soalan bm pemahaman th5

Upload: hahasama

Post on 06-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bm Pemahaman Th5

TRANSCRIPT

SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya,ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.1. Lembu-lembu itu sedang _________ rumput di padang.A. makanB. meragutC. memagutD. meranggut

2. Masyarakat Asia telah lama menggunakan ____________ dalam masakan mereka.A. sayur-mayurB. ulam-ulamanC. rempah-ratusD. pantang-larang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Abang telah ___________ sebiji pinggan kearah kucing yang telah mencuri ikan di atas meja itu.A. merejamkanB. melontarkanC. melemparkanD. membalingkan4. Badrul memanjat pokok manggis itu sehingga ke puncaknya dan berasa ________ apabila terpandang ke bawah.A. gerunB. gagahC. gusarD. gayat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Emak ______________ santan kelapa dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.A. menurasB. menapisC. mengayakD. menuras

6. Pihak polis berasa ___________ akan keterangan yang diberikan oleh pemuda itu.A. sangsiB. khuatirC. gelisahD. gementar

7. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.A. bagiB. untukC. kepadaD. daripada

8. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.A. olehB. hinggaC. sambilD. supaya

9. Kerja sekolah yang disuruh oleh Cikgu Syahrin __________ kami siapkan dalam tempoh yang ditetapkan.A. lulusB. lepasC. gagalD. buka

10. Kampung itu membangun dengan pesat kerana __________ oleh seorang Ketua Kampung yang berwawasan.A. ditakdirB. ditakbirC. ditadbirD. ditaksir

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Pak Mael ternampak seekor harimau cuba untuk ____________ seekor kijang sewaktu berburu di dalam hutan itu.A. membahamB. menerkamC. menggigitD. mencengkam

12. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya.A. namun begituB. selain ituC. walaupunD. sekiranya

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.A. lauk-paukB. kuih-muihC. sayur-mayurD. buah-buahan14. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.A. hanyaB. sahajaC. memangD. jua

15. Kedua-dua buah kereta itu _________________ akibat perlanggaran antara satu sama lain.A. likatB. cekalC. kaburD. remuk

16. Amirul _________________ gembira kerana terpilih dalam pertandingan lompat tinggi peringkat daerah.A. sekaliB. palingC. terlaluD. begitu

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.A. bawahB. tengahC. atasD. tepi

18. Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga RM15,000.A. terlarisB. terbaruC. terbuangD. terpakaiSoalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.A. sebijiB. sebakuC. sebuah D. sebatang20. Pihak polis telah menjumpai se _________ pistol dan beberapa ________ peluru di tempat kejadian.A. laras . buahB. pucuk butirC. pucuk .. bentuk D. buah butir

21. Suhaila Muhd. Azzam menjadi ___________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit oleh kontraktor yang hendak merasuahnya itu.A. sakit mata B. silap mataC. mata duitanD. gelap mata

22. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. Sikap Ahmad ________________________.A. bagai menatang minyak yang penuh.B. seperti kacang lupakan kulitC. bagai anjing dengan kucingD. seperti aur dengan tebing

23. Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur.Perkataan seerti bagi kesempatan ialahA. PeluangB. PerananC. KehendakD. Kesanggupan

24. Siput babi makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut. Perkataan berlawan bagi lembut ialahA. RapuhB. KerasC. KenyalD. Lembik

Soalan 25 27 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

25. Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi?A. Saya tidak dengarlah.B. Saya tidak boleh bercakap.C. Saya bercakap dengan kamu tadi.D. Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

26. Berapakah jumlah jalur merah dan jalur putih yang terdapat pada bendera Malaysia?A. Jalur merah dan jalur putih melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.B. Jalur merah dan jalur putih melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.C. Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih disusun secara berselang-seli.D. Jalur merah dan putih terdapat dalam pada bendera Malaysia.

27. Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya.A. Bilakah pengusaha restoran itu membuat pelanggannya puas hati?B. Bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya?C. Mengapakah pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya?D. Siapakah yang dilayan oleh pengusaha restoran itu?

Soalan 28 30Pilih ayat-ayat yang betul28. A. Azila Pasar Mini ada menjual sayur-sayuran segar. B. Pendingin hawa itu tidak berfungsi kerana telah rosak. C. Tanda tangan diperlukan sebagai bukti dokumen itu adalah sah. D. Keretapi itu bertolak dari stesen Kuala Lumpur pada jam 7.00 malam.

