soalan esei bab 5,6,7

10
JULITAH BT MINHAD 760917-04-5334 SOALAN ESEI EDU 3106 BAB 5 Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab terhadap pembinaan negara bangsa dalam kalangan murid anda. Dengan menggunakan pedagogi relevan budaya, sediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap dengn tujuan pembinaan bangsa negara dapat diterapkan melalui pengajaran anda. RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Tarikh: 12 Ogos 2010 Masa: 60 minit (8.00-9.00 pagi) Tahun: 6 Gemilang Bilangan murid: 30 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema/Tajuk: Kemerdekaan Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 : i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca. Fokus Sampingan: 1

Upload: paul-chavez

Post on 02-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

JULITAH BT MINHAD760917-04-5334SOALAN ESEI EDU 3106BAB 5Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab terhadap pembinaan negara bangsa dalam kalangan murid anda. Dengan menggunakan pedagogi relevan budaya, sediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap dengn tujuan pembinaan bangsa negara dapat diterapkan melalui pengajaran anda.RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYUTarikh:12 Ogos 2010Masa:60 minit (8.00-9.00 pagi)Tahun:6 GemilangBilangan murid:30 orangMata Pelajaran:Bahasa MelayuTema/Tajuk: Kemerdekaan Hasil Pembelajaran:Fokus Utama:5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 2 :i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.Fokus Sampingan:10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Aras 3 :i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Membaca sebuah sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. Menulis lima isi tersurat dengan menggunakan ayat yang gramatis.3. Menghasilkan sebuah karangan pendek berdasarkan sajak menggunakan susunan ayat songsang. Sistem Bahasa:Tatabahasa : sintaksis susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan songsang (frasa sendi nama).Sebutan dan intonasiKosa kata: keramat, ilusi, berdaulat, tekad.Pengisian Kurikulum:Ilmu- Kesusateraan Melayu, Sivik, MuzikNilai-kepatuhan, kerjasama, berdikari.Teknik -perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir- menjana ideaKecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbal- linguistik, muzik, kinestatik.Bahan Bantu Mengajar:Video klip lagu Malaysiaku Gemilang, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas sebak, pen marker, laptop, LCD, layar skrin.Pengetahuan Sedia Ada Murid:Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media cetak atau elektronik.

6

Langkah /MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi8.00-8.05 pagi(5 minit)Tayangan video klip lagu Malaysiaku Gemilang :

Soalan :1. Apakah tajuk lagu tersebut? (Malaysiaku Gemilang)2. Dimana kita boleh mendengar lagu ini?3. Bilakah kita biasa mendengar lagu ini? 4. Apakah tema lagu tersebut? (patriotik, kemerdekaan)

1. Murid mendengar dan membaca lirik lagu berjudul Malaysiaku Gemilang.2. Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama beserta gaya.3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada klip video yang dipertontonkan.4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut.

BBM:Video, lirik lagu, laptop, LCD, layar skrin.

KBT :1) Kecerdasan pelbagai - muzik, kinestatik.2) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Langkah 18.05-8.25 pagi(20minit)Kemahiran membaca sajak 53 Tahun Merdeka mengikut sebutan dan intonasi-tinggi rendah nada suara-sekiranya ada unsur-unsur semangat, nada ditinggikan.-sekiranya ada unsur-unsur sedih, nada direndahkan.

Gaya bacaan-pergerakan tubuh badan dari pinggang ke atas.

1. Murid merujuk dan meneliti sajak 53 Tahun Merdeka yang diedarkan oleh guru.2. Murid diminta membaca sajak tersebut secara senyap (individu).3. Guru menjelaskan kemahiran membaca sajak dengan sebutan, intonasi dan gaya bacaan yang betul.

4. Guru memilih murid secara rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya bacaan yang betul.BBM:Teks sajak bertajuk 53 Tahun Merdeka

Teknik:Bacaan mekanis

Nilai:Kepatuhan

KBT:Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, intrapersonal

Langkah 28.25-8.40 pagi( 15 minit)Isi penting :1. 2.3.4.5.

