soalan esei bab 3,4

3
JULITAH BT MINHAD 760917-04-5334 SOALAN ESEI EDU 3106 BAB 3 Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosio budaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat . Guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga perlu menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Sehubungan itu sewaktu melaksanakan pengajaran guru haruslah mempelbagaikan cara untuk melayani pelajar tanpa ada pelebelan dan memberikan perhatian kepada semua pelajar agar setiap pelajar akan mendapat peluang yang adil agar pembelajaran mencapai objektif dan berkesan seperti memberi peluang kepada setiap pelajar memberi pandangan atau cadangan yang berkaitan tajuk atau aktiviti yang sedang berlaku. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir

Upload: paul-chavez

Post on 18-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

JULITAH BT MINHAD760917-04-5334SOALAN ESEI EDU 3106BAB 3Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosio budaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran.

Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat . Guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga perlu menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Sehubungan itu sewaktu melaksanakan pengajaran guru haruslah mempelbagaikan cara untuk melayani pelajar tanpa ada pelebelan dan memberikan perhatian kepada semua pelajar agar setiap pelajar akan mendapat peluang yang adil agar pembelajaran mencapai objektif dan berkesan seperti memberi peluang kepada setiap pelajar memberi pandangan atau cadangan yang berkaitan tajuk atau aktiviti yang sedang berlaku. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza, pastinya akan mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama Islam dan murid beragama Budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. BAB 4Sebagai guru yang bertanggunjawab, bagaimanakah anda dapat mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina di dalam bilik darjah anda?Bagi mengimbangi ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina, amalan pedagogi harus berubah. Guru perlu menyedari hakikat bahawa setiap pelajar boleh memberi respons yang sama di dalam kelas tanpa mengira jantina. Guru perlu mengikis tanggapan bahawa sesuatu matapelajaran atau matapelajaran itu hanya dikuasai oleh sesuatu jantina sahaja. Sebagai contoh, guru menganggap murid perempuan kurang mahir atau berminat dalam bidang sains dan matematik. Begitu juga dengan perbezaan dalam gaya pembelajaran antara lelaki dengan perempuan. Terdapat bukti bahawa mereka juga berbeza dari segi gaya penilaiannya. Contohnya murid perempuan cenderung untuk memberikan respons yang lebih baik dalam situasi kolaboratif berbanding dengan secara individu.Penaksiran merupakan alat penting dalam penambahbaikan kualiti dalam pendidikan sekiranya digunakan sebagai cara untuk merangsang pembelajaran, bukan untuk memilih pencapaian yang lemah. Untuk itu guru perlu menggunakan penaksiran formatif secara berterusan bagi memantau dan menyokong pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula portfolio dan maklum balas untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan murid lelaki dan perempuan mempengaruhi cara mereka menilai kemajuan pelajar, periksa peperiksaan dan memberikan maklum balas. Ketaksamaan dari segi jantina dalam pengujian dan penaksiran boleh ditambah baik dengan beberapa intervensi seperti:i) Tambahkan pelbagai jenis soalan apabila mengguibal item ujian, peperiksaan atau penaksiran untuk memberi respons terhadap kepelbagaian dalam gaya pembelajaran murid.ii) Gunakan pelbagai jenis soalan dan imbangkan item ujian untuk memastikan murid pelbagai gaya pembelajaran mempunyai peluang yang sama untuk Berjaya.iii) Imbangkan kaedah-kaedah penaksiran bilik darjah untuk menilai tugasan individu dan kumpulan dengan menggunakan alat lisan dan bertulis seperti ujian kertas dan pensil atau penaksiran prestasi.iv) Semak semula ujian, peperiksaan dan penaksiran untuk menentukan sama ada contoh dan bahasa yang digunakan bebas daripada memihak kepada satu jantina sahaja.