29. I Encik Yusri menemui seutas jam tangan di dalam lacinya sebentar tadi. II Mesin kira digunakan untuk mempermudahkan proses kira-mengira.III Stephen menerima arahan dari Unit Disiplin sekolahnya pagi tadi.IV Kerana hujan lebat, perlawanan akhir bola sepak itu ditangguhkan.A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

30. I Pemandangan di tepi Pantai Siar sungguh indah sekali. II Kami sedih amat bila mendengar berita bencana yang menimpa keluarga Addy.III Goreng ubi itu enak dimakan bersama-sama kopi panas.IV Encik Amir ialah guru Bahasa Melayu yang baru berpindah ke sekolah itu.A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

Soalan 31- 35Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D. Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit barah.Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang. Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

31. Apakah kelebihan telur Omega 3?A. kerana saiznya B. kerana harganya mahalC. kerana kuantitinya banyakD. kerana ia mempunyai banyak khasiat

32. Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali A. Vitamin A dan EB. Vitamin D dan EC. Vitamin A dan CD. Vitamin A dan D

33. Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.A. SeratB. ProteinC. KarbohidratD. Mineral

34. Apakah akibat jika kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan kepada tubuh badan kita ?A. tulang kita mudah reputB. badan kita menjadi lemahC. sering mengalami sakit kepalaD. mudah mendapat pelbagai penyakit

35. Berikut ialah makanan yang boleh menyebabkan badan kita mudah dihinggapi penyakit kecualiA. ais krimB. sayur-sayuranC. makanan ringanD. daging berlemak

Soalan 36 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat pagi kepada semua guru dan murid-murid yang saya kasihi. Pada perhimpunan kali ini cikgu ingin menasihati murid sekalian supaya membuat perancangan yang teliti bagi memenuhi cuti penggal pada minggu hadapan. Murid-murid mestilah mengatur rancangan yang membawa faedah dan bukannya untuk hiburan sahaja, terutama rancangan lawatan ke Kuala Lumpur yang akan diadakan oleh Persatuan Sains sekolah ini. Sebelum lawatan, pihak persatuan telah menetapkan tempat yang akan dilawati seperti Pusat Sains Negara dan sebagainya. Semasa lawatan nanti, murid-murid boleh mengambil gambar yang sesuai seperti gambar yang dapat member manfaat dan maklumat tentang tempat yang dilawati. Murid-murid juga mestilah mencatat maklumat tempat-tempat yang dilawati. Bagi murid yang tidak ke mana-mana atau balik kampung, mereka juga boleh mencari maklumat dan gambar tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dikampung. Secara tidak langsung murid-murid telah melalui satu proses pembelajaran. Selain itu, keselamatan dan kesihatan diri hendaklah dijaga. Usahlah bermain di tempat-tempat yang berbahaya kerana malang tidak berbau. Sekian terima kasih.

36. Pada pendapat anda, bilakah ucapan ini di sampaikan?A. Semasa perhimpunan sekolahB. Semasa perhimpunan harianC. Semasa majlis Persatuan SainsD. Semasa sekolah bercuti

37. Siapakah yang menyampaikan ucapan ini?A. Guru Penasihat Persatuan Sains. B. Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan MawarD. Wakil murid yang akan ke Kuala Lumpur.

38. Apakah tujuan ucapan ini disampaikan?A. Untuk mengatur rancangan lawatan ke kuala Lumpur.B. Untuk menasihati murid merancang masa cuti dengan berfaedah.C. Untuk mempelawa murid menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.D. untuk memastikan murid bersedia menghadapi musim percutian.

39. Pilih pernyataan yang benar tentang lawatan ke Kuala Lumpur.A. Aktiviti yang berfaedah semasa perjalanan.B. Mengadakan aktiviti harian.C. Kebaikan melawat Pusat Sains Negara.D. Mengambil gambar dan mencatat tentang lawatan.

40. Apakah maksud rangkai kata malang tidak berbau dalam petikan?A. Berubahnya suasana.B. Kecelakaan yang menimpa.C. Keadaan yang menyeronokkan.D. Aktiviti yang tidak berfaedah.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

14