Ayat gramatis ialah ayat yang akur dengan rumus-rumus tatabahasa.1. Murid diminta berbincang untuk mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam teks sajak tersebut dalam kumpulan.2. Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.3. Guru menjelaskan bahawa setiap isi menggunakan ayat yang gramatis.4. Setiap kumpulan diminta menulis maklumat yang diperoleh pada kertas sebak tersebut.5. Apabila tamat perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

BBM: kertas sebak dan pen marker

Nilai: kerjasama

Teknik: perbincangan kumpulan

KBT: 1) Kemahiran berfikir2) Kemahiran belajar cara belajar

Langkah 38.40-8.55 pagi(15 minit)Tatabahasa: susunan ayat-susunan biasa- subjek dihadapan, predikat dibelakang cth : saya pergi ke sekolah.-susunan songsang (frasa sendi nama)- predikat dihadapan, subjek dibelakang cth : ke sekolah saya pergi.

1. Guru menjelaskan mengenai susunan ayat (biasa dan songsang) 2. Murid diminta menulis semula sajak 53 Tahun Merdeka dalam bentuk prosa(karangan pendek).

Nilai: berdikari

KBT: 1) Kemahiran berfikir-menjana idea2) Kecerdasan pelbagai3) Pembelajaran konstruktivisme

Penutup(5 minit)Rumusan: Kognitif dan sosial.

1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.2. Sebelum mengakhiri pembelajaran, murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu Malaysiaku Gemilang.

BAB 6Sekiranya anda ditempatkan di sebuah sekolah untuk mengajar kanak-kanak istimewa yang cacat pendengaran, bagaimanakah anda menggunakan kemahiran komunikasi sebagai seorang guru dalam kalangan kanak-kanak ini bagi memastikan bahawa setiap pengajaran anda mencapai hasil pembelajaran ?Komunikasi yang berkesan adalah apabila sesuatu mesej yang disampaikan dapat diterima oleh penerima dengan jelas. Mesej tersebut perlu difahami dan berupaya memberikan tindak balas yang paling tepat walau dalam apa jua keadaan. Komunikasi juga difahami sabagai interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan dan perasaan sama ada secara pertuturan mahupun melalui gerak isyarat atau simbol. Sebagai seorang guru yang baik apatah lagi apabila ditempatkan mengajar kanak-kanak istimewa yang cacat pendengaran, perlu menggunakan kemahiran komunikasi bagi memastikan bahawa setiap pengajarannya mencapai hasil pembelajaran. Bagi kanak-kanak ini, guru tidak boleh menggunakan kemahiran lisan semasa mengajar kerana mereka mengalami masalah pendengaran. Oleh sebab itu guru perlu mencari alternatif lain bagi menarik minat murid dan mengelakkan murid-muridnya daripada cepat bosan dan terasa dipaksa untuk menerima maklumat yang telah diberikan oleh guru. Ini tidak akan mendorong pembelajaran berlaku dan hanya satu pihak sahaja iaitu guru yang dapat menyampaikan idea (pengajaran) dan tidak mendapat respon dari pelajar-pelajar. Kebolehan dalam berkomunikasi berperanan penting kerana guru terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajarnya setiap hari. Batasan komunikasi antara guru tidak hanya terhad sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sahaja malah melangkaui waktu selepas proses mengajar yang memberi impak terhadap perhatian serta tumpuan pelajar.Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan. Sewaktu menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan, guru-guru perlu menzahirkan ekspresi lenggok badan yang sesuai bagi mengekalkan hubungan mesra antara guru dan pelajar. Pemerhatian pelajar terhadap lenggok dan bahasa badan guru boleh mempengaruhi pemahaman pelajar. Kebolehan guru mengamalkan sifat mesra dan empati terhadap pelajar-pelajarnya juga dapat mewujudkan iklim serta suasana pembelajaran yang positif dan memudahkan proses kefahaman pembelajaran. Semangat dan komitmen guru yang tinggi juga mampu mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Emosi yang diekspresikan melalui kesungguhan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan. Komitmen guru juga turut dirasakan oleh pelajar-pelajar melalui nada suara, gerak mata, memek muka, pergerakan jari, tangan dan sebagainya mendorong pelajar-pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bermotivasi.

