOTAPS
40.Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan
cemas.
A. Bahaya – gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
B. Gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah – bahaya
C. Bahaya – saluran pernafasan – gerak balas – bernafas – peredaran darah
D. Gerak balas – bahaya – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
KERTAS SOALAN TAMAT
11