BAB 7 Guru perlu mengurus bilik darjah yang mesra budaya terutama dalam aspek kurikulum. Bincangkan bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan kurikulum yang mesra budaya dengan berkesan.Guru merupakan individu yang paling penting dalam merancang dan melaksanakan kurikulum yang mesra budaya ini dengan berkesan. Guru perlu sentiasa peka dan menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid serta mesra budaya setempat. Guru perlu memilih dan mengubahsuai kandungan, bahan pengajaran dan alat penilaian supaya dapat menggambarkan dan bertindak balas kepada pelajar daripada pelbagai budaya yang begitu kompleks. Guru harus lebih bersedia secara profesional dan menguasai kemahiran dan isu-isu pembelajaran berkaitan dengan kepelbagaian budaya. Antara strategi dan pendekatan yang boleh diambil oleh guru bagi mewujudkan kurikulum yang mesra budaya ini adalah :a) Membina suasana yang mesra budayaGuru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan muridnya sebelum pengajaran dan pembelajaran yang efektif boleh berlaku. Keprihatinan guru terhadap latar belakang murid serta hasil pembelajaran mereka amat menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Sebagai guru, mereka perlu memahami bahawa masa antara satu pelajaran dengan satu pelajaran yang berikutnya merupakan masa yang sesuai untuk murid bercakap dengan murid di sebelah atau di depan / belakangnya. Ini merupakan salah satu cara guru dapat menggalakkan murid memperkenalkan diri mereka serta berkongsi isu peribadi atau berkaitan dengan pelajaran seperti minat, latar belakang dan pantang larang kaum masing-masing. Guru juga boleh menjalankan tinjauan tak formal untuk mengetahui secara eksplisit tenbtang latar belakang dan pengalaman murid-murid. Dalam mengenali murid secara dekat, guru harus berusaha menyebut dan memanggil nama murid dengan betul. Pendekatan begini amat berkesan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan untuk semua murid serta membantu guru dan murid merentasi halangan-halangan sosial dan budaya. Guru juga akan dapat membina keyakinan diri bahawa suasana pembelajaran yang kondisif dan mesra budaya dapat diwujudkan di mana murid lebih memahami rakanrakan jika sekolah itu mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Begitu juga dengan poster-poster, kalender dan gambar-gambnar yang ditampal pada dinding bilik darjah perlu menggambarkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Suasana begini akan menggalakkan murid-murid berasa lebih selesa kerana menggambarkan budaya kehidupan mereka.

b) Mengenal pasti gaya pembelajaran muridTerdapat pelbagai gaya pembelajaran yang mempengaruhi cara setiap individu belajar. Guru dapat mengesan gaya pembelajaran murid dengan mentadbirkan ujian untuk membantu guru mengetahui jenis pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya masing-masing dapat membantu mereka belajar secara efektif dan guru juga dapat menyesuaikan pengajarannya. Sebagai contoh murid yang visual boleh digalakkan untuk mengunakan pemetaan konsep dengan warna pen yang pelbagai dan bukan dikehendaki belajar secara hafalan.c) Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran sesuaiGuru yang kurang memahami budaya sesuatu kaum mungkin akan menganggap bahawa gaya pembelajaran dan perbezaan budaya sesuatu kaum sebagai punca murid-murid kurang berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka. Malahan aspek-aspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya, ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran tenaga pengajar yang tinggi menyebabkan murid menghadapi masalah pembelajaran. Untuk itu, guru haruslah belajar tentang kemahiran, kebolehan dan gaya kognitif murid-murid supaya mereka dapat mengajar dengan berkesan. Guru juga perlu menangani masalah bahasa dan komuniukasi dalam bahasa ibunda murid-murid dan belajar adat resam dan persepsi mereka supaya tidak timbul masalah salah faham. Kepekaan guru terhadap kepercayaan murid tentang keharmonian dengan alam semula jadi, keagamaan dan kerohanian, konsep masa, kehidupan keluarga dan bahasa amat penting. Justeru guru dicadangkan untuk menggunakan bahan bantuan mengajar yang interaktif serta relevan budaya seprti penggunaan komputer sebagai alat pengajaran digalakkan sebagai penekanan pada maklumat visual. Disamping itu, guru boleh menggunakan pembelajaran koperatif dan kerja projek secara kumpulan dalam persekitaran yang agak bebas tetapi dalam kawalan supaya murid dapat bergerak bebas.